Selesai Subuh bersama, Q terus menuruni anak tangga
dengan laju. Telinganya jelas terdengar bunyi ketang-ketung di dapur. Orang dah
mula buat kerja! Itulah, tidur nyenyak sangat dalam pelukan suami, kan? Mana
nak sedar orang dok bertukang kat dapur!
“Mak!
Sorry, Q tak sedar. Tu yang terlewat sikit bangun. Ada apa-apa yang Q boleh
tolong?” Q menyenteng lengan T-shirtnya.
Puan
Rosnah memandang sisi Q. Fahmi tiada. Q tersengih. “Abang Fahmi sambung tidur.”
Q menghadiahkan barisan giginya buat tayangan khas untuk tontonan mak mertua.
Puan Rosnah menggeleng. Budak ni kan.. dia yang nak kahwin, tapi bukan nak
tolong sekali.
“Kita
sedia breakfast dulu. Ada suku lagi doorgift tak buat. Lepas makan semua, kita
sambung buat, okay?” tanya Puan Rosnah. Q mengangguk.
Hidangan
yang paling mudah sekali untuk disediakan adalah nasi goreng, bihun goreng, mee
goreng dan semua yang goreng-goreng. Kan cepat kerja tu! Hee.
Belum
ramai yang bertandang ke rumah, tapi memang sengaja Puan Rosnah menyediakan
juadah pagi yang banyak. Kalau orang datang nanti, boleh jamu makan. Walaupun
nak kendurinya malam, tapi awal pagi lagi mesti dah kena mula buat kerja.
“Q,
panggil Fahmi turun makan.” Arah Puan Rosnah.
Kaki
Q pantas mendaki anak tangga. Dia melompat dua anak tangga sekaligus untuk
mempercepatkan langkah. Pintu bilik dikuak perlahan. Amboi! Tidur mengalahkan
bayi. Comforter sampai ke kepala dah haa.
“Abang..”
Q memegang hujung kaki Fahmi. Memang itu yang arwah ibu bapa Q pernah ajar.
Kalau nak kejut orang, biar mula dari kaki. Supaya orang tu tak terkejut.
“Emm.”
Fahmi bersuara perlahan. Entah sedar, entah tidak.
“Bangunlah.
Mandi, makan.”
“Emm.”
Jawab Fahmi.
“Bangunlahhh.”
“Em.”
Kini lebih pendek ‘em’nya.
Q menarik
comforter dari kepala. Fahmi masih lena. Q tersenyum. Payah juga nak kejut
suami aku ni rupanya.
“Abang..”
bisik Q pada telinga kiri Fahmi.
“Bangun.
Kalau tak, wedding tak jadi.” Lembut Q menutur kata.
“Tak
jadi pun tak kisah dah.. dah sah..” Fahmi menarik lengan Q segera supaya
isterinya itu turut sama naik ke atas katil.
“Abang!”
jerit Q kecil. Dah bangun rupanya budak ni. Memang sengaja Fahmi nak kenakan Q.
“Kejaplah.
Lima minit aje.” Minta Fahmi. Q di bawa supaya baring menghadap wajahnya.
“Thanks
for the reply.” Mata mereka saling bertatapan.
“Reply?
Reply apa?” Q tak faham.
“Buku
tulis.”
“Oh.
Okay.” Q malu. Ahh. Tiba-tiba jiwang karat pula, kan dalam buku tu. Suasana
senyap seketika. Hanya empat mata asyik berlaga. Entah apa yang ditenung pun
tak tahu.
“Beranikan
tenung mata abang?” suara Fahmi.
“Kenapa?
Mata abang macam X-men ke? Ada laser gitu?”
Fahmi
ketawa. Hailahh hati.. dah dapat cik cinta ni. Gembira tak terkata, kan?
“Mak
suruh panggil, dia pun join sekaki tidur juga?” bebel Puan Rosnah di hadapan
pintu bilik yang terlapang. Q bingkas bangun. Fahmi sempat menggeliat seakan
tidak bersalah.
“Uii
pengantin baru! Turun makan cepat! Kejap lagi orang ramai, dah tak boleh nak
makan. Banyak lagi kerja nak kena buat tu.” Puan Rosnah terus berpaling dan
menuruni anak tangga semula. Suaranya lantang menjerit memanggil yang lain
mengejutkan isi rumah. Habis semua terjaga dek terkejut dengan suara nyaring
itu.
“Kan!
Dah kena bebel. Jomlah turun.” Q bangun dan berdiri di sisi katil.
“Tapi
kita tak mandi lagi.” Fahmi menarik comforter hingga ke paras hidung.
“Kalau
tak mandi lagi, pergilah mandi dulu.” Q menarik lengan Fahmi supaya bangun.
“Temankan?”
“Jangan
nak mengadalah! Nanti kena jerit dengan mak baru tahu! Cepat!” Q sedaya upaya
menarik lengan Fahmi. Muka sang suami monyok gaya budak kecil.
“Jangan
nak buat muka macam tu lah.” Q simpan tawanya.
“Dahlah
takde morning kiss. Kena bebel pula tu.” Rungut Fahmi. Dia mendekati penyidai
baju dan mencapai tuala. Q dari belakang sempat memaut lengan suaminya. Fahmi
berpaling dengan muka sememeh.
Q
mengarahkan Fahmi dengan isyarat tangan supaya merendahkan badan dan
mendekatinya. Fahmi menurut tanpa sebarang soal.
CHUP
di dahi. Fahmi tersengih. “Sini?” Fahmi minta di pipi pula.
“Dah
pergi mandi!!” Q menolak tubuh suaminya masuk ke dalam bilik air. Fahmi
bersandar lemah di pintu bilik air. Pipinya mengena dinding.
“Malaslahhhh.”
Rengek Fahmi.
“Malas
tak malas. Mandi juga.” Q masuk separuh tubuhnya ke dalam bilik air. Pili
shower dipulas.
“Sejuk!”
jerit Fahmi apabila kakinya mengena titisan-titisan air.
“Mandi
ya intan, payung, sayang!” pintu bilik air ditarik Q dari luar. Pintu terkatup
rapat. Baru Q boleh turun ke bawah!
USAI makan pagi bersama seisi keluarga, Q pergi ke
ruang tamu yang dipenuhi dengan barang-barang separuh siap. Dia mengambil
tempat berdekatan dengan sofa supaya dia boleh menyandar.
Tangannya
laju membuat kerja. Menggam kain net dan bunga-bungaan. Melilit dawai supaya
kain net tidak terbuka. Mengepil kadbod kecil yang tertulis ucapan terima
kasih.
Dia
mengambil masa seminit lebih untuk menyiapkan satu bunga telur yang ingin
diberikan kepada tetamu. Tak lama kemudian, Fahmi turut menyertai Q yang duduk
seorang diri membuat kerja.
“Seorang
aje?” tanya Fahmi pelik. Mana yang lain?
“Aah.
Takpe. Sekejap aje ni siap. Tinggal sikit aje lagi.”
“Nak
abang tolong tak?”
“Abang
reti ke?”
Fahmi
menggeleng dan kemudiannya tersengih. “Tapi abang reti kacau!” Fahmi meminta Q
untuk ke depan sedikit. Q tidak mahu, tapi Fahmi mendesak dengan perlakuannya
menolak-nolak tubuh si isteri ke depan. Nak tak nak, Q kena juga berganjak ke
hadapan.
Fahmi
mengambil tempat di belakang Q. Dagunya diletakkan di bahu Q. Lengannya sudah
siap memeluk pinggang Q.
“Macam
mana Q nak buat kerja kalau abang duduk macam ni?” Q mengeluh.
“Ala...
Buat ajelah. Pakai tangan.” Fahmi muncung menunjuk barang-barang yang ada di
hadapan Q. Q menjeling.
“Ada
aje yang dia nak lawan.”
“Ada
mulut, kenalah jawab.”
“Diamlah.”
“Aip!
Tak baik cakap macam tu kat suami. Berdosa tau!”
“Abangku
sayang intan payung, tolong diam. Q tak dapat fokus nak buat kerja.”
Fahmi
ketawa kecil. Dia diam sebentar. Matanya fokus melihat kerja tangan Q. Ohh..
macam tu. Pusing situ. Sini. Lepastu gam. Permerhatiannya dari belakang tubuh Q
menyelesakan. Lagi dagu dapat landing, mana tak selesa?
“Ahhh!” jerit Q kecil. Terus Fahmi mencapai jemari Q
dan menggosok perlahan jari telunjuk gadis itu sebelum dia membawa jari itu ke
bibirnya.
“Tulah. Nak buat kerja cepat aje. Kan dah kena gam.”
Bebel Fahmi. Dia risau. Kena gluegun kot! Mesti panas. Warna merah jari Q lain
daripada jari lain.
“Sakit?” tanya Fahmi. Q menggeleng.
“Sikit aje ni. Dah biasa kena macam ni.” Q menyambung
kerja. Tangan Fahmi tidak lagi memeluk pinggang Q. Tapi, tangan Q menjadi
sasarannya. Apa yang dipegang Q, semua dirampas.
“Biar abang yang buat.” Kata Fahmi. Q menoleh ke kiri
bahunya. Wajah Fahmi yang dekat dengannya diperhatikan. Nampak nyata kesungguh Fahmi membuat kerja dari pandangan
matanya.
“Woi! Belum habis kenduri ah!” jerit Bad yang baru
datang sambil mengunyah buah epal.
“Diamlah.” Kata Fahmi. Q ketawa. Pandai tiru ayat
orang!
“Perlu ke duduk macam tu?” Naz juga baru selesai
urusan di dapur.
“Kau orang ni dengki dengan kita orang kenapa? Kalau nak
macam ni, kau orang kahwinlah.” Fahmi menjeling manja adik-adiknya.
“Ah? Kahwin? Bad dengan Naz? Eh, boleh ke?” Bad tanya
soalan bodoh. Fahmi mengangkat kepala memandang adiknya yang masih berdiri.
Muka Naz nyata terkejut.
“Siapa kata kau kahwin dengan Naz? Abang kata kalau
kau nak macam ni, kau cari la seorang calon isteri. Kahwin cepat-cepat macam
abang ni. Kenapa? Kau ada hati dengan Naz ke?” Fahmi yang tidak tahu apa-apa,
tapi sedap sahaja berkata. Naz telan air liur. Q ketap bibir. Bad tenung abangnya.
“Ada apa yang
Naz boleh tolong?” Naz ubah topik. Dia terus mengambil tempat di hadapan Fahmi
dan Q. Tidak tahu apa yang perlu dibuat, tapi dia tetap menarik kain net dan
bunga-bungaan.
“Takpe. Abang boleh buat.” Fahmi menghargai bantuan
yang cuba dihulurkan Naz.
“Sedapnyaaaa!” Sarah yang baru menampakkan batang
hidung di ruang tamu mengambil perhatian isi ruang tamu. Sama mata tertacap
padanya. Perangai tak senonoh sibuk dok mengusap perut tanda kenyang dengan
sengihan yang tidak dapat ditafsirkan oleh Q.
“Perangai tu elok sikit, Sarah.” Tegur Q.
“Ei. Cakap orang. Kaklong pun tak senonoh. Tengah
laman macam ni pun nak menggedik ke?” Sarah lompat naik ke sofa. Kakinya
disilakan.
“Eh, bukan kaklong okay. Abang Fahmi ni.” Q menolak
tubuh Fahmi hingga membuatkan lelaki itu sedikit ke belakang.
“Eii! Janganlah macam tu. Karang gluegun ni terkena
kaki awak baru tahu.” Mana tak marah?
Dia tengah pegang gluegun kot. Kalau kena kat kakinya sendiri, Fahmi tak
kisah. Tapi dia tak nak terkena pada kaki Q. Siapa tak sayang bini oi?
“Nada mana?” Bad mengambil tempat di sisi Naz. Naz
mula tidak selesa.
“Kak Nada kat dapur. Tolong mak.” Jawab Sarah untuk
soalan yang dikemukan Bad.
“Yang kau orang ni? Kat dapur ada kerja, tak reti nak
tolong ke?” mata Q mencerlung memandang Naz yang dok pintal-pintal kain net.
Aku beli kain net tu mahal tau tak Naz oi! Kau main pintal-pintal pula! Jerit Q
dalam hati.
“Mak yang suruh ke depan, tolong kaklong. Mak kata
ramai-ramai kat dapur nanti sempit.” Naz mengembungkan pipi. Mak? Sememangnya
Puan Rosnah sudah meminta mereka empat beradik untuk memanggil dirinya sebagai
mak. Lebih selesa begitu.
“Bad. Tolong ayah kejap.” Panggil Encik Fakrul.
“Tolong apa, yah?” Baz masih tidak berganjak dari
tempat duduknya.
“Ish budak ni! Ikut ajelah. Banyak soal pula.”
“Bad nak tolong kak Q dengan abang buat barang ni.”
Kata Bad.
“Tak payah nak mengada. Abang boleh buat. Abang tau
kau memang tak capable buat benda macam ni. Karang tak serupa doorgift kau
balut. Pergi sana tolong ayah! Kau ada kat sini pun menyemak aje.” Bebel Fahmi.
Bad mencebik.
“Jom Naz? Tolong Bad sekali.” Ajak Bad. Naz
terpinga-pinga. Eh? Aku pun kena ke?
“Yang kau menggedik nak ajak Naz kenapa? Ayah nak
bagi kerja berat kat kau. Bukan Naz. Dah! Jangan banyak songeh. Cepat!” Encik
Fakrul menggesa. Monyok muka Bad. Konon nak protes. Fahmi ketawa kecil. Padan
muka kau!
“Naz, Bad suka Naz kot. Sampai macam tu sekali ha.”
Dalam tawanya, Fahmi sempat bersuara. Naz mengangkat wajah merenung kakaknya. Q
membalas renungan itu. Sarah tutup mulut menahan ketawanya dari meledak. Abang
Fahmi ni kelakarlah. Orang lain semua dah tahu pasal kak Naz dengan abang Bad.
Abang Fahmi aje yang lambat informasi!
“Naz pergi toilet kejap.” Muka Naz mulai merah. Dia
perlu segera menyembunyikan warna wajahnya. Karang kena bahan lagi.
AKIRA segera menggantungkan kot putihnya. Dia terus
ke bilik air untuk menukar baju. Bedak di touch-up sedikit. Sepatutnya aku ada
dengan kau dari pagi, Q. Maafkan aku. Kau pun faham kerja aku macam mana, kan?
Akira
mencolet sedikit pelembap bibir. Selesai semuanya, dia membetulkan rambutnya
sebelum keluar dari bilik air. Adam yang baru keluar dari bilik air, terkejut
melihat Q sudah menukar bajunya.
“Nak
pergi mana?” tanya Adam.
“Kenduri
Q malam ni.” Jawab Akira.
“Kir
dah habis duty?” Adam menjungkit kening. Akira mengangguk. Panggilan asal telah
kembali. Bukan lagi saya-awak tapi Kir-Adam. Cuma Akira masih lagi
teragak-agak. Kalau Tasha ada, dia akan segera lagi menjauh dari Adam. Kalau
hanya mereka berdua pun, Akira masih kekok. Tidak semanja dulu. Walaupun
dua-dua sudah tahu ada yang istimewa antara mereka berdua.
“Adam
pun dah habis kerja ni. Jom?” Adam mempelawa Akira untuk memaut lengannya. Dahi
Akira berkerut. Dia menjeling dan terus berlalu.
“Kir,
nak ikut juga!” Adam mengekori.
Tasha
dari jauh hanya menjadi pemerhati.
“Fake! Waktu aku ada, kau jauhkan diri dari Adam.
Waktu aku takde, bukan main lagi kau dengan Adam. Kau memang talam la Kira.” Tasha
mengetap bibir. Bencinya meluap-luap.
“I pergi dulu, okay? Ada kenduri kejap lagi. Bye!”
Keyla melambai kepada kawan-kawannya sebelum tubuhnya hilang memboloskan diri
ke dalam perut kereta.
Telefon
bimbit dicapai. Nombor Akira didail.
“Kira!
Aku dah nak on the way. Kau?” tudung Keyla diperbetulkan sedikit.
“Samalah.
Tapi aku bukan seorang.” Jawab Akira. Tubuh lelaki yang menayang barisan gigi
tanda gembira di sebelah dikerling.
“Kau
dengan siapa?”
“Adam.”
“Adam?
Adam?! Serius Adam?!” hampir menjerit Keyla dibuatnya. Akira mengeluh lemah.
Akira sendiri yang menceritakan tentang Adam pada Keyla. Keyla turut sama tahu
sebanyak mana yang Q tahu.
“Iya.”
“Oh
my God! Oh my God!!” Keyla terkejut bercampur gembira. Sekurang-kurangnya Adam
tidak menjauhkan diri bila tahu yang Akira keguguran anaknya. Selalunya kalau
lelaki ni, bila dapat tahu perempuan tu mengandung, terus kerja nak lari aje.
“Yang
kau ni dah kenapa?” Akira pelik dengan keterujaan Keyla.
“Agak-agak
kau, lepas Q selamat.. giliran kau pula kot?” Keyla menjungkit-jungkit kening.
“Tak
payah nak merepeklah. Kau terus pergi rumah Fahmi ke, balik rumah dulu mandi?”
tanya Akira.
“Mandi
rumah Fahmilah. Q suruh cepat-cepat datang. Dia dah cakap kat aku, dia sediakan
semua. Towel, baju, dan seangkatan dengannya. Dia lagi cepatlah. Kita ni yang
tak sempat nak uruskan semua tu sebab busy sangat dengan aktiviti.”
“Okay.”
“Jumpa
kau kat rumah Fahmi! Oh, kirim salam bakal suami kau!” terus talian dimatikan.
Kalau tak dimatikan, ada aje yang nak melawan nanti.
“Bakal
suami? Hello! Hello!!” Akira merengus. Memang tau budak ni. Pantang kalau bagi
peluang nak bahan orang.
“Bakal
suami? Siapa?” Adam mencelah.
“Diamlah.
Jalan aje.” Virus Q sudah mulai berjangkit pada Akira juga. Diamlah.. hmm.
ADAM hanya menghantar Akira hingga ke depan pintu
pagar yang luar terbuka. Akira memandang ke sebelah bila Adam tidak mematikan
enjin kereta.
“Jomlah
turun?” ajak Akira. Adam tersenyum tawar.
“Pergilah.
Adam cuma nak hantarkan Kir aje.”
“Semata?
Laa. Alang-alang dah sampai, jomlah sekali!”
“Takpelah.
Adam tak nak buat benda yang Kir tak suka. Adam tahu, Kir bukannya suka Adam
ikut, kan? Nanti balik dengan Kay kan? Bila nak balik nanti, bagitahu Adam
okay? At least Adam tahu Kir sampai rumah dengan selamat.”
Akira
merenung anak mata Adam. Sejauh mana pun aku lari, aku lari dengan jiwa yang
kosong. Hati aku tertinggal. Ya. Tertinggal pada Adam.
“Jomlah.
Kir nak Adam teman Kir.” Senyuman ikhlas Akira membuatkan Adam terkedu. Dia
tersenyum akhirnya.
“Thanks.
Tapi Adam tak mandi lagi. Takkan nak pergi kenduri orang dengan baju macam ni?”
“Em..
Adam balik rumah dulu, lepas tu datang balik.. boleh? Menyusahkan tak?” Akira
serba salah. Pertanyaan Akira membuatkan hati Adam berbunga-bunga. Kalau rumah
Adam kat utara, Kir nak suruh ulang-alik pun Adam sanggup!
“Okay!”
ceria wajah Adam.
“Nanti
call Kir bila dah sampai rumah.” Pesan Akira. Adam mengangguk tanda faham.
Pintu
kereta dikatup rapat. Jantung Akira berdebar laju. Baru dia mahu menapak ke
dalam rumah, Adam menurunkan tingkap kereta.
“Kir!”
laungan Adam mengejutkan Akira. Dia berpaling. “Kenapa?”
“Tema
warna apa?”
“Baby
pink dengan baby blue.”
“Kir
pakai baju warna..?”
“Baby
pink.”
“Alright.”
“Kenapa?”
“Tanya
aje. Bye!” Akira pelik. Tingkap kereta dinaikkan semula. Akira menghantar
pemergian Adam dengan ekor matanya.
FAHMI mencari-cari kelibat Q. Mana pergi pula isteri
aku ni. Merata dah cari, tak jumpa-jumpa! Dari ruangan di atas, hingga ke
bawah! Kelibat Q tetap tiada.
Di
dapur...
“Mak,
nampak Q tak?”
“Tak?”
Di
ruang tamu...
“Sarah,
Naz.. nampak kaklong tak?”
“Tak.”
Keduanya menggeleng kepala.
Di
ruang laman hadapan rumah...
“Bad,
kak Q mana?”
“Mana
Bad tahu.”
“Ayah!
Nampak Q tak?”
“Takde
pun.”
Di
laman belakang...
“Makngah!
Nampak Q tak?”
“Tak
nampak pun.”
Fahmi
menggaru kepala. Mana dia ni? Fahmi kemudiannya memberanikan diri menolak daun
pintu bilik Naz, Nada dan Sarah di bawah.
“La
kat sini rupanya! Puas abang cari dalam rumah, sampai ke luar rumah tau.” Fahmi
mula melangkah masuk ke dalam bilik.
“Eh!
Jangan masuk!” Q lantas bangun dari duduknya di birai katil. Dia terus menerpa
Fahmi dan bawa lelaki itu keluar. Keyla menghela nafas lega. Rambut yang jatuh
di dahi ditiup supaya ke tepi. Tangannya masih memegang bucu kain batik di
dada. Menyorok belakang pintu.. macam zaman budak kecil!
“Kenapa?”
tanya Fahmi.
“Kira
dengan Keyla nak tukar bajulah. Kira tengah mandi, Kay dok pakai baju. Abang
ni.. main masuk aje bilik anak dara.”
“Manalah
kita nak tahu.” Fahmi buat muka tak bersalah.
“Hmm.
Kenapa cari Q?”
“Takde
apa. Rindu. Hee.” Jawapan Fahmi membuatkan Q rasa nak cekik-cekik lelaki itu.
“Banyak
lagi kerja nak kena buat. Pergi sana!”
“Ala..
jomlah kita buat kerja sama-sama.”
“Q
ada kerja lainlah...”
“Abang
tolong Q buat kerjalah! Eh?” mata Fahmi penuh mengharap.
“Mana
boleh. Kerja Q, nak settlekan dua orang budak dalam bilik ni.”
“Ala,
abang pun perempuan. Biarlah abang join!”
“Suka
hati aje tau dia ni! Sedar diri awak tu lelaki, okay?” Q menolak sedikit tubuh
Fahmi dan tangannya membuka sedikit pintu bilik.
“Nak
ikut masuk!” Fahmi mengekori.
“Abang!”
Q mencerlung pandangan pada Fahmi. Fahmi memuncung. Q mengeluh lemah. Dia
mendekati Fahmi dan mengucup pipi si suami.
“Haa..
macam ni baru abang boleh pergi buat kerja kat tempat lain. Hee. Bye sayang!”
Baru kini Fahmi nak mengangkat kaki beredar. Q ketawa kecil. Siapa punya suami
ni?
Oh my ! Melting ooooooh ! >///<
ReplyDeletecair secair cairnyaa..
sweeeeeet sgat sgat sgat sgat 1000x dah.
Glad for perkembgan adam n kira.
Ufufufu ^_^
Oh GOSH Fahmii !
Come to my dream tonight, pleaseee??
^_<) ekekeke
knp sy x blh bkk PRMH 13 n seterusnya ?? sedih nyer +.+ nk baca...
ReplyDeleteKak Ain novel PRMH nie nanti akan ade dekat pasaran tak?Hurm Hurm
ReplyDeleteCik Cumilll...hantarlah manuskrip cepat2...best ni..nak buat koleksi cik cumill punyee karya..
ReplyDeleteBEST....NAK LG.
ReplyDeleteina : eheks. :)
ReplyDeleteanonymous : tk boleh bukak eh? er er,, ain bukak okay je. hiks.
nana : haaa, itu tak tahu. hiks. kalau boleh akk nk bukukan. lalala.
sweety : memang ain nak hantar cepat2 :) nak carik org yang terima je. lalala.
baby mio : thanks a lot darl .
alahaiii .. sy sorg je kah x blh bukak nih ? +.+
ReplyDeletearghh... tak tahan...
ReplyDeleteFahmi comel sangat la..
suka sngat cter ni...
LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
Wah!!!!!!!!!!!!! Ain!!!!!!! Eh silap fahmi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahaha sweet manja gitu i like. M2m mana sweet dia punya sms mcm tula perangai dia adanya . Love you fahmi
ReplyDeletesweetnyer fahmi n Q.. tersenyum sorg2 bc kish ni. ain jgn lambat sgt nyer n3..
ReplyDeleteDear , you know what , saya eksaiiiteddd gilaaa nak tahuu pasal Akira dengan Adam ;) What happen sebenarnya.
ReplyDeletenapa cite sampai part15 jer...oh Gosh !!!
ReplyDeleteaiyo...link 17 xley ekhh???:(
ReplyDelete👌👍truskan usaha😉chaiyokkk
ReplyDelete