Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, July 30, 2018

Luth Ilyas : Bab 6


Image result for hospitalized tumblr gif 

Malek tolak daun pintu perlahan selepas mengetuknya. Kelihatan Mareeya masih di atas katil, dengan tidak mandinya, kusut-masai dan termenung panjang. Kain baju yang bersepah diatas lantai dikutip Malek. Susah juga eh jaga perempuan yang patah hati ni?
            “Kak Mar dah makan?” tanya Malek.
            Diam.
            “Kak Mar tak mandi lagi ke ni?”
            Diam.
            “Kak. Oh kak.” Panggil Malek lagi.
            Tetap diam.
            Malek merengus. Kalau aku dapat si Luqman ni, aku pulas-pulas kepala dia macam kepala skru. Berani dia buat kakak aku separuh hidup macam ni?
            “Kak, pergilah mandi. Kejap lagi Malek teman akak hantar barang-barang ni semua.” Ujar Malek. Mareeya masih sepi. Mareeya capai selimut dan kembali baring di atas katil. Sudah masuk ke tengah hari pun kakaknya masih belum mandi.
            “Kak, kau nak aku mandikan kau ke?” Malek sedikit geram bila Mareeya tidak respon dengan kata-katanya.
            Melihatkan Mareeya pejam mata, Malek ketap gigi. Dia capai baju pengantin yang digantung di hadapan pintu almari. Baju itu disarung dengan beg plastik hitam berzip. Hantaran yang berada di lantai disusun elok. Kaki hantaran dipusing hingga berpisah dengan piringnya. ‘Mak ai, berat betul tembaga ni.’
            Semua dulang dia masukkan ke dalam tong plastik. Hantaran yang sepatutnya menjadi milik Luqman dipindahkan ke biliknya. Tak mahu kakaknya lihat barangan itu.
            “Kak, aku dah kemas semua benda. Bangunlah mandi cepat.” Malek tarik selimut yang menutupi tubuh Mareeya.
            “Kau jangan sampai aku angkat kau letak dalam bilik air.” Gertak Malek.
            Melihatkan Mareeya yang tidak peduli langsung, terus dia dukung tubuh kecil kakaknya. Ada manfaat juga kalau badan adik ni cukup gagah untuk mendukung si kakak.
            Tuala ditarik dari balik pintu dan tubuh Mareeya diletakkan di dalam bilik air.
            “Kau mandi cepat. Kalau aku kira 10 minit kau masih tak keluar bilik air, aku sendiri yang akan jirus kau.” Pintu bilik air ditarik dari luar. ‘Payah betul ada kakak macam ni.’
            “Kak Mar okay tak?” tanya Puan Siti.
            “Macam mayat hidup ha. Malek nak letak barang dalam kereta kejap. Kalau dah 10 minit, tapi kakak tak keluar lagi, mama panggil Malek.” Beritahu Malek.

I DAH divorce.” Beritahu Mardiyah. Wanita itu memandang tepat ke arah wajah Luth. Dia ingin lihat perubahan mimik muka lelaki itu. Tapi hampa. Sikit pun muka Luth tidak beriak.
            “Oh. Sorry.”
            Sorry? Takde apa yang perlu di-sorry kan. I buat keputusan ni sebab I still tak boleh move on dari you.” Mardiyah berterus-terang. Buat apa nak disimpan-simpan. Sebab dia pasti apa yang inginkan.
            Terjungkit kedua belah kening Luth.
            You got kids?” soal Luth.
            Yes. Two.”
            Then what the hell dengan tak boleh move on dari I?”
            “Luth, I still sayangkan you. Dulu I tak sabar. I insecure. Sebab tu I ambil keputusan paling bodoh yang pernah I buat dalam hidup I.”
            Well, keputusan bodoh you tu lead you to have two kids. That’s great.” Sindir Luth.
            Tubir mata Mardiyah bergenang. “I just nak betulkan apa yang I patut buat 9 tahun lepas.”
            How?”
            I nak balik dengan you. I nak kita bina hidup kita yang sepatutnya kita bina 9 tahun lepas.”
            Luth ketawa. “You tak rasa ke apa yang you cakap ni sounds incredibly stupid?”
            Then why kita berjumpa balik? Out of the blue. I’m done with my previous marriage, and you pun tak kahwin lagi. Apa maksudnya? This might be our jodoh, Luth.” Mardiyah bersungguh-sungguh meyakinkan Luth hingga buatkan lelaki itu ketawa besar.
            “Addy.” Luth habiskan sisa tawa. Reaksi Luth itu buatkan Mardiyah marah.
            We’re done.” Sambung Luth.
            Then kenapa you tak kahwin lagi?”
            “Sebab.. simple. Jodoh tak sampai lagi.”
            I might be your jodoh.”
            Sekali lagi keberanian wanita itu buatkan Luth ketawa menggeleng kepala.
            I got work to do. Pasal adik you tu, kalau you rasa dia okay.. then okay. Kalau you perlukan bantuan untuk psychiatrist, just let me know tru my IG.” Luth bangkit dari kerusi.
            “Luth.” Lengan Luth dicapai.
            I’m serious.”
            About what?” Luth naik bosan.
            About us.”
            “Addy, stop. I tak kahwin bukan sebab you.” Walaupun sebenarnya memang kerana Mardiyah. “I just takde masa untuk komitmen.”
            If so, I akan faham. I takkan demand untuk you spend masa macam orang lain.”
            Luth menggeleng. Dia menolak pautan tangan Mardiyah.
            I dah tak rasa apa-apa dengan you. Sorry.” Hakikatnya dia masih menyayangi wanita itu.
            You tak pandai menipu Luth.”
            “Oh yea? Okay.” Luth terus pergi meninggalkan Mardiyah sendirian.

“AKU DAH cakap kan? Kalau kau masih tak siap mandi lagi lepas 10 minit, aku jirus kau.” Malek bercekak di depan pintu bilik air yang terbuka luas. Mareeya sedang duduk di lantai bilik air dengan mata bengkak menangis.
            Duduk bilik air 10 minit semata untuk menangis?
            Malek tarik kepala shower dan menghalanya terus ke kepala Mareeya membuatkan gadis itu terjerit kecil dek air yang sejuk.
            “Malek!”
            “Aku dah cakap kan? Aku balik semata-mata untuk kau tau, kak. Boleh tak kau dalam masa macam ni berfikiran matang? Nak melayan sangat dengan emo tu, satu dua hari sudahlah. Ini dah berapa hari? Kau menangis sampai buta pun takkan putar balik masa kaulah. Dia tetap akan pergi.” Geram Malek dibuatnya.
            Mendengarkan itu, lagilah Mareeya menangis tersedu-sedan. ‘Eh tak boleh pakai betullah minah ni.’
            Malek capai botol sabun gel dan menyapu ke bahu dan belakang tubuh Mareeya yang masih berbaju tidur. Kasar perlakuannya.
            “Sakitlah!” marah Mareeya.
            “Kalau kau tak nak sakit, mandi sendiri! Tapi kalau kau nak aku sental, ha takpe meh sini aku sental.”
            Mareeya menolak tubuh Malek jauh darinya. Dia menjeling adik bongsunya itu.
            “Keluarlah! Aku nak mandi.” Pintu bilik air ditutup rapat dari dalam.
            Malek merengus. “10 minit” Malek beri amaran.
‘Macam ni baru nak jalan?’
            Selepas lima belas minit, Mareeya siap. Selendang tidak bersterika, baju main tarik aje dari dalam almari. Muka kosong tidak berseri. Tapi Malek tidak kata apa-apa.
            “Tak boleh ke kalau kau aje yang pergi hantar?” tanya Mareeya.
            “Sepatutnya kau yang hantar sendiri kan? Aku tolong teman aje.” Cebik Malek.
            “Aku tak laratlah.”
            “Kau tu takkan larat selagi kau tak bangun dari katil puaka kau tu. Bangun, keluar. Tengok dunia. Dah berapa hari kau berkurung. Kerja kau banyak dah terbengkalai. Kau ada fikir tak macam mana kau nak catch up nanti?” bebel Malek sambil ambil tempat di tempat duduk pemandu.
            Mareeya merengus lemah.
            Perjalanan ke butik pengantin hanya sepi dan diisi dengan suara-suara enak dari radio. Sekejap-sekejap Malek memandang ke sisi. Kejap-kejap air mata tumpah, kejap-kejap kering. Kejap mata terpejam, kejap mata buka luas.
            Sesampai aje mereka di butik itu, Mareeya tidak mahu turun dari kereta.
            “Boleh tak kau tolong naik, hantarkan?” minta Mareeya.
            Malek menjeling. “Okay. Kau tunggu dalam kereta. Jangan pergi mana-mana.” Pesan Malek. Mareeya merebahkan kerusinya untuk berbaring. Tanpa sempat dia berbuat demikian, matanya tertacap pada tubuh itu.
            Cepat-cepat dia tarik keluar tali pinggang keledar dan berlari keluar dari perut kereta.
            “Luqman!” sergah Mareeya. Lelaki itu terkejut.
            “Mareeya.”
            Air mata Mareeya menitis lagi. “Kenapa? Kenapa you buat I macam ni?”
            “Mareeya, I minta maaf. Tapi memang.. I..”
            You tinggalkan I waktu wedding kita. Hari nikah kita. Sedangkan I.. sedangkan I begitu yakin yang I akan bahagia dengan you. Sampai hati you hancurkan I sekelip mata macam tu?”
            “Mareeya, I minta maaf.”
            “Maaf? I tak nak maaf. I nak reason! Kenapa? Kenapa you tinggalkan I?!” bentak Mareeya hingga membuatkan orang ramai memandang ke arah mereka.
            “Mareeya, kita bincang dekat tempat lain jom. Sini ramai orang.” Luqman tarik lengan Mareeya dan gadis lemah itu hanya membuntuti. Kaki Luqman berhenti melangkah bila laluannya dihalang Malek.
            “Kau nak bawa kakak aku pergi mana?” tanya Malek yang baru selesai menghantar barang-barang sewa itu.
            “Aku nak cakap dengan kakak kau kejap.” Jawab Luqman. Dia berkira-kira hendak pergi dari situ sebelum lengannya dicengkam kuat.
            “Takde apa yang kau perlu cakap dengan kakak aku. Kau dah tinggalkan dia. Then blah. Blah terus dari hidup dia. Jom kak.” Malek tarik tangan Mareeya.
            “Malek, akak nak cakap dengan dia.” Mareeya berkeras.
            “Cakap apa lagi kak? Apa pun yang akan keluar dari mulut dia lepas ni cuma akan sakitkan hati kau! Kau tak perlu dengar apa-apa penjelasan daripada dia. Dia dah tinggalkan kau! Kau ingat tu.” Sergah Malek.
            “Aku just nak tahu kenapa dia tinggalkan aku.” Air mata Mareeya bergenang saat matanya bertentang mata dengan adiknya.
            Malek raup wajah.
            “Sebab kau tak cukup baik di mata dia kak. Takkan ada sebab lain kenapa dia sanggup tinggalkan kau kalau kau sendiri perfect.”
            Hati Mareeya terluka.
            “Malek, aku just nak cakap dengan kakak kau sekejap.” Luqman mencelah.
            “Kau nak cakap dengan dia, atau nak sakitkan hati dia? Cukuplah Man. Kakak aku bukan mainan kau. Blah la dari sini.”
            I nak dengar penjelasan you!” Mareeya usaha untuk mendekati Luqman tapi Malek terlebih dahulu menarik lengan kakaknya dan memaksa gadis itu masuk ke dalam perut kereta. Luqman hanya mampu melihat.
            “Kau jangan tunjuk muka kau lagi depan aku. Sebab aku tak pasti kalau lepas ni aku boleh sabar daripada hayun penumbuk kat muka kau.” Malek segera duduk di tempat duduk pemandu dan kereta berlalu pergi dengan kadar segera.
            Lengan kiri Malek ditumbuk bertubi-tubi oleh Mareeya yang geram.
            “Aku nak cakap dengan dialah! Kau faham tak?! Aku nak cakap dengan dia!!!” jerit Mareeya. Malek hanya diam sambil membiarkan lengannya ditumbuk kasar. Dia perlu fokus memandu.
            “Malek, kau patah balik!” Mareeya mengongoi. Dia hanya berhenti menumbuk untuk beberapa saat sebelum kembali menyakiti adiknya itu.
            “Kak Mar!” jerit Malek kuat. Jeritan yang Mareeya tak pernah sekalipun dengar datang dari mulut adik bongsunya. Mareeya tergamam.
            “Aku tahu kau sayang dia gila-gila. Aku tahu hati kau hancur-sehancur-hancurnya! Tapi kau fikir sama dengan mama abah. Kak Addy, aku. Kita orang ni terseksa tau tengok kau macam ni. Kau ingat kau seorang sedih? Semua orang pun sedihlah! Kau menangis macam nak gila, sedangkan dia? Kau tengok dia tadi? Rileks! Tenang! Macam takde apa-apa berlaku! Sikit pun dia takde rasa bersalah atau malu dengan kau. Itu yang kau nak buat laki? Itu ke calon laki yang kau kata baik sangat? Ambil keputusan untuk biarkan mak ayah dia tebal muka jumpa keluarga kita minta maaf? Sekaligus malukan keluarga kita juga? Itu kau kata baik?” hambur Malek saat kereta mereka berhenti di bahu jalan.
            Terketar bibir Mareeya. Hidung yang berair disedut kuat supaya hingus tidak meleleh.
            Just stop it, kak. Tak berbaloi untuk kau menangis sebab dia.” Suara Malek mula mengendur.
            Mareeya telan air memandang wajah Malek yang sudah kembali tenang.
            “Okay?” Malek ingin kepastian.
            Mareeya tidak menjawab. Hanya air mata yang tumpah. Segera bahu Mareeya digosok perlahan.
            “Aku adik kau. Benci-benci menyampah aku kat kau pun, aku tak sanggup tengok dua orang kakak aku ni menangis. Kau orang aje yang aku ada.” Tambah Malek.
            Melihatkan Mareeya diam membisu, Malek tarik nafas dan hembus. Dia memulakan perjalanan mereka semula.

DUA BULAN BERLALU sekelip mata. Pada orang lain, masa yang pergi itu mungkin sekejap. Tapi tidak buat Mareeya. Untuk menghilangkan ingatannya pada Luqman, dia mula menyibukkan diri. Keluar gelap, balik pun gelap. Dia langsung tidak ada masa untuk rehat.
            You balik lewat lagi hari ni?” tanya Sherry yang sempat singgah di bilik Mareeya. Gadis itu senyum kambing.
            “Aiyo, kerja penat-penat tak berbaloilah Mar. Balik spend time dengan family la lagi bagus.” Semua tahu tentang kegagalan di hari pernikahannya. Masing-masing juga tidak menyebut tentang itu lagi. Mereka tahu, Mareeya perlukan sokongan.
            Mareeya ketawa kecil. “Terlalu banyak kerja I. Ni dapat customer baru pula ni, siapa nak buatkan?”
            You tu yang tak letak limit. Anyway, stay safe aa. I go back dulu.”
            Alright. Careful, Sher.”
            You too.”
            Mareeya kembali fokus kepada kerjanya tanpa menghiraukan jam yang bergerak laju hingga ke pagi.
            Dia dapat rasa kepalanya berat, lehernya lenguh apabila semalaman tertidur di meja kerjanya.
            Babe, you tak balik rumah ke?” terkejut dengan kelibat Mareeya seawal 7 pagi di pejabat, Clara ternganga.
            Mareeya bangun dari baringnya. Mata dipisat. “Dah pukul berapa?”
            It’s 7 in the morning!”
            Seriously?” Mareeya terkejut. Telefon segera dicapai. 38 misscall, 56 Whatsapp, 7 mesej. Mareeya pantas bangun dari kerusi. Kepala terasa berpinar sebelum semuanya kelam dan hanya terdengar sayup-sayup suara Clara menjerit.

“ITULAH, dah cakap dengan dia. Dia tak nak dengar.” Suara itu kurang jelas di telinga Mareeya. Rasa berat pula nak buka mata.
            “Berapa kali dah pesan dekat dia. Awak tahu ajelah anak dara awak yang seorang ni macam mana.”
            “Malek MC hari ni.”
            “Kakak kena pergi mahkamah hari ni untuk settlekan custody.”
            Mareeya buka mata sedikit.
            “Kak Mar dah sedar.” Malek segera mendapatkan kakaknya yang diperhatikan dari hujung katil sejak tadi.
            “Mareeya?”
            “Mareeya.”
            “Mareeya!”
            “Kak Mar.”
            Suara-suara itu berdengung di telinga Mareeya. Satu-satu wajah ahli keluarganya ditenung. Dia cuba bangun dari baringnya tapi dihalang Encik Mustafa.
            “Rehat aje dulu. Tak payah bangun.” Ujar suara tua itu.
            “Kat mana ni?”
            “Hospital.”
            “Hah? Buat apa? Mar kena balik office. Banyak lagi kerja yang tak siap.” Mareeya usaha juga untuk bangun walaupun kepalanya masih belum dapat mengimbangi tubuhnya.
            “Boleh tak jangan degil?” Mardiyah menegur.
            “Mar tak cukup tidur aje pun. Sampai nak kena hantar hospital kenapa?”
            “Kalau akak cukup tidur, cukup makan, sihat semuanya, doktor pun tak inginlah tahan Kak Mar kat sini.” Celah Malek.
            Branula berwarna merah jambu cuba ditarik keluar.
            “Degil sangat ni kenapa?!” satu tamparan hinggap di lengan bahu Mareeya oleh Puan Siti.
            “Benda kecil tak payah diperbesarkan, Mareeya. Ikut aje cakap cakap doktor. Kalau sehari kena warded, seharilah awak kat sini. Kalau seminggu, seminggulah dia.” Encik Mustafa berkata.
            “Mar takde masa lah untuk semua ni. Mar busy tau.” Mareeya bela diri.
            “Orang lain pun busy juga. Tapi takdelah sampai macam kamu. Pergi kerja awal pagi, balik lewat malam. Dah berapa kali dah dalam bulan ni awak tak balik rumah.” Cebik Puan Siti.
            ‘Ah malas lah aku nak cakap. Ada aje yang nanti dibidasnya.’
            “Kau stay sini sampai doktor kata boleh keluar. Jangan mengada-ngada nak lari. Aku tahu aku balik mahkamah nanti, kau ada kat sini. Kalau takde, siap kau.” Ugut Mardiyah sebelum menyalam kedua orang tuanya dan berlalu pergi untuk menguruskan urusannya.
            Mareeya mengeluh. Dia buat muka bosan.
            “Assalamualaikum.” Suara dari belakang Encik Mustafa kedengaran. Mareeya menjengah sedikit. Dahinya berkerut. Kenapa mesti dia?



2 comments:

  1. Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
    Bonus Deposit Member Baru 100.000
    Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
    Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
    Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
    Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
    Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis

    ERTIGA POKER
    ERTIGA
    POKER ONLINE INDONESIA
    POKER ONLINE TERPERCAYA
    BANDAR POKER
    BANDAR POKER ONLINE
    BANDAR POKER TERBESAR
    SITUS POKER ONLINE
    POKER ONLINE


    ceritahiburandewasa

    MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
    KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
    CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT

    ReplyDelete