Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Saturday, October 29, 2011

DTM 3

Farhana terbaring lesu di atas sofa. Aiman hanya memerhatikan tingkah Farhana sambil meletakkan begnya di meja makan di sebelah ruang tamu. Jam menunjukkan pukul enam setengah petang. Tidak lama kemudian, Aiman turut menyertai Farhana bersantai di atas sofa. Farhana yang baru ingin melelapkan mata terasa seperti ada yang menghimpitnya di sofa. Lantas matanya dibuka perlahan. Dahinya berkerut.

“Apa ni? Jangan la nak menyibuk kat sini jugak. Pergi sana! Sofa ni cukup untuk sorang je baring. Shuhh!” Farhana menghalau. Aiman bangun dari tepi sofa. Farhana tersenyum. Baru lega!

Matanya kembali dipejamkan. Tiba-tiba Aiman melompat ke belakang Farhana dan mendarat di situ. Farhana bergolek jatuh dari sofa.

“Hoi! Apa ni?! Sofa panjang tu ada, tido la situ! Tempat kecik ni jugak yang dia nak himpit.” Rungut Farhana seraya bangun dari lantai.

“Awak pergi la tido situ. Saya nak tido sini.” Jawab Aiman.

“Ah! Takde-takde! Pergi sana.” Farhana menghimpit Aiman. Sikit pun tubuh Aiman tidak berganjak.

“Belakang la sikit. Orang pun nak tido jugak.” Arah Farhana.

“Nak tido sini, pandai-pandai la mencelah.” Balas Aiman. Farhana mengetap gigi. Aku penat-penat balik kerja, macam ni dia buat kat aku? And hello! Nur Farhana Alisa tak pernah kalah okey!

Terus Farhana menarik lengan Aiman dan tidur di atas lengannya. Aiman tersenyum. Dipeluknya Farhana supaya tak jatuh dari sofa.

“See! I kecik. Boleh fit in.” Bangga Farhana berkata.

“You memang kecik. Tak cukup tinggi. Terbantut ketinggian. Pendek. Apa lagi?” kutuk Aiman. Seraya itu juga Farhana menggigit lengan Aiman kuat!

“Oiii!!!” jerit Aiman kuat.

“Tau pun sakit.”

“Kerja nak gigit orang je. Awak ni keturunan apa ha?!”

“Dulu waktu sekolah, saya suka tengok Robert Pattinson dalam cerita Twilight. Automatik saya ikut jadik vampire macam dia.”

“Ish-ish-ish! Kanak-kanak ribena macam awak ni, mana boleh tengok cerita macam tu. Habis semua dia nak ikut. Pengaruh tak baik.”

“Habis nak tengok cerita apa?”

“Barney ke, Sesame Street ke...”

“Tellitubbies ke, Wonderpet ke.. kan?” sambung Farhana.

“Ha! Pandai pun.”

“Malam ni awak tido luar.” Farhana terus bangun dan meninggalkan Aiman yang terpinga-pinga.

Aku salah cakap ke? Tanya Aiman sendiri.

“FAR, you dah solat ke?” soal Aiman. Farhana mengangguk. Aiman mencuka.

“Tak ajak pun!” rajuk Aiman.

“Sorry. Cepat la solat. Maghrib kejap lagi je nak habis waktu. Lepas tu, turun makan.” Farhana memesan. Aiman mengheret kaki naik ke bilik. Farhana hanya tersenyum. Tak sangka kau kawen dengan budak-budak, Far.

“FARHANA!” panggil Nazirah. Dengan pantas Farhana menoleh. Tubuh genit Nazirah berlari-lari mendapatkannya.

“Aku dah siapkan semua.” Kata Nazirah.

“Sure? Kau dah panggil orang-orang yang terlibat?” tanya Farhana. Nazirah hanya menjawab dengan anggukan.

“Pukul satu nanti kita jumpa kat kantin, okey?” sambung Farhana.

“Bereh bos!” Nazirah terus berlalu pergi. Farhana tersenyum lagi. Dalam pada masa yang sama, jantungnya berdegup kencang.

Tepat jam satu tengah hari, Farhana menanti di kantin dengan penuh debaran. Suasana kantin macam biasa. Kelihatan kelibat Aiman melangkah masuk ke dalam kantin dengan beberapa orang rakannya.

Farhana mula berdebar. Nazirah dan rakan-rakan yang lain duduk di meja makan sambil mengerling-ngerling Farhana dan Aiman.

Farhana terus meluru mendapatkan Aiman yang baru ingin ambil tempat di meja makan.

“Muhammad Aiman!” panggil Farhana kasar. Sebijik gaya macam samseng daa!

“Ya saya?” jawab Aiman perlahan. Terkejut juga tiba-tiba seorang doktor yang dikenali dengan panggilan samseng hospital memanggilnya.

“Berdiri!” arah Farhana. Aiman memandang rakan-rakannya dengan pelik. Namun dia ikuti juga arahan Farhana.

Lantas Farhana melutut di hadapan Aiman. Dia mengeluarkan kotak baldu dari poket kot putihnya. Aiman terpinga-pinga.

“Muhammad Aiman, sudikah awak jadik isteri saya?” soal Farhana dengan lantang. Seluruh kantin ketawa terbahak-bahak mendengar dialog Farhana.

Menyedari akan kesilapannya, Farhana bertempik. “Diam! Aku tau aku salah dialog! Semalam aku ciplak ayat ni dari pakcik Google! Ala korang ni! Salah sikit pun nak heboh. Aku lupa nak edit ayat dia la.”

“Muhammad Aiman, sudikah awak menjadi suami saya?” soal Farhana dengan keyakinan. Kali ni, saya yakin betul! Pusing lagi! Halim! Pusing lagi! Iyaahh!! Roda Impian! Dua ribu! Dia ribu! Dua ribu!

Aiman yang nyata blur lagi lurus bendul terus terduduk. Farhana mengeluh perlahan. Lantas dia bangun dari melutut. Pap!

“Adoi! Lutut aku meletup pulak. Adeh! Dah tuo agaknyo.” Farhana sempat bercakap sendiri.

“Kau nak ke tak nak jadik suami aku ni? Kalau ye pun terkejut, jangan la buat muka sampai macam tu. Apa? Kau tak pernah tengok perempuan melamar lelaki ke? Salah ke? Sedangkan Khadijah boleh melamar Nabi kita, kenapa aku tak boleh buat? Pelik sangat ke?” soal Farhana tanpa henti. Macam peluru je.

Aiman masih kaku. Farhana naik fade up.

“Kau nak ke tak nak?!!” jerit Farhana tepat di wajah Aiman. Dengan pantas Aiman mengangguk kerana terlalu terkejut dengan nada suara Farhana. Lantas Farhana mengukir senyuman.

“Bagus! Esok lusa, aku masuk minang, okey?” Farhana meletakkan kotak baldu di atas meja makan Aiman. Dia terus keluar dari kantin dengan senyuman lebar. Sorakan di dalam kantin kedengaran.

Nazirah dan beberapa rakan Farhana datang mengerumuni Aiman dan membaling kepingan kelopak bunga kertas. Entah mana Farhana ciplak bunga kertas pun, Nazirah tak tau. Yang dia tau, Farhana bagi arahan untuk leraikan bunga itu dan mencampakkannya kepada Aiman kalau Aiman menerima lamarannnya. Kalau Aiman tak terima, dua suruh campak bunga tahi ayam.

“BERANGAN!” sergah Aiman dari belakang. Lamunan Farhana terus hilang. Kisah beberapa bulan yang lalu. Tapi masih segar diingatannya.

“Abang, kenapa awak terduduk waktu Far melamar abang?” soal Farhana tiba-tiba. Namun tangannya masih laju mengelap pinggan untuk disediakan.

“Kenapa? Siapa yang tak terkejut sayang oi? Perempuan brutal lagi samseng, melamar abang. Lagipun, awak perempuan. Jarang sangat nak ada perempuan yang melamar lelaki.” Aiman turut membantu mencedok lauk ke dalam mangkuk.

Tangan Farhana pantas mencapai tuala kecil di leher Aiman. Dilibasnya tuala itu ke lengan Aiman.

“Kan orang dah cakap, jangan lepuk tuala macam tu! Dah guna, terus sidai! Ni yang dok hanging kat leher kenapa? Pergi sidai!” Farhana meletakkan tuala itu di bahu Aiman.

“Ish! Queen control betul.” Aiman merungut. Diletaknya mangkuk di atas kabinet dan berlalu pergi ke bilik untuk menyidai tualanya. Kuat membebel betul isteri aku ni! Pantang silap sikit.

Seketika kemudian, Aiman berlari mendapatkan Farhana di dapur.

“Jangan berlari la! Jatuh kang.” Pekik Farhana.

“Yela-yela.” Aiman merengus.

“Nah. Letak lauk-lauk ni kat depan.” Arah Farhana. Aiman hanya akur.

“Far.” Panggil Aiman sebelum pergi ke ruang tamu.

“Iye?”

“I love you. Don’t miss me.”

“Takde masa! Awak nak pergi ruang tamu je. Bukan nak pergi perang!” Jawab Farhana selamba.

“Nak romatika sikit pun susah.” Aiman mencebik dan terus pergi ke ruang tamu. Lama kelamaan, senyuman Farhana terukir.

“ABANG!” panggil Farhana. Suaranya kedengaran cemas. Aiman yang berada di dalam bilik, segera berlari mendapatkan Farhana yang berada di ruang tamu.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa?” soal Aiman terkejut.

Farhana memuncung dengan buat muka sedihnya sambil menghulurkan tangannya yang terkena hirisan pisau. Darah yang menitik membuatkan Aiman risau. Segera dia dekati isterinya.

“Buat muka macam tu, ingat comel sangat la tu? Kenapa boleh jadik macam ni? Tu la! Cuai!” Aiman membebel. Aiman menarik Farhana ke sinki untuk dicuci jari yang berdarah.

“Hai la doktor Farhana, luka sikit pun nak nangis.” Sempat Aiman mengenakan Farhana yang perasan air mata Farhana menitis perlahan.

“Awak sakap senang la! Sakit tau tak.” Gumam Farhana.

“Sikit je ni.” Aiman mengelap tangan Farhana dengan kain bersih.

“Sikit apanya? Macam nak terputus je jari ni.” rungut Farhana.

“Bagus la kalau awak selalu dapat sakit. Gugur sikit dosa awak tu.” Seloroh Aiman. Satu tamparan hinggap di belakang Aiman. Tubuh Aiman ke depan sedikit menahan sakit sambil mengetap bibir.

“Nak orang tolong ke tak?” ugut Aiman.

“Ala... sikit pun nak merajuk. Cepat la.” Farhana berlagak manja.

“Nama je doktor. Luka sikit pun nak jerit-jerit panggil abang. Ini ke samseng yang abang kawen tu? Tak mamcam samseng pun.” sindir Aiman.

“Abang! Orang tengah sakit ni, dia perli-perli pulak. Ada jugak yang makan kaki orang kang.”

“Takpe. Abang dah kenyang. Simpan je offer awak untuk esok.”

“Melawan! Melawan! Gigit kang!” ugut Farhana pula.

“Yela-yela.” Aiman mengambil Burnol dari peti kecemasan dan menyapunya di luka Farhana.

“Nak plaster tak?” soal Aiman.

“Bubuh je la. senang orang nak buat kerja.”

“Buat kerja? Kerja apa je yang awak buat? Tau tido je.”

“Abang!” satu tamparan hinggap di paha Aiman.

“Ei minah ni kan! Tau nak pukul orang je.”

“Dah mulut abang tu! Hish!”

“Kenapa dengan mulut abang? Nak kena cium ke?”

“Muhammad Aiman!”

“Ye saya? Tau la nama abang famous. Jangan la panggil-panggil.”

Farhana terus masam mencuka. Aiman yang sedang membalut luka Farhana terpinga-pinga apabila Farhana terus bangun dengan laju tanpa dapat diselesaikan terlebih dahulu balutannya.

“Nak pergi mana tu? Tak habis lagi balut tu!” jerit Aiman yang berada di dapur.

Farhana terus mencapai remote control dan membuka televisyen. Wajahnya kelihatan hampa. Aiman turut datang ke ruang tamu dengan membawa plaster yang baru.

“Kenapa muka sememeh ni?” soal Aiman.

“Abang!” Farhana merengek. Sengaja dia menayangkan muka comelnya. Aiman mengambil tempat di sisi Farhana di sofa.

“Kenapa?”

“Prince William dah kawen!” Farhana berdrama.

“So what?”

“Buah hati Far tu!”

“Hey! Sedap je. Curang ea! Elok awak yang melamar saya, tiba-tiba ada buah hati lain pulak.”

“Abang, tolong amek air ribena kat Far. Dahaga la.” Farhana berkata. Aiman menggeleng kepala. Budak ni la. Tak faham betul! Cepat je tukar topik. Kalau sejam bercakap dengan dia, bukan satu cerita yang masuk! Bercerita-cerita. Macam-macam ditukarnya. Kejap itu, kejap ini. Conversation tak habis lagi, dia dah tukar bab lain pulak.

Aiman datang dengan segelas air ribena di tangan. Lantas dihulurkan kepada Farhana.

“Tak nak la. Tiba-tiba takde selera. Nak air kosong je la.” Farhana tersengih. Aiman mengetap gigi.

“Sengaja tau!”

Farhana hanya menghadiahkan senyuman. Aiman kemudiannya menyimpan air itu di dalam peti ais dan membawa segelas air kosong.

“Abang! Jom solat! Kang tak ajak, merajuk pulak.” Farhana bingkas bangun dari sofa. Nasib baik tak balut lagi lukanya, kalau tak susah jugak nak amek wuduk. Farhana terus meluru ke bilik.

“Ea! Air ni macam mana?” Aiman menyoal dengan terpinga-pinga.

“Abang minum je la. Far tak nak dah.” Jawab Farhana selamba. Aiman merengus. Ketawa tidak percaya dengan perilaku isterinya.

Jangan la anak aku nanti macam ni. Bertukar-tukar fikirannya. Aiman meneguk air kosong itu dan meletakkan gelas kosong itu di atas meja.

“Jangan lupa cuci gelas tu! Jangan tinggal je atas meja. Tau minum, tau cuci!” jerit Farhana dari dalam bilik. Aiyai! Budak ni!!

Aiman mengambil kembali gelas itu dan dibawa ke dapur untuk dicuci sebelum menapak ke bilik. Penat betul dengan isteri yang sekor ni. Aiman menggeleng-geleng kepalanya sambil tersenyum. Nasib kau la Aiman, dapat isteri happening macam ni.

Tu pun kira baik la dia pandai masak. Kalau tak? Makan kat kedai je la hari-hari. Walaupun Farhana selalu buat kecoh, bising sana sini, tapi dia tak pernah lupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Except for one! First night aku!

“Far! Abang tido dalam bilik hari ni.”

“Tido la. Takde siapa nak larang.”

“Selalunya awak yang melarang. Ada chance la ni?” muka Aiman tersinar cahaya kebahagiannya.

“Tak. Far cuti.” Farhana tersenyum. Mati terus senyuman Aiman. Dia mencebik.

“Kira ni, abang solat sorang-sorang la ni.”

Farhana mengangguk dan terus mengambil tempat di atas katil. Dia melapangkan tangan dan kakinya di atas katil bersaiz queen itu.

Nikmatnya hidup! Farhana melepaskan keluhan. Aiman yang baru keluar dari bilik air setelah mengambil wuduk hanya memandang geram pada Farhana.

“Jangan pandang macam tu. Far tau Far cantik. Jangan la puji-puji. Malu I.” Kata Farhana meskipun mata masih dipejam.

“Tak hingin!” Aiman membentangkan sejadah.

“Far tido dulu ye bang.” Farhana meminta kebenaran. Aiman hanya mengangguk dan melaksanakan solatnya.

Usai solat, Aiman mendekati Farhana. Aik? Tido dah? Haha. Aiman menyelimutkan tubuh Farhana dengan comforter. Dahi Farhana dicium lembut. Farhana yang tak sedar, terus menampar kuat pipi Aiman.

Aiman ketawa tak percaya. Dia mengambil tempat di sisi Farhana. Tubuh Farhana yang lagi sikit nak jatuh dari katil ditarik perlahan ke dalam pelukan. Tido tak pernahnya nak melekat atas katil! Mesti nak bergolek jugak ke bawah. Bisik Aiman sendirian. Nur Farhana Alisa, awak memang buat hidup saya havoc!

No comments:

Post a Comment