Air liur Maryam terasa seperti tak tertelan. Rasa macam
likat sangat air liur sampai tak boleh nak masuk ke dalam kerongkong!
“Nampaknya
saya ada pesaing.” Kata Mikael memecah sunyi di antara mereka.
“Tapi..
Meen..” Maryam cuba mencari apa-apa sahaja tanda yang menyatakan bahawa Hafez
langsung tiada perasaan dengannya.
“Kan
saya dah cakap. Kalau dia nak nombor Meen, dia boleh cari sendiri. Within a
second dia boleh dapat. Tapi kenapa dia sibuk minta kat awak?” Mikael mengambil
tempat di sisi Maryam.
“Saya
yakin dia takde perasaan kat saya.”
“Yeah?
What if, kalau dia memang..”
“Tak.”
Maryam memintas.
“Kalau
saya?” Mikael tenung anak mata Maryam yang berwarna hitam pekat.
Maryam
terkedu. Kemudiannya dia senyum. “Awak tak kenal saya.”
“Saya boleh
kenal awak.”
“Kalau
saya tak nak kenalkan diri saya pada awak?”
“Then
saya akan cari tahu sendiri pasal awak.” Mikael kelihatan bersungguh-sungguh.
Maryam
ketawa perlahan.
“Wrong
girl.” Maryam turun dari tebing dan berjalan terus untuk mengambil lebih banyak
gambar.
“Kenapa
pula?”
“Sebab
saya tak nak? Hati saya takkan terbuka untuk sesiapa pun.”
“Serius
la?” Mikael saja buat bulat matanya.
Maryam
ketawa lagi. “Serius!”
“Okay
kalau macam tu, saya tak boleh nak paksa. Tapi awak boleh jadi kawan baik saya
kan?”
“Saya
dah banyak kawan baik.”
“Adding
one more and the only man yang jadi best friend awak should be fine kan?”
“Kenapa
saya kena tambah lagi, sedangkan I had enough?”
“Sebab
saya akan jadi jiran yang sangat baik dan ambil berat akan jirannya yang lain.
Especially, you.”
Maryam
mengecilkan matanya. Cuba melihat ketulusan hati seorang lelaki yang ada split
personality.
“C’mon.
Kawan kot.” Mikael masih memujuk.
Maryam
berfikir sejenak. “Alright then.”
Mikael
senyum hingga ke telinga.
“Nak
pergi makan?” ajak Mikael yang sudah jalan ke depan.
“Hah?
No. Saya banyak lagi benda lain nak buat daripada pergi makan.”
“Then
saya boleh teman awak pergi mana awak nak pergi.”
“Saya
tak perlukan itu.”
“Saya
kan kawan awak.” Mikael hanya pamer sebaris gigi putih bersih.
“Tak
bermakna awak kawan saya, awak boleh buat apa yang awak suka. Saya nak ruang
saya, masa saya sendiri.” Kedengaran kasar. Maryam sendiri telan air liur.
“Sure.”
Tapi Mikael lebih pantas berfikir. Memahami.
“Call
saya kalau awak perlukan apa-apa.” Lelaki itu kenyit mata. Maryam terdiam
sejenak.
Bayangan
lelaki itu hilang dalam beberapa saat. Maryam hanya menunduk dan meneruskan
langkah.
CANDI SAMBISARI.
Dengan
bayaran Rp 2000, Maryam dibenarkan masuk ke kawasan candi itu. Pelbagai gambar
diambil. Luasnya! Dia ada terfikir, macam manalah orang dulu hidup dengan penuh
kreativiti?
Penat
pusing satu candi, Maryam tukar arah apabila sudah 3 kawasan candi dia melawat.
Nafasnya sudah pendek. Letih!
Matahari
pun hampir tenggelam. Maryam ada satu lagi tempat yang perlu dia tuju.
BUKIT BINTANG.
Beberapa
tahun lalu dia pernah ke sini. Dengan Aryan. Bila kakinya menjejak kafe di
atas, automatik segala memori dari hippocampus membanjiri segenap inci tubuhnya
tanpa henti.
Tanpa
ada kewarasan minda, air mata Maryam bergenang. Perlahan-lahan Maryam mengambil
tempat di meja kosong. Tebing tepi menjadi tempat untuk dia merehatkan
lengannya.
Hijau
dedaun tidak dapat dilihat dengan jelas apabila matahari sudah mulai terbenam.
Hanya kelihatan lampu-lampu kediaman sudah mulai menerang.
Maryam
sangkut earphone ke dalam lubang telinga dan irama lagu mula kedengaran.
I'm sleeping through the day
I'm trying not to fade
But every single night
I've just been lying awake
Cause I, I can't get you off my mind
Rentak
lagu rancak. Tapi bait-bait katanya pedih. Segala yang berlaku 7 tahun lepas
rancak berdansa di dalam benaknya. Secawan kopi terhidang di hadapannya. Dengan
senyuman tawar, Maryam mengucapkan terima kasih.
The moment that we met, I didn't know
yet
That I was looking at a face I'll
never forget
Cause I, I can't get you off my mind
Telefon
yang berdering dipandang sepi. Lenyap terus lagu yang berkumandang. Hanya
kedengaran ringtone telefon bimbitnya sahaja.
Talian
itu mati.
Mesej
diterima.
Mikael : You, good?
Maryam
pelik memandang mesej itu. Mulanya dia malas nak membalasnya, tapi dia terasa
pelik akan bunyi mesej itu.
Maryam : Just fine.
Mikael : Nampak macam tak.
Maryam
terus angkat kepala dan memerhati sekeliling. Tapi susuk tubuh lelaki itu
langsung tidak kelihatan.
Mikael :
Kita jumpa dekat bumi Jogja ni macam planned. Tapi sumpah, I didn’t plan for
this. And meeting you again, here.. saya sumpah sekali lagi, saya tak rancang
pun.
Maryam : Mana awak?
Mikael :
Don’t worry. Saya takkan tunjuk muka kalau awak tak nak tengok. I’ll go. Tapi
saya just nak make sure yang awak okay before saya pergi tempat lain.
Maryam
mendengus. Yep! Dia perlukan seseorang ketika ini. Kalau tidak, dia tak tahu
bila empangan tubir mata ni akan pecah.
Maryam : Ke sini.
Beberapa
saat kemudian, Mikael muncul dari belakang dengan senyuman janggal. Rasa serba
salah pun ada juga.
“Serius,
saya just nak make sure awak okay. Nampak gaya macam nak menangis.” Beritahu
Mikael yang masih berdiri.
“Duduklah.”
Pelawa Maryam.
“Takpe
ke?”
“Awak
kan kawan saya?” Maryam senyum nipis. Earphone ditarik keluar dari bawah
selendang.
Mikael
mengambil tempat di hadapan Maryam.
“Mana
awak menyorok?” tanya Maryam.
“Kitchen.”
“Serius
lah?”
“Serius!”
Mikael mengangguk bersungguh. Maryam ketawa.
“Macam
mana awak tahu saya kat sini?” soalan kedua Maryam.
“Sumpah
saya tak tahu. Saya datang dulu okay. Saya baru selesai makan, and having my
tea. Tiba-tiba ternampak waiter tu hantar air kat awak.” Jelas Mikael.
Maryam
kecilkan mata. “Iye ke ni?”
“Sumpah!”
Mikael angkat tangan kanan seakan berikrar. Maryam ketawa lagi.
“Banyak
kali bersumpah ni. Kalau tipu ni, makan sumpah jadinya.” Sengih Maryam.
“Sum..”
“Pah.”
Sambung Maryam dan mereka berdua ketawa. Maryam membuang pandang ke luar.
“Boleh
kita bersembang?” tanya Mikael. Maryam kembali memandang Mikael.
“Sure.”
“Saya
ada soalan.” Beritahu Mikael.
“Apa
dia?”
“Seminggu
awak tak contact saya, tak jawab Whatsapp, tak angkat call, tu semua sebab Hafez
ke?”
Maryam
ambil nafas sedalamnya sebelum menjawab. “Saya ingat awak baik dengan saya
sebab nak dapatkan Meen. Yelah, awak nampak lain sangat. Kasar, degil.. entah.
Jadi orang yang saya langsung tak kenal. Lagipun saya baru aje kenal awak.
Boleh jadi awak memang jenis macam Hafez tu. Mana la saya nak sangka awak
dengan dia tu.. hm.” Maryam senyum dan teguk kopi.
Mikael
sengih. “Awak datang sini..?” Mikael membiarkan soalan itu tergantung. Maryam
boleh faham sendiri.
“Cuti. I
worked my ass off and I deserved this.” Maryam ketawa.
“Tanya
saya... awak tu?” Maryam sambung ayatnya.
“Cuti.
Actually much more kepada treatment. Saya ingat boleh pergi sendiri. This is my
first time keluar tanpa Isaac.” Terang Mikael.
Maryam
masih kelihatan sugul. Tak faham. Mikael ketawa dan meneruskan cerita. “Bila
saya marah, Hafez akan keluar. Bila saya teringatkan ibu saya, Adam yang
keluar. Bila saya rindukan ayah, Suffian yang muncul, and many more.”
“Many
more? Maksudnya?”
Mikael
buang pandang ke luar.
“It’s
okay kalau awak tak nak cerita.” Maryam menunduk.
“Awak
akan tahu once awak kenal saya dah lama. And saya rasa awak pun akan jadi macam
orang lain. You won’t stand by me. That explained why I’m here alone. And alone
all the time.” Lelaki itu menuturkan kata tanpa rasa sedih langsung! Siap gelak
lagi.
“Macam
mana awak tahu yang saya sama macam orang lain? Awak tak kenal saya. I’m a
loyal person. Very.” Maryam tegas.
Mikael
sengih. “Dah banyak orang try buang saya. Since saya start belajar kat Switz,
satu kawan pun saya tak dapat. Isaac tu stick dengan saya sebab dia tu
psychologist saya aje. Kalau bukan sebab kerja, he won’t stay.”
“Again,
macam mana awak tahu? Awak tak boleh persoalkan sebab seseorang tu boleh stick
dengan awak atau tidak. Mana tahu, Isaac tu memang ikhlas dengan awak, nak
berkawan dengan awak.” Hilang terus rasa sedih dalam diri Maryam.
“Awak
ikhlas nak kawan dengan saya?” Mikael pandang tepat ke dalam anak mata Maryam.
“For
sure I am! Saya tak kisah kalau awak ni ada 100 personaliti pun. Asalkan semua
personaliti awak boleh kawan dengan saya.” Maryam kedengaran yakin.
Mikael
ketawa lagi. Tapi tawanya itu hambar. “You don’t know..”
“Apa
yang saya tak tahu? Yes memang saya tak kenal awak sangat. Baru aje kot kenal
awak. And see, awak pun tak kenal saya. You can’t judge me.”
“Awak
tak tahu Hafez gila macam mana..” belum sempat Mikael menghabiskan ayat, Maryam
letak kedua lengannya di atas meja dan mendekat dengan Mikael.
“I don’t
give a damn pasal Hafez and kalau dia nak biadab dengan saya, I don’t care. Dia
tak tengok lagi baidab saya macam mana. Kalau dia gila, I can be double gila
daripada dia. So chill. Saya boleh jadi kawan awak.” Kata-kata Maryam sedikit
sebanyak membuatkan hati Mikael lega. Tapi dia tahu benda itu takkan bertahan
lama.
“Actually,
your words.. convincing.” Mikael senyum. Maryam juga.
“See.
Tak susah pun nak buat kawan. As long as the other parties boleh terima kita.”
“Awak
dah buat saya jatuh hati dekat awak.” Mikael berterus-terang. Mulut Maryam
terus terkunci. Lesap senyuman dari bibir.
“Chill.
Saya tahu tempat saya kat mana. I’m not asking for more. Not for now lah.”
Gurauan Mikael langsung tidak menerbitkan senyuman pada Maryam.
“Okay
fine. Saya cuba untuk tak jatuh cinta. Saya boleh undo this love. Saya tahu
saya boleh. I’ve been doing it for million times. Adding one more shouldn’t
bother me.”
“Serius
lah million times.” Maryam jungkit kening.
“Hiperbola
la sikit. Maybe 3 times.”
“Wow.
Senang betul awak tukar feeling.” Sindir Maryam.
“Saya
tak tukar. Saya tambah.”
“Maksudnya?”
“Saya
sayangkan Muaz, sayangkan ibu, sayangkan Syira.. turns out semua tinggalkan
saya. Buang saya. Nak tak nak, I have to quit loving them.”
“Err..
dia orang..”
“Family.”
Laju Mikael menjawab.
“Syira?”
“Adik.”
Maryam
bungkam.
“Ibu
saya hantar saya ke Switz untuk duduk dengan ibu bapa angkat dia waktu dia
belajar kat sini. Actually dia buat benda yang betul. Sebab saya tak mungkin
akan jadi macam ni kalau saya still duduk dengan dia orang. Parents angkat saya
baik. And sangat memahami. Dia kenal semua personaliti saya tapi still tak
buang saya. Pelik kenapa ibu tiri saya takut sangat dengan saya.” Mikael senyum
nipis memandang Maryam.
“Awak,
okay?” hanya itu yang mampu Maryam suarakan. Mikael ketawa.
“I’m 30,
Maryam. That happened to me about berbelas tahun dulu. I’m fine. More than
fine. Too fine.” Mata lelaki itu makin mengecil bila otot pipinya naik hampir
ke telinga.
“Awak
kat sini sampai bila?” tanya Mikael. Tukar topik.
“Lusa
saya balik.”
“Too
bad. Saya kena balik esok.”
“Kita
still boleh jumpa kat KL.” Kata Maryam.
“Awak
nak jumpa saya ke?”
“I’m
oficially your friend.” Jawab Maryam bangga.
Senyum.
Mikael tahu ianya takkan kekal. Senyum selagi boleh, Mikael.
MIKAEL kemas pakaiannya dan meletakkan segala benda yang
dia perlukan esok. Hatinya rasa tak sedap. Dia tarik kertas kosong yang
disediakan pihak hotel di atas meja dan menulis sesuatu di atasnya.
Telefon
bergetar.
Maryam : Siap packing?
Mikael : Done.
Maryam : Have a safe flight.
Mikael : Maryam, in case.. In case other
personality take over, help me.
Maryam :
Sure. I’ll call you next morning.
Mikael : Thank you. J
Maryam :
My pleasure.
Mikael : Saya tidur.
Maryam : Tidurlah.
Mikael : Goodnight.
Maryam : Goodnight, Mikael.
Mikael :
Goodnight Maryam.
Maryam :
Okay.
Maryam geleng kepala. Ada aje budak ni.
Mikael
senyum dan melekatkan nota itu di cermin. Lampu bilik ditutup. ‘Don’t think,
Mikael.’ Hatinya saat ini seakan bergolak. Seakan tsunami melanda. Berombak
kencang dadanya. Jenuh dia berpusing ke kiri dan kanan. Matanya masih tidak
mahu lelap.
‘Shit.
Aku tak patut act macam aku okay depan Maryam tadi. No. Aku tak patut buka
cerita pun!’ Mikael ketap gigi.
Dia
kemudiannya bangun dan mencari pil tidur dari dalam beg pakaiannya. Dua biji
ditelan. Dia kembali melelapkan mata.
Mata
Mikael mencelik. Terbuka luas! Senyumnya menyenget. Terus dia bangkit daripada
katil dan menuju ke cermin. Automatik pandangan matanya berubah. Menjadi lebih
gelap dan senyuman tak lekang.
“Hello,
Hafez.”
its been more than thrill when 'Hello, Hafez' came out.. keep the good job, sis...
ReplyDelete