Matahari yang sudah naik tinggi membuatkan cahayanya
menerpa masuk ke dalam rumah kayu yang didiami Keyla dan Hadi. Dek cahaya itu
juga membuatkan Keyla terjaga dari lenanya. Terasa lenguh lehernya. Oh..
patutlah. Kepalanya lentok di bahu Hadi yang masih tidur.
Dia
teman aku semalaman? Keyla merenung wajah Hadi yang jelas nampak letihnya.
Kemudiannya kepala didongak ke syiling rumah. Peluang untuk melepaskan diri
memang tinggi. Kunci pun ada kat dia. Hmm.
Keyla
sendiri yang memutuskan untuk tidak melepaskan diri sendiri. Lelaki di
sebelahnya ditenung lama. Dia kemudiannya bersandar ke dinding sambil mengeluh.
Keluhannya
menyebabkan Hadi terjaga dari tidur.
“Dah
lama kau terjaga?” tanya Hadi sambil memisat matanya.
“Baru.”
“Kau
lapar?”
“Tak.”
Perut Keyla terus berbunyi. Tangan laju menekup perutnya. Sengihan di wajah
Keyla menyentak hati Hadi.
“Sorry.”
Hadi menunduk. Rasa bersalahnya menimpa-nimpa.
“Erk?”
Keyla memandang Hadi. Mesti dia pun lapar. Bisik hati kecil Keyla.
“Awak
perlu buat macam ni ke untuk dapat duit ayah saya?” tanya Keyla. Hadi
mengangkat wajah. Dia memeluk kakinya. Saya takde cara lain, Kay.
“Awak
tahu tak.. waktu mula-mula saya tengok awak.. hati saya dah terpikat. Dengan
senyuman awak tu, mampu cairkan hati saya. Bukan takat saya, umi saya pun
terpikat dengan watak awak.” Keyla bersandar semula ke dinding.
“Awak
ingat tak waktu majlis kat Seri Pacific hari tu? Hampir setahun rasanya
kejadian tu. Waktu seorang budak kecil menangis tak jumpa mak ayah dia..” Hadi
cuba mengingati kembali kejadian itu.
“Makk.... makk..” adik kecil itu masih tidak
berhenti menangis sambil memasukkan jarinya ke dalam mulut. Lencun bajunya dek
air liur dan air mata.
“Dik, kenapa ni?” Hadi mendekati
budak kecil yang bernama Iman itu. Dia sanggup meninggalkan klien penting
syarikatnya semata-mata untuk mendekati budak kecil itu.
“Tak jumpa mak..” sedu-sedu dia
menjawab. Budak itu kemungkinan sudah berusia empat tahun.
“Nama adik apa?”
“Iman.”
“Mak adik pakai baju warna apa?”
tanya Hadi.
“Hijau..” jawabnya dengan linangan air mata.
“Jom kita cari mak adik, okay?” Hadi
terus mendukung Iman apabila budak kecil itu mengangguk.
Hadi membawa Iman ke dalam dewan
makan yang dipenuhi dengan orang-orang kenamaan. Hampir setiap meja dia pergi
untuk mencari ibu Iman. Malu atau tidak, dia langsung tidak peduli. Langsung
tidak segan untuk menegur orang-orang yang dia tidak kenal. Hanya untuk Iman.
Budak yang dia sendiri tak kenal.
Tanpa Hadi sedari, dirinya
diperhatikan Keyla yang tersenyum melihat telatah lelaki itu. Dahi lelaki itu
terkadang berkerut, terkadang tersenyum. Terkadang dia ketawa sambil mendukung
Iman bila budak kecil itu melentokkan kepalanya ke bahu Hadi. Letih
kebarangkaliannya.
Keyla terus mendekati Hadi.
“Kenapa ni?” tanya Keyla yang
sebenarnya sudah tahu apa yang terjadi. Kerana dia perhatikan Hadi dari luar
dewan lagi!
“Iman tak jumpa mak dia.” Suara Hadi
kedengaran risau.
“Yeke? Dewan ni besar tau. Payah
kalau nak cari seorang-seorang. Apa kata saya dukung Iman, awak pergi buat
pengumuman. Lagipun takde orang guna mike waktu tengah makan ni.” Cadang Keyla.
“Ahh! Tak terfikir pula. Kejap eh.”
Iman bertukar tangan. Nasib sahaja budak kecil itu tidak takut dengan orang.
Elok sahaja dia memeluk leher Keyla tanpa segan. Air mata mulai kering dari
saat Hadi mendukungnya. Hanya air hidung yang meleleh sedikit. Itu pun sudah
dikesat Keyla.
“Assalamualaikum. Saya ada
pengumuman kecil nak buat. Ada seorang budak kecil bernama Iman mencari ibu
dia. Puan-puan yang kehilangan anak boleh datang kepada saya. Sekian.”
Sebaik sahaja Hadi turun dari
pentas, masih belum ada sesiapa pun yang mencari anak kecil itu. Hadi kian risau.
Jelas nampak di wajah lelaki itu.
“Janganlah muka berkerut macam tu.
Tak hensem dah. Kan Iman?” sengaja Keyla mengusik Hadi. Iman mengangguk sambil
tersengih. Melihatkan sengihan Iman, hati Hadi mula kurang risaunya.
“Ad!” panggil Keyla. Lelaki yang
sedang memegang DSLR itu mendekati Keyla apabila namanya dipanggil.
“Erk. Kenalkan.. Ad, ni Hadi. Hadi,
ni Ad.” Mereka berdua saling bersalaman. Senyuman berbalasan.
“Awak, ni kawan saya. Kawan dari
kampus. Dia photographer. Saya yang jemput dia datang sekali ke majlis ni.”
Cerita Keyla. Hadi hanya mengangguk.
“Ad, aku nak minta tolong kau.
Ambilkan gambar aku?” Keyla buat muka comel.
“Ahh. Kamera aku dah penuh dengan
gambar kau aje.”
“Please! Dua tiga gambar aje lagi.
Dengan budak comel ni!” Keyla menunjuk Iman yang memeluk lehernya dengan
sebelah tangan sedangkan kepala dilentokkan ke dada Keyla. Macam anak Keyla
pula! Mungkin Iman sudah letih menangis.
“Amboi kau! Cepatlah posing.” Ad
terus menghidupkan kameranya. Keyla mulai tersenyum. Hadi menjauhkan diri
sedikit. Tak naklah interframe kan!
“Eh. Janganlah jauh-jauh. Masuklah
sekali.” Panggil Keyla. Hadi terpinga-pinga.
“Kali ni aje.” Keyla memujuk. Hadi
berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk bergambar bersama.
“Iman, senyum!”
ujar Keyla. SNAP!
“Awak.. Iman,
buat peace cepat!” SNAP!
“Okay, sekarang
ni kita buat muka terkejut, cepat!” SNAP!
Tiga gambar
sudahpun tersimpan dalam DSLR Ad.
“Thanks Ad. Nanti kau tolong cucikan
gambar aku. Ada tiga gambar, kan?” tanya Keyla.
“Aah. Kau ni kalau bab buat muka
memang pro! Dah macam mak orang dah aku tengok kau pegang anak kecil macam tu.”
Usik Ad.
“Hadi sesuai jadi suami aku, kan?”
bicara Keyla membuatkan Hadi tersentak. Dia malu.
“Beranganlah kau. Kau tu yang tak
sesuai dengan dia! Muka seposen macam tu, pergi cari yang bawah level sikit
daripada Hadi.”
“Awak, Ad kata kita tak sesuailah.”
Adu Keyla. Hadi hanya tersengih. Malunya bertimpa-timpa. Kay yang tak sesuai
dengan Hadi ke, atau Hadi yang tak sesuai dengan Kay? Hmm.
“Mak!” jerit Iman tiba-tiba.
“Ya Allah! Mana Iman pergi? Kan mak
dah cakap tunggu dekat lobi tadi. Jangan pergi mana-mana. Mak pergi toilet
aje!” terus Iman melompat mendapatkan ibunya.
“Maaflah menyusahkan. Tadi auntie
pergi toilet. Keluar-keluar toilet, budak ni dah hilang. Merata cari. Masuk
dewan, baru ada orang bagitahu suruh jumpa Hadi. Lega hati ni.” Puan Indah
menyalam Keyla beberapa kali. Takkan nak salam Hadi pulak kot!
“Dengar tu Iman. Lain kali, kalau
mak suruh tunggu, tunggu aje tau. Jangan pergi merata-rata. Okay?” pesan Hadi
pada Iman. Iman menggigit bibir. Mukanya merona merah. Bibirnya tersenyum malu
ditegur begitu. Ahh. Manjanya budak ni dengan mak dia. Kalaulah anak aku macam
ni juga. Bisik Hadi.
“Hey. Berangan apa?” sengaja Keyla
menolak bahu Hadi. Mengganggu angan si Hadi ni ha!
“Erk. Takde apa.”
Puan Indah dan Iman telah pun pergi
meninggalkan mereka berdua.
“Ad, ambil gambar aku dengan dia!”
Keyla meminta.
“Lagi?!” Ad bosan.
“Cepatlah! Awak, jomlah! Satu gambar
aje.” Hadi hanya menurut. Dari satu gambar ke satu gambar. Macam-macam cara
posingnya. Macam-macam mimik mukanya. Sporting Hadi terserlah waktu itu.
“Saya simpan gambar ni okay! Moga
kita jumpa lagi!” Keyla melambai-lambai tangan kepada Hadi yang
tersengih-sengih. Comellah dia. Buat isteri, lepas ni. Bisik hati kecil Hadi.
“Saya simpan lagi gambar-gambar kita. Saya tunggu aje bila abah nak
match-kan kita. Tapi tak dengar-dengar pun abah sampaikan berita tu.” Terluah
isi hati Keyla. Ahh. Takde maknanya perigi nak cari timba. Jodoh kena cari.
Kena usaha. Bukan tunggu datang bergolek. Ye dak? Aku usahalah ni!
Hadi
merenung lantai simen itu. Dia tak lupa Keyla yang pernah dia jumpa. Dia juga
tak pernah lupa perasaan dia ketika itu macam mana. Dia takkan pernah lupa
macam mana Keyla buatkan dia gila bayang.
Tapi
bila dah jadi macam sekarang, dia hilang keyakinan untuk meluahkan isi hatinya
sendiri. Dia pernah hidup dengan golongan berada. Dan dia kini hidup dengan
golongan bawahan. Dia faham apa itu taraf. Dia tahu dia takkan dapat
membahagiakan Keyla kalau keadaan dia seperti sekarang.
“Kenapa
kau luahkan semua sekarang? Kenapa tak dulu?” ya, Kay. Kenapa sekarang? Kenapa
bukan waktu saya senang? Waktu zaman kegemilangan saya dua bulan lepas?
“Orang
kata, masalah itu rumit untuk diselesaikan. Macam tu juga cinta. Kan?” jelingan
Keyla sahaja sudah membuatkan jantung Hadi berdebar hebat.
“Lagi
satu. Tak perlulah ber-kau aku dengan saya. Saya kenal awak macam mana, Hadi.”
Sambung Keyla.
“Erk.
Erm.” Hadi menunduk.
“Saya
nak tolong awak. Nak tolong kita..” Keyla mula dapat idea. Dia yakin Hadi juga
merasakan benda yang sama sepertinya. Hadi mendongak kembali.
“ Hm?”
“Sudi
tak awak jadi suami saya?” mata Keyla bersinar memandang anak mata Hadi.
Langsung
tidak berkedip Hadi dibuatnya.
“KIR pelik. Kay takde kat rumah pun malam tadi. Tapi
kereta dia ada. Wondering mana dia pergi. Phone pula tak bawa. Takkan kena
culik kot? Semua pintu, lampu elok aje tertutup.” Akira yang mula sedari
kehilangan Keyla menjadi pelik. Takkanlah kena culik? Tak mungkin.
“Keyla
ada bagitahu dia nak pergi mana, sebelum ni?” Adam menghirup Mocha.
“Malam
tu dia just kata nak keluar. Tak cakap pula yang dia nak ke mana.”
“Haa.
Mungkin kawan dia ambil dia kot.”
“Hmm.
Mungkin juga. Dia pun sekarang sibuk dengan projek dia.”
“Jangan
risau sangatlah. Takde apa-apa tu.”
“Tapi!
Dia tak bawa phone!”
“Mungkin
dia lupa.”
“Hmm.”
Asap nipis yang keluar dari Cappuchino membuatkan Akira meniup sedikit air itu
supaya sejuk.
“Semua
dah tahu pasal kita.” Adam memulakan isu serius mereka.
“Will
you marry me, Akira?” langsung Adam bertanya. Mata Akira memandang tempat lain.
Macam mana aku nak jawab? Aku serba-salah dengan Tasha.
“Adam..”
Akira cuba mencari alasan.
“Cuba
cerita dengan Adam, kenapa susah sangat Kir nak terima Adam? Hm?”
“Kir
Cuma belum bersedia.”
“Nope.
Bukan tu alasannya. Mesti ada sebab lain.”
“Ya
Allah! Kir tak sedia lagi, Adam.”
“Ni
sebab Tasha ke?” serkap Adam. Akira hilang kata-kata. Matanya nyata terkejut
dengan soalan Adam.
“Kan?
Adam dah agak dah.” Adam terus bangun dari meja makan dan mencapai kot putih
yang digantung di belakang kerusinya.
“Nak
pergi mana?” Akira terkejut.
“Takkan
ada benda yang dapat halang kita dari bersama.” Kata-kata Adam membuatkan Akira
terpinga-pinga sebentar.
AKIRA yang baru selesai pembedahan kecil keluar
menuju ke bilik air. Tasha dari hadapan terus meluru mendapatkannya dengan air
mata yang masih bersisa.
“Betul
ke, Kir?” tanya Tasha sambil menggoncang lengan Akira yang masih tidak tahu
pucuk pangkalnya.
“Apa
yang betul?”
Mata
Tasha kembali berkaca.
Sedang Tasha membaca nota-notanya, Adam
menerpa ke arahnya.
“Adam tak tahu apa masalah awak
dengan Akira sampai buatkan Akira takut nak kahwin dengan Adam. Tapi apa yang
Adam pasti, dia tak nak sebab berpunca daripada awak. Kenapa?” Adam perlu tahu
kenapa!
“Ha? Awak nak kahwin dengan Kira?”
hati Tasha jadi tak menentu.
“Kenapa dia tak nak kahwin dengan
Adam, Tash?”
“Manalah saya tahu.” Tasha bangun
dari lantai berkarpet. Nota dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek baju.
“Adam cintakan dia, Tash. You have
to help me to get her!” kaki Tasha berhenti melangkah. Matanya merah menahan
marah dan sedih. Terus dia berpaling.
“Adam tak pernah nampak Tasha ke?
Hm? Adam tak pernah nampak betapa sayangnya Tasha pada Adam dari mula kita
kenal? Tak nampak? Kenapa Akira yang Adam sayangkan sangat?!”
“Oh. So sebab ni Kir tolak Adam?”
“Itu saya tak tahu. Tapi note this,
Adam. I love you more than she does! And I always do! Dari dulu sampai
sekarang!”
“Dan sama juga macam Adam. Dari dulu
sampai sekarang, I love Akira more than she does.”
Tasha tersentak. Dulu? Sekarang..
She does?
“Mak.. sud Adam?”
“Mungkin silap Akira tak bagitahu
Tash. Kitaorang memang dah kenal lama. Since form 1 kitaorang couple. Kitaorang
break pun dengan cara baik sebab masing-masing belajar jauh. Tapi memang kami
masih ada perasaan yang sama sebelum dan selepas break!” Cerita Adam.
Tasha senyap. Dia telan air liur.
Tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Kiranya, aku yang merampas? Tasha meneka
sendiri.
“Please Tash. Help me.” Rayu Adam.
Tasha kaku. Masih tidak dapat
berfikir secara waras. Jadi sebelum ni yang aku marahkan Akira sangat,
sebenarnya salah aku sendiri? Aku beria-ria cerita kat dia semua pasal Adam!
Sikit pun dia tak marah. Sedangkan perasaan dia pada Adam langsung tak pernah
pudar?
“Tash..” panggil Adam.
Terus Tasha berlari mendapatkan
Akira. Betul ke?
“Macam mana aku nak bagitahu kau, kalau aku tahu perasaan kau kat Adam
macam mana. Lagipun kau tunggu dia lama, kan?” Akira mengeluh kecil. Macam mana
dengan diri kau, Kir? Kau tak tunggu dia ke?
“Antara
aku dengan kau, siapa lagi lama tunggu? Kira, kau tahu tak.. kau macam
perbodohkan aku. Beria-ria aku cerita kat kau pasal dia. Tapi sebenarnya kau
sendiri tahu yang dia memang takde hati dengan aku. Memang takkan ada hati!”
“Cerita
aku dengan dia dah lama. Aku sayangkan kau. Aku nak kau bahagia. Aku pernah
bahagia... Biar kali ni orang lain pula yang bahagia dengan dia.” Jawab Akira.
“Bodoh!
Lepaskan kebahagiaan sendiri untuk calon lain yang belum tentu boleh bahagiakan
orang yang kau sayang tu, kau anggap tu pilihan bijak?” air mata Tasha
dikesat kasar dengan belakang tangan.
Akira
memandang tempat lain. Kau takde kat tempat aku, Tasha. Kau tak tahu apa yang
aku rasa.
“Kahwinlah
dengan dia.” Putus Tasha setelah lama Akira menyepi. Lantas Akira mencari anak
mata Tasha yang masih berkaca.
“Kau
pun dah pernah buat silap dengan dia. Kahwinlah dengan dia. Kahwin dengan
Adam.” Berat untuk melepaskan.. tapi kalau sendiri dah tahu diri tu bertepuk
sebelah tangan, takkan nak gagah lagi mengejar?
Mata
Akira kini sarat dengan air mata. Tunggu nak pecah aje air mata ni.
“Kahwin
dengan dia..” sambung Tasha.
Terus
tubuh Tasha dipeluk Akira. “Aku sayangkan kau. Aku nak kau bahagia juga. Kalau
kau boleh bahagia dengan Adam, aku boleh lepaskan dia, Tash.” Tenggelam timbul
suara Akira. Tubuh Akira kemudiannya ditolak lembut.
“Aku
marah kat kau sebab aku ingat kau datang kemudian. Rupanya aku yang sepatutnya
kena marah. Aku yang kacau hubungan kau dengan Adam.”
“Bukan
salah kau. Kau cuma tak tahu.” Akira jadi serba salah. Kalaulah dia bagitahu
dari awal siapa itu Adam padanya, mesti hal tak jadi parah macam ni. Kan
berterus-terang itu lebih baik? Walaupun kebenarannya menyakitkan..
“Naz!” panggil Bad. Naz terus berlalu. Malas nak
ambil pusing. Entah apa lagi yang budak ni nak. Asyik nak mengacau aje!
“Naz!”
panggil Bad lagi.
Tetap
meneruskan langkah.
“Naaaazzz!!!”
jerit Bad.
Kaki
Naz makin laju. Bad mengejar.
“Qaidah
Naazneen!!!” nama panjang Naz dipanggil. Terus langkah Naz mati. Aku paling
pantang kalau orang panggil nama penuh aku tau!
“Nak
apa?!” soal Naz berang. Pelajar lain yang lalu-lalang terkejut melihat Naz yang
sudah merah mukanya menahan geram.
“Ish.
Tu pun nak marah. Perangai tak pernah nak berubah. Panggil nama panjang aje, mesti
melenting.” Bad termengah-mengah.
“Awak
nak apa?” Naz jungkit kening sebelah.
“Weewiit!
Macam Ziana Zain kauu!” usik Bad dengan sengihan nakal.
“Awak
nak apa sebenarnya? Naz ada kelaslah.”
“Hujung
minggu ni balik tak?” tanya Bad.
Naz
menjeling. Itu aje? “Tak.”
“Lah..
kenapa? Kan mak dah janji nak ambil kita.” Muka Bad hampa.
“Sepatutnya
minggu ni kita memang tak balik, kan? Naz ada study group lah.” Alasan Naz
membuatkan Bad memuncung. Aku balik pun, takde guna. Menonong depan TV tak buat
apa. Baik tinggal kat sekolah dengan Naz.
“Hm.
Takpelah! Nanti nak join study group!” sengih Bad. Naz mengerutkan dahi.
“Tak
balik ke?”
“Tak
nak lah. Nanti tak dapat kacau awak.”
“Menyampah!”
terus Naz berlalu meninggalkan Bad yang tersenyum kambing. Beberapa orang
pelajar yang lalu di hadapannya hanya mampu bersorak keriangan di dalam hati.
‘Comelnya!
Comelnya!’ hanya itu yang ada dalam hati mereka.
“SINI lah.” Fahmi cuba menarik tangan Q, tapi gadis
itu terlebih dahulu menarik dan menyorokkan tangannya.
“Laa.
Takde apalah. Abang ada kat sini.” Fahmi masih tak berputus asa memujuk Q.
“Nampak
macam dalam!” Q gerun.
“Kalau
dalam pun, abang adalah. Jangan risau.” Fahmi masih menghulurkan tangannya
supaya mudah dicapai Q.
“Tak
naklah. Abang pergilah sorang-sorang. Q main kat sini-sini aje.” Q naik semula.
Lencunnya sudah separuh dari tubuh badannya. Fahmi cepat-cepat mengejar. Lengan
sempat dicapai!
“Abang
janji, abang selalu akan pegang Q. Abang takkan lepaskan Q. Okay?” Q mencari
kebenaran dalam kata-kata Fahmi. Dia perlahan-lahan menghulur sebelah lagi
tangannya. Makin dalam mereka masuk ke dalam laut. Air yang jernih dipandang Q
dengan perasaan takut.
“Tak
reti berenang ke?” tanya Fahmi. Bibir Q menggeletar kesejukan. Pandangan
berpaling pada Fahmi. Lantas kepala digeleng.
Air
sudah ke paras leher.
“Abang!”
Q menjerit ketakutan. Tangannya sudah pun memeluk leher Fahmi. Pada Q, air
sudah paras leher. Tapi pada Fahmi, air baru takat dada aje!
Kaki
Q dijungkit. Risau tenggelam! Tawa Fahmi meledak.
“Apa
yang abang ketawakan?” muncung Q.
“Kelakarlah!”
“Apa
yang kelakar?”
“Kesian
orang tu tak reti berenang.” Sengaja Fahmi mengejek.
“Eii!
Nanti kita belajarlah!” jawab Q kegeraman.
“Ei..
tak reti berenang! Tak reti berenang.” Ejek Fahmi. Kaki dia terus melangkah
makin dalam dan dalam. Terus kaki Q tidak menjejak lantai lagi.
“Nak
naik lah macam ni!” Q merajuk.
“Naiklah.
Abang lepaskan, eh?” usik Fahmi.
“Aaaa!!”
terus Q memeluk erat leher Fahmi. Sekali lagi tawa Fahmi terhambur. Q
menjeling. Asyik-asyik aku yang kena!
“Abang,
tak larat lah macam ni. Dah la kita ni pendek aje. Kaki tak jejak tanah pula
tu.” Q sedar diri.
“Haaa!
Sedar diri pun!” Fahmi menarik Q supaya duduk di belakangnya. Q malas menjawab.
Nanti aku juga yang kena balik. Q meletakkan dagunya di bahu Fahmi.
“Dalam
lagi ke nak pergi?” tanya Q.
“Kita
dah makin jauh dengan tepi pantailah!” sambung Q.
“Abang
memang sengaja nak duduk tengah-tengah laut ni.” Jawab Fahmi.
“Abang!
Nanti ada ikan josh!” Q menjerit-jerit. Ketakutannya menjadi-jadi.
“Eh,
ada eh ikan tu kat sini? Takpelah. Malam nanti kita candlelight dinner dalam
perut dia. Romantik tak?” tawa Fahmi.
“Jomlah
balik!! Takutlah!!” Q menepuk-nepuk bahu Fahmi.
“Okay!
Okay! Sampai sini aje. Abang tak pergi lagi dalam dah.” Fahmi mengaku kalah.
Sakit juga kena pukul ni sebenarnya.
“Takkan
nak berdiri sini aje?” tanya Q.
“Tu,
tengok ikan tu.”
Q
menjengah ke depan sedikit. Anak ikan bermain-main di kaki Fahmi. Pelbagai
warna.
“Cantiknya.”
Puji Q.
“Kan?”
suara Fahmi seakan berbisik. Q makin kuat memeluk Fahmi.
“Q..”
panggil Q.
“Hmm?”
“Susah
senang macam mana pun, kita akan hadapi sama-sama, kan?” tanya Fahmi. Q
mengangguk dari belakang.
“Thanks.”
Fahmi lega.
“I
love you more that you’ve ever imagine.” Lantas satu kucupan mengena pipi
Fahmi. Bibir lelaki itu mengukir senyuman.
Terus
Q mencedok air dan menyimbahnya pada Fahmi. Suasana romantik yang sepi bertukar
hingar dengan tawa mereka berbalas percikan air laut yang jernih. Pelukan tak
lepas dari belakang Fahmi. Nak mati tenggelam, Q?!
Subahanallah.
Indah sungguh ciptaan Allah. Suasana indah, dengan memori indah.. hmm..