Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Saturday, May 27, 2017

DTM 10

Image result for alexandra daddario gif tumblr

Berulang kali dia membaca emel yang baru diterimanya. DITERIMA? ‘Aku diterima? Like serious lah. Acah-acah pula dia.’
            “Kak Bal.” Nunu ambil tempat di sisi Balqis yang sedang baru nak hirup teh panas.
            “Hm kenapa?” televisyen dihidupkan.
            “Nunu tak salah baca kan? Dia tulis Nunu diterima?” Telefon bertukar tangan.
            Perlahan-lahan wajah itu mengukir senyuman. “Yeap. Congrats!”
            ‘Matilah kau, Nunu. Kau bajet gila time interview hari tu kan? Kau tau kan Rozita tu akan jadi bos kau?’
            “Tapi haritu Nunu..” Nunu pandang Balqis tak berkelip.
            “Nunu... awak buat apa lagi ni?”
            Nunu terus bangun dan masuk ke biliknya. Dia menekup mukanya dengan bantal dan kemudian menjerit sekuat hati.
            “I just wanna say, you make up doesn’t suit your age and face. Too much make up can’t hide your flaws anyway.”
            Boleh ketika dia bertemu Puan Rozita di lobi dia ungkapkan itu?! Memanglah dia berlaku jujur, tapi dia langsung tak sangka yang dia akan diterima kerja. Logik akal kan lepas dia cakap macam tu memang dia takkan diterima? Kan? Hello! Anybody????
            ‘Sebelah kaki kau dah masuk neraka, Nunu.’

“YOU WHAT?” Alan yang baru selesai shift terkejut mendengar apa yang Nunu beritahunya. Patutlah Puan Rozita berkali-kali menelefonnya dan menentang habis-habisan cadangannya. Tapi disebabkan dia antara nama-nama yang mempunyai share terbesar dalam syarikat itu sejak tiga tahun lepas, Puan Rozita tiada pilihan.
            Sanggup Nunu datang sampai ke hospital untuk memberitahunya tentang itu. Alan ketawa tak berhenti. Dia tarik keluar kot putihnya dan digantung di tiang kayu.
            “Tu la mulut tu tak reti nak jaga.” Alan menggeleng-geleng. Tawa dia masih bersisa.
            “Saya tak tahu pun yang saya akan diterima!”
            “Kenapa? You harap you tak dapat kerja tu ke?” Alan pandang Nunu. Takkan dia nak beritahu perkara sebenar?
            “Ala..” Nunu garu trapezius yang terasa gatal.
            “Nunu, jawab. You tak nak kerja tu ke?”
            “Bukan tak nak..”
            “Dah tu?”
            “Macam mana awak boleh kenal orang dalam syarikat tu?” ye. Soalan itu yang dia ingin tahu.
            “I salah seorang pemegang saham dalam syarikat tu.”
            Nunu terpempan.
            “That company belongs to my father.” Jujur habis Alan.
            Perlahan-lahan Nunu rasa dunianya gelap. Dia dapat rasa Bumi sedang berputar laju dan dia hampir jatuh dan terlepas dari tarikan graviti.
            Nunu duduk terjelepok.
            “Nunu. Are you okay?” Alan turut melutut mendapatkan Nunu.
            “Dia bunuh ayah, dik! Dia bunuh ayah!”
            Tangisan mama masih segar di dalam kepalanya. Lelaki yang berada di hadapannya kini.. adalah anak kepada lelaki yang telah meragut nyawa kedua orang tuanya. Kalau bukan lelaki tua itu, dia takkan jadi anak yatim piatu diawal usia 18 tahun!
            “Nunu?” Alan mencari anak mata Nunu.
            Tanpa berkata sepatah pun, Nunu bangun dan terus berlari keluar dari hospital. Melihatkan perlakuan drastik Nunu, Alan tidak berfikir panjang untuk mengejar gadis itu.
            “Hey. Hey. Kenapa ni?” nafas Alan tercungap-cungap tapi dia sempat mencengkam siku Nunu. Ini dia kelebihan seorang doktor. Berlari itu tidak menjadi masalah.
            “Nothing.” Ujar Nunu perlahan. Air mata sudah basah di pipi.
            “Don’t say it’s nothing when it is something.” Alan cuba mencari anak mata Nunu dari kepala yang menunduk rapat 45 darjah ke lantai.
            “I said nothing!” tengking Nunu. Kali ini dia lebih berani untuk bertentang mata dengan Alan.
            Terlepas pegangan di siku Nunu. Gadis itu terus berlalu meninggalkan Alan yang masuk tersentak dengan tengkingan gadis kecil itu.
            “I said nothing!”
            Ayat itu bergema di dalam kepala Alan. Bola keranjang itu di baling ke syiling dan disambut berulang kali dalam keadaan posisi dia sedang berbaring di katil.
            “Adik, kenapa ni?” berkali-kali soalan yang sama diulang Alan. Melihatkan adiknya itu kerap berdarah hidung dan berwajah pucat, dia jadi risau.
            “Nothing.” Perlahan suaranya. Hilang tenaganya.
            “That is nothing!” penuh mangkuk sinki dengan darah.
            “I said nothing!” jerit Alisya. Air mata gadis berumur 14 tahun itu menitis.
            “Kita kena pergi hospital.” Alan tarik bahu Alisya supaya mengikutinya.
            Alisya masih degil dan tidak mahu berganjak dari sinki.
            “Adik! You’re bleeding!” marah Alan. Air mata jantannya hampir mengalir tapi dia kuatkan diri.
            Pandangan Alisya makin pudar dan akhirnya dia rebah.
            Kali pertama dia mendengar jeritan Nunu di atas tembok jambatan, dia terdengar perkataan abang. Sebenarnya dia dengar semua yang dikatakan Nunu. Dalam diri Nunu, dia nampak arwah adiknya, Alisya.
            Kerana itu dia sentiasa ingin membantu gadis itu. Apa beza Nunu dengan Alisya? Nunu hanya lebih sikit sebab dia cantik. Alan senyum nipis.
“You won’t understand how it works sampailah orang tu mati.”
Kata-kata Nunu tempoh hari diingat kembali. Dia dah merasa. Cita-cita menjadi seorang juruterbang dibatalkan semata untuk meneruskan niat menjadi seorang doktor.
Azam dia tak pernah berubah sejak adiknya meninggal. Dia tak mahu orang lain merasa apa yang dia rasa. Dia akan usaha untuk cari jalan menyembuhkan pesakit seperti arwah adiknya.
Sebab itu padanya, profesion sebagai seorang doktor itu penting. Dia rela kebahagiaan dia mati. Tapi bukan kebahagiaan orang lain.
Alan keluarkan telefon bimbit dari poket seluar slack yang masih tidak bertukar sejak balik dari hospital.
Aplikasi Whatsapp dibuka dan nama Nunu dicari. Last seen baru beberapa minit lepas.
Alan    : Nunu, are you okay?
Lima minit sudah mesej dihantar. Tapi masih belum dibalas. Alan pusing ke belah kanan. Skrin telefon ditenung bagai nak tembus tapi tidak bersahut pun.
Orang kata warna biru itu menenangkan. Macam langit dan laut. Tapi BLUE TICK ini langsung tidak menenangkan hatinya. ‘Biadab. Kau baca tapi tak reply?!’
Terus nombor itu didail.
Nunu pandang sepi telefon bimbitnya yang sudah tiga kali berdering. Ditukarnya kepada mode getar. Bising juga bila dok bergetar atas meja. Telefon ditarik dan diletakkan bawah bantal. Dia yang duduk di katil turut sama bergetar mengikut irama getaran telefon. Ciskek betul.
Tidak tahan dengan panggilan yang tak henti-henti itu, Nunu ambil keputusan untuk menekan butang hijau.
“At last! Nunu kalau you ada problem, bagi tahu. I boleh tolong.” Ujar Alan yang sudah khuatir dengan reaksi Nunu.
Sepi.
“Nunu?”
Tidak bersahut.
“Hello?”
Iphone milik Nunu di atas katil. Di hujung talian, Alan masih dok hello-hello tak habis-habis sedangkan gadis itu sudah berada di dalam bilik air untuk mandi.
‘Ni mesti dia biar aje panggilan disambung. Entah apa kerjalah dia buat.’ Rengus Alan.

“NUNU!” Jerit Ajda di corong telefon. Nunu ketawa. Gila punya perempuan malam-malam menjerit macam ni.
            “Dah kenapa?” Nunu baring di katilnya.
            “Kau kerja ke?”
            “Belum start lagi lah.” Sengih Nunu.
            “Good. Sekarang kau siap-siap. Kejap lagi kita orang sampai. Siap cepat tau!” talian terus dimatikan dengan tawa Ajda dan Dalila kedengaran.
            Nunu pelik. Memang dia ada beri lokasi rumah barunya melalui aplikasi Whatsapp tempoh hari. Apa mimpi pula dia orang nak datang sedangkan peperiksaan akhir hanya beberapa hari aje lagi.
            Suis lampu ditutup kesemuanya. Balqis berada di hospital malam ini. Esok pagi baru balik. Nunu memeriksa kali kedua selepas mengunci pintu rumah. Cepat-cepat dia turun ke bawah bila dia terima Whatsapp dari Dalila memberitahu yang mereka telah sampai.
            “Hello baby girl.” Nunu ambil tempat di tempat duduk belakang. Senyumnya sampai ke telinga.
            “Hai gorgeous! Kita orang ada benda nak bincang dengan kau ni.” Beritahu Dalila sementara Ajda sudah pijak padel menuju ke jambatan Putrajaya.
“KAU NAK aku buat apa?” Nunu sumbat Subway ke dalam mulut. Bulat juga lah mata dia bila dengar apa yang Dalila dan Ajda beritahu.
            “Part time aje jadi model. Bila dia orang perlukan, dia akan panggil. Tapi kalau waktu dia orang panggil tu kau kerja, boleh aje kau decline.” Kata Ajda yang duduk bersila dan bersandar di tiang tembok jambatan.
            Melihatkan tembok itu, dia jadi teringat kejadian minggu lepas. Hampir sahaja dia lenyap dari muka Bumi. Astaghfirullahalazim.
            “Muka ni nak shoot? Emm.. pengsan photoghrapher.” Nunu ketawa.
            “Pengsan sebab cantik sangat. Kau boleh buat duit lebih. Aku dengar-dengar kau boleh dapat RM 50-100 dalam photoshoot sejam aje tau.” Celah Dalila.
            “Apa kata kau orang aje yang join. Lagilah kau orang student perlukan duit lebih.”
            “Kita orang ada duit elaun universiti. Kau tu mana ada elaun dah. Aku yang penat tengok kau buat part time hari-hari. Tiga tahun dah kau kerja itu kerja ini. Tak penat ke?” juih Ajda.
            “Well.. tapi aku okay aje.” Subway tinggal suku.
            “I call you, tak jawab. Kat sini you duduk?” Alan silang tangan dan berdiri kaku memandang tepat ke arah Nunu. 

DTM 9

Image result for tom cruise top gun wink gif

“Assalamualaikum.” Sapa Alan. Nunu berdiri di belakang Alan. Senyap aje dia dari tadi.
            “Waalaikumussalam. Hey.” Lebar senyum wanita itu.
            “Kak, ni Aina.” Alan perkenalkan Nunu. Nunu senyum nipis. Gril besi ditolak ke luar sedikit.
            “Hai. Masuklah. Nama akak Balqis. Boleh panggil kak Bal aje.”

NUNU henyak punggung di atas katil yang sudah ditukar cadar untuknya. Alan dan Balqis masih bersembang di hadapan pintu.
            Tudung ditarik keluar. Dia mengemas apa yang patut sebelum pintu biliknya diketuk.
            “Aina dah makan?”
            “Dah.”
            “El dah cerita dekat akak macam mana dia kenal dengan Aina. Tapi dia panggil Aina, Nunu?” Balqis ambil tempat di kerusi belajar.
            “Oh. Aah. Haha. Selalunya orang yang rapat dengan Aina aje panggil Aina, Nunu.”
            “So dia rapatlah dengan Aina?” sengih Balqis.
            “No! Tak! Aa.. akak ni ke ex-girlfriend dia?” Nunu jadi serba salah. Dengan siapa dia kasi aku duduk ni.
            Balqis ketawa. “Bukanlah. Akak senior dia waktu belajar.”
            “Oh.” Tersipu-sipu Nunu dibuatnya.
            “El cakap Nunu ada interview hari Rabu ni kan?”
            ‘Dia panggil aku Nunu?’
            “Aah.”
            “Nunu tahu tak nak gerak ke sana macam mana?”
            “Al dah tunjuk public transport mana yang boleh guna.”
            “Alright then. Rehatlah dulu. Akak nak iron baju sebab kejap lagi akak nak masuk kerja dah.”
            “Akak doktor juga ke?”
            “Aah. Cuma hospital tak sama dengan El.” Balqis bangun dari duduknya.
            “Oh yea. El kirim salam.” Sempat Balqis mengenyit mata pada Nunu. ‘Eh kembang pula tekak aku ha.’

AUNTIE MA tolak daun pintu biliknya. Melihatkan kasut dan barang-barang Nunu sudah tiada di bilik hujung, dia jadi senyum sendiri.
            “Dia dah keluar?” tanya Uncle Adam.
            “Dah la kot. Barang dia semua takde dah.”
            “At last. Tapi actually bagus juga dia duduk sini. Kita tak payah hire orang gaji. Dia sediakan breakfast kita. Semua kerja rumah dia boleh buat.” Uncle Adam sandarkan bagasi di sebelah almari.
            “Meluatlah I tengok muka dia hari-hari.” Auntie Ma terus labuh punggung di atas katil. Tidak semena-mena dia menjerit kuat. Terpinga-pinga Uncle Ada dibuatnya.
            “Kenapa yang?”
            Auntie Ma selak selimut tebal yang menutupi katil. Paku payung bertimbun di bawahnya! Kurang ajar punya anak sedara!
            “Maa!!! Boomslang abang hilang!” Jojo terkejut bila melihat akuarium yang dia tempatkan ular jenis Boomslang itu hilang. Kosong akuariumnya! Boleh jadi dia masih terlepas di dalam rumah ini.
            Memang Nunu sengaja buka penutup akuarium itu. Boomslang adalah antara ular pokok yang sangat merbahaya. Nampak aje cantik, tapi rupa tak menggambarkan dirinya yang sebenar.
            “Sebelum pergi haritu Jojo tak tutup ke penutup dia?” marah Auntie Ma.
            “Tutuplah! Gila tak tutup??” masing-masing sudah risau.
            “Ma!” Ekal berlari ke bilik mamanya. Semua koleksi jam tangan mahalnya habis dikopak penutup baterinya. Entah mana Nunu sorokkan penutup bateri itu entah. Muka Ekal sudah merah padam tidak berkata apa-apa kepada ibu bapanya. Dia hanya menunjukkan satu bekas jam yang sudah berterabur.
            “Ni semua mesti kerja Nunu!” Auntie Ma ketap gigi.
            “Apa bising-bising ni?” Adlin pelik mendengar bunyi kecoh dari bilik mamanya.
            “Barang adik ada hilang atau rosak tak?” tanya Uncle Adam. Adlin menggeleng. Padahal dia yang paling banyak menyakitkan hati Nunu.
            “Alright. That’s good enough.” Auntie Ma hela nafas lega.
            “Tapi sekarang kita kena cari Boomslang.” Gesa Uncle Adam.
            “Boomslang hilang?!” terbeliak mata Adlin.
            Merata mereka mencari. Adlin lihat bawah kereta Renault kesayangannya. Boomslang tiada di situ. Tapi apa yang dia jumpa lebih mengejutkan.
            “Nur Aina!!!!!!!!” habis satu taman boleh dengar kuasa jeritan Adlin apabila terlihat kesan panjang calar sepanjang sisi keretanya. Tadi tak perasan pula waktu nak masuk rumah.
            Dan Nunu tak bodoh. Dia segera menukar nombor telefonnya. Ketawa dia berdekah-dekah saat dia menceritakan kepada Balqis apa yang dia lakukan kepada keluarga makciknya itu.
            “Ya Allah, tak baik tau Nunu!” Balqis tidak dapat menahan tawanya.
            “Goodluck lah cari Boomslang.”
            “Nunu, ular tu bahaya tau.” Dalam gelak, Balqis sempat menasihati.
            “Dia orang tak bodoh la kak Bal. Dia orang takkan cari sendiri Boomslang tu. Paling-paling dia panggil bomba suruh cari.”
            Balqis menggeleng kepala. Hilang stressnya bekerja. “Nunu..Nunu.. nakal awak ni.”
            “Eh. Nunu lupa buang sampah hari tu lah!” dia baru teringat sampah lauk-pauk hari terakhir dia di rumah itu.
            “Nunu! Habislah berulat!”
            “Ops.” Okay ni dia betul-betul terlupa.

DIA TAK SILAP BACA. Berkali-kali dia baca nama syarikat itu. Hari temu duga menjelang jua. Pelbagai soalan bermain di dalam kepalanya. Tak payah bagi alamat pun dia tahu lah macam mana nak pergi ke syarikat itu.
            Dengan kaki kanan Nunu melangkah masuk ke lobi bangunan. Kali terakhir dia masuk ke dalam bangunan ini ketika dia berumur 14 tahun. Selepas Ashraf meninggal, tidak pernah sekali pun dia menapak ke bangunan ini.
            Tempat ini yang paling dia benci suatu ketika dahulu. Dada yang sedang berombak kencang cuba ditenangkan.
            ‘Kau siapa, Alan?’
            Setengah jam menunggu untuk ditemu duga, gilirannya tiba.
            “Silakan duduk.” Panel senyum ramah. Tapi tidak sekelumit pun senyuman meniti di bibir Nunu.
            “Ni yang Alan recommend.” Dua panel itu berbisik.
            “Saya diberitahu awak datang ke sini lepas dapat recommend dari encik Alan. Betul?” soalan pertama keluar dari mulut lelaki separuh abad yang bernama Zubir itu.         
            Nunu mengangguk.
            “Alright then. Boleh awak beri saya dokumen apa yang awak bawa?”
            Nunu keluarkan hanya satu sijil. Sijil SPM. Semua sijil lain dia simpan. Sudah mati keinginannya untuk bekerja di sini.
            “Ini aje?” Puan Rozita seakan tidak percaya.
            “Ini aje yang saya ada.”
            Kedua panel itu berbisik antara satu sama lain. 10 A+ kot.
            “Result awak ni cantik. Kenapa awak tak sambung belajar?” Encik Zubir aju soalan.
            “Sebab ibu bapa saya meninggal waktu saya first semester diploma. Saya takde punca kewangan untuk tanggung saya belajar.”
            “Melihatkan dari keputusan SPM awak ni, awak mesti orang yang cepat belajar.” Puji Puan Rozita.
            “I don’t know. You’re the panel, you can judge me.” Sinis betul senyuman Nunu. Puan Rozita tarik muka masam. ‘Apa berlagak sangat budak ni. Takde etika!’
            Selepas hampir sejam bersoal jawab, akhirnya temu duga itu berakhir. Puan Rozita dan Encik Zubir sekeras-kerasnya menolak nama Nunu dari jawatan yang ditawarkan.         
            ‘Susah nak ambil pekerja yang takde adab.’
            “Kami akan beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.” Ujar Encik Zubir. Nunu mengangguk. Salam pun tidak, Nunu terus keluar dari bilik temu duga itu. Sesak nafasnya!
            “No way I nak hire dia.” Puan Rozita menggeleng laju.
            Tak sampai lima minit temu duga itu berakhir, telefon Encik Zubir berdering. Alan di panggilan.
            “Hello, Alan.” Sapa Encik Zubir.
            “So macam mana? Dia okay?” Alan gigit bibir bawah. Tak sabar nak dengar jawapan pekerja bapanya itu.
            “Not her.”
            “What? Why?” terkejut Alan dibuatnya.
            “Dia ada bad attitude. Dia tak nampak macam betul-betul nakkan position ni aje.”
            “Maybe dia nervous kot.”
            “Nervous apa kalau jawab pun biadab! Berpatah-patah kita tanya, sepatah aje yang dia jawab. Beauty with brain, you kata? Memang. Tapi cukup pakej dengan bad attitude!” adu Encik Zubir.
            “Ala uncle. Please.. she had a really tough moment right now.”
            “Sepatutnya kalau life dia seteruk macam yang Alan bagi tahu, tak ke supposely dia sekarang begging us for the position?”
            “Uncle please! Tolong Alan kali ni aje.” Rayu Alan.
            “She had this attitude la. Susah la nak kerja dengan orang macam ni.” Rungut Encik Zubir.
            “I’ll help you. I promise. Let me talk to her. I know dia slowly boleh berubah.”
            “Haih. You better be.”

            Alan senyum sampai ke telinga. 

Saturday, May 20, 2017

DTM 8

Image result for alexandra daddario tumblr gif

Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula mencari kerja baru. Nak balik ke tempat kerja lama? Kau tak tahu berapa bakul maki aku dapat semalam sebab berhenti serta-merta tanpa sempat mereka cari orang ganti.
            “How do you feel?” Alan datang memeriksa Nunu yang masih di katil pesakit.
            “I’m fine.” Jeling Nunu.
            Alan periksa kuantiti air.
            “Bila saya boleh discharge?”
            “You’re good to go hari ni.” Beritahu Alan.
            Nunu jilat bibir bawah yang terasa kering. “Kat mana saya nak bayar semua kos?”
            “No worries. Dah settle. Just kasi I check few things and you can go.”
            “Hospital ni awak punya ke?” Nunu duduk bersila. Mukanya lebih berseri hari ni berbanding semalam.
            “No.” Alan ketawa kecil.
            “Tapi gaya awak macam hospital ni bapa awak punya aje.” Cebik Nunu.
            “Good to see you like this, Nunu.” Alan pandang Nunu dengan senyuman manis.
            “Aina. Nama saya Aina.” Tegas Nunu.
            “I prefer panggil Nunu.” Alan berdegil.
            “Bukan semua orang boleh panggil saya Nunu.”
            “Eh? Okay Nunu.” Alan masih menyakat sebelum berlalu pegi. Nunu ketap gigi.

‘NUNU, macam mana kau nak cari kerja ni?’ Nunu melangkah lemah keluar dari hospital. Akaun bank cuma tinggal seribu sahaja. Insurans kedua orang tuanya sudah diambil Auntie Ma.
            “Kau betul-betul money-less, Nunu.” Keluh Nunu.
            “Going home?”
            YA TOHAN! Terperanjat pancreas gigirl.
            “Al.”
            “El.” Alan membetulkan.
            “Al.” Kau ingat kau seorang kepala batu?
            “El.”
            “Whatever Al.”
            Nunu jalan terus. “I boleh hantarkan you balik. Kebetulan I dah habis oncall.”
            “No thank you. Public transport ada.”
            “C’mon. Putrajaya ni kecil aje. Presint berapa?”
            “Awak dah baca IC saya kan?” ‘Doktor ni bebal ke tak pandai baca?’
            “Yeah memang alamat IC you Damansara. Tapi you mesti duduk dekat-dekat sini dengan auntie Ma you tu. Kalau tak, how on Earth you possibly here semalam?”
            Nunu sengih. “Doktor baliklah ikut jalan doktor. Saya ikut jalan saya.”
            “I berniat baik. I won’t harm you.”
            “I know. Awak dah buat kerja awak and thank you untuk semalam.”
            “Nunu..” Alan panggil meleret. Lelaki itu letih, tapi wajahnya tak lekang dengan senyuman.
            “Saya tak tinggal kat sini. Saya dari TTDI.”
            “Seriously?”
            Nunu malas nak layan dan terus pasang ‘eagle eye’ mencari bas yang boleh dia naik.
            “Fine. Jom I hantar ke TTDI.” Lengan Nunu ditarik hingga ke keretanya yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
            “Tak payahlah!”
            “I don’t care.” Sengih Alan.

SIARAN Mix fm berkumandang di dalam kereta Alan. Renault Rs16 Clio membelah lebuh raya menuju ke TTDI.
            “Ancient betul umur awak dengar mix fm.” Suara Nunu. ‘Ancient eh?’
            “Sesuailah. You budak muda, I dah tua. Mix fm is a mix of old and new songs anyway.”
            Nunu mencebik. “How old are you?” Nunu tekan perkataan old.
            “You rasa?”
            “40?”
            “Seriously?” Alan toleh sekilas kepada Nunu yang duduk di sebelahnya.
            “You don’t give me the number. Salah ke kalau saya teka nombor berapa pun yang saya nak?”
            Alan ketawa. “27.”
            “Seriously? And awak already dalam surgery?”
            “Assist aje. Baru MO. Belum betul-betul surgeon. Normallah tu. I SPM umur 16. Dulu waktu I, boleh lompat kelas.”
            “So you like genius lah ni?”
            “No. I just... lebih sikit dari orang lain.” Sengih Alan. Keretanya berhenti di hadapan kedai makan.
            “Ni bukan rumah saya.”
            “I know. I’m not that stupid.” Alan melepaskan tali pinggang keledar.
            “Memanglah. SPM umur 16 kot. Siapa kata bodoh?” Nunu turut sama melepaskan tali pinggang keledar.
            “Then you sepatutnya dah boleh agak yang kita ke sini untuk makan.” Pintu kereta ditolak dari dalam.
            Nunu hanya membuntuti. Sarapan pagi dengan roti canai kosong satu keping, roti telur satu keping, kuah banjirrrrr!
            Mata Nunu macam berlian yang bergemerlapan bila makanan sampai di mejanya.
            “As if I takde semalam, pagi ni you bukan hadap roti banjir tau. You hadap seksa kubur.” Sindir Alan. Nunu ketap gigi dan hela nafas pada waktu yang sama.
            “Perlu ke matikan selera saya sekarang?” beliak mata Nunu.
            Alan muncung. “Jangan buka mata besar-besar sangat. Pernah ada kes mata dia tak dapat katup lepas buka luas macam you tau. Bila-bila aje bebola mata tu boleh terkeluar.”
            Nunu cepat-cepat kelip mata. ‘Bodoh kalau kau percaya, Nunu.’
            Baru dia nak cubit roti yang sedang berasap, Alan terlebih dahulu berdehem. “Baca doa dulu.”
            “Saya dah baca la dalam hati.”
            “Kalau makan seorang it’s okay baca dalam hati. Tapi kalau ada orang lain makan dengan you, it’s called etique untuk doa sama-sama.” Ya Allah pedasnya mulut mamat ni.
            Tahan sabar aje Nunu dengar bebelan doktor genius ni.

“WOW.” Itu yang terkeluar dari mulut Alan melihatkan rumah yang tersergam indah di hadapannya ini.
            “Whatever your wow sounds to, it’s not mine. Anyway, thank you Al.” Nunu hempas pintu kereta Alan sederhana kuat.
            ‘Al lagi.’ Alan senyum tampak gigi. Budak ni memang kepala batu macam dia.
            “Nunu!” cermin tingkap diturunkan. Jelingan Nunu tajam.
            “You’re currently jobless kan?”
            “Kan dah bagitahu tadi. Kata genius. Takkan cepat lupa apa yang saya cakap.”
            ‘Hey mulut dia ni la.’
            “I boleh tolong you cari kerja. And new place.”
            Nunu berfikir sejenak.
            “You mesti perlukan kerja secepat mungkin kan?”
            “Kenapa awak beriya nak tolong saya eh?”
            “Sebab I tahu you perlukannya.”
            “Hah.” Nunu jeling Alan dan berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
            “Numerous benefits too!” jerit Alan. Kaki Nunu berhenti lagi.
            “Benefits?”

BARU hari ini selepas 3 tahun dia dapat merasa tidur yang panjang dan betul-betul berehat. Seronok juga rumah kosong. Nunu mengemas barang-barangnya. Tidak banyak barang yang dia akan bawa keluar pun.
            Tapi sebelum dia keluar dari rumah itu, dia menyediakan hadiah kecil untuk keluarga yang pernah menjaganya. Tanda berterima kasih kerana memberi tempat dia berteduh selama ini.
            Hon kereta kedengaran. Nunu tutup semua elektrik dan mengunci rapat pintu rumah. Kelibat Alan kelihatan di luar pagar.
            “Ni aje ke barang you?”
            Nunu buat muka. Alan ketawa dan menggeleng. Satu bagasi disimpan di bonet kereta. Nunu ambil tempat di tempat duduk sebelah pemandu.
            “Ready?”
            Dia mengangguk. ‘Goodbye hell!’
            Dua hari lagi keluarga makciknya akan pulang ke tanah air. Dia berdoa banyak-banyak agar hadiah yang dia tinggalkan itu akan membuatkan keluarga itu akan sentiasa mengingatinya.
            “Awak ni dah kahwin ke belum?” baru Nunu terfikir untuk tanya.
            “Kalau I dah kahwin, you ingat I boleh tolong you macam ni ke? Balik rumah bini dah tunggu depan pintu dengan parang. Tinggal nak penggal aje.”
            “Manalah nak tahu. Baik semacam dengan saya. Jangan mengharapkan balasan pula.”
            Alan ketawa.
            “Apa aje yang you boleh kasi as return? Ayat pedas you?”
            Nunu menjeling. “Any girlfriend?”
            “Baru aje break.”
            Nunu jungkit kedua-dua belah keningnya. “Why?” teruja nak tahu.
            Alan gosok kepala Nunu. “Budak kecil tak payah tahu hal orang dewasa.”
            “Hello. Saya dah 21 tahun. Macam awak cakap, I’m old enough to make my own decision.”
            “Fine so-called-grown-up-kid.” ‘Dia gelar aku so called grown up kid?! Oh biadab.’
            “Perempuan. Biasalah. Nakkan perhatian lebih. Nak kita lebihkan masa untuk dia. They just don’t understand how we work.”

            “You won’t understand how it works sampailah orang tu mati.” Nunu sengih dan buang pandang ke luar tingkap.