Mareeya tarik beberapa keping sampul kad undangan perkahwinan
untuk diberi kepada kawan-kawannya. Senyum sampai ke telinga bila dia melihat
kad itu.
“Ma, Mar nak
pergi hantar kad kejap kat kawan.” Beritahu Mareeya seraya menyalam tangan
mamanya.
“Nanti Mar
balik, beli extra ribbon hijau tu.
Tak cukup nak buat doorgift.” Pesan
Puan Siti Amirah.
“Alright. Nak berapa gulung?”
“Beli dua.”
“Alright. Bye ma. Assalamualaikum.”
Enjin kereta
dihidupkan sebelum kereta itu menuju ke sebuah hospital. Orang pertama yang
harus dapat kad kahwinnya mesti Mimi!
Sudah hampir
dua bulan dia tak bersua muka dengan Syamimi semenjak peristiwa di restoran
tempoh hari. Bukan kerana terasa hati, tapi masing-masing sibuk menguruskan hal
masing-masing. Kawan tetap kawan.
Mareeya
memarking keretanya dan telefon dikeluarkan dari beg tangan. Nama Mimi dicari.
“Mi, kat
mana?” suara Mareeya bukan main ceria lagi.
KAKI Mareeya melangkah perlahan-lahan menuju ke kantin
hospital. Dia lihat kiri dan kanan. Bila ada mata yang bertembung dengan matanya,
ada kalanya dia tersenyum sendiri melihat masa depan itu. Ada masa dia jadi
sebak melihat pengakhirannya. Tapi lumrah hidup, mati itu pasti.
Telefon
bimbit Mareeya tiba-tiba berbunyi. Dari Mimi.
“Yaa, aku
ada hal kejap. So lambat sikitlah.
Takpe ke?” tanya Mimi.
“No worries. Aku boleh tunggu dekat
sini.”
“Alright. Kejap lagi aku datang.” Talian
mati.
Mareeya
ambil tempat di meja kosong sebelum menganalisis mata-mata yang berani
bertentang dengannya. Bibirnya mengukir senyuman saat budak kecil berusia 5 ke
6 tahun yang memakai pakaian hospital memandangnya. ‘Dia akan sihat. Dia akan
baik.’ Bisik hati kecil Mareeya.
Melihat air
yang dipapar di atas bar kantin, dia jadi dahaga. Lantas dia bangun dan
mencapai air mineral dan semangkuk bihun sup. Dia beratur seperti orang lain
sebelum ada yang berdiri di belakangnya.
Siku Luth
terkena bahu Mareeya yang membuatkan gadis itu menoleh ke belakang. Sangkanya
ada orang mencuit bahu.
“Oh, sorry.” Ujar Luth. Mata mereka
bertentang. Tapi Mareeya tidak berkedip. Jantungnya seakan berhenti berdegup.
Kosong! Dia tak nampak apa pun di dalam anak mata lelaki itu.
“Yes?” Luth yang pelik dengan tenungan
Mareeya menegur.
“Er, nothing.” Mareeya kembali menghala ke
hadapan. Dia cepat-cepat cari anak mata orang lain. Jelas. Dia nampak jelas
masa depan mereka. Tapi kenapa dengan lelaki ini.. yang dia nampak hanya mata
semata-mata? Kenapa dia tak boleh lihat masa depan lelaki ini?
Mareeya
toleh kembali kerana rasa tak puas hati.
Luth
serba-salah. ‘Sakit ke kena siku aku tadi?’ fikir Luth.
“Bahu you sakit ke kena siku I?” soal Luth.
“No. Tak.” jawab Mareeya dua patah. Tapi
masih tidak berganjak dari tenungannya.
“Miss, your turn.” Kata Luth menunjuk ke
arah kaunter yang sudah kosong.
Mareeya
cepat-cepat membayar makanannya dan mengambil tempat di meja kosong tadi. Usai
Luth membayar untuk makanannya, dia ambil tempat di hujung kantin. Mareeya
masih boleh lihat kelibat lelaki itu.
Tanpa fikir
dua kali, Mareeya cuba tatap sekali lagi mata lelaki itu. Terasa diperhatikan,
tangan Luth berhenti menyuap sandwich
dan memandang ke arah Mareeya.
‘Eh budak
ni. Marah sangat ke dengan aku sampai tenung tak habis?’
Telefon
bimbit Mareeya menyentak lamunannya dan cepat-cepat dia menjawab panggilan itu.
Mendengarkan suara Mimi, Mareeya mengeluh. ‘Aku baru nak makan.’
“Kau kat
mana, Mi?” Mareeya bangun dari kerusi dan pantas berlalu. Luth hanya memerhati
dengan tanda tanya yang tidak habis.
“JANGAN la menangis lagi Mimi. Sudah-sudahlah.” Mareeya
mengusap belakang tubuh Syamimi yang dari tadi tak berhenti menangis.
“Dia jahat,
Yaa. Hakim jahat!” hingus meleleh tidak dipeduli.
“Mi, kau
dekat hospital la. Janganlah macam ni. Macam mana kau nak treat patient kalau kau pun macam ni?” Mareeya masih tidak berhenti
menggosok belakang tubuh sahabatnya.
“Aku nak
berhenti! Aku nak berhenti!” jerit Syamimi.
“Kau jangan
nak buat gila la. Perah otak 5-6 tahun macam mayat hidup, lepas tu kau nak give up profession kau? Cakap tu pakai
otak sikit boleh tak? Ei kau boleh dapat lelaki yang 10 kali ganda lagi hensem,
lagi baguslah Mi.”
“Dah
macam-macam aku berkorban untuk dia, Yaa! Sikit pun dia tak hargai aku! Macam
mana aku nak fokus kerja kalau dalam kepala aku asyik teringatkan dia aje?! Aku
menyesal tak dengar cakap kau, Yaa.” bentak Syamimi.
Macam Dejavu
pula rasa. ‘Aku dah cakap hari tu, kau tak nak dengar. Sekarang tengok? Kau
yang sedih, kau yang sakit hati. Lain kali percayakan aku!’ Nak aje dia
menempelak kata-kata itu kepada Mimi. Tapi dia tahu itu bukan langkah yang
terbaik.
“Dia
kenapa?” Mareeya tarik kerusi dan mula mendengar cerita Mimi.
“Dia minta jumpa
kejap tadi. Tu yang aku bagi tahu kau aku lambat sikit. Tiba-tiba dia cakap
kita orang tak boleh nak proceed lagi
jauh. Kau tahu kenapa? Sebab dia kata dia rasa dia tak cukup baik untuk aku!
Aku tahu lately kita orang dah tak
macam dulu. Masing-masing busy,
jarang bercakap. Tapi aku rasa dia faham benda tu sebab dia pun doktor. Tup-tup
time tengah bertekak tadi, tiba-tiba
ada orang Whatsapp dia, like banyak
gila Whatsapp masuk sampai boleh cut conversation kita orang. Dia baca mesej
and aku terus rampas phone dia. Kau
tahu apa aku nampak? Whatsapp bersayang-sayang dari patient dia sendiri!” bentak Mimi.
Mareeya garu
kepala. ‘Macam mana aku nak kasi kad kahwin dekat dia ni kalau dia pun dalam
keadaan macam ni?’
“Selama yang
kau kenal dia tiga tahun ni, dia macam mana?”
“Aku tengok
okay aje! Takde masalah apa pun. Aku tak tahulah kenapa sekarang ni dia buat
perangai pula!”
“So.. kau nak buat apa sekarang?”
Mimi pandang
lama anak mata Mareeya. “Apa yang kau nampak? Kau nampak aku happy tak? Kau nampak aku kahwin dengan
siapa tak?” Mimi penuh mengharap. Inilah dia manusia. Saat kau kencundang, saat
kau kecewa dan kau rapuh, kau akan mula percaya benda yang kau nak percaya.
Benda yang cepat dan benda yang akan pulihkan diri kau seperti sedia kala.
Mareeya
terkejut melihat tindak balas Mimi yang tak pernah dia lihat sisi gadis yang
seperti ini. Dia telan air liur. Tapi sumpah, pandangannya kian kabur.
“Mi, aku..”
Mareeya masih mencuba.
“Apa? Kau
nampak apa?”
“Mi.. aku
tak nampak apa-apa.” Mareeya sendiri terkejut tiba-tiba. Fikirnya, mungkin dia
boleh tolong Mimi untuk bertenang kalau dia beritahu apa yang dia nampak.
“Apa ni Yaa.
Berbelas tahun kau nampak, takkan sekarang kau nampak? Kau jangan nak tipu aku
Yaa. Teruk ke future aku?” Mimi mula
risau. Mareeya terus bangun dari kerusi. Jantungnya berdegup laju.
“Aku tak
nampak apa-apa, Mi.” Dia mulai gelabah. Mimi pelik melihat wajah Mareeya sudah
pucat. Gadis itu pantas berlari keluar dari bilik Mimi dan mencari setiap
manusia yang melintasinya.
Dia cuba
tenung mata mereka, tapi iya. Kosong.
“Mareeya!”
panggil Mimi. Tapi kelibat wanita itu sudah hilang.
LUTH yang sedang membaca carta di tangan terkejut apabila
secara tiba-tiba lengannya disentuh dari depan dan ditarik ke belakang. Dia
tahu susuk tubuh wanita ini.
“Ikut aku.” Ujar
Mareeya.
“Hey, hey,
hey. Kejap. You ni kenapa?” Luth
tarik kembali lengannya.
“Aku ada
benda nak cakap dengan kau.” Tegas Mareeya.
“I don’t know you.”
“Me neither. But I’ve to talk to you!”
Mareeya berdegil. Sekali lagi dia cuba menarik lengan lelaki itu.
“Miss, you tak boleh sesuka hati drag orang ke hulu ke hilir. I’m working. Kalau ada benda yang you nak cakap dengan I, you’ve to wait until I’m done.”
“I don’t have time to wait!”
“And I don’t have time to listen.”
Dada Mareeya
berombak kencang. Luth terus berjalan menuju ke katil pesakit untuk diperiksa
tanpa mempedulikan Mareeya. Muka tegang lelaki itu terus berubah 180 darjah
kepada manis saat bersemuka dengan pesakitnya.
Mareeya raup
wajah. Dia tiada pilihan, melainkan menunggu.
Ke mana
sahaja Luth menapak, Mareeya akan ikut. Dia akan ikut hingga tugas lelaki itu
selesai. Sampai ke surau, ke bilik air, Mareeya tetap setia menunggu. Dia
perlukan jawapan. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa seperti buta!
Usai solat
Asar, Luth lihat kelibat Mareeya sudah hilang. ‘Fuhh. Creepy juga kena ikut ke hulu ke hilir.’
“Done?” sergah Mareeya dari belakang yang
baru selesai solat.
‘Shoot. Terkejut aku!’ Luth hela nafas
lemah.
“Waktu
melawat dah nak habis tau. Orang luar supposely
tak boleh ada dalam ni. You’ve to go
back.” Kata Luth.
“Aku ikut
kau dari siang tadi, untuk jawapan. I
need my answer!”
“Jawapan
apa?” Luth kerut dahi. ‘Eh budak ni, buang tebiat ke apa?’
“Aku
sepatutnya boleh nampak orang punya future.
Tapi lepas aku jumpa kau…” terketar-ketar bibir Mareeya. “I see nothing. I see nothing in you. And now, I see nothing in everyone.”
Air mata Mareeya tumpah. Jelas dia ketakutan.
Luth
terkebil-kebil. “Miss, I’m not a psychiatrist. But I boleh
tolong tunjuk you kat mana..”
“I want my gift back!” jeritan Mareeya
buatkan Luth terpana.
“Miss, I really don’t have any idea apa
yang you cakap ni. If you rasa, you’re gifted.. then maybe you are. Tapi I’m not the one yang ambil that
gift from you.” Luth berkira-kira
untuk menapak pergi. Sekali lagi lengannya direntap kasar.
“Aku tak
tahu kenapa, tapi aku sure ability
aku hilang since aku pandang mata
kau!” merah mata Mareeya. Luth garu kening. Dunia ini dah makin banyak orang
kurang sihat di kepala ye?
“Okay. Okay.
You nak superpower you balik? Fine.”
Luth berdiri tegak di hadapan Mareeya dan tangannya mula berlari seakan
pengamal silat.
“Aboogin! Fuhh!” gaya macam Goku beri
serangan aje.
“Okay done transfer superpower you. Have a nice day.” Luth terus berlalu
pergi meninggalkan Mareeya yang geram disindir sedemikian rupa. Betul la..
siapa aje yang akan percaya dia? Dalam banyak-banyak kawan sekolah, Mimi
seorang aje yang percaya dengannya. Tu pun ambil masa setahun selepas banyak
bukti yang dia kemukakan. Terkebil-kebil Mareeya dibuatnya.
“LAMBATNYA balik. Mar beli tak ribbon? Puan Siti menyapa dari muka pintu. Dia pelik melihat
Mareeya yang merenungnya kosong.
“Ni kenapa
pula ni pandang mama macam tu?” berkerut dahi orang tu dibuatnya.
Betul. Dia
tak nampak apa-apa.
“Mar lupa.
Esok Mar pergi beli lepas balik kerja. Mar letihlah, ma. Mar naik dulu.” Lemah
suara Mareeya sebelum melangkah longlai naik ke biliknya.
Penghawa
dingin dihidupkan. Dia terbaring di atas katil. Dalam kepala dah mula fikir
macam-macam. 24 tahun dia hidup dengan kelebihan ini. Tapi kenapa sekarang
ianya hilang? Saat dia sudah mulai selesa dengan kelebihan ini, dia tak
bersedia untuk kehilangannya. Macam mana dia nak hidup sehari-hari? Selama ini
pilihannya sentiasa berakhir dengan baik. Macam mana selepas ini?
Mareeya
menghubungi Luqman, tapi tidak berjawab. Kerja masih belum selesai, barangkali.
MARDIYAH campak pasu hiasan kecil ke arah belakang tubuh
Kamal yang sudah berjalan menuju ke pintu utama. Kaki suaminya itu berhenti
melangkah dan dia menoleh ke belakang.
“I shouldn’t marry you at the first place.”
Ujar Kamal.
Air mata
jatuh ke pipi Mardiyah. Dia ketap bibir menahan peritnya kata-kata sang suami.
“I’m letting you go, Addy. So you can go back to your old boyfriend yang you admire siang dan malam!” luah Kamal. Sakit hatinya bila dia
dapat tahu yang Mariana masih lagi menyayangi lelaki itu.
‘Habis tu,
aku ni apa? Tunggul?’ Kamal tarik daun pintu kuat sebelum menghempasnya hingga
mengejutkan Qasaf dan Qistina dari tidur.
“Good! Sebab itu yang I nak dengar dari mulut you!” jerit Mardiyah.
“Ibuuu.”
Rengek Qistina yang masih di dalam bilik. Mariana seka air mata dan segera
berlari mendapatkan kedua anak kecilnya.
“Ibu ada kat
sini.” Lembut tuturnya seraya memeluk tubuh si bongsu.
“Bunyi apa
tadi tu bu?” tanya Qasaf yang juga terjaga dari tidur.
“Takde apa.
Angin tiup pintu tadi.” bohong Mareeya.
Qasaf
mengangguk dan kembali menarik selimut dan melelapkan mata.
“Ibu tidur
dengan adik boleh?” minta Qistina.
“Sure, sayang.” Perlahan-lahan Mardiyah
rebahkan tubuhnya di sisi Qistina saat anak kecil itu masih dalam dakapannya.
Air matanya perlahan-lahan berlinangan. Dia sendiri tak pasti apa yang sedang
dia rasakan. Sedih? Marah? Atau gembira?
Telefon yang
tiba-tiba berbunyi sesaat memaksa diri Mardiyah untuk bangun dan ambil
telefonnya. iMessage dari Mareeya
dibaca perlahan.
Mareeya : I
miss you.
Air mata Mardiyah
tumpah. Kalau aje dia boleh peluk adiknya yang seorang ini sekarang juga.
Mardiyah : I
miss you too. Are you alright?
Mareeya : Nope.
Mardiyah : Me
too.
Mareeya
pandang sepi mesej itu. Dia tak rasa ini masa yang sesuai untuk dia menjadi
pendengar untuk masalah kakaknya dan begitu juga sebaliknya. Mereka
masing-masing sudah dewasa untuk mengendalikan masalah masing-masing. Bertindak
seperti seorang dewasa.
Lantas
mereka hanya menelan perit yang sedang mereka rasa. Sendirian.
“MAREEYA akan
dapat adik kejap lagi!” ceria suara Uncle Baha sambil memasang tali pinggang
keledar buat anak sedaranya itu. Mareeya memang rapat dengan Uncle Baha yang
selalu memanjakan dirinya. Setiap sebulan sekali pasti aje dia akan tidur di
rumah pakciknya yang menetap di Ipoh.
“Sekarang ni kita akan pergi
hospital untuk tengok mama dengan adik baru, okay?” ujar Uncle Baha. Mareeya
hanya mengangguk faham dan teruja.
Selepas
setengah jam perjalanan aje, Mareeya sudah tertidur. Bunyi brek berdesing dan
melihatkan kereta yang dipandu Uncle Baha menghampiri sebuah lagi kereta yang
berhenti di tepi jalan, Mareeya menangis sambil mata terkatup.
BOOOM!
Dalam kabur mata, Mareeya terlihat
susuk tubuh seorang budak lelaki di bahu jalan. Mata mereka bertentangan. Dan
saat itu, Mareeya dapat lihat lelaki itu membesar dan tersenyum sambil dipeluk
oleh seorang wanita muda dari sisi. Topi graduasi yang terletak elok di atas
kepala menambah seri graduan medik itu.
Mata Mareeya perlahan-lahan kembali
terkatup.
Basah kolar t-shirt Mareeya dek mimpi yang bertandang. Bibir Mareeya
terasa kering. Dia duduk di birai katil sambil cuba mengawal pernafasannya. Air
matanya tumpah. Mengingatkan kembali tragedi ngeri 24 tahun lalu cukup
menakutkannya. Sudah lama dia tidak bermimpikan itu. Kenapa ianya kembali
semula?
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT