Aku hanya manusia biasa. Yang lahir dari keluarga miskin. Bapaku seorang
nelayan yang bernama Zulkifli. Manakala ibu, hanyalah suri rumah yang mengambil
upah untuk membasuh pakaian penduduk kampung. Ala.. macam dobi la katakan..
Nama ibuku, Nur Aisyah.
Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal! Tapi aku tahu, hati
dia baik. Namanya Zariff Iskandar. Aku sering memanggilnya nasi kandar! Adik perempuanku yang bongsu sangat comel!
Namanya Nur Alina Antasya. Aku juga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur
Alisyah. Perangainya sebijik macam singa betina! Garang nak mampos!! Aku lupa untuk memberitahu namaku.. aku.. Nur
Alia Airysha.
21
FEBRUARI 2009
“Alia, tolong ibu kejap!” nyaring suara ibuku
memanggilku. Baru je orang nak belajar buat diari. Kacau la ibu ni. Umur aku
baru 19 tahun. Tapi aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
kerana kesempitan hidup. Bukan sebab aku tak pandai tau! Result aku semua
flying colours tau!
“Tolong
apa, bu? Along mana?” soalku.
“Along pergi tolong ayah
kat laut. Yang awak tu, terperap dalam bilik buat apa? Ni! Tolong ibu cuci
pinggan yang berlonggok dalam sinki tu. Jadik anak dara, kena la rajin sikit.
Ni terperap dalam bilik je.” Seloroh ibu.
“Lia baru nak belajar tulis
diari la.” Aku menarik muncung panjang. Kakiku pantas bergerak menuju ke sinki.
Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan ‘operasi pinggan kotor’.
Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku. Aku seorang yang ceria. Walaupun
banyak musibah yang menimpa keluargaku, tapi aku tetap ceria dan senyum
sepanjang hari. Biarpun niat dihati ingin marah, tapi aku tetap akan senyum.
Mungkin sebab itu, adik-adikku amat rapat dengan akuku berbanding dengan Along.
Tiba-tiba aku mendengar
dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff. Aku tertanya-tanya apa la yang
kelakar sangat buat Zariff. Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dalam dapur.
Sisa tawanya masih tak habis. Aku menggeleng.
“Asal dengan Alang ni?
Ketawa macam hantu je.” Usikku.
“Angah, macam mana Alang
tak ketawa? Tengok diari siapa entah ni? Ayat nak atur pon macam budak-budak!
Ibu! Cuba ibu dengar ni, aku lupa nak memberitahu namaku...” Zariff membaca
sedikit apa yang aku tulis sambil ketawa. Ibu menggeleng-geleng kepala. Lantas
Zariff menyuakan buku berwarna kuning
air dihadapanku. Mataku membuntang. Walaupun tanganku tak lagi dibilas dan
dipenuhi dengan sabun, aku cuba sedaya upaya untuk merampas diariku dari tangan
adikku. Nasik kandar betul budak ni tau! Zariff pantas berlari mengelilingi
meja makan di dapur. Aku cuba mengejar. Habis lantai dipenuhi dengan sabun.
“Alia! Zariff! Sudah-sudah
lah tu! Kamu berdua ni, macam budak kecik. Sekor dah umur 19 tapi macam
sembilan tahun. Yang sekor lagi dah 17 tahun, nak masuk 18. Tapi perangai macam
budak tadika!” aku dan Zariff berhenti berkejaran dan saling berpandangan. Aku
memerhatikan punggung Zariff manakala Zariff memerhatikan punggungku.
“Ibu, takde ekor pon kat
belakang kitorang.” Serentak aku dan Zariff berkata-kata. Dari luar, aku
mendengar dekahan suara tua ayah dan suara ayu Along. Ibu mengetap bibir.
“Alang!! Lari cepat! Magma
dah nak meletus!! Selamatkan diri!” aku terus menarik lengan Zariff dan berlari
keluar dari rumah. Dengan hanya berkaki ayam, aku dan Zariff menjejak tanah.
Ibu melontarkan selipar pada kami. Dah macam beruk kitorang ni yang berusaha mengelak
ke kiri dan kanan!! Sakit ow kena selipar! Lagi-lagi selipar Alang. Dah la
selipar getah. Main selipar tiga kalau baling guna selipar Alang, memang lebam!
“Along!! Tolong la kitorang!”
Zariff memohon. Along masuk ke dalam rumah dengan selamba. Untuk seketika, dia
keluar kembali sambil memegang kain tudung.
“Malam ni, korang tidur
kat luar je la! Nah, Angah! Kain tudung awak! Pandai-pandai la korang buat
unggu api kat luar tu. Jangan masuk!” Along terus menutup pintu. Aku terkejut.
Takkan Along marah? Kitorang gurau-gurau je dengan ibu. Alih-alih, dia pulak
yang melebih?
Aku menyarung tudung di kepala. Zariff menyarung selipar
di kaki.
“Cepat la Angah, pakai selipar. Kita jalan tepi pantai,
jom. Nak tunggu ibu punya marah tu nak reda, ambik masa gak!”
Kaki kami pantas menuju ke tepi laut setelah aku
menyarung selipar. Di dalam perjalanan, aku terserempak dengan Alina. Alina
yang baru balik dari sekolah terkejut melihat aku.
“Angah dengan Alang nak
pergi mana?” soal Alina.
“Tepi laut. Nak membawa
diri. Kami diusir dari rumah. Entah la.. apalah salah kami.” Zariff berdrama.
Meluat aku tengok. Drama king! Tapi rasa macam nak ketawa bila tengok muka
Zariff. Asalnya nak buat muka kesian, tapi aku tengok macam muka beruk makye
je. Hahahaha!!
“Kena usir? Betul ke Angah?”
soal Alina seakan tidak percaya.
“Percayalah sangat kat
nasik kandar ni! Menipu je tau!” selorohku. Alina yang bagai nak tercabut nyawa
menumbuk manja lengan Zariff. Takut jugak kalau Alang dengan Angah kena halau.
Siapa nak tolong aku dari ‘singa’ kat rumah tu? Fikir Alina.
“Angah!! Jangan la panggil
orang nasik kandar! Nama orang Iskandar la! I.S.K.A.N.D.A.R, Iskandar.” Zariff
menyebut satu persatu ejaan namanya. Aku dan Alina ketawa mesra.
“Nak join!” ujar Alina.
“Jom lah.” Zariff menarik
lengan Alina. Seronok jugak dapat adik-adik macam ni. Sekepala dengan aku. Nak
jadikan kawan pon boleh, nak jadik lawan pon boleh. Sambil berjalan, aku sempat
berbual dengan adik-adikku.
“Adik, apa jadik kat
sekolah? Study okey tak?” soalku.
“Boleh la. Dah masuk form
4, banyak betul yang nak kena belajar. Lagi-lagi adik ambik sains. Memang
banyak la yang nak kena belajar.” Jawab Alina matang.
Aku hanya mengangguk.
Setelah sampai di persisiran pantai, aku dan adik-adikku mengambil tempat di
sebatang kayu yang hampir reput.
“Angah, sedapkan angin
laut ni? Lembut je.” Seloroh Alina.
“Adik pernah makan ke
angin laut ni? Angah tak pernah sebab takut bila Angah bukak mulut, pasir yang
masuk! So, Angah tak tau la samada sedap atau tak.” Ujarku selamba. Alina
menarik muncung panjang. Zariff ketawa terkekek-kekek.
“Adik, walaupun angin laut
ni, adik kata ‘sedap’, tapi bagi Alang, angin laut ni amat pahit.” Tiba-tiba
Zariff berubah menjadi serius. Ada nada sedih di setiap ayatnya.
“Kenapa?” aku dan Alina
serentak bertanya. Zariff memandang kami bergilir-gilir.
“Memang sebelum ni Alang
tak pernah cerita kat Angah dengan adik. Tapi sekarang, Alang rasa, baik Alang
cerita. Lagipun cerita dah lepas. Dulu, Alang pernah couple dengan sorang budak
ni. Dia satu sekolah dengan kita, dik.” Jelas Zariff.
“Satu sekolah? Adik pernah
jumpa dia tak? Adik kenal dia tak?” soal Alina.
“Pernah. Adik ingat tak, Alang
pernah kenalkan adik kat sorang kakak, nama dia Liana?” Zariff menyoal Alina.
Aku mendengar setiap butir bicaranya.
“Kejap-kejap, Angah rasa,
Angah kenal la.” Ujarku. Aku, Zariff dan Alina dulu bersekolah di tempat yang
sama.
“Yang putih-putih tu kan? Ala,
muka dia cute-cute sikit. Lembut je orangnya. Betul tak?” sambungku.
“Ha! Dia la tu!” Zariff
mengiakan. Kelihatan hanya Alina seorang yang masih mencari-cari siapa
gerangannya.
“Dulu, Alang okey je
dengan dia. Lepastu, ada pulak sorang mamat ni, baru masuk sekolah. Kelas sama
dengan Liana. Liana tangkap cinta pulak dengan mamat tu! Lepas Angah berhenti
sekolah, mamat tu jadik ketua pengawas untuk tingkatan 5. Memang la, Alang pon
tak nafikan muka dia memang teramat hensem. Walaupun dia dah tau Alang dengan
Liana time tu memang boleh dikatakan lovely couple lah, tapi dia still nak
ngorat Liana. Geram betul Alang!”
“Alang! Adik kenal ketua
pengawas tu. Abang Ariff, kan? Sekarang baru adik ingat siapa kak Liana. Dia
sekarang makwe abang Ariff kan? Dorang memang loving giler la Alang! Sweet
giler bila tengok dorang dating belakang sekolah.” Celoteh Alina. Zariff
mengangkat kening. Aku menampar paha Alina, manja.
“Adik ni! Alang break
dengan kak Liana, dia seronok pulak tengok kak Liana couple dengan orang lain!”
marah Zariff. Zariff menarik muncung panjang. Itulah adik-adikku. Tak lari dari
menarik muncung. Berjangkit dengan aku kot!
“Sambung la lagi, Alang.”
Ujarku tidak sabar.
“Ha, lepastu, Liana ajak
Alang jumpa dekat tepi pantai. Mula-mula kitorang dating, seronok je, tapi
Liana banyak senyap. Lepastu, Ariff datang. Dia duduk bawah pokok, tak jauh
dari tempat kitorang duduk. Liana pandang Ariff. Ariff macam tengah tunggu
Liana je, Alang tengok. Tiba-tiba, Liana cakap, angin tepi pantai ni lembut. Tapi,
tak selembut hati dia untuk Alang. Hati dia terlalu lembut untuk Ariff. Terus
dia mintak break. Alang tak sempat nak cakap apa-apa pon, dia terus lari kat
Ariff. Ariff pegang tangan dia, lepas tu dorang blah macam tu je.” Air mata
Zariff bertakung. Aku tahu, Zariff sedih. Hatinya terluka. Bukannya dia tiada
rupa. Kalau lah Zariff bukan adik aku, pasti aku pon sangkut kat dia. Banyak
lagi perempuan yang lebih lawa yang datang ke rumah semata-mata nak jumpa
dengan Zariff. Tapi, hati Zariff begitu keras. Kini, baru aku tau kenapa
hatinya begitu keras. Hati dia perit, seperit hati aku. Aku terdengar
sedu-sedan Alina.
“Kenapa ni, dik?” soalku.
“Cerita Alang mengharukan!
Sedihnya adik dengar.” Air mata Alina merembes keluar.
“Adik! Macam budak kecik
la! Dah 16 tahun, tapi perangai macam budak tadika!” Zariff mengfotokopi ayat
ibu sebentar tadi. Aku melihat Zariff mengusap air mata Alina. Manakala Alina
pula mengusap air mata yang bertakung di mata Zariff. Adik-adikku sungguh
mesra. Aku seronok dapat keluarga macam ni!
“Korang ni! Buat jeles
Angah je. Angah nak kesat air mata siapa pulak? Takde siapa pon nak kesat air
mata Angah.” Rajukku.
“Air mata pon takde, nak
suruh orang kesat pulak!” ujar Zariff.
“Angah!! Alang!!” aku
mendengar suara Along terpekik terlolong memanggil nama kami. Kami tersenyum.
Sayang jugak Along kat kitorang. Datang jugak carik kitorang. Haha!
“Along!” Alina menjerit
memanggil Along.
“Adik? Alang! Angah! Kat
sini korang? Puas Along carik tau! Penat Along carik. Kenapa adik tak balik
rumah terus? Along ingat korang dah hilang. Risau Along.” Ujar Along. Kami
berdakapan. Air mataku tidak dapat ku tahan. Along tak pernah menunjukkan kasih
sayangnya pada kami. Dia terlalu ego untuk semua itu. Tapi, hari ini, aku dah
nampak kasih sayang Along kat kitorang semua. Giler drama kitorang ni!
“Tadi masa balik sekolah,
adik terserempak dengan dorang. Adik join sekaki la.” Tutur Alina.
“Bukan tadi Along kata,
tak boleh balik rumah ke? So kitorang duduk kat sini la.” Kataku.
“Along gurau je la! Mana
ada kakak yang sanggup tengok adik-adik dia buat unggun api kat luar rumah.
Nanti mesti muka Alang hitam. Nak buat unggun api tak jadik-jadik.” Gurau Along.
“Muka Alang yang putih ni,
takkan dicemari oleh warna hitam tu, okey! Alang pandai buat unggun api tau.
Jangan pandang Alang sebelah mata.” seloroh Zariff.
“Along ada dua belah mata,
buat apa nak susah-susah pandang sebelah je? Along bukan pirate yang hilang sebelah
mata.” Lawak selamba Along membuatkan kami tak berhenti ketawa ketika pulang ke
rumah. Aku bersyukur lahir dalam keluarga ini. Biarpun hidupku tidak dipenuhi
dengan kemewahan harta, tapi aku mewah dengan kasih sayang keluarga.
“Dah nak Maghrib baru nak balik? Nak kena budak-budak ni!” ibu mencapai
penyapu lidi di belakang pintu. Kami berempat yang belum pun lagi sempat menapakkan
kaki kami yang cantik ni ke dalam rumah, penyapu lidi pulak nak singgah kat
kaki kami? Mana boleh! Silap-silap saham aku jatuh nanti.
“Ibu!” jerit Alina. Lantas
ibu terkejut.
“Kenapa?” soal ibu
terpinga-pinga. Penyapu lidi di tangan terlepas dari genggaman.
“Tikus belakang ibu!”
jerit Alina kuat. Lantas ibu meloncat turun ke bawah. Wajah ibu pucat.
Hahahaha! Ibu takut tikus! Itulah kelemahan ibu. Lantas kami berempat berlari
masuk ke dalam rumah. Ibu masih lagi tercegat di bawah memandang kami dengan
penuh rasa hairan. Selalunya, Alia dengan Alisyah punyalah kecut bila nampak
tikus. Ni kenapa tak takut pulak?
“Abang! Abang!” jerit ibu
memanggil ayah.
“Kenapa? Apa awak buat kat
luar tu? Dah Maghrib ni. Masuklah!” ayah terkejut melihat ibu berkaki ayam
berada di luar rumah.
“Alina kata ada tikus.”
Terketar-ketar bibir ibu. Ayah menjungkit kening. Sah-sah kena tipu
hidup-hidup!
No comments:
Post a Comment