"Ibu!" Muazzam mencari-cari kelibat Puan Misha di dalam rumah. Tidak kelihatan.
"Ibuuuu.." panggil Muazzam lagi dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Ibu." Muazzam tolak pintu bilik stor dan tubuh wanita tua separa abad itu kelihatan. Senyumannya mati apabila sang ibu cepat-cepat menyeka air mata.
Wajah lelaki itu bertukar bengis apabila gambar yang cuba disorokkan si ibu ditemui.
"Aku dah suruh kau buang semua gambar-gambar ni, kenapa kau degil!" jerkah Muazzam kuat membuatkan Puan Misha menggeletar.
"Maafkan ibu, Muaz. Ibu tengah berkemas, ibu terjumpa gambar lama." Tangis wanita itu.
"Bak sini gambar tu. Kau bagi sini gambar tu!" Muaz cuba merampas kepingan-kepingan foto yang berada di tangan Puan Misha. Jenuh wanita tua itu cuba memegang erat gambar itu tapi dia tidak berdaya apabila tenaga lelaki Muazzam lebih kuat daripadanya.
"Hey! Aku kasi amaran terakhir dekat kau eh. Sekali lagi aku nampak kau simpan muka dua orang ni lagi, kau tengok apa aku buat dengan Syira." Ugut Muazzam.
Dia lantas keluar dari bilik stor dan pergi ke halaman belakang untuk membakar foto-foto tersebut.
Puan Misha cuba menahan tangisannya dalam keterpaksaan. Matanya merah menyala.
"Assalamualaikum!" lembut suara itu menyapa telinga Muazzam dan Puan Misha.
"Waalaikumussalam." Jawab Muazzam yang masuk semula ke dalam rumah.
"Eh, abang ada kat rumah? Ingatkan kerja." Syira letak beg tanganny di sofa.
"Baru balik aje. Adik dah makan ke?" Muazzam kembali senyum seakan tiada apa-apa yang berlaku.
"Belum! Adik balik ni nak makan la. Terlanjur abang ada kat rumah ni, abang masakkan lah untuk adik! Haritu abang buat olio tu sedap sangat! Buatkan lagi untuk adik lagi." Syira sengih manja.
"Ei dah besar pun minta abang masakkan lagi. Kau tu dah boleh jadi mak orang tau. Cubalah belajar memasak. Kasi abang dengan ibu pula yang rasa masakan kau."
"Ala abang ni. Kalau tak nak masak tu cakap ajelah. Perli-perli kita pula." Syira tarik muka masam.
"Eleh merajuk pula dia. Pergilah naik atas, mandi. Kejap lagi abang dah sudah masak, abang panggil kau turun. Pergi mandi! Busuk ah!" ketawa Muazzam. Hilang terus wajah bengisnya.
"Wangi okay. Adik pakai perfume tau." Syira menjelir dan pantas berlari naik ke biliknya.
Puan Misha yang baru keluar dari bilik stor memandang Muazzam dengan takut-takut.
"Ibu pergilah naik atas, mandi. Kejap lagi abang dah sudah masak, abang panggil ibu turun." Kata Muazzam dengan nada yang rendah. Hilang sudah marahnya.
Puan Misha melangkah tanpa bunyi.
MARYAM ketuk pintu rumah Mikael sekali lagi. Bertalu-talu sebelum pintu itu dibuka sedikit. Rantai besi dibalik pintu dibiarkan tidak terbuka supaya Maryam tidak boleh menolak untuk masuk ke dalam rumah. Manalah tahu dia buat gila, kan.
"Hoi." Maryam hilang sabar.
"Hoi? Kau hoi kan aku? Aku ada nama okay. Nama aku bukan Hoi. Hafez. H-a-f-e-z. Hafez."
"Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun." Maryam tolak pintu rumah tetapi tidak boleh terbuka luas dek rantai besi itu.
"Look! Another Meen!" Hafez tunjuk gambar yang berada di dalam telefon bimbit Maryam.
"Mikael!" tegas Maryam. Dia cuba capai telefon bimbit itu. Tetapi tangannya sahaja yang mampu melepasi ruangan pintu yang terbuka itu.
"Hafez!"
"Mikael!"
"Aku Hafez!" jerit Hafez kuat. Maryam terkedu.
Rantai besi itu diselak dan lengan Maryam ditarik masuk ke dalam rumah yang gelap tidak dihidupkan lampunya. Pintu rumah ditutup rapat. Maryam terkesima bila tubuhnya ditolak di belakang pintu.
Cahaya dari balkoni di ruang tamu memberi ruang untuk Maryam dan Hafez berpandangan sesama sendiri.
"Bila kau mula kenal Mikael?" soal Hafez.
"Apa maksud awak ni?"
"Okay tak nak jawab? Fine. Siapa ni?" dari muka garang, reaksi muka itu bertukar nakal.
"Dia kawan saya, Meen. Awak dah jumpa kan dekat kenduri tadi."
"Oh.." Hafez dengan sebelah tangan masih menyelak gambar-gambar itu. Sebelah tangan lagi menolak bahu Maryam ke belakang pintu.
Telefon yang berada di tangan Maryam kemudiannya bergetar. Kepala wanita itu menoleh ke arah telefon bimbit itu.
Maryam.
Namanya keluar di skrin telefon bimbit dari aplikasi Whatsapp.
"Awak hantar apa?" soal Maryam.
"Nak balik tak phone kau?" tanya Hafez.
"Bak sini!" Maryam tepis tangan lelaki itu dari bahunya.
"Nah. Bagi phone aku." Telefon bertukar tangan.
Segera pintu rumah dibuka semula dan tubuh Maryam ditolak dari belakang untuk segera keluar dari rumahnya.
"Thanks." Kata Hafez sebelum pintu ditutup dan dikunci.
Maryam sugul. Kakinya menggeletar. Dia terduduk di lantai. Telefonnya dibuka.
Semua gambar yang ada Meen terpampang di dalam aplikasi Whatsapp yang dituju kepada Mikael. Semua dah di blue tick!
Maryam ketap gigi. Pantas dia bangun semula dan menendang pintu rumah lelaki itu.
"Aw!" menyeringai kesakitan dia dibuatnya.
'Aku ingat dia baik dengan aku, sebab dia baik. Tapi dia baik dengan aku sebab Meen! So betullah tadi dia senyum kat Meen!'
Maryam hentak kaki hingga masuk ke dalam perut lif.
Maryam buka pintu rumah dengan kasar dan mencampak selendangnya ke bahu sofa. Punggungnya dihenyak ke atas sofa empuk itu. Televisyen dihidupkan.
Suara dari televisyen langsung tidak mententeramkan jiwanya. Azan Maghrib sudah 20 minit berlalu. Telefonnya berdering.
"Assalamualaikum, baby!" sapa Meen dari hujung talian. Maryam merengus perlahan.
"Waalaikumussalam. Kenapa?" jawab Maryam.
"Amboi garangnya kau. Takde mood ke? Datang bulan eh?" ketawa Meen di hujung talian.
Maryam makin geram dengan lawak tak bodoh Meen. Entah kenapa perlu dia marahkan Meen sedangkan si Mikael tu yang menyakitkan hati dia?
"Hm, aku takde mood sangat. Kenapa?"
"Aku nak tidur rumah kau malam ni boleh?" tanya Meen.
"Hah? Kenapa?" Maryam terus duduk tegak.
"Eh kau ni. Macam tak biasa pula aku tidur rumah kau. Aku bosan. Ans fly malam ni sampai minggu depan."
"Pergi mana kali ni?"
"Entah. Aku malas nak ambil tahu dah. Travel merata boleh pula. Ajak kahwin bukan main liat. Biarlah dia. Dah masanya aku move on daripada dia. Buang masa, tambah dosa aje aku tunggu dia." Bebel Meen.
"Kau ada suka sesiapa ke?" Maryam tanya terus.
"Hah? Gila kau ni. Kau ni dah kenapa? Boleh tak aku nak tidur sana?"
"Er.. okay. Nanti kau dah sampai basement, kau call aku. Aku ambil kau kat bawah." Beritahu Maryam.
"Hey perempuan gila. Selalunya aku boleh aje naik sendiri. Ni dah kenapa nak dijemput-jemput segala?" Meen ketawa.
"Beritahu ajelah. Sekarang ni banyak kes culik. Kau nak ke kena culik? Dah. Aku nak solat. Dah sampai call aku." Talian dimatikan Maryam.
BAWANG putih dan bawang besar dihiris. Timun air sebiji dipotong sederhana besar. Minyak zaitun dituang sedikit ke dalam periuk. Bawang putih dan bawang merah dicampak masuk dan ditumis hingga naik bau. Air dicurah hingga setengah periuk. Garam dicubit sedikit. Air mendidih, dan timun air dimasukkan. Beberapa minit kemudian, api dimatikan.
"Aku pun kena diet sekali ke?" tanya Meen yang duduk di bar dapur.
"My house, my rule." Selamba balas Maryam.
"Sini dah ada kes menculik ke?" Meen mencedok masuk sup timun air itu ke dalam mangkuk dan di bawa ke bar dapur.
"Takde."
"Dah tu? Yang kau sibuk nak ambil aku tadi kenapa?" soalan Meen membuatkan perlakuan Maryam terhenti.
'Aku cuma tak nak kau bertembung dengan dia.' Jawab ringkas dalam hati Maryam.
"Precaution. Lain kali kau nak datang sini, bagitahu aku awal-awal. So that aku boleh ambil kau kat bawah. Okay?"
"Iyelah iyelah."
"Puss! Dah makan?" si sokoke debab datang menggesek tubuh di kaki Meen.
Maryam ambil tempat di hadapan Meen dan mula mencedok sup sayur itu. Hanya itu yang dia jamah untuk makan malam.
"Meen, bila kau free?" tanya Maryam tiba-tiba.
"Sekarang." Jawab Meen selamba.
"Ha main-main! Serius lah."
Meen ketawa. "Boleh aje aku minta cuti bila-bila aku nak. Tapi sekarang projek tengah banyak. Kalau aku cuti, balik nanti mesti kerja menggunung atas meja aku. Kenapa kau tanya?"
"Aku ingat nak pergi bercutilah. Dah lama aku tak cuti. Asyik kejarkan kerja aje. Kerja memang takkan habis."
"Wow. Ladybos nak travel. Kau nak pergi mana?"
"Dekat-dekat aje. Indon, Vietnam.."
"Bila?"
"Tak sure lagi. Maybe minggu depan. Aku nak minta tolong kau tengokkan anak-anak aku ni. Boleh?"
"Boleh takde masalah. So bila kau nak gerak nanti, bagitahu aku lah. Boleh aku pack barang."
"Pack barang? Untuk apa?"
"Eh kau ni. Duduk sinilah. Nak jaga anak-anak kau."
"Err. Boleh tak kalau aku hantar anak-anak bulus aku ni pergi rumah kau?" Maryam sengih.
"Seriously, Yam? Apa yang kau sembunyikan daripada aku ni?" Meen silang tangan di atas meja.
"Nothing." Maryam geleng kepala dan menyuap sup ke dalam mulut.
"Your nothing IS something." Meen tenung dalam-dalam anak mata Maryam.
Maryam urut belakang tengkuk mencari idea.
"No. Dahlah aku minta tolong kau, lepas tu kalau kau duduk sini tak ke jauh nak pergi tempat kerja kau ulang-alik? Dengan jammed lagi. Aku fikirkan untuk kau." Maryam hela nafas lega.
Meen kecilkan mata. "Sure?"
"Iya!"
"Alright then. Boleh aje. Tapi kau kena janji dengan aku. Kau kena bawa ole-ole kat aku and selalu update gambar kau kat sana. Boleh?"
Maryam senyum hingga ke telinga. "Sure!"
"Alright then." Meen kembali menyuap makanan ke dalam mulut.
"Tawar la sup kau ni." Rungut Meen.
"Makan ajelah. Jangan banyak bunyi." Jeling Maryam.
HAFEZ berbaring di katil sambil telefon masih di tangan. Bibirnya tersenyum dari tadi gambar-gambar Meen dibelek satu-persatu. Cantik. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Dia mula selongkar instagram. Mencari following Mikael. Mana nak tahu ada nama Meen.
Lain yang dicari, lain yang dia jumpa. Akaun Instagram Maryam tidak private. Satu persatu gambar diperhatikan. Ah.. Meen. Dia senyum. Instagram Meen dibuka. Juga tidak private. Ini stok-stok insta famous memang tak reti nak privatekan akaun. Tanpa fikir dua kali, butang follow ditekan. Sengihnya hingga ke telinga.
Gambar-gambar Meen dibelek satu-persatu. Senyum tak lekang. Getaran dari telefon itu mengejutkan Hafez sehingga telefon itu jatuh mengena mukanya.
"Shit! Sakit." Hafez bangun dari baringnya dengan kerutan seribu di dahi.
Cinta.
"Hello." Panggilan dijawab.
"Hello?" suara serak tua di hujung talian kedengaran.
"Hi dad." Sapa Hafez.
"Hafez?"
"Yeah."
"I miss you so much." Dengar aje suara lelaki itu. Penuh kegirangan. Hafez ketawa perlahan.
"I miss you too. So how's going?"
"Good. Hafez, bila nak balik sini?"
"Tak tahu lah dad. This belongs to Mikael. Whenever he wants, I guess."
"It's been 3 years.." rintih suara Encik Isa.
"Baru aje balik sana last raya kan? It's not that three years." Hafez suara bergurau.
"Tadi, ada perempuan angkat call. Her name is Maryam. Do you know her? Do you know if Mikael had a girlfriend?"
"No she's not his girlfriend. Just a neighbour."
"Are you sure?"
"Yes dad."
"Hafez, please help me find someone for Mikael. He's going to be 31 soon."
"Dad, i got to go. Send my love to mama. I love you guys."
Talian terputus.
Hafez merengus. Maryam? No way. Meen lagi hot kot. Hafez hanya tersenyum bila nama Maryam disebut ayah angkatnya.
LAMPU ruang tamu mereka masih belum dimatikan. Hafez pandang dari jauh susuk tubuh tua yang sedang terbongkok-bongkok menarik paip getah di garaj rumah. Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam.
"Ibu! Buat apa malam-malam kat luar ni? Sejuklah." Sapa Syira dari belakang.
"Tadi abang Muaz cuci kereta petang tadi lupa nak simpan paip getah ni. Ibu nak simpan balik la getah ni."
"Esok pun boleh buat bu. Jomlah masuk."
"Kejap aje ibu gulung paip getah ni kejap."
"Okay-okay. Ibu masuk, adik buat okay?" getah paip beralih tangan.
Puan Misha masuk ke dalam rumah meninggalkan Syira di luar menyelesaikan kerja ibunya.
Hafez hanya memerhatikan Syira. 'Cantik kau, Syira.' Seakan terdengar orang memanggil namanya, Syira mendongak dan memandang sekeliling.
Kereta yang diparking di bawah pokok berhadapan dengan rumahnya diperhati lama. Cepat-cepat Syira menggulung getah paip apbila hatinya mula rasa tidak selesa. Selesai itu, dia terus masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah. Jantungnya berdegup laju.
Hafez merenggangkan otot-otot di bahu dan tengkuknya sebelum menghidupkan enjin dan berlalu pergi.
MARYAM membaling plastik hitam itu tepat ke dalam tong sampah. Dia menyedut hingus yang terasa hampir meleleh keluar dari hidungnya. Butang naik ditekan sambil tangan digosok-gosok untuk memanaskan tubuhnya.
Lelaki bersweater hitam itu berdiri tegak disisinya. Pada mulanya Maryam tidak sedar. Tapi setelah dia menoleh, matanya membuntang. Jantungnya berdegup laju macam nak meletup. Geramnya sudah sampai kemuncak. Langsung tidak ditegur lelaki itu.
Apabila lif terbuka, Maryam pantas masuk ke dalam dan menekan butang 15. Dibiarkan Mikael menekan sendiri butangnya.
"Weh." Tegur Hafez.
Maryam tidak menjawab tetapi sekadar menjeling.
"Weh." Panggil Hafez sekali lagi. Tidak bernyahut. Bahu Maryam dicengkam kuat.
"Aku panggil ni." Katanya membuatkan Maryam menyeringai kesakitan.
"Nak apa?" getus Maryam dengan wajah garang dan menepis tangan Hafez dari terus memegang bahunya.
"Aku nak nombor Meen."
"Minta la sendiri dengan dia."
"Rumah dia kat mana?" soal Hafez lagi.
"Tanyalah dia sendiri."
"Kalau aku ada nombor dia, boleh la aku tanya mana dia tinggal. Bodoh lah kau ni."
Maryam buntang mata. Bodoh kau kata aku? Dia menoleh ke belakang. TING! Tingkat 15.
Baru sahaja dia mahu buka mulut. Maryam genggam penumbuk dan terus keluar dari perut lif. 'Lelaki memang semua sama aje!'
Hafez hanya melihat kelibat Maryam hilang dari pandangan dan masuk ke dalam rumahnya. Dia garu kepala yang terasa gatal. Snowcap ditanggalkan. Kepala mula terasa panas.
Sampai tingkat 21. Hafez hela nafas berat. Pintu lif ditutup semula dan butang 15 ditekan.
Apabila sampai di hadapan pintu rumah Maryam, loceng ditekan.
"Yam! Ada siapa yang datang rumah tengah-tengah malam ni?" Meen yang sedang leka menonton televisyen terkejut dengan bunyi loceng.
"Hah?" Maryam keluar dari bilik.
"Kau nak aku bukakan pintu?" tanya Meen.
Jangan bukakkkkkkkkk Meen !!!!
ReplyDeleteIhik. kalau meen bukak macam mana?
DeleteEee.. suspen lah kak!! >< janganlah meen bukak pintu tu XD
ReplyDeleteapa salahnya klau meen yang bukak. hehehe
Delete