“Nak pergi mana tu Cah? Baju tu, mana dapat?” soal Puan Haryati kepada satu-satunya anak perempuannya. Aisyah yang telah siap berpakaian baju yang dihadiahkan Haziq tadi terus menyarung kasut tumit tingginya. Beg tangan yang agak sedang saiznya digalas di bahu. Selendang yang menutupi tubuhnya dibetulkan sedikit.
“Ecah ada party malam ni. Mama jangan risau. Ecah pergi dengan Eka and Shah. Pinky promise, tak balik lewat. Esok kan Ecah ada kelas. Baju ni? Kawan Ecah bagi hadiah. Kirim salam kat ayah ea. Daa! Assalamualaikum!” Aisyah terus menyalam tangan mamanya dan berlalu pergi dengan pantas. Shahran dan Zulaika sudah lama menanti di dalam kereta Myvi milik Shahran.
“Lambat la kau. Ni nak drop kau kat mana?” soal Shahran yang tidak menoleh ke belakang.
“Tengok la aku dulu! Tengok dress aku, okey tak?” Aisyah menayang bajunya. Shahran yang berpaling tergamam. Dengan mata bulat milik Aisyah, dipadankan dengan baju cantik.. Superb!! Zulaika yang berada di sebelah Shahran juga menoleh ke belakang. Air liur ditelan Shahran dan Zulaika.
“Mana kau dapat baju ni, minah? Cantik gila!!!” Zulaika memegang fabrik yang tersarung di tubuh Aisyah.
“Ada la. Shah, kau tolong hantar aku kat KLCC.” Aisyah memberi command. Shahran yang masih tidak berkelip dicubit Zulaika.
“Sakit la mangkuk.” Marah Shahran sambil menggosok-gosok lengannya.
“Yang kau pandang Ecah macam nak telan tu kenapa?” gumam Zulaika.
“Aku tau aku cantik. Now khadam, tolong bawak I pergi KLCC.” Aisyah menyilang kaki gaya seorang wanita kaya.
“Perasan lebih la kau ni! Khadam kau panggil aku?! Ada jugak yang kena tendang keluar dari kereta. Weh makcik, kau nak buat apa kat KLCC? Kat rumah aku ada party, kau tak nak ikut pulak!” Shahran memulakan perjalanan. Pelik betul minah ni, party yang abang tiri aku buat tak nak pulak dia pergi. Yang sibuk nak pergi KLCC kenapa? Aku dah siap jemput sampai depan rumah lagi!
“Aku ada hal sikit. Jap lagi aku sampai la rumah kau.” Aisyah merenung jam di pergelangan tangannya. Lapan dua puluh!
“Weh, boleh cepat sikit tak?” Aisyah menggesa.
“Kau ni Cah, dah laju dah Shah bawak ni. Nak laju apanya lagi? Ni kereta, bukan kapal terbang.” Zulaika menegur.
“Aku lambat kang. Kau bukan tak tau si...” Aisyah terus mematikan perbualan. Takkan nak bagitau yang aku keluar dengan Haziq si mangkuk ayun tu? Mau kena bahan dengan Shah jap lagi.
“Si..? siapa?” soal Shah ingin tahu.
“Ahh! Diamlah kau. Baik kau drive cepat sebelum aku gigit kepala kau.” Aisyah memeluk tubuh di belakang. Terus dia teringat nombor telefon yang diberi Julia ketika di butik tadi. Kertas kecil itu dikeluarkan dari poket beg tangannya dan terus didail laju.
“Hello!” Haziq menjawab kasar. Aisyah terus menjauhkan ganggang dari telinganya. Mak oi! Kau ingat aku ni pekak ke haa?? Nak jerit-jerit macam Tarzan pulak. Aku hantar masuk hutan kang, padan muka!
“Hello. Ada kat ne?” soal Aisyah malas.
“Depan KLCC la! Yang kau ni lembab macam labi-labi asal? Kan aku cakap pukul lapan!” marah Haziq. Euw! Tempias ayaq liuq tau! Aisyah memejam mata menahan amarah. Terus Aisyah mematikan talian. Malas la nak layan orang gila macam dia ni! Asalkan aku dah tau dia kat mana, senang nak carik.
Haziq terkejut. Berani minah ni letak panggilan dulu sebelum aku?! Jaga kau nanti! Aku ajar kau cukup-cukup! Nafas ditarik kasar lantas dilepaskan perlahan-lahan. Keningnya digaru sedikit. Gadis-gadis yang lalu-lalang di hadapannya sibuk mengerlingnya. Ada yang menutup mulut tidak percaya. Ada yang memperbetulkan rambut dan baju. Ada juga yang cuba mengenyit mata kepada Haziq.
Haziq hanya tersenyum. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa jeliknya dia dengan tingkah gadis-gadis yang cuba memikat hatinya. Euw! Please!! Tak layan!
Haziq menoleh ke kiri dan kanan mencari-carik kelibat Aisyah. Sudah diset di minda bahawa Aisyah akan berpakaian seksi berwarna hitam.
Aisyah yang baru turun dari Myvi putih Shahran terus berjalan pantas untuk mencari kelibat Haziq. Nasib baik dia mintak jumpa depan pintu KLCC, kalau dalam shopping complex? Mampus aku nak carik!
Tubuh Haziq yang segak berkemeja biru kotak-kotak, kasut sport yang branded, dengan baby face yang comel.. aww!! Hotstuff! Cool Aisyah! Jangan mudah jatuh cinta dengan muka dia. Hati dia tu, teruk!!
Aisyah menarik nafas sebelum berjalan dengan lebih pantas menuju ke Haziq. Haziq yang berpeluk tubuh masih lagi mencari-cari kelibat Aisyah.
“Hoi!” panggil Aisyah dari belakang. Haziq lantas berpusing. Matanya terpaku pada keanggunan Aisyah yang berpakaian menutup aurat. Sungguh dia tak percaya Aisyah yang dilanggarnya dua kali hari ini, adalah Aisyah yang berdiri di hadapannya. Solekan yang tidak tebal menghiasi wajah. Eye shadow yang berwarna coklat mengisi ruang matanya. Eye liner yang bergaris di bawah matanya, menyerlahkan lagi mata Aisyah yang sememangnya bulat. Bibir yang comel dicalit dengan lip bam sahaja. Pipi disapu sedikit blusher.
Aisyah yang tidak selesa direnung lama oleh Haziq terus memandang lantai. Bebola matanya berlari ke kiri dan kanan. Bibirnya diketap beberapa kali.
“Dah puas tengok aku?” Aisyah memecahkan hening. Haziq tersedar dari lamunan.
“Kan aku suruh pakai baju yang hitam tu.” Haziq menyembunyikan getaran yang baru bermula di hatinya.
“Ala, pakai baju ni pun dah buat kau tergamam, kan? Kau ni, pada-pada la nak suruh aku pakai baju seksi-meksi! Aku pergi kuliah bertudung, takkan pergi party dedah sana sini kot? Dah check otak kau kat doktor? Ada wayar putus tu.” Aisyah terus berlalu pergi menuju ke kereta putih yang tersadai di tepi jalan. Pintu kereta dibuka sendiri.
Haziq yang masih terpinga-pinga dengan kata-kata Aisyah hanya melihat Aisyah pergi membuka pintu kereta sendiri.
Aisyah yang sudah berada di dalam perut kereta menukar siaran radio dari Flyfm kepada Redfm. Aircond yang mendingin direndahkan sikit suhunya. Beku! Pahanya ditepuk-tepuk mengikut rentak Just The Way You Are dendangan Bruno Mars. Mata Aisyah melirih kepada Haziq yang masih berada di luar kereta. Tingkap kereta diturunkan.
“Yuhuu!! Jangan berangan lama sangat kat luar tu!” Aisyah melambai-lambaikan tangannya ke luar tingkap. Haziq tersedar dari lamunan. Segera kakinya melangkah cepat ke Toyota Camry putih miliknya.
Pintu kereta dibuka kasar, juga ditutup dengan kasar. Aisyah yang tersentak dengan perlakuan Haziq mengerling tajam kepada pemuda di sebelahnya.
“First, yang kau tutup pintu macam nak roboh tu pesal? Lekang pintu baru tau! Second, kan aku dah cakap dengan sales girl nama Julia tu yang aku suruh kau pick up aku pukul lapan setengah? Kau je yang pekak, tak reti nak dengar. Third, hello! Kita nak pergi mana?!” Aisyah memandang Haziq tidak puas hati.
“First, kereta aku, suka hati akulah! Yang kau sibuk pesal? Lekang pun, duit aku yang nak keluar untuk repair! Second, aku tak pekak! Dah muktamad keputusan aku. Kalau aku cakap pukul lapan, pukul lapan sharp la kau kena datang! Third, kita nak pergi party Shahran and Amir.” Haziq terus memecut laju ke jalan raya. Aku yang tak sempat memakai tali pinggang kereta terus terdorong ke belakang apabila Haziq memecut laju.
Aku agak terkesima apabila tempat yang dituju Haziq adalah rumah Shahran. Aku menyepi di dalam kereta. Hilang kata-kata. Chop! Chop! Yang aku setuju nak ikut mangkuk ayun ni kenapa??
“Berhenti!!!!!!!!!!!!!!” jerit Aisyah tiba-tiba membuatkan Haziq juga terkejut lantas menekan paddle brek. Berdecit bunyi kereta. Kereta di belakang menekan hon berkali-kali. Tercungap-cungap nafas Haziq. Wajah Aisyah dipandang tepat. Bulat matanya memerhatikan gadis comel itu.
“Yang kau menjerit tiba-tiba pesal?! Nasib baik aku takde sakit jantung! Kalau tak, dah ‘jalan’ dah! Kau tau tak apa yang kau buat ni merbahaya!” marah Haziq. Aisyah menelan air liur. Segera tali pinggang keledar dibuka. pintu kereta dikuak. Aisyah turun dari kereta itu.
Haziq memerhatikan langkah Aisyah. Lantas tali pinggang keledarnya juga dibuka. Pintu kereta dikuak pantas.
“Hoi budak! Nak pergi mana tu?” jerit Haziq.
“Aku nak pergi rumah Shah sendiri!” Aisyah berjalan laju dengan kasut tumit tingginya. Berkali-kali juga kakinya terpelecot. Adoii kaki!! Kau ni, aku tau la kau tak reti pakai heels lagi! Tapi takkan heels tiga inci pun boleh terpelecot? Sah la kau ni separuh tomboi Ecah oi! Heels pun tak tau pakai! Tapi nasib baik kasut ni boot. Tinggi sampai ke betis, kurang la sikit risiko tumit nak patah. Hehehe.
“Kan aku cakap aku bawak kau!” suara Haziq meninggi. Bunyi kereta yang lalu lalang membuatkan suara Haziq tenggelam.
Aisyah melambai-lambai tangannya kepada Haziq. Haziq merengus kasar. Budak ni la! Menyusahkan aku betul! Haziq berlari mengejar Aisyah yang berhati-hati dengan langkahnya. Takut jatuh tergolek pulak!
Lengan Aisyah diraih kuat. Langit yang gelap ditemani bintang yang berterabur, jalan yang sesak, dipenuhi dengan lampu kereta yang terang, bangunan yang tinggi disimbahi lampu liplap yang cantik menjadi saksi bahawa... tangan aku dipegang si mangkuk ayun tak guna ni!!! Hiyakk!! Aku rasa nak pancung mamat ni! Huwargh!!!!
“Woi! Main pegang-pegang anak dara orang pesal?! Kau nak mati cepat ke?!” Aisyah menjerit kuat. Haziq mengalihkan pandangan ke tempat lain. Malas nak dengar celoteh budak kecik ni.
“Woi! Lepaslah!! Aku ada tali pinggang purple tau!” Aisyah mula buka langkah kuda-kuda. Lengannya masih tidak dilepaskan Haziq.
“Budak! Mana ada tali pinggang purple dalam karate!” Haziq ketawa sinis.
“Siapa kata karate? Taekwando la!” Aisyah membela diri.
“Taekwando pun mana ada tali pinggan purple! Suwei(gila) la kau ni! Dah! Masuk kereta. Kalau tak, aku heret.” Ugut Haziq. Dengan pantas Aisyah mengatur langkah ke kereta. Kini bukan Haziq yang mengheretnya, tapi Aisyah yang mengheret Haziq kerana pegangan Haziq masih belum lepas.
“Cepat la. Labi-labi la kau.” Aisyah membalas kembali apa yang pernah Haziq katakan kepadanya. Haziq menggeleng kepala. Perangai cool and steady masih dipegang kuat. Sabar je la dengan minah ni.
Kereta Toyota Camry Haziq meluncur laju di jalan raya yang penuh sesak. Lampu kelip-kelip dan lampu jalan mengindahkan suasana jalan di Kuala Lumpur. Aisyah beberapa kali merengus. Matanya kian terpejam. Shah, kenapa rumah kau jauh sangat?
“HELLO! Bangun la. Dah sampai.” Haziq mengejut Aisyah yang terlena di dalam kereta. Mulutnya yang terbuka sedikit menjadi modal untuk Haziq kenakan.
“Weh minah! Air liur kau leleh tu.” Sengaja Haziq menyua tisu kepada Aisyah. Aisyah yang terkejut, segera mencapai tisu di tangan Haziq dan mengelap mulutnya.
“Takde pun!” Aisyah merengus kasar. Haziq ketawa terkekek-kekek.
“Gotcha!” Haziq mengenyit mata. Aisyah terpana. Tersedar akan keterlanjuran tingkahnya, Haziq segera berdehem.
“Listen here. I want you to act as my girlfriend there. Just do what I say and please, jangan jadik clumsy!” arah Haziq. Aisyah memandang Haziq selamba.
“Whatever.” Aisyah terus membuka pintu kereta dan berjalan memasuki perkarangan rumah Shahran. Apesal aku kena act as GF dia pulak? Sorry beb, tak main la acting ni.
Aisyah melepaskan keluhan malas. Terima kasih je la kat kau mangkuk ayun, sebab tumpangkan aku pergi rumah Shah ni. Kalau aku tau kau nak tuju tempat yang sama, aku ikut Shah pun lagi bagus. Buang masa betul!
“Ecah!” panggil Haziq. Aisyah kaku. Mana dia tau nama aku ni? Oh ye! Ni mesti sebab Shah panggil aku kat kampus tadi.
“Apa?” pandangan tajam dihadiahkan Aisyah kepada Haziq. Suara yang comel cuba digaraukan. Aiseyman! Bunyik macam kucing nak beranak la pulak.
Haziq segera mendekati.
“Sini.” Haziq mengisyaratkan Aisyah supaya memaut lengannya. Woi mangkuk! Kau ingat sini negara barat ke? Nak main paut-paut pulak! Aku patahkan tangan kau kang baru tau!
“Aku seorang gadis yang beragama Islam. Dan aku tau haram untuk perempuan dan lelaki bersentuhan! If lack of education, nak pinjam tak buku agama tingkatan satu aku?” sindir Aisyah. Haziq terkedu. Air liur ditelan perlahan.
“Just do what I say. Baju tu pun aku yang bagi tau tak!” Haziq mengungkit.
“Apa? Kalau aku tak ikut cakap kau, kau nak amek balik baju ni balik? Boleh! Amek la! Amek kalau berani! Tanggalkan la baju ni! Cepat la!” Gesa Aisyah sambil menghampiri Haziq. Haziq kelu. Tak malunya budak kecik ni! Aku tanggalkan betul-betul nanti baru tau!
“Kau nak aku tanggalkan betul-betul ke?” cabar Haziq. Aisyah menahan getaran di dalam hati.
“Tanggalkan la kalau kau berani!” Aisyah mencabar kembali. Haziq mengetap gigi.
“Ecah!” panggil satu suara dari belakang. Wajah riang Zulaika yang sedang melambai-lambai dipandang Aisyah. Senyuman meniti di bibir Aisyah. Dia memaling wajah kembali menghadap Haziq.
“Nak tanggalkan baju aku, tunggu kita kawen ye sayang? Don’t miss me.” Aisyah segera mengatur langkah menuju ke Zulaika yang sedang sibuk menjamu selera setelah menghadiahkan flying kiss kepada Haziq.
Haziq menggeleng kepala. Apa punya manusia la minah ni! Tak pernah aku jumpa perempuan yang tak tau malu macam dia ni. Ecah? Nama sebenar dia apa? Kampung gila nama! Haziq terus berjalan masuk ke dalam rumah Amir.
“Hey Ziq!” panggil Falah dari jauh yang sedang meminum coke di dalam gelas. Haziq mengangkat tangan membalas panggilan Falah.
“Hey man! Mana girl kau?” tanya Irfan.
“Dia dengan member dia kat luar.” Jawab Haziq selamba.
“La, asal tak bawak masuk? Kau ni!” Zafran menumbuk lengan Haziq perlahan.
“Siapa girl kau?” tanya Amir yang baru tiba dari belakang. Tiba-tiba marah Haziq meluap. Manakan tidak? Pinggang Anna sedap dipeluk. Anna hanya memandang Haziq sekilas. Pandangannya jatuh ke lantai apabila Haziq merenungnya.
“Abang Haziq!” Shahran memotong bicara. Haziq menoleh melihat Shahran bersama dengan tiga orang wanita. Aisyah, Zulaika dan Ariela berdiri di belakang Shahran.
“Dia.” Segera Haziq menarik lengan Aisyah. Aisyah terkejut. Anna terkedu. Amir tersentap. Irfan, Falah, Zafran, Shahran, Zulaika dan Ariela kaget! Para lelaki di sekeliling Aisyah terpaku akan kecantikan Aisyah. Masing-masing melopong.
“Apa yang dia?” tanya Aisyah bodoh sambil memandang orang di sekelilingnya.
“She’s the one.” Kata Haziq. Aisyah masih blur!
“Chop! Chop! Apa yang the one ni?” soal Aisyah.
“Aisyah Dania! Dia buah hati kau ke?” soal Zulaika terkejut. Aisyah tersentap. Buah hati? Wo! Wo! Releks beb! Ni apa main buah hati-buah hati ni?
“Buah hati?” Aisyah menoleh kepada Zafran. Uuu! Abang hensem ada kat sini la. Aisyah menghadiahkan senyuman manis untuk Zafran. Terpaku Zafran akan kejelitaan Aisyah yang dimekap dan pakaiannya. Hatinya mula terpaut.
“Aisyah Dania is my girlfriend.” Pengumuman Haziq membuatkan Anna terkesima. Berubah terus wajah manisnya. Aisyah melangut memandang Haziq dengan mata membulat.
“Erk? Eh! Bukan. Actually he is my...” Aisyah tergagap-gagap kerana terlalu terkejut dengan pengumuman Haziq. Haziq segera merenung anak mata Aisyah yang masih merenung dirinya.
“Bestfriend.” Perkataan enemy yang bakal meluncur keluar digantikan dengan bestfriend. Renungan Haziq memikat jiwanya.
“Bestfriend?” serentak suara manusia disekeliling mereka berdua bertanya.
“I’ve fall for her baru-baru ni. And I think she’s the best. I baru nak lamar dia as my girlfriend. Today. Tonight.” Serius kata-kata Haziq sambil menikam mata Aisyah. Shahran terpinga-pinga. Tapi.. pagi tadi? Bukan dorang baru kenal? Shahran berteka-teki.
“Would you be my girlfriend?” Haziq melutut di hadapan Aisyah. Tergamam Aisyah. Air liur ditelan laju.
“Say yes.” Sokong Amir. Dalam diam, hatinya berbunga. Ann milik aku Ziq. Milik aku. Anna di sebelah dipandang sekilas. Wajah pucat Anna tidak dipedulikan Amir.
“We have to talk.” Aisyah terus pergi ke luar di mana rakan-rakan yang dijemput Amir sedang leka berbual. Lampu yang menerangi kolam renang membuatkan suasana bertukar romantik. Haziq mengekor.
“What the hell are you talking about?!” serang Aisyah. Haziq mengeluh.
“Look. I have major problem here. Can you just... help me?” Haziq merengus. Susah benor nak keluar perkataan help me.
“Kenapa aku nak kena tolong kau pulak?” berkerut dahi Aisyah menyoal.
“If you help me, I’ll help you to get Zaf.” Bantuan yang dihulurkan Haziq membuatkan Aisyah memikirkannya berkali-kali. Kalau aku dapat Abang Zafran? Kalau aku dapat Abang Zafran? Huwaaa!!!!! Best siot!
“Okay! Deal.” Aisyah tersenyum gembira. Haziq tersenyum sinis.
“SORRY pasal tadi. Aisyah takut nak declare the two of us as couple. Dia takut orang ramai fiir dia dekat-dekat dengan aku sebab nak harta bapak aku.” Alasan Haziq boleh diterima akal oleh rakan-rakannya.
“Bila masa kau kenal Abang Haziq?” soal Shahran. Aisyah kaget. Adoi! Ni yang susah ni.
“Meh aku cakap kau kau kejap. Eila, pinjam Shah kau kejap.” Aku terus menyuruh Shahran mengikutiku ke tempat yang lebih sepi.
“Shah, sebenarnya aku kenal dah Haziq sebelum ni. Tapi, kau kan kenal aku. Aku jatuh tergolek macam nangka busuk kot time tu! Otak aku putus fius time tu. Tu yang aku serang dia betul-betul. Aku tak sangka pulak perempuan cun macam aku ni jadik idaman dia. Dah dia propose aku, aku terima je la. Kan korang banyak kali nak padan-padankan aku. Sekarang ni, aku dah dipadankan, takde modal la korang nak bahan aku. Betul tak?” seloroh Aisyah. Ecah oi! Pandai kau putar belit fakta, kan?
Shahran dah mula biol. Adoi kepala aku pun dah pening. Apa-apa je la minah ni. tak padan dengan kecik! Nak carik pakwe tinggi melangit! Duduk sebelah menyebelah dengan Abang Haziq tu, paras dada je kot! Lantak kau la budak.
“Apa-apa je la. Aku kenal Abang Haziq tu. Dia tak pernah couple since I know him. Kau perempuan pertama yang berjaya pikat hati dia. Jaga dia baik-baik. Barang baik tu!” pesan Shahran. Aisyah senyum sinis. Adeh! Kan dah kena nasihat. Barang baik? Gedik nak mampus kau kata barang baik?
“Dah! Aku nak dating dengan Eila.” Shahran meninggalkan Aisyah bersendirian. Ceh kau! Mentang-mentang la girlfriend ada depan mata, aku kau buang terus, kan? Aisyah mencebik. Bintang yang bertaburan di langit dipandang sepi.
“Hai.” Tegur satu suara. Aisyah melihat siapa yang berada di sebelahnya.
“Saya Ann.” Anna menghulur tangan. Aisyah menyambutnya ramah.
“Bila you kenal Ziq?” tanya Anna terus tanpa berlapik.
“Baru je.”
“Dia terus propose you. You mesti special kan?”
“Special? Boleh la. Hehehe.”
“You cantik dengan dress ni.”
“Awak pun cantik jugak.”
“Sayang! Jom balik. I hantar you.” Haziq memotong perbualan Aisyah dengan Anna. Anna menelan air liur. Pandangan tajam yang dihadiahkan Haziq menikam hatinya.
Lengan Aisyah ditarik. Aisyah sempat melambaikan tangan kepada Anna. Anna tersenyum ikhlas. Pandangannya ditalakan ke bulan.
Ya Allah, aku pasrah kalau Haziq bukan untuk aku. Tapi sembuhkanlah hatiku ini Ya Allah. Aku tak kuat. Sungguh. Aku tak kuat. Engkau yang selalu membantu aku di saat hatiku terluka. Kali ini, bantulah aku sekali lagi. Doa Anna di dalam hati.
“AKU tak sempat makan lagi!” getus Aisyah. Dia berpeluk tubuh di dalam kereta. Laparnya! Jam di tangan di kerling. Sepuluh malam?! Huaiyo! Ayah mesti dah balik dari surau ni! mampus aku kalau ayah tau aku tak balik-balik lagi!
“Cepat la!” Aisyah menggesa pula. Haziq yang baru ingin menghidupkan enjin kereta terkejut. Tadi merungut, sekarang suruh cepat pulak? Dasar budak! Fikiran bertukar-tukar.
“Cepat la ni!” Haziq terus memandu laju apabila enjin kereta dihidupkan. Aisyah sepi di dalam kereta. Matanya yang berat tidak berani dikatup. Takut dipersendakan sekali lagi!
Aisyah tiba di hadapan pintu rumah dengan selamat.
“Baju ni nak kena pulangkan ke?” soal Aisyah sebelum turun dari kereta.
“Nak pulangkan buat apa? Bukan aku boleh pakai pun! Amek je la.” Ujar Haziq malas.
“Halalan toyiba ni?” soal Aisyah menginginkan kepastian.
“Ye!” jawab Haziq kasar. Aisyah tersenyum lantas keluar dari kereta.
“Thanks mangkuk!” Aisyah terus berlari masuk ke dalam rumah. Haziq mengetap gigi. Mangkuk?!
No comments:
Post a Comment