Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, May 20, 2013

PRMH 18



Q mengeluarkan baju sejuknya dari bagasi. Malam itu, dia merasakan kesejukan yang melampau. Angin laut pula bukan main kuat lagi.
            “Sejuk sangat ke?” Fahmi duduk bersila di atas katil sambil kedua tangannya menongkat ke depan untuk melihat apa yang isterinya buat di lantai.
            “Ha’ah.”
            “Pakai sweater abang ajelah. Abang tengok, Q cari baju dari tadi tak jumpa-jumpa.” Pelawa Fahmi. Q terus mendongak. Rambut yang panjang dikepil ke telinga.
            “Abang bawa sweater ke?”
            “Aah.”
            “Mana?”
            “Meh la sini.”
            Q pelik.
            “Cepatlah.” Gesa Fahmi. Q teragak-agak bangun tetapi tetap mendekati suaminya.
            “Duduklah.” Arah Fahmi. Q mengggigit bibir bawah sambil menurut dan duduk di hujung katil. Fahmi mendekati. Pelukan kemas dari belakang sedikit sebanyak mengurangkan rasa sejuk Q.
            Jemari Q dicapai dan digosok perlahan oleh Fahmi. Q jadi tidak keruan. Lelaki ni memang romantik ye?
            “Mana sweaternya?” tanya Q.
            “Ni la sweaternya. Abang.” Jawab Fahmi. Q hanya senyum.
            “Sejuk lagi?” soal Fahmi. Q mengangguk. Terus Fahmi mengetatkan pelukan.
            Suasana sepi membuatkan Q kekok. Tapi langsung tidak pada Fahmi. Lagi tersengih-sengih adalah. Q terus bangun membuatkan Fahmi hampir terjatuh ke depan. Yelah, sedap sangat dok peluk sampai ralat.
            “Laa. Nak bangun bukan nak bagitahu.” Dahi Fahmi berkerut. Merajuk.     
            “Dah tak sejuk.” Tapi kebenarannya? Q hampir menggigil!
            “Nak tidur dah ke?” tanya Fahmi.
            “Tak. Mata tak mengantuk lagi. Abang?” mereka berbalas pandangan. Jelingan Fahmi membuatkan bulu roma Q menegak.
            “Jom?” ajak Fahmi.
            “Jom apa?” Q mulai risau.
            “Ala jomlahhh~ dah kahwin pun nak malu lagi.”
            “Ha?” Q jadi bertambah tidak keruan.
            “Cepatlah. Meh sini!” Fahmi menepuk-nepuk katil sebelahnya. Q menggeleng kepala selaju mungkin.
            “Cepat! Arahan suami ni.”
            “Q belum sedia la.”
            “Sedia apanya? Nak main tic tac pun kena sedia ke?” Fahmi mengerutkan dahi. Tic tac? Fuh. Q menghela nafas lega sebelum naik ke katil. Terus Fahmi mengeluarkan buku tulis yang menjadi simpanannya.
            “Sampai ke sini pun abang bawa?” Q bertambah terkejut.
            “Kenapa? Tak boleh? Biarlah! Ni buku kita. Sibuk aje.” Mulut Fahmi memuncung. Sungguh Q tak percaya.
            “Dahlah. Cepatlah. Tadi nak sangat main tic tac.” Q dan Fahmi masing-masing meniarap menghadap satu sama lain. Buku berada di tengah-tengah.
            Beberapa kali main, asyik Q sahaja yang kalah hingga membuatkan gadis itu fed up dan berputus asa.
            “Malaslah nak main dah. Penatlah asyik kalah aje.” Q terus terbaring merenung syiling bilik. Fahmi ketawa sebelum turut sama terbaring di sisi Q merenung syiling yang kosong. Fahmi meraba-raba mencari telefon bimbitnya di katil. Malas nak bangun!
            Fahmi  : Awak! Apa khabar? #kekelip mata.
            Bunyi mesej membuatkan Q tersentak sebelum bangun mengambil telefon bimbit di dalam tas tangan. Dia kembali ke posisi asal. Bibirnya mengukir senyuman apabila mendapati nama orang yang menghantar mesej itu adalah Fahmi.
            Q         : Awak! Baik! #kekelip mata juga.
            Fahmi  : Boleh berkenalan? #dengan mata bulat.
            Q         : Tak boleh lah. Saya dah kahwin. #muncung.
            Fahmi  : Kahwin?! :O kenapa awak tak tunggu saya minang awak.. kenapa Q? Kenapa? #menitis-nitis air mata sambil duduk peluk kaki tepi dinding.
            Q         : Nak tunggu awak masuk minang lambat sangat. #sengih.
            Fahmi  : Kita tengah sedih, dia boleh sengih! Btw, hensem tak suami awak? #jungkit-jungkit kening.
            Q         : Hmm. Biasa je kot. #muka blur.
            “Biasa?!” Fahmi menoleh ke kiri. Wajah Q yang terbalik ditenung.
            “Apa yang tiba-tiba biasa? Tak fahamlah.” Q sengaja. Fahmi mengetap bibir. Geram!
            Fahmi  : Orang kata suami awak mukanya macam David Henrie! #muka kagum gila-gila. Tiba-tiba terasa macam nak kahwin dengan suami awak. Awww :3 gituu.
            Q         : What?! David Henrie mana pula ni? Tak kenal pun. Tak famous lah tu. #juling mata.
            Fahmi  : Orang tu yang tak keluar dari ceruk bilik, memang lah tak tengok TV. #rolling eyes 360darjah.
            Q         : Hey! I tak tengok Disney okay. Bukan macam awak! #btw, jangan rolling eyes sangat, juling mata tu kang.
            Fahmi  : See! Kata tak tengok! Tapi tahu pula ada dalam Disney! #loncat-loncat atas katil sampai terlucut kain. Ahhh! Tutup mata! Tutup mata! Haha.
            Q         : =..=” tak teringin tengok pun.
            Fahmi  : #kembung pipi. Tak percaya! Tutup mata cepat!
            Q         : Whatever! # pusing tempat lain.
            Fahmi  : #betulkan kain. Ikat ketat-ketat. Haaa dah! Eh, eh.. awak awak..
            Q         : Apa dia?
            Fahmi  : Horoskop awak apa? #nak tahu.
            Q         : Birthday saya pun tak tahu? #rasa nak cekik orang.
            Fahmi  : Bukan tak tahu. Tahuuu. Tapi kita tak ingatlah bulan awak dalam horoskop apa. #tanya pun marah. Sedih tak terkata.
            Q         : Gemini.
            Fahmi  : Serius?! Ada chance ni! #muka eksaited. Rasa nak guling-guling masuk laut.
            Q         : Dah kenapa?
            Fahmi  : Gemini kan berkembar. Mungkin anak pun akan dapat kembar. #jungkit-jungkit kening.
            Q         : Tidolah.
            Fahmi  : Beranilah tidur. Terkam awak kejap lagi baru tau. #ugut letak pisau mainan kat leher.
            Q         : Peng-ugut!
            Fahmi  : #kekelip mata. Guling-guling tepi dia. Mesti nanti anak KEMBAR awak comel-comel macam saya.
            Q         : Eh? Kenapa macam awak?
            Fahmi  : Habis? Awak nak muka macam siapa? #monyok. Nak merajuk ni .. nak merajuk ni.. baik cepat pujuk! T^T
            Q         : Macam DAVID HENRIE!
            Fahmi  : #senyum memalu kucing. :3 David Henrie tu kembar saya. Hewhewhew.
            Mesej Q yang kemudiannya tidak sampai. Q menoleh ke kanan.
            “Abang, kredit dah habis.” Sengihan Q membuatkan Fahmi ketawa.
            “Siapa suruh habiskan. Awak mesej dengan siapa ni sampai habis? Ha?” Fahmi cekak pinggang lagak macam mak-mak bila dia sudah bangun dan duduk bersila menghadap Q.
            “Kita mesej suami kita.” Lenggok bicara Q seperti datin-datin.
            “Suami? Suami awak kat mana sekarang?” terus cara Fahmi berubah. Caranya lebih kepada er.. er.. ke-sotong-an? HAHA.
            “Suami kita tengah uruskan projek kat Sandakan.” Sambung Q. Nak drama? Nak berlakon? Ya, sudah menjumpai teman yang sesuai!
            “Iya ke? Nyahhh~ untung kau nyah!” tepukan Fahmi di lengan Q membuatkan tawa mereka meledak seluruh bilik. Lembut gila!
            “Abang ni kaki dramalah.” Hampir semput Q ketawa.
            “Awak la ni yang start dulu.” Tuduh Fahmi sambil mengawal suaranya yang masih bersisa gelak tawa.
            Q kemudiannya menarik nafas. Puas hati. Ya. Sangat puas. Tingkap yang masih tidak tertutup membenarkan angin kuat menghembus ke dalam bilik. Rambut Q menutupi separuh wajahnya. Pandangan mata Fahmi tidak berkelip melihat si isteri.
            Senyuman masih meniti di bibir Q. Cuma tidak selebar sebelum ini. Malunya datang tiba-tiba.
            “Q,” Fahmi mengepil rambut Q yang berterbangan ke belakang telinga. Q hanya membiarkan.
            “Orang kata, lebih baik kita simpan kenangan lalu. Tak perlu bagitahu. Rahsiakan benda lalu. Tapi abang takut kalau benda lalu tu akan menganggu kita.” Suara Fahmi mula serius. Q hampir ketawa lantas menunduk.
            “Abang kahwin dengan Q untuk sekarang, dan masa akan datang. Macam tu juga Q. Q bukan berkahwin dengan masa lalu abang. Abang yang sekarang, dan masa akan datang.. itu yang Q kena ambil tahu. Past is past. Let by gone be by gone.” Ujar Q kemudiannya.
            “Tapi Q pun tahu bila Leeya datang balik sekarang ni...” Fahmi risau.
            “Oh.. nama dia Leeya eh?” cemburu? Sudah semestinya. Tapi dia percayakan Fahmi. Kepercayaan penting dalam sesuatu perhubungan, kan? Fahmi telan air liur. Aku silap cakap?
            “Abang jangan risau. Q percaya pada abang. Macam tu juga abang. Kena percaya pada Q. Harith atau Leeya, mereka tak penting. Okay?”
            Fahmi tersengih. “I couldn’t agree more.” Terus tubuh Q dipeluk rapat. Ubun-ubun Q dikucup lembut sebelum Fahmi melepaskannya.
            “Oh, abang ingat nak beli rumah la, sayang.” Fahmi tiba-tiba menyatakan niatnya. DahiQ berkerut.
            “Rumah yang abang ada sekarang, tak cukup ke?”
            “Cukup. Bukan apa, abang ingat nak cari rumah yang dekat sikit dengan kafe tu. Senang Q nak pergi sana.”
            “Q boleh drivelah.”
            “Memanglah. Tapi abang tak nak Q drive jauh-jauh. Penat nanti.”
            “Takpe, Q bolehlah.”
            “Degil tau budak ni.” Ahmi mencuit hidung Q sedikit.
            “Auuu! Sakitlah!”
            “Eii. Orang buat sikit aje. Menipu aje lebih. Kaki drama!”
            “Abang la yang ajar. Kaki drama!” Q tak mahu kalah.
            “Melawan! Melawan! Ingat sikit, awak tu dah jadi isteri tau. Apa-apa pun abang boleh buat.” Suara Fahmi bernada ugutan.
            “Suka mengugut! Putus kawan!” Q bangun dari katil.
            “Putuslah. Tak kisah. Yang penting dah jadi bini.” Tawa Fahmi menjadi-jadi. Nak melawan pun, kejap lagi, aku yang kena. Baik diam.
            “Tidurlah.” Q terus naik semula ke katil dan menarik comforter menutupi tubuhnya.
            “Aik? Tukar trademark dah?” usik Fahmi.
            “Diamlah.” Q malas nak layan. Fahmi ketawa terkekek-kekek. Dia merapati belakang tubuh Q dan memeluk pinggang isterinya.
            “Tiap-tiap hari nak tidur macam ni.” Ujar Fahmi dengan nada lembut. Q senyum dalam hati. Alhamdulillah.


AKIRA merenung jari kakinya. Rambut yang jatuh ke pipi dikepil di belakang telinga. Tiba-tiba aroma kopi membuatkan kepalanya terangkat untuk mencari dari mana aroma itu datang. Adam tersengih sambil menghulurkan secawan kopi. Dia juga ada secawan.
            “Letih?” tanya Adam lantas mengambil tempat di sisi Akira. Akira langsung tidak menjawab ya atau tidak. Dia terus menyambut kopi yang dihulurkan.
            “Thanks.” Terus sahaja Akira menghirup kopi panas itu. Mereka berdua melayan perasaan bersama. Mata mereka merenung orang-orang yang lalu-lalang di hadapan mereka.
            “Comel budak tu.” Adam menunjuk kepada seorang bayi yang lingkungan tiga empat bulan di dalam troli bayi. Akira tersenyum bila bayi itu memandang ke arah mereka.
            “Hai.” Separa berbisik suara Akira. Tangannya melambai kepada bayi itu. Dengan tidak bergigi, bayi itu tersengih.
            “Comelnya.” Terkeluar juga pujian Akira. Adam mengalih pandangan pada Akira yang masih leka melayan komunikasi jauh dengan bayi itu.
            “Jom kahwin?” ajak Adam. Mengejut. Akira terkedu. Dia hanya mendengar.
            “Kir, jom kahwin?” ajak Adam sekali lagi.
            Akira serba salah. Hubungan aku dengan Tasha pun belum baik lagi, inikan pula nak kahwin dengan Adam?
            “Belum masanya kot.” Akira lantas bangun meninggalkan Adam. Belum sempat kaki Akira melangkah jauh, Adam terlebih dahulu merenggut lengan gadis itu.
            “Please?” pujuk Adam.
            “Belum sampai masa lagi untuk kita fikir sampai ke situ.” Kata Akira.
            “Kenapa Fahmi dengan Q boleh, tapi tidak kita?”
            “Q dengan Fahmi lain. Kita lain.”
            “Apa yang lain? Kita juga manusia, Kir. Kita saling memerlukan!”
            “Kir tak perlukan Adam.” Kata-kata Akira membuatkan Adam tersentak. Hatinya terguris sedikit.
            “Setiap Hawa memerlukan Adam. Dan Adam juga memerlukan Hawanya. Just let me be your Adam, Nur Syakira.” Rayu Adam.
            “Cerita kita dah lama, Adam. Tak perlu ungkit kot rasanya.” Akira makin lemah. Dia tersangat sayangkan lelaki di hadapannya. Tapi dia juga sayangkan persahabatannya.
            “Beberapa bulan yang lepas pun kesilapan ke Kir? Waktu Kir masuk bilik Adam, itu kesilapan yang Kir sendiri tak sedar ke? Adam tak rasa macam tu. Kita dua sedar siapa kita waktu tu, kan Kir?”
            “Jangan ungkit cerita lama. Kan Kir dah kata, itu kesilapan.”
            “Jangan terlalu ego, Kir. Jangan pentingkan kebahagiaan orang lain kalau kebahagiaan sendiri pun belum tercapai.”
            “Kir dah cukup bahagia.”
            “Dengan apa? Dengan menangis setiap malam waktu Adam tinggalkan Kir, itu dipanggil bahagia?” serkap Adam. Mata Akira membulat. Dia tahu? Siapa yang pandai sangat buka mulut ni?
            “Siapa yang bagitahu? Mesti Kir tertanya-tanya. Adam memang takkan contact Kir seperti yang dijanjikan. Tapi Adam tak janji untuk tak contact parents Kir, kan?”
            Oh. Mesti ibu yang cerita. Tak pun ayah. Sebab dia rapat dengan keduanya. Teringat lagi dia suatu ketika dulu.. waktu dia sedang cuti semester...
            “Ayah buat apa tu?” Akira pelik ayahnya dok tersengih di hadapan komputer ribanya.
            “Ha? Takde apalah.” Terus komputer riba itu ditutup rapat. Tanpa shut down! Akira pelik. Tapi dia tidak menghiraukannya. Banyak lagi benda yang dia perlu fikirkan.
            “Ayah jangan curang sudah. Ibu kerjakan ayah cukup-cukup nanti.” Ugut Akira.
            “Ish. Takde apalah. Tadi bukan kata nak keluar ke? Tu, gunalah kereta ayah.”
            Pelik pula bila ayah sendiri offer keretanya. Selalunya bukan main payah lagi ayah nak kasi pinjam kereta dia. Kereta sendiri dah ada, memang pantang nak guna kereta ayah ni. Tapi beza pula dengan malam ni. Hmm.
            “Erk. Okay.”
            “Adam buatkan Kir penat menangis setiap malam call ibu mengadu pasal Adam, kan? Cuma kali ni, Kir.. izinkan Adam hapuskan semua rasa sedih tu.”
            Akira senyap. Suasana di dalam hospital seakan lengang. Pada Akira, kini di dalam hospital itu hanya tinggal dia, Adam, dan kata-kata lelaki itu.
            “Cinta kita menyedihkan, Kir. Tapi ia tetap dinamakan cinta, kan? Adam pernah lepaskan Kir, dan Adam takkan pernah lakukan sekali lagi. Waktu mula-mula Adam dapat offer tukar cawangan, Adamlah yang paling seronok sekali bila nampak Serdang. Sungguh Kir, Adam tak sabar nak jumpa dengan Kir.”
            “Adam, boleh tak bagi masa kat Kir?” Akira masih buntu.
            “Ambillah masa banyak mana pun, Adam tunggu Kir.”
            “Okay.” Terus pegangan di lengan Akira terlepas. ‘Adam, kau kata kau takkan lepaskan dia lagi. Tapi kenapa pegangan kau dilepaskan?’ bisik hati Adam sendiri.
            Kaki Akira terus melangkah jauh meninggalkan Adam. Makin lama, hati Adam makin takut setiap kali Akira melangkah jauh darinya. Terus sahaja dia berlari dan mendapatkan tubuh Akira. Dari belakang dia memeluk tubuh Akira. Gadis itu nyata terkejut. Beberapa orang doktor yang berada di situ turut terkejut dengan adegan itu. Tasha yang baru keluar dari bilik pembedahan dengan beberapa orang doktor senior tersentak. Jatuh terus fail keras di tangannya. Senyumannya mati tiba-tiba.


KEDINGINAN malam dan kesepian membuatkan Keyla jadi takut. Tambahan pula rumah itu gelap. Hadi hanya membekalkan lilin dan lighter padanya. Jantung Keyla berdegup kencang apabila mendengar bunyi-bunyi yang tidak pernah didengarinya.
            Sabar Kay.. sabar. Takde apa pun. Keyla cuba menenangkan hatinya. Tiba-tiba bunyi kuat dari pintu hadapan membuatkan dia tersentak. Jantungnya kian laju dan laju. Rasanya macam nak terkeluar aje dari rangka ni.
            Takde apa pun, Kay. Pujuk hati Keyla sendiri. Sekali lagi bunyi kuat berdentum di belakang pintu membuatkan dia menggigil ketakutan. Air mata jatuh sendiri. Dengan laparnya, ditambah lagi dengan ketakukan... Keyla memeluk  kakinya sambil bersandar di penjuru bilik.
            Bunyi besi berlaga. Keyla makin takut. Air matanya tidak berhenti menitis. Dan apabila pintu utama terbuka, jantung Keyla berhenti. Pucat lesi wajahnya. Derap kaki kedengaran. Derap itu lemah tapi kuat. Keyla hanya menanti di bilik. Siapa?
            Apabila wajah Hadi muncul, terus Keyla menerpa dan memeluk kuat tubuh lelaki itu. Hadi terkesima.
            “Jangan tinggalkan saya. Saya takut!” Hadi sendiri boleh dengar degupan jantung Keyla yang laju bagaikan nak meletup!
            “Kenapa ni?” tanya Hadi pelik.
            “Just, jangan tinggalkan saya.” Rayu Keyla. Hadi berusaha menenangkan gadis yang memeluknya. Dia juga ketika itu sedang resah memikirkan hal duit. Pelukan Keyla sedikit sebanyak membuatkan dia tenang.
            “Saya teman awak malam ni, okay?” lembut suara Hadi. Keyla mengangguk. Saya? Hmm.


FAHMI menggeliat di katil. Bunyi alarm mengejutkan tidurnya yang lena. Diraba ke sebelah, kosong! Fahmi lantas bangun dan duduk. Matanya melilau mencari Q. Mukanya mulai sebek. Macam anak baru bangun tidur, bila maknya takde.. mulalah nak menangis.
            Q keluar dari bilik air selepas selesai mandi. Bathrobe yang membaluti badannya sedikit sebanyak mengurangkan kedinginan subuh.
            “Bangun dah? Mandilah cepat. Lepas tu kita solat sama.” Gesa Q. Fahmi masih membatu di atas katil dengan muncung sedepa. Merajuk!
            “Hey, ni dah kenapa?” Q mendekati Fahmi dengan rambut serabainya. Terus Fahmi menghulur buku kegemarannya dengan kasar.
            Q membacanya.
            Fahmi  : Tak kejut kita bangun subuh pun! Merajuk setengah jam! #muncung sedepa.
            Q tergelak. Dia mengambil pen yang dikepil sekali pada buku itu dan mula menulis.
            Q         : Abang tidur nyenyak sangat. Tak nak lah kita kejut. #kekelip mata.
            Fahmi  : Kita nak mandi jugak ! #hentak kaki.
            Q         : Pergilah mandi. #bagi tuala.
            Fahmi : Takde teman . :’( #meleleh air mata.
            Q         : Nak berteman ke? #jungkit2 kening.           
            Fahmi  : NAK ! :D #muka gembira macam masuk lombong emas.
            Q         : Masuklah bilik air dulu. #senyum menggoda.
            Usai baca, terus bersinar wajah Fahmi. Segera dia berlari masuk ke dalam bilik air. Sempat diam mencium pipi Q. Q hanya menggeleng.
            Lama Fahmi menanti di dalam bilik air. Q masih tidak datang. Dia mula memuncung. Kepalanya dijenggol ke luar bilik air.
            “Sayang!” panggil Fahmi.
            “Kenapa?” dilihatnya Q sudah lengkap berpakaian.
            “Kata nak mandi sama!!!” Fahmi mulai tidak puas hati.
            “Mana ada kita cakap. Kita tulis pun tak terang. Mandilah bertemankan paip tu. Shower pun ada, boleh teman abang. Okay? Cepat sikit! Q lupa nak ambil wuduk.” Terus kepala Fahmi ditekan ke dalam supaya masuk ke dalam bilik air dan pintu itu dikatup rapat. Perangai manja Fahmi adakalanya menghiburkan, adakalanya menyusahkan juga. Haih.
            “Cepat sikit mandi. Jangan nak main air lama-lama.” Jerit Q dari luar. Rambut Fahmi yang sudah basah terkeluar sedikit dari pintu. Dengan mata yang sengaja dikecilkan, Fahmi menjerit dengan suara yang separa kuat.
            “Tak nak! Nak mandi lama-lama. Merajuk dengan dia!” terus berdentum kuat pintu bilik air. Eh eh? Boleh pula dia melenting? Q menggeleng kepala sambil tersenyum. Walaupun baru kenal Fahmi, dia tahu lelaki itu macam mana. Protes dia tu, memang drama aje lebih.
            Selesai Fahmi mandi, wajahnya masih lagi masam mencuka. Geram! Q menahan tawanya. Memang dia malu dengan Fahmi. Jantungnya memang tak boleh berdegup sedikit perlahan bila dia bertentang mata dengan lelaki itu, tapi kalau macam ini gayanya.. dia tak boleh lagi nak malu tak bertempat. Dah jadi suami kau pun, Q. Padam semua rasa malu tu.
            “Abang.” Panggil Q.
            Fahmi hanya menjeling sombong. Tidak mahu mendekati isterinya yang sedang duduk di birai katil itu. Fahmi terus duduk di hadapan meja solek dan mengeringkan rambutnya. Q mendekati dari belakang.
            Tangan Q mengambil alih tuga Fahmi yang sedang mengeringkan rambutnya. “Biar Q buat.” Kata Q. Fahmi hanya membiarkan. Lelaki itu merenung cermin di hadapannya. Khusyuk sungguh Q mengelap rambutnya. Takkan sebab tak kejut aje kau nak merajuk, Fahmi?
            “Sorry.” Q perlahan-lahan memeluk leher Fahmi. Dagunya diletakkan di bahu kanan Fahmi.
            “Esok, Q kejut sekali. Okay?” sambung Q.
            “Tak nak esok aje. Esok esok esok sampailah ke tua!” minta Fahmi lagak seorang anak kecil. Jantung Q berdegup laju saat matanya merenung anak mata Fahmi di cermin solek. Apa yang dikatakan Fahmi terus tidak didengari.
            “Eii! Kita cakap dengan dia, dia buat bodoh pula! Dengar tak?” Fahmi geram apabila Q langsung tiada respon dengan apa yang diperkatakannya. Yang Q lakukan hanya merenung lelaki itu di cermin.
            “Sayang!” panggil Fahmi lagi sekali. Seakan terkena kejutan elektrik, bibir Q terus melekat pada bibir si suami kerana sememangnya itu yang dirancangnya. Cuma dia tak sangka boleh terus mencium Fahmi bila dikejut sebegitu! Fahmi terpana. Begitu juga dengan Q. Betul ke apa yang kau buat ni Q?
            Laju Q menegakkan dirinya. Dia mengetap bibir bawah.
“Q.. ambil.. wuduk kejap.” Terus dia ke bilik air untuk mengambil wuduk. Wajah Fahmi merah hingga ke telinga. Entah kenapa dia rasakan ciuman itu istimewa. Mungkin kerana Q yang memulakannya. Bibirnya disentuh lembut. Bayang di balik bilik air diperhatikan lama. Sengihannya tidak lekang.
“Cepatlah ambil wuduk.” Q terus membentangkan sejadah untuk dirinya dan Fahmi.
“Ha? Aa.. okay.” Bagaikan dipukau, terus Fahmi ke bilik air manakala Q terus menyarung telekung. Q menanti kelibat Fahmi untuk mengimamkan solat subuh mereka.
“Abang nak kena pegang mimbar tak? Kena pakai celak tak? Kena pakai jubah tak?” Fahmi sengaja bereaksi keterlaluan.
“Ih! Cepatlah imamkan aje solat tu. Banyak mulut pula dia.”
“Banyak mulut pun, mulut tu juga yang orang tu kiss tadi.” Jelingan Fahmi membuatkan pipi Q hangat. Malunya bukan main lagi. Terus Fahmi menoleh ke belakang.
“Janganlah malu sangat. Blushing dah pipi tu.” Tegur Fahmi. Macam tahu-tahu aje aku tengah malu! Arghhh!
“Makin comel pula pipi tu bila merah naturally.” Usik Fahmi lagi. Q terus menunduk tidak mampu bersuara.
Tawa Fahmi meledak sebelum takbir yang pertama diangkat. Q sebagai makmum, patuh dan ikut.
Usai solat Subuh berjemaah, mereka bersalaman. Fahmi tidak melepaskan tangan Q.
“Sini dulu.” Fahmi menunjuk dahinya. Q faham. Dia mengucup dahi lelaki itu. Pelik? Kenapa perempuan yang cium dahi lelaki?
“Sini?” pipi pula ditunjukkan. Q memberanikan diri mengucup pipi Fahmi sekali.
“Sini?” bibir pula. Pipi Q membahang. Terus Fahmi mendekatkan wajahnya ke wajah Q. Chup!
“Lain kali kalau Q malu nak buat, biar abang yang buat kat Q. Okay?” sengihan Fahmi membuatkan mata Q terkebil-kebil. Kecomelan dia terserlah. Oh. Lelaki itu juga mempunyai gigi taring rupanya. Mungkin itu yang menyebabkan senyumannya lagi tampak comel!
“Kenapa tenung abang macam tu?” Fahmi pelik sebentar.
“Tak... baru perasan yang abang ada gigi taring.”
“Haa.. hati-hati tau. Abang ‘aumm’ Q nanti.”
“Apa kata abang bangun, sidai sejadah. Lipat selimut tu elok-elok. Tadi bangun tak lipat pun kan? Biar aje katil tu tak berkemas.”
“Ei, kaki membebel tau isteri abang ni.” Hidung Q dicuit manja.
“Cakap orang. Yang abang tu? Kaki segala kaki. Drama, merajuk, manja, semualah!”
“Dengan awak aje.” Pipi Q pula menjadi sasaran untuk dicuit.
“Dengan Leeya, tak?” entah kenapa tiba-tiba Q terasa nak membangkitkan nama Leeya. Terus wajah Fahmi berubah riak. Menyedari itu, terus Q memeluk leher Fahmi secara drastik. Bertambah pelik Fahmi dibuatnya.
“Sorry.” Q membisikkan kata itu pada telinga Fahmi.
“Terlepas.” Sambung Q setelah melepaskan pelukan.
Fahmi merenung dalam anak mata Q. “Q, cintakan abang?” dia mulai serius.
Kepala Q dianggukkan.
“Cakaplah betul-betul.”
“Sayang...” Q mendapatkan jemari Fahmi.
“Cinta tak?”
“Sukaaa sangat dengan abang.” Dalih Q.
“Abang tanya cinta tak?”
“A’ha!” jawabnya dengan mengangguk.
“Sebutlah cinta!”
“Love.” Balas Q.
“Nak bahasa melayu. Cinta!”
Ish Q! Kenapa lidah kau ni berbelit sangat nak ucap perkataan tu. Sedangkan cinta dengan love sama maksud kot.
“Cinta!” ulang Fahmi.
“C.I.N.T.A.” Q tidak menyebut. Tapi mengeja.
“Comellah isteri abang ni.” Pipi Q dicubit kuat.
“Aaahhhh! Sakitlah!” Q menjauhkan lengan Fahmi dari pipinya.
“Abang sukakan Q, sayangkan Q, cintakan Q. Insya Allah dunia akhirat.” Kata-kata romantis Fahmi mencairkan hati Q yang memang tersedia lebur.
Suasana sepi tiba-tiba. Q menjadi malu.
“Abang, janganlah tengok macam tu. Jom keluar?” ajak Q tiba-tiba. Dia nekad. Perasaan malu itu harus dibuang jauh dari diri ni. Dia suami aku. Suami aku!
Dahi Fahmi berkerut. “Awal lagi ni. Gelap lagi kat luar tu.”
“Jomlah. Kita tengok matahari terbit!” Q bersungguh-sungguh.
“Hmm. Jom!” Fahmi terus bangun dengan segera dan melipat sejadah. Katil dikemas segera.
“Cepatlah!” gesa Fahmi pula. Dia pula yang tak sabar-sabar.
“Dia pula excited lebih. Kejaplah.” Q menanggalkan telekung dan menggantungkannya dengan hanger. Tudung sarung dicapai dan terus terletak kemas di kepala.
Tapak kaki dapat merasakan pasir putih yang sejuk. Tangan mereka bergenggaman sambil dihayun kecil oleh Fahmi. Lebih kepada keanak-anakan.
“Abang.” Panggil Q.
“Em?” Fahmi menoleh ke sisi. Walaupun belum nampak matahari, tapi keadaan sudahpun mulai terang.
“Kenapa abang nak kahwin dengan Q?” Q ingin tahu. Disebabkan Fahmi lebih tinggi daripadanya, dia terpaksa mendongak untuk merenung anak mata lelaki itu.
“Sebab? Hmm. Entah. Tiba-tiba hati ni tersuka kat dia.”
“Tapi kenapa?”
“Kenapa Q terima abang pula?”
“Kita tanya dia, dia tanya kita balik?”
“Q jawab abang dulu.”
“Q suka abang sebab cara abang mesej Q. Comel.” Terus mata Q memandang ke hadapan. Fahmi tersengih-sengih.
“Abang memang comel. Tak tahu ke?”
“Tengok tu! Perasan!”
“Bukan perasan, tapi sedar diri!”
“Cepatlah.. kenapa?”
“Mula-mula tengok Q.. tak macam abang nampak perempuan lain. Yang cantik menggoda. Tapi abang tengok Q dalam keadaan Q bercelaru, menangis macam kucing baru lepas mati anak! Serabut! Dalam serabut tu, sempat juga Q membebel kat abang pasal P abang tu.” Fahmi kemudiannya ketawa sendiri. Muncung Q panjang. Kalau dikenang benda yang lepas, malu juga dia dibuatnya.
“Abang suka tengok Q buat kek. Abang suka tengok tangan Q pegang barang. Abang suka tengok Q bercakap dengan abang. Abang suka tengok Q menangis. Sebab nampak comel sangat!” sambung Fahmi.
“Suka tengok Q menangis? Habis tu, hari-harilah Q kena menangis?”
“Nak menangis boleh. Tapi mesti ada abang. Kalau tak, tahan sampai abang datang kat Q! Ingat tau!”
Q tersenyum.
“Kalau waktu tu abang ada kat luar negara?”
“Abang ambil flight balik Malaysia teman Q menangis!” ucap Fahmi bersungguh-sungguh.
“Kalau waktu tu abang terperangkap dalam jammed?”
“Abang keluar dari kereta, berlari balik rumah! Semata nak teman Q menangis.”
“Kalau waktu tu abang tengah sedih juga?”
“Kita menangislah sama-sama! Baru comel. Kan?” sengihan Fahmi menghibur hati Q.
“Duduk sini jom?” Q terus menarik lengan Fahmi supaya ikut sama duduk di pasir putih itu. Cahaya matahari yang kekuningan mulai kelihatan.
“Q tak pernah tunggu matahari terbit macam ni.” Bisik Q. Kepalanya dilentokkan ke lengan Fahmi.
“Abang orang yang pertama yang tengok matahari terbit dengan Q lah ni?”
“A’ha!”
“Special, kan abang?”
“Jangan nak bangga dirilah!”
“Well, Q orang pertama yang buatkan abang jatuh hati sekelip mata.” Pengakuan Fahmi mengganggu pandangan Q yang bukan main fokus lagi melihat matahari ingin terbit.
“Yup. Tak sama dengan Leeya. Sangat jauh beza. Abang dengan dia dulu pun sebab kawan matching kan. Dah berkawan bertahun baru nak ada relationship. Waktu tu pun hati still tak berapa nak terima sangat. Yelah, orang lain ada girlfriend, kita pun nak ada juga. Bila dah lama-lama, baru timbul sayang sikit demi sedikit.
Tak sama dengan yang sekarang ni. Abang rasa kalau Q tolak abang, mungkin abang tak boleh nak jejak kaki kat Malaysia ni kot. Abang plan nak lari pergi negara orang lain kahwin dengan orang putih!” berjela cerita Fahmi.
“Melampaunya sampai nak ke negara orang!” Q mengeratkan pelukan di lengan Fahmi.
“Abang terlalu sayangkan Q. Sebab tu terus nak masuk minang. Tak nak tunggu lama-lama. Sebab abang jatuh cinta dengan Q, waktu muka buruk Q tu.” Hidung Q menjadi sasaran.
“Ihh!” Q rimas. “Buruk?!” sambung Q.
“Yelah. Bawah mata macam panda, biji mata macam mata hantu.. bukan main lagi merah menyala. Hidung dok sohseh berhingus lagi. Tidur pun air liur dok meleleh.” Sengaja Fahmi mengusik Q.
“Mana ada meleleh!!!” Q menepuk kuat lengan Fahmi hingga lelaki itu menyeringai kesakitan. Dalam sakit pun, boleh ketawa juga!
“Tengok! Sayang dah terlepas tengok matahari naik. Dah full pun dia naik.” Fahmi menunjuk ke arah matahari itu. Q geram.
“Ni sebab abanglah ni! Kan dah tak dapat tengok!”
“Eh? Salahkan abang pula! Dia yang leka tengok muka hensem kita.”
“Jangan perasan boleh tak?”
“Tak perasan pun sayang, sedar diri aje.”
“Malas cakap dengan abang.”
“Tak payah cakap, jom ambil gambar!” terus Fahmi mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Dari satu ke satu gambar mereka ambil bersama. Baik dari senyum elok, macam-macam mimik muka jadinya.
“Abang terel buat duckface lah!” Q ketawa melihat gambar yang telah diambil mereka.
“Abang jaguh, okay.”
“Bab-bab annoying, semua bagi kat abang.” Q menjeling.
“Jomlah. Hari dah makin terik.” Fahmi bangun dahulu dan mengibas bajunya yang terkena pasir. Tangan dihulur untuk membantu si isteri bangun.
“Abang!” Q menarik lengan Fahmi sebelum lelaki itu melangkah lebih jauh.
“Yup?”
“Sakit kakilah. Dukung?” Q sengaja mengenakan Fahmi. Sengihan Fahmi menjadi-jadi.
“Dukung terus masuk bilik eh?”
“Ish!” satu tamparan mengena lengan Fahmi. Tawa Fahmi meledak.
“Yelah yelah.” Fahmi mendekati Q dan duduk mencangkung membelakangi Q. Terus Q melompat naik ke belakang Fahmi.
“Nanti lain kali boleh dapat dukung macam ni tak?” tanya Q sambil memeluk leher Fahmi. Dagunya diletakkan di atas bahu Fahmi.
“Anytime, anywhere. Cakap aje.”
“Walaupun waktu tu dah sarat 9 bulan?”
“Erk.. yang tu abang kena fikir seribu kali. Waktu tu, berat Q entah dah berganda-ganda apa.”
Satu cepukan mengena belakang badan Fahmi. “Isteri abang ni kaki pukullah! Ni pernah kerja dengan mafia mana ni, ha?” usik Fahmi.
“Ish. Diamlah. Jalan straight, don’t kona-kona.” Arah Q dengan mata dikecilkan. Geram.

7 comments:

  1. best!!!!!!!!!!!!!!!!!!mnggu n3 seterusnya.btw,blh x nk rampas fahmi dr Q???dh cair ar dgn fahmi....overdose romantiknyer..hehe

    ~syahira_ira~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh lah..kan fahmi kan?
      hee, fahmi romantik ngan q je kot

      Delete
  2. Hahahaha memang cute laki bini br kawen tu . Sweet!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sangat!!!!!!!! Hehehe

    ReplyDelete
  3. Comel!! Setiap kali baca PRMH mesti jatuh cinta kat Fahmi.. adoyai~~
    Tak tahan dengan perangai Fahmi yang cute plus sweet overdos tu.. >_<

    ReplyDelete
  4. comelnya...dan cute sesangat...
    fahmi memang cool dan best...
    thank you...terubat rindu kat Q & Fahmi...sweet couple...
    harap lepas ni kir akan dapat terima adam pula...:-)

    ReplyDelete
  5. kepada semua : thanks atas komen2 anda :) really appreciate it T^T betul tak tipu!!! hee :p

    ReplyDelete