Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 10


KOSONG. Hayla tengok keluar rumah tapi tiada sesiapa. Hanya deru angin yang kuat hingga rambutnya menutup mukanya.
            Dia tutup kembali pintu itu. Baru beberapa tapak menjauh dari pintu yang dah dikunci, bunyi itu muncul lagi.
            Tok!
            FIkiran aneh mula menerpak kepalanya. Dasar kepala penuh dengan mistik. Sikit-sikit hantu. Sikit-sikit hantu. Hayla genggam pasu yang masih di tangan. Hayla, kau bukan penakut.
            Dia buka semula pintu dengan perasaan geram.
            “Kau ingat aku takut ke dengan kau hah?!” tempik Hayla seraya membuka. Gadis itu terpempan. Begitu juga dengan Kiff.
            “Kau cakap dengan siapa?” Kiff terus masuk ke dalam rumah itu dan menutup pintu supaya angin yang membawa daun-daun kering tidak menyelerakkan rumahnya.
            Hayla segera toleh ke belakang.
            “Bukan you patutnya datang sini esok ke?” tanya Hayla.
            Kiff buat pekak. Dia masuk ke dalam bilik tidur. Belum sempat dia hendak letak begnya, dia perhati keliling bilik yang sudah terisi dengan barangan Hayla.
            Beg di letak ke lantai dan dia keluar ke ruang dapur. Melihat Hayla masih menggenggam pasu seramik putih itu, dia jungkit kening.
            “Kau tahu tak berapa harga pasu tu?”
            Hayla angkat pasu  di tangan. “Hundred?”
            “Yeah. Thousands.” Kiff rampas kembali pasu seramik putih itu dari tangan Hayla dan meletakkannya di tempat asalnya.
            Hayla bulat mata. ‘Hundred thousands? Just untuk pasu bodoh macam ni?’
            “So make sure kalau kau nak pegang apa-apa dalam rumah ni, kau be careful.”  Pesan Kiff.
            “Tu barang kau. Kenapa dalam bilik aku?”
            “Itu aje bilik yang ada.”
            “Use the next room.” Arah Kiff.
            “Bilik tu kecil and bilik air kat luar.” Rungut Hayla.
            “You don’t get to choose. This is my house. Angkat barang kau cepat.”
            Hayla diam sejenak.
            “You know what, I won’t. Just sebab you sekarang suami I, I nak kena ikut semua cakap you? No. You minta I datang sini untuk bincang pasal hal study I kan? Okay fine. We’ll talk about it. Tapi that room, is mine.” Hayla tunjuk ke arah master bedroom itu.
            Giliran Kiff terdiam.
            “Okay.” Kemudiannya Kiff tepuk kedua belah tangan dan mengusap-usap jemarinya.
            “So semalam kita ada benda yang tak settle kan? I’ll make sure malam ni aku tak tutup lampu lagi.” Senyum Kiff nipis.
            Hayla ketap gigi. Aku paling menyampah kalau orang guna benda-benda macam ni untuk ambil kesempatan! Hayla terus menapak masuk ke dalam biliknya. Memang sengaja dia melanggar lengan kanan Kiff kononnya tunjuk protes.
            Dia ambil baju-bajunya dan memindahkannya ke bilik sebelah.
            Kiff sudah rasa sengal-sengal di tubuhnya. “Aku kira sampai sepuluh. Kau tak settle dalama masa sepuluh saat, kau tahu lah.” Ugut Kiff.
            Mendengarkan itu, Hayla melangkah lagi laju.
            “Tujuh.. enam.. lima..”
            Macam nak tersadung Hayla dibuatnya dan akhirnya dia selesai memindahkan semua barang-barangnya. Hayla tercungap-cungap sedikit.
            “Thanks.” Sinis ucapan Kiff lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
            Hayla menjeling. ‘Aku patut minta cerai awal-awal lagi. Bodoh punya Hayla.’
            BUMMM! Bunyi dentuman guruh membuatkan Hayla terkejut dan segera berlari masuk ke dalam bilik. Angin sudah tidak sekencang tadi. Dan bunyi ketukan di pintu juga tidak kedengaran.
            Hujan lebat di luar. Hayla masih tak boleh melelapkan mata. Dahlah sini sejuk, ditambah dengan hujan lagi. Telefon pula takde line. Hayla ambil keputusan untuk keluar dari biliknya. Dentuman guruh juga sudah reda, hanya hujan yang turun dengan lebatnya.
            Hayla selak langsir di sebelah meja makan. Tapi dia tak nampak apa-apa pun.
            Tiba-tiba bunyi dari belakang mengejutkannya. Pintu peti sejuk dibuka. Kiff sedang berdiri sambil meneguk air mineral.
            Lelaki itu langsung tak menegurnya.
            “Kenapa you bawa I datang sini?” tanya Hayla memecah hening suasana.
            “Papa kau minta.”
            “Supaya kita boleh ‘bincang’ balik pasal study tu?”
            “Probably.” Kiff buat muka tak bersalah.
            “I menang race tu. And I should get my prize.”
            “Yeah. Aku bagi aje apa kau nak. Kau nak pergi, pergilah.” Kata-kata Kiff seakan mencabar Hayla.
            “Tapi..”
            “You don’t get to blame me sebab kau patuh kata mak bapa kau. Aku bagi kau pergi, tapi kau yang tak nak sebab mak bapa kau.”
            Terkunci mulut Hayla dibuatnya.
            “Apa yang kau dapat bila kau patuh mak ayah kau? Happiness?” perli Kiff.
            “Apa yang you nak sebenarnya?” Hayla geram. Kiff mendekati Hayla. Benci dengan perempuan itu kerana gadis itu berlagak polos di matanya.
            Lengan Hayla digenggam kasar dan kuat.
            “Aku nak bapa kau hancur.” Pandangan dan mimik muka Kiff jelas benci. Hayla kerut dahi.
            “What? Why?” Hayla terkejut.
            “He’s not the man you think he is, Hayla.” Kiff cengkam kuat siku Hayla.
            “Lepas! Apa maksud you?” Hayla jadi menyinga. Berani kau cakap buruk pasal bapa aku?!
            Kiff hanya tergelak sinis.
            “Apa maksud you, Kiff?!” ulang Hayla.
            Tubuh kecil Hayla ditolak kasar ke belakang. “You’ll know.” Ejek Kiff. Masih mahu berahsia.
            “Kiff!” Hayla mengejar Kiff. Lelaki itu terus masuk bilik dan mengunci pintu.
            Hayla ketuk pintu kayu itu bertalu-talu.
            “Kiff, keluar!”
            “Kiff!!”
            “Kiff!!!”
            Hayla merengus geram. Dia tekad untuk tunggu Kiff keluar dari bilik. Lantas dia duduk bersandarkan pintu bilik Kiff tanpa sedar pagi keesokannya menjelang tiba.

HAYLA terlentang ke belakang bila pintu bilik Kiff terbuka. Lelaki itu pandangnya pelik. Mata mereka bertentang. Kiff menjeling lantas melangkah tubuh Hayla untuk keluar dari biliknya. Telinganya yang diisi dengan wireless earphone mula memainkan muzik.
            Lelaki itu terus menuju ke luar untuk bersenam. Hayla yang masih diperbaringan mengelip-kelipkan matanya yang agak pedih. Mimpinya terganggu kerana Kiff. Dia pun satu, pergi tidur bersandar kat situ kenapa?
            Suasana di luar masih agak gelap. Hayla terus ke biliknya untuk mandi. Dia perlu tunggu Kiff balik. Soalan yang tergantung semalam perlu dijawab.
            Tiga jam Hayla menanti, tapi kelibat Kiff masih tidak kelihatan. Mana lelaki ini pergi? Dia kini berdiri di hadapan dinding cermin di sebelah meja makan. Tasik di hadapannya kelihatan tenang sekali.
            Tiba-tiba susuk tubuh Kiff kelihatan. Tanpa menunggu lama, Hayla sendiri keluar rumah dan mendapatkan Kiff yang baru hendak buat senaman selepas tiga jam berlari mendaki bukit.
            “Jawab soalan I semalam.” Minta Hayla.
            Kiff yang termengah-mengah tidak pedulikan Hayla.
            “Kiff!”
            “Kau tak layak dapat jawapan dari aku.”
            “Apa yang I kena buat untuk dapatkan jawapan dari you?”
            Kiff pandang Hayla atas bawah. Segera gadis itu menyilang tangan di dada.
            ‘Dasar gatal.’
            Kiff tergelak. Dia mula meniarap di atas tanah yang hanya ada sedikit rumput hijau dan mula buat tekan-tubi. Ototnya kelihatan jelas.
            “I tak beragak-agak untuk bagi tahu papa apa niat sebenar you.” Ugut Hayla.
            “Sure. Go on. Tapi jangan menyesal kemudian.” Kiff beri amaran. Lelaki ini pernah beri amaran sebelum ini kepadanya. Dan Hayla tak sepatutnya ambil ringan dengan amaran itu. Dia tak kenal Kiff. Lelaki itu boleh buat apa sahaja.
            “I know what I bring to the table, so trust me when I said I’m not afraid to eat alone.” Sambung Kiff. Gulp. Hayla terkesima. Ini jelas ugutan.
            “I’ll stop whatever you’re going to do to my papa.” Tegas Hayla.
            “You bark like a chihuahua. All about the sound, but you can really do nothing.”
            “Jangan cabar I.” pandangan mata Hayla tajam.
            Kiff berhenti buat tekan tubi dan menoleh ke atas menghadap Hayla. Keningnya terjungkit sebelah. “I am now.”
            Hayla ketap gigi.
            “Kau tahu.. aku sebenarnya boleh habiskan bapa kau in a blink. Tapi where’s the fun, right? He needs to suffer just a little bit.” Kata-kata Kiff lagi menambah api dalam jiwa Hayla.
            “You sebenarnya tak boleh buat apa pun. Sebab tu you still tak buat apa-apa. You just cakap macam you tahu semua. I tak bodoh.”
            “Hm. We’ll see.”
            Hayla makin bengang. Eh macam nak pijak aje belakang badan dia ni.
            Dia masuk semula ke dalam rumah. Carl lelaki yang baik. Macam-macam projek amal yang dijalankan di bawah naungannya. Apa yang Kiff cakap, semua bohong. Dia lebih lama kenali papanya sendiri daripada Kiff. Takkan dia nak dengar kata-kata lelaki yang baru masuk ke dalam hidupnya?
            Musuh papa memang berada di mana-mana. Hayla tak boleh lemah dengan ugutan bodoh seperti itu. Dia perlu cari tahu apa yang Kiff rancangkan.
            ‘Keep your friends close and your enemies closer.’ Acap kali dia dengar papanya kata begitu bila dia ada masalah dengan kawan-kawan sekuliah. Dan ternyata kata-kata itu membuahkan hasil.
            Kalau Hayla nak tahu apa rancangan Kiff, dia perlu sentiasa ada dengan lelaki itu. Itu sahaja jalannya untuk memastikan papanya tidak diapa-apakan.
            Hayla cuba bertenang. Dari bar dapur, dia dapat lihat belakang tubuh Kiff yang merenung jauh ke arah tasik hijau itu.
            Lelaki tu terlalu pandang rendah pada Hayla.
            Tangan Hayla membuka isi peti sejuk. Banyak bahan mentah di dalamnya. Satu-persatu dia keluarkan dan dia senteng lengan t-shirt yang labuh hingga ke jari hantu.
            Hidung Kiff menghidu sesuatu. Sedap. Dia kerut dahi dan menoleh ke belakang. Dari luar dia nampak Hayla sedang memasak di dapur.
            “So, dia memang reti masak?”

Nycto : Bab 9


“Hayla.” Lelaki itu mendekati Hayla dengan berpakaian lengkap dan kemas berkot. Hayla pernah lihat lelaki ini. Lelaki yang sama ambilnya ketika di hotel selepas perkahwinannya.
            “Mana Kiff?” Hayla masih geram.
            “Dia akan datang nanti.”
            “Nanti? So.. what? I naik flight sendiri?”
            “Yes.”
            “Seriously?!” Hayla bangun dari tempat duduknya. Dada berombak kencang.
            “You better call him right now, suruh dia datang sini sekarang or I won’t get into that flight.” Suara Hayla tinggi. Dia mula menyinga. Kenapa lelaki ini buat dia macam boneka. Dia takde harga diri ke? Mudah betul lelaki itu pijaknya.
            “Kiff ada hal yang tak boleh dielakkan. Dia akan pergi sana on the next flight.”
            “I don’t give a damn. Dia datang sekarang, or I balik rumah.” Tegas Hayla.           
            “Saya cuma ikut arahan, Hayla.”
            “I. Don’t. Care.” Jawab Hayla sebiji-sebiji dengan matanya pandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.
            Lelaki itu kemudiannya bercakap dengan wireless earphone di telinga. Hayla menunggu.
            Pengumuman meminta penumpang segera masuk ke dalam badan pesawat.
            “Hayla, awal kena masuk sekarang.” Arah lelaki itu. Wah, bukan main kau arah aku sekarang eh?
            “I said..” Hayla baru nak hujah panjang, tapi matanya tertarik pada kelibat dua orang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.
            “Bos.” Dua lelaki itu lapor diri. Dengan gerak jari sahaja, segera dua lelaki yang berkot itu berdiri di kiri dan kanan Hayla.
            “Apa ni?” Hayla kerut dahi.
            “Macam mana pun, awak kena naik.” Lengan Hayla kiri dan kanan dipegang kuat lelaki berbadan gergasi itu.
            Hayla ketawa. “Seriously? By force? I got the ticket. You guys tak boleh lepas imegresen pun.”
            “Says who?” Isaac mengeluarkan tiket dari kot hitamnya dan ditunjukkan pada Hayla. Gadis itu ketap gigi.
            “You can’t force me!” Hayla meronta.
            “I’m afraid, I can.” Jawab Isaac dan terus tubuh Hayla ditarik untuk masuk ke dalam badan kapala terbang.
            ‘Dari kau belajar macam mana nak racing kereta, baik kau belajar seni mempertahankan diri, Hayla. Kau bazir tenaga kau untuk belajar benda tak berguna!’
            Hayla ambil tempat ditempat duduknya. Kiff memang tak guna. Sepanjang dia naik kapal terbang, tak pernah sekali pun dia duduk di tempat duduk ekonomi. Selalu dia naik sama ada first class atau business class.
            Ini ekonomi! Dan dia duduk di sisi tingkap. Sebelahnya Isaac, selaku pembantu Kiff. Belakang mereka adalah dua orang lagi pengawal yang mengheret Hayla sebentar tadi.
            “Kita salah seat ke?” tanya Hayla.
            “Nope.” Isaac duduk tegak.
            “This is economy.”
            “Yeap.”
            Hayla pandang Isaac dengan muka meminta penjelasan. Rimas ditenung tanpa kata, Isaac berpaling pada Hayla.
            “Semua akan sampai dekat tempat yang sama, Hayla. Economy, business or first class. Takdenya dia nak cicir economy atas laut.” Sindir Isaac.
            ‘Berani lelaki ni sindir aku?! Ini mesti tak lain tak bukan, Kiff yang ajar!’
            “Tapi I tak selesa!”
            “Tidur. You won’t feel anything.” Jawab Isaac selamba. Hayla gigit kuat bibir bawahnya. Ei geram betul aku dengan mamat ni. Dia dengan Kiff, sama aje!
            Hayla bersandar dengan kasar di tempat duduknya. Perjalanan yang panjang akan bermula tak lama lagi.
            Sepanjang perjalanan, sekejap pun Hayla tak dapat nak lelapkan mata. Dek bosan, dia hanya membaca buku Little Fires Everywhere dari Celeste Ng. sekejap-sekejap dia toleh ke sebelah, Isaac melelapkan mata, tapi posisi badannya tetap tegak. Agak kacak sebenarnya lelaki ini.

AMRA.
Pelajar lima belas tahun itu ke sekolah dengan riangnya. Tak sabar nak bagi tahu kawan-kawan mengenai ‘kawan’ baru yang dia kenal melalui aplikasi Wechat beberapa hari lepas.
            “Kau nak tau something tak?” Amra buka cerita.
            “Apa dia?” tiga orang kawannya lagi sudah pasang telinga.
            “Aku rasa, ada soerang budak ni minat kat aku lah.” Sengihnya.
            “Deyyyy! Dia minat kat kau ke, kau yang minat kat dia?” usik seorang kawannya.
            “Dia yang minat kat aku, okay!” tegas Amra.
            “Ada ke orang minat kat kau?” gelak seorang lagi.
            “Adalah!!”
            “Mana kau kenal dia? Budak sekolah kita ke?”
            “Tak. Aku kenal dari wechat.”
            “Wechat?! Weh! Budak sekolah mana?” kawan yang lain sudah seronok nak tahu cerita selanjutnya. Mereka juga ada kenalan wechat.
            “Tapi dia dah tak sekolah..” Amra perhati kawannya. Ingin lihat reaksi mereka.
            “Orang dewasa ke?”
            Amra angguk perlahan. “Dia dah kerja.”
            “Kerja apa?”
            “Business.”
            “Business apa?”         
            “Aku tak tahu. Tapi dia cakap dia pakai BMW.” Amra mula rasa nak berlagak.
            “Seriuslah! Ke dia tipu kau?”
            “Dia hantar gambarlah.”
            “Hah?! Weh, nak tengok!”
            Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Gambar ditunjuk. Bulat mata mereka melihat gambar itu.
            “Hensemnya! Kau sure ke tu gambar dia?”
            “Iye. Dia ada hantar gambar lain juga.” Bersungguh Amra beritahu.
            “Mana?”
            Sekali lagi mereka berempat menatap gambar-gambar lain di dalam galeri Amra. Dek teruja, lengan Amra ditepuk-tepuk dengan menjerit-jerit kecil.
            “Dah la hensem, kaya pula tu. Bolehlah kau minta apa-apa dekat dia!” cadang seorang kawan.
            “Ala, belum jadi boyfriend aku.”
            “Kau tak nak tanya dia ke? Kalau dia selalu mesej kau, mesti dia minat kau juga.”
            “Seganlah.” Amra muncung bibir. Tiba-tiba telefon bergetar.
            Sxxfc : Hai baby.
            Empat pasang mata yang membaca itu tambah seronok.
“Dia panggil kau baby!!!”

MAITREYA Mountain, California.
            Mereka di hujung United States, dan di hujung yang paling hujung, California. Ini hutan. Hayla merengus. Dah lah perjalanan dalam pesawat pun makan masa berjam-jam, nak menuju ke sini pun makan masa berjam juga.
            Tapi apa yang dihidangkan di hadapannya ini sungguh memikat kalbu. Dia tak sangka yang dia akan menjejakkan kaki di kawasan ini. Ianya sangat cantik.
            Pacuan empat roda itu berhenti di sebelah rumah besar yang berdindingkan papan berkualiti tinggi. Rumah itu berhadapan dengan tasik yang sangat besar.
            “Kita dah sampai.” Kata Isaac. Hayla keluar dari perut kereta dengan mulut terkunci. Dia terdiam melihatkan keindahan alam.
            “R One, R Two, bawa masuk beg ke dalam.” Arah Isaac. Kedua lelaki berbadan gergasi itu menurut perintah. Kening Hayla terjungkit sebelah.
            “Nama dia orang R One? And Two?”
            “Kami tak guna nama betul dalam tugas. We use name code.” Jelas Isaac.
            “What are you guys? Some sort of FBI?” sindir Hayla. Dia buang pandang di tasik di hadapannya. Isaac tidak menjawab soalan itu.
            “Apa kata kita masuk sekarang.” Cadang Isaac.
            Hayla diam dah hanya membuntuti Isaac. Melihatkan struktur rumah ini, Hayla agak kagum kerana reka bentuknya langsung tidak mengganggu pokok-pokok besar. Malah, rumah ini dibina mengelilinginya.
            “Homestay?” tanya Hayla.
            “No. Ni rumah Kiff.”
            Hayla tergamam. Rumah itu besar, tapi tidak seluas rumah yang Hayla duduk sekarang. Hiasannya lebih kepada country. Dalamannya banyak warna coklat kayu, kelabu asap dan hitam. Dan secara kasarnya, sebenarnya rumah ini dibina di atas pokok dengan ketinggian yang tak sampai beberapa meter dari lantai tanah.
            Bahagian pintu masuk, ada empat anak tangga sebelum tiba di pintu. Apabila pintu dibuka, ada satu ruangan yang berkeluasana 400 sq.ft dengan berdindingkan cermin lutsinar semata! Perabot disusun menghadap ke bahagian tasik. Ruangan itu memang khas untuk bersantai di dalam rumah, tapi menyaksikan pandangan luar.
            Hayla masuk ke bahagian kedua, dengan berkeluasan 500 sq.ft, sedikit besar dari ruang mula, sebelah kanan Hayla menempatkan dapur ala country dan meja makan kayu. Dinding yang menghadap ke tasik juga diteguhkan dengan cermin tebal berhias langsir kelabu asap yang sudah diselak ke kiri dan kanan.
            Di mana belah kirinya pula ada dua pintu yang akan bawa dia ke bilik master bedroom dan bilik tetamu. Jika dia berjalan terus ke hadapan lagi, dia akan tiba di satu ruang yang tidak ada perabot, tapi hanya karpet berbulu nipis berwarna coklat cair dan di sebelah ruang itu merupakan kawasan terbuka. Macam beranda luas berlantaikan kayu papan.
            “So Kiff owned this house?” Hayla kembali ke ruang dapur yang merupakan ruang utama.
            “Yes.”
            “Awak boleh rehat. Kami kena pergi.”
            “Ke mana?”
            “Balik.”
            “Balik?” Hayla tak salah dengarkan? Mereka baru aje tiba di sini, dan Isaac kata dia nak balik?!
            “Kiff akan sampai esok. Makanan semua dah ada dalam peti sejuk, frozen, fresh food semua ada.”
            “So you nak kata, you akan tinggal I kat sini, soerang diri untuk hari ni?”
            “Seems like it.”
            “Wait, no!”
            “I’m sorry tapi kami ada kerja lain.” Isaac dan dua orang lagi lelaki terus meninggalkan Hayla yang terpinga-pinga sendirian di situ.
            Aku kat sini, di depan satu kawasan tasik yang bapak besar nak mampus, kalau ada tsunami memang aku mati dulu. Eh kejap, mana ada tsunami dekat tasik, Hayla!
            Ah tak peduli. Tapi aku ditinggalkan di sini, dalam hutan belantara, seorang diri. Tanpa ada orang lain. Oh kejap. Hayla kecilkan biji mata. Dia lihat sesuatu. Ada sebuah rumah di seberang tasik sana!
            Dia senyum lega. Tapi kalau apa-apa jadi, macam mana dia nak kena ke seberang tasik? Bot pun takde. Takkan nak kena berenang? AH HAYLA!!!!

“FYNN.” Kiff ramas jemari Fynn yang kelihatan sugul di kerusinya. Setiap kali dia lihat Fynn, saat itu jugalah hatinya pecah.
            “I don’t know what to do, Fynn.” Keluh Kiff.
            “Am I right? Or am I wrong?” Kiff cari anak mata Fynn. Dia rindukan wanita itu. Bebola mata Kiff sudah merah. Dia tarik hingus yang hampir nak terkeluar. Dia tak boleh lemah.
            “I love you sis. Aku kena balik. Next time aku jumpa kau lagi.”
            Fynn tetap sepi membatu. Wanita yang dulunya elegan dan cantik, kini kurus mencengkung, dengan kulit yang makin pucat.
            Selepas memeluk si kakak, Kiff pakai semula cermin mata hitam, keluar dari Danvers State Hospital, Massachusetts yang lebih dikenali sebagai State Lunatic Hospital.
            Panggilan masuk segera diangkat.
            “Dia dah sampai sana?” tanya Kiff.
            “Dah, Kiff.” Jawab Isaac.
            “Alright. Thanks, Zack.”
            “Tapi dia seorang.”
            “So?”
            “Maybe bahaya untuk dia seorang kat sana.”
            Kiff tergelak kecil. “So now you worry about her?”
            “It’s just..”
            “Buat kerja kau. You don’t have to worry about a thing kalau aku tak minta. Okay?”
            Isaac keluh lemah. “Whatever you said, Kiff.”
            Talian dimatikan. Isaac bukan hanya pembantu peribadi Kiff, tapi lebih kepada kawannya.

MALAM menjelang tiba. Habis satu rumah dia pasang lampu. Ini bukan bandar yang ada lampu jalan. Keadaan di luar memang gelap gelita. Hitam likat. Bulan juga tidak kelihatan malam ini, mungkin ditutupi awan yang sudah sarat dengan membawa air hujan.
            Angin bertiup kencang membuat bunyi aneh. Hayla cuba kawal diri. Dia capai telefon, tapi sayangkan tiada line! TV ada, tapi siaran tiada. Buat apa ada TV kalau takde siaran? ‘I can’t brain lah benda ni.’ Gumam Hayla.
            Bunyi angin makin kuat. Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Hayla tergamam. Kiff akan datang esok. Jadi siapa yang ketuk pintu rumah dia? Hayla selah sedikit langsir di ruang dapur untuk melihat kot-kot ada bot di tasik. Boleh jadi orang yang ketuk pintu itu datangnya dari seberang sana. Tapi kosong. Tiada apa.
            Tok! Sekali lagi pintu diketuk.
            Hayla terkebil-kebil. Memandangkan habis satu rumah dia buka lampu, mesti orang tahu dia ada di dalam. Tapi siapa?! Betul ke orang? Kalau bukan orang pun dia takut, kalau orang pun dia takut. Ah!
            Tok! Bunyi lagi. Hayla telan air liur. Dia cuba beranikan diri. Hayla capai pasu tinggi yang diletak sebagai perhiasan di sebelah pintu utama.
            1..2..3.. Pintu dibuka.



Nycto : Bab 8


“Kau buat kerja macam mana, bahalul?!” kepala seorang lelaki 20-an ditepuk-tepuk tanpa rasa hormat. Lelaki itu cuma diam dan menunduk membiarkan perlakuan itu terhadapnya.
            Wanita di sebelah lelaki 20-an itu dikerling geram. Tak pasal-pasal kes ini jadi besar. Elok-elok nak buat senyap-senyap, terus jadi kecoh. Dia tiada pilihan lain.
            “Kau tahu apa akibat dia, kan?” suara Lok.
            “Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf. Aku boleh jamin benda ni tak jadi lagi. Please bos.” Rayu lelaki 20-an itu.
            Lok hanya diam. Dia duduk di kerusi kayu. Ini bukan hanya kes seludup dadah. Tapi dah termasuk dengan kes penculikan dan bunuh. Walaupun bayi yang diculik itu milik wanita gelandangan yang tidak punyai sijil lahir dan sebagainya, tapi itu tetap membawa masalah pada mereka jika diselidik lebih dalam.
            “Ini aku bagi peluang terakhir. Now get out.”
            Macam mana dua orang ini boleh tinggal bayi itu sendirian di tempat duduk menunggu balai ketibaan entah. Seorang ke tandas, seorang lagi boleh pula pergi beli jajan. Ditinggalnya bayi itu bersendirian, kononnya kedai jajan tak jauh. Masih boleh dilihat sambil membeli makanan.
            Datang aje pramugari yang baru selesai tugas, apa yang ditemukan itu mengejutkan mereka. Bayi itu sudah biru, tidak bernyawa. Pasangan yang meninggalkan bayi itu pula tak berani untuk mendekati bila sudah kecoh di balai ketibaan. Lalai. Mereka ini lalai. Lantas kedua pasangan ini ambil jalan pintas untuk lari.
            Perlahan-lahan kelibat dua orang itu ingin keluar dari gudang lama. Lok hanya memerhati dari belakang sebelum menjeling ke sebelah, lelaki bertatu penuh lengan kanan. Satu.. dua langkah.. dan..
            BUM!!
            Gadis itu terkejut mendengar bunyi kuat. Lelaki di sebelahnya rebah menyembah lantai. Mata gadis itu bulat. Darah perlahan-lahan keluar dari kepala lelaki itu. Kaki gadis itu kaku.
            Baru gadis itu hendak menoleh ke belakang, dia rasa ada satu kain di sekita lehernya. Automatik kedua belah tangannya memegang kain yang makin kuat mencekiknya. Kakinya meronta-ronta bila tubuh diseret hanya dengan menarik kain hitam di lehernya.
            Nafas gadis itu tersekat. Rontaannya makin lemah. Tubuh kecilnya diseret hingga ke bilik kecil di belakang gudang selama hampir satu minit. Saat tubuh itu dilontar masuk ke bilik itu, nafasnya sudah terhenti. Tubuh longlai itu dihumban tanpa rasa simpati.
            “Kau bersihkan body ni semua.” Arah Lok sebelum berlalu pergi.

HAYLA bangun pagi seakan tiada apa yang berlaku malam tadi. Melihatkan air mata yang mengalir, Kiff bukan sahaja tidak menyentuhnya, bahkan terus keluar dari bilik itu, lesap entah ke mana.
            Telefon bimbit Hayla berdering menandakan panggilan masuk. Dia membiarkan panggilan itu mati sendiri sebelum telefonnya berdering lagi. Hayla tarik nafas lemah dan bangun dari katil. Dia berjalan perlahan ke bilik air untuk membersihkan diri.
            Tuala putih yang bersusun di dalam kabinet bawah sinki ditarik keluar sehelai sebelum kakinya menyentuh dasar tab mandi yang berwarna putih mutiara.
            Agak lama dia berendam di dalam tab itu. Fikirannya melayang terbang. Kata-kata Kiff tempoh hari bermain semula ke dalam benaknya.
            “You see, adik kau dapat lelaki yang kau suka. Dia juga dapat share. Huge one.”
            Ah pedih bila diingat kembali kata-kata itu.
            Kali pertama seumur hidupnya dia ada sedikit rasa cemburu pada Elena. Sedangkan sebelum ini mereka macam isi dengan kuku. Takde sekelumit pun rasa iri hati antara mereka.
            Ian.
            Nama lelaki itu merupakan nama pertama yang pernah tertulis di hatinya walaupun dalam jangka masa yang sekejap. Sekurang-kurangnya dia pernah merasa bagaimana rasa cinta. Tapi sebab dia takut untuk meluahkan, dia pendam hingga ke hari ini. Siapa yang rugi? Kau, Hayla. Kau.
            Lelaki itu hanya didamba dari jauh. Mereka tidak rapat pun. Jarang sekali bercakap. Peluang untuk bersembang pun hanya bila mereka bertemu dia majlis rasmi syarikat. Rasanya hanya dua kali mereka berjumpa. Selebihnya masing-masing belajar jauh dari ibu bapa mereka.
            Meskipun mereka belajar di negara yang sama, tapi universiti mereka berbeza. Dan mereka tiada kepentingan untuk bertemu berdua.
            Hayla sama macam perempuan lain. Menyimpan perasaan dan hanya meminati lelaki itu menerusi laman sosial media yang dimiliki Ian.
            Tiada gambar perempuan yang pernah Ian kongsi di laman Facebook, Twitter mahupun Instagram. Ha kau nampak tak dia stalk semua sosial media. Ah perempuan.
            Hayla kembali ke alam nyata. Hatinya berat tiba-tiba. Air matanya bertakung tunggu masa nak menitis. Tapi dia dengan diri sendiri pun nak tunjuk ego. Pantas dia menenggelamkan kepalanya ke dalam tab mandi, biar air mata yang nak mengalir itu tidak kelihatan jelas. Walaupun tiada siapa yang memerhati!
            1..2..3..4..5..6..7..8..9..
            Hayla naik semula ke permukaan dengan mulut ternganga mengaup oksigen sebanyak mungkin. Air menitik dari rambut dan kembali ke dalam tab mandi.
            Dia menangis di hadapan Kiff semalam. Buat kali pertama dia menitiskan air mata di hadapan manusia. Seingat daya ingatannya, dia tak pernah menangis. Carl mengajar dia untuk sentiasa tahan air mata dari menitis dan hanya fikirkan yang indah-indah sahaja jika dia ada rasa macam nak menangis.
            Dan muslihat itu berhasil setiap kalinya. Cuma kali ini dia tewas. Dia tak mampu melawan rasa takutnya pada gelap malam. Kenapa? Dia sendiri tak tahu. Apa yang dia takutkan dalam gelap?
            Pintu bilik air kemudian diketuk dari luar. Hayla terkejut. Tiada orang lain selain dia dan Kiff di rumah ini. Siapa yang datang? Takkan Kiff? Rasanya dari semalam lelaki itu keluar dari rumah.
            “Puan Hayla.” Suara itu kedengaran. Hayla tak kenal suara itu.
            “Siapa?”
            “Cik Anum.”
            “Oh. Kenapa ye?”
            “Kiff tinggalkan pesan kat Cik Anum, minta Hayla pergi ke airport pukul 5 petang.”
            Hayla kerut dahi.
            “Airport? Untuk apa?”
            “Cik Anum pun tak tahu. Dia ada minta Cik Anum bagi tiket flight.”
            Bila masa pembantu rumah ini tiba? Hayla tak tahu. Bila masa Kiff serahkan tiket penerbangan? Dia juga tak tahu. Kenapa dia perlu ke lapangan terbang, HAYLA TAK TAHU!!!
            “Sekejap.” Hayla bangun dari tab mandi dan mencapai tuala putih. Tuala itu dililit ke tubuh. Sehelai lagi tuala kecil diambil dari kabinet bawah sinki dan mengelap rambutnya. Pintu bilik ditarik dari dalam.
            Susuk tubuh Cik Anum kelihatan.
            “Kiff balik ke tadi?” tanya Hayla.
            “Tak. Driver dia ambil Cik Anum tadi dan terus serahkan tiket. Cik Anum akan jaga rumah ni untuk seminggu.”
            “Seminggu? Maksudnya saya takkan balik rumah ni seminggu ke?” Hayla kerut dahi.
            “Macam tu la nampak gayanya.”
            “Untuk apa eh?” gumam Hayla sendirian tapi tetap didengari Cik Anum.
            “Mungkin honeymoon?” sengih Cik Anum. Hayla tambah pelik. Tak mungkin.
            “Kalau macam tu, saya bersiap kejap.” Ujar Hayla. Cik Anum mengangguk dan terus berlalu keluar dari bilik Hayla.
            Beberapa helai pakaian dimasukkan ke dalam bagasi walaupun dalam kepala sedang ligat berfikir apa yang Kiff cuba lakukan sekarang ini.
            Dia tak faham dengan personaliti lelaki itu. Kadang-kadang lelaki itu keras, adakalanya dia baik. Tapi.. ah berapa banyak ‘tapi’ yang bermain di dalam kepala otak Hayla.
            Hayla lupa akan panggilan yang  masuk beberapa kali tadi. Dia capai telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali. NO NUMBER. Selalunya ‘no number’ ni private number.
            Siapa pula la ni? Takde nombor pula tu. Memang tak boleh la dia nak telefon balik. Ah lantak.
            Dia dail nombor Adel. Beberapa saat kemudian, panggilan itu berjawab.
            “Girl! Berapa tahun sekali baru kau nak call aku? Semenjak-menjak kahwin ni, kau lupa aku eh?”
            “Aku baru call kau hari tu kan?” senyum Hayla.
            “Itu hari tu. Selalunya setiap hari kau call aku.”
            “Itu dulu. Aku call sebab nak tahu kelas kat mana aje.” Ketawa Hayla.
            Adelia. Kawan sekuliahnya dulu di Dublin.
            “Kau busy ke?” tanya Hayla.
            “Not really. Tengah rehat.”
            “Kau buat apa?”
            “Managing the club. Banyak budak baru masuk kelab kita. And guess who’s the president now?”
            “Er, you?”
            “No, silly. Harry.”
            “Harry? Harry yang noob tu?” bulat mata Hayla.
            “Yes boy! That noob.” Adel buat muka menyampah.
            “How come? Macam mana orang boleh vote dia untuk jadi president? That guy is super nerd! No communication tolerant at all!”
            “Kau tahu dia siapa sebenarnya?”
            “Anak raja?”
            “Lol! Dia anak Prof. Mike.”
            “Mike?! That annoying Mike??” satu lagi kejutan.
            “Yes! That old guy yang kau menyampah sangat tu.”
            “Oh my god.”
            “Sebab tu la kot dia orang vote Harry as president. Sebab any activies will be held akan di approve oleh Mike, as Mike is our club advisor. Taraaa!”
            “Euw. Politic much.”
            “Yes I know right? So kau call aku sebenarnya kenapa?”
            Hayla diam sejenak. “Aku rindu kau?”
            “Euw, girl. Jangan hipokrit boleh tak? Seriously, why?” inilah dia best friend.
            Hayla diam sekejap. “I don’t know Adel. I feel..”
            “What? Unhappy?”
            “Yeah.”
            Adel ketawa. “Maybe sebab kau dah tak bebas macam dulu kot. Kau ingat dulu kat sini, boleh dikatakan tiga hari seminggu kau pergi racing. Husband kau tahu that side of yours?”
            Hayla sengih. “Not really.”
            “Aku rindu nak tengok kau race lagi. Anyway, I bought new superbike.”
            “What? Seriously?”
            “Yeah! So please cepat datang sini. Kau boleh main dengan superbike aku.”
            “Someday I will.”
            “Babe, I’m sorry but got to go. Harry ajak meeting. Ah menyampah aku dengan nerd acah president ni. Bye, I hate you!”
            Hayla tergelak. “I hate you more.”
            Talian dimatikan. Dia gigit bibir bawah.

HAYLA tiba di lapangan terbang pada jam 3 petang. Tiket itu membawa dia ke United State. Dia ambil tempat di ruang menunggu. Sebenarnya dia agak was-was dengan rancangan tiba-tiba Kiff ni.
            Sementara menunggu kelibat KIff yang tak kunjung tiba, Hayla dail nombor mamanya.
            “Hello?”
            “Hayla. Dah sampai airport?”
            Hayla terdiam sejenak. Macam mana mamanya tahu? Sedangkan dia baru aje nak bagi tahu.
            “How..”
            “Kiff bagi tahu.”
            “Er.. bila?”
            “Baru pagi tadi. Dia datang jumpa mama dengan papa. So papa suggest suruh bawa you pergi honeymoon to calm you down.”
            “Calm me down?”
            “Yeah, pasal nak study tu.”
            “What?!”
            “Hayla sayang, mama tahu mama sepatutnya tak masuk campur dalam urusan kamu tapi you ambil masa ni untuk berbincang elok-elok dengan Kiff. Okay?”
            Hayla ketap gigi. “Ma, I got to go.”