Akira merenung syiling. Pandangannya kosong. Tidak
semena-mena air matanya mengalir. Tangannya mengusap perut yang kini kosong. Tiada
lagi anak kecil yang dia selalu khuatirkan. Naluri ibunya mencucuk-cucuk untuk
merindui si kecil itu walaupun sebelum ini memang dia pernah berniat untuk
membuang bayi itu.
Tangisan
yang mulanya perlahan kini menjadi-jadi. Akira yang dalam keadaan duduk bersila
terus membongkok. Perasaannya tidak mampu dibendung. Raungannya makin kuat dan
jelas.
Adam
tidak jadi untuk menolak daun pintu itu. Tangisan Akira mampu didengari hingga
ke luar. Adam bersandar di dinding bercat putih. Beberapa kali dia meraup
wajah. Kesilapan yang dia pernah buat, dia sendiri tidak dapat memaafkan
dirinya. Sudah tahu buat silap, tak reti nak menebusnya. Sekarang nasi dah jadi
bubur. Buat apa menyesali apa yang telah berlaku? Tiada guna.
Q tidak dapat tidur lena. Rindu semakin menebal.
Entah berapa kali dia berguling di atas katil, tapi mata tetap tidak mahu
lelap. Beberapa kali juga dia merenung skrin telefon bimbitnya. Masih belum ada
mesej yang masuk.
Ahh
Q! Kan dia kata tadi, dia ada pelan yang dia perlu siapkan. Baru aje sejam
lebih dia tak contact kau, janganlah kau meroyan macam ni.
Puas
berguling, puas mengeluh dan puas berpeluh dek kehangatan malam yang tidak
mengundang angin.. akhirnya Q mengambil keputusan untuk bangun dan turun semula
ke bawah. Terdengar suara riuh di ruang tamu bergelak ketawa. Ini tak lain tak
bukan, semua pakat tengok cerita Korea.
“Huii
bakal pengantin, tak boleh tidur ke?” usik Naz.
“Diamlah.”
Balas Q langsung mengambil tempat di sisi Nada dan memeluk bantal empat segi
tepat itu.
“Ni
mesti sebab cik abang tak teman mesej, kan?” serkap Keyla.
“Dah
episod berapa kau orang tengok ni?” tanya Q menukar tajuk.
“Kaklong,
jangan buat muka berkerut macam tu. Nanti hilang seri. Kata nak kahwin dah,
kan?” giliran Sarah pula menyakat.
“Apa
semua nak bash kaklong malam-malam ni?” Q tidak puas hati.
“Iyelah.
Tak pernah-pernah buat muka macam telan cuka satu botol, mana tak kena usik?
Cuba kaklong buat muka rileks aje.” Nada yang berfikiran sedikit matang mulai
bersuara.
“Dah.
Tengok aje cerita Korea tu.” Q menunjuk ke skrin televisyen. Baru adik-adiknya
ingin mengusik, terus tak jadi bila hero pujaan Korea mereka, Lee Min-Ho dalam
cerita To The Beautiful You keluar.
“Ahhhhh!
Hensemnya!” jerit Sarah. Memang gila Korea budak ni. Tak sedar diri yang dia tu
Melayu tulen. Semenjak mula berkecimpung dalam dunia k-pop ni, habis semua nak
ikut gaya k-pop. Makan pun sibuk nak ber-chopstick biarpun masih terkial-kial.
Sanggup! Q menggeleng melihat mata adiknya yang jelas bersinar cahaya
bergemerlapan bila tengok hero sehensem Choi Min-Ho.
Q
mencebik dalam hati. Fahmi comel lagi. Ops!
JAM sudah menunjukkan pukul empat pagi. Q terkejut
mendengar telefonnya berbunyi nyaring. Nama Fahmi tertera di skrin telefon
bimbit. Daripada sedang baring, terus Q duduk menegak. Dia berdehem beberapa
kali untuk menghilangkan suara ‘baru bangun tidur’nya.
“Assalamualaikum.”
Sapa Q.
“Waalaikumussalam.
Selamat pagi Mrs. Wifey!” kedengaran suara Fahmi yang teramat ceria. Biarpun
letih dan mengantuk, Q masih lagi mampu tersenyum. Matanya terkebil-kebil
menahan kantuk. Manakan tidak? Ikut dengan adik-adik punya pasal, layan Korea
sampai tiga pagi. Itu pun, si Sarah masih sibuk nak sambung episod seterusnya.
Nasib baik Keyla tegah.
“Selamat
pagi.” Ujar Q.
“Er.
Tengah tidur eh? Oh! Q, maaf. Saya lupa waktu kita tak sama. Kat sini dah nak
Subuh.” Fahmi jelas kedengaran serba-salah.
“Hm?
Eh, takpe. Lagipun Q tak tidur lagi.” Tipu Q. Ahh! Nak sembang punya pasal.
“Hah?
Tak tidur lagi? Apa awak buat, sampai sekarang tak tidur-tidur lagi?”
“Tengok
cerita Korea.”
“Ish!
Janganlah tidur lewat-lewat. Cerita Korea tu boleh sambung esok pagi. Baik awak
tidur dulu. Nanti tak cukup tidur, dah mata jadi macam panda. Tak comel dah
pengantin perempuan saya.” Usik Fahmi. Q tersenyum. Kau tak tahu, aku dah lena
meleleh air liur tidur tadi.
“Eh
takpe. Tak mengantuk pun lagi.” Tipu Q lagi. Ahhh. Sampai kau tak larat nak
buka mata pun, kau kata tak mengantuk, Q?
“Pengantin
perempuan tidur dulu ya. Nanti pengantin lelaki call lagi, okay? Goodnight.
Tapi jangan lupa solat Subuh tau.” Pesan Fahmi. Setelah salam berbalasan,
talian dimatikan. Q mendengus lemah. Bantal peluk di sebelah dikerling. Terus
diterkamnya kasar.
Fahmiiiiiii~
rindulaahhhh! Rengek Q dalam hati.
“KAKLONG, mata sembab ni kenapa? Menangis sebab abang
Fahmi tak call ke?” tanya Naz. Adik keduanya itu turut sama membantu kakaknya
dia Torta Cafe hujung minggu bila dia balik cuti.
“Hah?
Takdelah. Sebab tidur lambat lah ni.” Q mengesat bawah matanya. Sembab sangat
ke?
“Eleh,
yelatu.”
“Dah,
jangan banyak soal. Buat kerja.”
“Kaklong,
ingat tau. Jaga mata, jaga hati.” Pesan Nada yang menyibuk tiba-tiba. Q
berkerut dahi. Apahal pula dengan budak ni tiba-tiba?
“Apa
yang jaga mata, jaga hati?” tanya Q balik.
“Yelah.
Dah ada abang Fahmi tu, jangan pula pandang-pandang orang lain. Hati tu jangan
nak sangkut dengan orang lain pula.”
“Laaa.
Mata kaklong ni, kalau abang Fahmi suruh pakai cermin mata hitam dua puluh
empat jam pun kaklong sanggup tau.” Q tersengih sendiri. Angau lah tu. Sarah
ketawa melihat keadaan kaklongnya yang semakin lama semakin sasau.
“Hati
tu macam mana pula?” Naz ingin tahu.
“Hati?
Hehe. Dah kena pagar. Berkunci. Tak boleh buka dah.” Jawab Q.
“Siapa
yang ada kuncinya?” Keyla dari belakang mengusik meskipun tahu siapa yang
memegang kunci hati itu.
“Mestilah
abang Fahmi! Kak Kay ni, tu pun tak tahu ke?” kata Sarah.
“Ada
kunci duplicate tak?” soal Nada.
“Master
key, duplicate, semua ada kat dia. Sampai kat kaklong pun takde kunci spare
part dah. Kalau abang Fahmi tak datang tolong buka, memang kaklong menangis tak
berlagu tak keluar-keluarlah. Kena kunci aje.” Bukan main melampau
perumpamaannya.
“Parah
kaklong kita ni.” Sarah geleng-geleng kepala.
“Kau
orang belum rasa, memanglah boleh kata macam tu. Sendiri dah rasa jatuh cinta
berguling-guling, bergulung-gulung, bergolek-golek nanti, baru tahu. Time tu
baru kaklong gelak kat kau orang kaki ke atas, kepala kat bawah.” Q terus ke
dapur. Tidak mahu melayan kerenah adiknya yang hanya tahu untuk mengusiknya.
Yang lain menjungkit bahu.
“Apa
motif sampai kepala ke bawah, kaki ke atas? Kaklong nak buat macam gimnastik
ke?” tanya Nada. Semua menjungkit bahu tanda tidak tahu.
Telefon
bimbit yang disimpan di dalam poket apron berbunyi nyaring tanda ada panggilan
masuk. Belum tengok pun lagi siapa si pemanggilnya, sengihan Q melebar.
Diseluknya tangan ke dalam poket apron dan membawa keluar telefon bimbitnya
itu.
Oh.
Dia hampa sebentar. Ku sangkakan Fahmi, rupanya Akira. Q terus menjawab
panggilan itu.
“Assalamualaikum.”
Sapa Q.
“Waalaikumussalam.”
Suara Akira di hujung talian jelas beza dari sebelumnya. Q tersentak. Pelik.
“Kir,
kau kenapa?” tanya Q.
“Q..”
rintihan Akira membuatkan jantung Q berdebar laju.
“Kir,
kau okay tak ni?” Q resah.
“Q...”
suara Akira makin ditelan dengan tangisannya.
“Kir..
Kir.. aku pergi kat kau sekarang, okay?” Q cuba memujuk. Akira tidak menjawab.
Talian dibiarkan sepi begitu sahaja. Q semakin risau. Terus dia melonggarkan
tali apron dan mencampakkan apronnya itu ke atas bar kabinet.
“Kay.
Aku pinjam kereta kau kejap. Aku nak pergi hospital. Jenguk Akira.” Terus Q
mencapai kunci kereta Keyla di tepi kaunter. Memang dari tadi dia datang sekali
dengan Keyla. Menyusahkanlah kalau bawa dua kereta. Membazir minyak aje.
Tak
sempat Keyla nak berkata apa-apa, Q sudah hilang memboloskan diri ke dalam
kereta. Keyla mulai risau. Kenapa dengan Akira?
“Kak
Kay, kenapa dengan kak Kira?” tanya Nada. Pelik juga. Kenapa tiba-tiba kaklong
berlari keluar dari kafe dengan muka berkerut macam tu?
“Hm?
Er.. kak Kira tak sihat kot.” Keyla cuba tersenyum. Namun hatinya tidak mampu
menyembunyikan rasa debaran yang semakin hebat. Jemarinya menggigil.
“AKIRA!” Q menolak daun pintu bilik Akira dengan
tergesa-gesa. Pelik. Akira tiada di dalam bilik. Q mendekati katil Akira. Jarum
yang masih bertampal plaster sudah tergantung. Terdapat bertitik-titik darah di
atas cadar Akira. Q mengetap gigi. Mana kau pergi, Kira!
Kaki
Q terus berlari keluar dari bilik itu ke kaunter berdekatan.
“Assalamualaikum.
Awak ada nampak pesakit bilik 230 tak?” tanya Q tergesa-gesa. Jururawat itu
hanya menggeleng.
“Terima
kasih.” Q berlari pantas sambil mencari-cari kelibat Akira. Beberapa kali dia
menelefon telefon bimbit Akira. Namun tidak berjawab.
Air
mata Q bertakung. Kir, jangan bagi aku risau dengan kau lah! Jerit hati kecil
Q. Telefon bimbit Q yang berdering mengejutkan isi hospital itu. Q segera
menjawab panggilan tanpa melihat si pemanggil. Pasti Akira.
“Kir!
Kau kat mana? Aku cari kau satu hospital tak jumpa. Kau jangan bagi aku risaulah!”
Q separa marah.
“Awak
cari Akira ke?” Fahmi bersuara. Q terkejut. Ah. Waktu saya mengharapkan awak call saya, orang lain yang
call. Bila mengharapkan orang lain yang call, awak pula yang call. Haih.
“Oh
maaf. Saya busy sikitlah awak. Kejap lagi saya mesej awak. Assalamualaikum.”
Terus talian dimatikan. Fahmi merenung telefon bimbitnya setelah talian
dimatikan oleh Q. Dia marah aku ke? Salah aku apa? Fahmi dengan muka tak
bersalah terus meneruskan perjalanan ke lobi hotel.
Q
hilang punca. Mana lagi tempat yang aku boleh cari kau, Kir? Mana?! Q dah tak
mampu untuk menahan tangisan, takungan air matanya pecah jua. Dia terduduk di
tengah-tengah laluan hospital tanpa mempedulikan orang sekeliling yang
lalu-lintas. Sendunya tidak dipedulikan orang ramai yang sibuk dengan kesihatan
masing-masing.
Beberapa
saat kemudian, terdengar orang berlari-larian. Bunyi tapak kaki yang
tergesa-gesa itu membuatkan Q mengangkat wajah dan menoleh melihat apa yang
berlaku. Air matanya terus terhenti bila melihat wajah pucat Akira yang
didukung seorang doktor lelaki. Doktor itu berlari semakin jauh darinya. Namun
dia cukup kenal dengan gadis yang sudah lemah itu.
Terus
Q bangun dan berlari mendapatkan doktor itu. Sesampainya dia di wad kecemasan,
dua orang jururawat perempuan menghalangnya daripada masuk.
“Nurse,
tu kawan saya!” Q cuba untuk melepasi jururawat itu.
“Dia
dalam keadaan lemah sangat sebab kehilangan banyak darah. Cik tunggu di sini
dulu ya. Ada doktor yang akan merawat dia.” Kata jururawat itu. Q lemah semangat.
Air mata kembali mengalir. Apa dah jadi, Kir?
Tangan
Q menggeletar. Nak call Keyla? Tapi Keyla takde kenderaan nak datang sini.
Kalau datang pun, nanti apa pula adik-adik tanya pasal Akira? Q buntu. Dia
perlukan seseorang.
Fahmi : Are you
okay, Mrs. Wifey? Do you need me? Suara awak tadi buat saya risaulah.
Q
mengesat air mata apabila mesej yang masuk itu datang daripada Fahmi. Ya. Saya
perlukan awak!
Q : Kerja awak dah siap?
Fahmi : Dah. Harini dapat rest sampai esok pagi.
Dear, what’s wrong?
Q : I need someone.
Fahmi : I’m here for you.
Q : Akira masuk hospital.
Fahmi : Bukan dia memang kerja kat hospital ke?
Memanglah dia masuk hospital hari-hari. Kan? #garu-garu kepala.
Q
ketawa kecil. Air matanya meleleh perlahan. Dia mengesatnya dengan jari
telunjuk. Orang tengah sedih, dia masih boleh buat lawak.
Q : Akira sakit.
Fahmi : Hah? #melopong. Sakit apa?
Apa
aku nak jawab? Akira keguguran. Nanti mesti dia tanya, bukan Akira tak kahwin
lagi ke? Tak pasal-pasal kau buka aib Akira pula, Q. Q mengeluh. Aku perlukan
orang untuk mengadu. Tapi hanya Keyla yang tahu pasal hal ni. Tapi aku tak nak
dia risau. Aku juga tak nak adik-adik aku tahu pasal ni.
Q : Terjatuh.
Fahmi : Hmm. #usap-usap kepala dia. Takpe, mungkin
ada hikmah jadi macam tu. Mrs. Wifey jangan sedih-sedih okay? Kira okay la tu
nanti. Jatuh sikit aje.
Sikit?
Hmm.. Sikit..
Q : Bila awak nak balik?
Fahmi : #sengih-sengih. Rindu ke? #kekelip mata.
Q : Tanya aje.
Fahmi : Minggu depan saya balik. Lepas turun
airport, terus saya pergi rumah awak. Okay? #muka blushing
Q : Mandi dulu, baru datang.
Fahmi : Tak payah. Lambat. Nanti kita lagi rindu
dialah.
Q : Fahmi..
Fahmi : Ya mrs. Wifey?
Q : Saya perlukan awak.
Air
mata Q menitis. Dia betul-betul perlukan Fahmi waktu ini. Sangat memerlukan.
Kalau aje Fahmi sudah sah jadi suaminya, pasti bahu lelaki itu sudah lencun
dengan air matanya. Q menunggu untuk beberapa minit. Mesejnya tidak berbalas. Q
memejamkan mata. Saat saya perlukan awak, kenapa awak menghilang?
Q
bersandar di kerusi yang diletakkan rapat dengan dinding bersebelahan dengan
wad kecemasan.
Telefon
Q berbunyi. Panggilan masuk! Fahmi?
“Assalamualaikum.”
Suara serak Q masih bersisa dek menangis.
“Waalaikumussalam.
Suara masih serak?” lembut suara Fahmi.
“Hm?”
Q tak faham.
“Saya
tak nak call awak cepat-cepat sebab saya tak suka dengar suara awak menangis.
Hati saya sakit tau dengar awak menangis.”
Lagi
Fahmi berkata manis seperti itu, lagi membuatkan hati perempuan seperti Q ini
ingin menangis. Terus air mata Q merembes keluar.
“Eh?
Lagi kuat pula dia menangis. Cik pengantinku sayang, janganlah macam ni. Cuba
cerita dengan saya.. apa sebenarnya ni?”
“Fahmi..”
Q tak boleh nak meluahkan apa yang dia rasakan saat ini. Perasaan takut
kehilangan Akira semakin kuat.
“Saya
tak nak kehilangan Kira.” Bukan main payah lagi ayat itu ingin keluar dari
mulut Q.
“Hilang
apa? Mana ada apa-apalah Mrs. Wifey. Jatuh aje kan? Takkan teruk kot?”
“Baliklah
cepat.” Rintih Q.
Hati
Fahmi berdebar-debar dan debarannya makin lama makin kuat. Ini kalau isteri,
memang dah selamat aku peluk bagi tenang ni. Dia tak suka langsung bila dengar
Q menangis. Tambahan, dia pernah tengok macam mana bengkak mata Q menangis
dulu. Hatinya memang terpaut pada mata panda itu pada mulanya. Tapi dia tak suka
kalau Q menangis lagi. Kalaupun Q nak menangis, biarlah dia ada di sisi. Biar
hanya dia aje yang boleh tengok muka comel Q menangis dengan hidung dan pipi
merah itu.
“Saya
balik minggu depan ni, saya nak awak terus jadi milik saya.” Suara Fahmi tidak kedengaran
main-main. Terus mati tangisan Q.
“Ha?”
terkejut. Hanya perasaan itu yang Q ada dalam hatinya sekarang.
“Saya
serius. Saya tak main-main. Saya balik nanti, kita uruskan semua hal. Kursus
kahwin, HIV check-up semua tu.”
“Awak..”
“Lepastu,
awak nak menangis sampai tak boleh buka mata pun saya tak kisah. As long as saya
yang ada kat situ dengar awak menangis.”
“Tapi..”
“Minggu
depan saya masuk minang. Okay Mrs. Wifey?”
“Minggu
depan? Hantaran?”
“Jangan
risaulah. Semua tu adat aje. Kita uruskan mana yang wajib dulu. Okay sayang?”
GULP!
Q hilang kata-kata.
USAI solat Zohor, Q terus melangkah kaki menuju ke
bilik yang menempatkan Akira. Bibir Akira jelas pucat dan kering hingga
merekah. Tengah-tengah bibirnya sudahpun mengeluarkan cecair merah. Namun Akira
langsung tidak mempedulikannya. Kerjanya hanya termenung.
“Kir..”
sapa Q. Akira mengangkat wajah dari menunduk dari tadi. Senyumannya hanya
sebentar.
“Bibir
kau kering. Meh minum air. Aku tuangkan mineral eh?” terus Q mencapai botol air
mineral di kabinet kecil. Akira hanya memandang belakang tubuh Q. Tengah Q
menuang air ke dalam gelas, terasa tubuhnya dipeluk oleh seseorang dari
belakang.
Akira
meletakkan dagunya di bahu kanan Q. Q sedikit terkejut. Tangan Akira meraih
ketat pinggang Q.
“Aku
pernah terfikir nak bunuh diri..” air mata Akira meleleh. Q terpinga-pinga. Dia
cuba berpusing.
“Jangan
pusing lagi. Aku tak nak kau tengok muka aku macam ni.” Ujar Akira pantas.
Terus Q tidak jadi untuk pusing. Biarlah. Kalau Akira selesa macam ni, biarlah
dulu.
“Silap
aku cuma satu malam. Aku terlalu ikutkan nafsu. Aku terlalu ikutkan rasa sayang
aku. Aku langsung tak pedulikan orang lain. Langsung tak rasa malu dengan
Allah.”
Q
diam.
“Kalau
aku tak buat, aku takkan rosakkan diri aku. Aku takkan kehilangan janin yang
aku sayang, aku takkan kehilangan kawan aku. Aku takkan dapat dosa besar macam
ni.” Tangisan Akira menjadi-jadi.
“Akira..”
“Aku
menyesal. Aku menyesal... aku sayangkan janin aku. Aku sayangkan Adam.. aku
sayangkan Tasha. Aku sayangkan kau, sayangkan Keyla...” Akira sudah tidak
berdaya untuk berdiri lagi. Kakinya lemah hingga dia melurut ke kaki Q.
Q
terus berpusing dan mencangkung menghadap Akira yang menangis seakan tidak mahu
berhenti. Tubuh cengkung dan pucat itu terus didakapnya.
“Aku
minta maaf. Sebab aku, kau kehilangan anak kau.” Rasa bersalah Q
bertimpa-timpa.
Akira
menggeleng. “Memang aku pernah berniat untuk buang janin ni. Aku tak sangka aku
akan rasa sayang sangat dekat dia, bila aku kehilangan dia.”
“Kir..
sebenarnya apa ceritanya ni?” Q ingin tahu macam mana boleh jadi begini. Dari
mula.. kenapa dia ambil langkah ini?
Akira
merenung dalam-dalam mata Q. Dia percayakan Q. Sangat mempercayainya.
“KIR, kau nak
tahu satu benda tak?” Tasha mencuit Akira yang sedang sibuk membaca carta.
Dahinya berkerut-kerut. Pandangan langsung tidak diangkat dari carta itu. Hanya
telinga yang ditugaskan untuk mendengar kata-kata yang bakal meluncur keluar
dari mulut Tasha.
“Apa dia?” tanya Akira.
“Ada doktor baru.”
“Ye ke?”
“Surgeon.”
“Oh eh?”
“Hensem!”
“Hmm. Okay.”
“Aku jatuh cinta.” PAP! Carta
terjatuh. Akira terus memandang tepat wajah Tasha. Hell no? Tasha jatuh cinta?
Tasha? Serius Nur Natasha?
Tasha mengangguk beberapa kali.
“Sebenarnya dia senior aku dulu
waktu kat India. Aku tak sangka akan jumpa dia kat sini! Hospital yang sama
dengan kita! Aku tak tahu kenapa tiba-tiba dia kena hantar ke sini.” Tasha
bercerita. Excitednya melampau.
“Kau suka dia, sebab kau pernah
kenal dia sebelum ni?” Akira juling mata.
“Aku memang suka dia dari mula-mula
aku jumpa dia kat India lah! Dia selalu tolong aku. Lepas dia grad, aku
berjanji dengan diri sendiri yang aku takkan jatuh cinta dengan orang lain lagi
selain dari dia!”
“Apa gila kau punya janji ni?
Merepeklah kau ni.”
“Aku memang sukakan dia
sangat-sangat, Kir! Lama aku tunggu dia. Lama hati aku ni untuk dia. Kau pernah
tengok aku jatuh cinta? Tak pernah, kan?”
Akira menggaru-garu kening.
“Dia jodoh aku kot. Allah hantar dia
ke sini untuk aku.” Tasha sudah berangan sendiri. Akira ketawa kecil. Kakinya
melangkah terus untuk memeriksa pesakitnya yang lain. Manakala Tasha tidak
habis-habis bercerita itu dan ini tentang lelaki yang bernama Adam itu.
“Tash.” Panggil Adam apabila mereka
terserempak. Apa lagi? Bukan main merah lagi pipi Tasha apabila Adam
memanggilnya.
Akira terdiam. Dia menggenggam
jemarinya. Lemah lututnya. Menggigil-gigil tubuh badannya. Adam yang Tasha
maksudkan, bukan Adam Rayyan kan? Bukan dia kan? Tolonglah bukan dia!
“Kir?” Adam turut sama terkejut
melihat tubuh Akira di hadapannya.
“Nur Shakira.” Panggil Adam lagi.
Akira tidak dapat menggerakkan tubuhnya.
“KIR, Adam
dapat JPA.” Suara Adam nyata gembira apabila menelefon Akira. Akira tersenyum
di hujung talian.
“Alhamdulillah. Kira dapat JPA juga.
Adam sambung ke mana nanti?”
“India kot. Kir?”
“India? Jauhnya. Kira sambung
UNIMAS.”
“Mama kata pergi aje India. Mama
punya suggestion. Nak tolak, rasa sayang pula. Dah dapat peluang sambung ke
luar kan.. Kir tak dapat luar ke?”
Aku dapat luar la, pakcik. Tapi aku
sanggup tinggal kat dalam sebab tak nak berjauhan dengan kau, kau pula nak
berjauhan dengan aku! Erghhh!
“Dapat. Kat Alexandria. Tapi Kira
tak pergi sana kot. Jauhlah.”
“Anak mak!” usik Adam.
“Adam nak pergi India ke?
Betul-betul nak pergi India?” sayu suara Akira.
“Hmmm. Kalau ikutkan hati muda ni,
memanglah Adam tak nak tinggalkan Kir seorang kat sini. Tapi Kir, peluang macam
ni datang sekali aje. Takpe. Adam akan belajar sungguh-sungguh untuk Kir! Adam
janji. Lepas kita grad, kita sama-sama jadi surgeon, kita kahwin, kerja dalam
satu hospital yang sama, ada anak ramai-ramai..” angan-angan Adam sudah sampai
ke bintang. Akira ketawa. Dalam tawanya, air mata tidak lupa untuk menitis.
“Kira risau kalau Adam berubah
hati.”
“Kir, kita dah couple dari form 1
tau. Pernah tengok banyak perempuan cuba tackle Adam, kan? Tapi dengan Kir juga
Adam nak. Enam tahun bukan senang nak tepis godaan perempuan tau.” Adam
tersengih nakal.
“Ye lah tu. Mana nak tahu, kot
sangkut dengan budak India ke.”
“I will never promise you.. tapi
Adam akan buktikan kat Kir, yang Adam akan jadikan Kir isteri Adam. By hook or
by crook.”
Akira terdiam.
“ADAM akan
rindukan Kir.” Adam merenung dalam-dalam anak mata Akira. Waktu tu, Akira dah
tak boleh nak bendung rasa. Terus tubuh Adam dipeluk erat. Darah remaja,
kan?Langsung tak nak peduli halal haram.
“Adam takut Adam akan sekat
kebahagiaan Kir. Oleh sebab itu, Adam lepaskan Kir dulu.”kata Adam. Akira
berkerut dahi.
“Dalam masa kita belajar ni, kita
takkan berjumpa. Masing-masing pun mesti sibuk dengan belajar. Tak dapat nak
contact. Ada kemungkinan Kir akan berjumpa dengan orang lain. Kalau memang kita
tak berjodoh, kita jaga macam mana pun hubungan ni, tetap takkan dapat bersama
juga.”sambung Adam. Akira merenung lantai. Ada betulnya juga.
“Adam jumpa Kir bila kita grad
nanti. Adam harap kita berjodoh.” Senyuman Adam sedikit sebanyak membuatkan
Akira akur.
“Kita berpisah dengan cara yang
baik, mesti nanti kita akan bersama dengan cara yang baik, kan?”Akira cuba meyakinkan
diri.
“Kuatnya Akira Adam ni.”Adam
menyentuh bahu Akira.
“Belajar elok-elok future surgeon. I
will come back for you.”
Akira mengangguk. Akira hanya mampu
menghantar langkah Adam pergi dengan ekor matanya.
‘Tasha, aku
tunggu dia lebih lama dari kau tunggu dia. Tapi aku tak dapat pertahankan dia.
Aku tak mampu nak kata dia milik aku. Sebab aku dengan dia pun dah berpisah
dengan cara baik. Dan dah bertahun kami tak berjumpa. Perjumpaan yang terakhir
tu pun waktu kat airport, lapan tahun yang lepas.’
SEMENJAK Tasha
memberitahu tentang perasaannya pada Adam, Akira mengambil keputusan sendiri
untuk menjauhkan diri dari Adam. Biarlah.. aku pernah dapat Adam. Biar Tasha
pula yang dapat dia kali ni. Mungkin jodoh Adam adalah Tasha.
Adik kecil itu tak pernah jatuh
cinta. Akira tak pernah lihat Tasha jatuh cinta. Jarang sekali untuk bercerita
tentang lelaki.
Meskipun Tasha lebih muda
daripadanya, seperti biasa.. Akira lebih suka beraku-engkau dengan orang lain.
Katanya, lebih merapatkan sesuatu hubungan.
“Kenapa menjauhkan diri dari
Adam?”Adam pelik melihat perangai Akira yang dulunya manja, tiba-tiba berubah.
Tak seronokkah dia berjumpa dengan aku? Adam tertanya-tanya.
“Kita dah takde apa-apa pun kan?
Saya dengan jalan hidup saya, awak dengan jalan hidup awak.” Kata Akira
selamba.
“Kenapa berawak saya pula ni?”
“Adam, cerita kita dah berapa tahun
terkubur. Sudahlah. Yang lepas tu, lepas.”
“Kir dah ada yang lain ke?”
Akira memberanikan diri memandang
mata Adam. “Dah.”
“Tipu.”
Akira menjeling. Tanda bosan.
“Cakap ke, tak cakap ke.. sama aje.
Awak tetap tak percaya, kan?”
“Dulu siapa yang takut sangat hati
Adam berubah entah. Tengok-tengok hati siapa yang berubah dulu?” sindir Adam.
“Bukan jodoh kot.”
“Senang aje cakap, kan?”
“Banyak lagi yang awak boleh cari.”
“Soal hati tak sama, Kir.”
“Saya dah takde hati dengan awak.
Maaflah. Saya ada kerja lain. Nanti kita jumpa lagi, okay doktor Adam?” terus
Akira berjalan meninggalkan Adam. Lagi jauh langkahnya, lagi sakit hatinya.
Luka di hati bertimpa-timpa. Terpaksa meninggalkan orang yang kita sayang,
untuk kebahagiaan orang lain.. ianya tak semudah yang kita selalu bicarakan.
Tak mudah...
SUDAH berbulan Adam
dan Akira bereaksi biasa. Seolah mereka baru berkenalan. Boleh aje ketawa
bersama, merungut bersama dek keletihan. Masing-masing pandai menyembunyikan
apa yang bermukim di hati. Torehan di hati semakin dalam dan panjang. Tapi
masing-masing tidak mempedulikannya.
Setiap kali berjumpa pun, pasti
Tasha akan bersama. Ketawa tak ingat dunia bagi menghilangkan stress kerja di
kepala. Kadang-kadang dahi berkerut memikir jalan penyelesaian sesuatu kes.
Cuma yang silapnya.. satu hari itu.
Hanya satu hari itu...
Hujan lebat yang mula membanjiri
Bumi hanya ditenung Akira di hadapan pintu masuk hospital. Macam mana nak redah
sampai ke kereta ni? Payung pun takde.
“Need help?” tanya Adam yang baru
muncul dari belakang dengan sebatang payung.
“Hm? Er.. boleh ke?” tanya Akira
segan.
“Payung ni cukup besar untuk dua
orang la. Jump in!” Adam menarik bahu Akira untuk masuk sekali ke bawah payung
yang telah dibuka. Akira sempat menoleh ke belakang. Takut jika Tasha nampak.
Kaki mereka sama-sama berjengket
berlari menuju ke kereta. Air yang sudah memenuhi lopak-lopak merisaukan
mereka. Takut kalau kasut, kain dan seluar mereka basah.
Sesampainya di kereta Adam, lelaki
itu meminta Akira untuk masuk dahulu ke dalam kereta. Tempat letak kereta Akira
terlalu jauh.
“Masuk dulu dalam kereta saya.” Ujar
Adam. Hilang sudah Adam-Kir. Sudah berbulan... dia pun sudah terbiasa dengan
saya-awak.
“Ha? La kenapa?” Akira pelik.
“Nanti saya drive la ke kereta awak.
Takdelah kasut awak basah nanti.” Jawab Adam. Oh.. macam tu. Akira terus
memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.
Pintu kereta dikatup rapat. Begitu
juga Adam.
“Lebatnya hujan malam ni.” Rengus
Akira. Dia menepuk-nepuk bahu yang dibasahi dengan air hujan.
“Hmm.” Adam menyimpan payung di
tempat duduk belakang. Enjin kereta dihidupkan.
“Awak, saya hantar awak terus ke
rumah la. Hujan lebat sangat ni. Risau pula saya nak bagi awak drive seorang
diri. Mata awak tu bukannya okay sangat. Esok, saya ambil awak.” Adam merenung
Akira di sebelahnya. Akira berfikiran sejenak. Dia mengangguk sebelum kereta
meluncur laju menuju ke rumah Akira.
HUJAN masih
lagi tak berhenti. Pendingin hawa membuatkan tubuh Akira seakan membeku.
Masing-masing senyap di dalam kereta sedangkan mereka telah sampai tempat yang
dituju.
“Er.. terima kasihlah eh.” Akira
bersuara bagi memecahkan kesunyian yang sudah mengambil masa setengah jam.
“Kir..” Adam masing merenung ke
depan. Akira menoleh.
“Tak pernah sekalipun saya bagi hati
saya pada orang lain waktu saya kat India. Baik dari mula saya jejakkan kaki ke
tanah asing, sampailah sekarang, saya duduk kat sebelah awak. Hati saya tak pernah
berubah.”
Akira menunduk. Kalaulah awak tahu
apa yang saya rasa, Adam.
“Setiap kali saya down, saya selalu
motivate diri. Selalu sangat saya yakinkan diri yang awak sedang menunggu saya.
Dan setiap kali itulah kekuatan saya datang. Dari awak.” Adam mengalih pandang
memandang Akira.
“Memang saya tak pernah berjanji
dengan awak yang saya akan jadikan awak isteri saya. Tapi saya berjanji dengan
diri saya sendiri, dengan hati saya sendiri.. takkan ada orang lain selain
awak. Kalau bukan awak, bukan juga orang lain.” Sambung Adam.
Lelaki yang membuatkan Akira jatuh
cinta untuk kali pertama kerana ke-macho-an dia yang langsung tak pernah
menitiskan air mata, kini nampak begitu lemah hinggakan tubir matanya sudah
bertakung dengan air mata.
Adam memandang kembali ke hadapan.
Tidak mahu air matanya jatuh di hadapan perempuan itu. Akira tidak tahu apa
yang perlu dia katakan. Maaf? Terima kasih kerana mencintai saya? Hah?
“Awak pakai dulu payung kat belakang
tu. Hujan ni.” Kata Adam. Dilihatnya Akira tidak bergerak, terus lelaki itu
berpusing ke belakang dan mencapai payung.
“Nah.” Adam memberikannya. Akira
mencapai teragak-agak.
“Terima kasih.” Akira terus keluar
dari perut kereta Adam. Hujan yang lebat jatuh bertitis-titis di atas payung
yang dipinjamnya.
Meskipun Akira sudah berada di
hadapan pintu pagar, Adam tetap tidak berganjak lagi dari tempatnya. Akira
berpusing. Wajah Adam menghadap ke hadapan. Tapi bibir lelaki itu
terketar-ketar. Dia boleh nampak itu..
masih boleh nampak. Air hujan yang menjadi tempias di cermin sisi kereta tempat
duduk Adam tak dapat mengaburi mata Akira. Ya. Air mata lelaki itu menitis.
Akira menelan air liur. Kereta Adam
mula bergerak perlahan dan terus pergi. Saat itu, Akira terasa dadanya sesak.
Sakit yang teramat melihat Adam pergi begitu sahaja. Terus payung dilepaskan.
Kereta Adam dikejar.
Adam yang baru sedar apabila melihat
cermin sisi, terus memberhentikan kereta. Adam keluar dari kereta dan
mendapatkan Akira.
“Saya tak pernah sayangkan orang
lain selain awak, Adam. Tak pernah sekalipun!” ujar Akira bersungguh dengan
linangan air mata. Rambutnya yang basah ditenung Adam.
Adam terus menarik tubuh Akira untuk
masuk ke dalam kereta.
“Kita balik rumah saya dulu.
Keringkan basah ni.” Putus Adam.
Selesai mengeringkan baju dan mandi,
Akira duduk di sofa. Nescafe panas disuakan oleh Adam. Beberapa teguk sahaja
yang mampu masuk ke dalam tekak Akira.
“Bilik sebelah kosong. Awak tidur
kat situ. Saya dah kemaskan bilik tu untuk awak.” Adam turut sama mengambil
tempat di sisi Akira. Tiba-tiba mereka terasa janggal.
“Em.. saya masuk tidur dulu.” Akira
terus bangun dan meninggalkan Adam seorang di ruang tamu.
Jam menunjukkan hampir ke tiga pagi.
Akira masih tidak boleh tidur. Dia keluar dari bilik. Gelap!
Kakinya hanya berhenti melangkah di
hadapan pintu bilik Adam. Tangannya memulas tombol itu. Perasaannya bercampur
aduk. Dia tak tahu apa yang dia buat ini betul atas tidak. Pintu semakin luas
terbuka.
Adam yang dengan berkaca mata sedang
membaca buku, terkejut. Akira telan air liur.
“Kenapa, Kir?” tanya Adam. Akira
terus masuk dan mengatup pintu bilik lelaki itu.
pity akira :(
ReplyDeletesimpati akira n adam lbh on this n3
hope they both dpt bersatu blik.
Thanks ain dah update :)
Ehem ehem skt tekak. Sian kira. Harap kira bersatu ngan adam n my pakwe mantain dgn q. Kawen cpt ye q dah angau tu. I need you :-(
ReplyDeleteKak,bukan ke choi minho yng brlakon dlam to the beautiful you??
ReplyDeleteMemangla choi minho hehe hensemkan bdn ketul2 hehe
ReplyDeleteBukan Lee Min Ho la, tapi Choi Min Ho. Betulkan ar~~~ *buat puppy eyes*
ReplyDelete