“Ma! Ma!” Dania menjerit memanggil Puan Sri Diana di dapur. Dia berlari-lari dari biliknya, menuruni anak tangga, dan sehingga ke dapur. Puan Sri Diana yang terkejut melihat tingkah anaknya, mula cemas. Lantas dia meninggalkan kerjanya di dapur.
“Kenapa ni?” soal Puan Sri Diana cemas.
“Abang! Abang!” Diana menunjuk ke arah atas. Puan Sri Diana terus berlari mendapatkan Aiman.
“Aiman!” Puan Sri Diana terus menerjah bilik Aiman.
Kelihatan Aiman sedang memegang beras di tangan.
“Kenapa ni? apa yang kamu buat dengan beras tu?” soal Puan Sri Diana. Dania yang berada di belakang mamanya, mengenyit mata pada abangnya. Aiman menyimpan senyuman.
“Ma! Kalau ma tak bagi Aiman kawen dengan Far, Aiman makan racun tikus ni.” Aiman menunjukkan racun yang berbentuk beras itu. Kemudian, dia mendekatkan racun itu ke dalam mulutnya.
“Ya Allah, Aiman! Jangan buat macam ni nak. Tak baik.” Nasihat mamanya.
“Habis, apa yang mama buat kat Far tu, baik la ye?” soal Aiman tak puas hati.
“Aiman kena faham. Kalau Aiman kawen dengan perempuan tu....”
“Dia ada nama! Nama dia Farhana Alisa!” tegas Aiman.
“Iye-iye. Farhana. Kalau Aiman kawen dengan dia, nanti macam mana effect kerja papa?”
“Aiman tak peduli. Aiman nak hidup dengan isteri Aiman, bukan dengan mama or papa!”
“Aiman sayang, please dengar cakap mama ni.”
Aiman memasukkan racun itu ke dalam mulutnya.
“Aiman! Okey-okey!! Mama setuju. Bulan depan jugak kita buat wedding kamu.” Akhirnya Puan Sri Diana mengalah. Aiman tersenyum. Dikeluarkan kembali racun itu.
“Betul ni?”
“Ye betul. Mama janji.” Puan Sri Diana mengangkat sumpah. Aiman berpuas hati. Dia mengangguk. Segera Puan Sri Diana merapati Aiman dan memeluk tubuh anak terunanya itu.
Aiman berpandangan dengan Dania. Masing-masing menjelir lidah. Yeh bebeh! Kejayaan milik kita!
“Mana Aiman dapat racun ni?” soal Puan Sri Diana.
“Aiman beli.” Terus racun itu dimasukkan ke dalam poket.
“Jangan buat mama macam ni lagi.” Pesan mamanya. Aiman mengangguk lagi.
“Kamu rehat. Lepas ni kita makan sama-sama.”
Setelah Puan Sri Diana keluar dari bilik Aiman, Dania mendekati abangnya.
“Abang, tak sangka mama percaya yang beras tu, racun tikus? Haha.” Dania ketawa. Aiman menghampiri balkoni dan meletakkan beras yang berada dalam poketnya di tebing balkoni. Burung-burung banyak bertenggek untuk menjamah rezeki mereka.
“Idea adik superb!”
“Tu baru sikit. Adik ingat, kalau yang ni tak jalan, adik nak buat yang lain pulak.” Jawab Dania.
“Apa pulak?”
“Mana boleh bagitau. Kalau bagitau, pecah la rahsia adik jadik Mcgiver!”
“Ye la tu. Ni pergi sekolah, belajar ke carik jalan nak buat trick?”
“Dua-dua.” Dania menghadiahkan sebaris gigi buat abang tercinta. Aiman menggeleng memandang adiknya.
Tiba-tiba Dania menghulurkan tangannya. Aiman memandangnya pelik. Nak apa pulak budak ni?
“Apa?” soal Aiman.
“Upah!”
“Kerja nak upah je kau ni! buat tak pernahnya nak ikhlas.”
“Yang abang tu, kedekut nak mampus tak nak kira pulak?”
“Awak yang volunteer nak tolong. Pastu nak mintak upah, pe kes?”
“Abang nak rahsia abang pecah ke?”
“Suka main ugut!”
“Sepuluh! Cepat.” Pinta Dania.
“Sepuluh sen je? Dah cukup bagus!” Aiman mengeluarkan syiling sepuluh sen untuk diberi kepada adiknya.
“Hoi! Untung la orang mintak sepuluh ringgit je tau. Kalau mintak seratus, mana abang nak carik?”
“Nak bergayut la tu.” Aiman sememangnya dah tau dengan perangai adiknya ini. Kalau mintak sepuluh tu, tak lain tak bukan nak reload je kerja. Entah dengan pakcik mana dia bergayut pun dia tak tau.
Aiman menyerahkan sehelai kertas berwarna merah kepada Dania. Tersenyum gembira gadis itu. Sebelum melangkah pergi, dia sempat menoleh.
“Abang, it’s going to be tougher than this afterwards. Get ready. I’ll think for the next tricks. Best of luck!” lantas adiknya menuruni anak tangga.
Aiman tersenyum. Yup! Ni baru satu. Dia pun tak yakin yang mamanya akan mendengar kata-katanya. Hati orang tua aku ni, lain sikit. Tak macam orang tua lain yang mudah lembut bila anak dorang merayu. Orang tua aku punya hati, rebus seminggu pun belum tentu nak lembut.
FARHANA melihat sekelilingnya yang sepi. Aik? Senyap je. Mana pulak suami aku pergi ni? Siaran televisyen yang ditontonnya membuatkan fikirannya melayang mengingati masa-masa lalunya.
Adakalanya dia tersenyum sendirian mengenang semula betapa jelik pandangannya pada seorang makhluk Allah bergelar lelaki.
Dia tak pernah percaya pada lelaki. Apatah lagi cinta. Takde langsung dalam kamus hidupnya lelaki dan cinta.
Namun kehadiran Aiman menyentap sanubarinya yang tak pernah sekalipun terusik. Tapi kini, perasaan yang tenggelam jauh ke dasar hatinya seakan dijentik.
“FAR! Kau tak tak, hari ni ada doktor baru!” Izzah menyampaikan berita gembira itu dengan teruja sekali. Farhana yang sedang leka membelek diagnosis tetap tidak mengendahkan kata-kata Izzah.
“Doktor tu, hensem sangat! Kalau la dia jadik suami aku..” Izzah menyambung angan-angan.
“Daripada kau berangan, baik kau siapkan laporan kau. Jangan kerja nak pergi lalaland tengah hari macam ni.” sindir Farhana.
“Ala kau ni! Kalau kau tengok, mesti cair punya lah!” Izzah masih memuji doktor baru itu.
“Hey girl. Dalam hidup aku, lelaki itu tak wujud okey? Buat apa dengan semua ni? Menyemak je.” Farhana menolak sedikit tubuh Izzah untuk berlalu pergi.
“Tapi Far! Kau tak boleh deny perasaan semulajadi yang Allah dah kurniakan kat kita semua.” Izzah berkeras.
“Aku tau. Tapi apa guna manusia yang hanya cantik luaran tapi tidak dalamannya? Selalunya, yang hensem tu la playboynya. Mentang-mentang aset lebih dari orang lain, mula riak. Lepas tu, senang-senang nak permainkan hati orang lain. Bila dah puas, tinggal macam tu je.” Farhana cuba mengorak langkah namun segera dihalang Izzah.
“Apa yang buatkan kau tak puas hati dengan lelaki sebenarnya?”
“Apa? Takde apa. Aku just cakap based on reality, sayang. Just look! Tengok sampai kau puas, sampai kau faham apa yang ada dalam kehidupan. Dan kira majoritinya! Tak payah susah-susah aku nak buat presentation kat kau pasal kehidupan macam waktu kat uni dulu. Penat tau! Sampai berbuih mulut aku cakap tang presentation. Apa yang dirujuk prof kita? Bahan yang aku bagi jugak. Sama jugak dengan life, Iz. Tak guna aku sebut banyak kali kalau at last kau akan refer dengan persekitaran kau jugak.” Panjang celoteh Farhana.
“Tapi kan, aku rasa macam kau ni ada masalah je dengan life thing named, lelaki!” tekan Izzah pada perkataan lelaki.
“Takde pun.” Farhana mengalih pandangannya pada tempat lain.
“Ada! I knew it! I knew it! Cuba kau cerita kat aku.”
“Takde apa yang perlu diceritakan. Aku kena pergi la. Aku ada hal.” Lantas Farhana berlalu pergi. Izzah masih lagi mengejar Farhana.
Lantas jalan Farhana disekat seseorang dari hadapan. Dipandangnya dari kaki hingga ke kepala. Dia langsung tak kenal lelaki itu.
“Doktor Aiman!” jerit Izzah teruja.
Farhana memandang Izzah yang berada dibelakangnya dengan pandangan pelik. Ni ke Aiman?
Dia mengalihkan pandangan kepada Aiman yang berdiri tegak di hadapannya.
“Bukannya hensem mana pun.” kata Farhana kuar sambil mencebik. Lantas dia meninggalkan Aiman yang termangu-mangu. Izzah masih leka memandang wajah kacak Aiman dengan penuh penghayatan.
“Cik Farhana!” panggil Aiman membuatkan kaki Farhana berhenti melangkah. Farhana segera menoleh.
“Anda memanggil saya?” soal Farhana dengan suara yang didatarkan dan penuh dengan kesombongan.
“ I think you should apologize to me.” Ucapan Aiman membuatkan kening Farhana terjungkit. Lantas dia mendekati lelaki yang menegurnya itu.
Dekat lagi, dan dekat... dan terus dekat. Kaki Farhana dijungkitkan sedikit supaya dapat sampai ke telinga Aiman. Aiman kaku.
“Ahhh!!!!!!!!!!!!” jerit Farhana kuat. Hampir pecah gegendang telinga Aiman. Aiman segera menolak tubuh Farhana jauh darinya dengan kasar sehingga membuatkan gadis itu terjatuh dan berterabur dianogsisnya.
Farhana mengetap bibir. Menahan sakit dari jatuhannya dan perasaan geram yang bertandang dalam dirinya kerana rosak dianogsisnya.
“Kau tengok apa yang kau dah buat?! Habis berterabur dianogsis aku!” marah Farhana kuat.
“Yang awak jerit kat telinga saya kenapa?” Aiman masih memegang telinganya.
“Kenapa aku kena mintak maaf kat kau? Salah aku apa?”
“Salah awak sebab being rude.”
“I’m not rude.”
“Yes you’re.”
“Bukti?”
“Apa awak cakap tadi? Tak la hensem mana pun?” Aiman memeluk tubuh.
“Huh?” Farhana buat muka blur.
“What you expected? Supaya semua orang cakap yang kau ni hensem sangat? Jangan nak kecoh la. Baru first day dah buat kepoh kat sini.” Sambung Farhana.
“I’m just..” tak sempat Aiman menghabiskan kata-katanya, Farhana terlebih dulu menyekat.
“Just what? Listen here. Kau baru kat sini. Act like one!” Farhana menghadiahkan jelingan dan terus berlalu pergi.
“Maaf la doc, Far memang macam tu. Dia kalau dengan laki, susah sikit nak kamceng.” Izzah berkata.
“Takde apa la. See ya!” Aiman terus pergi. Menahan malu dan marahnya.
“MENUNGKAN apa tu?” sergah Aiman dari belakang. Tersedak Farhana dibuatnya. Jam menunjukkan pukul satu pagi.
“Tak tido lagi?” soal Farhana yang agak terkejut dengan sapaan suaminya.
“Orang tanya dia, dia tanya orang pulak.”
“Takde apa la.”
“Tak nak tido lagi ke? Esok pagi nak pergi rumah mama.”
“Belum. Tak rasa mengantuk pulak.”
Aiman mengambil tempat di sisi Farhana yang dari tadi memeluk tubuh di atas sofa.
“Meh sini sikit.” Aiman menarik tubuh Farhana dekat kepadanya untuk dipeluk.
“Apa ni main hug-hug?”
“Ala, nak hug wife sendiri pun tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh. Rimas la.”
“Rimas apanya?”
“Dah! Pergi main jauh-jauh!!”
“Ala, nak dekat-dekat jugak!”
“Pergi sana!!”
“Nak jugak! Nak jugak!”
“Gigit kang!”
“Gigit la kalau berani. Abang angkut bawak masuk bilik kang.”
“Suka ugut orang.”
“Bukan ugut la sayang, abang bagitau je.”
“Jangan nak menggedik kat sini!”
“Nak jugak.”
“Childish.”
“Ala, hubby awak jugak. Orang yang awak propose jugak.”
“Oh God! Jangan diingatkan!”
“Kenapa?”
“Malu la.”
“Tau pulak malu. I thought you memang muka tak tau malu.”
“Apa?!” Farhana memandang tajam suaminya yang berada di belakangnya sambil memeluk pinggangnya.
“Jangan marah-marah macam tu, yang. Nanti cepat tua.”
“You!!!!”
“I comel kan?”
“I hate you.”
“But I love you la sayang.”
“I hate you! Hate! Hate! Hate!”
“I love you! Love! Love! Love!”
“Kenapa you love-love me hah?!”
“Sebab? You kecik. You suka bebel. You brutal. You tak tau malu. You gila-gila. You pandai masak. You tau kemas rumah. You clumsy. You...”
“Oh!! Semua yang teruk-teruk you bagi, kan?”
“That thing la yang buatkan you special tau tak.”
“Tak tau.”
“Now I bagitau la ni.”
“Kenapa you propose I?” soal Aiman tiba-tiba. Farhana menelan air liur.
“I nak tido la.” Farhana menolak lengan Aiman.
“Sayang!”
“Nak tido. Nak join?” pelawa Farhana. Aiman kaku sebentar. Bulat mata lelaki itu.
“Nak!!” terus Aiman melompat dari sofa. Farhana terkejut. Ni mesti dok fikir bukan-bukan ni!
“Tido bilik masing-masing! Jangan nak mengada!”
Aiman terpinga-pinga.
“Sayang.. berapa lama dah kita kawen ni..”
“Peduli apa.”
“Farhana!”
“Apa?”
“Kenapa you macam ni?” soal Aiman tak puas hati. farhana pula yang terpinga-pinga.
“Kenapa apa?”
“You tak jalankan tanggungjawab you as a wife!”
“I tak ready la.”
“If you tak ready, I boleh guna protection. Kenapa you tak reti nak fikir?”
“I tak nak first night I dengan protection la!!”
“Dah tu?”
“Tunggu je la bila I dah ready.”
“Tapi the question is, sampai bila I nak kena tunggu?!”
“Sampai I ready la!”
“Sampai bila tu?!”
“Kenapa you tinggikan suara you?”
“Semua sebab awak!! Awak sebagai seorang isteri tak patut lupakan tanggungjawab awak sebagai seorang isteri!”
“Just sebab first night awak tu, awak tinggikan suara kat Far?”
“I nak you sedar tanggungjawab you!”
“Macam tu? Pada you, perempuan ni apa? Tempat melepaskan nafsu? Macam tu? Penting?! Penting pada you?! Kenapa you tak reti nak fikirkan apa yang I rasa? I yang akan sakit. Bukan you yang nak lahirkan anak. I! Farhana!!” Farhana meninggikan suaranya.
“Itu tanggungjawab awak! Memang dijadikan awak sebagai seorang wanita untuk melahirkan zuriat. Memang! Memang saya kawen dengan awak sebab nak zuriat je! Kenapa? Salah?!”
Farhana terpana.
“Oh. Sebab anak? Kalau macam tu, awak pergi la kawen dengan perempuan lain untuk lahirkan anak awak!”
Farhana terus meninggalkan Aiman keseorangan di ruang tamu. Aiman meraup muka. Kenapa tiba-tiba kemarahannya naik?
“Farhana!”
Farhana tidak menghiraukan panggilan itu. Kakinya melangkah laju menapak ke biliknya. Lantas bilik itu dikunci. Air matanya berjurai.
Macam tu? Perempuan ni apa sebenarnya? Kilang buat anak?!
“Farhana.” Panggil Aiman sayu di luar bilik. Farhana tidak menghiraukannya.
“Far.” Panggil Aiman lagi.
“Sayang.” Sambung Aiman.
“Nak apa?!” marah Farhana.
“Bukak kejap.”
“Nak apa lagi?”
“Bukak la. please.”
Dua tiga saat selepas itu baru pintu bilik dibuka. Wajah Farhana yang sembap dengan air mata membuatkan Aiman berasa bersalah.
Lantas tubuh Farhana ditarik ke dalam pelukan.
“Sorry.” Kata Aiman perlahan.
Air mata Farhana sekali lagi bercucuran. Sebak dengan kata-kata maaf dari bibir Aiman.
“Maaf. Maaf! Maaf! Maaf!!” kata Aiman bersungguh-sungguh sambil memeluk erat tubuh Farhana sambil mencium bahu isterinya.
Air mata Farhana berhenti. Dia menolak tubuh Aiman kuat. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Aiman. Aiman terkejut.
“Abang. Lapar la.” Farhana mengesat air mata dan hingusnya yang meleleh. Aiman tercengang.
“Farhana!!”
Tersengih-sengih Farhana memandang Aiman. Aiman menggeleng memandang isterinya.
No comments:
Post a Comment