Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, March 9, 2017

SPLIT 9

Image result for damon smile gif

Cahaya matahari sudah pun kelihatan. Nota di cermin di baca Hafez. Tapi sedikitpun dia tidak hiraukan. Telefon terus dicapai.
Hafez, flight pukul 2 petang.
            -Mikael
            Nama Maryam dicari. Belum sempat dia mendail nombor wanita itu, terlebih dahulu nama itu keluar di skrin telefon bimbit. Sengih Hafez melebar.
            “Hello bayyyyby.” Semangat betul Hafez menjawab panggilan.
            “Mikael?”
            “Tet! Wrong!”
            “Hafez!” Maryam ketap gigi.
            “Aku tak sukalah orang pertama yang kau sebut tu, Mikael. Lain kali kalau kau call number ni, nama pertama yang kau kena sebut, Hafez. Lantaklah dia Mikael sekalipun. Faham?”
            “Kenapa pula saya nak kena dengar cakap awak?”
            “Sebab kau kena!”
            “If not?”
            “Pay for your damn mistake.”
            “Awak nak buat apa? Tolak saya jatuh bangunan?” Maryam mencebik.
            “No way.”
            Maryam sengih sinis. Tau pun tak berani. “Tak cukup seksa.” Tambah Hafez. Maryam terkedu.
            “Awak tak tahu Hafez gila macam mana..”
            Teringat perbualannya dengan Mikael semalam.
            “Dalam setengah jam, aku tunggu kat lobi hotel kau.” Arahan dikeluarkan dan talian dimatikan.
            “Hello! Hello!” Maryam merengus. Jam diperhatikan. Oh shoot! Mandi pun tidak lagi. Maryam pantas bangun dari katil dan berlari masuk ke dalam bilik air.
            Tangannya baru sahaja nak oles eyeliner di kelopak mata, telefonnya sudah berdering.
            Telefon diangkat. “Boleh sabar tak?”
            “Wow. Garangnya. I’ll give you another 5 mins.” Beritahu Hafez.
            “Mana sempat!”
            “Okay. 3 minit.”
            “Hey!”
            “App! 3 minit or aku naik atas?”
            “Heh. Macam lah awak tahu bilik saya kat mana.” Maryam bersandar di kerusi. Lega. Dalam masa yang sama dia rasa seronok sebab dia tahu lelaki itu takkan tahu.
            “C’mon. Hafez selalu tahu. Floor 9, bilik 231. Oh and jangan rasa aku tak boleh buka pintu bilik kau.”
            Mati terus sengih Maryam. Elok muka dah berwarna, terus pucat jadinya!
            Maryam matikan talian. Eyeliner ditinggal tepi. Dia terus mencapai tas tangan dan menyarung kasut. Terus dia berlari ke hadapan pintu lif. Ting!
            Pintu lif terbuka luas dan kelihatan Hafez sedang berdiri di dalam perut lif dengan tangan di dalam poket seluar.
            “Tak sampai 3 minit lagi! I don’t even put my eyeliner on!” Maryam membebel dan melangkah masuk ke dalam perut lif.
            “Just nak make sure 3 minit. Kalau dah 3 minit kau still tak keluar bilik, aku dah ready nak crash in.”
            Maryam menjeling Hafez.
            “Awak kena naik flight pukul 2.”
            “Siapa kata?”
            “Mikael.”
            “Oh.. dah jadi kawan baik ke?” sindir Hafez.
            “Hafez, please. Boleh tak awak berhenti susahkan dia?”
            “Aku? Susahkan dia?” Hafez pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
            Kaki lelaki itu melangkah dekat dan makin dekat hingga tubuh Maryam tersandar di dinding lif. Ting!
            Ya Allah, inilah kali pertama aku rasa bunyi Ting ni bunyi yang paling sangat-sangat aku nak dengar!
            Maryam hela nafas lega bila pintu lif terbuka. Cepat aje Hafez menutup kembali pintu lif dan menekan butang paling atas, 25.
            Maryam kembali pucat.
            “Apa awak buat ni?”
            “Aku susahkan dia?” soalan dibalas dengan soalan.
            Maryam, apa kau buat ni?
            “Ya! Memang betul awak susahkan dia. Dia banyak habiskan duit untuk awak, habiskan masa untuk awak. Tanggung semua salah yang awak tinggalkan untuk dia. Tambah dosa dia.”
            “Aku! Protect dia..” tempikan Hafez membuatkan lutut Maryam lemah. Aduhai lutut, kenapa terasa longgar ni. Skru balik! Skru balik!
            “Protect macam mana yang awak maksudkan? Awak tinggalkan kerja separuh jalan! Awak cuma opening! What matters is the ending!” Maryam turut sama tinggikan suara.
            “Aku buat benda yang dia sendiri tak berani nak buat!” Hafez menjawab.
            “Benda yang dia sendiri tak nak! Bukan dia tak berani buat! Tapi dia tak nak. Mikael bukan jenis yang menyakitkan orang lain.”
            “Macam mana kau tahu? Kau kenal dia baru beberapa minggu. Aku kenal dia for whole my life!”
            Maryam raup wajah. “Dia sendiri tak kenal awak.” Suara Maryam makin mengendur.
            Ting! Tingkat 25. Pintu ditutup semula.
            “Bullshit! Dia sendiri yang keluarkan aku untuk protect dia. Kau ingat dia suka-suka nak keluarkan aku? Dia buat bersebab! Sebab dia tak berani nak berdepan dengan realiti hidup dia! Sebab dia pengecut!”
            “The bravest man I’ve ever met is Mikael. Awak bukan dia.”
            Hafez ketawa besar.
            Ting! Tingkat 20. Pintu terbuka. Beberapa orang tunggu giliran untuk masa. Tetapi dengan hanya satu pandangan tajam, kesemuanya tak berani nak masuk hingga Hafez tekan butang tutup sekali lagi.
            “Orang nak masuk lif lah!” Maryam melenting.
            “I don’t give a damn dengan orang yang nak masuk lif! Aku dengan Mikael sama!”
            “Tak! Tak sama langsung!”
            Hafez rentap lengan Maryam.
            “Aku dengan dia orang yang sama. Aku lebih berani dari dia, aku lebih kuat dari dia.” Bisik Hafez ke telinga Maryam tegas.
            Ting! Tingkat 14. Pintu terbuka. Terbungkam dua orang pelancong melihat Hafez dan Maryam yang sudah begitu dekat.
            Hafez terus tekan butang tutup.
            “See! Awak buat lagi! Mikael takkan buat apa yang awak buat.” Maryam cuba tarik lengannya.
            “Kau tahu kenapa Mikael tak marah? Sebab semua kemarahan dia, aku yang pegang. I’m the purest anger... of him. That left him the purest angel.” Kata-kata Hafez membuatkan Maryam tersentak.
            Ting! Tingkat 10. Hafez melepaskan rentapannya. Maryam toleh ke arah Hafez yang sudah berdiri menghadap pintu lif.
            “Awak akan tutup pintu lif lagi?” dalam banya-banyak soalan, soalan bodoh itu juga yang terekeluar dari mulut Maryam.
            Hafez diam membisu. Mungkin terkilan.
            Tujuh orang lelaki Eropah  memasuki perut lif sekaligus memenuhi ruang kosong.
            Maryam tersepit di penjuru lif. Hafez terus merapati Maryam dan medepakan lengannya ke dinding lif. Maryam pandang lengan lelaki yang berada dekat dengan paras lehernya. Air liurnya tidak tertelan. Jantungnya berdegup laju.

“MASUK.” Arah Hafez. Maryam hanya menurut. Wajah lelaki itu langsung tidak beriak. Tali pinggang dipakai.
            Hafez membelek telefon bimbit. Waze. Mencari jalan untuk ke destinasi.
            “Kita nak pergi mana?” tanya Maryam.
            “Ikut aje.” Mata Hafez pada skrin telefon bimbit.
            “Awak tahu kan, flight awak pukul 2?” Maryam takut-takut untuk bersuara. Hafez tarik nafas dalam dan menoleh ke arah Maryam tanpa berkata apa-apa. Maryam ketap bibir dan menunduk.
            Hafez kembali membaca laluan Waze. Untuk beberapa minit kemudian, padel minyak ditekan.
            Maryam kejap-kejap mengerling jarum jam di tangan. Macam mana kalau dia tak sempat naik flight?
            “Awak dah check out?’ soalan Maryam memecah hening.
            Hafez hanya membisu. Perjalanan yang mengambil masa sejam 15 minit itu berakhir.
WISATA ALAM KALIBIRU.
            Maryam membuntuti langkah Hafez. Titi gantung di hadapannya dipandang sepi.
            “Cepatlah.” Hafez menghulur tangan. Maryam hanya pandang tangan itu. Tidak menyahut. Kakinya melangkah perlahan ke atas titian gantung itu. Hafez sambung melangkah.
            Apabila mereka berada di tengah-tengah titi, Hafez berpaling dan mengambil gambar Maryam yang mukanya macam mencuka. Sengih nipis muncul di wajah Hafez. Maryam yang perasan akan perubahan wajah lelaki itu berasa sedikit lega.
            “Awak tak takut tinggi ke?” Maryam saja buka topik.
            “Tak.”
            “Apa yang awak takut?”
            “Almost nothing.”
            Maryam pandang belakang tubuh Hafez.
            “Tak mungkin takde.”
            Hafez berhenti melangkah dan menoleh ke belakang. Maryam hampir terlanggah tubuh lelaki itu apabila lelaki itu berhenti secara mengejut. Wajah mereka menghala ke arah satu sama lain.
            Sudah hilang wajah tegang. Maryam seakan mahu tersenyum. Tapi cepat-cepat dia menyorokkannya.
            “Kucing. Aku geli kucing.” Beritahu Hafez.
            Langkah diteruskan.
            “I got two of them.” Kata Maryam.
            “Seriously? The poops?”
            “Dia orang ada pasir. Toilet trained. Nak risau apa.”
            “The smell.”
            “Clump. Takde bau.”
            “Fur?”
            “Sikat. Vacuum.”
            “Food?”
            “Dry and wet. Sometimes makan ikan dengan nasi. Like everyday sebenarnya ikan dengan nasi.” Tubuh lelaki itu masih membelakanginya. Maryam rasa seronok pula bercerita pasal kucingnya.
            “Names?”
            “Puss, Mocoon.”
            “How you came out with Mocoon?”
            “Baka Maincoon.”
            “Nice.”
            Maryam toleh jam lagi. Hafez tiba di penghujung titi.
            “Jangan risau. I’ll be there on 1.30 pm.” Kata Hafez memandang ke arah Maryam yang masih di atas titi gantung. Maryam senyum nipis.
            “Jalan la cepat.” Hafez kembali ke dirinya yang suka mengarah. Dengan muka straight face. Senyum pun idok!
            Belum sampai kaki Maryam ke pondok yang teguh, Hafez menggoncang tali titi dari tepi. Jantung Maryam macam nak gugur!
            “Hey!” jerit Maryam. Orang lain di belakang turut sama berkerut dahi. Siapa tak takut mati?
            Hafez ketawa berdekah.

BEBERAPA keping gambar dibelek Maryam. Terima kasih pada Hafez, gambar yang diambil sangat cantik! Betullah orang kata, Iphone 7 punya gambar no joke doh!
            “Gambar-gambar ni saya send dekat Whatsapp saya eh?” minta Maryam. Memandang Hafez yang sedang memandu menuju ke hotel Maryam.
            “No way.” Hafez rampas kembali telefon bimbitnya. Atau lebih tepat, telefon bimbit Mikael. Heh.
            “Hello, tu semua gambar saya. Saya tak minta gambar awak pun.”
            “My phone, my rule.”
            “Handphone Mikael.” Maryam mencebik dan membuang pandang ke luar tangkap. Hafez ketap gigi. ‘Eh budak ni kalau aku tumbuk sekali terus terkeluar dari jip ni karang. Biadab nak mampus.’
            “Nak gambar-gambar ni?” tanya Hafez. Maryam mengangguk teruja.
            “Work for it.” Telefon disimpan di dalam poket seluar.
            “Soon awak pergi, Mikael yang datang. Saya boleh minta dengan dia. I need your permission no more.” Maryam peluk tubuh.
            “As if he can figure out the password.”
            Zaman dah maju, wahai si dungu Maryam Yusoff. Galeri pun boleh buat password. Maryam muncung mulut.
            “Awak nak saya buat apa?”
            “Bila aku muncul, bila masa sahaja.. you need to be here. Sebelah aku. Kau akan dapat satu gambar untuk satu hari tu.”
            “Gila.”
            “Terpulang. Cantik gambar-gambar ni kalau bubuh kat Instagram kau. Lagi pula kau suka main theme bagai kan? Aku boleh editkan cantik punya.” Sengih Hafez. Maryam ketap gigi. Eh kejap. Apa?
            “Macam mana awak tahu saya ada theme untuk Insta saya?”
            “Mikael dah follow kau.”
            “Since when?”
            “Mana aku tahu. Oh Insta Meen pun aku dah follow.” Hafez tunjuk baris gigi. Aduh senyuman diaaa... sinis nak mampus!
            “Sejak bila??”
            “Right before dia privatekan Instagram dia.”
            Maryam peluk tubuh. Ergh geram! So aku privatekan aku selama ni, sia-sialah?!
MARYAM tidak keluar dari perut jip. Hatinya masih mendidih. Geram! Antara nak dengan tidak. Tapi sumpah gambar-gambar tu semua cantik!
            “Awak kata kalau saya teman awak untuk satu hari, awak akan kasi satu gambar kan?” Maryam buka mulut.
            “Depends.”
            “Apa depends pula?!”
            Hafez jungkit bahu.
            “Saya teman awak sampai ke airport harini. Means setengah hari saya dengan awak.”
            “I said, one day.”
            “Gila la macam tu. At least saya teman awak, okay!”
            Hafez berfikir sejenak. Dengan muka selamba dia. Ei, aku rasa macam nak tenyeh-tenyeh kepala dia macam aku tenyeh cili dalam pinggan.
            “Alright then.” Akhirnya Hafez setuju.

TEKSI berhenti di lapangan terbang. Hfez keluar dari perut kereta diikuti dengan Maryam. Bagasi di dalam bonet dikeluarkan oleh pemandu teksi.
            “Terima kasih.” Ujar Maryam dengan senyuman nipis.
            Hafez langsung tidak mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Bayar tambang pun tidak! Kuajo namanya laki ni haa.
            “Hey! Tunggulah!” Maryam berjalan pantas untuk mengejar langkah Hafez.
            GEDEBUK!
            Maryam terasa pedih di bahagian depan tubuhnya. Sakitnya itu boleh tolak tepi lagi. Tapi malunya lebih berat! Orang keliling memandang Maryam dengan pelbagai pandangan. Hafez yang berhenti dan menoleh hanya memandang Maryam dan menjungkit kening.
            “I don’t know her.” Katanya seraya berlalu. KURANG AJAR!!!! Tempik Maryam dalam hati.
            Cepat-cepat Maryam bangun apabila sudah ada dua tiga orang yang datang menghampiri.
            “Are you okay?” tanya lelaki Eropah itu.
            “I’m fine.” Maryam sengih segan dan pantas berlalu dari tempat itu. Sakit oi jatuh atas jalan tar.
            Lutut mulai terasa pedih. Dagunya ada sedikit calar.
            “Hafez! Hafez!” Maryam cuba untuk tidak menjerit di dalam lapangan terbang itu. Hafez terlalu laju berjalan.
            Maryam berlari juga walaupun kakinya sedikit sakit.
            Hafez berhenti. Maryam cepat-cepat brek kaki supaya tak terlanggar lelaki itu lagi.
            “Sakit?” tanya Hafez.
            “Hell! Baru nak tanya? Tadi kata tak kenal?”
            “Oh yea. I don’t know you. Anyway, padan muka.”
            “Teksi pun saya bayarkan, bajet tak kenal. Rude!” Gumam Maryam.
            “Kau kan pernah hutang aku naik Gereja Ayam.”
            “Baru Rp 10,000!”
            “I’ll pay you the rest kat KL. Okay, Yam?”
            Sekali lagi dia panggil aku Yam, aku sumpah aku gigit dahi dia. Aku sumpah!
            Telefon dikeluarkan dari poket seluar dan sekeping gambar dihantar kepada Whatsapp Maryam. Telefo yang bergetar dari dalam sling bag Maryam dikeluarkan.
            Maryam kerut dahi melihat gambar itu. Gambar yang bergetar- dengan muka buruknya bila dia cuba memberhentikan Hafez dari terus mengambil gambarnya.
            “Hey! Bukan gambar ni!” gambar ni mana boleh masuk Instagram!
            Hafez kenyit mata. “Jangan lupa, fix your knee. See you in KL... Yam.”

Friday, March 3, 2017

SPLIT 8


Image result for damon spying on elena gif 

Air liur Maryam terasa seperti tak tertelan. Rasa macam likat sangat air liur sampai tak boleh nak masuk ke dalam kerongkong!
            “Nampaknya saya ada pesaing.” Kata Mikael memecah sunyi di antara mereka.
            “Tapi.. Meen..” Maryam cuba mencari apa-apa sahaja tanda yang menyatakan bahawa Hafez langsung tiada perasaan dengannya.
            “Kan saya dah cakap. Kalau dia nak nombor Meen, dia boleh cari sendiri. Within a second dia boleh dapat. Tapi kenapa dia sibuk minta kat awak?” Mikael mengambil tempat di sisi Maryam.
            “Saya yakin dia takde perasaan kat saya.”
            “Yeah? What if, kalau dia memang..”
            “Tak.” Maryam memintas.
            “Kalau saya?” Mikael tenung anak mata Maryam yang berwarna hitam pekat.
            Maryam terkedu. Kemudiannya dia senyum. “Awak tak kenal saya.”
            “Saya boleh kenal awak.”
            “Kalau saya tak nak kenalkan diri saya pada awak?”
            “Then saya akan cari tahu sendiri pasal awak.” Mikael kelihatan bersungguh-sungguh.
            Maryam ketawa perlahan.
            “Wrong girl.” Maryam turun dari tebing dan berjalan terus untuk mengambil lebih banyak gambar.
            “Kenapa pula?”
            “Sebab saya tak nak? Hati saya takkan terbuka untuk sesiapa pun.”
            “Serius la?” Mikael saja buat bulat matanya.
            Maryam ketawa lagi. “Serius!”
            “Okay kalau macam tu, saya tak boleh nak paksa. Tapi awak boleh jadi kawan baik saya kan?”
            “Saya dah banyak kawan baik.”
            “Adding one more and the only man yang jadi best friend awak should be fine kan?”
            “Kenapa saya kena tambah lagi, sedangkan I had enough?”
            “Sebab saya akan jadi jiran yang sangat baik dan ambil berat akan jirannya yang lain. Especially, you.”
            Maryam mengecilkan matanya. Cuba melihat ketulusan hati seorang lelaki yang ada split personality.
            “C’mon. Kawan kot.” Mikael masih memujuk.
            Maryam berfikir sejenak. “Alright then.”
            Mikael senyum hingga ke telinga.
            “Nak pergi makan?” ajak Mikael yang sudah jalan ke depan.
            “Hah? No. Saya banyak lagi benda lain nak buat daripada pergi makan.”
            “Then saya boleh teman awak pergi mana awak nak pergi.”
            “Saya tak perlukan itu.”
            “Saya kan kawan awak.” Mikael hanya pamer sebaris gigi putih bersih.
            “Tak bermakna awak kawan saya, awak boleh buat apa yang awak suka. Saya nak ruang saya, masa saya sendiri.” Kedengaran kasar. Maryam sendiri telan air liur.
            “Sure.” Tapi Mikael lebih pantas berfikir. Memahami.
            “Call saya kalau awak perlukan apa-apa.” Lelaki itu kenyit mata. Maryam terdiam sejenak.
            Bayangan lelaki itu hilang dalam beberapa saat. Maryam hanya menunduk dan meneruskan langkah.

CANDI SAMBISARI.
            Dengan bayaran Rp 2000, Maryam dibenarkan masuk ke kawasan candi itu. Pelbagai gambar diambil. Luasnya! Dia ada terfikir, macam manalah orang dulu hidup dengan penuh kreativiti?
            Penat pusing satu candi, Maryam tukar arah apabila sudah 3 kawasan candi dia melawat. Nafasnya sudah pendek. Letih!
            Matahari pun hampir tenggelam. Maryam ada satu lagi tempat yang perlu dia tuju.
BUKIT BINTANG.
            Beberapa tahun lalu dia pernah ke sini. Dengan Aryan. Bila kakinya menjejak kafe di atas, automatik segala memori dari hippocampus membanjiri segenap inci tubuhnya tanpa henti.
            Tanpa ada kewarasan minda, air mata Maryam bergenang. Perlahan-lahan Maryam mengambil tempat di meja kosong. Tebing tepi menjadi tempat untuk dia merehatkan lengannya.
            Hijau dedaun tidak dapat dilihat dengan jelas apabila matahari sudah mulai terbenam. Hanya kelihatan lampu-lampu kediaman sudah mulai menerang.
            Maryam sangkut earphone ke dalam lubang telinga dan irama lagu mula kedengaran.
I'm sleeping through the day
I'm trying not to fade
But every single night
I've just been lying awake
Cause I, I can't get you off my mind
            Rentak lagu rancak. Tapi bait-bait katanya pedih. Segala yang berlaku 7 tahun lepas rancak berdansa di dalam benaknya. Secawan kopi terhidang di hadapannya. Dengan senyuman tawar, Maryam mengucapkan terima kasih.
The moment that we met, I didn't know yet
That I was looking at a face I'll never forget
Cause I, I can't get you off my mind
            Telefon yang berdering dipandang sepi. Lenyap terus lagu yang berkumandang. Hanya kedengaran ringtone telefon bimbitnya sahaja.
            Talian itu mati.
            Mesej diterima.
            Mikael             : You, good?
            Maryam pelik memandang mesej itu. Mulanya dia malas nak membalasnya, tapi dia terasa pelik akan bunyi mesej itu.
            Maryam           : Just fine.
            Mikael             : Nampak macam tak.
            Maryam terus angkat kepala dan memerhati sekeliling. Tapi susuk tubuh lelaki itu langsung tidak kelihatan.
            Mikael             : Kita jumpa dekat bumi Jogja ni macam planned. Tapi sumpah, I didn’t plan for this. And meeting you again, here.. saya sumpah sekali lagi, saya tak rancang pun.
            Maryam           : Mana awak?
            Mikael             : Don’t worry. Saya takkan tunjuk muka kalau awak tak nak tengok. I’ll go. Tapi saya just nak make sure yang awak okay before saya pergi tempat lain.
            Maryam mendengus. Yep! Dia perlukan seseorang ketika ini. Kalau tidak, dia tak tahu bila empangan tubir mata ni akan pecah.
            Maryam           : Ke sini.
            Beberapa saat kemudian, Mikael muncul dari belakang dengan senyuman janggal. Rasa serba salah pun ada juga.
            “Serius, saya just nak make sure awak okay. Nampak gaya macam nak menangis.” Beritahu Mikael yang masih berdiri.
            “Duduklah.” Pelawa Maryam.
            “Takpe ke?”
            “Awak kan kawan saya?” Maryam senyum nipis. Earphone ditarik keluar dari bawah selendang.
            Mikael mengambil tempat di hadapan Maryam.
            “Mana awak menyorok?” tanya Maryam.
            “Kitchen.”
            “Serius lah?”
            “Serius!” Mikael mengangguk bersungguh. Maryam ketawa.
            “Macam mana awak tahu saya kat sini?” soalan kedua Maryam.
            “Sumpah saya tak tahu. Saya datang dulu okay. Saya baru selesai makan, and having my tea. Tiba-tiba ternampak waiter tu hantar air kat awak.” Jelas Mikael.
            Maryam kecilkan mata. “Iye ke ni?”
            “Sumpah!” Mikael angkat tangan kanan seakan berikrar. Maryam ketawa lagi.
            “Banyak kali bersumpah ni. Kalau tipu ni, makan sumpah jadinya.” Sengih Maryam.
            “Sum..”
            “Pah.” Sambung Maryam dan mereka berdua ketawa. Maryam membuang pandang ke luar.
            “Boleh kita bersembang?” tanya Mikael. Maryam kembali memandang Mikael.
            “Sure.”
            “Saya ada soalan.” Beritahu Mikael.
            “Apa dia?”
            “Seminggu awak tak contact saya, tak jawab Whatsapp, tak angkat call, tu semua sebab Hafez ke?”
            Maryam ambil nafas sedalamnya sebelum menjawab. “Saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen. Yelah, awak nampak lain sangat. Kasar, degil.. entah. Jadi orang yang saya langsung tak kenal. Lagipun saya baru aje kenal awak. Boleh jadi awak memang jenis macam Hafez tu. Mana la saya nak sangka awak dengan dia tu.. hm.” Maryam senyum dan teguk kopi.
            Mikael sengih. “Awak datang sini..?” Mikael membiarkan soalan itu tergantung. Maryam boleh faham sendiri.
            “Cuti. I worked my ass off and I deserved this.” Maryam ketawa.
            “Tanya saya... awak tu?” Maryam sambung ayatnya.
            “Cuti. Actually much more kepada treatment. Saya ingat boleh pergi sendiri. This is my first time keluar tanpa Isaac.” Terang Mikael.
            Maryam masih kelihatan sugul. Tak faham. Mikael ketawa dan meneruskan cerita. “Bila saya marah, Hafez akan keluar. Bila saya teringatkan ibu saya, Adam yang keluar. Bila saya rindukan ayah, Suffian yang muncul, and many more.”
            “Many more? Maksudnya?”
            Mikael buang pandang ke luar.
            “It’s okay kalau awak tak nak cerita.” Maryam menunduk.
            “Awak akan tahu once awak kenal saya dah lama. And saya rasa awak pun akan jadi macam orang lain. You won’t stand by me. That explained why I’m here alone. And alone all the time.” Lelaki itu menuturkan kata tanpa rasa sedih langsung! Siap gelak lagi.
            “Macam mana awak tahu yang saya sama macam orang lain? Awak tak kenal saya. I’m a loyal person. Very.” Maryam tegas.
            Mikael sengih. “Dah banyak orang try buang saya. Since saya start belajar kat Switz, satu kawan pun saya tak dapat. Isaac tu stick dengan saya sebab dia tu psychologist saya aje. Kalau bukan sebab kerja, he won’t stay.”
            “Again, macam mana awak tahu? Awak tak boleh persoalkan sebab seseorang tu boleh stick dengan awak atau tidak. Mana tahu, Isaac tu memang ikhlas dengan awak, nak berkawan dengan awak.” Hilang terus rasa sedih dalam diri Maryam.
            “Awak ikhlas nak kawan dengan saya?” Mikael pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
            “For sure I am! Saya tak kisah kalau awak ni ada 100 personaliti pun. Asalkan semua personaliti awak boleh kawan dengan saya.” Maryam kedengaran yakin.
            Mikael ketawa lagi. Tapi tawanya itu hambar. “You don’t know..”
            “Apa yang saya tak tahu? Yes memang saya tak kenal awak sangat. Baru aje kot kenal awak. And see, awak pun tak kenal saya. You can’t judge me.”
            “Awak tak tahu Hafez gila macam mana..” belum sempat Mikael menghabiskan ayat, Maryam letak kedua lengannya di atas meja dan mendekat dengan Mikael.
            “I don’t give a damn pasal Hafez and kalau dia nak biadab dengan saya, I don’t care. Dia tak tengok lagi baidab saya macam mana. Kalau dia gila, I can be double gila daripada dia. So chill. Saya boleh jadi kawan awak.” Kata-kata Maryam sedikit sebanyak membuatkan hati Mikael lega. Tapi dia tahu benda itu takkan bertahan lama.
            “Actually, your words.. convincing.” Mikael senyum. Maryam juga.
            “See. Tak susah pun nak buat kawan. As long as the other parties boleh terima kita.”
            “Awak dah buat saya jatuh hati dekat awak.” Mikael berterus-terang. Mulut Maryam terus terkunci. Lesap senyuman dari bibir.
            “Chill. Saya tahu tempat saya kat mana. I’m not asking for more. Not for now lah.” Gurauan Mikael langsung tidak menerbitkan senyuman pada Maryam.
            “Okay fine. Saya cuba untuk tak jatuh cinta. Saya boleh undo this love. Saya tahu saya boleh. I’ve been doing it for million times. Adding one more shouldn’t bother me.”
            “Serius lah million times.” Maryam jungkit kening.
            “Hiperbola la sikit. Maybe 3 times.”
            “Wow. Senang betul awak tukar feeling.” Sindir Maryam.
            “Saya tak tukar. Saya tambah.”
            “Maksudnya?”
            “Saya sayangkan Muaz, sayangkan ibu, sayangkan Syira.. turns out semua tinggalkan saya. Buang saya. Nak tak nak, I have to quit loving them.”
            “Err.. dia orang..”
            “Family.” Laju Mikael menjawab.
            “Syira?”
            “Adik.”
            Maryam bungkam.
            “Ibu saya hantar saya ke Switz untuk duduk dengan ibu bapa angkat dia waktu dia belajar kat sini. Actually dia buat benda yang betul. Sebab saya tak mungkin akan jadi macam ni kalau saya still duduk dengan dia orang. Parents angkat saya baik. And sangat memahami. Dia kenal semua personaliti saya tapi still tak buang saya. Pelik kenapa ibu tiri saya takut sangat dengan saya.” Mikael senyum nipis memandang Maryam.           
            “Awak, okay?” hanya itu yang mampu Maryam suarakan. Mikael ketawa.
            “I’m 30, Maryam. That happened to me about berbelas tahun dulu. I’m fine. More than fine. Too fine.” Mata lelaki itu makin mengecil bila otot pipinya naik hampir ke telinga.
            “Awak kat sini sampai bila?” tanya Mikael. Tukar topik.
            “Lusa saya balik.”
            “Too bad. Saya kena balik esok.”
            “Kita still boleh jumpa kat KL.” Kata Maryam.
            “Awak nak jumpa saya ke?”
            “I’m oficially your friend.” Jawab Maryam bangga.
            Senyum. Mikael tahu ianya takkan kekal. Senyum selagi boleh, Mikael.

MIKAEL kemas pakaiannya dan meletakkan segala benda yang dia perlukan esok. Hatinya rasa tak sedap. Dia tarik kertas kosong yang disediakan pihak hotel di atas meja dan menulis sesuatu di atasnya.
            Telefon bergetar.
            Maryam           : Siap packing?
            Mikael             : Done.
            Maryam           : Have a safe flight.
Mikael             : Maryam, in case.. In case other personality take over, help me.
Maryam           : Sure. I’ll call you next morning.
Mikael             : Thank you. J
Maryam           : My pleasure.
Mikael             : Saya tidur.
Maryam           : Tidurlah.
Mikael             : Goodnight.
Maryam           : Goodnight, Mikael.
Mikael             : Goodnight Maryam.
Maryam           : Okay.
Maryam geleng kepala. Ada aje budak ni.
            Mikael senyum dan melekatkan nota itu di cermin. Lampu bilik ditutup. ‘Don’t think, Mikael.’ Hatinya saat ini seakan bergolak. Seakan tsunami melanda. Berombak kencang dadanya. Jenuh dia berpusing ke kiri dan kanan. Matanya masih tidak mahu lelap.
            ‘Shit. Aku tak patut act macam aku okay depan Maryam tadi. No. Aku tak patut buka cerita pun!’ Mikael ketap gigi.
            Dia kemudiannya bangun dan mencari pil tidur dari dalam beg pakaiannya. Dua biji ditelan. Dia kembali melelapkan mata.
            Mata Mikael mencelik. Terbuka luas! Senyumnya menyenget. Terus dia bangkit daripada katil dan menuju ke cermin. Automatik pandangan matanya berubah. Menjadi lebih gelap dan senyuman tak lekang.
            “Hello, Hafez.”