“Siapa tu Nu?” Ajda siku Nunu yang masih
memandang mendongak ke arah Alan.
“Entah.”
Nunu kembali menyambung kunyahan dan tidak mempedulikan Alan yang berdiri dari
tadi. Lelaki itu ketap gigi dan terus ambil tempat di sisi Nunu.
“Hai.
I Alan. Call me El.” Alan senyum ramah. Ajda dan Dalila hampir tersedak bila
lelaki itu duduk dalam kalangan mereka.
“Er..
hai.” Dalila sengih canggung.
“Awak
nak apa? Awak ikut saya ke?” jeling Nunu. ‘Eh geram pula aku dengan mamat ni.
Psiko ke apa?’
“I
call you, kenapa you angkat and biar aje phone call tu tak bersahut?”
kerut-kerut dahi Alan.
“Hensem
doh.” Bisik Ajda pada Dalila.
“Aku
rasa macam dah kenyang tengok muka dia aje. Kalau hari-hari dapat tengok muka
ni, boleh kurus aku.” Tersengih-sengih Dalila dan Ajda. Padahal situasi Alan
dan Nunu sedang dingin.
“Suka
hati sayalah nak jawab ke tak.” Nunu bangun dari lantai konkrit dan berlalu.
“Nak
pergi mana?” jantung Alan cepat aje berdebar bila Nunu pergi jauh darinya. Dia
takut kalau Nunu ulang benda yang sama dekat tempat yang sama pula tu.
Nunu
tidak menjawab. Dalila dan Ajda jadi hairan. Drama apa pula dia orang buat ni.
Nunu berjalan di sebelah tembok jambatan. Cepat-cepat Alan berlari mengejar
Nunu.
“Nak
bunuh diri lagi?!” tempik Alan seraya menarik lengan Nunu. Lidah Nunu menjadi
kelu. Ajda dan Dalila terkejut. ‘Apa maksud dia, bunuh diri.. LAGI?’
“Awak
ni dah kenapa?!” bentak Nunu. Geram bila dituduh yang bukan-bukan. Marah bila
Alan cakap kuat-kuat beri Dalila dan Ajda dengar.
“I
tak nak you buat silap yang sama, Nunu.”
“I’m
not! Boleh tak awak berhenti judge saya? Awak ingat bila awak tolong saya
dapatkan kerja tu, sediakan tempat tinggal untuk saya, then saya kena ikut
semua telunjuk awak? Guess what, pergi mampus!” luah Nunu.
“Dal..
kita ni silap timing ke?” Ajda tengok dari jauh aje Nunu dan Alan bertekak.
“I
cuma nak tolong. Susah ke untuk you faham?”
“I
don’t need your help!”
“Tapi
I perlu tahu yang you sentiasa okay.”
“For
what?! Saya tak perlukan orang untuk ambil berat pasal saya lagi dah.”
“But
I want to!” geram betul Alan dengan Nunu ni. Kepala dia lah kan. Keras macam
besi padu yang jenis kalau ketuk seribu kali pun takkan meleding.
“Uu.
Aku rasa macam tengok cerita hindustan.” Dalila gigit biskut macadamia.
“Pergi
mampus dengan apa yang awak nak tu. Sebab saya tak peduli sikit pun!” Nunu
berjalan menuju ke kereta Myvi milik Ajda.
“Jeda!”
panggil Nunu dari jauh menunjukkan isyarat supaya mereka pulang segera.
Terkial-kial Dalila dan Ajda bangun dari lantai konkrit dan berlari mendapatkan
Nunu. Sempat mereka lambat tangan kepada Alan dengan senyuman. Ada hati lagi tu
nak pikat.
Alan
hela nafas berat. ‘Hari tu okay aje. Tiba-tiba takde puting beliung, takde
gempa bumi, takde tsunami, terus nak mengamuk macam ni. Dapat kerja pun nak
melenting ke?’
“BAIK KAU cerita kat kita orang
sekarang, apa yang jadi sebenarnya. Siapa Alan tu, apa yang dia merepek kata
kau nak bunuh diri lagi, and kenapa kau marah betul dengan dia?” Dalila pandang
ke tempat duduk belakang.
“Aku
dah penatlah. Boleh tak tolong hantar aku balik?” Nunu bersandar di kerusi.
“Selagi
kau tak cerita, selagi tu aku takkan hantar kau balik.” Ugut Ajda.
“Hey,
kau orang ada exam kan lagi tiga hari. Daripada kau orang melepak dengan aku,
baik kau balik belajar.” Bebel Nunu.
“Esok
pun boleh belajar.” Jawab Dalila.
“Lepas
tu mengadu kat aku tak boleh jawablah, apalah.” Nunu kecilkan mata.
“Jangan
nak lari, Nu. Kita orang nak kau cerita apa yang jadi.” Ajda naik geram.
“Nantilah
lepas kau orang habis exam, aku cerita.”
“Kau
nak cerita sekarang, atau kita orang hantar kau kat Alan hensem tu. Pilih.”
Ajda lihat kereta Alan yang masih tidak berganjak di belakang mereka melalui
cermin tengah kereta.
Nunu
mengeluh. “Fine. Tapi please, gerak sekarang.”
“Sure.”
“KENAPA kau tak pernah cerita dekat kita
orang?” Dalila kesat air mata yang jatuh. Nunu hanya senyum tawar.
“Untuk
apa?”
“Yelah.
Kalau kita orang tahu hidup kau susah macam ni, kita orang boleh tolonglah.”
“18
tahun aku dah hidup senang. Ni baru tiga tahun aku belajar hidup susah.”
“Tapi
Auntie Ma kau pun, Ya Allah kalau aku jumpa dia.. aku cabut-cabut gigi dia guna
playar. Kurang ajar gila.” Ajda genggam penumbuk.
“Hari
tu kau kata mak ayah kau kerja biasa-biasa aje.” Dalila kerut dahi. Nunu
tergelak.
“Buat
apa aku bagi tahu orang yang mama ayah aku kerja besar, gaji berjuta? Aku tak
bagi tahu orang pun, dah berderet orang benci aku. Lagi kalau aku cakap aku
anak orang berada waktu tu, lagi la orang mengutuk belakang aku kata
macam-macam.”
“Kau
ingat kita orang benci kau ke?” Dalila masam mencuka.
“At
least aku tahu kau orang ikhlas kawan dengan aku. Bukan sebab duit aku.” Nunu
cubit pipi chubby Dalila.
“Eh,
boyfriend kau yang bawa BMW tu apa cerita? Dia tak ajak kau kahwin?” Ajda baru
teringatkan lelaki itu.
“Dia?
Haha. Lepas mama ayah aku bankrap, aku tinggal sehelai sepinggang, dia pun
blah. Dia konon cakap nak fokus belajarlah apalah. Dia ingat aku percaya pula.”
Sengih Nunu.
“Ei
jahatnya lelaki tu! Ni lagi seekor kalau aku jumpa, aku cabut kuku kaki dia
satu-satu.” Marah betul si Ajda ni.
“Kau
ni memang suka mencabut-cabut eh?” jeling Nunu.
“Yang
pasal Alan tu pula?” itu sebenarnya soalan yang tak sabar-sabar mereka dengar
jawapannya.
“Okay.
Aku jumpa dia waktu kat jambatan Putrajaya minggu lepas. Kalau kau kat tempat
aku pun, mesti kau tak boleh nak fikir jalan penyelesaian kan? Aku decide nak
terjun dari jambatan aje time tu.”
“Ya
Allah, Nunu! Boleh aje kau call kita orang.” Dalila capai jemari Nunu. Hanya
senyum nipis yang Nunu beri.
“It
turned out, dia nampak aku and tiba-tiba aku pengsan. Bangun-bangun aje aku kat
hospital. Rupanya dia doktor dekat hospital tu. Dia buka mata aku betapa hidup
itu penting. So aku rasa macam okay lah kan dengan dia. Memang niat dia nak
tolong aku. Sebelum aku nak pergi bunuh diri tu, aku dah berhenti semua kerja
aku. Jadi bila dah jadi macam ni, aku terpaksa cari kerja baru. Tambahan Auntie
Ma halau aku keluar pula. So Alan yang tolong aku cari kerja.”
“Baiknya
dia. Habis tu yang kau marah dia sangat kenapa?” Ajda bersuara.
“Tempat
kerja yang dia bagi aku tu sebenarnya dulu syarikat ayah aku. Dan dia adalah
salah seorang pemegang saham yang terbesar. Bapa dia rupanya partner ayah aku
dulu yang buatkan ayah aku bankrap. Aku hilang kedua orang tua aku sebab bapa
dia. Kau rasa?”
“Oh
my God. Kecilnya dunia. So sebab tu kau marah dia? Dia tak kenal kau ke?”
“Tak.
Lagipun kali terakhir aku pergi syarikat ayah aku waktu aku form 2. Waktu tu
berhingus lagi. Bapa dia pun aku rasa tak cam aku.”
“So
kau nak buat apa sekarang?”
“Waktu
interview hari tu puas aku mengutuk panel. Aku ingat memang tak nak kerja kat
situlah. Eh tiba-tiba dapat pula. Sekarang aku dah tahulah macam mana aku boleh
dapat kerja sana walaupun perangai aku macam syaitan. So sekarang aku tak tahu
nak buat apa.”
“Hm..
kalau aku kat tempat kau. Aku kerja aje kat sana. Alan tu pun nampak macam suka
kau. Waktu ni lah kau nak gunakan peluang kau untuk balas dendam. Rampas balik
apa yang sepatutnya jadi milik kau.” Selamba ada Ajda meluahkan apa yang dia
rasa tanpa berfikir kesan daripada ucapannya itu.
Nunu
jadi terdiam. Kenapa dia tak terfikirkan itu?
HARI PERTAMA. Nunu tarik nafas dalam
sebelum melepaskanya semua dalam satu masa. Dia perlu balas dendam. Kalau dia
tak mampu rampas balik pun apa yang sepatutnya jadi miliknya, buat hidup mereka
caca-marba pun takpe.
“Saya
nak lapor diri.” Beritahu Nunu kepada kaunter di lobi.
“Nur
Aina?” suara lelaki separuh abad itu kedengaran. Pantas Nunu toleh ke belakang.
Dia telan air liur.
“Encik
warna misai tak cukup rata tu. Encik buat sendiri ke?” Nunu tunjuk hujung misai
Encik Zubir yang ada sedikit putihnya. Nak hitamkan macam orang muda, tapi tak
pandai nak ratakan. Buat malu aje.
Nunu jadi teringat teguran dia kepada
lelaki itu minggu lepas. Merah padam muka lelaki itu dibuatnya.
“Ikut
saya.” Arah Encik Zubir. Nunu hanya membuntuti.
“Dah
sampai pun, cik Nur Aina kita.” Puan Rozita pandang Nunu atas bawah dengan mata
slanted eyes dia. Weh pandang macam nak terkam. Mau tak terkam? Mulut kau hari
tu macam longkang. Mendapat, Nunu.. mendapat!
“Itu
meja awak.” Puan Rozita tunjuk meja yang berada di sebelahnya. ‘Er.. kenapa
meja aku dalam bilik dia?’
“Er..
kenapa saya tak boleh duduk dengan pekerja yang kat sana?” Nunu tunjuk
meja-meja yang bersusun di luar bilik pejabat Puan Rozita.
“Kenapa?
Sebab awak di bawah saya. Apa yang saya suruh awak buat, awak kena buat.”
Nunu
dah boleh agak. Dibayar gaji RM 2100, tapi kau akan kena kerja macam orang
dibayar gaji RM 10,000. Goodluck lah Nunu.
Memang
gaji itu terlebih tinggi daripada apa yang patut dia dapat. Sepatutnya gaji dia
hanya dalam lingkungan RM 1100. Itu pun gaji untuk diploma level tau.
Tapi
dah kalau Alan punya arahan, Puan Rozita siapa untuk menolaknya?
Nunu
letak beg di mejanya. Agak canggung kerana di dalam bilik itu hanya ada mereka
berdua. Puan Rozita senyap memandang skrin komputer. Tiba-tiba wanita itu
bangun dari tempatnya.
“Er,
Puan. Saya nak kena buat kerja apa ni?” tanya Nunu sebelum Puan Rozita keluar
dari bilik itu.
“Buat
kerja awaklah. C’mon, you kan pelajar straight A’s. You can figure out on your
own. Anyway, welcome to hell.” Senyum Puan Rozita sebelum berlalu pergi.
‘Hell.’
Nunu hantuk kepala ke meja.
Keep it up.... buah tgn yg sgt2 ditunggu2...
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeleteAla, kenapa Nunu nak membalas dendam pulak ni :( Mungkinkah dari dendam itu akan wujudnya cinta?
ReplyDelete