“Dia nampak macam stabil. Probability untuk berkahwin tu ada.” Analisa Meen
dengan mata tak lepas dari memandang Mikael.
“Habis tu, boyfriend kau?”
“Hm?” Meen alih pandangan.
Matanya merenung dalam anak mata Maryam.
“Dia macam takde effortlah
Maryam. Sibuk dengan concert dia. Kawan-kawan dia. Gitar dia. Habis tu aku?
Kita ni dah 28 tahun tau. Bukan 18 lagi. Takkan nak suruh aku tunggu 10 tahun
lagi?” Meen merengus.
“Well, jodoh tu kan rahsia
Allah. Kenapa kita nak pertikaikan?” Maryam sedut air minumannya.
“Iya. But of course we
need to work that out too. Benda takkan datang bergolek kalau kita tak usaha
kan?”
“Then kalau kau tak nak
Irsyad dah, cakap depan-depan dia. Jangan biar dia fikir yang kau boleh tunggu
dia for another 10 years.” Nasihat Maryam.
“Kau nasihat orang memang
pandai kan. Tapi tengok diri sendiri? Kau bila nak buka pintu hati kau tu?”
Meen mencebik.
Maryam ketawa kecil.
“Aku tak tahu mana jodoh
aku. Aku tak nak sia-siakan masa dan hati aku jaga jodoh orang.” Maryam pandang
Mikael yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawannya. Beberapa saat
kemudian, mata mereka bertentang.
“Oh my god, Yam! Dia
pandang aku!” Meen yang berada di sebelah menekup mulutnya yang hamper
terlopong.
Maryam toleh sebelah. Dia
menggeleng dang tersengih.
“Aku nak pergi makan. Dari
layan kau ni, bukannya perut aku boleh kenyang. Kau nak makan tak?”
“Tak. Diet.” Jawab Meen
sambil matanya masih memandang ke arah Mikael yang sudah mengubah pandangan.
Sengih Meen masih tak lekang. ‘Dia pandang aku.’ Berbunga-bunga Meen dibuatnya.
TELEFON bimbit Maryam bergetar disebabkan mode-silent. Suapanya dihentikan.
Tangan kiri laju menekan skrin telefon.
Mikael : Dah nak balik, bagitahu. Saya
boleh tunggu awak.
Maryam :
It’s okay. Meen boleh hantar saya balik. I might stay sampai petang.
Mikael :
Then saya tunggu awak.
Maryam :
No, really. Saya boleh balik dengan Meen.
Mikael :
I pick you up like a gentleman, I’ll send you home like one.
Maryam angkat kepala memandang meja di hujung sana.
Mikael senyum nipis. Terus Maryam tidak membalas Whatsapp itu. Tandanya setuju.
Jarum jam sudah
menunjukkan pukul 5.47 petang. Tetamu yang hadir juga makin berkurang. Hanya
tinggal sedara-mara yang jauh sahaja. Maryam mendekati Myna yang masih sibuk
melayan tetamu yang baru hadir.
“Baby, I balik dulu eh.
Sebab I datang pun dengan Mikael. I tak nak la dia tunggu lama-lama. I dah cakap
dengan dia nak balik dengan Meen, tapi dia dengan kepala batu dia nak tunggu
juga. I tak nak lah susahkan orang. Will you be fine?” panjang cerita Maryam.
Myna tenung dalam-dalam
anak mata Maryam. Jemari Maryam kedua belah tangan digenggam.
“Yam, you..” seakan dapat
dibaca apa yang ada dalam kepala Myna, Maryam menggeleng dan ketawa.
“It’s not like what you’re
thinking. We’re just being a good neighbor to each other. Jimatkan minyak, and
yeah trying to be friend dengan jiran. Not more than that.” Terang Maryam.
Myna senyum. “I bukan apa.
Akim ada cakap yang Mikael tu jenis player. So I tak nak lah you pun terkena
sama.”
“Apa you ni. There’s no
one other than Aryan.” Tegas Maryam.
“Itu satu hal lagi. Aryan
dah takde, Yam. Can you just please move on. With anyone pun, I tak kisah. Tapi
bukan Mikael la since I dah tahu yang dia tu macam mana.”
Maryam senyum. “Dah lah. I
nak balik. You, congrats and be a good wife okay. I nak anak sedara cepat-cepat
to call me ibu. Since I mungkin lambat lagi nak kahwin. I nak merasa anak you
panggil I ibu dulu.” Maryam kenyit mata penuh makna.
“Ei! Jijik tau.” Lengan
Maryam ditepuk kuat sebelum kedua mereka ketawa.
“SAYA ingat awak nak stay sampai malam.” Mikael memecah hening. Maryam
picit tengkuk yang terasa sengal.
“Esok dah Isnin, bukan
saya aje yang kerja. Awak pun kerja juga kan.”
“Oh. Esok start menyapu
kat mana?” Mikael cuba bawa bergurau.
Maryam menjeling sambil
bibir tanpa sedar tersenyum.
“Esok siapa mangsa awak?”
Maryam turut sama cuba bergurau.
“Awak mungkin?” jawab
Mikael selambah. Wajah Maryam terus pucat. Jantungnya seakan berhenti berdegup.
Memang lelaki itu bergurau, tapi bila ayat itu yang keluar dia jadi teringat
dengan kelibat lelaki yang malam tadi dia jumpa. Mikael yang bukan rupa macam
Mikael.
“Hey, take it easy. Saya
gurau aje pun.” Mikael ketawa. Matanya kembali focus ke jalan raya.
Maryam peluk tubuh dengan
muncung sedepa. ‘Bahaya lelaki ni.’
Setengah jam kemudian,
mereka tiba di parking lot. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
“Saya naik dulu. Tadi lupa
nak solat Asar siap-siap.” Maryam capai telefon bimbit yang diletakkan sebentar
tadi di dalam cup holder berdekatan dengan gear.
“Er, alright.” Mikael
terpinga-pinga apabila Maryam terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta.
‘Macamlah dia seorang aje nak solat.’
Mikael membuntuti langkah
Maryam dari belakang. Dia masih tak faham kenapa Maryam seakan mahu lari
darinya. ‘Saya naik dulu?’ mungkin Maryam masih ada rasa ragu-ragu pada dirinya
dek gurauan setengah jam yang lepas.
Pintu lif terbuka apabila
sampai di tingkat 15. “Bye.” Kata Maryam tanpa menoleh ke belakang dan berjalan
pantas ke pintu rumah. Mikael hanya memerhati tingkah Maryam yang
terkocoh-kocoh membuka pintu rumah sementara pintu lif masih belum tertutup.
“Hey Puss! Mocoon! Sorry
akak lambat. Lapar ye? Tak nak makan dry food dah? Kejap lagi akak gaul ikan
dengan nasi okay?” kelibat dua kucing dewasa yang montel mengejutkan Mikael.
‘No wonder lah dia sibuk nak balik cepat.’ Mikael tersenyum sebelum pintu lif
tertutup rapat dan naik ke tingkat 21.
Maryam meletakkan tas
tangannya di sofa dan berlari ke dapur. Pintu peti ais dibuka luas dan
mengeluarkan sebuah Tupperware yang terisi ikan tongkol. Kemudiannya dia
membawa ikan itu ke sinki. Pili air dibuka perlahan membiarkan air mengalir
mengena ikan itu agar lebih cepat cair.
“Akak nak solat dulu.
Kejap lagi akak rebus ikan, okay? Tunggu sekejap aje.” Maryam membelai kedua
ekor kucing kesayangannya itu sebelum berlalu masuk ke bilik untuk membuang mekap
dan mengambil wuduk.
Jarum jam sudah beranjak
ke angka 7.01 malam. Maryam memberi salam yang terakhir apabila telefon
bimbitnya berdering kuat membuatkan dia terkejut. Deringan itu pelik.
Dia mencapai telefon
bimbit yang berada di atas katil dan terkejut melihat nama yang sedang
memanggilnya.
‘Ah shoot! Ni bukan phone
I.’ Maryam garu kepala yang terasa gatal. Dia yakin dia tersilap mengambil
telefon bimbit ketika berada mahu keluar dari perut kereta Mikael sebentar
tadi.
Panggilan itu masih belum terhenti.
Maryam mundar-mandir. Tidak tahu samada dia layak untuk mengangkat panggilan
itu.
Cinta.
Nama itu keluar di skrin
telefon bimbit untuk kali yang keempat. Maryam garu tengkuk. ‘Kalau I angkat,
girlfriend dia akan salah sangka tak, eh?’ Maryam risau.
“Meow!” kuat bunyi meow si
Mocoon menyentak Maryam yang sedang risau.
“Mocoon! Sorry akak lupa
nak rebus ikan awak.” Maryam terus berlalu keluar dari biliknya. Dia toleh ke
belakang semula. “Ahh!” telefon Mikael itu dicapai dan panggilan itu diangkat
sambil kakinya pantas ke dapur.
“Hello?” suara lelaki di
hujung talian membuatkan Maryam terhenti langkah. Cinta = lelaki?
“Er.. Hello..?” Maryam
menyapa.
“Mikael?” suara tua itu
seakan berumur hampir 70an.
“Maaf, saya bukan Mikael.
Saya Maryam. Telefon kami mungkin tertukar tadi. Kejap lagi saya pulangkan
semula telefon dia and inform encik call dia.” Beritahu Maryam.
“Maryam?” Encik Isa
termangu sebentar. “Yah, here got a girl pick his phone up named Maryam. Has he
telling you he had a girlfriend?” Encik Isa menyoal bininya yang sedang
menyiapkan makanan.
“No.” jawab Puan Sabariah.
Maryam yang terdengar
perbualan itu cepat-cepat memperbetulkan sangkaan lelaki yang berada di hujung
talian itu.
“No. I’m not his
girlfriend. I’m his neighbor. May I know who is this? I’m going to ask him to
call you back later.”
“His father.” Jawab Encik
Isa. Jauh di Switzerland.
“Oh.” Maryam kaget. Tak
tahu nak cakap apa.
“It’s okay. I’ll call him
back later. Thank you Maryam.” Sebiji-sebiji perkataan itu keluar dari mulut
sang tua.
“Alright.” Maryam senyum
nipis. Talian dimatikan.
Senyuman itu masih tidak
lekang. ‘Comelnya dia. Save number ayah dia as Cinta.’
“MEOW!” suara kucing itu
makin kuat.
“Alright! Alright! Jom
masak untuk awak okay.” Maryam terus ke dapur.
Lengan baju disentengkan
hingga ke paras siku. Ikan yang sudah siap disiang dicuci dengan asam keping
dengan selawat ke atas nabi sebanyak tujuh kali.
Air dituang ke dalam
periuk dan diletakkan ke atas dapur. Api dinyalakan. Ikan tadi dimasukkan ke
dalam periuk. Garam sedikit, asam keping sedikit. Done.
“Kita tunggu lima belas
minit okay, sayang?” Maryam mengambil tempt di sofa dan televisyen dihidupkan.
Telefon bimbit Mikael dibelek.
Hm. Touch ID or Enter
Password. Ada rahsia apalah sangat dalam telefon bimbit dia ni sampai
berpassword bagai. Maryam campak telefon itu ke hujung kaki di atas sofa.
MIKAEL ambil tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Air dibiarkan
mencurah-curah mengena tubuhnya dari kepala hingga ke kaki. Tiba-tiba telefon
bimbitnya berbunyi nyaring. Bukan bunyi ringtone!
Mikael yang sedang syampu
kepala menolak kepala pili air dan air berhenti mencurah ke lantai. Dia
menggunakan deria telinga sebaiknya untuk mendengar bunyi itu.
“Macam bunyi alarm telefon
aje.” Mikael terus keluar dari bilik air dengan syampu masih belum dibilas.
Telefon dicapai.
DINNER DIET– SUP SAYUR
Alarm itu berbunyi begitu.
Mikael kerut dahi. Bila masa pula aku sibuk nak berdiet?
Alarm itu dimatikan.
Telefon itu diselongkar. Perkara pertama, gallery. Bulat matanya bila
gambar-gambar itu semua ada Maryam. Mikael kemudiannya ketawa kecil.
Dia kembali masuk ke dalam
bilik air untuk selesaikan ibadah mandinya.
PINTU rumah Mikael diketuk kuat apabila loceng rumah yang sudah ditekan
berkali-kali masih tidak terbuka.
Dua tiga kali juga pintu
itu diketuk. Maryam merengus. ‘Dia ni buat apa maghrib-maghrib macam ni? Tidur
ke apa?’
“Mikael!” Maryam berbisik
rapat dengan pintu sambil pintu diketuk-ketuk.
Beberapa saat kemudian,
pintu dibuka kasar dan Maryam hampir terjatuh ke hadapan menyembah lantai.
Nasib sahaja Mikael sempat menyambut tubuh itu dari tersembam.
Cepat-cepat Maryam berdiri
semula. Dia berdehem sedikit. “Ni telefon awak. Bagi balik telefon saya.” Pinta
Maryam. Dia langsung tak pandang wajah Mikael. Segan.
Tubuh lelaki itu hanya
memandang kepala Maryam yang menunduk ke bawah.
“Hoi.” Suara itu sedikit
kasar daripada biasa walaupun ianya rendah. Maryam pelik. Dia mendongak sedikit
ke atas.
Wajah Mikael kelihatan
selamba dengan t-shirt kelabu cir kosong dan seluar track. Tangan sebelah
lelaki itu berada di dalam poket seluar.
‘Hoi?’ Maryam geram.
“Hoi? Saya ada nama okay.
Maryam. Maryam. Bukan hoi!” jawab Maryam.
“Macam mana kau boleh
pegang phone aku?” soal lelaki itu.
‘Kejap-kejap-kejap. Aku?’
“Tadi balik kenduri I
terambil phone you. You terambil mine kot.”
“Macam mana kau boleh
pergi kenduri dengan aku? Kau siapa?”
“I siapa?” Maryam hembus
nafas berat.
“Never mind. Pulangkan
balik phone I. I tak access phone you pun, jangan risau.” Maryam jadi
menyampah.
Mikael ke ruang tamu dan
mencapai telefon bimbit Maryam. Telefon itu diselongkar sambil jalan ke pintu
utama.
“Wow. Siapa ni? Cantik.”
Mikael tunjuk gambar yang ada di dalam telefon bimbit Maryam. Gambarnya bersama
Meen.
“Hey! Sesuka hati buka
phone orang kenapa!” Maryam jadi berang.
“Kau yang tak lock phone,
kenapa? Tak fikir pula kalau hilang, orang lain boleh access data kau sesuka
hati.”
“Suka hati sayalah saya
nak lock ke tidak. Bak balik phone saya!” Maryam hulur tangan.
Mikael makin ligat
menyelak satu-persatu gambar Maryam yang diambil ketika berada di kenduri Myna.
“Seriously, she’s hot. Dia
kawan kau ke? Cantik doh.” Mikael sengih sambil menjamu matanya dengan
wajah-wajah Meen.
“Bak balik lah!” jerit
Maryam.
“No. Aku rasa macam nak
simpan phone ni sehari. You can have mine.” Pintu rumah ditutup.
Maryam terpinga-pinga di
hadapan pintu yang sudah tertutup rapat.
Best! Tak pernah menghampakan. Harap ada sambungannya lagi :) keep it up kak!
ReplyDeletedone update bab 4 ! enjoy reading dear. haha
DeleteHaha :) tak tahu kenapa suka sangat cerita ni.. btw, thanks update haha!
Delete