Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, April 26, 2013

PRMH 13



Fahmi terkocoh-kocoh lari keluar dari KLIA. Cermin mata hitamnya dikepilkan ke kolar baju. Matanya memandang kiri kanan. Bibirnya tidak dapat menyembunyikan rasa hati. Bibir yang terbentuk cantik terus tersenyum tanpa henti.
            “Kau ni macam budak kecil. Main lari-lari pula. Kau nak cepat sangat dah kenapa?” bebel Asyraf yang penat mengejar.
            “Kau balik dululah.” Kata Fahmi. Aik? Haritu datang satu kereta dengan aku.
            “Ni kau nak balik dengan apa kalau kau suruh aku balik dulu?” Asyraf pelik. Mengidam nak naik teksi ke pakcik ni?
            “Balik aje lah dulu. Aku tunggu tunang aku. Tunang aku ambil!” nampak sangat muka teruja si Fahmi Alan Fikrash ni.
            “Patutlah. Kalau macam tu, aku balik dulu eh? Jangan nanti aku dah sekerat jalan, kau call aku suruh pick up pula. Aku tenyeh muka kau kat jalan tar karang.”
            “Baliklah. Balik! Balik!” ujar Fahmi seakan menghalau. Asyraf mencebik. Menyampah! Waktu murung pun annoying, inikan lagi waktu happy. Terus dia buang aku. Lagi annoying! Tak guna punya kawan.
            Fahmi rasa berdebar-debar. Dua minggu lepas, untuk kali terakhir dia berjumpa dengan Q, perempuan itu bukan siapa-siapa. Tapi sekarang dah merangkap tunang!
            Sepuluh minit menunggu, Q masih belum kunjung tiba. Fahmi mula muncung sedepa. Kakinya menyepak-nyepak batu-batu kecil di bawah kakinya tanda bosan. Terserlah kecomelannya. Seketika dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
            Fahmi  : #lari2 dengan beg roda keluar KLIA. Mata mencari Wrs. Wifey. Tapi masih tak kunjung tiba. Muncung sedepa. Rindu.
            Q         : Maaf! A bit lambat! Baru keluar hospital.
            Fahmi  : Keluar hospital? Kenapa? Sakit ke?
            Q         : Ujian HIV lah. Sorry buatkan awak tunggu lama. Kejap lagi saya sampai kay. Boleh tunggu a lil bit tak?
            Fahmi  : Oh! Tak sabar nak kahwin dengan kita lettew. #sengih2. Boleh. Sampai esok pagi pun, kita sanggup tunggu awak.
            Q         : Diamlah. =..=”
            Fahmi  : Sampai hati! K enough. Drive carefully sayang. :-*
            Q tersengih sendiri. Eii. Boleh gila aku jadinya dengan encik tunang ni tau. Jantung yang berdegup laju cuba ditenteramkan.


“CIK TUNANG!!” Fahmi menjerit apabila ternampak kelibat Q. Lebih sejam dia menanti Q. Kadang-kadang dia duduk mencangkung. Kadang-kadang kakinya tak boleh duduk diam dan berjalan ke hulu ke hilir. Sempat juga dia lompat bintang di hadapan pintu masuk KLIA itu. Bosan sangat!
            “Maaf buatkan awak tunggu lama. Jauhlah dari hospital ke sini.” Q tersenyum apabila wajah Fahmi betul-betul di hadapannya.
            “Maaf menyusahkan awak.” Fahmi terasa agak mementingkan diri sendiri ketika ini. Q ketawa kecil. Bahu kanan Fahmi ditolak lembut dengan hujung jari telunjuk.
            “Dengan tunang sendiri pun ada perasaan macam tu ke, hm?” Q mahu memujuk supaya rasa serba salah dalam diri Fahmi hilang. Terus sengihan Fahmi menceriakan kembali wajahnya. Keadaan mendung tidak mengubah mood comel mereka berdua.
            “Jom!” ajak Fahmi. Kunci kereta bertukar tangan.
            “Kita pergi jumpa tok kadi eh?” Fahmi menarik tali pinggang keledar. Mata Q membuntang.
            “Ha? Buat apa?” perlahan-lahan Q turut sama menarik tali pinggang keledar.
            “Kahwin terus. Lagi afdal kalau dipercepatkan!” jawapan Fahmi membuatkan tawa Q terbahak-bahak.
            “Jangan gelojoh sangat nak kahwin boleh tak? Banyak lagi benda nak kena settle tau.”
            “Hish. Nak kahwin cepat pun tak boleh.”
            “Diamlah.”
            Fahmi mengerling Q di sebelah. Nak tenung lama-lama, tak boleh pula. Tengah driving.
            “Tak baik tau kata encik tunang macam tu.” Fahmi bersuara. Q merenung ke luar tingkap. Tak nak layan~ tak nak layan~


“BAB kenduri, kita buat satu kenduri aje kot. Lebih mudah. Ajak ramai-ramai sekaligus. Tema semua, Fahmi serah kat Q.” Fahmi meletup-letupkan jemarinya. Puan Rosnah mengangguk-angguk.
            “So, Q.. nak buat macam mana kenduri ni? Fahmi kasi Q buat ikut citarasa Q.” Puan Rosnah memandang Q meminta jawapan.
            “Q nak buat benda yang simple aje. Kalau boleh tak nak ada bersanding.” Q takut jika permintaannya ditolak mentah-mentah.
            “Tak nak bersanding?” Fahmi menggaru kening yang gatal.
            “Hmm. Kita tak payah buat pelamin. Q ingat just kita sewa baju pengantin. Lepastu waktu makan, kita pergi meja ke meja bagi doorgift kat tetamu. So, tetamu akan rasa lebih dihargai bila kita tuan rumah sendiri turun bawah pergi jumpa seorang-seorang.
            Tak membazir kat pelamin sangat. Takde orang buat lagi.. Q tak pernah nampak lagi. Tapi kita boleh buat. Nampak beza sikit dari wedding yang lain. Kita pun boleh ramah mesra dengan orang. Tak semua tetamu yang datang tu, kita kenal. Especially kawan-kawan ayah dengan mak awak. Mungkin waktu tu baru kita boleh lebih kenal dia orang.”
            Encik Fakrul mengangguk-angguk mendengar cadangan Q. Ada benarnya apa yang Q katakan.
            “Hmm. Cantik juga kalau buat macam tu.” Puan Rosnah bersetuju. Fahmi masih belum beri kata putus.
            “Fahmi?” Puan Rosnah pelik bila Fahmi tidak bersuara.
            “Sure tak nak bersanding?” Fahmi merenung tepat anak mata Q. Lelaki ni mengharapkan dapat bersanding ke? Q tertanya sendiri.
            “Q cadangkan apa yang Q rasa aje. Kalau awak nak bersanding, terpulanglah.” Sekarang ni, kenduri buat sekali aje. So, masing-masing kena bertolak ansur. Tak boleh masing-masing nak ikut kehendak masing-masing. Nanti belum kahwin dah bertelagah. Itu tak kena ini tak kena. Macam mencuka pula muka nanti.
            “Saya tak kisah. Saya just nak kepastian awak aje. Sebab jarang ada perempuan yang tak nak bersanding.”
            “Saya tak sama kot dengan perempuan lain.” Q tersengih. ‘Awak ni interesting, awak tahu tak?’ bicara Fahmi sendirian.


AKIRA jadi kekok apabila dirinya diperhatikan Tasha dari jauh. Dia tahu Tasha masih marah akan dirinya. Walaupun sudah beberapa hari dia masuk kerja, Tasha tetap tidak mempedulikannya.
            “Kir..” Adam termengah-mengah mendapatkan Akira.
            “Kenapa ni?” Akira risau pula dengan keadaan Adam. Nampak macam ada kecemasan.
            “Ada kes kat wad kecemasan. They need you.” Adam memegang bahu Akira. Dahi Akira bertaut.
            “They need me? Awak tak boleh handle ke?”
            “I need you.” Mata Adam menikam dalam anak mata Akira. Oh. Sebenarnya bukan mereka yang perlukan aku, tapi Adam... Hm.
            “Please.” Pujuk Adam.
            Mata Akira memandang kelibat Tasha yang terus berlalu setelah melihat adegan mereka berdua. Jelas kelihatan wajah benci gadis itu terhadap dirinya.
            “Kenapa?” Adam memandang ke belakang. Tiada siapa.
            “Er. Takde apa. Jomlah.” Akira terus berjalan ke wad kecemasan dengan ditemani Adam. Lelaki itu tersenyum dalam hati. Akira kini lebih banyak mengalah dibanding dahulu. Mungkin dia takut rahsia tentang keguguran anaknya diketahui umum. Dalam gembira, Adam ada juga menyesal. Maafkan Adam buat Akira terpaksa mengalah macam ni. Sebab Adam tahu, Kir bukan macam ni beberapa tahun lalu. Maafkan Adam... tapi ini untuk kebahagiaan kita bersama.


HADI mundar mandir di dalam biliknya. Keadaan ibunya semakin teruk dari hari ke hari. Dia meraup wajahnya apabila punggung dihenyakkan ke katil.
            Dua tahun lepas, kedudukan keluarganya begitu megah. Hebat di mata dunia. Sebut sahaja nama Kamarul, semua orang akan tabik hormat pada peniaga tesohor itu. Tapi hari ini? Semuanya lebur. Keadaan mereka jauh panggang dari api dengan dua tahun yang lepas.
            “Hadi, ubat ibu dah habis.” Wajah Encik Kamarul nyata kecewa dan lesu.
            “Hm? Em. Nanti Hadi pergi belikan ubat ibu.” Hadi terus bangun dari katil dan keluar dari biliknya.
            “Ada duit ke?” tanya Encik Kamarul.
            “Jangan risau, bah. Hadi ada duit lagi.”
            “Tuan rumah dah minta duit sewa..” keluh Encik Kamarul. Hadi hanya mendengar. Dilihat adik perempuannya yang sedang nyenyak tidur di atas lantai berlapik tikar plastik.
            “Nanti Hadi cari duit. Jangan risau.” Hadi terus keluar dari rumahnya. Air mata lelakinya jatuh di saat kakinya memijak tanah luar rumah.
            ‘Apa salah kita orang sampai Kau uji macam ni, Ya Allah!’ rintih Hadi sendirian. Gaji bekerja di Seven Elevan tak cukup untuk menampung semuanya. Terlalu banyak hutang yang perlu dilangsaikan.
            Hadi kemudiannya mengesat air mata dengan belakang tangan. Dia terus melangkah. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor sahabatnya didail.
            “As, kau boleh tolong aku tak?” Hadi mengambil keputusan muktamad. Dia perlukan duit. Untuk itu, dia perlu lakukan sesuatu!

4 comments:

  1. timbul watak baru...hadi? ni nak couple dgn sape plak ni cik writer?

    ReplyDelete
  2. btul2. Tp tlg jgan jadik kan org ktga dlm hdup Q sdah. Tak rela ! Huhuhu
    biarkan lah they both jd sweet couple yg sllu memberi bntuan ikhlas bgi kwan2nya. Pleaseeee !

    ReplyDelete
  3. bes3......stuju dgn inayah swan...xpyh la ade org ketiga bagai....blh je....bes je cite knknknknknknkkn..........heheheh...

    ReplyDelete