Keyla memasuk Torta Cafe dengan lemah. Dia tidak
berani menegur Q yang sedang membakar kek di dapur. Tapi kalau tak ditegur,
benda macam ni akan berterusan. Masing-masing akan bermasam muka. Seterusnya
akan meretakkan sesuatu perhubungan.
“Q, kau busy ke?” Keyla menjengah kepalanya ke dapur.
“Kenapa?” Q menoleh sekejap.
“Aku nak minta maaf.”
“Maaf? Untuk apa?”
“Pasal tadi.”
Q tidak mengambil pusing tentang isu itu. Dia sudapun
melupakan apa yang Keyla katakan. Ada benda lain yang mengganggu jiwanya ketika
ini.
Telefon Q berbunyi tanda mesej masuk.
“Kay, aku okay. Kau tolong kemaskan kat depan eh?”
pinta Q sebelum mengeluarkan sarung tangan plastiknya.
Dia mengeluarkan telefin bimbit dari poket hadapan
apronnya.
Fahmi : Busy?
Q :
Baking.
Fahmi : Rindu.
Q membulat mata. Q tersenyum sendiri. Dia menggeleng
kepalanya.
Q :
Pergi buat kerja.
Fahmi : Tak boleh.
Q :
Kenapa?
Fahmi : Rindu.
Q : Dah
lah. Q nak sambung baking.
Fahmi : Sanggup
tinggal baking, sebab saya kan? Mesti rindukan saya juga. Right?
Q :
Perasan.
Fahmi :
Hati-hati baking. Jangan sampai keluar asap hitam pula dari oven.
Q ketawa. Menyibuk betul budak ni. Dia menyimpan
kembali telefon bimbitnya ke dalam poket apron dan menyarung kembali sarung
tangan selepas mencuci tangannya. Kebersihan perlu diutamakan!
AKIRA menolak pintu Torta Cafe dengan lemah. Pakaiannya tidak bertukar
dari hari yang dia keluartergesa-gesa itu.
“Kira!” Keyla menjerit
apabila nampak kelibat Akira yang tua dua tahun dari dia dan Q.
“Hai.” Sapa Akira
lemah. Bibirnya pucat. Bukan takat bibir, habis semua wajahnya sekali pucat.
“Teruk sangat ke on
call?” tanya Keyla.
“Ha? Takdelah. Aku tak
sihat sangat.” Akira duduk di kerusi yang telah ditarik Keyla.
“Akira!” jerit Q dari
dapur. Akira tersenyum.
“Iya. Kau ada makanan
tak? Kempunan aku nak makan makanan yang kau orang masak semalam. Konon nak
hantar.. alih-alih semua terbongkang tidur. Aku call dua tiga kali baru nak
angkat.” Cebik Akira.
“Maaflah. Penat sangat
semalam.” Pujuk Keyla.
“Hey. I lagi penat
tau!” Akira terus meletakkan sisi wajahnya di atas meja.
“Aku nak tidur!”
rungut Akira.
“Tidurlah dalam bilik
staff tu. Macam tak biasa pula.” Balas Keyla.
Akira bangun dan duduk
menegak bila merasakan perutnya tidak selesa. “Kay.. busy tak?” soal Akira.
“Tak. Kenapa?”
“Jom pergi beli sushi.
Q pun suka makan kan?” bisik Akira.
“Baru dapat gaji ke?”
Keyla mengecilkan matanya.
“Bonus!”
“Nice!!!” Keyla bangun
dari kerusi. “Jom!” Keyla sudah tidak sabar.
“Kau drive. Aku letih
lah.” Pinta Akira.
“Baiklah puteriku Nur
Syakira.” Keyla seakan mengejek.
“Diamlah hulubalang
Akila Insyira.”
“Ni mesti pengaruh
Qurratu’ain Syafinaz dok sebut diamlah tak habis-habis.” Bebel Keyla.
“Shut up and drive.”
Akira menolak tubuh Keyla menuju ke pintu keluar.
“Q! Kita orang keluar
beli makan kejap!” jerit Akira dari depan. Q menoleh. Nak jerit sama pun tak
guna. Loceng yang berbunyi di pintu sudah menandakan mereka telah keluar dari
Torta.
Q yang baru sahaja
selesai menyiapkan dua biji kek, terus ke peti sejuk untuk membasahkan tekak
yang dahaga dengan air sejuk.
Telefonnya kembali
berbunyi.
Fahmi : Q....
Q : Kenapa?
Fahmi : Nak balik..
Q : Kenapa ni?
Fahmi : #renung dalam-dalam mata dia. Letih..
Q : Apa yang meletihkan sangat?
Fahmi : Kerja.
Q : Kerja mana yang tak penat? Ce cite?
Fahmi : Ummm. Kerja membuta.. membongak. Haha.
Q : Nice one.
Fahmi : Q... #kekelip mata.
Q : Apa lagi ni?
Fahmi : Jom pergi makan?
Q : Belum waktu lunch kan?
Fahmi : Lunch kejap lagi la maksudnya. Saya ambil?
Q : Kay dengan Kira dah belikan makanan.
Fahmi : Q... #melutut.
Q : Apa dia?
Fahmi : Jomlah..
Q : Sayanglah dah beli makanan. Nanti
membazir aje.
Fahmi : Q........... #guling-guling.
Q : Busy.
Fahmi : Q............ #goyang badan kiri kanan.
Q : Not gonna fall for that.
Fahmi : Q..... #dengan mata kucing yang bulat lagi
comel.
Q : Haha.
Fahmi : Q,
Q : What?
Fahmi : Gtg. Bye.
Pelik juga. Tadi bukan
main lagi nak ajak keluar makan. Tiba-tiba got-to-go pula? Q ketawa sendiri.
Apa yang kau harapkan, Q?
Q membancuh teh o’ ais
limau. Dia menyedut air itu setelah dibawa ke meja makan. Orang yang keluar
masuk ke dalam kafe dipandang. Ada yang datang berpasangan, ada yang datang
seorang diri. Untuk hari bekerja seperti hari Isnin, amat jarang kalau nak ada
keluarga yang datang.
Selesai minum
minumannya, Q mengerling jam di dinding. Sudah setengah jam Keyla dan Akira
keluar. Pergi cari barang makan kat mana entah? Kedai sebelah ni pun kedai
makan juga. Bukan main lama lagi keluar!
“Kak..” Seorang remaja
perempuan ke kaunter untuk membayar bil makanan.
Q sempat menghadiahkan
senyuman untuk gadis comel itu. “Terima kasih. Datang lagi.” Ujar Q. Gadis itu
mengangguk lantas pergi.
Seorang lelaki menapak
menuju ke kaunter. “Cik Q?” tanya lelaki itu. Q mengangguk.
“Yup. Kenapa?”
“Nah.” Lelaki itu
menyerahkan sebuah buku tulis sekolah rendah kepada Q. Q pelik.
“Untuk apa?”
“Buka dulu buku tu.”
Pinta lelaki itu.
Q merenung kulit buku
berwarna coklat itu. Dia membuka muka surat pertama.
Saya letih.
Awak letih tak? Nak pinjam bahu saya untuk tidur?
FAF
Q
kembali menala pandangannya pada lelaki yang tidak dikenali itu. “Saya tak
kenal awak pun.” Ujar Q.
“Memang
awak tak kenal saya. Tapi awak kenal orang yang tulis nota ni.” Jawab Asyraf.
“Siapa
yang tulis?” Q mengangkat buku dan menyoal lelaki itu.
“Tu,
bawah tu ada nama. Sementara you figure out siapa, saya pergi tengok roti
kejap.” Asyraf mengambil dulang yang disediakan bersama penyepit untuk memilih
roti.
Q
garu kepala. Takde orang lain yang suka drama melainkan Fahmi.. FAF.. hmm..
Fahmi Alan Fikrash. Q menggeleng.
“What
am I suppose to do?” tanya Q sedikit menjerit dek lelaki itu sudah menjauh dari
kaunter.
“Reply
dalam buku tu juga. I need the book.” Balas Asyraf. Q menggeleng. Fahmi, awak
sangat kebudak-budakan.
Saya tak letih.
Awak letih? Balik rumah tidur kat katil berbantal okay.
QS
Selesai
Asyraf memilih roti yang dia mahukan, dia ke kaunter.
“Dah
reply?” tanya Asyraf. Q mengangguk.
“Untung
awak.” Asyraf mengeluarkan dompetnya.
“Kenapa
pula?”
“Payah
nak tengok Fahmi macam tu.”
“Maksud
awak?”
“Dah
tiga tahun dia murung.”
“Murung?”
Q tak percaya. Lelaki macam Fahmi pun tahu murung ke?
“Awak
tak tahu pasal dia ke?”Asyraf pelik. Q menggeleng.
“Saya
baru kenal dia tak sampai tiga hari.” Jawab Q jujur. Asyraf ternganga.
“Serius?”
Q
mengangguk pula.
“Awak
mesti special pada dia.”
“Hm?”
Asyraf
lantas mengeluarkan sesuatu dari dompetnya. Ya. Wang kertas yang bernilai
seringgit. Wang itu sudah dilipat menjadi bentuk hati.
“Fahmi
minta saya berikan ni kat awak.” Asyraf menyerahkan wang kertas berbentuk hati
itu. Q terkedu.
“Hargai
dia.” Pesan Asyraf. “Ni berapa?” sambung Asyraf. Q tidak menjawab sehingga
Asyraf memetik jarinya menyedarkan Q ke alam nyata.
“Hello
cik Q? Ni berapa?” ulang Asyraf.
“Oh.
Kejap.”
Q
menyimpan wang kertas berbentuk hati itu ke dalam apronnya. Selesai Asyraf
membayar untuk roti itu, dia ambil kembali buku tulis itu.
“Awak
akan selalu nampak saya mulai saat ni.” Asyraf tersenyum. Terserlah lesung
pipitnya. Q hanya menghantar kelibat Asyraf dengan ekor matanya. Dia menyeluk
poket apronnya.
Wang
kertas berbentuk hati itu dikeluarkan. Dia merenung wang kertas itu. Ini
parah.. memang mudah sangat untuk jatuh hati kalau keadaan berterusan begini.
Rancangan nak mengelak, tapi tetap tak mampu. Kenapa? Setiap kali dia datang,
adakalanya rasa seronok, adakalanya rasa geram.
Q,
kau sedar tak? Kau lupakan Harith 100%! Sebelum ni, hari-hari kau menangis.
Kini, hari-hari kau tersenyum. Oh, walaupun baru tiga hari.
Q
mengembungkan pipi. Perlahan-lahan dia mengeluh. Bawah bibirnya digigit
sebelah. Kenapa mudah sangat?
Telefon
berbunyi.
Fahmi : Dapat dah?
Q : Thanks.
Fahmi : Keep the heart as your mas kawen. :D
Q : Seringgit?
Fahmi : Serendah-rendah mahar, adalah yang terbaik,
kan?
Q : Siapa kata nak kawen dengan awak?
Fahmi : Saya kata.
Q : Saya tak kata apa pun. Awak yang
kata.
Fahmi : #heret kaki melekat kat pintu. Sedih.
Q : Quit the drama.
Fahmi : Haha. I have to go. Bye dear. J doakan plan saya diterima.
Q : Best of luck.
Fahmi : Tak nak kiss?
Q : Bukan mahram.
Fahmi : I’m gonna make you be the one.
Q
tidak membalas. Dia nak senyum. Tapi dalam pada masa yang sama, dia takut. Takut
kalau dia mudah sangat jatuh hati pada orang yang salah. Takut jika benda yang
sama akan berulang. Takut jika dia sendiri perlu bertindak seperti sebelum ini.
Takut jika air mata tidak dapat disekat lagi. Dia takut semuanya.
“Apa
yang dahi berkerut macam nenek-nenek ni?” sergah Akira.
“Hmm?”
Q mengangkat wajah. Terus dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket
seluar. Apron ditanggalkan dan digantung di tempat biasa.
“Lamanya
kau orang pergi beli makan.” Q keluar dari dapur, manakala Akira masuk ke dapur
untuk mencuci tangan.
“Makan
kat sini, or kat belakang?” tanya Keyla yang sedang menjinjit beg plastik
berisi sushi.
“Mak
ai! Ni ada orang baru dapat gaji ke cemana?” Q teruja. Manakan tidak? Favourite
kot.
“Bonus
lah.” Balas Keyla.
“Uuu~
boleh lah malam ni orang tu belanja kita makan besar.” Q menjungkit-jungkit
kening kepada Akira yang baru datang.
“Amboi-amboi!
Mentang-mentang aku baru loaded sikit, semua nak panjat atas aku kan? Kokak aku
dibuatnya kalau duduk dengan kau orang ni.” Akira mengambil tempat.
“Makan
kat sini ke? Aku tanya tak berjawab pun!” Keyla geram apabila soalan dia tidak
berjawab.
“Ala,
kedai aku. Customer makan kat sana, kita makan kat sini. Dekat dengan kaunter.
Kalau makan kat belakang nanti, orang nak bayar payah pula nak ke hulu ke
hilir.” Q turut sama mengambil tempat. Dia menggosok-gosokkan tangan tanda
tidak sabar.
“Okay!”
Keyla menarik kerusi dan duduk.
Jarum
jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Makanan tengah hari mereka? Sushi!
ASYRAF mendekati Fahmi yang sedang leka melukis pelan
di dalam biliknya. Sibuk sungguh dengan pelan yang baru dia dapat tadi.
Kadang-kadang dahi lelaki itu berkerut, kadang-kadang dia memuncungkan bibir,
kadang-kadang dia mengelipkan mata beberapa kali. Seorang diri pun boleh
berlagak comel lagi. Nak tayang kat siapa pun tak tahulah. Fahmi..Fahmi.
“Roti
kau dah sampai.” Sergah Asyraf.
“Hey!
Bagi salam dulu! Nasib baik aku tak terconteng pelan aku!” bebel Fahmi. Asyraf
ketawa.
“Aku
tak sure kau ni lukis pelan ke, lukis si Q tu. Muka tak boleh blah. Angau
sangat eh?” Asyraf meletakkan roti ke atas meja kecil yang tersedia. Fahmi
hanya ketawa kecil.
“Dah
bagi buku tu?” Fahmi terus mendekati Asyraf.
“Nah.”
Asyraf memulangkan buku tulis itu kepada Fahmi. Dengan segera Fahmi membacanya.
Senyumannya kalau boleh nak sampai ke pipi gaya The Grinch.
“Seronok?”
usik Asyraf. Fahmi mengalih pandangan kepada Asyraf lantas mengangguk laju
beberapa kali macam budak sekolah rendah dapat beg baru!
Asyraf
tersenyum. “Berapa lama kau tunggu untuk jumpa bidadari macam ni eh? Emm. Tak
salah aku, tiga tahun. Kan?” Asyraf menggaru-gari dagu.
“Diamlah.”
Fahmi menolak sedikit bahu Asyraf sambil menjeling manja. Fahmi terkedu. Nampak
tak? Perangai Q dah meresap dalam dirinya.
“Aku
bukan Q lah kau nak jeling-jeling macam tu. Kalau kau perempuan, dah lama aku
baham tau!”
“Ahh
tidak.. tolong! Ada orang nak perkosa saya.” Dengan gaya lembut seakan
mengejek, Fahmi ketawa sendiri. Memang perangai kau tiga tahun lalu, Fahmi..
“Quit
the drama, Fahmi.” Kata Asyraf sambil mengambil tempat di sofa yang tersedia.
Fahmi tersedak. Macam yang Q kata.
“Eh!
Ayat tu!! Tak boleh guna! Tak boleh!!” Fahmi kembali mendekati Asyraf. Terkejut
dibuatnya si Asyraf. Apa pula salah aku ni?
“Ayat
apa?”
“Quit
the drama tu.”
“Lah..
kenapa?”
“Q
aje boleh sebut kat aku!”
“Pasal
tu aje?” Asyraf jungkit kening. Parah.
“Mestilah.
Sensitiviti masyarakat tau.”
“Orang
yang buta cinta macam kau aje yang sensitif.”
“Kau
takde kerja ke nak buat?” Fahmi ubah topik.
“Amboi-amboi.
Kau dah minta aku ulang-alik tempat Q dengan office, banyak mulut pula! Upah
aku mana?” Asyraf menadah tangan.
“Kau
tolong ni, tak ikhlas lah?”
“Habis
duit minyak aku tau! Kereta aku tu bukan jenis jimat minyak tau.”
“Siapa
suruh tak pakai hybrid. Gaji aje besar.”
“Kalau
aku kaya macam kau, boleh la aku pakai hybrid!”
“Ni
bukan soal kaya tak kaya. Kau yang kedekut! Gaji lagi besar dari aku, tapi tak
reti nak guna. Ke kau nak simpan untuk kahwin?” jerat Fahmi.
“Ye
kot.”
“Kau
nak kahwin dah ke?” Fahmi seakan tak percaya.
“Haih.
Nantilah aku cerita. Makan roti kau tu! Aku pergi bilik aku dulu.” Asyraf terus
keluar dari bilik Fahmi.
Fahmi
duduk di kerusinya sambil goyang kaki.. Q~ aishh. Tersengih-sengih dia
dibuatnya.
Ain bg jampi2 k kt novel ni?
ReplyDeleteAsal I yg dag dig dug cam I lak yg angau ni. Ahahahaa
Makin sweet jer pakwe I tu erk? ;p
Aiiin, nak lagi. Pleaseeee ... !
#bwt mata garfield
hahahaha. tergoda dengan fahmi? hahah
ReplyDeleteha'ah laaaa...
ReplyDeleteI btul2 tk lalu makan tw sharian ni.
Asik dok ulang alik kt blog u jer. Ekeke
hahaha. mengadaaa! hahah . mine! haha
ReplyDeleteHahahaaa btul lah i ckap.
ReplyDeleteSo, bla nak update lg ni? Hehee
hahah. tengok lah. esok ke, lusa ke. lalalal
ReplyDeletehuhuhuhu..
ReplyDeleteBroadband pun dah msk time limit pulak ni. Hiks hiks..
Oh ya, good job ain !
Jgan berhenti berkarya yeer..
I akn sll sabar tunggu next n3 novel ni. Ganbatte ne !!! ^0^ /
haha. thanks inayah! ^^ insya Allah!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteseriously ..best giler..nak lagi n3 baru :)
ReplyDeleteadesssss ain.... untuk bab 1 ke 5 je dah nak dekat 10 kali ulang ... yg ni akan di ulang baca lagi dan lagi sampai bab 7 muncul hahahah .. tak tahan aku tak tahan ... fahmiku hahahahaha i lap u heheheh ^_^
ReplyDeletenur : thanks :) hihi.
ReplyDeletejee joong : heyyy! tak boleh! this man is mine. hahahaha
comel! sweet! rasa mcm dh terjatuh hati kat Fahmi.. acano nie? gawat!
ReplyDeleteWah~ Saya dah jatuh hati kat Fahmi Alan Fikrash la, Kak Ain.
ReplyDeleteCemane ni Kak? Huuhuu~~~!
tengah dok melukis pelan sorang-sorang pun sempat lagi nak berlagak comel eak? LOL XDDD
hahaha.. fall in love with fahmi.. tp.. knapa akak guna ' drama ' duit seringgit yg berbentuk heart tu ?? akak buat sy teringat kenangan sy yg dulu.. :'(.. apa2 pun best sngt novel ni.. 10 out 10 .. :D
ReplyDelete