Plastik sampah besar itu diletakkan di
tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik
tali pinggang keledarnya sebelum kereta memecut laju menuju ke rumah Nunu.
Sepanjang
perjalanan, Nunu hanya tidur. Kepalanya dilentokkan ke cermin tingkap. Mulutnya
sedikit ternganga.
Sekali
imbas, Nunu ini sebiji macam Alisya. Sebab itu dia nak sangat bantu Nunu. Dia
seakan dapat merasakan kehadiran Alisya di dalam diri Nunu. Tapi dia tak sedar
sebenarnya perasaan itu tidak seperti yang dia sangkakan.
Sampai
aje di apartment, Alan mengejut Nunu.
“Nunu.”
Panggil Alan. Terus mata Nunu terbuka luas. Bingkai matanya merah.
“Dah
sampai?”
“Dah.”
Nunu
menggesek matanya sebelum membuka tali pinggang keledar.
“Nah.”
Pendrive putih bertukar tangan.
“Apa
ni?”
“Dokumen
tadilah. Tinggal print out aje. Instead you nak bazir masa rewrite balik, baik
you guna masa tu untuk tampal kertas banyak-banyak tu. So one task done.”
Nunu
pandang Alan lama. ‘Kenapa dia ni baik sangat sedangkan aku bukan main kasar
dengan dia?’
“Thanks.”
Nunu terus keluar dari perut kereta dan mengheret plastik sampah itu hingga ke
lif.
Sebaik
sahaja jasad Nunu hilang ke dalam perut lif, Alan buka aplikasi Whatsapp.
Alan : Good luck finding the pieces and
goodnight, Nunu.
Nunu
pandang mesej itu sebelah mata. Menyampah. Balqis terkejut dengan plastik hitam
yang dijinjing Nunu.
“Apa
ni?” tanya Balqis.
“Bala.”
Jawab Nunu.
“Ni
mesti buat hal lagi kan?” Balqis menggeleng melihat Nunu yang hanya tersengih
dan terus masuk ke dalam biliknya.
SEBELAS keping kertas A4 yang
bertampal-tampal disusun bersebelahan dengan sebelas keping A4 yang baru di
cetak di atas meja Puan Rozita.
Nunu
mengetuk-ngetuk meja di pantri dengan jemarinya. Dia cuba cari idea untuk dua
syaitan tu pula.
“Hmh.”
Tersengih-sengih dia kemudiannya.
Pekerja-pekerja
yang baru sampai masing-masing mengambil tempat di meja mereka. Terkejut mereka
apabila terdapat dua keping sandwich di atas meja.
“Wow
breakfast!” Kamal bukan main senang hati melihat makanan itu.
Alin
dan Joana turut mendapat sandwich yang sama.
“Aina,
kau belanja eh?” tanya Halim. Dia sedar hanya ada Nunu di pejabat sejak dia
datang tadi. Nunu di pantri hanya senyum sambil membancuh air.
Alin
menjeling Nunu. ‘Nak bodek lah tu.’ Fikir Alin. Tapi disebabkan perutnya
berkeroncong, dia dan Joana makan jua roti itu.
Nunu
senyum hingga ke telinga. 1..2..3..
“Awww!!!”
jerit Joana. Air matanya sudah bergenang. Alin pelik. Kenapa dengan Joana?
Tiba-tiba lidah Alin dapat merasa satu rasa halus yang nipis menyengat.
Terus
Alin berlari ke pantri dengan muka merah padam.
“Akak
nak apa?” tanya Nunu.
“Air.
Air!” Alin buka peti ais. Rasa pedas itu buatkan rambutnya menegak di bawah
tudung! Mana tidaknya, dia gigit cili hidup kot. Merah menyala pula tu.
“Air
sejuk dah habis. Ini ada la.” Beritahu Nunu lantas menghulurkan satu mug kepada
Alin. Tanpa berfikir panjang, Alin terus meneguk air itu.
“Ahhhh!!”
jeritan Alin pula kedengaran. Air panas itu membuatkan lidahnya melecur.
Nunu
ternganga. “Saya baru nak bagi tahu yang tu air panas.”
Dada
Alin berombak. Yang si Joana terkena wasabi, dia pula dengan cili padi. Ha
elok!
“Kenapa
tu?” Hairul dan Kamal bergegas ke pantri.
“Kau!”
Alin pandang Nunu dengan penuh rasa benci dan dendam. Nunu buat muka tak
bersalah.
“Kenapa
Lin?” tanya Hairul.
“Budak
ni memang sengaja kenakan I!” tuduh Alin.
“Lah..
kenakan apa pula?” Kamal pelik.
“Kau
memang sengaja letak cili padi dalam sandwich tu kan?”
“Sandwich
tu saya beli. Saya tak buat.” Memanglah dia tak buat. Tapi memang dia juga lah
yang minta tiga batang cili padi daripada makcik kafe untuk diletakkan ke dalam
roti Alin.
“Air
dalam peti ais ni.. mana semuanya? Kau yang keluarkan, kan?” Alin tak puas
hati.
“Lah..
siapa yang tak refill air dalam ni? Sepatutnya yang refill semalam, bukan you
ke Lin?” Hairul rasa geram pula bila Alin menuduh Nunu.
“Semalam
ada lagi air dalam ni!” Alin berkeras.
Yep.
Ada sebotol. “Saya datang pagi tadi, memang takde air dalam peti ais ni.” Tipu
Nunu.
Terketar-ketar
bibir Alin dibuatnya.
“You
ni tak baik menuduh orang aje. Jangan busuk hati sangat.” Sinis kata-kata Kamal
sebelum dia dan Hairul berlalu ke meja mereka.
Alin
pandang tepat ke arah Nunu. Nunu senyum dan jungkit kening bila tiada siapa
yang memerhati.
“Anak
syaitan!” getus Alin.
Nunu
tidak peduli. Lantaklah orang nak panggil dia apa. Yang penting dia puas hati.
Ini namanya balasan tunai.
PUAN ROZITA kejap-kejap toleh ke arah
Nunu yang sedang menaip sesuatu di komputer. Berkali-kali dia lihat kepingan
kertas yang bertampal-tampal itu. Dia akui, gadis itu hebat dan bersungguh.
Tapi dia masih marah dengan apa yang gadis itu katakan tempoh hari. Biadab!
“Aina.”
Panggil Puan Rozita. Nunu angkat kepala.
“Ye.”
“Awak
buat kerja apa?”
Nunu
terdiam sebentar. “Audit.”
Muka
Puan Rozita tak payah ceritalah berkerut berapa juta. “Awak di department apa?”
“HR.”
Jawabnya.
“Yang
awak buat kerja department lain kenapa?”
“Puan
suruh saya cari kerja. So saya cari lah.”
“I
said within this department!”
“Takde
siapa nak kasi saya kerja dari sini. So saya minta dari department lain.”
Selamba betul Nunu jawab.
Puan
Rozita picit kepala. “Tahu pula awak nak buat audit macam mana?”
“Macam
akaun aje. Cik Hawa ada ajar saya sikit tadi.”
“Aina,
awak rasa awak diambil kerja di sini untuk kami buang duit pada awak ke?”
“Tak.
Saya datang sini sebab saya nak kerja.”
“Dah
tu? Apa yang you buat?”
“Buat
kerjalah.” Nunu dengan beraninya.
“Aina,
you’re in HR department!”
“Then
give me something that I can do from this department. Saya tak boleh duduk aje
buatkan teh, fotostet kertas, sapu sampah. Pftt. Sapu sampah kot. I’ve been
paid for two thousands bukan untuk buat kerja ni. I need real job.” Tegas Nunu.
Buat pertama kalinya Puan Rozita dapat rasa keunikan pekerjanya.
ALAN tarik keluar baju plastik berwarna
biru keluar dan memasukkannya ke dalam tong sampah. Sisa darah hasil dari
pembedahan tadi masih melekat di baju itu.
Banyak
yang dia belajar dari pakar pembedahan hari ini. Tak cukup dengan itu,
panggilan dari Puan Rozita buatkan senyuman makin mekar.
“She’s
good.” Puji Puan Rozita
“Told
you.”
“Cuma
mulut tu ajelah biadab sikit.”
Alan
ketawa. “We’ll see for another 3 months. Tengok performance dia macam mana.”
Beritahu Alan.
“Kalau
you tanya I, dia memang layak scholarship kita.”
Okay
itu memang bukan benda yang Alan jangka akan keluar dari mulut Puan Rozita
sendiri. Bukan senang pekerja di dalam bangunan itu sendiri untuk mendapat
bantuan kewangan dalam melanjutkan pelajaran.
“Aik.
Baru second day kot.”
“She
did audit. Can you believe that?”
Alan
menggeleng. Budak ni memang pelik.
“NU.” Suara riuh di belakang Ajda
memaksanya untuk meninggikan suara supaya Nunu boleh mendengarnya.
“Apa
yang kecoh sangat tu?” tanya Nunu.
“Kita
orang baru habis satu paper ni.” Beritahu Ajda.
“Macam
mana? Okay tak?”
“Boleh
lah. Aku nak tanya kau ni.. kau nak tak jadi model tu? Kawan aku harap sangat
kau sudi.” Pujuk Ajda.
“Aku
tak tahulah, Jeda.”
“Satu
hari aje. Tak sampai dua jam pun.”
“Aku
tak pandailah nak posing-posing ni.”
“Kau
diri macam tiang letrik pun dah cantik. Lagi nak suruh kau posing? Tak payah.
Silap haribulan semua supermodel berhenti kerja.” Gurau Ajda. Melampau betul
pujiannya.
Nunu
masih berfikir. “Sekali aje! Kau try sekali aje. Kalau kau rasa tak best, lepas
ni kau tak payah datang dah.”
“Hm..
bila?”
“Weekend
ni!”
“Hmm
yelah.”
Yes, pandangan Puan Rozita pd Nunu dah berubah :)
ReplyDelete