Majlis akad nikah berjalan lancar. Tinggal kenduri
aje untuk esok malam. Persiapan semua telah berjalan dengan lancar. Insya Allah
semuanya akan membaik sahaja. Ramai juga yang akan datang untuk kenduri malam
esok.
Harith : Terima lelaki lain sebab tak boleh nak
lupakan Harith? Well done.
Q : I love him.
Harith : Q tak pandai menipu. I know you love me more
than you love him. Q buat semua ni untuk balas dendam kat Harith, kan? Yes
darling. Q berjaya balas dendam cz it hurts me badly.
Q : Doakan Q bahagia macam mana Q doakan
Harith bahagia.
Harith : Takkan. Q takkan bahagia dengan lelaki tu.
Cz your place is with me!
Q : Thanks doakan kebahagiaan Q. J esok ada kenduri. Datanglah. I’ll send you the
invitation card tru Kay or Kira nanti.
Harith : Damn it!
Q
menghela nafas berat. Dia menelan air liur. Kepala diangkat. Matanya tertacap
pada tubuh sendiri yang berpakaian serba pink cair di hadapan cermin meja
solek. Baju akad nikahnya ditenung. Hendak menangis, tapi kebahagiaan
mengatasinya. Bibirnya tersenyum. Satu persatu mesej dari Harith dibuang. Turut
sama nombor lelaki itu dibuang. Biarlah memori tersimpan kemas. Tak perlu
dibangkitkan semula memori lepas.
“Sayang!”
Fahmi menolak daun pintu dengan laju bertujuan untuk mengejutkan Q. Hampir
terjatuh telefon bimbit Q dari pegangan.
“Ei!
Lain kali bagilah salam. Gugur jantung tau!” Q meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja solek dan mendapatkan Fahmi.
Sengihan
Fahmi betul-betul membuatkan hati Q cair. Yeah. Aku lebih cintakan lelaki ini
dibandingkan Harith.
“Buat
apa dalam bilik lama-lama? Tunggu abang ya?” Fahmi meletakkan kedua belah
tangannya di atas bahu Q.
“Jangan
perasanlah. Nak caj phone tadi. Takpelah. Bateri banyak lagi rupanya. Jomlah
turun!” Q terus menarik lengan Fahmi ke ruang tamu. Fahmi terpinga-pinga, tapi
tetap menurut.
“Pengantin
baru!!” jerit Bad, adik Fahmi yang ketiga.
“Kenapa
kau? Nak berkat kahwin awal juga?” kacau Fahmi. Pelukan di pinggang Q masih
tidak dilepaskan.
“Shit!”
Bad membaling bantal bentuk segi empat tepat ke arah Fahmi tapi terpesong
hampir mengena Q. Q menjerit kecil.
“Woi!
Kau ni beragaklah!” marah Fahmi. Baru kali pertama Q melihat wajah marah Fahmi.
Merah sekali telinganya.
“Kak!
Sorry. Tersasar.” Bad tersengih. Naz hanya senyap. Tidak banyak yang dia ingin
perkatakan.
“And
kau, Bad. Boleh tak jangan pakai perkataan shit semua tu?” Fahmi mengambil
tempat di sofa bersama Q.
“Okay
okay. Sorry! Lain kali Bad pakai damn aje.” Tawa Bad meledak kuat. Naz hanya
mengerling Bad. Bad.. hmm.
“No
harsh or rude or what ever words dalam rumah ni!” tegur Fahmi. Bad mencebik.
“MRSM
ajar student dia guna bahasa kasar macam ni ke? Tak, kan?” sambung Fahmi. Q
mengerling Fahmi.
“Bad
MRSM juga? Kat mana?” tanya Q pada Bad.
“Bad
sekolah kat..”
“Sama
dengan Naz.” Naz mencelah. Q mengalih pandangan pada Naz. Naluri seorang kakak,
lebih memahami bila riak wajah adiknya berubah ketara.
“Oh..
ye ke? Naz.. em.. jom teman kaklong kejap.” Q menarik lengan Naz. Sarah dan
Nada yang duduk di atas karpet hanya menjadi si pemerhati.
Naz
di bawa ke keluar rumah. Orang yang berkunjung ke rumah masih ramai untuk
menikmati juadah kecil-kecilan sempena akad nikah Q dan Fahmi. Q tersenyum
kecil apabila tetamu turut sama menghadiahkannya senyuman manis apabil
berselisih.
“Naz..
dia ke Bad yang Naz ceritakan tu?” serkap Q. Naz mengangguk lemah.
“Bad?
Ex boyfriend Naz yang curang tu?!” Q membuntang mata.
“Kenapa
kaklong kahwin dengan abang dia? Tengok! Dah kena menghadap dia kerap lepas
ni!” Naz berkerut dahi. Kalau aku tahu si Bad ni adik abang Fahmi, memang dari
awal lagi aku bangkang wedding ni!
“Manalah
kaklong nak tahu! Naz pun tahu macam mana cerita kaklong dengan Abang Fahmi.”
“Hm.”
“Maafkan
kaklong.”
“Alah..
takde apalah. Lagipun Naz dah ada boyfriend baru!” tersengih-sengih Naz
dibuatnya. Mata Q tidak berkelip.
“Dasar
playgirl!” Q menjentik dahi Naz.
“Ahhh!
Sakitlah kaklong!” Naz mencebik. Q senyum. Baguslah kalau macam ni. Takdelah
masing-masing sakit hati.
MALAM kunjung tiba. Fahrol, abang sulung Fahmi
bersama isterinya dan tiga orang anak mereka tidur di rumah orang tua mereka.
Membuatkan isi rumah itu bertambah ramai. Fakril Badrul memang terkenal dengan
kenakalan yang diturunkan dari perangai Fahmi seringkali menguji kesabaran Naz.
Fahri,adik bongsu Fahmi menjadi teman terbaik Sarah untuk dilayan. Memang pantang
betul si Sarah ni kalau berjumpa dengan budak kecil.
“Naz,
tolong Bad kejap.” Pinta Bad. Naz menjeling. Kau memang sengaja kan!
“Tolong
apa? Nada boleh tolong awak.” Naz sibuk dengan telefon bimbitnya.
Ber-Facebook-ing, Twitter, dan Instagram.
“Kenapa
awak tak boleh tolong saya? Sibuk mesej boyfriend?” sindir Bad. Naz buat muka
bodoh.
“So
kenapa kalau saya mesej boyfriend saya?” perkataan boyfriend ditekan kuat.
“Kalau
nak bercinta pun, tak payah lah menunjuk yang awak bahagia sangat sampai tak ingat
orang keliling, tak ingat dunia.”
“Salah
ke kalau saya bahagia? Awak pun bahagia, kan? Loser.” Naz melanggar bahu Bad
dan terus ke dapur. Malas nak cakap lebih. Lebih baik tolong aje budak lelaki
ni daripada nak bertekak tak sampai ke penghujung.
Bad
mengetap gigi. Geram. Dia memandang bayang Naz. Jantungnya berdegup laju.
Jangan buat hal, Bad! Biras kau tu! Kaki Bad turut sama menuju ke dapur.
“Busy
ke lately?” tanya Bad. Tangannya pantas mencuci pinggan bersebelahan dengan
Naz. Naz menjeling tanda malas nak ambil port. Cepat-cepat dia membilas pinggan
yang penuh di sinki.
“Kenapa?”
“Payah
betul nak nampak kat sekolah.”
Naz
mengalih pandangan ke sebelah. Dia tersenyum sinis. “Cari saya ke?”
“Bukanlah.
Dulu selalu nampak. Kat dewan, padang, library. Sekarang, tak nampak langsung.”
“Baguslah
kan tak nampak? Tak perlu awak sakit mata tengok saya. Baik awak cari
girlfriend awak daripada awak cari saya.”
“Mana
ada girlfriend.” Bad membidas.
“Typical
boy statements. Mana ada girlfriend. Padahal keliling pinggang. Saya ada kerja
kat depan. Saya minta tolong Nada untuk cuci pinggan dengan awak, okay.” Naz
mengelap tangannya ke baju sendiri. Malas nak cari kain buruk. Sakit hatinya
bertimpa-timpa.
“Naz..
saya silap kot dulu.” Kaki Naz tak jadi melangkah terus. Dia menoleh. Muka
masih tidak beriak.
“Silap
apa? Awak tak silap apa pun lah. C’mon la. Kita cinta monyet aje kot. Tak perlu
ambil serius sangat, okay? Saya pun bukan cinta mati kat awak, Bad.” Naz
menghadiahkan senyuman kepada Bad. Bad menelan air liur. Pipinya merah. Menahan
marah? Atau malu? Entah. Naz tidak dapat memastikan riak lelaki itu.
Kaki
Naz terus ke depan. Bukan cinta mati, Naz? Seriously, Naz? Kau menangis macam
nak gila.. kau kata bukan cinta mati? Dangg!
“OKAY, malam ni... kita buli Fahmi dengan Q nak?”
cadang Fahrol. Umur dah 36 tahun, tapi masih berfikiran macam budak kecil.
Sibuk nak mengenakan orang. Atau mungkin, genetik keluarga? Semua suka nak
mengenakan orang. Baik dari ayah, hingga ke anak-anak!
“Abang..
apa pula nak kenakan kita orang ni? Q dah letihlah. Sayang, awak nak tidur kan?
Jom tidur.” Fahmi mengajak Q naik ke bilik. Q hanyam menurut.
“Hey
Fahmi! Dulu kau ingat tak waktu kau kenakan abang dengan Kak Mar kau?” Fahrol
jungkit-jungkit kening.
“Abang,
esok-esok ajelah. Q dah letih.” Fahmi cuba melarikan diri.
“Na-ahhh!
Jangan ingat boleh lari. Bad, bawa keluar weapon kita!” arah Fahrol. Fahmi
juling mata. Memang kenalah malam ni.
“So
disebabkan abang pernah kena, abang nak kau merasa juga saat manis abang dengan
Kak Mar dulu.” Fahrol mendekati Q dan Fahmi yang masih berdiri. Puan Rosnah
bersama suami masih di luar. Ada tetamu mereka yang hadir biarpun sudah lewat
malam. Kini di ruang tamu tinggal Fahrol dan isterinya, Bad, Naz, Nada dan
Sarah. Anak Fahrol telahpun tidur dek keletihan. Fahri turut sama di ruang
tamu. Tapi sudah ternganga lena di sofa berbentuk L.
“Abang?”
mungkin agak kekok, tapi Q tetap juga kena biasakan diri dengan panggilan abang
kepada Fahmi. Lagipun, memang Fahmi lebih tua daripada dia. Q masih
terpinga-pinga. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
“Nah
biskutnya.” Bad menyerahkan sekotak biskut panjang berperisa coklat. Q
mengambilnya. Fahmi mengeluh lemah. Memang akan terkena baliklah cerita dia!
“Candy
bar game!” jerit Bad sambil menepuk-nepuk bantal berbentuk segi empat tepat di
atas pahanya. Sarah terpinga-pinga. Candy bar game? Bukan macam dalam
Runningman tu? Ha?
“Can..dy
bar?” Q terasa macam pernah dengar nama permainan itu. Tapi di mana ya? Tik..
tok. Tik.. tok.
“What?!”
baru kini Q ingat. Permainan yang membuatkan adik-adiknya bukan main gelak lagi
waktu tengok Runningman. Waktu part Kwang-Soo. Oh gosh!
“Cepat-cepat!
1.0cm!” putus Fahrol.
“What?!
Hey. Haritu Fahmi minta abang 2.0cm kot!” Fahmi rasa tak puas hati.
“Apa?
Abang nak tolong kau merapatkan hubungan.” Kening Fahrol dijungkit-jungkit.
Swooshhh!
Jantung Q berdebar-debar.
“Payback
time!” Fahrol hingar.
Mardiah
hanya ketawa kecil smbil menggeleng-geleng melihat telatah suaminya. Macam
budak-budak!
“Q,
I’ll come to you. Awak tahu kan macam mana permainan dia?” tanya Fahmi. Q
mengangguk lemah.
Permainan
yang mudah. Biskut yang panjang itu perlu dipendekkan menjadi 1.0 cm dengan
menggunakan mulut.
“Seriously
kena buat ke?” Q tak rela.
“What
to do?” Fahmi jungkit bahu dengan muka tak bersalah dia. Q mengeluh lemah.
Gosh!
“Cepatlah!
Cepatlah!” gesa Bad.
“Diamlah!”
ujar Q. Bad terdiam. Bukan kali pertama dia dengar perkataan itu. Sebab dulu
pun, memang dia selalu kena dengan Naz.
“Awak
dengan kakak awak memang sama perangai kan? Trademark ‘diamlah’ pun sama.”
Bisik Bad pada Naz. Naz yang sibuk ber-whatsapp terkejut apabila suara Bad
begitu dekat dengannya.
“Oh.
Aah.” Naz sebenarnya langsung tidak dengar apa yang Bad katakan padanya. Dia
hanya mengiakan. Bad mencebik bila melihat Naz sibuk betul dengan telefon
bimbitnya. dia sempat mencuri pandang ke skrin telefon tersebut. Kalau miss
you- miss you tu, tak lain tak bukan boyfriend lah tu. Tiba-tiba Bad rasa sakit
hati. Cemburu!
Q
menggigit hujung biskut itu dengan giginya. Hanya tunggu giliran Fahmi untuk
memendekkan biskut tersebut dengan cara memakannya. Semakin dekat dan dekat..
dekat.. dan dekat...
Riak
wajah masing-masing di ruang tamu bermacam-macam. Sarah sudah menutup mata.
Nada ketawa geli hati.
“Hey!
Buat apa tu?!” jerit Encik Fakrul di pintu masuk. Terus Fahmi ke belakang. Q
menghela nafas lega.
“Abang
ni ha. Suruh kita orang main game ni.” Adu Fahmi.
“Ayah!
Hari tu waktu abang kahwin, teruk dia orang kerjakan abang. Benda yang sama kot
dia orang buat kat abang dengan Mar.” Fahrol turut sama mengadu. Encik Fakrul
menggeleng-geleng kepala.
“Dah
lewat malam ni. Pergilah rehat. Esok ada kenduri.” Ujar Puan Rosnah.
“Ala
mak, kenduri malamlah.” Bad memusingkan badannya ke belakang membuatkan dagunya
mendarat di dinding sofa.
“Banyak
lagi kerja nak kena buat esok. Pagi-pagi lagi dah kena buat kerja, tau! Pergi
tidur semua. Fahri mana?” tanya Puan Rosnah.
“Tu,
terlentang kat sofa.” Tunjuk Bad.
“Bad
angkat adik bawa masuk bilik.” Arah Encik Fakrul.
“Eiii!
Tak nak lah. Tengoklah tu. Air liur meleleh-leleh!” Bad kegelian. Naz mencebik.
Menyampah.
“Takpe.
Bad tak nak buat, Naz boleh buat.” Naz bangun dan mencempung tubuh Fahri dan di
bawa masuk ke bilik si kecil itu.
“Eh!
Tak berat ke?” Bad mengekor langkah Naz yang sudah menapak ke tangga.
“Tak
aci!” Fahrol mencubit kuat pipi Fahmi sebelum masuk ke biliknya bersama
Mardiah. Fahmi mengaduh kesakitan. Q ketawa kecil. Muka Fahmi monyok.
“Sakit
tau!” rungut Fahmi. Dia menaiki anak tangga. Oh terlupa! Dia turun semula dan
menarik lengan Q supaya ikut bersama. Tawa Q tak henti. Kenapa comel sangat
suami aku ni? Muka bukan main monyok, tapi tetap nak tarik lengan aku macam
baby heret tangan teddy bear besar!
“Q
mandi kejap eh?” Q mencapai tuala dan terus ke bilik air apabila Fahmi
mengangguk.
“Kau tidur terus kat rumah Fahmi? Wey! Belum
kenduri kot. Bukan kena puasa ke sebelum kenduri?” tanya Keyla.
“Puasa apanya? Kau ni jangan
merepeklah. Esok terus kenduri. So senang aku nak gerak sekali dengan Fahmi.
Banyak juga kerja yang aku nak kena buat. Aku bukan ada parents lagi. So terus
duduk dengan dialah.” Terang Q.
“Takde family? Kita orang ni apa?”
Akira muncung sedepa. Dia memeluk tubuh.
“Janganlah monyok macam tu. Aku
janji dengan kau orang, aku akan kerap jumpa kau orang. Okay? Kau Kay.. jangan
nak mengada. Memang aku akan jumpa kau kan? Jangan ponteng kerja! Potong gaji
nanti.” Gurau Q.
“Kiranya malam ni kita orang tidur
berdua ajelah? No more Q?” Keyla muka sebik.
“Mengada kau ni.” Q mencuit pinggang
Keyla. Senyum mereka bertiga tawar. Payah untuk merelakan perpisahan. Mungkin
kerana mereka sudah terbiasa bersama sebelum ini.
“I’ll give you a call nanti, okay?”
janji Q. Akira cuba tersenyum. Tapi amat payah.. payah sekali.
Fahmi mengeluarkan buku tulis yang menjadi suatu alat komunikasi mereka
sebelum ini. Dia mencoret sesuatu di dalam buku itu. Menyambung kembali
perbualan yang pernah tercoret.
Selesai
itu, Fahmi terbaring di atas katil. Senyumnya lebar. Seronok. A’ah! Seronok
sangat. Telefon bimbitnya berbunyi tiba-tiba. Haih. Payah betul. Dah minta cuti
dua minggu pun masih nak kacau lagi ke? Fahmi mengeluh. Dia mencapai lemah
telefon bimbitnya di kabinet sisi katil.
“Assalamualaikum.”
Sapa Fahmi tanpa melihat siapa si pemanggil.
“Saya
minta maaf. Saya betul-betul minta maaf wak. Saya silap wak. Saya silap besar
tinggalkan awak. Please.. wak please sangat jangan buat saya macam ni.” Fahmi
belum pekak. Dia dengar tangisan gadis di hujung talian. Tangisan yang sangat
teruk. Rayuan gadis itu.. membuatkan dahi Fahmi berkerut. Dia menjauhkan
telefon bimbit. Nombor itu tiada dalam simpanannya. Tapi dia masih lagi kenal
tuan punya nombor.
“Maaf.
Salah nombor.” Fahmi terus mematikan talian.
Waktu
macam nilah sibuk kau nak datang? Kenapa tak datang dua tiga minggu lepas? Atau
dua tiga bulan lalu? Atau dua tiga tahun lepas waktu kau tinggalkan aku?!
Fahmi
merenung syiling bilik. Telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Dia mencapai
telefon itu kembali. Pemanggil yang sama. Perempuan sekarang memang berkenan
dengan married man eh? Tanya Fahmi kepada dirinya sendiri.
“Mandi.”
Arah Q yang baru keluar dari bilik air. Fahmi terus bangun dari pembaringan.
Okay. Ini memang tergoda.
“Nak
mandi ke tidak? Jangan tercegat aje kat situ.” Bebel Q. Baju kelawar dicapai
dan disarung. Kan senang pakai baju kelawar? Sekali sarung aje!
“Er..
okay.” Fahmi telan air liur. Terus dia masuk ke dalam bilik air. Bibir Q
mengukir senyuman. Q ke meja solek. Selesai menyapu toner di muka, dia bergerak
pula ke katil sambil menyikat rambut yang hampir kering. Ni kalau tidur ni
confirm tak sedar apa-apa. Bila dah letih, memang nyenyak tidur nanti!
Buku
tulis yang dikenali Q dipandang pelik. Dia membuka buku tulis itu.
Suami
yang comel : Thanks sayang. Abang
janji, kebahagiaan tu milik kita bersama. So stick with me. Tru failure or
success, hard or easy, hatred or love, always be mine. #with big cute kitten
eyes. Fall for me. Please please please.. fall for me! Angguklah! Angguklah
cepat! #mengharap!
Q
terus mencapai pen yang ditinggalkan Fahmi. Kalau berterusan macam ni, memang
awet muda aku dibuatnya. Senyum tak pernah lekang dari bibir!
Isteri yang cantik :
Akan selalu bersama dengan abang. Tru everything. Takkan pernah tinggalkan
abang. Q janji. Hanya Allah yang boleh pisahkan kita. J
Buku
ditutup dan diletakkan di atas kabinet kecil bersebelahan dengan katil. Telefon
Fahmi berdering nyaring. Nombor tidak dikenali. Q mengetap bibir. Mungkin
panggilan kecemasan? Tengah malam macam ni, kan..
Q
tanpa fikir panjang terus menjawab panggilan itu.
“Fahmi..
saya merayu dengan awak... tolong tinggalkan isteri awak sekarang. Saya
sayangkan awak. Sangat-sangat sayangkan awak. Saya silap sebab tinggalkan awak
dulu. Kesilapan terbesar saya! Awak, tolonglah.. saya sayangkan awak.” Tangisan
Leeya membuatkan Q tersentak.
“Nanti
saya sampaikan pesan cik.” Balas Q. Leeya senyap.
“Siapa
ni?” Leeya naik angin tiba-tiba. Cemburunya meluap-luap.
“Isteri
Fahmi Alan Fikrash.”
“Kau!”
Leeya bersuara lantang.
“Nanti
call lagi ya. Assalamualaikum.” Terus talian dimatikan. Bini mana tak marah oii
bila orang luar minta si suami tinggalkan si isteri untuk perempuan lain. Tapi
Q sendiri faham.. perempuan tu yang merayu Fahmi. Fahmi mesti ada penjelasan.
“Kita
dah wangi!” girang sungguh suara Fahmi. Q senyum.
“Pakai
baju cepat.” Arah Q. Bagai lembu dicucuk hidung, Fahmi menurut tanpa banyak
soal dan songeh. Kan senang macam ni!
Selesai
memakai baju, Fahmi mengeringkan rambutnya dengan tuala.
“Abang,
meh sini kejap.” Panggil Q. Fahmi jungkit kening. Senyuman nakal terserlah.
“Cepatlah.
Jangan nak sengih macam tu.” Q ke hujung katil.
“Kenapa?”
tanya Fahmi apabila dia sudah mendekati katil. Tangannya masih laju mengeringkan
rambut.
“Duduk
kat bawah.” Minta Q. Fahmi terus bersila di lantai menghadap katil.
“Pandang
ke sana.” Q memusingkan tubuh Fahmi supaya menyandarkan tubuhnya di kaki katil.
Terus
Q mengambil tuala yang berada di dalam pegangan Fahmi. Tugas dia untuk membantu
suaminya. Q mengelap rambut Fahmi dari atas katil. Fahmi ketawa kecil.
“Kenapa?”
pelik Q. Kenapa perlu ketawa?
“Ingatkan
apa tadi.”
“Jangan
nak fikir yang bukan-bukanlah.”
“Q,
banyak yang kita tak tahu pasal each other kan?” Fahmi mula bicara.
“Abang
nak tahu pasal apa?” rambut Fahmi disikat elok. Terlalu lembut rambut lelaki
itu. Macam rambut bayi.
“Hmm.
Banyak sebenarnya yang abang nak tahu. Tapi takpelah. As the time goes, abang
akan tahu sikit-sikit nanti.” Fahmi mendongakkan kepala. Mata mereka bertaut.
Pipi
Fahmi dicubit manja. Q nak tahu pasal perempuan itu, bang. Bisik hati kecilnya.
Fahmi
kembali memandang ke depan. Q mengerjakan rambut si suami. Macam-macam gaya dia
cuba buat. Shark fin? Punk? Landak? Semua tak menjadi.
“Rambut
abang ni lembut sangat. Kalau buat macam punk, jadi macam shark fin patah.” Q
ketawa terbahak-bahak.
“Eii.
Rambut I selembut sutera youu.” Fahmi angkat bakul sendiri.
“Q,
abang ada benda nak bagitahu.” Fahmi tak mahu simpan lama. Takut benda kecil
menjadi besar.
“Apa
dia?” Q masih lagi menyikat rambut Fahmi. Dia sukakan rambut lelaki itu. Lebih
suka main rambut lelaki itu dibanding rambutnya sendiri.
“Ex
girlfriend abang ada call tadi. Dia nak balik kat abang. Tapi..” terus Fahmi
mendongak laju memandang raut wajah isterinya.
“Abang
tak sayangkan dia. Abang tak nak pun kat dia. Percayalah. Betul! Sumpah. Abang
tak tipu.” Bersungguh Fahmi berkata, laju pula tu! Q turun ke lantai berhadapan
dengan Fahmi.
Lelaki
itu merenung anak mata Q. Hatinya risau. Salah ke aku bagitahu? Atau sepatutnya
aku simpan aje benda macam ni? Ahhh Fahmi!
Q
mendekatkan dirinya dengan Fahmi. Rambut Fahmi yang sudah kering menutupi dahi.
Q menyelak rambut itu dan CHUP! Satu kucupan mendarat di dahi Fahmi. Fahmi
terpana.
“Q
baru jawab call ex-girlfriend abang. Kelakarlah dia tu. Abang jangan risau.
Sikit pun Q goyang.” Barisan gigi Q turut membuatkan Fahmi tersenyum.
Berterus-terang lebih baik dari menyembunyikan.
“Sini
aje? Sini? Sini? Sini?” Fahmi menunjuk ke pipi kiri kanan, dan akhir sekali
mendarat di bibir.”
Q
rapatkan kembali bibirnya ke dahi Fahmi lama. “ Dah. Jom tidur. Esok kita bukan
jadi raja sehari tau. Esok nak kena tawaf satu dewan jumpa orang. Pagi-pagi
lagi kena tolong mak dengan ayah buat kerja. Jom tidur!” Q naik semula ke
katil. Fahmi hampa. Dia menunduk mengeluh sebelum menutup lampu bilik dan naik
sama ke katil. Selimut di tarik hingga ke paras dada.
Rasa
pelik bila tiba-tiba malam ditemani seorang lelaki bergelar suami. Kekok pun
ada. Nasib baik lampu dah dipadam. Kalau tak, mesti Fahmi dah nampak peluh kau
merenik walaupun suhu pendingin hawa dah cukup menyejukkan.
Fahmi
di sisi turut merasakan benda yang sama. Dia tak boleh nak tidur. Tak
pernah-pernah ada perempuan kat sebelah, tiba-tiba malam ni ditemani gadis
bergelar isteri. Kalau ikutkan nafsu, dah kena terkam ni. Fahmi menyabarkan
hati. Tangannya menyentuh dahi. Dia tersenyum sambil menggigit bibir bawah.
Masing-masing
tak tenteram tidur. Q bangun dan duduk. Menyedari itu, Fahmi turut sama bangun.
“Kenapa?”
tanya Fahmi dalam samar malam.
“Tak
boleh nak tidur.” Adu Q.
“Samalah.”
Fahmi mengurut belakang tengkuk.
“Dah
nak pukul satu pagi.” Kata Q setelah memeriksa jam di telefon bimbit.
Fahmi
menarik Q rapat dengannya. “Tidur kat lengan abang, nak?” pelawa Fahmi. Q
terdiam sebelum mengangguk.
“Come.”
Fahmi menolak sedikit jauh comforter dan membiarkan Q mendekatinya. Hembusan
nafas Q mengena dada Fahmi.
“Hmm.
Ada heater kat sini.” Fahmi bersuara. Q mendongak. Tak faham.
“Yelah.
Tengah-tengah sejuk macam ni, dapat heater naturally dari tubuh manusia. Ingat
senang ke?” Fahmi menghadiahkan barisan gigi. Q menunduk semula. Dia
memberanikan dirinya untuk meletakkan lengannya ke pinggang Fahmi. Bila merasa
selesa, pelukan diketatkan.
“Ahhh~
takdelah nak peluk bantal peluk tapi angankan orang lain dah! Dah dapat!” omel
Fahmi sendirian.
“Diamlah.”
Nak tidur pun tak tenang tau, si Fahmi ni. Q terus melelapkan mata. Fahmi
menahan tawa. Sempat dia mengucup dahi Q. Tapi saat itu, Q langsung tak sedar.
Dia sudah ke alam mimpi. Begitu mudah dia tertidur apabila berada di dalam
pelukan Fahmi.
adeees ! Ape pasal para ex ni?
ReplyDeleteSpoil ! Annoying ! Rubbish !
Tw x? #nah kn dah mcm2 kluar :p
Fahmi.. Q.. Selamat pengantin baruuu !
Tumpang bahagia sgt2 for u both.
Semoga sgla terjangan badai tsunami, katrina, victoria etc etc bs dilalui dg sllu berpegang tguh ngan kepercayaan each other. #ceh ! Ayat x bleh blah gamaknyer. Kahkahkah
naz n bad ..
OH MAK GAYAH !
bt bgus gak kalau mereka ni dpt bersatu blik kn kn kn ain? Xixixi xD
#GREAT ! (y)
kasi romantik sikit ainnn..ekekeke
ReplyDeleteOwh so sweet..pengantin baru..suka sukenye
ReplyDeleteMengada plak x boygirl ni . Sblm ni tak peduli pun nyakitkan hati je.
ReplyDeletebest...so sweet...nasib baik Q x jeles heheh...next n3 plz
ReplyDeletechumell jerr..
ReplyDeleteacu~
BEST...
ReplyDeleteKita dah wangi!! Yeah! Fahmi sangt chumel! <3
ReplyDelete