Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, May 21, 2012

SASS 1

SENYUMAN mekar dari bibir Fatin. Lega rasanya apabila berpijak pada bumi Malaysia setelah sekian lama tidak menghirup udara segar di negara tercinta itu. Cinta ke? Hampeh! Dulu waktu sekolah menengah, bukan main liat lagi nak menyanyi lagu Negaraku. Setakat miming, lepas lah! Cuba kalau cikgu suruh menyanyi seorang-seorang, mahu tercegat jadi patung macam kat tugu negara tu.

Lupakan semua pasal sekolah dulu! Yang penting sekarang... aku dah sampai Malaysia dengan segulung ijazah. Peduli apa aku kalau tak reti nak nyanyi lagu Negaraku dulu? Sekarang dah tak lupa! Hari-hari kat bumi orang aku melalak dalam bilik air nyanyi lagu Negaraku sebab rindu sangat kat mak ayah. Bangga kot!

Fatin menolak troli yang terisi dengan bagasinya. Dia mencari-cari kelibat ahli keluarganya. Sepi. Ni mesti mak dengan abah lupa orang balik hari ni. Fatin memuncung. Terpaksalah balik sendiri.

Pantas sahaja kaki pendeknya melangkah. Ingin segera meninggalkan lapangan terbang ini dan segera bertemu dengan katilnya!

Riuh sahaja bunyinya di kawasan lapangan terbang itu. Terdapat sekumpulan manusia sedang terlompat-lompat. Fatin mengerutkan dahi. Apa yang seronok sangat kat sana tu? Fatin tertanya-tanya sendiri. Lantas dia mendekati kawasan sesak itu. Ingin tahu!

Hekeleh. Ada artis rupanya. Pelik betul manusia-manusia zaman sekarang ni. Nampak artis pun nak terloncat-loncat. Artis tu manusia juga. Ada sepasang mata macam manusia, bukan tiga empat macam alien. Ada hidung, ada mulut, dan ada juga telinga. Apa yang bezanya? Semua sama.

Fatin mencebik. Tiba-tiba sekumpulan manusia itu berpecah menjadi dua bahagian. Memberi ruang kepada si artis yang dikepit dengan lebih dari tiga orang untuk lalu. Bulat mata Fatin memandang lelaki itu. Fulamak beb! Hensem kot.

Tapikan, mesti dia buat plastic surgery ni bagi hensem macam tu. Sekali pandang ada rupa juga macam artis korea. Berkelip-kelip mata Fatin memandang lelaki itu berlalu di sebelahnya. Hanya sekilas lelaki itu memandangnya. Tidak nampak pandangan mata dia dek ditutup dengan cermin mata hitam.

Kepala Fatin turut senget memandang artis itu. Cair? Fuh! Siapa yang tak cair kalau yang dilihatnya itu namanya artis? Lamunan Fatin terhenti apabila bahunya dilanggar orang ramai yang sibuk membuntuti lelaki itu. Sumpah seranah Fatin hanya mampu dilontarkan di dalam diri. Tak berani pula dia nak memarahi orang ramai yang melanggarnya.

Fatin menghembus nafas kesal dengan perilaku manusia yang melanggarnya. Dia terus menolak trolinya untuk keluar dari kawasan itu.

Terasa seperti trolinya melanggar sesuatu, Fatin menghentikan tolakan dan melihat ke bawah. Pelik. Ada filem negatif? Fatin menunduk mengambil filem itu. Dia melebarkan lipatan filem itu lalu menalanya ke arah cahaya pendaflor.

Siapa ni? Terangkat kening Fatin sebentar. Dia menjungkit bahu tanda tidak peduli. Filem itu dimasukkan ke dalam beg bajunya. Sementara ingin keluar dari lapangan terbang itu, dia mencari orang yang mungkin sedang mencari filem negatif itu. Namun tiada siapa yang hadir. Tiga puluh minit dia menunggu orang yang dia sendiri tak pasti akan hadir atau tidak.

Penat menunggu, Fatin meneruskan perjalanan. Orang pesan, kalau takde orang yang tuntut barang yang hilang, barang tu akan jadi milik si penemu. Boleh ambil kot. Tersengih-sengih Fatin dibuatnya. Alahai, apa sangatlah dengan filem ni? Sekarang orang dah simpan gambar dalam digital album tahu. Mana main dah cuci-cuci gambar ni. Kuno je!

“MAK! Mak lupa nak ambil Atyn ke? Penat Atyn tunggu mak kat airport tadi tahu. Kesian anak mak kena balik seorang-seorang.” Rungut Fatin setibanya di rumah teres di Taman Permai. Sesampainya dia di pintu rumah, mulut tak henti membebel.

“Maaf. Mak lupa. Abah kena pergi bank tiba-tiba tadi. Ada hal dengan pinjaman yang dia buat tu. Mak pula lupa pasal kamu balik hari ni. Anak mak kan dah besar. Takkan nak balik sendiri pun tak reti? Elok je mak tengok duduk kat luar negara tu seorang-seorang. Takde bebel pun. Ni nak balik rumah punya pasal pun nak kena bebel ke?” Puan Linda menghulurkan tangan kepada anaknya minta disalami.

Fatin mencapai tangan tua itu. Lembut! Tak macam tangan mak-mak yang lain. Tangan mak aku paling lembut tahu! Dia mengucup tangan itu.

“Mak, lembut tangan. Mak pakai apa?” puji Fatin.

“Ahh.. Mana ada pakai apa-apa. Bubuh lotion je. Ada-ada je kamu ni. Dah! Bawa masuk beg-beg tu semua.” Puan Linda turut membantu Fatin membawa masuk bagasinya. Fatin terkial-kial mengangkat beg yang bagai diisi batu dalamnya!

Selesai meletakkan beg ke dalam bilik, Fatin terus meloncat ke atas katilnya. Rindu betul dengan katil ni. Waktu belajar dulu, katil nipis bagi sakit tulang belakang je tahu! Mana nak dapat katil tebal macam ni.

Sempat dia berguling ke kiri dan kanan menunjukkan betapa sukanya dia tiba di rumah. Gedebuk! Fatin memejamkan mata menahan sakit. Excited punya pasal, sampai jatuh katil. Punggungnya digosok sedikit. Sengal terasa.

“Atyn! Meh sini kejap.” Jerit Puan Suhana dari dapur. Fatin segera menganggalkan tudung dan menarik getah yang mengikat rambutnya. Dia merapikan rambut dan mengikatnya semula sebelum bergegas ke dapur.

“Kenapa mak?”

“Tolong mak kejap.”

“Tolong apa?”

“Tolong makan mak punya maggie ni haa bagi habis.”

Fatin merenung maknya dengan kening terangkat. Tu je? Mak ni memang tahu. Dari dulu lagi macam ni. Alih-alih tak habis je, mesti bagi anak dara dia ni habiskan. Fatin mengambil tempat di meja makan. Maggie pun maggie lah. Lapar ni!

“Kenapa mak makan maggie je? Mak tak masak nasi ke?” Fatin menggulung manggie di garfunya sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

“Masak. Tu maggie semalam.” Selamba Puan Suhana berkata. Tersedak-sedak Fatin dibuatnya. Dah la maggie kari! Naik perit tekaknya menahan pedas.

“Apa mak ni? Bagi makan maggie semalam kat orang pula.” berkerut dahi Fatin sambil menuang air masak ke dalam gelas dan meneguknya.

“Takkan lah mak nak bagi kamu makan maggie semalam kot? Dah tu pergi tanya soalan macam tu kenapa? Kalau ada nasi, takde la mak masak maggie. Beras habis. Mak sempat pesan kat abah suruh beli beras waktu balik nanti.” Puan Linda lincah menyangkut baju di penyidai.

“Mak ni kan...” Fatin menyambung makan.

“Kamu ni Atyn, dulu belajar kat luar negara tu, makan tak pernah baca doa makan ke?” soal Puan Linda tiba-tiba. Fatin mengunyah segera makanannya sebelum ditelan.

“Baca la. Kenapa mak?” dia mengesat sup kari yang berada di tepi bibir dengan belakang tangan.

“Dah tu, mak tengok kamu makan maggie tu tak baca pun.” Puan Linda berdiri membelakangi Fatin. Fatin tersengih macam kerang busuk.

“Orang baca bismillah je dalam hati. Lapar sangat, tak sempat baca doa makan.” Fatin memberi alasan.

“Itu la yang mak risaunya bila kamu kata nak belajar luar negara. Habis hilang semua apa yang mak ajar. Entah puasa entah tidak kamu tu kat sana. Solat entah buat entah tidak.” Sinis sahaja Puan Linda berkata.

“Apa mak ni. Orang puasa. Orang solat. Orang buat tadarus lagi. Orang baca Yasin malam Jumaat. Orang tak lupa la semua tu. Hari ni je, orang tak baca doa makan. Orang baca bismillah je. orang tak makan dari mula naik flight tahu.” Masam mencuka wajah Fatin apabila dituduh sedemikian rupa.

“Lain kali jangan lupa!” Puan Linda mengangkat bakul baju kosong dan diletakkan di sebelah mesin basuh.

“Adik mana, mak?”

“Kelas. Tak pernahnya dia nak lekat kat rumah. Asyik keluar je. Lepas Subuh, terus pergi sekolah. Balik lewat, pukul empat atau lima baru sampai rumah. Lepas tu keluar balik pergi latihan hoki. Kalau takde latihan hoki, dia pergi main bola. Nak dekat Maghrib baru nak balik. Maghrib dengan Isyak pula dia ikut abah pergi masjid. Balik Isyak, kalau tak terperap dalam bilik dengan telefon atau komputer, dia tidur. Tu je la kerja dia.” Sempurna sungguh jadual Lukman. Tak penat ke budak tu?

“Sebelum Atyn pergi oversea, takde pula dia macam tu. Kenapa tiba-tiba pula macam tu? Hantu SPM dah sampuk dia ke mak?” terkekek-kekek Fatin ketawa.

“Mana tidaknya dia buat macam tu? Kamu dah pergi oversea, rasa tercabar la budak tu.”

“Nak beat kakak dia la ni? Jangan beranganlah.” Fatin membangga diri.

“Hish! Apa perangai macam tu? Tak baik.”

“Gurau je la. Mak! Abah tahu tak orang dah sampai rumah?”

“Dah. Mak call abah tadi. Dia kena jumpa kawan dia yang nak start bisnes ketam tu. Apa entah yang dia nak plan.”

“Abah nak buka bisnes ketam ke?”

“Ha’ah. Mak tak bagitahu ke?”

“Takde pun!” muncung Fatin panjang sejengka.

“Buat muncung! Ikat kang baru tahu. Paktam kamu kan sekarang dah kerja kat Sabah. Sambil-sambil dia dengan kerja dia, dia nak cuba buka bisnes. Kira macam kerja sampinganlah. Dia boleh dapat sumber untuk barang basah macam tu. So, paktam just perlu cari orang untuk dia pasarkan ketam-ketam tu. Kat sana, harga ketam murah. Nanti paktam nak hantar ke sini, abah lah yang tolong sama. Kalau ada rezeki bisnes tu berjalan lancar, mudah la abah nak dapat income lebih untuk tolong adik kamu sambung belajar pula nanti. Kamu belajar kat luar negara tu pun, duit belanja perlu juga mak ayah bagi. Kalau nak harapkan bantuan, mana nak cukup. Awak tu makan macam buaya. Ngap sana sini tak henti.”

“Makan je banyak. Badan maintain comel.” Selesai Fatin menghabiskan maggie, dia membawa mangkuk ke sinki dan terus melipat lengan baju untuk mencuci pinggan-pinggan yang berkumpul di dalam sinki.

“Tolong mak masak sekali nanti.” Pesan Puan Linda. Fatin hanya mengangguk dan mengenyitkan mata pada maknya.

FATIN fokus menonton televisyen. Encik Fadli dan Lukman yang baru pulang dari masjid setelah selesai solat Isyak turut sama berada di ruang tamu.

“Kak! Best tak kat luar negara?” Lukman sibuk menebeng di sebelah kakaknya.

“Duduk jauh sikit boleh tak. Akak geli la orang duduk rapat-rapat macam ni.” Fatin menolak sedikit kepala adiknya yang elok lentok di bahunya. Nak bermanja la tu.

“Akak ni teruk la! Berapa tahun akak tak balik sini, orang nak manja sikit pun tak boleh.”

“Tu bukan bermanja, tu menyotong! Geli la!”

“Cerita la!”

“Kau ni dik, macam budak perempuan la!”

“Cerita la!!” Lukman tak puas hati apabila Fatin sedikit pun tidak mempedulikannya. Encik Fadli hanya ketawa kecil melihat aksi dua beradik itu.

“Akak!!” Lukman menolak-nolak lengan kakaknya. Fatin masih tidak peduli kerana ada cerita lain yang menarik perhatiannya di kaca televisyen. Artis lelaki yang dia jumpa tengah hari tadi!

“Kak Fatin!!!” Lukman masih tidak berputus asa.

“Diam la sotong. Akak nak tengok TV ni kejap. Kejap lagi akak cerita la. Sibuk la kau ni.”

“Sotong?! Abah! Akak panggil adik, sotong!” rungut Lukman. Sekali lagi, budak lelaki itu tidak dipedulikan.

“Farhan Azman yang baru tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bertemu dengan peminatnya di lapangan terbang sekitar jam dua tengah hari tadi. Artis muda yang baru mencipta nama ini dikhabarkan baru menyelesaikan pengambarannya di Australia untuk filem terbaru...” Fatin mengelamun sebentar.

Farhan Azman rupanya nama dia. Mana aku nak tahu dia siapa. Lama aku kat bumi orang, memang artis Malaysia aku tak tahu. Mana ada masa aku nak menggelebek internet cari pasal artis Malaysia ni.

“Akak! Oi akak! Mengelamun pula dia.” Lukman melambai-lambaikan tangan di hadapan kakaknya.

“Kau ni, adik! Tercucuk mata akak kang.” Marah Fatin apabila lamunannya diganggu.

“Soalan adik, akak tak jawab lagi. Best tak kat sana?” desakan Lukman membuatkan Fatin rimas.

“Iya-iya! Best. Seronok. Lagi-lagi waktu musim sejuk. Rasa macam nak mati pun ada.” selamba Fatin bercerita.

“Akak ni! Mana ada orang seronok nak mati. Akak je yang seronok. Pelik akak ni.”

“Nanti kau pergi la sendiri tempat tu. Belajar pandai-pandai, dapatkan bantuan. Pergi terbang jauh-jauh tu. Akak tak kisah.”

“Tengok la nanti. Orang pergi luar negara lagi jauh dari akak!” azam Lukman.

“Lagi jauh, lagi bagus. Takde la kau sibuk menebeng kat akak.”

“Benci la akak ni! Takde perasaan kasih sayang kat adik sendiri oh!” rajuk Lukman membuatkan semua isi rumah ketawa terbahak-bahak.

“Kau ni lelaki ke perempuan, Lukman?” sindir Fatin sambil ketawa. Masam mencuka sahaja lelaki itu.

JAM sudah menunjukkan pukul satu pagi. Namun Fatin masih belum dapat melelapkan mata. Lukman pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Kalau tak bermesej dengan makwe, mesti bergayut.

Fatin bangun dari katil apabila teringatkan sesuatu. Dia segera membuka beg bajunya. Benda yang dicari-cari telahpun dijumpai. Bingo!

3 comments:

  1. masa sy skolah rendah ada budak lelaki nama farhan azaman...yg ni nma farhan azman... kebetulan pulak

    ReplyDelete
  2. nama mak sekejap suhana...sekejap linda.... hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete