Q termenung sendirian. Mungkin sebab terlalu banyak
menangis, hingga menjadikan tubuh Akira lembik. Kini Akira sudah tidur dengan
nyenyak. Ah! Dah nak masuk Asar! Keyla mesti risau.
Q
mendekati katil Akira dan mencium dahi dan pipi gadis itu sebelum berlalu
pergi. Sempat dia meninggalkan nota di atas kabinet kecil bersebelahan dengan
katil.
Kir, aku balik
dulu. Anything, call me.
-Q-
Telefon
Q berbunyi.
Fahmi : Q.. T_T
Q : Kenapa?
Fahmi : Nak balik.
Q : Minggu depan balik, kan?
Fahmi : Balik sekarang, esok boleh kahwin.
Q : Haha. Belum tentu lagi.
Fahmi : Kalau esok mak saya masuk minang awak, okay
tak? #mata bulat macam bola pingpong.
Q : Esok? Awak biar betul.
Fahmi : #kekelip mata. Kenapa? Tak boleh ke?
Q : Awak dah fikir masak-masak ke?
Fahmi : #juling itik. Cik pengantin, kalau tak
serius, takkan fikir sampai hampir hangus ni tau tak.
Q : Hmm. Insya Allah.
Fahmi : Esok jangan pergi mana-mana tau! Mak datang
rumah nanti!
Q : Hmm.
Fahmi : Kira dah okay?
Q : Dah. Dia tengah tidur.
Fahmi : Awak dah balik dari hospital?
Q : Belum. Baru nak gerak pergi kat
kereta.
Fahmi : Bukan Kira je yang kena rehat, awak pun kena
rehat sama. Tau.
Q : Baik.
Fahmi : Q.. #ngesot duduk tepi.
Q : Apa lagi ni?
Fahmi : Bawa kereta elok-elok. Saya tunggu isteri
saya balik rumah. Husband awak ni nak pergi ‘goreng’ bantal kejap. Mengantuk!
Q : Haa. Gorenglah bantal tu elok-elok.
Jangan sampai tergolek jatuh katil pulak.
Fahmi : Arahan diterima, Puan!
Q : Saya nak drive kejap.
Fahmi : Hati-hati tau. #usap2 kepala dia.
Q
tersenyum. Lelaki ni memang pengubat. Hmmh. Enjin kereta dihidupkan. Kereta
meluncur laju apabila padel minyak ditekan kuat.
“LAMANYA.” Keyla berkerut dahi menyapa Q di hadapan
pintu kafe. Q hanya tersenyum hambar. Dia letih. Hatinya berkecamuk. Apa yang
diceritakan Akira masih belum boleh dihadam betul-betul.
“Sorry
pinjam kereta kau lama-lama. Kau ada hal urgent nak guna kereta ke?” Q rasa
serba salah.
“Ish.
Bukanlah. Aku risau kat kau dengan Kira tu. Apa jadi sebenarnya? Adik kau dah
tanya macam-macam kat aku. Aku tak tahu nak jawab apa.”
“Dua
hari lagi Kira boleh keluar hospital. Tapi sekarang ni, aku ada benda lagi
penting.” Q berkerut dahi. Aish.
“Apa
dia?” Keyla menunggu Q membuka mulut.
“APA?! Minang??” Naz garu kepala yang memang terasa
gatalnya. Awallah pula kakak aku nak kahwin. Benda tak settle apa pun, terus
ada orang nak masuk minang. Hish.
“Betul
ke kaklong?” Nada inginkan kepastian. Q mengangguk.
“Akak
pernah jumpa ke mak abang Fahmi tu?” Sarah musykil. Rasanya haritu Kak Naz
dengan Kaklong sembang, bila ditanya pasal abang Fahmi, semua tak tahu!
“Belum.”
“Ihh
kaklong ni. Dah tu? Hentam keromo aje nak jumpa mak dia?” Naz duduk bersila
menghadap Q. Tengah malam punya conversation!
“Hmm.
Esok kaklong tak buka kafe. Nak tunggu pinangan orang.” Selamba kata Q.
“Gatal!”
Keyla membaling bantal berbentuk empat segi tepat ke arah Q.
“Dah
semua! Tidur. Esok pagi, ada orang nak datang.” Q terus naik ke bilik. Badannya
terasa letih yang teramat. Isyak telah ditunaikan, kini dia bebas untuk baring.
Matanya menala ke arah syiling. Bip bip!
Fahmi : Assalamualaikum, cik cinta.
Q : Waalaikumussalam. J
Fahmi : Thinking bout me?
Q : Nope.
Fahmi : #muka sememeh. Sampai hati! Kita rindu kat
dia setengah mati, dia tak rindu kita pun!
Q : Dah habis kerja?
Fahmi : #angguk2.
Q : Dah makan?
Fahmi : #geleng2. Teman?
Q : Jom!
Fahmi : Saya amek awak sekarang. Cepat tutup mata!
#lari laju2 sampai langgar tiang, langgar pokok, semata2 nak cepat sampai kat
awak.
Q : Drama king koil!
Fahmi : Mak datang esok tau. #sengih2.
Q : Ye saya tahu.
Fahmi : Ish! Rasa macam nak balik hari ni jugak. T^T
Q : Kenapa?
Fahmi : Biar saya aje yang jadik mak. Pergi minang
awak. At least boleh tengok muka awak. #kekenyit mata.
Q : Awak sakit mata ke?
Fahmi : Aah. Sebab awak takde depan mata saya. Tu
yang sakit mata tu. #tenung dia lama2.
Q : Tu dah tenung, tak sakit mata dah
kan?
Fahmi : Sakit jugak. Sakit hati.
Q : Lahh. Kenapa pulak sakit hati?
Fahmi : Sebab awak belum jadi yang sah untuk saya.
#berlinangan air mata.
Q : J soon, Insha Allah.
Fahmi : #lompat2. Jangan tolak pinangan saya. Kalau
tak, saya culik awak nanti.
Q : Culiklah kalau berani.
Fahmi : Betul ni? Saya culik, tak bagi keluar rumah
nanti. #guling2 tepi dia.
Q : Cuba guling jauh sikit.
Fahmi : Tak nak. Nanti kalau guling jauh-jauh,
silap2 boleh jatuh katil.
Q : Pandai baca fikiran orang!
Fahmi : Mrs. Wifey..
Q : Yup?
Fahmi : Dah hampir terkulai dah buku latihan yang
ada tulisan Mrs. Wifey. Bila nak tulis lagi?
Q : Awak bawa sampai ke Sabah?!
Fahmi : Pengubat rindu. #tayang gigi.
Q : Haha.. gilaa..
Fahmi : :’( sampai hatiii. #merajuk sorok muka kat
bantal.
Q : #cuit2 dia.
Fahmi : Apa dia?! #masih tak nak toleh. Hidung,
pipi, telinga dah merah.
Q : Gurau je. Sorry la.. #pujuk2.
Fahmi : Tak nak! #still merajuk.
Q : Maaf. Gurau je tadi. Takpelah.
Goodnite :-*
Fahmi : #melopong. Apa tu ‘:-*’ ??
Q : Apa? #bersiul.
Fahmi : #kekelip mata. Muka merah macam muka Peter
Pan kena kiss dengan Wendy Darling.
Q : Goodnight!
Fahmi : Nak tidur dah? #:’(
Q : Esok kita nak kena bangun awal. Ada
rombongan minang nak datang. Kenalah cantik-cantik. Ye dak?
Fahmi
: #angguk laju2 macam mesin. Hee. :-*
goodnight too.
Senyuman
terukir di bibir Q. Lampu tidur dimatikan. Matanya dipejamkan. Harap-harap
Akira semakin okay. Bip Bip.
Fahmi
: I’m singing Pesan Cinta by Afgan for one and only my Mrs. Wifey,
Merah pipi ini
saat ku lihat dirinya
Mungkinkah ini
yang dinamakan cinta
Malu hati ini
saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini
yang dinamakan cinta
Tapi ku malu
tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong
aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu
bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu
aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku
telah jatuh cinta
Malu hati ini
saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini
yang dinamakan cinta
Tapi ku malu
tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan tolong
aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu
bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu
aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku
telah jatuh cinta
Tolong aku
sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu
bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu
aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku
telah jatuh cinta
Ku telah jatuh
cinta
See how comel I am? Goodnight sleep
tight, dream of me, Cik Cinta. LY.
Q mengukir senyuman di bibir. Rasa
terharunya bertimpa-timpa. Sweet? Gila tak sweet? Mana nak cari lelaki macam ni
lagi oiii sekarang ni? Hm hm?
Dua
minit selepas itu..
Fahmi : Nanti, tiap-tiap malam, saya bacakan ayat
Al-quran kat awak. Mendayu-dayu. Lagi sedap dari menyanyi. Okay? Kita mengaji
sama-sama nanti tau.
Q : J
Air
mata Q meleleh perlahan ke pipi. Buat masa ni, Ya Allah.. satu aje yang aku
minta. Jodohkan aku dengan lelaki ini. Dengan Fahmi Alan Fikrash ini. Aku.. Aku
takkan lepaskan dia macam mana aku lepaskan Harith sesuka hati. Aku takkan
lepaskan Fahmi, dengan itu aku perlukan bantuanMu, Ya Allah.
HANYA dengan sekelip mata, Q sah menjadi tunangan
Fahmi dan ianya diketahui umum. Tiada kenduri atau hantaran hebat seperti
pengantin-pengantin lain. Hanya sebentuk cincin sudah memadai.
Ketika
ubun-ubun Q dicium Puan Rosnah, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sayunya.
Rindunya pada ibubapanya tidak dapat dibendung. Terus sahaja dia memeluk tubuh
wanita separuh abad itu.
“Mak
percaya pada Q. Bahagiakan Fahmi. Lebih tiga tahun dia murung. Beza sungguh dia
yang dulu, dengan dia yang sekarang.” Kata Puan Rosnah. Q mengangguk.
“Mak
faham Q takde mak ayah. Kami ni boleh jadi mak ayah Q dengan adik-adik. Okay?
Pasal kenduri semua, Fahmi dah pesan dengan mak.. suruh kata kat Q jangan
risau. Dia ada plan dia.” Tambah mak.
Iyalah.
Yang datang meminang pun, mak dengan ayah Fahmi aje. Takde pula sampai bawa
rombongan ramai-ramai macam yang orang selalu buat. Bertunang aje pun. Q tak
perlukan majlis grand yang tak menjanjikan apa-apa. Lebih baik suatu majlis
yang sederhana, tetapi menjanjikan kebahagiaan.
“Untunglah
orang tu dah bertunang. Lawa cincin.” Tegur Keyla. Dari mula mak dan ayah Fahmi
pulang, mata Q tak habis-habis menatap cincin belah rotan di jari manisnya.
“Hm.
Kau nak jenguk Kira tak?” tanya Q mengubah topik.
“Esok
aku ada kelas. So lepas aku habis kelas or sebelum aku pergi kelas, aku singgah
kat dia. Takkan kita nak pergi berdua tinggal budak-budak ni kat rumah. Kau nak
jenguk dia, kau pergilah hari ni. Tapi balik awallah. Kejap lagi nak hantar
adik-adik kau balik asrama.”
“Aku
pergi tengok Kira kejap lah. Risau aku dengan dia.”
“Nak
guna kereta aku, kunci kat belakang pintu.”
“Tak.
Aku drive manual.”
“Serius?”
“Haritu
boleh aje bawa. Kena beranilah.”
“Okay.”
Terus
Q naik ke bilik dan menukar pakaiannya. Tudung disarung kemas. Cukup untuk
menutup dada.
“Ni,
aku dah pack barang makan untuk Akira.” Keyla menyerahkan beg kertas kepada Q.
Dalamnya berisi beberapa buah Tupperware.
“Thanks.”
Q beberapa kali membaca doa sebelum menaiki
kenderaan. Takut juga dia untuk bawa manual. Tapi takkan nak mengharapkan
kereta Keyla aje? Sedangkan diri ada kemudahan. Nak tak nak, mesti guna juga!
Bip bip. Bunyi itu menyentak Q.
Fahmi : A very
quick message. Cik Cinta, thanks alot, fiance. I’ll make you happy and happier!
Ada kerja. Need to rush. Will miss you badly. :-* #nanti dah kawen, ABG kiss
forehead k! ;p
Q ketawa. Erh, apa? Abang?! Haha. Baru kini dia
menyedari perbezaan umur antara mereka berdua. Abang pun abanglah. Yang penting
sekarang ni, orang dekat hospital tu.
“KIRA,” panggil Q. Akira tersentak. Lamunannya
terhenti. Bibir yang pucat, mata sembab, kulit pun nampak tak bermaya.
“Macam
zombie dah aku tengok kau ni. Kay ada masak sikit tadi. Aku suap nak?” Q terus
duduk di sisi katil Akira.
“Aku
takde seleralah.” Ucap Akira lemah.
“Mana
boleh macam ni. Kau sayang career kau tak? Jenuh kau belajar sampai nak pecah
otak, lepastu kau nak sia-siakan? Bangun! Makan. Balik hospital. Bukan sebagai
seorang pesakit, tapi sebagai seorang doktor!” Q menarik tubuh Akira supaya
bangun dan duduk.
“Kay
masak apa?” nak tak nak, Akira terpaksa akur.
“Hurmm..
kari ikan. Favourite kau! Aku suap eh?” Q menyediakan segalanya. Sudu, garfu,
pinggan dan sebagainya. Sewaktu jemarinya ingin menyuap makanan ke dalam mulut
Akira, gadis itu terlebih dahulu menolak tangan Q.
“Cincin
baru?” Akira pelik. Bila pula Q beli cincin baru?
“Oh
ni? Kau makan bagi habis, baru aku cerita kat kau.”
“Cerita
sekarang, tak boleh?”
“Tak
boleh. Kau kena dengar cerita ni lepas kau makan. Kalau tak, kau tak boleh
dengar cerita! Faham?” ugut Q.
“Peng-ugut!”
wajah Akira sedikit ceria. Q menghela nafas lega. Akhirnya. Susah betul nak
tengok makcik ni tersenyum.
Sambil-sambil
menyuap Akira, Q sempat bercerita itu dan ini. Apa yang terjadi di rumah dan
segalanya. Termasuk perihal Fahmi!
“Kau
nak kahwin dah?! Habis nanti, kau tak duduk rumah sewa kita lagi la?” Akira
mula masam mencuka.
“Kalau
aku tak duduk dengan kau orang pun, aku still akan ulang-alik kafe, kan? Boleh
aje jumpa. Kau kan memang rajin lepak kafe aku. Macam tak biasa pula.” Q menolak
sikit bahu Akira. Gadis itu ketawa kecil.
“Mesti
nanti aku rindukan kau.”
“Kalau
rindu, call aje. Aku datang!”
“Betul
ni? Kalau macam tu, tiap-tiap hari aku call kau!”
“Ih!
Bila masa aku nak dengan suami aku pula, kalau macam tu?”
“Tadi
dia yang kata... sanggup konon. Aku berani kerat jari laa. Kau takkan berani
tinggal Fahmi. Beza sangatlah waktu kau dengan Harith. Dulu boleh aje kau
tinggal dia supaya dia pergi kat orang lain. Sekarang, aku tengok kau dah
separuh meroyan bila tak dapat mesej Fahmi seharian.”
“Diamlah!”
Q terus menyumbat makanan ke dalam mulut Akira. Makcik ni pantang diberi
peluang untuk bercakap. Mesti kena bash teruk nanti.
Akira
ketawa. Hatinya terasa lega Q akhirnya boleh melupakan Harith. Q juga lebih
bahagia kini dibanding dulu. Tapi keputusan yang Q ambil.. membuatkannya berat
hati untuk melepaskan Q. Baru lagi. Kenal pun tak sangat. Aku yang kenal lama
pun tak lepas nak kahwin lagi. Hm.. kahwin tak lepas.. tapi dapat anak dah
lepas. Akira mengeluh sendirian di dalam hati.
“CIK TUNANG!” suara Fahmi ceria. Seronoknya bukan
kepalang. Q tersenyum. Dah jadi tunangan orang dah kau, Q!
“Ya
encik tunang?” Q hampir ketawa. Tapi seronok juga sebenarnya kalau ikut rentak
di Fahmi ni.
“Hee.
Buat apa?” tanya Fahmi.
“Macam
biasa. Kat kafe. Kenapa?”
“Buat
kek?”
“Dah
nama pun kafe. Takkan nak masak masakan grill pula?”
“Tanya
pun kena marah. By the way.. cik tunang! Apa tu pavlova?” soalan Fahmi yang
tiba-tiba membuatkan Q pelik.
“Kenapa
tiba-tiba tanya?”
“Orang
kata sedap.”
“Orang
kata. Awak pernah makan ke?”
“Itu
la kita tanya dia. Sebab kita tak pernah makanlah, kita tanya.”
“Hmm.
Dia macam kek juga. Tapi pakai banyak whiping cream. Marigue dia pakai telur
putih, gula dengan tepung jagung.”
“Oh.”
Fahmi garu kepala. Tepung jagung tu apa? Tepung yang diperbuat daripada jagung?
Warna kuning? Hah?
“Awak.”
Panggil Q apabila Fahmi mendiam terlalu lama.
“Oh.
Takde apa. Tiba-tiba rindu nak makan kek awaklah, Mrs. Wifey.” Rengek Fahmi. Q
tak mampu nak menyorokkan perasaannya. Senyumannya melebar.
“Eh..
Sarah ada?” soal Fahmi. Okay. Ni lagi satu pelik. Tiba-tiba tanya Sarah ni,
kenapa?
“Mana
ada. Dia kan sekolah. Semalam dah hantar dia balik asrama dengan Naz dan Nada.”
“Laa
ye ke. Dia ada minta saya belikan cenderamata kat dia. Saya tak tahu nak
belikan apa. Tu ingat nak tanya dia.”
“Ish.
Melampau budak tu. Tak payah dilayan sangat dengan si Sarah tu. Merepek aje dia
tu.”
“Adik
awak, adik saya juga. Alang-alang saya kat sini, kan.. awak nak apa-apa tak?”
‘Saya
nak awak balik cepat. Itu aje.’ Kata-kata itu hanya mampu dijeritkan di dalam
hati. Q tersenyum tawar. Kenapa eh? Hati dia kuat sangat untuk mencintai lelaki
yang baru sahaja dia kenal itu. Tak sampai sebulan. Kan?
Jangan
kata ianya mustahil. Kerana ada yang pernah merasainya. Dan perasaan itu sangat
membahagiakan. Mencintai dan merindui seseorang yang baru sahaja kita kenali..
setiap hari rasa nak tahu tentang dia. Perasaan yang boleh membuatkan seseorang
itu meroyan kegilaan. J
TASHA merenung Adam dari jauh. Dalam kepalanya,
terlalu banyak persoalanan. Tak mungkin Adam bapa kepada anak Akira yang
keguguran. Adam bukan jenis yang macam tu. Waktu kat universiti dulu, bukan
main payah lagi orang nak dekati dia.
“Adam.” Panggil Sue. Adam menoleh sekilas.
Matanya kembali menala ke arah buku yang terbentang di hadapannya. Dedaun pokok
yang melindungi kulitnya daripada pancaran cahaya matahari bergerak sedikit
apabila ada angin yang menolak.
“Awak busy ke?” tanya Sue lantas
mengambil tempat di sisi Adam. Lelaki itu langsung tidak memandang Sue.
“Tengah study. Kenapa duduk sini?
Awak bukannya jenis yang reti nak duduk atas rumput kotor macam ni.” Kedengaran
sindiran dari mulut Adam. Sue tidak mengambil kira. Mungkin Adam bergurau.
“Malam ni dinner, jom?” ajak Sue.
“Sorry. Ada study group.” Adam terus
memasukkan buku-bukunya ke dalam beg galas dan berlalu pergi.
“Adam..” Tasha terkejut apabila
terserempak dengan Adam yang terburu-buru.
“Oh, Tash. Hai.” Adam kembali ramah.
Itu sikap Adam. Apabila ada perempuan yang rapat dengannya, dia hanya akan
menganggap perempuan itu sebagai seorang sahabat. Tak lebih. Lain pula bila ada
perempuan yang menyalah ertikan cara layanannya. Terus Adam akan menghindari
perempuan-perempuan jenis itu.
“Nak ke mana?” Tasha merenung anak
mata Adam. Cantiknya!
“Library.”
“Baru lepas lari dari orang ke?”
serkap Tasha. Adam mengangguk. Haha. Bukan kali kena mengorat dengan budak
perempuan!
“Nak saya temankan tak?”pelawa
Tasha.
“It’s okay. Adam ada kelas ni. Jumpa
lagi.” Senyuman Adam mampu mencairkan hati Tasha. Tasha telan air liur.
Tasha mengeluh lemah. Gigi diketap rapat. Macam mana Akira dengan Adam
boleh ada hubungan macam ni? Argh!
Wah rindu mr giyomi /cute. Msg dia memang menyenangkan hati oh fahmiku . Cup cup cup cup cup cup giyomi. Luv u . Untungnye q
ReplyDeleteTak mampu nak tahan air mata dr terus mangalir bila baca pasal Q n Fahmi...
ReplyDeleteKlkr plus sweet.. gelak sampai kluar air mata~~
arghh.. x tahan...
ble nk smbung cete nie,sweet cngat kOt .. xbt nOvel ker ??
ReplyDeletesedih +.+ x dpt bace bab PRMH 13 and seterusnya... knp kah??
ReplyDeleteakak nak tnya ni... ' J ' tu apa? o.O
ReplyDelete