Fahmi tiba di kawasan rumah hampir pada jam satu
pagi. Kakinya dah lemah sangat! Kepalanya minta bantal. Ketika orang lain sudah
pun pulang ke rumah masing-masing, dia masih lagi bertungkus-lumus menyiapkan
pelannya. Solat Isyaknya juga di pejabat.
Fahmi
naik ke bilik dan terus melompat naik ke katil. Kakinya dirapatkan ke dada.
Seakan budak kecil tidur. Macam tenggiling!
Kemudiannya
Fahmi mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Dia tersenyum kecil.
Satu mesej yang baru diterimanya dibaca berulang kali.
Q : Dah sampai rumah?
Fahmi : Dah makcik.
Q : Okay. Goodnight.
Fahmi : Eh? Nak tidur dah ke?
Q : U need plenty of rest.
Fahmi : Kenapa pula?
Q : Satu hari kerja, tak penat ke?
Fahmi : Penat. Tapiii... #tenung mata dia
dalam-dalam. Sekarang dah tak penat sebab dapat energy.
Q : Dapat energy? Bila dapat?
Fahmi : Sekarang #senyum-senyum.
Q : Coffee?
Fahmi : Nope.
Q : Teh o’ ais limau?
Fahmi : Nope.
Q : Whatever. Tidur awal. Gudnite.
Fahmi : Awak lah! Ish. Boleh tak, taknak tidur lagi?
Q
malu sendiri.
Q : Esok kena bangun awal. Nanti susah
nak bangun pula.
Fahmi : Kan best kalau ada isteri yang boleh tolong
kejutkan.
Q : Kahwinlah.
Fahmi : Kita tunggu someone.
Q : Oh. Okay. Selamat menunggu.
Fahmi : Nak tidur dah ke?
Q hanya merenung mesej yang baru diterimanya. Hm.
Kalau awak tunggu seseorang, tak sepatutnya awak buat saya jatuh hati dengan
tindakan dan perangai awak, Fahmi.
Fahmi : Q,
tidur dah ke?
Q terus menukar mode telefonnya kepada senyap.
Biarlah. Malas nak melayan perasaan macam ni. Tak ke mana pun. Perasaan ni muda
lagi.. baru nak bercambah. Masih boleh ditangkis.
Fahmi :
Goodnight sayang.
Q :
Waiting someone and calling other girl sayang was not professional.
Fahmi : Tak
tidur lagi? Okay-okay. Sorry for calling you sayang, dear.
Q : Call
me Q.
Fahmi : Baik Q
dear.
Q : Only
Q!!
Fahmi : Okay
Q... #lips bergerak menyebut dear tapi tak bersuara.
Q :
Enough Fahmi Alan Fikrash!
Fahmi : Haha.
Goodnight dear.
Arghhh! Q lantas meletakkan telefon bimbitnya ke
dalam laci kabinet yang hampir dengan katilnya. Aku benci kau! Aku benci kau!!!
Terus Q melekapkan wajahnya dengan bantal. Kenapa
perlu diuji sebegini rupa? Lelaki semua sama sahaja! Sengaja nak test market!
Arghhh!! I hate men! I hate them! Liars!
“Ni kenapa meroyan ni?” usik Akira. Q pantas
membaling bantal bersaiz empat segi tempat itu ke lantai.
“Mana ada meroyan. Okay aje.” Q buat muka cool.
“Kau ingat aku tak belek kau dari tadi? Aku dah
berdiri kat sini dari mula-mula kau tersengih-sengih menghadap telefon
sampailah kau muka kau tukar jadi merah padam. Kau tu kalau meroyan, memang
akan tekup bantal kat muka. Kau aje yang tak perasan aku.” Akira mendekati Q.
“Drama korea kau orang dah habis ke?” Q ubah topik.
“Kau kenapa? Cuba cerita dengan aku.”
“Mana ada apa-apalah, Kir.”
“Siapa bagi kau marah ni?”
“Takde siapa-siapalah.”
“Q...”
“Apa dia?”
“Pandang mata aku.” Akira menarik lembut pipi Q
supaya menghadapnya.
“Apa dia..” Q tetap tidak merenung wajah Akira.
“Hati terluka?” tanya Akira.
“Tak.” Jawab Q perlahan. Namun tetap menjatuhkan
pandangannya pada cadar katil.
“Otak tak boleh nak berhenti fikirkan seseorang?”
“Mana ada.” Q mengerutkan dahi.
“Nak pinjam bahu aku?” soal Akira lagi. Q mengangkat
pandangannya.
“Kau ni surgeon ke psychiatrist?” Q terus memeluk
Akira yang duduk di hadapannya.
“Keluarkan semua. Let it all out.” Akira
menepuk-nepuk belakang Q. Air mata Q menitis perlahan.
“Aku tak baleh constantly macam ni, Kir!”
“Ya aku tahu. Kau kena lupakan dia.”
“Aku mesti lupakan dia!”
“Yup. Dia bukan untuk kau. Dia tak sesuai untuk kau.”
“Kenapa kau selalu memahami aku?”
“Sebab aku kakak kau yang special!” Akira ketawa
kecil. Q menarik air hingusan yang hampir meleleh.
“I shouldn’t love him at the first place, right?”
“Kita tak boleh nak halang cinta. Cinta tu perasaan
lumrah yang ada dalam hati setiap orang.”
“I shouldn’t. Sepatutnya dari awal lagi aku limitkan
hati ni!”
“Q, dia dah jadi suami orang dah. Lupakan ajelah.”
Akira masih menenangkan Q. Terus air mata Q berhenti. Dia menolak lembut tubuh
Akira.
“Akira!!!!!!!! Aku bukan cakap pasal Harith la!” Q
mengesat air matanya dengan belakang tangan. Ketawanya pecah tiba-tiba.
“Hah? Dah tu?” Akira pelik.
“Fahmi la!” Keyla yang baru datang mencelah.
Ketawanya terkekek-kekek.
“La.. Fahmi mana pula ni?” Akira garu kepala.
“Tu la kau! On call manjang. Harith tu dah kisah
zaman purba lah.” Keyla mengambil tempat di hujung katil single Q.
“K, dah boleh cerita kat aku. Ada dah jadi?!” Akira
mula serabut. Baru seharian aku on call, dah ada cerita baru?
Malam itu, habis semua Q hamburkan.
Cinta yang baru mula berputik, tapi kalau tak kena
pada orangnya.. lebih baik padamkan perasaan itu cepat-cepat daripada melarat.
Sendiri yang merana nanti.
“KAU okay tak?” Q mulai risau bila wajah Akira pucat
lesi seawal pagi ini. Akira memaut bahu Q. Dia mengangguk-angguk.
“Aku
okay.”
“Kau
silap makan ke?”
“Taklah.
Mungkin sebab aku makan tak ikut waktu. Perut masuk angin.”
“Hish!
Aku buatkan roti bakar untuk kau, nak?”
“Aku
kena pergi hospital cepat lah Q.”
“Takkan
makan pun tak sempat.”
“Nanti
sampai hospital, aku makanlah.”
“Tunggu
sekejap aje. Aku siapkan roti.”
“No
worries lah. Aku pergi dulu.” Akira berkumur di sinki dan terus keluar dari
rumah. Jarum jam baru menunjukkan pukul lima setengah pagi.
“Tergesa-gesa
aje makcik tu, ada emergency ke?” Keyla yang baru turun dengan rambut berbalut
dengan tuala hanya menghantar pemergian Akira dengan ekor matanya.
“Entah.
Kau nak makan apa? Aku masakkan.”
“Hmm.
Tak payah lah. Kejap lagi kita breakfast sebelum pergi Torta aje.”
“Awal
kau bangun.” Perli Q.
“Aku
nak sambung buat thesis.”
“Kelas
kau bila?”
“Tengah
hari kejap lagi.”
“Aku
seorang lagi lah ni kat Torta?”
“Nak
buat macam mana?”
“Yela..”
Q terus mencapai 2 biji mug dan membancuh Nescafe.
“AKIRA.” Panggil Adam dari jauh. Akira menoleh
sekilas. Carta di tangan masih dibelek sambil kaki berjalan laju untuk
menjenguk pesakit-pesakitnya.
“Dah
okay?” tanya Adam yang turut sama berjalan laju menyaingi Akira.
“Hmm.”
Jawab Akira.
“Hey..”
Adam merenggut lengan Akira sedikit keras.
“What?!”
marah Akira. Langkahnya terhenti.
“Apa
dah jadi dengan awak ni? Kenapa too sensitive nowadays?”
“Apa
dia? I’m okay. I’m fine.” Akira menarik lengannya dengan kasar dan terus
melangkah.
“Akira,
you’ve changed.” Adam masih mengekori langkah Akira.
“Look.
Sebelum ni, me and you.. it was a mistake okay. Jangan ambil serius.”
“Apa
maksud awak jangan ambil serius? Hey, it’s about us okay!” Adam tidak puas
hati.
“No.
There’s only me, and there’s only you. Awak is awak. Saya is saya. There’s no
us!” Akira melangkah lagi.
“Nur
Syakira!” jerit Adam. Namun Akira tetap berjalan meninggalkan lelaki yang sudah
tidak berdaya untuk mengejar. Apa guna mengejar kalau Akira tetap berdegil?
“KEPALA dia penuh dengan paku.” Ujar Fatin. Akira
terkedu melihat sepuluh batang paku yang terbenam di dalam kepala pesakitnya.
Akira menelan air liur.
“Get
Adam. And please, hurry!” arah Akira. Akira terus mendekati pesakit yang masih
sedarkan diri itu.
Macam
mana dia boleh sedarkan diri lagi sedangkan sepuluh paku terbenam melepasi
tengkorak kepalanya? Subhanallah.
Adam
yang berlari nyata kelihatan termengah-mengah di hadapan pintu bilik bedah.
Matanya membulat melihat pesakit itu.
FAHMI tercari-cari kelibat Asyraf. Mana pergi budak ni?
Jarum jam hampir menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Takkan pergi site tak
balik-balik lagi? Lamanya! Fahmi resah sendiri.
Lantas
Fahmi mengambil keputusan sendiri untuk ke Torta Cafe. Kalau boleh dia tak nak
berjumpa dengan Q lagi. Biar seminggu sekali baru jumpa. Baru bertambah rindu.
Tapi, disebabkan Asyraf hilang entah ke mana, dia tak senang duduk kalau Q
tidak mencoret sesuatu dalam buku tulisnya.
Q
yang sedang leka mengemas di dapur menghentikan kerjanya dari mencuci
bekas-bekas yang baru sahaja dia gunakan untuk membuat strawberry shortcake.
Dia menjengah ke depan. Fahmi?
Q
teragak-agak untuk menyambut kedatangan lelaki itu. Baru sahaja lelaki itu buat
air matanya menitis semalam.
“Selamat
datang ke Torta Cafe. Ye encik? Boleh saya bantu?” Q bertindak formal. Fahmi
menjungkit kening sebelah.
“Kenapa
tiba-tiba formal pula ni?” tanya Fahmi pelik.
“Awak
customer saya.” Jawab Q. Dia cuba menyembunyikan rasa hatinya.
Fahmi
berdiri tanpa berkata apa-apa di hadapan Q. Mereka dipisahkan dengan kaunter.
Kemudiannya Fahmi mengeluarkan pen dan buku tulis yang pernah Q nampak
diletakkan ke atas kaunter. Lelaki itu mencoret sesuatu.
En.
Arkitek : Kenapa mata nampak sembab?
Q
merenung buku yang diserahkan kepadanya itu. Dia mengerut dahi. Haih? Depan-depan
pun nak bertulis juga?
“Cakap
ajelah. Tak payah nak menulis sangat. Membazir kertas aje.” Jawab Q.
En.
Arkitek : Kenapa mata tu?
Q
geram. Kalau lelaki ini berkeras juga, dia terpaksa menurut cara lelaki ini.
Umur aje tua, tapi perangai tak pernah nak tua.
Q : Tak cukup tidur.
En.
Arkitek : Semalam bukan tidur awal ke?
Tak reply mesej saya pun.
Pen
bertukar tangan. Begitu juga dengan buku tulis itu.
Q : Tak boleh tidur.
En.
Arkitek : Fikirkan saya ke?
Q : Tak langsung.
En.
Arkitek : Saya tak suka tengok mata
awak macam tu.
Q : Tiada kaitan dengan awak
langsung.
En.
Arkitek : Awak kata saya kawan awak..
Q
terkedu.
Q : Kenapa bazirkan masa
datang sini?
En.
Arkitek : Ash hilang. Tak balik ofis.
Q : Apa kena mengena?
En.
Arkitek : Dia tak boleh nak hantar
buku ni kat awak.
Q : Penting sangat ke buku
ni?
En.
Arkitek : Bila saya rindukan awak,
saya boleh tengok tulisan awak.
Q : Someone lebih sesuai
untuk awak rindukan.
En.
Arkitek : Tak faham.
Q : Saya busy.
En.
Arkitek : Tak busy pun saya tengok.
Q
merenung Fahmi. Senyuman Fahmi sungguh memikat hatinya. Dia benci lelaki itu.
Kenapa mudah sangat dia jatuh cinta?
Q : Lunch hour awak dah nak
habis.
En.
Arkitek : #tengok jam. Muka risau.
Mesti saya akan rindukan awak. :(
Q : Bye.
En.
Arkitek : Sobsob. #mata berair..
Q : :)
En.
Arkitek : Jangan menangis dah tau.
Hilang kecantikan mata awak.
Q
hanya baca. Dia tersenyum kecil. Dia mengangguk.
“Q,
kalau saya kata someone tu awak, apa awak rasa?” tanya Fahmi tiba-tiba. Q
terdiam. Dia hanya memandang tepat wajah Fahmi. Tidak bersuara. Fahmi
tersenyum.
“Terlalu
cepat, eh? Sedangkan kita baru kenal. Takpe. Ambil masa awak. Saya pergi dulu.”
Fahmi mengenyitkan matanya pada Q dan berlalu keluar dari Torta Cafe.
Q
mengetuk-ngetuk jemarinya pada meja kaunter. Dia masih memandang lelaki yang
berkemeja putih itu. Jemarinya digenggam. Terus dia mengangkat kaki mengejar
lelaki itu.
“Fahmi!”
panggil Q. Fahmi menoleh.
“Awak
nak jadi.. boyfriend saya?” muka Q bertukar merah. Abaikan rasa malu tu dulu Q.
Abaikan. Arghh. Tak boleh! Terus Q menunduk. Malunya tidak terkata.
Fahmi
mendekati. Mukanya serius. “Q..” panggilan Fahmi membuatkan Q mendongak
memandang Fahmi.
“Maaf.
Saya tak boleh nak jadi boyfriend awak.” Ujar Fahmi. Wajahnya jelas serius. Q
terkejut. Dia menelan air liur.
“Maaf.
Awak tak layak jadi girlfriend saya.” Ulang Fahmi. Q malu sendiri. Game apa
yang dia mainkan?
“Nice.
Tapi kenapa awak buat saya jatuh hati dengan awak tanpa awak ada niat untuk
jadikan saya kekasih awak?” air mata Q mulai menitis. Not again, Q!
“Maafkan
saya.” Fahmi hanya merenung Q.
“Hmm.”
Q menggigit bibir dalam. Jemarinya terketar-ketar. Pelik rasanya bila kita
dengan mudahnya melupakan seseorang yang kita pernah cintai setengah mati untuk
seseorang yang kita baru kenal hanya untuk beberapa hari. Sangat pelik. Dan
bertambah menyakitkan bila orang yang mampu membuatkan kita lupakan cinta yang
sebelum ini kukuh tak langsung goyah, menolak mentah-mentah cinta yang sudah
semakin dalam ini.
“Awak
baliklah.” Q terus mengundur dan menapak semula ke dalam Torta Cafe.
Fahmi
menggigit bibir bawah. Shoot! Dia sangat comel bila tahan air mata. Hidung
dengan pipi dia merah gila! Tak mampu untuk terus melihat Q pergi, Fahmi
tersengih dan mengejar Q pula.
“Saya
kata saya tak nak awak jadi kekasih saya... tapi” tak sempat Fahmi nak
menghabiskan ayatnya, Q terlebih dahulu memotong. Tika itu kolam air mata Q
sudahpun pecah dan pipinya sudah banjir dengan air mata itu.
“Tak
perlulah awak ulang benda yang sama. Saya faham bahasa melayu.” Kata Q
perlahan.
“Saya
tak cakap habis lagi lah.” Fahmi menarik lengan Q yang sudah mula berpaling
daripadanya.
“Saya
dah faham. Awak jangan risau. Saya faham sepenuhnya.” Suara Q tersekat-sekat.
Dia masih menunduk.
“Awak
tak faham.”
“Saya
faham, Fahmi.” Tegas Q.
“Okay!
Apa yang awak faham?” Fahmi memeluk tubuh dan menanti Q menerangkan apa
sebenarnya yang dia ingin katakan. Q menarik nafas sedalamnya.
“Dari
mula awak cuma nak permainkan hati saya. Sama macam lelaki lain. Kata-kata
manis awak.. semua tu hanya untuk awak test market awak. Tahniah Fahmi..
tahniah. Awak berjaya buatkan saya jatuh hati dengan awak hanya dengan sekelip
mata.” Q memberanikan diri untuk menikam pandangan Fahmi dengan anak matanya
yang sudah merah menyala.
“Ni
yang awak kata awak faham? Hm?” Fahmi tersenyum.
“Saya
cakap tak habis lagi tau. Awak dah potong apa yang saya nak cakap. Macam mana
nak faham?” bebel Fahmi gaya mak-mak.
“Dengar
betul-betul. Mungkin pada awak, benda ni sangat baru. Kita baru kenal tak
sampai seminggu. Awak sendiri kata kat saya yang awak dah jatuh hati dengan
saya, kan? Macam tu juga saya. Tapi saya tak nak benda sama berulang lagi macam
tiga tahun lepas. Kali ni, saya takkan tunggu lama. Saya tak nak orang yang
saya sayang, lari dari saya lagi.
Saya
tak nak awak jadi girlfriend saya dan saya tak teringin pun nak jadi boyfriend
awak. Suatu perhubungan yang kita sendiri tak tahu ending dia atas pelamin atau
tidak. Tak perlu ditangguh-tangguh kalau hati dah terpikat. Buat apa? Kan?
Dengan
itu, saya nak awak jadi yang sah buat saya. Jadi isteri saya. Orang yang jaga
saya. Orang yang selalu ada untuk temankan saya. Waktu saya bangun pagi, saya
nak awak orang pertama yang saya renung. Bila saya balik rumah, saya nak awak
orang pertama yang saya tengok walaupun saya letih. Saya nak awak yang jadi bantal saya. Jadi segalanya untuk saya.
Awak nak kahwin dengan saya?” panjang bebelan Fahmi sehingga membuatkan Q
terpinga-pinga. Kahwin? Aku tak salah dengar, kan? Kahwin?!
aaaaawwwwww ! ! ! !
ReplyDeleteCo cweeeeeet !!!!!! >_<
hikhik. thanks :)
ReplyDeletenak lg ! Ahahahaa
ReplyDeleteAow!!!!!!!!!!! Jantungku . Jangan kau keluar. Mak tlg adik nak kawen ngan fahmi tu jugak. Mak!!! Hahahaha ain nak fahmi jugak hahahaha . Encik jantung jgn keluar plz behave your self hahahaha encik jantung!!! Fahmi i lap u!!!!!!! ^_^
ReplyDelete"Hy cik Q ! Jika u tk nak kahwin ngan Fahmi tu. Berikan kt sy je lah yaa, sy nak. Nak sgt2."
ReplyDeletehahahaa..
#Q baling ngan loyang cake.
"Eh cik Ina oii.. Jgan nak perasan eh ! Fahmi tu calon suami aku tw tk !" #menjelir lidah
*iklan. Hahahaa
so sweet heheh tak terbayang dah heheh...akira kenapa yer ? pregnant ker ...confius
ReplyDeleteweeeeeee.... Q n Fahmi comel la... Couple Of The Year <3
ReplyDeleteMana la nk jumpe llki mcm Fahmi? Nak seorang mcm tu bley..??
Omeyy jer~ heeeee
Wow! Awesome giler bapak!!! Cara Fahmi nak melamar tu kan... Kak Ain~!!! Kenapa buat kita jatuh hati kat Fahmi? Kenapa buat kita rasa nak jadi Q je? Huuhuu~!!! T_T
ReplyDelete