Maryam membisu. Dia hanya membiar orang di hujung panggilan yang bersuara.
Dadanya berombak turun naik. Marahnya masih belum hilang. Sebolehnya dia tidak
mahu fikir apa yang lelaki itu lakukan kepadanya. Benci!
“Maryam.” Mikael panggil
lagi bila pertanyaannya tidak berjawab sebentar tadi.
Maryam hela nafas berat.
“Saya dah bagitahu awak hari tu, kalau awak nak nombor Meen, awak usaha
sendiri. Saya takkan senang-senang kasi kat awak.” Tegas Maryam.
“Hey, hey. Calm down.
Kenapa ni? Bila masa saya minta nombor Meen pula ni? Anyway, who’s Meen?”
Mikael tidak faham.
“Mikael, jangan buat
bodohlah. Saya tak faham la dengan awak ni. Pura-pura baik dengan saya padahal
nak dapatkan kawan saya? Saya boleh bagi awak berkawah dengan Meen, tapi cara
awak tu tak betul!” bentak Maryam.
“Maryam, seriously awak
salah faham dengan saya ni.” Mikael cuba memujuk.
Maryam tidak mahu dengar
apa-apa lagi lantas talian dimatikan. ‘Buang mood aku aje.’ Kaki terus
melangkah masuk ke dalam bilik air. Hah padan muka kau habis kredit
banyak-banyak.
BUNYI kereta hon sana sini kedengaran nyata di telinga Maryam. Baju cotton
putih-palazo kelabu cair-cardigan kelabu labuh-selendang satin krim-rantai jam
yang labuh hingga ke pankreas.
Dengan kamera digital
Olympus di tangan, kaki melangkah di tepi jalan. Kedai-kedai makan yang berada
di tepi jalan menarik sedikit minatnya untuk diambil gambar.
Sedang matanya fokus
mengambil gambar, dari lensa kamera tubuh yang dia kenali itu sekali lagi
melintas di hadapan. Maryam mengalihkan kamera dari matanya. Dahi berkerut.
“Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu
dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab
kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He’s gone. Like
seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga
yang kau nak pijak.”
Kata-kata Meen seakan
berdengung di dalam corong telinga. Maryam ketap gigi. Lebih baik dia kejar
lelaki itu. Kalau dia salah pun, dia tahu dia akan berpuas hati.
Cepat-cepat Maryam
mengekori kelibat lelaki yang dia rasakan Aryan itu. Dalam hati penuh berdoa
agar lelaki itu memang betul-betul Aryan walaupun jauh di dasar hatinya
mengiayakan Aryan sudah tiada.
Lelaki itu lebih laju
melintas jalan raya dan Maryam tidak mampu mengejarnya apabila lampu isyarat
bertukar warna hijau. Berduyun-duyun kereta lalu di hadapannya. Mata Maryam
masih mencari-cari kelibat itu.
DUP!... DUP!... Jantungnya
daripada pantas terus seakan berhenti. Susuk tubuh Aryan hilang. Bebola mata
Maryam kini fokus kepada susuk tubuh lain yang sedang menangis di tepi jalan.
“IBU..” lelaki yang tingginya berukuran 182 cm itu menangis di bahu jalan.
Tidak tahu dia di mana. Lampu pejalan kaki bertukar dari merah kepada hijau. Di
saat itu semua kereta berhenti dan memberi ruang untuk pejalan kaki. Maryam
perlahan-lahan melintas sambil matanya masih tidak lepas daripada susuk tubuh
lelaki yang sedang menangis itu.
“Mikael?” tegur Maryam.
Mikael tidak
mempedulikannya. Tapi masih sibuk menangis.
“Mikael!” bahu lelaki itu
dicuit.
Terus dia berpaling kepada
Maryam dengan mata yang sudah bengkak.
“Akak, akak kenal tak mak
Adam? Nama mak, Sakinah. Adam cari mak tak jumpa.” Dia kembali mengongoi.
Maryam garu kepala.
“Mikael, awak buat apa ni? Tak kelakarlah.” Maryam menggoncang kedua bahu
Mikael.
Bertambah menangis lelaki
itu dibuatnya.
‘What the hell.’ Maryam
ketap gigi. “Ergh!” rengus Maryam.
“Okay Adam.. Adam dari
mana ni?” Maryam mulai rasa ada tidak kena dengan lelaki ini.
“Tak tahu. Tadi Adam dalam
bilik. Adam cari mak tak jumpa. Lepas tu Adam keluar. Adam tak jumpa mak.”
Teresak-esak lelaki itu bercerita.
Telefon bimbit Maryam
dikeluarkan dari beg silang kecilnya. Nombor Myna didail.
“Hello, Myna. Akim ada tak
kat sana?” tanya Maryam dengan intonasi suara yang risau.
“Kenapa ni Yam? You okay
ke?”
“I okay. I nak cakap
dengan Akim kejap. Boleh?”
“Kejap eh.” Telefon
bertukar tangan.
“Hello.” Suara Akim
kedengaran.
“Hello. Akim, you kena
cerita kat I, what the hell is wrong with Mikael. Kejap-kejap kata nama dia
Hafez, kejap-kejap Adam.” Rengus Maryam.
“Erk.. kenapa ni? You
bukan kat Jogja ke sekarang?” Akim garu kepala.
“Iya I kat Jogja ni. I
jumpa Mikael. Tengah menangis tepi jalan! Searching for his mom, Sakinah!”
“Astaghfirullahazim. Yam,
you boleh tolong dia kejap tak bawa dia balik bilik dia dulu. Kejap lagi I call
you balik.” Beritahu Akim.
“I tak tahu bilik dia kat
mana. Dia sendiri tak ingat.”
“Then, you bawa la dia
dulu pergi bilik you.” Akim beri solusi.
“What?!”
MARYAM peluk tubuh dan bersandar di kerusi sambil matanya tidak lepas
memandang Mikael. Lelaki itu dibiarkan tidur di atas katilnya. Nyenyak sekali
tidurnya. Dah sedap dapat makanan, terus tertidur. Telefon Maryam sekali lagi
berdering.
“Hello, Akim.”
“Yam.. err.. Mikael tengah
buat apa?”
“Tidur. Tadi I dah kasi
dia makan, now he’s sleeping like a baby!” intonasi Maryam kedengarang geram.
“I tak tahulah kenapa dia
ke sana. Tapi pasal Adam dengan Hafez.. Hmm..” Akim serba salah untuk
memberitahu Maryam.
“Apa dia?” Maryam tidak
mahu menunggu.
“Dia ada DID. Split
personality. I kenal dia pun waktu dia mula-mula datang sini. First time I
jumpa dia, I jumpa karakter Adam dulu. Maybe sama macam you, I jumpa waktu dia
lost and cari ibu dia, Sakinah.” Akim yang bertugas sebagai seorang polis
menceritakan sedikit sebanyak pasal Mikael.
“So, Hafez pun..”
“Yeah, personaliti dia
yang lain. Hafez tu boleh kata kerap juga keluar. Selalunya dia keluar bila
Mikael tengah marah.”
Maryam pandang susuk tubuh
Mikael yang masih tidur.
“Berapa banyak personaliti
yang dia ada?”
“So far 3 yang I tau.
Selalunya kalau Mika pergi luar negara, dia akan bawa Isaac sekali. Isaac takde
dengan dia ke?”
“Isaac siapa? Tak nampak
pula sesiapa yang dekat dengan dia tadi.”
“Personal doctor dia. Kejap
lagi I Whatsapp you number Isaac. You try tanya dia dulu. Dia yang selalu ada
dengan untuk handle Mika.”
“Alright then. But now?
Macam mana ni?” Maryam mengeluh lemah.
“Nak buat macam mana. For
now you kena jaga lah Adam tu dulu. Dia rasa dia 9 or 10 tahun. Budak kecil. So
you handle la macam budak kecil.” Akim ketawa kecil di hujung talian.
“Tak kelakarlah!” Maryam
mendengus. Talian terputus. Kredit habis kot, fikir Maryam.
“Er.. Mikael.” Maryam
goncang lengan baju lelaki itu. Masih tidur.
“Em. Adam.” Suara Maryam
sedikit kuat. Adam terjaga.
Mikael = Adam + Hafez.
Orang yang sama. Ish pening lah!
Lelaki itu pandang
keliling. Pelik bila susun atur bilik itu tidak sama dengan apa yang ada di
dalam biliknya. Dek kerana terkejut, Mikael terus bangun dari baringnya dan
turun dari katil. Nafasnya kencang.
“Wow.. wow. Rileks, Adam.”
Maryam cuba menenangkan Mikael. Lelaki itu kerut dahi.
“Apa awak buat kat sini?”
tanya Mikael.
“Mikael?” Maryam dah tak
tahu siapa yang ada di depannya.
Mikael raup rambut.
Kepalanya ditekan kuat dengan jemarinya.
“Macam mana saya ada kat
sini?”
“Ha? Saya jumpa awak dekat
traffic light. Awak nampak macam lost and menangis aje.” Cerita Maryam.
Mikael gelabah dan cuba
keluar dari bilik Maryam.
“Hey, kejap!” Maryam
memintas.
“Awak kena jelaskan kat
saya, apa yang jadi sebenarnya ni?! Saya berhak tahu!” tegas Maryam.
16 tahun lalu....
Encik Arsyad menaiki anak tangga satu-persatu. Lemah badannya dek penat
bekerja. Terpaksa dia ambil separuh hari untuk hari ini. Kakinya berhenti
apabila melalui bilik Muazzam. Entah kenapa dia rasa pelik. Hatinya rasa tidak
tenang.
Bunyi-bunyian dari dalam
bilik Muazzam mengusik rasa ingin tahu Encik Arsyad. Jarum jam baru pukul 1.30
petang. Sekolah habis 1.50 petang. Awalnya Muazzam balik?
Tombol pintu dipulas.
Matanya membuntang melihat asap berkepul-kepul di dalam bilik. Boleh dikatakan
berkabus jugalah isi bilik Muazzam.
“Apa abang buat ni?!”
tempik Encik Arsyad.
Muazzam yang sedang khayal
terkejut dan beberapa saat kemudian dia ketawa. Matanya seakan berat untuk
dibuka.
“Nak?” tanya Muazzam
sambil menghulur ganja.
Tangan encik Arsyad
menggigil.
“Aku bela kau dari kecil
sampai besar, bukan suruh jadi orang yang macam ni!” Encik Arsyad meluru masuk
ke dalam bilik dan terus memukul belakang badan Muazzam tiada henti.
“Sakitlah!” Muazzam
menjerit kuat.
Marah Encik Arsyad masih
tidak turun. Tangannya terlepas dari nak pukul belakang badan, terkena kepala
Muazzam. Kuat hingga remaja itu tersungkur mencium lantai. Hidungnya mulai
mengalir darah merah yang panas.
“Bodohlah!” Muazzam bangun
dari lantai dan menolak tubuh Encik Arsyad.
“Kau tu yang bodoh! Kalau
mak kau tahu apa yang kau buat ni, kau fikir betapa kecewanya dia dengan kau!”
tengking Encik Arsyad.
“Kau bukan bapak aku! Tak
payah berlagak nak nasihat aku, orang tua tak guna!” Sekali lagi Muazzam
menolak kedua belah bahu Encik Arsyad hingga tubuh lelaki tua itu
terkebelakang, keluar dari biliknya.
“Kau jangan biadab, Muaz!
Jangan nak ikut perangai setan bapak kau dulu tu! Kau tak ingat ke dia buat apa
dengan mak kau hah?!” tinggi suara Encik Arsyad.
“Kau siapa nak kata bapak
aku setan!” dek kerana terlalu marah, kali ketiga Muazzam menolak tubuh Encik
Arsyad dan kali ini tolakannya itu terlalu kuat hingga Encik Arsyad tergelincir
jatuh dari anak tangga.
Tubuh tua itu bergolek
jatuh hingga ke tingkat bawah. Muazzam tercengang. Hilang rasa khayalnya
sekejap.
Pintu rumah utama ditolak
lembut. “Assalamualaikum.” Sapa Mikael.
Mata Mikael terkunci pada
tubuh ayahnya yang sudah terlentang berdekatan dengan tangga.
“Ayah.. Ayah!” segera
Mikael mendekati ayahnya.
“Ayah!” Mikael memanggil
Encik Arsyad berkali-kali.
“Mika..” Encik Arsyad
sempat melihat wajah anak lelakinya itu. Darah yang mengalir dari belakang kepala
mengejutkan Mikael.
“Ayah, jangan tidur.
Jangan tidur! Mika panggil ambulans! Ayah jangan tidur!” macam-macam yang
bermain di dalam kepala Mikael. Dia tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi
kalau ayahnya tiada di sisi. Cukuplah ibunya pergi dahulu. Tolonglah jangan
ayah pula yang pergi.
Segala drama, cerita yang
pernah dia tonton di kaca TV bermain di dalam kepalanya. Macam mana kalau pengakhirannya
sama? Macam mana kalau ayah mati?
Dengan tangan
terketar-ketar, Mikael mendail nombor kecemasan. Beberapa saat kemudian, talian
dimatikan dan dia kembali mendekati tubuh ayahnya. Air mata tak berhenti
berlinang.
“Ayah! Ayah jangan tidur!
Mika ada kat sini. Ayah bangun!!!” Mikael menggoncang tubuh Encik Arsyad
apabila lelaki itu hampir melelapkan mata.
Pintu utama terbuka.
“Assalamualaikum.” Sapa wanita itu. Matanya terbuntang.
“Ya Allah! Abang!” Puan
Misha melempar tas tangannya dan terus mendekati suaminya.
“Macam mana boleh jadi
macam ni, Mika?” wanita itu turut menangis.
Mikael berhenti menangis.
Dadanya berombak kencang.
“Kau! Semua punca dari kau
kan!” tempik Mikael dengan menunjuk ke arah Muazzam yang terpinga-pinga di
tangga.
“Apahal pula?! Ayah yang
terjatuh sendiri. Aku tak sempat nak capai tangan dia.” Beritahu Muazzam dengan
suara terketar-ketar.
“Kau jangan nak menipu,
Muaz!”
“Apa bukti yang kau ada
hah?! Apa?!” tengking Muazzam.
“Sudah! Jangan bergaduh
kat sini! Sekarang ni kita kena bawa ayah pergi hospital.” Putus Puan Misha
membuatkan Mikael sedikit terkilan.
MARYAM teguk air mineral dari botol berisipadu 1.5 liter itu. Dia menggaru
kulit kepala yang terasa gatal.
“Saya minta maaf, Maryam.
Mungkin orang yang sebelum ni awak jumpa tu, bukan saya. Maafkan saya, tak
terus-terang dengan awak. Maafkan saya buatkan awak terluka dengan kata-kata
atau tindakan Hafez yang biadab tu.. Maafkan saya..”
“Kenapa minta maaf dengan
saya?” Maryam senyum nipis menatap wajah Mikael yang sugul.
“Saya tak tahu awak fikir
apa, tapi tak semua orang sempurna. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri.
Betul tak? Mungkin ini kelemahan awak yang awak tak nak orang lain tahu. Saya
faham itu. Awak tak perlu minta maaf. So sekarang saya dah tahu keadaan awak,
takdelah saya nak terus marahkan perangai Hafez tu. By the way, he is rude.”
Maryam mencebik mengenangkan apa yang Hafez katakan kepadanya.
Mikaael ketawa kecil. “Dia
banyak susahkan awak?”
“Bukanlah menyusahkan.
Tapi menyakitkan hati. For one second, saya ingat awak baik dengan saya sebab
nak dapatkan Meen.” Cerita Maryam.
“Meen?” Mikael jungkit
kening.
“Yeap. Meen, kawan baik
saya tu. Tapi sekarang saya rasa, Hafez yang tertarik dengan Meen.”
“Hafez tanya pasal Meen?”
Mikael kerut dahi.
“Tanya? No! Dia minta
nombor telefon Meen. Desperately.” Maryam ketawa kecil. Kelakar bila
mengingatkan betapa bodohnya dia marahkan Mikael waktu itu.
Mikael terdiam sejenak.
“Kenapa dia perlu minta
dekat awak sedangkan dia boleh dapatkan sendiri?” Mikael jadi tertanya-tanya.
“Mana saya tahu? Malu,
maybe?” Maryam senyum.
“Hafez tak pernah malu.
Tak pernah takut. Dia tak perlu tanya awak kalau dia desperate nak tahu. Sebab
dia boleh buat semuanya. Sendiri.” Kata Mikael. Mati senyuman Maryam. Terasa
macam darah dipam keluar dari saluran pembuluh darah. Jantungnya seakan berhenti
berdegup untuk seketika.
SELESAI makan malam, Maryam dan Mikael berjalan seiringan menuju ke hotel
Maryam. Suasana sepi seketika.
“Tadi saya ada call Akim.
Dia kata selalunya kalau awak ke luar negara, awak akan bawa Isaac. Kenapa kali
ni awak tak bawa dia sekali?” soalan Maryam memecah hening suasana.
“Kalau ada kerja luar, yes
saya akan minta dia ikut saya. Cuma kali ni saya ingat, saya nak bersendiri.
Ambil masa untuk diri sendiri. Ingatkan boleh handle diri sendiri, seems like I
failed.” Sengih Mikael. Wajah lelaki itu sudah naik sedikit jambang dan misai
yang baru dicukur.
Dari baby face, kini nampak lebih maskulin. Mata lelaki
itu tak pernah tenang. Setiap kali Maryam pandang mata lelaki itu, ianya seakan
melempar rasa benci dan marah. Mungkin kerana bulu mata bawahnya itu lebat.
Tetapi mata itu sungguh menarik perhatian Maryam. Lebih-lebih lagi apabila
Hafez yang muncul. Seakan mata itu memang khas untuk Hafez yang berperwatakan
garang dan baran. Pandangannya tajam, tapi untuk seketika, Maryam merasakan
mata itu mencuit.. ergh. Abaikan perasaan itu!
“Maryam?” Mikael mengawang-awangkan tangannya di hadapan
wajah Maryam membuatkan wanita itu tersentak dan lamunan terhapus.
“Fikirkan apa?” Mikael ketawa perlahan.
“Takde apa.” Maryam menggeleng dan tersenyum.
Selendangnya dibetulkan sedikit.
“So, awak datang sini untuk bercuti ajelah?” Maryam
kembali ke dunia realiti.
“Aah. Tak sangka jumpa awak. Jodoh takkan pernah lari,
kan?” sengih Mikael.
Maryam senyum janggal. Kaki mereka berhenti apabila telah
tiba di hadapan pintu hotel Maryam.
“Awak patut balik sekarang.” Maryam bersuara.
“Masuklah dulu. I’ll be just fine.” Jawab Mikael. Maryam
senyum dan menoleh. Kakinya berhenti dari terus menapak.
“Call saya bila-bila awak perlukan saya. Saya boleh jadi
kawan awak. Saya boleh tengok-tengokkan awak.” Kata Maryam. Mikael senyum
nipis.
“Saya harap bila saya call kali ni, awak jawablah.” Usik
Mikael. Maryam ketawa.
“Good night.” Maryam lambai tangan sebelum masuk ke dalam
lobi hotel.
“Good night Maryam.” Mikael hanya memerhati gerak langkah
Maryam yang hilang apabila pintu lif tertutup.
JARUM jam menunjukkan pukul 3 pagi. Deringan telefon bimbit Maryam
membuatkan mimpi wanita itu lenyap tiba-tiba. Dia mencapai telefon bimbit dan
menjawabnya dengan suara serak.
“Hello?” Maryam paksa diri
untuk bersuara.
“Olla chika.” Suara itu
membuatkan darah seakan berlari laju naik ke kepala Maryam hingga dia dapat
merasakan kepalanya sedang berdegup-degup.
Maryam lihat nama si
pemanggil. MIKAEL.
“Hafez?” Maryam bangun
dari tidur tertiarapnya.
“Nice! Kau dah kenal aku.
Aku rasa aku dekat Indon la sekarang. And last call dalam call log Mika, is
you.” Hafez pandang cermin di hadapannya yang melantunkan wajah dia sendiri.