Keyla menjeling tajam ke arah lelaki yang berpeluk
tubuh di hadapannya. Dia tidak dapat menahan debaran jantung yang kian laju
berdegup. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia ketika itu.
“Aku
just perlukan duit bapa kau.” Kata Hadi.
“Kau
nak duit dengan bapa aku, kau minta la dengan bapa aku! Kenapa nak babitkan
aku?” Keyla geram. Dahlah aku tak bertudung ni!
“Kau
ingat kalau aku senang-senang minta kat bapa kau, bapa kau akan kasi? C’mon la.
Fikir guna otak.”
“Kau
suruh aku fikir guna otak. Tapi kau sendiri tak fikir guna otak.” Sinis
kedengaran bicara Keyla. Kedua belah tangannya sedang memegang mangkuk berisi
sup segera.
“Maksud
kau?”
Terus
sahaja Keyla membaling mangkuk berisi sup itu tepat mengena dada Hadi dan dia
cuba melarikan diri. Ini kesilapan terbesar kau! Kenapa kau tak ikat aku,
bodoh?!
Hadi
langsung tak takut apabila Keyla cuba melarikan diri. Pintu semua berkunci dari
dalam menggunakan mangga. Dan hanya Hadi mempunyai kunci mangga tersebut. Tiada
sedikit ruang pun yang membolehkan Keyla memboloskan diri.
“Nak
lari?” Keyla terkejut apabila Hadi sudah berada di belakang tubuhnya. Keyla
cuba bertenang.
“Kau
nakkan duit, tapi tak reti nak usaha?” Keyla cuba berkomunikasi dengan lelaki
tegap yang berada di hadapannya. Mungkin dengan cara ini, dia akan dapat
informasi yang berguna.
“Aku
tengah berusahalah ni.”
“Usaha..
huh. Usaha untuk masukkan diri kau dalam penjara?”
“Kau
tak tahu apa-apa. Jangan cuba nak judge aku.”
“Oh.
Kau ingat aku tengah judge kau ke? Sorry, my bad.”
“Buatlah
rumah ni macam rumah kau.” Hadi malas nak bertekak lagi. Tak guna bertekak
kalau tak keluar emas dari lubuk tekak. Baik pergi minta duit tebusan.
Sebaik
Hadi berpaling, Keyla mengambil tindakan berani dengan menyerang belakang tubuh
lelaki itu. Mereka berdua bergelut. Keyla cuba mencapai kunci mangga, tapi
tidak berjaya. Pergelutan mereka membuatkan topeng yang dipakai Hadi terbuka.
Jantung Keyla berhenti berdegup.
“Hadi?”
Keyla tidak percaya. Hadi cuba mengawal nafasnya sudah tercungap-cungap.
SELESAI membasahkan diri, Q keluar dari bilik air.
Suasana bilik lengang. Fahmi tiada. Mungkin sudah turun ke bawah. Terus sahaja Q
mendekati almari baju dan pintu almari dibuka.
Wajah
Q terkejut sebelum tersenyum. Ada sticky note di palang almari.
Goodmorning
sweetheart :-*
Nota
itu diambil. Okay, ini sweet. Terus Q mencapai baju yang telah digantung untuk
dipakai. Selesai semuanya, Q ke tempat penyidai baju untuk menggantung tuala
yang basah. Turut sama ada sticky notes.
Abang dah
gantung tuala elok-elok. Pandai,kan abang?
Q ketawa. Dia kemudiannya ke meja solek untuk menyapu toner. Fahmi
sudah maklum yang Q akan menggunakan toner setiap kali lepas keluar dari bilik
air. Sebelum itu dia sedar ada sticky notes di cermin meja solek.
Jangan baca
yang ni lagi. Tengok kat toner dulu, lepastu baru tarik notes ni. #kekelip mata
Q
menggeleng. Ya. Dia perasan, sticky notes itu ada dua yang dilekatkan depan
belakang. Q mencapai tonernya. Botol toner juga bertampal nota ringkas.
Cantik-cantik
tau! #kiss forehead dia.
Q
ketawa kecil. Comelnya! Kemudiannya, Q menarik nota yang dilekatkan di cermin
tadi. Ada nota lagi di belakang.
Isteri abang
yang comel, #tapi abang lagi comel, abang tunggu kat bawah tau :-*
SAYANGGGGGG Q!
Q
tersenyum merenung dirinya di dalam cermin. Tak salah aku buat keputusan untuk
menikahi lelaki ini, kan? Alhamdulillah.
Nota-nota itu diambil dan di simpan di dalam laci
meja solek. Dia pasti, akan ada lebih banyak nota nanti. Dia perlu cari kotak!
Q
melangkah keluar pintu apabila siap semuanya. Tudung yang sudah disterika
disarung terus. Beg tangan dicapai.
“Yeay!
Isteri kita dah siap!” jerit Fahmi keanak-anakan. Hari Isnin, rumah lengang.
Fahrol sudah balik ke rumahnya. Dia tidak dapat bercuti lama kerana kerja yang
semakin menggunung. Awal pagi lagi, Encik Fakrul sudah menghantar Bad, Naz,
Nada dan Sarah ke sekolah. Lewat sikit mereka masuk sekolah hari ini. Sudah
dimaklumkan pada guru mereka. Itu pun bukan main lagi drama awal pagi.
“Mengantuklah! Dah la semalam kena kerja,
hari ni kena pergi sekolah pula.” Rungut Bad yang sudah kemas berbaju sekolah.
Beg pakaiannya juga sudah siap.
“Sarah pun mengantuk.” Sarah
terduduk lesu di sofa. Dia kemudiannya mengambil peluang untuk berbaring.
Nada dan Naz yang baru keluar dari
bilik tersenyum melihat Bad dan Sarah.
“Jangan banyak songeh lah. Orang
lain pun buat kerja juga.” Tegur Naz.
“Naz, hari ni kita ponteng sekolah
tak boleh ke? Esok kita baliklah asrama.” Pinta Bad.
“Apa yang esok-esok ni?” Encik
Fakrul sudah siap berkemeja untuk menghantar anak-anaknya.
“Yah, tak boleh ke ponteng sehari?
Penatlah. Badan Bad tak boleh nak gerak dah ni. Semalam Bad banyak angkat benda
berat tau.” Adu Bad.
“Mengada. Orang lain pun ada buat
kerja juga. Sekolah tetap kena pergi. Ni pun dah lambat. Cepat! Semua masuk
kereta.” Arah Encik Fakrul.
“Ayah, boleh tak Sarah tinggal
rumah? Esok Sarah balik sendiri ke asrama.” Minta Sarah. Kening Puan Rosnah
yang sedang mngemas meja makan terjungkit.
“Sarah nak balik asrama naik apa?”
tanya Puan Rosnah.
“Naik bas boleh, naik teksi boleh..
jalan kaki pun boleh.” Jawapan Sarah membuatkan isi rumah ketawa
terbahak-bahak.
“Sarah, pergi sekolah ye? Minggu ni
mak janji mak ambil Sarah. Okay?” janji Puan Rosnah.
“Eh mak, minggu ni kita orang tak
boleh keluar. Dia dua minggu sekali baru boleh keluar.” Kata Nada.
“Takpelah. Mak nak ambil Sarah! Kak
Nada dengan Kak Naz tinggallah kat asrama.”
“Mak ambil Bad juga eh?” Bad
mencelah.
“Mak ambil semualah nanti. Pandailah
mak bagi alasan nanti. Okay?” Puan Rosnah memegang kedua pipi Sarah dan mencium dahi gadis kecil itu. Sarah
ketawa kegelian.
“Mak!” jerit Bad. Dahi sudah
berkerut.
“Kenapa?” toleh Puan Rosnah melihat
anak terunanya yang sedang duduk bersila di atas sofa.
“Bad pun nak juga.”rengek Bad manja.
Terus Puan Rosnah mendekati Bad. Bad menyua dahi. Mata ditutup. Sudah
sengih-sengih dia dibuatnya. Terus satu tepekan mengena dahi Bad.
“Auuu! Sakitlah mak!” Bad memegang
dahi.
“Jangan nak mengada sangat.” Kata
Puan Rosnah.
“Ohh. Sarah boleh, Bad tak boleh?
Macam ni kan.. dah ada anak baru, anak lama dia lupakan. Sudahlah mak. Biar Bad
bawa diri aje.” Rajuk Bad. Sekali lagi ruang tamu dipenuhi tawa. Bad anak
manja! Naz merenung Bad. Ya, aku suka kat kau. Tapi ada hikmahnya kenapa kita
putus, Bad. Begini lebih baik. Senyum Naz.
LELAKI yang dipuja Keyla waktu diam, kini menjadi
penculiknya?! Kenapa? Kenapa Hadi berubaha sebegini sekali. Hadi yang sedang
duduk di kerusi usang sambil menongkat kepala di meja buruk diperhatikan.
Kemudiannya,
Keyla mendekati. Langkahnya berhati-hati. Dengan tidak berkasut, dia rela jika
kakinya terpijak apa-apa.
“Macam
mana awak boleh buat kerja macam ni, Hadi?” Keyla bersuara. Hadi melangut
apabila terdengar suara Keyla. Ya. Mereka saling mengenali. Mereka pernah
berjumpa beberapa kali bila ada majlis yang abahnya, Tengku Sabri paksa untuk
hadir.
“Kau
tak tahu apa-apa, jangan masuk campur. Aku cuma perlukan duit bapa kau.” Balas
Hadi keras.
“Dengan
menculik saya, awak rasa awak akan terlepas?” raut wajah Hadi ditenung. Eiii!
Hensem sangat dia ni ha.
“Kau
boleh diam tak?” Hadi menjeling. Fikirannya kusut.
Keyla
menjeling sambil muncung bibir. Tak nak dengar arahan lelaki itu. Dia tahu hati
lelaki itu macam mana.
“Saya
rasa awak tak perlu culik saya pun. Saya rela tinggal dengan awak kat rumah
ni.” Sengihan Keyla menyentak Hadi. Budak ni tak takut, malahan nampak begitu
teruja.
Buat
apa aku nak takut? Aku tahu sangat, lelaki takkan apa-apakan aku. Dia punyai
hati yang baik. Mungkin dia terdesak. Tambahan, aku memang suka dia. Sangat
suka! Tengah tunggu ayah nak kenenkan aku dengan anak Encik Kamarul ni aje.
Tapi harammmm! Nama Encik Kamarul langsung tak disebut hingga ke hari ini.
Tapi
kenapa ya? Keluarga Hadi kan memang keluarga tersohor. Kenapa dia kena buat
kerja macam ni untuk dapatkan duit? Rasanya duit dia tu, berpuluh keturunan pun
tak habis. Sama aje standard dengan abah aku. Keyla pelik.
Hadi
bangun dan membuka mangga dari dalam. Sebelum dia keluar, “Kau nak menjerit
dalam rumah ni pun tak guna. Kita kat kawasan yang orang takkan lalu. So jangan
buang tenaga kau.” Dingin kata-kata Hadi. Keyla langsung tidak membantah.
Malahan dia menghadiahkan senyuman pada lelaki itu. Hadi bertambah-tambah aneh.
Pintu
dikunci dan dimangga dari luar pula. Keyla mencekak pinggang. Rumah kayu macam
ni, kalau dibersihkan, mesti selesa nak duduk! Keyla melipat lengan baju. Dia
ada tugasan yang perlu dilakukan.
ADAM dan Akira bersama-sama membelah dada Puan Asnah.
Skrin komputer menjelaskan lagi pandangan Adam. Tiba-tiba Adam berhenti
melakukan kerjanya. Akira yang sedang menunduk terus mendongak.
“Kenapa?”
tanya Akira.
Adam
merenung Akira. Fikirannya buntu.
“ABAH..” Hadi mendekati abah yang sedang menemani
ibunya. Pembedahan telah selesai? Hasanah hanya dari tadi asyik menangis tak
henti.
“Ibu
dah selesai operation ke?” tanya Hadi.
“Encik.”
Akira dan Adam mendekati Hadi. Hadi berpaling.
“Kami
tak boleh nak buat apa-apa. Kami terpaksa tutup balik. Kanser dah merebak ke
seluruh jantung. Tiada apa yang kami boleh lakukan lagi. Kami dah cuba yang
sebaiknya.” Akira berkata dalam nada sebak.
“Apa?
Tak mungkin secepat tu kanser tu merebak. Ibu baru sakit kot!” Hadi meninggikan
suara.
“Mungkin
ibu encik dah lama tahu tentang ini.” Adam merenung mata Hadi. Hadi menggeleng.
“So?
Apa kemungkinan yang ibu kena hadapi?” mata Hadi sudah merah. Akira cuba
menahan air mata dari menitis. Dia tak mampu untuk bersuara.
“Kami
dah cuba yang sebaiknya.” Adam menepuk bahu Hadi bagi menenangkan lelaki itu.
Hadi dia sebentar.
“Kau
orang cancel pembedahan tu bukan sebab kanser tu dah merebak, tapi sebab kau
orang tak yakin yang kita orang boleh bayar kos pembiayaan, kan?” tuduhan Hadi
tidak berasas.
“Bukan
macam tu encik. Kami dah cuba yang sebaik mungkin..” Akira geram.
“Aku
boleh bagi duit kat kau lah!” tempik Hadi kuat.
“Hadi..
Hadi..” Encik Kamarul cuba menenangkan Hadi.
“Doktor
macam dia orang ni memang macam ni, Bah. Dia orang mana fikir nyawa orang. Tapi
lebihkan duit!” terus-terusan Hadi membuat tuduhan.
“Encik,
kamu tahu encik masih belum boleh terima apa yang sedang berlaku. Tapi kami
selaku doktor ada prinsip sendiri. Pesakit kami, tanggungjawab kami. Kami
takkan pernah sia-siakan satu nyawa sekalipun.” Adam bersuara lantang. Tidak
tinggi nadanya. Tapi tegas!
“Duit
tak mampu untuk beli nyawa, encik.” Sambung Akira.
“Shit!”
Hadi terus keluar dari wad ibunya. Dia tidak sedar bahawa ibunya sudah
mendengar kesemuanya.
Hadi,
anak ibu.. Puan Asnah sebak.
KEYLA yang baru sudah mengemas semak di dalam rumah,
duduk bersila di atas lantai. Perutnya berbunyi tanda lapar. Pada saat ini, dia
tidak risau akan dirinya. Tapi dia risaukan Hadi. Dia betul-betul kenal lelaki
itu. Daripada cara abahnya bercerita tentang keluarga Encik Kamarul, dia tahu
Hadi seorang yang bertanggungjawab. Lagipun lelaki itu anak sulung.
Tapi
kenapa benda macam ni berubah, dia sendiri tidak tahu. Sudah lama juga dia
tidak pulang ke rumah dek terlalu sibuk. Hanya sempat telefon sebentar abah dan
uminya.
Keyla
mengeluh kecil. Dah la ada thesis yang nak kena buat ni. Boleh pula kena culik
waktu-waktu macam ni. Dengan orang yang aku kenal pula tu! Tapi seronok juga.
Sengihan Keyla melebar. Kerana Hadi, Keyla belum mahu ada komitmen dengan
mana-mana lelaki.
Yelah,
kot abah nak satukan aku dengan anak jutawan tu, si Hadi. Memang idak la aku nak tolak! Hensem kot.
Berapa ramai eh makwe dia sebelum ni? Ke sekarang ni pun dia masih ada makwe?
Aku ada chance tak?
Oh
Keyla... kau jatuh cinta dengan penculik sendiri! Berangan Keyla sudah lepas
langit ke tujuh. Bunyi mangga berlaga dengan besi mengejutkan Keyla, sekaligus
menghapuskan angan-angan mat jeninnya.
Hadi
masuk ke dalam rumah usang itu sambil membawa plastik makanan. Terus makanan
itu disua kepada Keyla tanpa sebarang bunyi. Keyla menghulur tangan menyambut.
Namun dia mengesan sesuatu. Mata lelaki itu merah kelilingnya.
“Hey,
kenapa ni?” Keyla mencapai bungkusan makanan itu dan bangun mendekati Hadi.
Wajahnya dirapatkan pada wajah Hadi. Ditenung dalam mata lelaki itu. Terus Hadi
mengalih pandangan ke tempat lain.
“Makan
ajelah.” Hadi terus masuk ke bilik. Dia agak terkejut apabila sedar yang rumah
itu bersih dari dedaun kering dan sampah sarap. Hadi terus duduk di lantai dan
memeluk kedua kakinya. Dia sebenarnya masih teragak-agak untuk meminta wang
tebusan dari Tengku Sabri.
Tak
mungkin dia akan terlepas dengan mudahnya jika dia lakukan itu. Tambahan,
hubungan keluarganya dengan Tengku Sabri begitu baik sebelum ini.
Hadi
menunduk dan menyorokkan mukanya di celahan kakinya. Air matanya menitis. Keyla
turut masuk ke dalam bilik. Dia kemudiannya mengambil tempat di sisi Hadi.
Bungkusan makanan dibuka.
“Emm.
Sedapnya bau. Terima kasih belanja saya makan. Awak dah makan?” Keyla menoleh
ke kirinya. Hadi masih tidak mendongakkan kepala. Keyla menghela nafas lemah.
Sudu plastik yang ada sekali di cedok ke dalam timbunan nasi lantas disuap ke
dalam mulut.
“Em!
Sedapnya! Awak nak?”
“Makan
senyap-senyap.” Walaupun Hadi tidak mendongak kepala, namun suara lelaki itu
cukup membuatkan Keyla fahami lelaki itu. Ya. Dia sedang menangis.
Bahu
Keyla menolak bahu Hadi sedikit. Hadi masih kaku begitu. Ditolaknya lagi
sekali. Tetap sama. Kali ketiga lebih kuat, hingga membuatkan Hadi terjatuh ke
tepi. Keyla menahan tawa.
“Kau
kenapa?!” jerit Hadi pada Keyla. Namun gadis itu tetap tersenyum.
“Tengok
tu. Orang tu menangis.” Usik Keyla. Terus Hadi mengalih pandangan ke tempat
lain.
“Boleh
tak kau makan senyap-senyap? Jangan kacau aku.” Hadi bangun dan ke ruang tamu.
Keyla tidak mengalah dan mengekori lelaki itu.
“Jomlah
makan sekali.” Ajak Keyla.
“Aku
dah makanlah.”
“Dah
makan tapi muka masih pucat?” Keyla merenung belakang tubuh Hadi. Hadi
merengus.
“Meh
la sini, makan sekali. Saya tak makan banyak. Tak boleh habis semua ni.” Keyla
masih berusaha memujuk.
Hadi
menoleh. Bekas makanan itu ditenung. Dia lapar. Tapi dia hanya tidak mahu tunjuk
kepada gadis muka tak bersalah depannya itu.
Kakinya
melangkah mendekati Keyla. Keyla tersenyum. Mereka kemudiannya duduk bersandar
di dinding rumah. Keyla tiba-tiba menyua sesudu nasi untuk disuap kepada Hadi.
Hadi terpinga-pinga.
“Kau
tak takut ke kena culik dengan aku?” tanya Hadi tiba-tiba.
“Tak.
Sebab orang sebaik awak mesti ada sebab kalau buat kerja macam ni.” Ujar Keyla.
Hadi
terdiam. Keyla menyua sekali lagi sudu berisi nasi itu. Baru kali ini Hadi
membuka mulut dan membiarkan sudu itu masuk ke dalam mulutnya.
“Sedap
kan?” Keyla tidak mahu Hadi berasa kekok. Hadi mengangguk. Baru kali ni
bibirnya tersenyum sedikit. Senyuman itu hanya sementara. Bila teringatkan
ibunya, senyumannya mati. Air mata bertakung.
“Hey.
Kenapa ni?” Keyla yang mula menyedari tubir mata Hadi bergenang, terus
meletakkan polisterin itu ke bawah.
“Awak
boleh share dengan saya. Saya janji, sumpah wallah! Takkan bagitahu sesiapa.”
Keyla mengangkat tangan gaya bersumpah. Air mata Hadi terus menitis.
Kepala
lelaki itu terus jatuh ke bahu kanan Keyla apabila gadis itu duduk berhadapan
dengannya. Keyla terkejut. Tapi dia pun tidak mahu menolak kepala lelaki itu
jauh darinya. Iyalah! Orang tengah sedih, kita spoil mood pula.
“Ibu
sakit.” Kata Hadi. Keyla diam.
“Doktor
dah tak boleh nak buat apa-apa.” Sambung Hadi. Keyla terasa bajunya basah.
“Tapi
Hadi tau, dia orang boleh buat. Cuma sebab Hadi takde duit aje. Dia orang tak
nak buat.” Hilang aku-kau. Hadik cuma terlalu sebak.
“Dalam
hidup ni kan.. ada benda yang kita boleh ubah. Ada benda yang kita tak boleh
ubah. Contohnya soal hidup dan mati. Hanya Allah yang berkuasa. Kalau Dia tak
nak benda tu terjadi, ianya takkan terjadi. Life’s full with miracle. You just
have to believe. Percaya dengan kuasa Allah.” Keyla cuba beri kata-kata
semangat.
Hadi
mengangkat wajah. Matanya merah. Bukan takat mata, hidung, telinga, dan
pipinya! Bertambah comel ni. Aigoo aigoo!
“Awak
tak marah saya ke? Saya cuba culik awak in order untuk dapat duit dari bapa
awak. Lelaki yang sebelum ni baik dengan abah saya. Tapi saya cuba peras ugut
dia. Awak.. tak marah ke?” soal Hadi.
“Manusia
ada kelemahan. Sampai satu tahap, dia capai satu limit yang buatkan dia tak
boleh nak berfikir secara rasional. Alah, macam kita kena tweet limit lah! Tak
boleh nak buat apa dah. Kena tunggu cool down dulu baru boleh tweet balik, kan?
Macam tu juga manusia. Saya faham, awak buat semua ni sebab terdesak. Tapi saya
tak faham satu benda.. keluarga awak dari golongan ternama.. kenapa awak
perlukan duit abah?”
Hadi
ketawa. “ Awak memang sengaja nak malukan saya ke? Takkan awak tak tahu? Satu
Malaysia dah tahu pasal keluarga saya.” Sinis kedengaran suara Hadi.
“Kalau
saya tahu, saya takkan tanya awaklah.” Keyla buat muka. Hadi merenung mata itu.
Dia betul-betul tak tahu ke?
“Dah
berapa bulan keluarga saya bankrap. Abah terlalu percayakan orang. Dia lepaskan
semuanya pada orang yang salah.”
“Maksud
awak?”
“Ada
orang yang abah percayakan dah belot dengan abah. Sekarang, kami takde apa.
Yang tinggal, hanya hutang. Nak bayar sewa rumah pun tak mampu.” Air mata Hadi
kembali bergenang.
“Tambahan
pula, ibu semakin tenat. Semalam baru bawa ibu ke hospital. Ingatkan boleh buat
operation. Tapi doktor kata kanser ibu dah merebak ke seluruh jantung. Mereka
tak boleh buat apa-apa. Cara dia orang cakap macam suruh tunggu ibu mati macam
tu aje!” keras suara Hadi. Air mata menitik ke lantai. Keyla menggengam jari.
“Setiap
masalah pasti akan ada penyelesaian. Sama macam waktu kita belajar. Waktu kita
nak hadapi exam, kita rasa macam kita tak boleh. Kita rasa macam kita
keseorangan nak jawab exam tu. Tapi percayalah, setiap apa yang kita buat, kita
menangis, kita sedih, kita susah, semua tu akan berbalas kalau kita berusaha.
Kita tension macam mana pun belajar, sakit otak, sakit
belakang, rasa nak muntah, rasa kesedihan yang teramat, penyesalan ambil kos tu
yang bertimpa-timpa.. but as long as kita kuat untuk terus belajar, kita akan
berjaya.
Sama macam masalah awak, Hadi. Awak kena berusaha dan
terus kuat. Awak masih ada tanggungjawab. Jangan ambil jalan singkat. Sebab
setiap jalan singkat itu, kita tak tahu penghujungnya macam mana. Kita tak
nampak kesannya. Mana nak tahu, ada roadblock ke, bangunan runtuh ke, apa ke.
Saya boleh tolong awak kalau awak perlukan pertolongan saya.” Keyla mencari
anak mata Hadi yang sudah ditenggelami air mata.
“Macam mana awak nak tolong saya, Kay? Macam mana?
Masalah saya terlalu besar. Terlalu berat!”
“Sebesar mana pun masalah, pasti ada penyelesaian.
Setiap penyakit ada penawar. Manusia cuma perlu cari. Kena berusaha. Okay?”
Keyla menghadiahkan senyuman buat Hadi.
Hadi merenung lama ke dalam mata Keyla. Dia
kemudiannya mengelap air matanya.
“Jangan ingat kau boleh psiko aku supaya lepaskan
kau!” Hadi bangun dan terus keluar dari rumah usang itu. Keyla mengeluh. Aku
cuba tolong kau!
FAHMI dan Q kini sampai di Pulau Sipadan. Pulau
tercantik di Malaysia. Suasananya yang indah membuatkan Fahmi memilih tempat
ini sebagai tempat percutian mereka setelah penat bekerja mencuci pinggan
mangkuk tengah malam semalam. Hee.
“Baru
balik Sabah, dah datang Sabah balik.” Ujar Q.
“Siapa?”
“Abanglah.”
“Biarlah.
Ni pulau tercantik tau!” Fahmi meletakkan lengannya di bahu Q. Fahmi memakai
cermin mata. Q mencebik. Style lah tu?
“Tak
panas pun nak kena pakai cermin mata hitam ke?” sindir Q.
“Daripada
orang tu, mula-mula kita jumpa dia kan... dia pakai cermin mata dalam shopping
complex! Tengah malam pula tu! Oh lupa, dia pakai sebab mata dia bengkak macam
bola pingpong.” Ejek Fahmi.
“Diamlah!” Jari Q pantas sahaja mencubit pinggang
Fahmi. Tergelak-gelak Fahmi dibuatnya. Oh, dia geli di pinggang. Satu
kelemahannya.
Kaki mereka pantas masuk ke dalam teksi untuk terus
ke resort.
“Q angkatlah beg tu, abang letihlah.” Fahmi terus
masuk ke dalam lobi meninggalkan Q dengan pakcik teksi yang membantunya
mengeluarkan beg dari teksi. What?!
“Abang!” Q geram. Fahmi ketawa terkekek. Dia kembali
mendekati isterinya. “Guraulah, gurau.” Fahmi menarik beg roda miliknya dan Q.
“Gurau ye?” setelah bonet teksi ditutup, pemandu itu
tersenyum melihat Fahmi ditampar banyak
kali di lengan. Geram Q dibuatnya.
“Tangan macam sotong. Laju gila pukul orang.
Sakitlah.” Dalam mengaduh sakit, sempat dia mengutuk tangan Q?!
“Sotong?! Abangg!” Q bertambah geram. Fahmi hanya
ketawa.
“Ni, tolonglah tarik satu. Tangan abang nak kena
pegang benda lain lagi ni.” Fahmi kemudiannya menghulur sebuah beg tarik pada
Q.
“Abang nak kena pegang apa lagi? Bukan ada benda lain
lagi yang kita bawa.” Q menoleh ke kiri dan kanan. Mana ada barang lain.
“Peganglah kejap.” Fahmi memaksa Q untuk pegang beg
roda itu. Q tidak mahu berbalah dan terus memegang beg itu.
“Benda ni yang abang nak kena pegang!” tangan kiri Q
digenggam. Q tersengih. Dia menggigit bibir bawah. Pipinya merah.
“Dah tidur dua malam dengan abang pun, still nak
merah pipi bila abang pegang tangan?” usik Fahmi.
“Diamlah.” Q malu. Fahmi senyum. Seronok sebenarnya
dapat mengusik orang ni.
“Hee. Jomlah masuk.” Fahmi menarik tangan Q untuk
turut sama masuk ke dalam resort itu. Q mengekori tanpa banyak bunyi.
LANGSIR putih yang jarang diselak Fahmi. Q terlebih
dahulu ke bilik air. Angin pantai memukul muka Fahmi. Ahh~ bestnya.
Biliknya
betul-betul dibina di atas air. Sipadan Water Village Resort betul-betul
menjanjikan kepuasan kepada pengunjungnya.
“Hah!”
kejut Q dari belakang. Fahmi menoleh.
“Ni
kalau abang ada heart attack, dah boleh terkulai kat sini tau. Tak sempat nak
honeymoon.”
“Eleh..
abang ada ke heart attack? Tak, kan?”
“Kalau
abang ada?”
“Abang
tak pengsan pun bila Q kejutkan.”
“Yelah,
kalau abang ada?”
“Em..
Q buat CPR!”
Sengih
Fahmi dah sampai ke telinga. Dah macam The Grinch!
“Jangan
nak mengada pandang orang macam tu.” Q menyilang tangan di dadanya. Fahmi
ketawa lagi.
“Meh
la sini.” Fahmi cuba menarik tangan Q.
“Ei!
Tak naklah!” Q cuba menjauh.
“La..
meh la sini..”
“Tak
nak!”
“Meh
laaa!”
“Tak
nak!”
Fahmi
terpaksa juga rentap tangan isterinya itu supaya dekat dengan dirinya. Q
terjerit kecil apabila tubuhnya melekat dengan tubuh Fahmi. Jantungnya berdegup
laju. Matanya ditutup.
“La,
janganlah tutup mata. Buka la.” Ujar Fahmi.
“Eiii!
Apa ni?!” marah Q.
“Apanya?
Bukalah. Tak nak tengok laut ke?” Fahmi pelik. Over react pula isteri aku ni.
Perlahan-lahan
Q membuka mata. Hijau laut dapat dia lihat dengan jelas. Angin kuat membuatkan
matanya tertutup sedikit.
“Jernih
kan air dia?” Fahmi memeluk tubuh Q dari belakang.
Q
mengangguk. Dia mengamati suasana indah itu dengan Fahmi untuk beberapa minit.
“Ingat
abang nak buat apa kat Q tadi, heh?” bisik Fahmi ke telinga kanan Q. Q buat
bodoh.
“Apa?”
“Apa,
apa?” Fahmi memusingkan tubuh Q.
“Apa,
apa-apa?” jawab Q sambil jungkit kening.
“Apa,
apa-apa-apa?” balas Fahmi.
“Apa,
apa-apa-apa-apa?” Q tidak mahu kalah.
“Kiss
nak?” kata Fahmi.
“Abang!
Perut dah lapar minta diisi.” Q ubah topik.
“Tak
payah makan.”
“Kenapa?”
suara Q jadi nyaring. Dia buat muka sedih.
“Sebab
tak bolehlah.” Fahmi jugak bersikap seperti kebudak-budakan.
“Nak
makan juga!”
“Sini
dulu!” Fahmi tunjuk dahinya. Q tersenyum nampak gigi.
“Turunlah
sikit. Kita ni kecil aje.”
Fahmi
membongkokkan diri. Satu tepekan mengena dahi lelaki itu. “Adoi!” jerit Fahmi.
Tawa Q meledak.
“Kenapa
pukul?” Fahmi menggosok dahinya. Eleh, anak manja. Aku pukul sikit aje.
“Dah
tu, abang kata sini-sini. Nak apa? Mana Q tau abang nak apa. Q ingat abang
suruh tampar dahi abang tu. Kot nak ada nyamuk. Bawah bilik kita ni laut tau.
Air banyak. Mesti banyak nyamuk.” Jawapan Q membuatkan Fahmi mengecilkan mata.
“Uiks
sayang, mana ada nyamuk bertelur dalam laut. Nak offer diri jadi makanan ke
apa? Itu suicide!”
Q
ketawa. Fahmi hentak kaki.
“Cepatlahhhh.”
Rengek Fahmi.
“Apa?”
“Apa,
apa?” benda yang sama terjadi lagi.
“Apa,
apa-apa?” Q tetap mahu lari dari topik asal.
“Tengok
tu! Dia buat lagi. Cepatlah!” Fahmi geram bila kemahuannya tidak dipenuhi.
“La..
apa dia? Abang nak apa? Nak kena tepek lagi?” duga Q. Bukannya dia tak faham,
tapi sengaja buat-buat tak faham.
“Nak
macam ni.” Terus Fahmi mengucup dahi Q. Q terkejut sebentar.
“Dah?
Faham? Cepatlah.” Fahmi tetap berkeras.
“Q
dah laparlah. Jom pergi makan!” Q melarikan diri. Dia menuju ke bagasinya.
Fahmi mengetap bibir walaupun bibirnya mengukir senyuman. Lengan kiri Q dicapai
dan ditarik. Automatik tubuh Q berpusing. Bibir Fahmi sekali lagi mendarat di
wajah Q. Tapi kali ni lebih tepat mengena bibir Q.
Tika
itu jantung Q seakan berhenti berdegup.
“Dah.
Jom makan. Lapar sangat, kan?” Fahmi menahan tawa bila matanya terbuka.
Kelihatan muka Q betul-betul merah macam buah ceri!
Q
masih membatu. Fahmi sudahpun mencapai kunci bilik. Dia memanggil Q, “Sayang,
cepatlah. Kata nak makan. Janganlah membatu aje kat situ.” Fahmi tahu Q malu.
Beberapa saat kemudian, baru Q kembali ke alam nyata.
Dia berpusing.
Fahmi sedang menantinya. Beg tangan dicapai. Cepat-cepat Q mencari kasutnya.
Fahmi pula memang sengaja nak menyakat. Dia berdiri di hadapan kasut Q. Q serba
tidak kena nak mencapai kasutnya.
Kalau
dia capai kasutnya menggunakan kaki, muka mereka akan saling berhadapan. Q
mengambil langkah drastik menunduk untuk capai kasutnya.
“Hey!”
Fahmi mengangkat tubuh Q membuatkan gadis itu terbantut kerjanya.
“Okay-okay.
Sorry menyakat awak.” Fahmi tahan tawa. Dia bergerak ke tepi sedikit
membenarkan Q mencapai kasutnya dengan kaki. Selesai menyarung kasut, Fahmi
terus merapati Q dan menghadiahkan kucupan pada pipi gadis itu.
Tidak
dapat menahan tawanya kali ini, Fahmi menghambur tawa. Q geram. Sengaja, kan?!
Q, kenapa tiba-tiba kau takut sangat ni? Hari tu kau cium dahi dia, rileks aje.
Mungkin sebab waktu tu kau tak rasa yang dia boleh buat apa-apa kat kau dek
kesibukan mengemas rumah. Mungkin.
Q
mententeramkan jiwanya.
“Abang
tak makan orang, okay. Janganlah takut.” Tangan Q dicapai dan ditarik keluar
dari bilik mereka. Pintu dikunci rapat. Q melangkah mengikuti langkah Fahmi.
Keliling mereka adalah laut. Begitu indah...
“Kita
makan, okay?” suara Fahmi kedengaran. Q mengangguk.
Ain!!!!!!!!! Sweet fahmi. I like. Luv n .......bestnya dpt laki mcm tu. Caring n loving . Sweet. Hm hadi ada kes kaitan adam qira n keyla
ReplyDeletecomel giler....hadi n keyla...fahmi n Q...sweet nyer.... teruskan menulis k hehe
ReplyDeleteKeyla.. smpat lagi tu mngemas.. x padan dgn kena culik..
ReplyDeleteQ n Fahmi... sweet..grrrr.. geram.. cute sangat! <3
BEST.....
ReplyDelete