Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Wednesday, June 7, 2017

My Ladyboss

 

| will be updated soon |

Sinopsis

Khazqil (Haz) seorang anak yang datang dari golongan berada. Dia tak perlu risaukan duit sepanjang hidup dia. Jadinya dia memilih untuk goyang kaki dan menikmati hidup bujangnya. Zouk itu umpama rumah keduanya. Halal haram dia tolak ke tepi seolah Islam itu atas IC sahaja.
            Muak dengan perangai Haz yang sudah berada di hujung 20-an, Bakhtiar nekad untuk mengajar anak bujangnya itu erti kehidupan sebenar. Semua kemudahan disekat, termasuk wang di dalam banknya sendiri!
            Haz dipaksa untuk berpijak pada bumi yang nyata. Tanpa Wang poket, Haz terpaksa memulakan kehidupan sendirian tanpa bantuan orang tua. Dahlah kad kena tarik, rumah kena usir, duit takde pulak tu!
            Secara kebetulan, Haz dan Balqis bertemu membuka cerita enam tahun lepas ketika mereka berada di Scotland, UK.
            “Kau nak jadi girlfriend aku tak?”
            Angguk.
            “Kidding! Aku layak jadi bos kau aje.” Haz ketawa berdekah dengan rakan-rakannya membuatkan Balqis malu.
            Lihatlah kini. Mereka berdiri di hadapan satu sama lain. Tetapi dalam dua keadaan yang berbeza. Haz meminta bantuan Balqis atas dasar cerita silam mereka. Jenuh dipujuk, jenuh dirayu, Balqis akhirnya setuju.
            “I takkan kasi sesen pun kat you dengan sewenang-wenangnya. I boleh sediakan makan aje untuk you. You nak duit? Work hard for it. And I will only pay you hujung bulan. No advance payment.”
            Haz tiada pilihan. Sangkanya bila umur dah mula masuk 30-an, dia akan menjadi seorang bos. Siapa nak sangka, wanita yang dilekehkan ini pula ambil jawatan itu! Hah makan riak, Haz oi!
            Tapi sejauh mana Haz akan setia di bawah tapak kaki Balqis? Sanggup ke dia tahan dengan ladyboss itu?

No comments:

Post a Comment