“So macam mana rasa sekarang?” Luth senyum manis memandang
tepat ke arah Mareeya yang buat mata separuh. Mukanya masam mencuka.
“Sihat!”
laju jawab Mareeya walaupun sebenarnya dia rasa seperti dunia nak terbelah dua.
Ke otak dia yang nak terbelah dua?
Luth sengih
lagi.
“Saya check kejap eh.” Luth minta izin. ‘Eh
lembut bukan main pula dia ni.’ Mareeya was-was dengan Luth.
Selepas
selesai pemeriksaan asas, Luth menulis sedikit nota yang tergantung di hujung
katil Mareeya.
Puan Siti memerhati
sebelum buka mulut. “Bila dia boleh discharged
eh?”
“Oh. Suhu
dia masih lagi tinggi. Kita kena buat further
check. Kami akan buat blood test
and tengok result dia macam mana.
Kalau takde apa-apa, dia boleh discharge
lah.” Jelas Luth.
“I’m fine.” Kata Mareeya.
“Itu kata you. But
not your body. Rest
banyak-banyak. Make sure to take your
medicine.” Senyum Luth sebelum berlalu pergi. Mareeya mencebik.
“Apa masalah
kau ni kak?” Malek pelik dengan reaksi Mareeya bertemu dengan Luth.
“Aku nak
balik.” Mareeya masih berkeras. Puan Siti dan Encik Mustafa hanya menggeleng.
Anak degil seorang ni lah.
MIMI tarik nafas dalam-dalam. Tugasnya tamat tepat jam 5
petang. Tengah hari tadi sempat dia berjumpa dengan Mareeya selepas sahabatnya
itu memberitahu tentang keberadaannya di hospital.
Memikirkan
Mareeya, Mimi tak jadi balik terus. Dia singgah di katil Mareeya dahulu.
“Kau okay
tak?” tangan sejuk Mimi dilekapkan ke dahi Mareeya. Gadis itu sengih kecil.
“Aku okay.
Tak boleh ke discharge aku?”
“Badan kau
panas lagi, Yaa. Kang kalau apa-apa jadi tengah jalan, macam mana? Tunggulah
sampai kau dah okay, doktor kata boleh balik.. kau balik tidur puas-puas kat
rumah.”
“Kau pun
doktor. Bagi lah aku balik.” Rayu Mareeya.
“Aku bukan doktor kau.” Jeling Mimi.
“Aku bosanlah duduk sini. Banyak lagi kerja aku kat ofis tu.”
“Sekarang
kau dekat hospital, sayangku intan permata. Kau kena dengar cakap doktor.
Jangan sia-siakan kerja keras 7-8 tahun kami ni. Dengar!” pipi Mareeya dicubit
sedikit.
“Dr. Luth check kau kan?” Mimi sempat menyoal. Dia
masih lagi tidak bertanya apa-apa mengenai hubungan Mardiyah dengan Luth kepada
Mareeya. Malas nak ambil tahu tepi kain orang. Tapi dia tahu Luth lah lelaki
yang buatkan ‘superpower’ Mareeya
hilang.
Mareeya muka
bosan bila dengar nama itu. Mimi duduk di tepi kaki Mareeya.
“Apa kaitan
kau dengan dia sebenarnya eh?”
“Mana ada
kaitan! Aku pun tak tahu kenapa vision
aku boleh hilang time tengok dia.”
Mareeya ketap gigi. Bila diingat balik, eh geram pula.
“Kau memang
tak nampak langsung apa-apa ke sekarang?” Mimi ingin kepastian.
“Nak kata
nampak sangat tu taklah. Benda tak jelas. Macam filem rosak kau tau tak?
Sikit-sikit aje aku nampak. And most of
it, kabur. So memang aku takkan
faham apa yang aku nampak. Aku takkan tahu apa yang betul-betul jadi kalau vision aku tak jelas.”
Mimi garu
dagu.
“Entah-entah
kau kena curse macam cerita Just My Luck tu tak?” ketawa Mimi.
Mareeya terdiam sebentar.
“Kau dah
kenapa diam?” Mimi pelik.
“Maybe… maybe apa yang kau cakap tu betul?” Mata Mareeya terkedip-kedip
memandang Mimi.
Gadis itu
ketawa besar. “Dah tu kau nak pergi cium dia? Sedapnya kauuu!” terus jari
Mareeya cepat mencubit kulit lengan Mimi hingga sahabatnya itu menyeringai
kesakitan.
“Sakitlah
gila! Tak padan dengan sakit, muka pucat, ada ekor setan juga kau eh. Mana kau dapat tenaga cubit aku ni? Saka?” bebel
Mimi sambil menggosok kulitnya.
“Dah tu kau
cakap pakai mulut buaya kenapa?”
“Habis tu?
Kau nak buat apa? Kahwin dengan dia, kot-kot vision kau balik?” Mimi menjeling.
“Tak
salahkan kalau cuba?” mendengarkan itu dari mulut Mareeya, Mimi terus buat muka
toya.
“Aku anggap
apa yang aku dengar ni, dari akal fikiran kau yang tengah tak betul. Gila. Aku
faham sesetengah orang time demam ni,
dia biol sikit macam kau. Kau rehatlah banyak-banyak eh. Jangan nak mental
sangat. Aku nak balik rehat.” Mimi bangun dari duduknya sebelum lengan baju
ditarik kuat.
“Aku tak
berguraulah, Mi.” serius suara Mareeya.
“Yaa, kau
gila? Ni soal kahwin tau. Bukan couple
yang kau boleh putus sambung. Kau cakap macam ni, macamlah Dr Luth nak dekat
kau. Kau ada fikir tak, dia dah kahwin ke belum, ada anak ke tidak?
Paling-paling ada makwe. C’mon muka
macam tu, kau ingat boleh cari dekat pasar malam ke? Jual timbang kilo?”
“Kalau dia
tak nak, aku akan buat sampai dia nak! Aku tak peduli dia dah kahwin ke belum.
Ada anak ke tak.”
“Betul
mereng kau ni. Kau dah asar ke belum? Sakit-sakit pun, solat jangan tinggal.
Itu aje yang boleh bantu kau berfikiran tenang dan waja sekarang ni.”
“Mi..” tak
sempat Mareeya habiskan kata-kata, Mimi terlebih dahulu capai tangan Mareeya
untuk bersalaman dan pipi gadis itu dicium kedua belahnya.
“Aku tahu
kau stress. Get enough rest.” Pesan Mimi sebelum pergi. Tak mahu dengar benda
merepek dari Mareeya ini.
Mareeya
ketap bibir.
“Feeling better?” soal Mardiyah yang baru
tiba. Hanya tinggal kurang dari dua jam waktu melawat.
“Aku dah
sihatlah kak.”
Mardiyah letak
tangan di dahi Mareeya. Segera adiknya menolak tapak tangan itu dari mendarat
ke dahi.
“I’m fine. Aku just nak keluar dari sini.” Tegas Mareeya.
“Selagi
doktor tak kasi kau keluar, kau stay.”
“Menyampahlah.”
Mareeya peluk tubuh.
Mereka sepi
sebentar sementara Mardiyah membaca pesanan ringkas.
“Macam mana
hal kau?” tanya Mareeya tiba-tiba.
“Good. Good.” Ringkas jawab Mardiyah.
“Good?” Mareeya pertikaikan jawapan
Mardiyah.
“Kau nak
dengar aku cakap apa lagi? Everything
went smooth, Mareeya.”
“Kau tak
menyesal ke?”
Mardiyah
terdiam kejap. “Kalau kau tanya soal menyesal in general, yes aku menyesal. Aku menyesal kahwin
dengan orang yang aku tak sayang. But
having these two little chipmunks, aku tak pernah menyesal.”
“I meant, divorce.”
“Nope.” Alahai senangnya jawab.
“Aku bet abang Kamal rasa apa yang aku rasa.”
Mardiyah
telan air liur. “Aku tak kisah kau nak pandang aku macam mana, Mar. Sebab kau
takkan faham apa yang aku rasa.”
“Well, what’s done is done. Kau divorce, aku kena tinggal.You’re a mess, I’m a mess. We suit each
other. Maybe that’s why kita ni adik-beradik. Unlucky Mar (Mar-diyah dan Mar-eeya).”
Mardiyah
ketawa. “Aku belikan kau air kelapa ni. Minum sampai terkencing tau. And this is your laptop. Kau janji nak
tengok movie aje kan? Jangan buat
kerja!” Pesan Mardiyah.
KEADAAN di dalam wad tidak seaktif siang. Para pesakit sudah
banyak yang tidur. Hanya tinggal Mareeya masih lagi terjaga. Matanya melekat
pada skrin komputer riba. Dengan tangan yang melekat dengan tiub panjang, dia
gigih menyiapkan kerjanya.
Night round.
Niat di hati
tak ingin pun dia lihat keadaan Mareeya. Sebab keadaan gadis itu tidak perlu
pemantauan rapi. Jururawat yang bertugas juga ada berdekatan jika berlaku
apa-apa. Tapi kaki Luth tetap berhenti melangkah ketika dia melewati katil
Mareeya. Walaupun lampu di setiap cubicle
sudah dipadamkan dan hanya tinggal lampu di kaki lima, tapi keadaan sedikit
cerah di katil Mareeya.
Cahaya itu
datang dari komputer ribanya.
“Apa you buat?” tanya Luth mendekati.
“Kerja.”
Jawab Mareeya tanpa angkat kepala.
“Ini
waktunya untuk you rehat. Bukan buat
kerja.”
“I dah cukup rehat. I need to work.”
“Cahaya dari
laptop you, mengganggu patient sebelah tau tak.” Luth berkeras.
Mareeya
toleh ke kanan. Pesakit itu sudah tidur nyenyak.
“Dia tak complain apa-apa pun.” Kata Mareeya.
Luth terus
tolak skrin komputer riba Mareeya. Bam! Melekat dengan papan kekunci. Bulat
mata MAreeya mencerlung ke arah Luth.
“My ffffff…” mulut Mareeya cuba tahan dari
makian.
“Tidur.”
Arah Luth.
Dada Mareeya
berombak kencang. “You boleh buat
kerja you. So do I. Boleh tak jangan kacau kerja I?”
“Sekarang
dah pukul 12 lebih, Mareeya.”
“So? Pukul 12 lebih kalau kat office I, I still can do my work.”
“Well, itu kat office you. Ini hospital.”
“Then discharge me! I tak minta pun duduk
sini lama-lama.”
“Nope. You still ada fever.”
“Bullshit.” Mareeya merengus.
“I warned you. Tidur.”
Mareeya
menjeling Luth macam mata nak berpusing 360 darjah! Luth terus pergi
melaksanakan tugasnya.
Mareeya
bangun dari katil dan menarik langsir biru menutupi katilnya. Dia kembali
menghidupkan komputer riba dan kerja diteruskan.
Pukul 3
pagi.
Mata Mareeya
masih segar. Disebabkan dia tiada buku fizikal, habis semua benda dia Google
untuk mencernanya menjadi idea. Lakaran digital kejap-kejap ditatapnya.
Tiba-tiba
kain biru ditarik kasar sekaligus mengejutkan Mareeya yang sedang fokus. Luth
tarik nafas dalam-dalam. Dia sudah berkira-kira hendak menolak skrin komputer
riba Mareeya.
“Kejap!
Kejap!” Mareeya tunjuk tapak tangan meminta Luth daripada berhenti daripada
terus melangkah mendekatinya. Luth tidak peduli. Dia tutup komputer riba itu
dan menariknya. Mujur nipis dan ringan aje komputer riba itu.
“Hey!” Mareeya tinggi suara.
“Consider orang sebelah. Jangan bising.”
Luth letak jari telunjuk di bibir tanda suruh senyap.
“Bagi balik
laptop I!”
“Esok. Esok I bagi.”
“You tak boleh sesuka hati ambil barang patient you!”
“Sini
hospital. I boleh buat apa yang I rasa betul.”
“And taking my laptop is not the right thing
to do! Bak balik!”
Luth
menggeleng kepala dan berlalu pergi. Mareeya gigit bibir bawah. 10 minit
kemudian Mareeya tarik langsirnya hingga terbuka luas. Dia sarung selipar dan
menarik tiang yang tergantung kantung air.
“Cik, cik
nak pergi mana?” tanya jururawat yang bertugas.
“Tandas.”
“Tandas kat
situ aje cik.” Jururawat menunjuk ke arah tanda berdekatan.
“Saya tak
selesa kencing situ.” Selamba jawab Mareeya dan berlalu keluar dari wad. Eh
ikut suka mak bapa tiri laki mak dia aje.
Azira selaku
jururawat segera menelefon Luth sepertimana yang sudah dipesan kepadanya.
“Kalau ada apa-apa dengan patient
ni, call I.”
Beberapa minit kemudian, Luth berlari semula ke katil Mareeya. Katil itu
kosong.
“Mana dia?”
“Dia kata
nak pergi tandas.”
“Tapi tandas
kat sini?” Luth tunjuk tandas berdekatan.
“Dia kata
tak selesa kencing situ.” Hah kau sebijik-sebijik Azira sampaikan.
Nasib baik
malam ni agak tenang. Ada masa hospital ini macam R&R waktu raya. Penuh!
Ada masa lengang.
“Mareeya!”
Mareeya memandang ke arah suara itu.
Air matanya diseka laju. Luth mendekati.
“It’s
3.40 am. You patut dekat katil, tidur!”
“I
can’t!” tegas Mareeya.
“Apa yang tak bolehnya? Pejam mata, and sleep!”
“I
cakap I tak boleh, I tak bolehlah!” Ini sebabnya. Kenapa
dia sibukkan diri selama 2 bulan ini. Kalau boleh dia tak mahu tidur. Dia tak
mahu tidak ada aktiviti. Kerana automatik kepalanya akan memikirkan Luqman. Dan
sejauh mana pun dia cuba untuk bina semula dirinya, ianya boleh berkecai semula
sekelip mata.
“Get
up.” Luth memberi arahan.
“Or
what?” Mareeya mencabar.
“Fine.”
Luth tidak berfikir dua kali untuk meletakkan Mareeya di bahunya.
“Hey!”
Terjerit kecil gadis itu.
“Shh!”
“Apa shh shh shh? Turunkan I!”
“You
pilih, nak jalan sendiri ke katil or I
dukung macam ni?” kaki Luth berhenti melangkah, tapi masih tidak menurunkan
Mareeya.
“I
jalan sendiri!”
Cepat aje Luth menurunkan makcik
becok itu.
Mareeya menjeling dan terus ke
katilnya. Luth membuntuti. Perangai macam Mardiyah! Degil tapi..
‘Tapi apa Luth?’
Kaki Luth terhenti. Dia pandang
belakang tubuh Mareeya dengan ekor matanya. ‘Macam Mardiyah tapi..’
Mareeya
tarik selimut ke perut. Dia paksa diri untuk lelapkan mata. Selama dua bulan
ini, dia biarkan dirinya terlelap keletihan. Kerana itu dia tak sempat untuk
fikir apa-apa. Tiada sedikit pun masa untuknya fikir selain kerja.
Luth
perlahan-lahan tarik kerusi di tepi katil Mareeya. Letih juga dia dibuatnya
melayan si Mareeya ini. Mungkin dia sempat untuk rehat beberapa minit selagi
tiada kes baru.
Mareeya buka
mata semula. Terkejut melihat Luth di sisi.
“You buat apa kat sini?” tanya Mareeya.
Luth baru aje nak lelap mata.
“I pun nak rehat. Please, just don’t cause any more trouble.” Rayu Luth malas.
“Kenapa you duduk sini?”
“Sebab I tak tahu apa lagi you nak buat lepas ni.”
Mareeya
merengus. Dia peluk tubuh.
“What?” Luth tertanya-tanya kenapa dengan
pandangan tak puas hati Mareeya.
“You tahu benda ni semua jadi sebab you kan?”
Luth raup
wajah. ‘Aku nak rehat! Nak rehat! Tak boleh ke kau faham yang aku nak rehat?’
“Can we talk about this later? Can you just
tidur?” soal Luth dengan muka letih.
“You yang nak duduk sini, so you get to hear what I’m gonna say la.”
Ah keras betul kepala perempuan ini. Degil. Kepala batu!
“Orang lain
nak rehat, Mareeya.”
“Then discharge I.”
‘Balik-balik
itu. Balik-balik itu. Suhu tak turun-turun, muka dah pucat macam mayat, tapi
tenaga macam orang bela saka.’ Gumam Luth.
“Fine. You nak cakap apa? But tone down your voice.” Luth mengaku
kalah.
“I tahu you tak percaya yang I
boleh nampak future seseorang bila I tengok anak mata dia orang. I tak kisah tu. I don’t care apa you nak
fikir I gila ke apa ke. But it’s the truth only I dengan Tuhan
yang tahu.”
“So?”
“But the thing is, since I tengok you, I
lost my ability.”
“And?”
“And I want to know why.” Mareeya peluk
tubuh.
Luth jungkit
kening sebelah. “You tanya I?”
“Yes! Ada orang lain lagi ke kat sini?
Kita ni ada bersangkut apa-apa ke?”
“Look, cik Mareeya. I tak kenal you. I tak tahu you ada power rangers ke Superman ke apa. I know nothing. I take nothing
from you. And I’m not the reason for your misfortune. Boleh tak kita
habiskan benda ni kat sini aje?” Luth inginkan persetujuan.
Lama Mareeya
pandang Luth. Bawah mata lelaki itu sedikit gelap. Mungkin kerana keletihan dan
tidak cukup tidur.
“You dah kahwin?” soalan itu terpacul
dari mulut Mareeya.
“Excuse me?” terkejut dengan soalan itu,
Luth ingin dengar sekali lagi.
“You dah kahwin ke? Or girlfriend?”
Luth terdiam
sebentar. Mareeya jegil biji mata. ‘Ada ke tidak? Eh aku tanya dia ni, dia
tenung macam nak telan aku pula.’
“Tak.”
“Good. You nak kahwin dengan I?”
selamba kata Mareeya.