“SAYANG,
cepatlah.” Panggil Luqman yang sudah jauh ke depan. Kamera di tangan sempat
mengambil gambar Mareeya yang jauh ketinggalan di belakang. Salji yang turun
buatkan kaki Mareeya terasa berat untuk melangkah.
Dengan senyuman, Mareeya hulur
tangannya untuk disambut sang suami.
Mereka berjalan beriringan dan
tangan mereka bertaut sesama sendiri.
“You nak berapa orang anak?” tanya
Mareeya.
“Cukup satu team bola.” Gelak
Luqman.
“You ingat I kilang ke apa?” getus
Mareeya.
Luqman ketawa lagi. “Orang dulu-dulu
boleh aje sampai 14 orang anak.”
“Ada aje jawabnya.”
Luqman tenung Mareeya dalam-dalam.
“I love you. Sangat.”
Bunyi penggera telefon mematikan mimpi indah
Mareeya. Perlahan-lahan Mareeya buka mata. Pipi kanan yang ditampung bantal
masih tidak diangkat. Mata Mareeya terkedip-kedip mencerna mimpi indah itu.
Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi.
Dia ambil
beberapa saat sebelum duduk termenung di birai katil. Bibir mengukir senyuman
terkenangkan mimpi itu. Terus dia ke bilik air untuk mandi dan solat sebelum
bersiap menuju ke pejabat.
Mareeya
masih cuba untuk mendapatkan kebolehannya memandang masa depan melalui mata
sesiapa sahaja yang dia tenung. Tapi pandangannya kabur. Kadang-kadang dia
nampak, tapi hanya untuk beberapa saat. Makanya dia tak dapat memastikan apa
yang akan terjadi.
Sedang dia
menyiapkan kerjanya, kepalanya ligat berfikir tentang mimpi pagi tadi.
tangannya berhenti melakar. Jantungnya berdegup laju. Dia pasti dia nampak
mimpi itu ketika merenung anak mata Luqman beberapa bulan lepas.
Tiba-tiba
kepalanya kosong. Apakah yang dia nampak itu realiti atau hanya mimpi? Dia
menjadi gusar. Tertanya-tanya apakah kebenarannya. Macam mana kalau itu hanya
mimpi? Macam mana kalau apa yang dia nampak itu tidak akan terjadi?
Mareeya
cepat-cepat mencapai telefon bimbit dan nombor Luqman didail. Beberapa saat
kemudian, panggilan berjawab.
“Hello?”
sapa suara Luqman. Hati Mareeya sedikit lega.
“Hello. You.”
“Yep? Kenapa?”
“Er.. Kita
akan nikah Jumaat ni kan?” soal Mareeya untuk kepastian.
Luqman
ketawa kecil. “Iye. Kenapa?”
“Nothing.” Mareeya tersenyum kecil.
“Itu aje ke
nak tanya? Call I semata-mata nak tanya kita akan nikah minggu ni je ke?” Luqman
tergelak di hujung talian.
“Rasa macam
tak percaya yang I dah nak kahwin.”
Sengih Mareeya.
“Ye,
percayalah yang kita ni dah nak kahwin.” Suara Luqman hanya mendatar.
“You busy ke?” soalan bodoh dari Mareeya.
“Of course. I tengah kerja la Mareeya.”
“Oh sorry. Jumpa Jumaat ni.” Mareeya gigit
lidah.
Talian terus
dimatikan tanpa kata-kata lanjut. Mareeya tenung skrin telefon bimbit. ‘Busy sangat kot sampai terus matikan
talian.’
Mareeya cuba
untuk sedapkan hatinya. ‘Takde apa yang akan berlaku. You’ll be fine, Mareeya.’
LUTH duduk di mejanya sambil membelek beberapa dokumen
pesakit. Pen laju menari di atas kertas dan entah kenapa tiba-tiba kepalanya
teringatkan gadis itu. Yang mengekorinya tempoh hari. Mareeya.
Entah dari
mana gadis itu datang, dia pun tak tahu. Kepalanya digeleng untuk menghilangkan
wajah gadis itu dari benak mindanya. Mengacau betul.
“Luth, coffee.” Hayati atau lebih ramah
dipanggil Yatt menghulur secawan kopi panas.
“Thanks.” Luth senyum sesaat sebelum
mencapai cawan putih itu dan meneruskan kerja.
“You tak on call kan hari ni?” tanya Yatt.
“Tak. Why?”
“Oh. I was wondering if you nak join I dinner hari ni?” Yatt berharap
Luth setuju. Sudah berapa kali dia mempelawa lelaki itu, tapi susah betul untuk
lelaki itu setuju.
Luth
berhenti menulis. Dia angkat kepala dan memandang Yatt, doktor baru yang
ditugaskan di sini.
“I think sebab you baru kat sini, so you
don’t really know me. Tapi I
memang tak makan dengan just anyone.”
Setepek jawab Luth. Yatt gigit lidah. Pipinya memerah.
Sememangnya
Luth bukan lelaki yang ramah dengan orang. Hanya dengan pesakit aje dia boleh
tersenyum lembut. Pelik betul.
“Eh I ajak you dinner bukan sebab apa. I
just nak get to know you and
staff-staff lain.” Yatt pertahankan diri.
“I know. But I don’t do that. Sorry.”
Ringkas jawapan Luth. Patut pun ramai orang panggil dia sombong. Lelaki itu
lebih suka menyendiri dan serius dalam pekerjaannya.
Telefon Luth
tiba-tiba berdering nyaring. Panggilan dari Hamzah selaku HO pantas dijawab.
“Alright.” Hanya itu yang dikatakan Luth
sebelum menutup dokumennya dan berlari pantas meninggalkan Yatt yang masih
terpinga-pinga. ‘Dia blah macam tu aje?’
“PAKCIK RAZAK, pakcik dengar saya tak?” Luth
mengawang-awangkan tangan di hadapan muka pakcik Razak. Lelaki tua berusia
60-an itu sudah kian lemah.
Segera para
jururawat dan doktor mengelilingi pesakit itu. Ahli keluarga yang turut berada
di situ untuk waktu melawat diminta untuk ke tepi sebentar. Langsir biru
ditarik menutupi katil pesakit yang dimasukkan ke dalam wad beberapa minggu
lepas akibat retak tulang peha.
Luth sempat
melihat kanak-kanak kecil yang berusia anggaran 6-7 tahun sedang melihat dari
balik langsir yang sedikiti tersingkap. Budak kecil itu membatu di situ. Luth
tarik nafas panjang dan para doktor pakar mula melakukan tugas mereka untuk
memeriksa pakcik Razak. Salur nafas yang tersumbat menyukarkan warga emas itu
untuk bernafas sekaligus membuatkan wajahnya memerah.
Anak-anak
dan cucu pesakit itu menunggu dengan penuh kerisauan. Manakan tidak, dari balik
tirai itu, mereka boleh dengar dengan jelas suara tinggi dan panik dari ilmuan
itu.
Wanita
berusia 50-an itu menggenggam erat jemari anak sulungnya. Kakinya sudah tidak
mampu untuk berdiri tegak, lantas si anak menarik kerusi buat ibunya.
“Insya Allah
abah okay, mak.” Kata si sulung itu meskipun dia sendiri tidak pasti akan
keadaan bapanya.
20 minit
kemudian, Luth keluar dari balik tirai itu dan bertemu dengan wanita 50-an yang
bernama Salmah.
“Puan isteri
pakcik Razak?” tanya Luth. Wanita itu mengangguk.
“Macam ni
puan, keadaan pakcik Razak agak kritikal. Saluran pernafasan dia tersumbat.
Jadi kami perlu masukkan tiub untuk bantu dia bernafas. Itu pun atas
persetujuan puan lah. Kalau masuk tiub ni agak menyakitkan sikitlah, tapi ia
membantu pakcik untuk bernafas.” Terang Luth.
Makcik Salmah sudah tidak tahu apa yang perlu dia katakan.
Matanya sudah bertakung dengan air mata. Lantas si sulung ambil alih.
“Kritikal
maksud doktor?” Lynn ingin tahu.
“Chance
pakcik is 50-50. Tapi kami akan buat apa yang kami mampu. The rest, kita
serahkan kepada Allah.”
Lynn
mengangguk. “Doktor buat apa aje yang doktor boleh buat.” Jawab Lynn. Pasrah
dengan apa pun yang akan berlaku selepas ini.
Serangan
asma Pakcik Razak lebih kritikal daripada keadaan tulang peha yang patah.
Makcik
Salmah memeluk lengan anak sulungnya itu untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Si
kecil yang mengintai tadi langsung tidak beriak. Tidak faham apa yang sedang
berlaku. Sangkanya suaminya tidak apa-apa. Beberapa hari lagi akan dibenarkan
pulang. Tapi kenapa jadi begini?
Luth
mengangguk dan senyum nipis. “Doa banyak-banyak.” Pesan Luth. Luth kembali ke
sisi katil dan beberapa minit kemudian langsir diselak besar sehingga semua
ahli keluarga dapat melihat tiub biru yang berjuntai keluar dari mulut abah
mereka.
Katil itu
ditarik dan ditolak menuju ke unit kecemasan untuk rawatan lanjut.
“Kak long,
abah macam mana?” tanya Lee.
“Kita doa
aje yang terbaik untuk abah.” Ujar Lynn. Dia sedih. Tapi selaku anak sulung,
dia perlu kuat untuk ibunya dan adik-adik. Anaknya kecil juga sedang
memerhatikan dia. Dia tak mahu air mata tumpah di hadapan kanak-kanak itu.
PAGI JUMAAT buatkan jantung Mareeya berdegup laju. Hari ini
dia akan bernikah. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Usai solat Subuh, dia
terus turun ke ruang tamu untuk mengemas sisa-sisa yang masih berbaki.
“Nervous?” usik Mardiyah.
“Sikit.”
sengih Mareeya.
“Pergilah
mandi and siap. Kejap lagi orang nak
datang dah.” Ujar Puan Siti.
Jarum jam
sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Akad nikah akan bermula jam 11 pagi sebelum
solat Jumaat.
Mareeya
berlari naik semula ke bilik dan sempat dia mencapai telefon bimbit. Tiada
mesej dari Luqman yang dia terima. Pelik. Semalam pun dia mesej Luqman, tapi
tidak berjawab. Whatsapp dah bluetick.
Tapi tak dibalas pun. ‘Sibuk ke?’
Mareeya tak
mahu fikir lebih, lantas dia terus bersiap.
Jam 10 pagi,
sedara-mara sudah membanjiri isi rumah. Ini belum masuk rombongan lelaki lagi.
Mareeya ambil telefon bimbitnya. Sekali lagi dia menghantar pesanan ringkas
kepada bakal suaminya itu. Tapi tetap tidak berjawab. Single tick pula tu. Mareeya mula tak sedap hati.
“Kak, dia
tak balas pun. Single tick pula tu.”
Mareeya mengadu.
“Ala kau ni,
dia tengah drive kot ke sini.”
Mardiyah membetulkan selendang yang dililitnya. Eh orang lain yang nak kahwin,
orang lain yang over pula berhias.
“Akak kan
selalu mekap pengantin. Benda macam ni normallah dik. Masing-masing busy.” Celah mak andam yang bernama
Zarina itu.
“Tapi single tick?” Mareeya masih tak puas
hati.
“Cuba kau call dia.” Saran Mardiyah. Mareeya tidak
berfikir panjang lantas mendail nombor Luqman. Asyik peti masuk aje.
“Aku
risaulah kak! Masuk mailbox aje ni.”
Mareeya mula gelabah. Dia bangun dari kerusi dan mundar-mandir.
“Over la kau ni. Rileks ajelah.” Mardiyah
tak mahu Mareeya fikir apa-apa yang buruk.
Mareeya hela
nafas berat. Dia kembali duduk dan mengetap bibir. Jarum jam dinding dipandang.
Hampir pukul 11 pagi. ‘Insya Allah takde apa-apa, Mar.’ Bisik hati kecilnya.
Isi rumah
kecoh bila sudah 11.30 pagi tapi rombongan pihak lelaki masih tidak tiba.
Mareeya telan air liur.
“Mar tak try call Luqman?” tanya Puan Siti yang
menjengah masuk ke biliknya.
“Dah call ma. Tak angkat.”
“Cuba call mak dia ke?”
Mareeya baru
teringatkan itu. Cepat-cepat dia cari nombor bakal mak mertuanya. Belum sempat
nombor itu didail, abah sudah menjerit di bawah mengkhabarkan ketibaan
rombongan lelaki. Akhirnya. Mareeya tersenyum lebar.
“Bukan main
berkerut lagi tadi dahi kau.” Mardiyah mengusik.
Lima minit
kemudian, baru Mareeya turun ke bawah. Tapi senyumannya kian pudar. Wajah kedua
orang tua Luqman dipandang penuh tanda tanya. ‘Kenapa? Kenapa muka mereka kelat?’
“Kenapa?’
tanya Mareeya sambil perlahan-lahan menuruni anak tangga dengan sejambak bunga
di tangan.
“Kami minta
maaf, Mar.” hanya itu yang mampu Puan Laila mampu kata.
“Kami minta
maaf.” Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Mareeya.
MAREEYA kesat air mata walaupun air itu tidak mahu berhenti
daripada mengalir membasahi pipinya. ‘Sampai hati kau buat aku macam ni,
Luqman?’
“Yaa.” Mimi
menggosok belakang tubuh Mareeya. Cuba menenangkan gadis itu.
“Tapi aku
nampak aku bahagia, Mi!” Mareeya masih tak percaya dengan apa yang baru
terjadi.
“Aku tak
tahulah nak cakap macam mana, weh. Tapi apa yang dia buat tu memang kejam.”
Mareeya seka
air mata lagi. Dia telan air liur. Dengan baju pengantin yang masih tersarung,
dia bangun dari katil. Sanak-saudara masih ada tinggal bersisa lagi di ruang
tamu tapi dia tak peduli.
“Semua ni
salah lelaki tu. Kalau bukan sebab dia, aku still boleh nampak apa yang akan
terjadi. Kalau bukan sebab tu, keluarga aku takkan malu macam ni.” Mareeya
capai tas tangannya. Dengan muka comot, maskara dan lipstik yang bertanda di
pipi, Mareeya tidak menghiraukannya.
“Eh Mar, kau
nak pergi mana?” Mardiyah terkejut dengan tindakan Mareeya yang secara mengejut
itu.
“Aku nak
cari lelaki tu.”
“Eh kau bukan
betul pun sekarang ni. Tak payah lah, Mar. Kau cuba bertenang dulu.” Mardiyah
tarik lengan Mareeya[rh2] .
“Macam mana
aku nak bertenang when the groom is gone!
Aku tak pernah buat mistake besar
macam ni, kak! Tak pernah!” tempelak Mareeya.
Pening
kepala Mimi dan Mardiyah dibuatnya. Mereka berdua pun tahu, tiada guna untuk
menghalang Mareeya. Kerana dia selalu mendapatkan apa yang dia mahu.
“So what if you jumpa lelaki tu? Apa yang
kau boleh buat, Yaa?” Mimi kerut dahi.
“I don’t know. Tapi aku kena jumpa dia!
Tahulah apa aku nak buat bila aku jumpa dia.”
“Yaa, apa
yang jadi bukan salah dia pun.”
“Lepas jumpa
dia, hidup aku huru-hara, Mi!”
Mimi
menggeleng. ‘Aku la rasa macam nak bagi pelempang sedas aje kat si Mareeya ni.’
“Fine. Kau nak pergi? Boleh. Tapi aku drive.” Mardiyah rampas kunci kereta
dari tangan adiknya dan terus meluru keluar dari bilik. Kalau ini yang dapat
puaskan hati Mareeya, okay! Dada Mareeya berombak. Dia turut mengekori langkah
kakaknya.
“Eh. Addy,
Mar. Nak pergi mana tu?” Encik Mustafa pelik melihat dua-beradik itu meluru
keluar dari rumah.
Masing-masing
tidak menjawab soalan itu.
MAREEYA segera turun daripada kereta dan berlari masuk ke
dalam perkarangan hospital. Mardiyah hanya membuntuti dari jauh. Dia tahu
Mareeya pasti akan buntu.
Ke kiri dan
kanan Mareeya melihat. Dia kemudiannya berlari kecil ke kaunter pertanyaan.
“Saya.. er..
saya nak jumpa..” Mareeya kelam-kabut. Dia tak tahu nama lelaki itu siapa. Dia
tak tahu lelaki itu menjawat jawatan apa. Doktor ke, jururawat ke, ahli farmasi
ke. Mata Mareeya sudah merah. Dia geram. Geram bila dia tak tahu apa yang dia
sedang lakukan.
Mardiyah
perlahan-lahan mendekati adiknya.
“Mar..”
lembut dia memegang lengan Mareeya.
“Aku tak
tahu nama dia. Aku tak tahu dia siapa. Aku tak tahu apa-apa!” Mareeya
terjelepok ke lantai. Hampa dengan apa yang terjadi.
Sebab itu
dia berani menemani Mareeya hingga ke hospital. Kerana Mareeya juga pernah
bercerita tentang lelaki yang dia tak kenali itu dan memang Mareeya langsung
tidak ada butiran lanjut mengenainya.
“Jom. Kita
balik.” Mardiyah peluk kedua bahu Mareeya. Gadis itu menangis hingga
tersedu-sedan.
Dengan
longlai, Mareeya memaksa diri untuk bangun dari lantai marmar itu. Berat pun
beratlah, tubuh si adik tetap dibantu juga untuk melangkah.
Kaki
Mardiyah tiba-tiba terhenti. Bibirnya sedikit terbuka. Terkejut dengan apa yang
dia baru nampak.
Kelibat
susuk tubuh itu juga berhenti melangkah. Mata mereka berdua saling bertentang.
“Mardiyah.”
“Luth.”
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT