Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, March 22, 2013

PRMH 4



“Sayangg!!” Keyla menjerit apabila memasuki Torta Cafe sambil matanya melilau mencari bayang Q. Q yang terkejut, terus bangun dari mencangkung menyimpan barang di bawah kabinet.
            “Bagi salam lain kali.” Sergah Q.
            “Ala.. selalu tak bagi salam, okay aje.” Keyla mencebik.
            “Itu dulu. Sekarang kena tukar attitude. Bagi salam lain kali, okay?” Q meletakkan bekas yang dipegangnya ke atas bar kabinet sebelum mendekati Keyla yang sudah mengambil tempat di meja makan.
            “Q..” Keyla buat muka sedih. Q mengambil tempat berhadapan dengan Keyla.
            “Wassup?”
            “Kena marah.”
            “Siapa marah kau?”
            “Prof.”
            “Sebab lewat hantar thesis?”
            “Aah.”
            “Siapa suruh lewat-lewat hantar?”
            “Terlupa.”
            “Bawa sangat perangai dari matrik dengan degree ke master. Baguslah tu.”
            “Aku nak kau tenangkan aku, ni kena bebel pula.”
            “Hm.. eh, aku nak tanya kau something ni.” Q meletakkan kedua tangannya ke atas meja.
            “Apa dia?” Keyla jungkit kening.
            “Kalau aku masukkan menu tambahan dalam cafe ni, okay tak?”
            “Menu apa?”
            “Aku ingat nak tambah bahagian beverage.”
            “Tambah apa lagi?”
            “Ice lemon tea?”
            “Hah! Baguslah. Sekarang banyak cafe buat macam tu tau. Takdelah semua minuman nak bersusu aje. Boleh gemuk tahu!”
            “Tolong aku buatkan menu baru?”
            “Boleh aje. Kau nak bila?”
            “Bila-bila kau free.”
            “Malam ni aku buatkan, okay?”
            “Ada thesis lain tak yang kau nak kena siapkan dulu?” Q ambil perhatian akan pelajaran Keyla.
            “Thesis tu memang takkan habis lah kan. Tapi aku boleh bagi masa aku untuk sayang aku ni! Kejap aje pun.”
            “Kau siapkan kerja kau dulu! Baru buat menu tu.” Q bangun dari tempat duduknya. Keyla berkerut dahi. Ni kalau dah dapat warning sampai Q tunjuk jari ni, memang kena siapkan thesis dulu ni!
            “Ala.. kejap aje!” Keyla memujuk. Sebenarnya dia rimas dengan thesis yang tiada kesudahan.
            “Siapkan dulu!” Q bertegas.
            “Tapi..”
            “Siapkan dulu!” ulang Q. Keyla memuncung. ‘Siapkan dulu, siapkan dulu.’ Ajuk Keyla tanpa suara.
            “Jangan mengajuklah!” marah Q. Keyla ketawa.


AKIRA berjalan mundar-mandir di dalam biliknya. Wajahnya pucat. Dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar dan menggigit kukunya. Itu yang dia akan lakukan bila dia dalam kebingungan.
            “Doc.” Panggil seorang jururawat yang menjenguk kepalanya ke dalam bilik Akira.
            “Yeah?” Akira sedikit terkejut.
            “Patient dah mula sedarkan diri.” Kata jururawat itu. Akira mengangguk. Sedikit lega. Berkurangan sedikit bebenan dia.
            Telefon dia kemudiannya berbunyi. Q. Hmm. Dengan lemah Akira menjawab.
            “Kenapa ni sayang oi? Ada masalah? Nak share dengan aku?” tanya Akira.
            “Hah? Takdelah. Aku risaukan kau. Kau tergesa-gesa pergi hospital tadi. Ada apa-apa masalah ke?” Q khuatir keadaan Akira.
            “Hmm. Aku okaylah.” Akira memicit kepalanya yang sedikit pening. Sayangnya dia pada Q dan Keyla.. Walaupun di dalam rumah itu, dia yang paling tua, dia tetap berkeras untuk beraku-engkau dengan mereka berdua. Lebih merapatkan katanya.
            “Malam ni kau tak balik ke?” Keyla merampas telefon untuk bercakap dengan Akira. Akira tersenyum.
            “Kenapa? Rindukan aku ke?”
            “Eii! Tolonglah! Siapa nak masakkan makan malam?” Keyla mencebik.
            “Amboi! Anak dara dah besar, tolonglah! Pandaikan diri tu untuk masak-memasak okay.”
            “Tapi kakak kita masak lagi sedap!” jerit Q di belakang.
            “Woi! Kau orang buat loudspeaker ke ni?”
            “Ha’ah.” Keyla ketawa kecil.
            “Kan dah kata! Mesti kau orang rindukan akulah.” Akira duduk bersilang kaki.
            “Menyampah. Dah lah. Kau on call sampai bila?” soal Q.
            “Dah nama pun on call. Esok baru baliklah.”
            “Hmm. Okay. Tapi kau okay kan?” tanya Keyla pula.
            “Ha? Hmm.” Akira menunduk. Aku okay. Bisiknya kecil.
            “Okaylah kalau macam tu. Jaga diri okay? Kalau malam ni kita orang hantar bekal, boleh tak cik doktor?” Q risau Akira tak makan. Akira tersenyum. Air matanya menitis sedikit. Maafkan aku.. dia mengesat air matanya.
            “Mestilah boleh!”
            “Malam nanti kita orang sampai, okay? Tunggu tau!” Keyla seronok. Boleh cuci mata kalau pergi hospital. Nak mengorat doktor! Niat Keyla. Q yang perasan sengihan nakal Keyla terus mengetuk kepala sahabatnya.
            “Jangan nak sengih macam The Grinch okay? Aku tahu sangat niat dalam kepala kau tu.” Ujar Q lantas meneruskan kerjanya mengemas kafe. Ada beberapa orang yang baru masuk kafe.
            “Kau free kan? Cepat tolong aku!” Q kembali semula kepada Keyla dan mencuit bahu gadis itu.
            “Baik tuan!” Keyla bangun dan membuat kerjanya.


FAHMI tersenyum dalam keretanya. Entah ke mana lagi yang dia perlu pergi. Dia sendiri pun tak tahu. Ingatkan nak acah sahaja tadi. Tak sangka pula yang Q tidak akan memujuknya supaya tinggal di sana. Jam dikerling. Ni kalau balik ke kafe, cheesecake mesti dah boleh makan!
            Kereta dipandu laju menuju ke Torta Cafe semula.
            “Assalamualaikum.” Fahmi berjalan masuk ke dalam kafe. Keyla menoleh. Eh? Dia?
            “Waalaikumussalam.” Jawab Keyla.
            “Q ada?”
            “Ada. Kat dapur. Kejap.” Ujar Keyla teragak-agak.
            “Q! Budak semalam.”
            “Hm? Yang mana?”
            “Budak lepasan SPM yang comel tu.”
            “Hah? Dia datang balik?”
            “Apa maksud kau, datang balik?” Keyla pelik. Q tersenyum. Balik juga budak ni! Q terus meninggalkan Keyla dan menuju ke depan.
            “Hah. Nak apa? Tadi kata nak balik. Ni kenapa datang balik?” tanya Q.
            “Kenapa cakap kejam sangat? Saya nak kek saya.” Minta Fahmi sambil menghulur kedua tangannya.
            “Kek?” Q garu kepala. Ahhh shoot! Kek tu aku dah bagi kat Harith.
            “Emm. Kek belum siaplah.” Tipu Q.
            “Hah? Takkan tak siap lagi? Dah berapa lama ada dalam peti sejuk tu!” Fahmi tak puas hati.
            “Er.. actually kan.. kek tu saya dah bagi kat orang lain.” Q merenung anak mata Fahmi yang nyata hampa.
            “Mana adil. Saya yang minta dulu.” Fahmi menyandar di kaunter sambil memeluk tubuh membelakangi Q. Ahh. Merajuk pula. Satu hal aku nak kena pujuk. Payah kalau umur dah tua tapi perangai macam budak kecil.
            “Saya buatkan yang lain, okay?” Q cuba memujuk. Dalam hati dia berharap agar Fahmi menoleh kembali memandangnya.
            “Bila tahun pula nak siap?” Fahmi masih berkeras.
            “Hmm. Dalam masa dua jam?” Q tersengih. Masih mengharapkan agar Fahmi berpusing.
            “Baik tak payah. Nak ulang-alik. Ni dah masuk tiga kali datang sini untuk hari ni aje.”
            “Kalau saya minta awak stay untuk tunggu, boleh?” tanya Q. Terus Fahmi berpaling.
            “Dan kasi saya masuk dapur tengok awak buat kek!” tambah Fahmi. Q mengerutkan dahi. Melampau betul. Dah bagi kuku kaki, nak jari kaki pula!
            “Okay.” Putus Q sambil menjeling lemah.
            “Dan ajar saya buat kek juga!” Fahmi menjungkit-jungkit keningnya sambil tersengih.
            “Ini dah melampau. Mengada!”
            “Boleh lah!” pujuk Fahmi.
            “Kalau saya kata tak boleh?” Q menduga.
            “Takpelah. Bye.” Fahmi berkira untuk pergi kali kedua.
            “Hey!” jerit Q.
            “Tahu pun takut saya balik.” Fahmi kembali menapak ke arah Q.
            “Mana ada. Saya panggil sebab takut awak kempunan tengah malam karang.” Q mencebik dan masuk ke dapur. Keyla hanya memerhati drama antara dua orang perempuan dan lelaki ini.
            Fahmi membuntuti. Sengihannya jelas terserlah. Dia sempat mengenyit mata kepada Keyla yang bersandar di pintu dapur.
            Keyla tergamam. Mak ai! Ni bukan kategori hensem, tapi comel! Boleh cair hati ni meleleh-leleh.
            Beza ya antara hensem dan comel. Comel lebih mudah didekati dan.. semuanya tentang dia pasti comel! Keyla sudah berbunga-bunga dalam hati.
            “Keyla, jangan nak sengih sangat.” Kata Q dari dalam dapur. Tahu sangat apa yang Keyla fikirkan tentang Fahmi. Dari tadi dia nak masuk dapur, dia sudah nampak muka Keyla yang kadang senyum, kadang sengih memandang Fahmi.
            Fahmi menggigit bibir sambil menoleh untuk memandang Keyla. Tersengih ke? Biarlah. Payah nak menenangkan orang yang gilakan muka comel macam aku ni. Bisik Fahmi. Dia menjelir lidah sedikit. Perasan!
            “Serius nak belajar buat cheese cake, ni?” Q bertanya untuk kepastian.
            Fahmi mengangguk-angguk tanda bersungguh-sungguh.
            “Hmm. Cuci tangan. Pakai glove. Glove kat atas tu.” Q menunjuk dengan jari telunjuknya ke arah di mana dia menyimpan sarung tangan plastik.
            “Jangan lupa pakai apron. Apron gantung kat tepi peti sejuk.” Sambung Q. Dia sudah bersiap sedia. Hanya menunggu Fahmi yang masih terhegeh-hegeh.
            “Dah ready?” Q merenung Fahmi yang terkial-kial memakai apron.
            “Ni, tolong ikatkan?” Fahmi mengundur ke arah Q. Q terus mengikat apron Fahmi.
            “Haih.. rasa macam pengantin baru.” Tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Fahmi. Q terkedu. Dia menolak tubuh Fahmi kemudiannya.
            “Keluarkan oreo dari dalam peti sejuk. Lepastu asingkan krim dia dengan biskut. We need the biscuits.” Arah Q. Fahmi mengangguk. Walaupun dia terkial-kial untuk mengasingkan krim dari biskut, Q tetap bersabar.
            “Q, berapa banyak biskut nak?” tanya Fahmi.
            “Tiga paket.”
            “Nak asingkan semua krim ke?”
            “Yelah.”
            “Bazirnya.”
            “Kalau tak nak bazir, makan semua krim tu sendiri.” Ujar Q.
            “Janganlah marah-marah. Kita cakap aje.”
            Q menjeling Fahmi. “Buat kerja jangan banyak mulut. Memasak ni bukan macam lukis pelan. Air liur terkeluar tu tak pasal-pasal masuk dalam kek.”
            “Biarlah. Baru ummmpphh!” Fahmi buat gaya chef mencium jari.
            “Nak belajar ke tidak?” ugut Q.
            “Iya! Iya!!” Fahmi mengalah. Usik sikit pun tak boleh. Q mencebik. Tahu pun takut.


Q begitu bersungguh-sungguh menyiapkan cheese cake yang dipinta Fahmi. Sedangkan lelaki itu hanya tahu mengusiknya. Adakalanya lelaki itu serius, adakala lelaki itu suka betul main-main.
            Biskut oreo sebanyak 30 keping yang telah dibuang krimnya dikisar halus. Suku cawan butter dicairkan. Kemudiannya Q dah Fahmi bersama-sama menggaul rata oreo yang telah dikisar bersama butter.
            Fahmi mengerling Q. Haruman dari badan Q sedikit sebanyak menggugat keimanannya. Ini rapat sangat ni. Fahmi sedar dia salah. Dia perlu berganjak ke tepi. Tapi kaki masih tidak terangkat untuk diubah. Akhirnya dia membiarkan dirinya kaku sambil menggaul sebatian.
            “Lepas ni, masukkan adunan ni dalam loyang. Before tu, kena alas dulu loyang ni.” Q bersuara. Keyla memeluk tubuh sambil menonton ‘romantika’ pasangan ini.
            “Sebelum tu, kena panaskan dulu oven. 180 celcius. Ingat tau! Kalau nak buat kat rumah, kena ingat! 180 celcius!” pesan Q. Fahmi hanya merenung Q. Sedangkan Q begitu khusyuk membuat kerjanya.
            Indah. Perempuan biasa yang tidak terlalu cantik, tidak terlalu hodoh, just so-so. Komen Fahmi sendiri. Kecantikan itu subjektif. Hati yang menonjolkan diri seseorang. Hati...
            Dua cawan krim cheese dilembutkan, setengah cawan gula dikisar supaya menjadi halus, setengah cawan krim masam disediakan, dua biji telur dibasuh oleh Q manakala satu cawan oreo dicincang halus oleh Fahmi.
            “Pukul cream cheese, gula, setengah sudu teh esen vanila sampai sebati. Jangan laju sangat. Just nice.” Arah Q. Fahmi termangu. Ha?
            “Macam mana?”
            “Awak ni, takkan tu pun tak tahu?”
            “Nama pun baru nak belajar. Cuba kalau saya suruh awak lukis pelan. Just so-so. Just nice. Boleh?”
            “Ei!!!” Q mengetap gigi lantas mengambil alih membuat tugasan.
            “Jangan pukul laju-laju. Sederhana aje.” Ujar Fahmi dari tepi. Q menjeling Fahmi. Terkekek-kekek Fahmi ketawa.
             Q malas nak layan. Dia memasukkan krim masam ke dalam adunan dan memukulnya lagi. Kemudiannya dia memasukkan telur yang sudah dibasuh satu persatu.
            “Ambil oreo yang awak potong tadi.” Pinta Q.
            “Ahh what?” Fahmi merenung anak mata Q.
            “Bagi oreo yang awak potong tadi.” Ulang Q.
            “Tak dengar dengan lengkaplah apa yang awak minta. Saya tak dengar perkataan, please.” Usik Fahmi.
            “Fahmi Alan Fikrash, please pass the oreo. Thanks.” Dengan mimik muka tidak rela untuk senyum, Q memaksa diri untuk senyum juga.
            “Uuuu~ awak ingat nama penuh saya.” Fahmi masih mengacah-acah untuk memberi bekas yang berisi biskut oreo itu.
            “Bagilah!!!!!!!!!!!!” jeritan Q mengejutkan para tetamu yang sedang menikmati makanan mereka. Keyla terkejut lantas mendapatkan para tetamu untuk meminta maaf.
            “Suara nyaring! Ni kalau mengaji ni, sedap.” Puji Fahmi.
            “Nak makan ke tidak?” giliran Q mengugut.
            “Ih! Mengugut!” Fahmi akhirnya menyerah bekas biskut itu. Q merampas dalam geram.
            Q mengacau-ngacau sebatian setelah memasukkan biskut yang dipotong-potong. Dia kemudiannya memasukkan adunan itu ke dalam loyang dan membakar secara ‘steam bake’.
            “Nah. Masukkan dalam oven. 45 minit. Lepas tu sejukkan.” Q memberikan loyang itu kepada Fahmi. Fahmi tersengih.
            “Alright sayang!” Fahmi terus berjalan menuju ke oven. Q terkedu. Jantungnya berdegup laju. Shoot! I hate it when it beats this hard!

24 comments:

  1. adeh ni bukan jantung Q je dup dap jantung kita yg baca pun turut serta nak lagi heheheh :) thanks ... best sgt3 ^_^

    ReplyDelete
  2. hikhik. writer pun nak berangan smpai dup dup :) haha

    ReplyDelete
  3. huhuhu sweetnyeeeer diorang ni !
    Senyum tk lekang dr awal baca.
    Fahmi ni tenang je perwatakan dy kn, sweet. Mudah ambil hati org, reader pun dah terambil hati ni. Haks haks.. Ada tak kat real life ni org mcm fahmi ni? Nak order 1 bwt I bleh tak? Ekeke
    Ain.... Nak lg please ! Jgn lma2 tw, nanti hati i tk tenang menanggung rindu. Lol ;))

    ReplyDelete
  4. hahaha. lelaki macam ni dalam real life..? hahaha. dengan bangga dan yakinnya ain kata ADA! hahahahaha. baik baik ^^

    ReplyDelete
  5. Iyeeee?? Waaaaaah...
    Mana dy? Introduce lah kt I Ain oi..
    Tak lah boring sgat hdup ni, bolehlah senyum selalu. Ahahaha

    ReplyDelete
  6. Hahaha. for sure la ain pikat dlu! mana boleh bg org lain kalau jumpe jenis cengginI! hahaha. XD

    ReplyDelete
  7. alaaaah cari lah 2 cm tu ek?
    Lgs call I bla dah dpt. Make sure, I'll be there as fast as I can. Lol ;p
    #kebulur sgt nak kahwin mcam.
    Hahahaaa

    ReplyDelete
  8. hhahaha. tk nak tknak. ain nak buat spare part kalau jumpa lagi cmtu. hahaha.

    ReplyDelete
  9. Huuuu mana aci mcm tu !
    Motor kot punya spare. Hahahaa
    Eeii, jgan lah tamak ain.
    Satu pun nt sure habis tw. Agkgkgk :p

    ReplyDelete
  10. hahahaha. syg la nak bg org. lalala~ kurung sorg dlm umah. lagi sorg bwk jalan2. hikhik

    ReplyDelete
  11. Oowh.. Dah pandai main kayuh 3 yeer ! I report Daniel nanti. #glup! Pulak. Hahahaha

    ReplyDelete
  12. oh no no no.. hati i skang pafa fahmi. no more danial :)

    ReplyDelete
  13. cewah ! Mcam ni lah rupa pompuan jman skrg eh. Dah ade baru, yg lampau buang longkang. Isy isy isy..

    ReplyDelete
  14. hahaha. what to do? bukan jodoh. lalalalala

    ReplyDelete
  15. ye lah ye lah..
    Klw mcm tu tk dpt fahmi. Danial pun blh lah. Ekeke :p

    ReplyDelete
  16. Eh , tp lw I tersermpak ngan fahmi kat jalan nanti. Rembat pun blh la ek? ;p nyahahahahaa

    ReplyDelete
  17. hahahahahaha. try la. lalala~ t cte kat ain if jumpa! hahah

    ReplyDelete
  18. Sure lah beb !
    Kita kn rival, kene lah bgi report musuh. Baru best game ni! Hahahaa xD

    ReplyDelete
  19. Aik? Diorang dah mula jatuh cinta ke ni? Wah~ Daebak! ^_^

    ReplyDelete
  20. suka ayat akak ni " Dah Bagi Kuku Kaki Nak Jari Kaki Pula " hahahah... x tercapai dek akal ku.. hahaha :D

    ReplyDelete