Akira baru sahaja menyelesaikan dua kes untuk hari
ni. Kakinya semakin lemah. Wajahnya semakin pucat. Aku kena kuat. Aku tak boleh
lemahkan diri sendiri! Bisik Akira sendiri.
“Muka
kau pucat. Kau macam nak pengsan dalam bilik bedah tadi.” Tasha yang berjalan
seiringan dengan Akira sekali-sekala melihat keadaan Akira.
“Jom
kita pergi makan dulu. Aku tak makan apa-apa lagi.” Akira berkata lemah.
“Kau
ni! Dah tahu keadaan macam tu, lagi nak skip makan. Jomlah.” Tasha memimpin
Akira ke kantin hospital untuk menjamu selera.
Q memecahkan tiga biji telur ke dalam mangkuk mixer
dan 1 ¼ gula dimasukkan sekali. Lantas dia
membiarkan mixer itu melakukan kerjanya memukul bahan-bahan itu sehingga
kembang selama lima minit.
Sesudu
lemon dimasukkan sekali dan dikacau. Tepung kek sebanyak 2 ¼ dicampur dengan 1
¼ garam di dalam bekas lain. Setelah ditapis, campuran tepung dan garam itu
dimasukkan bersama dengan adunan tadi.
Esen
vanilla dan butter yang telah dicairkan ditambah masuk ke dalam adunan yang
semakin melekit itu. Q menggenggam jemari. Kahwin kot Q. Bukan couple, bukan
tunang tau Q. Kahwin!
Q
terus memasukkan bater itu ke dalam loyang dan membakar kek itu dengan suhu 300°F.
Selesai satu tugas. Hanya tunggu 50-60 minit untuk dia masak.
Whipping
cream dipukul dengan gula dan esen vanilla. Q memilih untuk menambah cream
cheese. Pilihannya sendiri kerana dia sangat sukakan cheese.
Selesai
kek dibakar, Q menyejukkannya sebentar dan mula membelah kek itu kepada dua.
Menjadikan ia semakin nipis. Lapisan di bawah disapu dengan separuh mangkuk
whipping cream yang baru dipukul tadi. Setelah itu, dia menabur strawberi di
atasnya. Lapisan kek kedua diletakkan di atas pula. Sekali lagi dia
menghabiskan whipping cream itu dan menabur baki strawberi. Selesai.
Q
mengeluh. Kahwin Q! Bukan soal main-main tau Q. Ni soal kahwin. Bukan boleh
hari ni kahwin, esok berpisah. Bila orang dah kata kahwin, itu maknanya
selamanya! Memanglah kau nak kahwin dengan seorang lelaki aje, tapi kau belum
kenal dia sepenuhnya Q! Mana nak tahu, dia ni playboy ke, apa ke. Anak mafia
ke. Penjenayah paling dikehendaki ke. Q bermonolog sendiri.
Kau
kena fikir betul-betul semua ni, Q. Fikir betul-betul! Adik-adik kau macam
mana? Kau masih banyak tanggungjawab. Dia nak ke membela kesemua adik-adik kau,
Q?
Q,
think! Think! Jangan gelapkan pandangan kau untuk lelaki yang kau baru suka.
Tak sampai seminggu pun, Q!
Ahh.
Tapi aku sukakan dia. Aku nak dia. Nak jadikan dia suami aku. Tapi apa yang
jadi tiga tahun lepas? Bukan itu benda yang sama Asyraf cakapkan? Yang
membuatkan dia murung dan hanya fokus pada kerjanya sahaja? Q berfikir sejenak.
Mencari punca Fahmi menjadi murung sebelum ini.
“YOU what?!” Asyraf seakan tak percaya dengan cerita
Fahmi. Fahmi menggaru kening. Nak buat macam mana? Dah nak terkeluar dari
mulut. Comel sangat muka dia waktu kat kaunter tu. Ingat nak simpan hasrat di
hati terlebih dahulu. Tapi dia tak mampu. Kalau boleh, hari ni juga dia nak
gadis itu menjadi miliknya.
“Bila
kau cakap pasal kahwin, dia cakap apa? Dia terima?” tanya Asyraf lagi.
“Terima?
Melopong lagi ada la.” Fahmi mengambil tempat di kerusinya.
“Okay..
yang ni aku tak faham. Bukan kau kata dia suka kat kau juga? Bukan kau juga
yang kata dia luahkan perasaan dia kat kau?”
“Itu
la yang aku pelik. Dia nak aku jadi boyfriend dia, tapi bila aku minta dia jadi
isteri aku, terus dia walk away masuk dalam kafe balik dengan muka blur dia
tu.”
“Gila!
Langsung tak pandang kau ke?”
“Erk.
Ada la dia berhenti kejap and pusing kat aku. Dia kata bagi dia masa nak
fikir.”
“Orang
dah ajak nak berhubung secara halal, nak juga yang haram. Haih. Tak faham aku.”
“Aku
boleh buat apa? Boleh tunggu ajelah keputusan dia.”
“Dia
tak serius dengan kau kot?”
“Aku
rasa dia takut lah. Takut jadi macam sebelum ni.”
“Lah..
nak takut apa? Kau nak ikat dia terus kot. Bukan nak main tarik tali dengan
dia. Bukan kau nak bawa dia ke hulu ke hilir dengan status couple. Nak jadikan
bini kot!”
“Eh,
yang kau emo lebih ni kenapa?”
“Tak
lah. Cuma aku tak faham kenapa dia ambil masa nak terima kau sebagai suami,
tapi dengan senang hati terima kau sebagai boyfriend.”
“Entahlah.”
“Kau
tak tanya dia kenapa dia teragak-agak nak jadikan kau suami dia?”
“Tak
sempat aku nak tanya, dia dah masuk kafe.”
“Dah
tu, kau tak reti-reti nak kejar ke?”
“Time
tu masa lunch aku nak habis dah kot.”
“Tu
lah kau! Gopoh sangat!”
“Kau
lah ni! Aku cari tak jumpa-jumpa. Kau pergi mana tadi hah?”
“Salahkan
aku pula? Lepas aku tengok site, aku pergi lunch dengan client. Dah dia orang
nak belanja aku makan. Simpan sikit duit aku untuk hari ni.”
“Kalau
kau balik awal, aku Cuma perlu pass buku tu kat kau aje tau. Tak perlu sampai
aku ke Torta, sampai aku tergoda tengok dia.”
“Kau
tergoda ke?” Asyraf jungkit-jungkit kening.
“Sebab
tu aku nak dia jadi isteri aku. Kang aku baham dia, tak pasal-pasal kahwin free
aje.”
“Apa
salahnya. Jimat apa?”
“Kau
ni kan! Jangan nak jimat sangatlah. Tu bukan jimat! Tu kedekut!”
“Aku
cuba bagi idea kat kau supaya kau boleh berjimat macam aku. Tu pun nak marah.”
Asyraf mencebik.
“Sekali
lagi aku tegaskan, kau ni bukan berjimat. Kau tu kedekut! Dah lah. Pergi buat
kerja kau!”
“Haha.
Eh, aku lupa nak bagitahu kau. Kita dapat projek baru lagi. Dua minggu kena
pergi Sabah.” Beritahu Asyraf.
“Hah?
Dua minggu? Lama kot.”
“Nak
buat macam mana? Sambil-sambil tu, kau bolehlah bagi masa kat Q untuk fikirkan
niat suci murni kau tu.”
“Hmm.
Bila nak kena bertolak?”
“Rabu
kot.”
“Okay.”
Fahmi
merenung telefon bimbitnya. Mesej Q masih tidak masuk. Q marah ke? Fahmi
jungkit bahu. Untuk dua minggu ni, dia takkan kacau Q langsung. Janji dirinya.
Q perlukan masa. Dan dia tak patut menyerabutkan kepala otak gadis itu dengan
perangainya. Nanti, elok-elok nak setuju, terus tak menjadi.
Telefon
bimbitnya disimpan ke dalam poket seluar. Saya bagi awak masa, awak jangan
hancurkan harapan saya pula, tau Q!
Q menyandar badannya di kepala katil. Selepas
kejadian tengah hari tadi, Fahmi langsung tak menghantar apa-apa pesanan
ringkas buatnya. Ini membuatkan yang dia lagi bertambah ragu-ragu untuk
menerima lelaki itu. Serius ke lelaki itu? Tapi kenapa macam tiada kesungguhan
di situ?
“Q,
nak makan apa?” tanya Akira yang sedang memegang senduk berdiri di hadapan
pintu bilik.
“Ha?
Em.. tak nak makan. Dah kenyang.” Jawab Q perlahan. Akira mendekati.
“Kenyang
makan mesej Fahmi?” usik Akira.
“Takdelah.
Dia tak mesej pun hari ni.”
“Hah?
Kenapa pula?”
“Entah.”
“Hm..
Dia busy kot. Dah lah. Tak payah fikirkan sangat, okay?”
“Kira..”
Q memanggil Akira yang sudah berkira-kira untuk keluar dari bilik.
“Yeah?”
“Sebenarnya
tengah hari tadi Fahmi ada datang Torta.”
Mata
Akira membulat. Dia kembali mendekati Q dengan harapan dapat dengar cerita yang
betul-betul dia inginkan.
“Dia
nak apa?” tanya Akira.
“Hmm...
Dia ajak aku.. kahwin.” Kata Q perlahan.
“AAAAAA!!!!!!!!!!!!
KAHWIN?!!” jeritan Akira menggegarkan rumah sewa mereka. Keyla yang sedang leka
membalikkan telur dadar turut sama terkejut. Ditambah lagi dengar perkataan
kahwin, terus Keyla mencampak sudip ke lantai dan berlari naik ke atas. Kain
batiknya digenggam erat dengan tangan kanan, takut terpijak kain!
“Siapa
nak kahwin? Siapa nak kahwin??” tanya Keyla yang termengah-mengah. Q ketawa
kecil.
“Kau
berlari ke Kay?”
“Gila
kau tak lari? Terkejut aku bila dengar Akira jerit. Sebut kahwin pula. Confirm
lah aku lari macam kilat.”
“Fahmi
ajak aku kahwin.” Ujar Q.
Kedua-dua
teman serumah dan sebilik itu menjerit sekali lagi sambil berpandangan dan
berpegangan tangan. Memang macam perempuan histeria!
“Lepas
tu kau cakap apa, Q?” soal Keyla tidak sabar. Jelas terpancar riak gembira muka
mereka berdua.
“Aku
minta masa untuk fikir.” Q seakan serba salah untuk menjawab soalan Keyla.
“What?
Hey perempuan! Kau gila ke apa? Orang dah ajak kahwin kot. Bukan kau kata yang
kau pun memang dah jatuh tersungkur melekat kat lantai leleh-leleh melting gila
kat dia?” Akira mencelah.
“Iya
la. Itu memanglah. Tapi aku kena fikir juga. Aku baru berapa hari kenal dia.
Mak bapa dia pun aku tak tahu siapa. Dia kerja kat mana, sekolah kat mana,
belajar kat mana. Makanan kegemaran dia apa, perangai dia macam mana.. semua
aku tak tahu. Takkan free-free terus nak terima?”
“Kan
bercinta lepas kahwin tu lebih menarik? Lebih best?” Keyla menambah.
“Iya.
Aku tak sangkal. Tapi.. kau kena ingat. Tanggungjawab aku besar. Aku ada
adik-adik yang nak kena jaga. Adik-adik aku kecil lagi kot. Takkan aku nak
tinggalkan dia orang macam tu aje.”
“Siapa
kata kau kena tinggalkan adik-adik kau? Jagalah macam biasa. Macam sekarang.
Apa yang berubah, cuma kau tak duduk dengan kita orang. Tapi kau duduk dengan
suami kau.” Giliran Akira bercakap.
“Nak
ke dia terima adik-adik aku? Nak ke dia bagi adik-adik aku main kat rumah? Buat
rumah dia macam rumah adik-adik aku sendiri? Aku risau dia tak suka adik-adik
aku kat rumah aje.”
“Itu
ke yang kau risaukan? Kenapa kau tak tanya dia dulu pasal adik-adik kau, Q? Kau
ni kan!!” Keyla meluku kepala Q tanda geram. Q meraung kesakitan.
“Sakitlah!!”
jerit Q menahan perit.
“Sakit
lagi hati aku ni dengan perangai kau.” Balas Keyla.
“Aku
yang nak kahwin, kau orang pula yang kecoh. Ala. Dia pun macam takde
kesungguhan pun. Tak mesej aku pun hari ni. Selalunya, rajin aje dia nak mesej
aku waktu-waktu macam ni.” Q mencebik.
“Mungkin
sebab dia malu! Kau pergi tolak dia mentah-mentah kenapa?” Akira bersuara.
“Mana
ada aku tolak mentah-mentah. Aku just minta masa untuk fikir aje.” Q
mengembungkan pipinya. Hidungnya tertangkap bau sesuatu.
“Aku
bau macam hangit lah.” Kata Q.
“Itu
bau kau lah! Kau tu yang hangit!” Keyla memukul belakang badan Q. Ahhh! Kena
lagi!
“Hey,
Kay. Aku rasa memang bau hangit betul lah.” Akira pula menangkap bau itu.
“Hah?
Ye ke?” Keyla duduk diam dan cuba menghidu bau yang dikatakan teman serumah
dia. Satu.. dua.. tiga..
Terus
Keyla berlari terkocoh-kocoh ke bawah. Kain batiknya hampir terlucut.
“Kay!
Kain kau nak lucut tu!” jerit sambil ketawa melihat Keyla yang baru melepasi
pintu bilik.
“Diamlah!!”
Keyla turut sama menjerit. Dah takde masa nak berhenti ikat kain batik tu
balik. Ni telur hangit ni, confirm legam! Nampak sangat anak dara tak boleh jadi
bini lagi.
“Weh!!!
Telur dah nampak macam daging haa! Aku buang je eh?” jerit Keyla dari bawah.
“Buang
ajelah! Kalau kau rela nak makan, kau makan lah seorang.” Akira turut sama
menjerit. Pandangnya berpaling pada Q.
“Q,
fikir betul-betul. Jangan menyesal dengan pilihan kau. Jangan jangan bodoh
lagi. Jangan pernah lepaskan orang yang kau suka.” Pesan Akira.
“Aku
belum buat istikharah.” Kata Q.
“Well,
start now.” Akira tersenyum. Untung kau, Q.
JARUM jam menunjukkan pukul tiga pagi. Mesej masih belum
masuk. Q masih tidak boleh melelapkan mata. Fahmi... hantar la mesej cepat! Q
merintih dalam hati.
Setengah
jam berlalu pergi. Mesej masih tidak sampai. Q letih menunggu. Akhirnya dia
terlena sendiri sambil tangannya masih menggengam telefon bimbit. Air matanya
meleleh dalam lenanya.
Fahmi,
Q mula rindu kat awak..
TIGA hari berlalu tanpa ada satu khabar berita pun
dari Fahmi. Q makin tak menentu dibuatnya. Ada juga sesekali Harith menghantar
mesej kepadanya berkali-kali, tapi kali ini Q langsung tidak berminat dengan
lelaki itu.
Hatinya
mulai risau akan lelaki yang bernama Fahmi Alan Fikrash. Hatinya berdegup laju
bila dia memikirkan lelaki itu. Hanya dengan mendengar nama Fahmi disebut-sebut
Keyla dan Akira, jantungnya tidak boleh mengurangkan kelajuan untuk mengepam
darah.
Tawanya,
senyumnya hadir dengan tiba-tiba bila masa dia memikirkan perangai lelaki itu.
Kemanjaan Fahmi sangat memikat hati.
Tak
kurang juga dengan air matanya yang mengalir setiap masa bila memikirkan lelaki
itu langsung tidak menghubunginya. Kadang-kadang senyum, kadang-kadang
menangis... Sehinggakan Keyla dan Akira sering kali mengusiknya dan
memanggilnya angau.
Tapi
nak buat macam mana? Soal hati ni bukan boleh dibawa main. Kadangkala kalau dia
nak menangis, biarkan dia menangis. Mungkin dengan cara itu lebih melegakan.
Begitu juga ketika dia ingin ketawa, biarkana dia ketawa. Kalau disimpan, hati
ni mungkin lebih sakit daripada yang sepatutnya.
Meluahkan
adalah cara yang terbaik bagi perempuan. Bukan senang nak simpan perasaan.
“Adik
sayang, jangan termenung lama-lama.” Usik Akira.
“Eh?
Dah balik?” Q sedikit terkejut melihat kehadiran Akira di rumah.
“Takdelah.
Ni roh aje. Jasad ada lagi kat hospital tu ha. Tengah buat pembedahan.” Gurau
Akira. Q tersengih.
“Nak
makan?”
“Hm?
Nak! Lapar ni!”
“Kau
ni, lately aku tengok.. banyak pula kau makan kan?”
“Kau
kena faham, aku kerja setengah mati kat hospital tu tau. Mestilah perlukan
tenaga yang mencukupi. Kena makan! Faham?”
“Eleh,
sebelum ni jenuh suruh makan, tak nak pula.”
“Eh
kau ni. Aku makan salah, tak makan pun salah. Apa cerita ni?”
“Takdelah.
Cuma pelik.”
“Apa
yang peliknya.”
“Kau
tak tengok ke pipi kau tu dah macam pau aje aku tengok.”
“Hey!
Aku maintain kurus slim and steady okay.”
“Itu
pada kau. Pada orang yang tengok kau?”
“Dah
lah. Jangan nak membebel. Kau masak apa, Q?”
“Makan
tak ajak!!” Keyla berlari-lari mendapatkan Q dan Akira yang baru menadah tangan
untuk makan.
“La..
tadi dia juga yang kata jangan kacau nak buat thesis.” Q mencebik.
“Nak
makannnnnn.” Keyla melurutkan cermin mata berbingkai plastik penuh berwarna
hitam.
“Pergi
cuci tangan dulu.” Pesan Akira.
“Iya!
Iya!”
“KAU tak contact Q?” tanya Asyraf. Angin laut memang
menyejukkan. Tambah-tambah waktu malam macam ni. Menenangkan!
“Hm?
Dia perlukan masa. Lepas aku balik Semenanjung nanti, aku contact lah dia.”
Jawab Fahmi sambil melihat-lihat pelannya.
“Kau
tak boleh macam ni. Entah-entah si Q tu ingat kau tak serius dengan dia.”
“La..
apa pula? Dia yang kata dia perlukan masa untuk berfikir. Elok-elok kang kalau
dia nak terima aku, bila aku kacau dia kang, terus tak jadi nak kahwin dengan
aku. Aku juga yang melepas.”
“Kau
nak takut apa? Dia suka kau sebab perangai kau yang dulu tu kan?”
“Memanglah.
Tapi kalau aku tanya dia pasal soal kahwin tu kang, kalau dia tak bersedia lagi
macam mana? Dia tolak aku mentah-mentah kang.”
“Aku
tak fahamlah dengan kau ni. Kalau aku jadi perempuan, aku pun lari! Aku pun
akan fikir yang kau ni tak serius. Tiba-tiba nak menghilangkan diri. Dua minggu
kot! Bukan dua hari tau. Macam-macam boleh jadi dalam dua minggu.”
“Kau
ni, jangan serabutkan kepala aku lagi, eh? Aku busy dengan projek, lagi kau nak
suruh aku fikirkan benda lain.”
“Kau
ni serius ke tak dengan Q?”
Fahmi
mengangkat wajah sambil mengeluh. “Aku serius. Aku serius sangat. Aku dah
bagitahu mak ayah aku pasal dia. Sekarang ni, semua terpulang kat dia.”
“Jangan
terlepas macam mana dulu, sudah.” Asyraf mengingatkan. Fahmi merenung Asyraf.
Aku takkan terlepas lagi.
hahahahahahahahahahahahaha kay telur pun boleh tukar jadi daging bakar hahahahahahahah terlondeh2 kain...
ReplyDeletefahmi.... msg la rindu ngan msg2 fahmi...
#hp tetap di genggamanku... sambil berlalu ke tepi tingkap melihat panorama malam... jantungku sentiasa menari rancak semenjak kau muncul dlm hidupku.. fahmi imiss you :( ~~~eida arie~~ :P
Adeeee part yg mcm ni ni yg tk i suka. Menduga2. Hdee.. Lembab !
ReplyDeleteEkekeke =p
Ain tiga telur jd tiba tu. Dah perasan ke? Hehe ^^ v
sy sukakannya.. nak lagi ..
ReplyDeleteeida : mengada eh dia! haha.
ReplyDeleteinayah : dangg ! thanks !! hahaha. tk perasan lah tu. hihi. thanks tegur!! :)
asyikin : haha. thankss :)
most welcome beb !
ReplyDeleteSo bila Q nak jwb tu ek? Ehehe ^0^'a
hahaha. tahun depan kot. lalalala
ReplyDeleteWHAT???! #baling ain ngan bantal.
ReplyDeleteSeraaaaaaaaang !!!!
hahahahaha. #tepis2. nyenyenye.
ReplyDeleteain..best dari cinta kontrak laa..ain makin maju
ReplyDeleteerm... Tak boleh nak bandingkan keseronokan masa baca Cinta Kontrak dengan keseronokan masa baca Pesanan Ringkas Mr. Hubby la~~~
ReplyDeleteDua-dua best kut. Hehehe :P ^_^
Ada novel x?
ReplyDelete