Luth tolak cermin
mata supaya tidak melurut jatuh ke hujung hidung. Jarum jam sudah menunjukkan
pukul 3.23 pagi. Dia masih tercegat di meja belajar untuk menghabiskan
ulangkajinya.
Whatsapp daripada Mardiyah
membuatkan jemarinya berhenti menulis. Dia ambil sedikit masa untuk membaca
mesej itu. ‘Belum tidur ke budak ni?’
Mardiyah : Still study?
Luth :
Yeap. Kenapa?
Mardiyah : Tak boleh nak tidur.
Luth :
Haha. Rindu?
Mardiyah : Sikit. Bila you nak balik semenanjung?
Luth : Kinda hectic la sem ni, Addy.
Raya tahun ni pun kak Intan yang datang Sawarak. I tak balik Semenanjung.
Mardiyah : Hmm. You bila ada masa, you berjalan merata. Bukannya nak
balik KL.
Luth : Sebab itu aje masa yang I ada
untuk release tension I. C’mon, Addy. Takkan you tak faham?
Mardiyah : Bukan tak faham. Tapi tak nak ke you
spend time sikit dengan I? Just macam kat matrik dulu?
Luth :
Haih.. Addy.
Luth :
Course I bukan mudah. I need to pass this every semester.
Mardiyah : I just need a lil bit of your time.
Luth :
I really can’t right now. But I can promise you, one day I will.
Mardiyah : Bila one day tu? Lepas you dah habis belajar?
Mardiyah : You takkan ada masa. I tahulah
routine HO macam mana. Even lepas HO pun, your life akan sentiasa tak cukup
masa untuk family.
Luth : Addy, I takde masa lah nak
bergaduh sekarang. I ada exam esok, can you please..
Mardiyah : Oh right. You memang sentiasa exam, sentiasa quiz,
sentiasa kelas. Sentiasa takde masa.
Luth tarik nafas dalam-dalam.
Perempuan ni kalau lagi dilayan, lagi naik kepala. Lantas Whatsapp itu
dibiarkan tidak berbalas. Mardiyah sampai tertidur-tidur menunggu balas yang
tak kunjung tiba.
“APA you buat kat
sini?” tanya Mardiyah yang jelas terkejut melihat susuk tubuh lelaki yang lama
dia rindui.
“I kerja sini.” Jawab Luth ringkas.
Mukanya tidak beriak. Tidak gembira, tidak juga kecewa.
“Kau!”
Mareeya menjerit kuat sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Luth membuatkan
lelaki itu terpinga-pinga.
Mareeya
berlari mendapatkan kolar baju Luth dan menggenggamnya kuat.
“Semua ni
sebab kau! Kau yang hancurkan wedding
aku! Kalau aku tak jumpa kau, benda ni semua takkan terjadi.” Marah Mareeya
bukan kepalang. Mardiyah terkebil-kebil. Luth ke yang Mareeya maksudkan selama
ini?
“Miss, please. Apa lagi ni? I takde kaitan dengan your life lah.” Luth cuba tolak tubuh
Mareeya jauh darinya. Tapi genggaman Mareeya terlalu kuat. ‘Uish budak ni, kuat
bukan main. Bela saka ke apa?’ Sekali lagi Luth merentap lengan Mareeya dari
kolar baju kemejanya. Kali ini lebih kuat dan kasar hingga Mareeya terkebelakang.
Mareeya tak
mengaku kalah. Dia kembali mendapatkan Luth. Muka Luth bosan dengan drama yang
tak masuk akal ini.
Yatt yang
nampak pergelutan itu cepat-cepat mendekati.
“Mareeya!
Mareeya!” Mardiyah menarik lengan Mareeya. Yatt juga cuba memisahkan genggaman
Mareeya daripada kolar baju Luth.
“Cik! Cik
tak boleh buat macam ni. Security! Security!” jerit Yatt memanggil bantuan.
“Kau bawa
sial dekat aku tahu tak!” tengking Mareeya.
Melihatkan
pakaian dan wajah Mareeya, dia boleh pastikan apa yang berlaku. Tangan Mareeya
masih cuba mencapai Luth meskipun tubuhnya sudah ditarik Mardiyah.
“Adik you?” tanya Luth kepada Mardiyah. Kelat
wajah wanita itu.
“Sorry.”
“Kak,
lepaslah!” Mareeya meronta minta dilepaskan.
“Mareeya! Please, jangan buat macam ni. Orang
tengok malu tahu tak?”
“Malu? Kak,
aku dah lebih malu daripada ni tau tak? Kalau bukan sebab lelaki tak guna ni..”
Mareeya mencerlung ke arah Luth.
“I think you should bring your sister to
psychiatrist.” Luth sudah berkira-kira untuk pergi meninggalkan mereka
berdua. Mareeya rentap tangan kakaknya dan mengejar Luth. Kot putih lengan
lelaki itu ditarik kasar hingga kot itu terjatuh sedikit dari bahu. Luth toleh
ke belakang dengan perasaan tak puas hati.
“You nak apa lagi?”
“Aku nak kau
bagi balik vision aku.” Tepat
pandangan mata Mareeya.
Luth ketawa
sinis. Yatt terpinga-pinga. Tak faham apa yang sedang berlaku. Luth cuba ambil
inisiatif lain untuk menjauhkan Mareeya dari dirinya.
“I rasa you dah boleh mula untuk hidup dalam realiti. Quit living in your comfort zone. You cakap you boleh
nampak future? Great for you. And now
you’re not? I’m sorry for that. But know this, all of us is living in that crap
everyday not knowing what will happen next. Consider yourself lucky but not
anymore. Start living like normal people do.” Sempat Luth menjeling ke arah
Mardiyah sebelum berlalu pergi.
Boom!
Setepek kena di wajah Mareeya. Tergamam dia dibuatnya. Air mata menitis
perlahan.
“Mar, jom
lah balik.” Pujuk Mardiyah. Telefon Mareeya bergetar sesaat menandakan ada
pesanan masuk.
LUQMAN.
Cepat-cepat Mareeya
membuka pesanan itu.
‘I’m sorry. I can’t marry you.’
Mareeya diam
membisu dan tergamam. Dia menghantar pemergian Luth dengan ekor matanya. Yatt
yang mengekori Luth sempat melihat ke arah Mardiyah dan Mareeya yang masih
tercegat di situ. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan drama mereka di
tengah-tengah hospital. Air mata Mareeya menitik.
MARDIYAH gigit kuku. Sudah hampir 9 tahun dia tidak berjumpa
dengan lelaki itu. Wajah Luth terpampang jelas di skrin komputer riba yang
masih dia simpan ketika mereka masih di matrikulasi. Senyuman lelaki itu bukan
main melebar. Sangat berbeza dengan sekarang. Segaris senyuman pun dia tak
nampak.
Jemari kanan
Mardiyah mengetuk-ngetuk komputer riba. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum
membuka laman Facebook. Nama Luth Ilyas dicari.
Tapi sayang,
profil lelaki itu masih tidak dapat dilihat. Sudah lama dia asyik melihat
profile lelaki itu. Mardiyah tertanya-tanya samada dia perlu ‘add as friend’
atau tidak. Mardiyah pejam mata dan mengetap bibir sambil klik kepada ‘add as
friend’. Mungkin kini tiba masanya. Dia dan Kamal pun akan berpisah secara sah.
Jantungnya berdegup laju. ‘Luth akan terima ke eh?’
Selepas 15
minit, permintaan itu masih tiada respon. Mardiyah hampa. Mungkin dia sibuk
bekerja. Dia tarik telefon bimbit dan membuka aplikasi Instagram. Dia cuba
nasib.
@luthilyas
Nama itu
dicari. Nasib baik Luth tidak set Instagramnya sebagai private. Saat Kamal menjumpai segala kenangan yang dia simpan
kemas, Mardiyah luahkan semuanya. Rahsia yang dia simpan elok selama ini
akhirnya terbongkar. Dan dia tak pernah merasakan sebebas dan setenang ini
selepas berterus-terang.
Dia tenung
wajah Luth yang kian berubah rupa. Dari zaman matrik hingga universiti dan
seterusnya sekarang bekerja dengan salah sebuah hospital kerajaan.
Gambar
lelaki itu tidak terlalu banyak. Tapi cukup untuk menceritakan perkembangannya
meningkat dewasa. Gambar tiga orang anak kecil bersamanya ditenung lama. ‘Anak
dia ke?’ dahi Mardiyah berkerut. Hatinya sakit tiba-tiba. ‘Luth dah kahwin?’
Tak pernah pula Luth muat naik gambar kahwin.
Telefon
terus dijauhkan dari matanya. Dia tak sanggup untuk lihat dengan lebih lanjut.
‘Apa yang kau fikirkan, Addy? Kau ingat kau ada peluang untuk pulang ke
pangkuan dia?’
JAM MENUNJUKKAN pukul 6 petang dan Luth sudah berada di
rumahnya. Rumah yang mulanya berpenghuni seramai 4 orang kini hanya tinggal dia
sahaja. Seorang demi seorang meninggalkan rumah itu apabila mereka mendirikan
rumah tangga. Luth sendiri tidak terfikir untuk mencari penyewa baru kerana dia
lebih selesa tinggal sendirian.
Air mineral
diteguk. Tubuh yang sudah bersih dan solat yang sudah dia laksanakan
meninggalkan dia masa lapang untuk dia terbaring dan berehat.
Dari tadi
dia tidak boleh fokus dengan kerjanya. Asyik terbayang wajah Mardiyah di benak.
Kenapa kelibat wanita itu langsung tidak boleh keluar dari kepalanya? Marah
mencucuk-cucuk jiwanya. Jantung rasa macam nak meletup. Siapa nak sangka
selepas 9 tahun mereka bertemu kembali. Kali terakhir mereka berhubung pun
hanya melalui telefon di mana Mardiyah sendiri meminta untuk menamatkan
hubungan mereka. Gadis itu tak tahu apa yang terpaksa dia tempuh selepas
pemergiannya. Jatuh bangun, dia hanya sendiri.
Luth raup
wajah. ‘Macam mana pula boleh berkait pula dengan budak mental tu?’
“Addy, tak kelakar.” Suara Luth
tajam di hujung talian.
“I tak buat lawak, Luth.”
“Kenapa you tiba-tiba decide untuk
break up? Kita bukan ada masalah pun.” Luth tak faham.
“Memang. Sebabkan kita takde masalah
la, jadi masalah pada I.”
“Apa lagi you nak?”
“Luth, kita tak pernah bergaduh macam
couple lain bergaduh over small things. So kat sini kita takde rasa nak
pujuk-memujuk. Do what others do.” Terang Mardiyah.
“Isn’t it a good sign yang kita tak
pernah bergaduh? Just sebab I tak pernah pujuk you, you tak pujuk I, you nak
break up?”
“No! Luth you tak faham apa yang I
nak.”
“Sebab tu I tanya, apa yang you
nak?”
“Luth, I nak kahwin! I nak spend
masa dengan you. I rasa insecure bila you jauh kat sana and I kat sini.
Kawan-kawan I kebanyakan dah kahwin. Relationship kita pun dah bertahun-tahun,
tapi you takde effort pun untuk halalkan I.”
“I told you, bila I dah ready I akan
meminang you. Cuma sekarang bukan waktu yang sesuai. I sendiri tak stabil lagi,
macam mana I nak support you? I bukan orang senang, Addy. Yang mak bapa dia
boleh tanggung. You pun tahu I got no parents and only have my sister yang dari
dulu fully sponsor me on everything.”
“Orang lain pun tak senang, Luth.
Tapi Allah dah janjikan rezeki selepas berkahwin.”
“Again, that word. Yes I percaya
dengan rezeki Allah. Tapi I kena buat preparation untuk kita. Bukan buta-buta
kahwin macam tu aje. Unless you tak kisah kalau mas kahwin dua tiga ringgit,
takde hantaran, takde pelamin, no big ceremony. If you’re willing to, then
okay. Let’s get married.”
“You sentiasa dengan alasan you! You
tak letak effort masalahnya.”
“What type of effort yang you nak? I
study siang dan malam to make sure I pass these paper supaya I boleh jadi
doktor yang boleh jaga patient and his family. I’m doing my effort!”
“Then explain kat I macam mana kawan
you yang ambil medik pun boleh kahwin waktu tengah study? Waktu tengah HO. You
sendiri cerita dekat I.”
“Addy, lain orang lain cara. Lain
background. You tak tahu struggle dia macam mana.”
“Then kalau dia orang boleh
struggle, kenapa kita tak boleh ke?”
Ah kalau cakap dengan perempuan,
memang takkan habis! “I’m just not ready for responsible, Addy.” Ah mengaku
salah ajelah. Berpanjang-panjang macam ni memang takkan selesai masalah.
“See. You sendiri mengaku.”
Luth mengeluh. Mereka sepi seketika.
“Break ajelah. I tak nampak berbaloi
ke tidak I tunggu you. Bye.” Talian terus dimatikan. Seperti hari-hari yang
biasa pasangan bergaduh, Luth beri masa kepada Mardiyah untuk menenangkan
dirinya. Dia tahu gadis itu perlukan masa. Mungkin selepas beberapa hari dia
akan hubungi teman wanitanya itu semula.
Silap. Luth Silap besar. Sangat
besar!
Peristiwa 9 tahun lepas masih segar diingatan Luth. Hanya ada seorang
wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya, dan itu adalah Mardiyah. Bukan
mudah untuk dia gantikan Mardiyah dengan orang lain dan itu mungkin salah satu
sebab kenapa hingga kini dia belum berkahwin.
Luth
memandang sepi nama friend request
itu. Mardiyah. Terus dia tolak nama itu. Adalah lebih baik mereka tidak
berhubung langsung. Sakit hatinya masih bersisa dan berbekas. Macam mana wanita
itu boleh bertindak sebegitu? Betapa wanita itu mementingkan diri dan tidak
melihat dari sudut pandangannya pun.
Tiba-tiba
ada mesej masuk aplikasi Instagramnya.
@mardiyahmustafa : Can
we meet?
Luth ketap
gigi. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
@luthilyas : For what?
@mardiyahmustafa : Mareeya.
Oh. Pasal
Mareeya. Memikirkan yang mungkin benar Mareeya perlukan bantuan, sebagai
seorang doktor, Luth perlu berfikiran wajah. Dia perlu ketepikan kehidupan
peribadinya dan membantu golongan yang memerlukan.
@luthilyas : Hospital.
Jawab Luth
ringkas. Mardiyah senyum nipis.
@mardiyahmustafa : Sure.
MAREEYA tenung baju nikah yang dia bakal perlu pulangkan hari
ini. Segala doorgift yang masih
berada di dalam kotak turut sama berada di tepi dinding. Tersusun kemas.
Dulang
hantaran juga masih tidak terusik. Sememangnya dia ambil beberapa hari cuti selepas
hari pernikahannya. Konon nak pergi makan angin. Hah sampai kembung perut makan
angin bawah kipas bilik dibuatnya.
“Mar.” tegur
Puan Siti dari balik pintu.
“Hm.”
“Dulang tu
pun nak kena pulangkan hari ni kan?” tanya mamanya.
Mareeya
hanya mengangguk dengan muka kosong.
“Barang-barang
atas dulang tu, kamu simpanlah. Mama nak cabut dulang ni.” Dulang tembaga perlu
dipisahkan dari kaki dan badannya sebelum dipulangkan.
“Buang
ajelah barang tu.” Kata Mareeya dengan muka tidak beriak. Matanya masih
termenung.
“Eh apa
pula. Membazirlah. Kalau tak nak simpan, bagi dekat Malek aje.” Cadang Puan
Siti.
“Mar tak nak
tengok benda tu ada dalam rumah.” Ujar Mareeya.
“Tapi Mar.”
“Mar tak nak
tengok sikit pun benda yang ingatkan Mar pada dia!” suaranya tiba-tiba tinggi
dan air mata mengalir di pipi.
Nasib baik anak
keduanya itu sedang kecewa. Kalau tiba-tiba tinggi suara macam ni tanpa sebab,
memang dah kena pangg(lempang) dah
dengan Puan Siti. Biadab bukan main.
Memahami
akan keadaan anaknya, Puan Siti beri ruang kepada Mareeya untuk bersendirian.
Telefon yang
berdering cepat-cepat dijawab. Malek ditalian.
“Kak Mar
macam mana?” tanya Malek kepada mamanya.
“Termenung
macam tu ajelah. Mama suruh dia simpan barang hantaran, dia nak buang pula.”
“Bagi Malek
ajelah.” Ketawa Malek.
“Mama dah
cakap dah. Dia marah. Katanya tak nak tengok apa pun berkaitan dengan Luqman.”
“Aduh, Kak
Mar pun. Dah tu kata hari ni nak pergi pulangkan barang-barang pengantin tu.”
“Aah. Tapi
tak tahulah Kak Mar kamu ni.”
“Nak Malek
tolong hantarkan ke?”
“Kamu sibuk
dengan kerja kan?”
“Takpe ma.
Malek boleh mintak EL.”
Puan Siti berfikir
sejenak sebelum bersetuju.
“Kejap lagi
Malek balik. Mama teman-teman la Kak Mar tu. Dia bukan boleh tinggal sendiri.
Kejap lagi banjir rumah kita dengan air mata dia.” Sempat Malek mengusik.
“Kamu ni!”
Malek ketawa
dan mereka akhiri perbualan dengan salam.
MIMI terhendap-hendap dari balik dinding. ‘Kak Mardiyah buat
apa kat sini? Dengan Dr. Luth pula tu.’
“Your favourite.” Mardiyah hulur setin
Nescafe classic sejuk yang dibelinya dari kedai runcit.
Luth hanya
pandang sepi tin itu. “I dah tak
minum tu.” Jawab Luth menolak pemberian Mardiyah. Terpinga-pinga Mardiyah
dibuatnya.
“Duduklah. I tak banyak masa sekarang ni.” Pelawa
Luth.
Mardiyah
sedikit tersentak dengan kata-kata Luth. “I
just datang sini untuk minta maaf pasal Mareeya.”
“Just maaf?” Luth jungkit kening sebelah.
“And pasal apa yang I buat dekat you dulu..”
sambung Mardiyah.
Luth
bersandar di kerusinya. “So you
datang sini bukan nak minta medical
advice pasal adik you?” lelaki
itu buat pekak tentang ayat yang kedua Mardiyah.
“Adik I tak sakit.” Mardiyah mempertahankan.
“Are you really sure?”
“Yes! Yes! Adik I tak sakit.” Mardiyah terkejut macam mana Luth boleh sangka yang
adiknya itu sakit. ‘Mesti dia fikir adik aku mental.’
“So you percayalah dengan ‘superpower’ dia tu?” Luth peluk tubuh.
Mardiyah
terdiam. Dia ingin menegakkan keadaan adiknya tapi dia tahu lelaki itu takkan
percaya. Dia juga susah untuk percaya dulu.
“Look, I just nak minta maaf dengan apa yang terjadi hari tu and our past..”
“Our past is gone. That’s for sure. So
benda tu tak payah nak minta maaf lagi ke apa. We both moved on.” Luth sangkal perkara itu.
‘Moved on?’
“You dah kahwin?” soal Mardiyah.
“No.” ringkas jawapan Luth. Mardiyah
tidak mampu sorok senyumannya.
“Tapi you dah.” Sambung Luth membuatkan Mardiyah
tersentap.
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT