Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, May 20, 2012

dan dia jodohku

“Farish, junior masuk bulan lima ni. Kau nak join jadi facy tak?” tanya Aidil pada lelaki yang sedang menghembuskan asap rokok keluar melalui hidungnya.

“Junior? Facy? Aku on!” terus sahaja puntung rokok itu dibaling ke tanah dan dipijaknya. Matanya dikenyitkan pada Aidil sebelum berlari keluar dari pagar hostel apabila sebuah kereta Myvi putih tiba di hadapan kediaman kolej itu.

“Kenapa kau ajak Farish?” tanya Nadia tidak puas hati. Sempat juga gadis itu memukul belakang tubuh Aidil.

“La, apa salahnya? Lagipun ringan sikit beban kita nanti nak handle budak-budak tu. Kau ade dengar tak yang kemasukan kali ni lebih ramai. Dua kali ganda kot! Aku pun tak sure hostel cukup ke tidak. Entah-entah budak sem atas kena tendang tak semena-mena pula nanti.” Aidil berkata.

“Tapi bahaya la ajak Farish tu. Kau tengok la perangai dia. Lagipun nak jadi facy, kan kena isi borong bagai..” Ikmal yang sedang mencangkung mendongak memandang Aidil.

“Aku kan ketua SKM. Tahu la aku macam mana nak masukkan dia. Apa yang bahayanya dia tu? Aku tengok, dia seorang yang sporting. Budak-budak suka orang macam dia.” Aidil masih menegakkan pendiriannya.

“Kau tak ingat last sem punya hal? Berapa banyak budak junior kejar dia, dan berapa banyak jugak budak perempuan yang dah dia permainkan? Ada yang sampai nak bunuh diri.” Dahi Nadia berkerut.

“Tapi bukan salah dia, kan? Budak perempuan tu yang syok sendiri.” Aidil masih tidak mempedulikan kata-kata kawannya.

“Suka hati kau lah. Tapi kalau ada masalah, kau jangan nak sibuk-sibuk minta kitaorang fikirkan. Farish tu dah la student yang takde disiplin! Tengok aje tadi. Selamba keluar dari hostel. Padahal lagi setengah jam pintu pagar nak tutup. Mesti keluar dengan makwe dia la tu! Entah-entah tak balik bilik langsung!” tuduh Nadia.

“Mulut kau baik-baik sikit. Jahat-jahat si Farish tu pun, dia tak pernah lagi tidur dengan mana-mana budak tau tak!” Aidil terus berlalu meninggalkan Ikmal dan Nadia yang masih dalam keadaan tidak berpuas hati dengan pilihannya.

“Takpe Nad, kita tengok je nanti apa nak jadi.” Ikmal bangun dari cangkungannya. Nadia hanya menjeling memandang kelibat Aidil. Sebenarnya bukan hanya kerana sikap Farish yang tidak berdisiplin itu yang membuatkan Nadia membenci lelaki itu. Tetapi kerana satu lagi alasan. Kerana lelaki itu menolak cintanya. Dia sakit hati!

***

“Lepas dia orang daftar, dia orang akan check in hostel. After that, pukul lima, kita panggil dia orang turun untuk start orientasi kita. Okey?” Aidil bersuara di dalam mesyuarat SKM. Farish leka dengan telefon bimbitnya, sedangkan senior yang lain sibuk menyusun aktiviti.

“Farish!” panggil Aidil perlahan, tapi keras. Farish yang baru tersedar setelah panggilan itu dibuat beberapa kali, terus merenung Aidil.

“Kenapa?” langsung tidak beriak wajah lelaki tampan itu.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?” tanya Aidil.

“Kau cakap apa?” soalan dibalas dengan soalan. Aidil merengus geram. Budak ni kan!

***

“Ma, rasa cuak pula. Tak pernah-pernah rasa takut macam ni, tiba-tiba rasa takut. Perut pun macam meragam je.” Adilah memeluk mamanya. Entah apa yang dia takutkan, dia pun tak pasti.

“Bukan takut. Tu nervous kot. Excited sangat. Kamu pun tak makan satu hari ni. sekarang dah pukul dua belas pun. tak makan-makan lagi. Memang la perut meragam.”

“Macam mana nak makan, ma? Takde selera.”

“Nah. Minum susu kotak ni dulu.” Ayah Adilah menghulurkan susu kotak yang dibelinya di seven eleven sebentar tadi. Adilah mengucapkan terima kasih, lantas menghirup susu itu menggunakan straw.

“Kita nak pergi mana ni?” tanya mama Adilah.

“Lepas Ad daftar tadi, ada senior yang jaga kat pintu tu suruh pergi hostel. Settlekan hostel. Kemudian pukul lima bersedia untuk orientasi.” Jelas Adilah.

“Kalau macam tu, jomlah kita pergi hostel. Lepas Ad masuk hostel, mama dengan ayah nak gerak pergi Pahang tau. Nak jumpa atok kejap.” Bicara ayahnya. Adilah mengangguk.

***

Sesampainya di hostel, Adilah melihat bangunan oren itu. Cantik. Tapi dalam pada masa yang sama, dia takut. Macam mana dengan roommate nanti? Baikkah? Atau sosial? IPTS mesti banyak budak yang kaya-kaya. Life pun macam yang kita semua jangka. Adilah menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mendaftarkan diri di lobi dan mengambil kunci biliknya. Selesai itu, dia terus memunggah barang-barangnya ke bilik.

Tingkat tiga! Tiada lif, tangga semata! Patah la kaki aku macam ni! Bisik Adilah sendirian. Mengenangkan yang ayahnya tidak berupaya untuk mendaki tangga, Adilah melarang ayahnya untuk mengangkut barangannya ke bilik.

“Ad buat sendirilah. Mama dengan ayah tunggu bawah. Jaga barang Ad yang lain. Ad angkat sikit-sikit.” Adilah terus naik ke bilik. Dia membaca doa sebelum masuk ke bilik. Matanya tertacap pada susuk tubuh seorang gadis di atas katil.

“Assalamualaikum.” Itu sahaja yang mampu Adilah katakan. Gadis itu tersenyum.

“Waalaikumussalam. Hai! Awak, kita roommate awak! Selamat berkenalan!” ceria sungguh gadis itu. Hati Adilah turut lega. Sangat lega!!

***

“Diminta semua pelajar dari bangunan desa siswi siswa turun sekarang! Bergerak pantas! Siapa yang lambat akan didenda! Jangan lupa pakai pas masing-masing!” arah Aidil dari bawah menggunakan mikrofon. Terkocoh-kocoh junior yang sedang berkemas di dalam bilik untuk bersiap untuk turun. Termasuk juga Adilah dan Diana.

“Ad! Jangan lupa pas awak! Kunci bilik awak bawa la.” Pinta Diana. Adilah hanya menurut. Kasut sukan yang dipakainya memudahkan dia untuk berlari. Aku benci orientasi! Jerit hati kecil Adilah.

Sedang Adilah berlari, dia terlanggar seseorang. Lelaki itu turut terjatuh. Kini Adilah berada di atas tubuh lelaki itu. Pucat wajah Adilah. Lelaki itu sedikit terkejut.

“Maafkan saya! Maafkan saya!” Adilah bangun dan menyambung lariannya ke gelanggang hostel perempuan.

Farish yang masih terbaring tersengih sendiri. Comel. Dan dia ketawa kecil. Dia merenung pas yang ada di dadanya. Adilah.

***

“Didi!! Pas Ad hilang!” Adilah baru perasan pasnya tiada digenggamannya. Itulah! Tadi suruh pakai, tak nak. Pegang aje. Terus lari. Ha! Sekarang dah hilang, baru nak ingat. Adilah mengetuk kepalanya sendiri.

“Habis tu macam mana, wak?” tanya Diana. Adilah menjungkit bahu.

“Semua pelajar, lelaki dan perempuan, sila buat lima barisan! Tak kira la barisan tu korang nak bentuk segi empat sama ke, rectangle ke, aku tak peduli. Yang penting, lima barisan je yang aku nak tengok!” Ikmal bersuara lantang. Tegas!

Adilah cuak. Kasarnya! Macam mana kalau hilang pas ni? Ya Allah, apa aku nak buat ni? Banyak kali dia beristighfar.

Dah la aku berbaris paling depan! Pucat lesi muka Adilah. Tiba-tiba kelibat lelaki yang dilanggarnya tadi muncul. Adilah membeliakkan mata. malunya menerpa. Mukanya merah! Lelaki itu berbisik pada abang facy. Mikrofon bertukar tangan. Farish mengambil alih.

“Cik Adilah Bt Megat Arif, tolong ke belakang. Saya nak jumpa anda. Keluar segera.” Bagaikan halilintar mengena tubuh Adilah, gadis itu menggigil. Mampus aku! eh kejap. Mana dia tahu nama aku? Adilah terus bergerak ke belakang barisan. Farish yang menunggu kelibat Adilah kini tersenyum.

“Kenapa lambat?! Kan saya dah panggil tadi keluar segera! Awak lambat tiga minit! Apa yang awak buat dalam masa tiga minit tu, ha?!” kuat sungguh suara Farish hingga membuatkan pelajar-pelajar lain turut menoleh ke belakang.

“dah-dah! Yang berbaris ni tak payah nak pandang belakang! Pandang depan!” jerit Aidil.

Adilah terasa malu yang amat! Air matanya hampir menitis diherdik sebegitu.

“Kenapa tinggalkan pas merata? Kan dah dipesan, jaga pas ni. kami pihak kolej tak banyak duit nak keluarkan pas awak banyak-banyak kali! Tak bertanggungjawab betul!” marah Farish. Adilah hanya menunduk. Air matanya meleleh perlahan.

“Jangan tunduk! Dongak kepala awak pandang saya!” sekali lagi Farish bersuara lantang. Adilah mengangkat wajah. Dan apabila mata Farish tertacap pada mata merah Adilah, hatinya berdebar-debar. Dia tidak jadi untuk mengenakan gadis itu lagi.

“Nah ambil pas awak. Jangan hilangkan lagi.” Kata Farish perlahan. Adilah mengambil pasnya seraya mengangguk. “Terima kasih. Dan minta maaf.” Tutur Adilah. Kaki Adilah lantas bergerak masuk semula ke dalam barisan. Dan lelehan air matanya masih belum berhenti.

Aidil yang berada di hadapan merenung Adilah. Kesiannya. Apa si Farish ni buat?! Ikmal turut bersimpati pada Adilah yang sedaya upaya menahan diri dari tidak menangis. Wajah Adilah yang putih gebu kini bertukar merah padam. Sama ada menahan malu, atau menahan tangisnya.

“Okay, sekarang kira satu sampai dua puluh. Aku nak korang buat kumpulan! Kumpulan satu, sampai dua puluh. Jangan berani-berani tukar kumpulan!” arah Adam pula.

Adilah memandang Diana di sebelah, dia turut membalas pandangan. Ala! Mesti tak dapat kumpulan yang sama.

“Yang perempuan, kira kuat-kuat!” Farish bersuara. Sampai giliran Adilah, lelaki itu berada tepat di hadapannya. Adilah merasakan debarannya. Takut dimarah lagi. Kali ini, Adilah merenung mata lelaki itu, dan dengan lantangnya, “Tiga belas!”

Farish senyum sinis. Manakala Adilah geram. Malukan aku depan orang yang aku tak kenal? Jangan ingat kau senior, kau boleh buat sesuka hati kau!

Farish berlalu ke sebelah pula, dan sebelahnya, dan sebelahnya lagi.. hinggalah tamat orang yang terakhir. Kumpulan dibentuk.

“Aku nak kumpulan tiga belas.” Bisik Farish pada Aidil. Aidil memandang Farish tidak percaya.

“Kau dah malukan budak tu, kau nak masuk kumpulan dengan dia pula? memang tak la untuk dia bekerjasama dengan kau.”

“Bagi jelah. Aku tahu apa yang aku nak buat.”

***

Jam sudah pun menunjukkan pukul sembilan malam. Di rumah, jam sebegini memang sudah menjadi kebiasaan pada Adilah untuk tidur setelah selesai menunaikan solat Isyak. Mata Adilah tidak dapat ditahan. Sudah la pula kena buat ice breaking malam-malam macam ni.

Adilah memandang Farish yang sedang bergelak ketawa dengan ahli kumpulan yang lain. bergurau itu ini, tapi apabila dengannya, lelaki itu menjadi dingin. Sedikitpun tidak ketawa.

“Ad, apa yang awak fikirkan tu?” tanya Farish tiba-tiba. Lamunan Adilah terhenti lantas menggeleng.

“Apa yang geleng-geleng?”

Ahli kumpulan lain ketawa antara mereka. Adilah naik bosan. Tak guna betul lelaki ni tau! Adilah meraup wajahnya yang ternyata mengantuk sangat!

“Okey. Abang nak kau orang bagi nombor telefon masing-masing kat abang. Senang nanti abang nak contact kau orang. During orientasi ni, abang akan jadi abang facy kau orang sampai tamat orientasi.” Penjelasan Farish membuatkan mata Adilah membulat.

Kertas sampai di tangan Adilah. Dengan berat hati dia mencoret nombor telefon bimbitnya. Farish hanya merenung gadis itu. Geram dia melihat pipi comel Adilah. Kalaulah teman wanitanya Adilah, dah lama dia picit-picit pipi itu.

Kertas yang berisi nombor telefon itu diserahkan pada Farish.

“Okay, sekarang abang nak kau orang bergerak ke belakang hostel perempuan. Situ takde orang kot. Kita-kita je. Jom.” Farish bangun dan membawa pelajar-pelajar yang lain ke tempat yang dituju. Adilah yang lemah hanya menurut.

***

“Okay. Abang nak tanya kau orang punya first love. Sorang-sorang kena cerita tau.” Arah Farish. Pelbagai cerita diluahkan. Sampai giliran Adilah, dia membisu.

“Kan dah suruh cerita tadi. Yang senyap je kenapa?” tegas suara Farish.

“Er.. saya tak pernah bercinta. Saya tak pernah jatuh cinta. Saya tak nak jatuh cinta. Dan saya, takkan jatuh cinta sebelum kahwin.” Kata-kata Adilah membuatkan Farish terkedu. Perempuan ni tak pernah jatuh cinta? Takkan jatuh cinta? Tak nak jatuh cinta?!

“Kenapa awak cakap macam tu?” farish makin ingin tahu.

“Sebab saya tak percaya lelaki selain dari lelaki dalam keluarga saya.” Adilah semakin lemah. Kantuknya tidak dapat dibendung. Terus sahaja Adilah rebah di sisi Akiem. Farish tiba-tiba rasa sesuatu.

Dia segera mengangkat Adilah. “Kau orang pergi gelanggang sekarang. Abang tolong Ad kejap.” Farish terus membawa Adilah ke ruang rehat. Tubuh gadis itu digoncang. Risau pula kalau tiba-tiba sahaja gadis itu pengsan. Mata Adilah terbuka sedikit.

“Awak dah kenapa tiba-tiba pengsan? Awak tak makan ke?” tanya Farish risau.

“Saya tak biasa tidur lewat. saya mengantuk sangat... saya...” mata itu sekali lagi terkatup. Farish menjungkit kening. Tak percaya. Ada juga manusia macam ni. dia membiarkan Adilah berehat di ruang rehat itu.

Tepat jam dua belas malam, Adilah terjaga dari tidurnya. Terdengar riuh pelajar menaiki tangga. Segera Adilah keluar dari ruang rehat itu dan melihat apa yang berlaku.

“Ad!” jerit Diana. Adilah menoleh ke belakang.

“Didi! Kenapa ni?” tanya Adilah. “Kenapa apa? La, dah habis dah. Jom la naik bilik.” Kata Diana. Adilah terkejut. Aku tertidur?

***

Adilah selesai mandi dan berkira-kira ingin tidur. Seharian tak mandi, habis melekit badan ni. tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

013XXXXXXX

Tadi awk dh tdo awal,kan? Makesure esok turun awal. Kalau saya tak nampak batang hidung awk pukul 4.45pagi kat lobi, tau la ape saya nak buat. Lambat seminit pun, akan didenda.

Adilah terkejut. “Didi, esok kita kena turun pukul berapa?” tanya adilah.

“Pukul lima setengah. Kenapa?”

“Lelaki ni gila la! dah la buat malu orang petang tadi. Ni pula suruh turun pukul 4.45 pagi! Menipu je tahu. Sekeh kepala kang baru tahu.” Marah Adilah sendirian.

“Ala, jangan dilayan sangat abang-abang facy ni, biar je. dah la. jom tidur. Esok nak kena bersiap awal.”

Adilah mengangguk. Bilik dah la tinggi, kipas perlahan pula tu. Nombor lima macam nombor tiga je. panas lagi! Senior yang hampeh! Kenapa semua ni?! Adilah menekup mukanya dengan bantal. Sakit hati!

***

Jam 4.50 pagi. Telefon Adilah tidak berhenti berdering. Oleh disebabkan terlalu mengantuk dan terlalu letih, Adilah tidak melihat siapa gerangan si pemanggil. Tapi terus menekapnya pada telinga.

“Kan saya dah kata 4.45 pagi! Kenapa tak turun lagi?! Awak kat mana ni?” bebel Farish.

“Kakak facy suruh turun 5.30 pagi. Awak jangan mengada nak suruh saya turun awal boleh tak. Saya letih.”

“Awak ingat, awak seorang yang letih? Saya lagi letih! Turun sekarang! Saya tak peduli awak dah mandi ke belum, dengan lingerin ke, baju sukan ke, saya nak awak turun sekarang!” arah Farish.

“Dan saya ada hak untuk menolak sebab saya orientasi di bawah kampus! Bukan di bawah awak! Bukan bermakna awak facy saya, saya kena ikut semua yang awak suruh!” Adilah bangun dari pembaringan. Marahnya meluap-luap.

“Okay. Kalau itu yang awak nak. Markah awak, saya yang pegang tau. Jangan marah saya kalau markah awak rendah.” Talian dimatikan. Adilah pelik. Ada markah ke. Ingin ditanya sama Diana, gadis itu siap berdengkur lagi. Mesti terlalu penat. Menyusahkan la orang tua ni!

Adilah menyarung cardigan, dengan baju tidur lengkap berwarna putih dengan bunga kecil berwarna hitam, serta tudung hitam yang siap disterika, dia menyarung selipar dan turun ke lobi.

Kelibat Farish bersendirian di lobi diperhatikan dari jauh. Tak guna punya lelaki! Mana ada orang!!

“Nak apa?!” tanya Adilah kasar.

“Tak reti nak bagi salam ke dulu? Main serbu je.”

“Saya letih la.”

“Saya lagi letih!”

“Awak nak apa suruh saya turun awal-awal macam ni?”

“Disebabkan awak tidur awal semalam, saya nak awak bayar balik dua jam lebih yang awak ambil semalam.”

“Maksud awak?”

“Sepanjang empat hari awak orientasi ni, awak kena bayar setiap hari setengah jam dengan saya. That means, awak kena turun setiap pagi pukul lima teman saya.”

Adilah menggeleng. “Awak gila. Awak perlukan pakar sakit jiwa.”

“Kalau awak tak nak, saya boleh aje bawak awak jumpa ketua SKM dan awak akan diwajibkan untuk membayar kompound sebab tak hadirkan diri dalam upacara khas kolej.” Ugut Farish.

“Berapa yang saya nak kena bayar tu ha?”

“Seratus!” mata Adilah terbeliak. Gila apa kampus ni! setakat tu pun kena seratus. Cekik darah!

“Awak ni kan!!!” Adilah terus berlalu naik ke atas. Farish ketawa kecil.

“Jangan lupa mandi. Esok turun pukul lima! Kalau tidak, tahu la awak.” Pesan Farish dari jauh. Adilah sebal.

***

Setiap pagi Adilah akan bangun jam 4.30 untuk mandi dan bersiap. Dia perlu turun jam lima pagi untuk kelas tidak rasmi bersama Farish.

“Saya lega hari ni hari terakhir saya akan jumpa awak.” Kata Adilah dengan muka tidak berperasaan.

“Jangan cakap macam tu. Sebab awak akan berjumpa dengan saya, hari-hari kat kampus.”

“Kita tengok.”

“We’ll see.” Farish menayangkan senyuman menggoda. Adilah diam. Pagi-pagi turun kat lobi semata-mata nak bercakap kosong, lelaki ni tak boleh pakai! Mesti playboy gila ni! Adilah membuat kesimpulan sendiri.

“Apa yang sayang fikir tu?” tanya Farish. Adilah berkerut dahi memandang lelaki itu. Tak betul la dia ni!

“Apa sayang-sayang?!”

“Nak bet something tak?” soal Farish. Adilah tidak berjawab. Farish masih mencuba.

“Satu hari nanti, awak mesti akan suka saya juga.”

“Hell no!”

“Heaven yes!”

“Look, Encik Farish. Saya junior awak. Dan saya pernah cakap kat awak yang saya takkan jatuh cinta, tak nak dan tak pernah. So, awak lupuskan je angan-angan nak jadikan saya perempuan simpanan awak. Awak boleh dapat siapa pun, tapi bukan saya!” Adilah bangun dari kerusi yang dia duduk. Farish berlagak cool. Belum pernah ada orang menolak dia lagi sebelum ni. dan dia takkan pernah menerima penghinaan seperti ini!

“Ad! Duduk.” Arah Farish. Adilah mengetap bibir. “Kelas saya dengan awak dah tamat!”

“Aku kata duduk, duduklah!” tempik Farish. Adilah terkedu. Dia tiada pilihan lain selain duduk di hadapan lelaki itu.

“Nak atau tak nak, kau akan jadi milik aku satu hari nanti!” Farish serius dengan kata-katanya. Adilah memberanikan dirinya.

“Dan kalau saya jadi milik awak, saya yakin.. saya adalah gadis yang paling malang sekali!” Adilah bangkit dari duduknya dan terus ke gelanggang apabila dia mendengar siren dari pembesar suara dinyalakan. Farish menumbuk mejanya kuat. Damn!

***

Sudah hampir selesai semester satu buat Adilah. Dia lega! Kertas yang terakhir adalah akaun. Tapi dia yakin dia dapat menjawabnya dengan baik sekali! Sememangnya dia sentiasa bertembung dengan Farish, seniornya semester enam di kampus. Tapi lelaki itu tidak mendekatinya dan dia rasa bersyukur. Dia yakin dia tidak akan bertembung dengan lelaki itu lagi kerana semester ini adalah yang terakhir buat lelaki itu.

Setibanya Adilah di rumah, dia mengucup pipi mamanya. Hanya ayah yang menjemputnya di hostel. Kata ayah, mama tak sihat.

Setelah selesai mengemas barang-barang dan berehat, Adilah masuk ke dapur untuk membantu mamanya.

“Ma, nak masak apa ni?” tanya Adilah.

“Nanti, sebelum mama bagitahu nak masak apa, mama ada benda lain yang mama nak bagitahu.” Mama Adilah menarik lengan anaknya supaya duduk di meja makan.

“Kenapa ma? Macam serius je.”

“Ayah kamu tak kasi mama bagitahu kamu lagi. Tapi mama tak boleh la.”

“Kenapa ni ma? Ma buat adik risau la.”

“Macam ni, dua tiga hari lepas ada orang masuk minang kamu.” Ujar mama Adilah. Adilah tidak dapat bersuara kerana terlampau terkejut.

“Siapa?”

“Mama pun tak kenal. Tapi anak dia segak!”

“Ma.. adik baru 18 tahun la. Apa pula kahwin-kahwin ni? bercinta pun belum, tiba-tiba nak kahwin.” Adilah ketawa sendiri.

“La, kamu juga yang cakap nak bercinta lepas kahwin.”

“Tapi ni awal sangat la.”

“Mama berkenan la dik.”

“Mama tak jumpa dia lagi, baru tengok gambar dah berkenan. Mana tahu mama berkenan, adik tak.”

“Mama tengok mak ayah dia lembut betul bercakap. Mesti anak dia baik budinya, kan?”

“Kaya sangat ke dia tu?” entah kenapa tiba-tiba Adilah geram. Soalan itu sedikit sebanyak mengguris perasaan mamanya.

“Mama bukan pilih kaya atau tidak. Tapi mama tengok keluarga dia macam mana. Dia bukan la anak Dato’ anak Tan Sri. Anak orang biasa je. kamu ni buat macam mama ni nak memilih anak orang kaya pula.”

“Mama nak adik setuju?” tanya Adilah tanpa berkias.

“Mama nak adik fikir sedalam-dalamnya.”

“Tapi adik baru...”

“Umur tak membataskan semuanya.” Adilah terdiam. Kenapa mama beria sangat?

“Berapa umur dia?” tanya Adilah.

“Dua puluh satu.”

“Baru 21? Ma, dia nak bagi adik makan apa nanti? Batu? Pasir?”

“Kalau kita segerakan apa yang Allah suka, Allah akan mudahkan kerja kita. Rezeki Allah yang bagi.” Jelas mamanya. Adilah merengus perlahan. “Nantilah adik fikir.”

***

Setelah seminggu beristikharah tidak berhenti, akhirnya Adilah merelakan semuanya. Dia serahkan segalanya pada ketentuan Allah. Macam mana dengan permohonan MARAnya, statusnya, hidupnya, itu semua.. kata mama pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

“Ma, adik setuju je. yang lain adik serahkan kat mama.” Terus sahaja tubuh Adilah dipeluk erat. Adilah tersenyum. Bahagianya rasa apabila mama terharu dengan keputusanku.

“Nanti mama uruskan.”

***

Telefon bimbit Adilah berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Farish?! Nak apa lagi mangkuk ayun ni?

013XXXXXXX

Hey, rindu pulak dekat budak garang ni.

Segera Adilah membalas mesej tersebut.

+ Dah boleh berhenti daripada ggu Ad. Ad dah jadi tunangan orang. Tak lama lagi Ad nak kwen dalam masa cuti sem ni. so, back off!

Sangkanya Farish tidak akan membalas, tapi telefonnya berbunyi lagi.

013XXXXXXX

Nak kwen dh ? awalnya!! Dengan siapa? Sy takkan benarkan awak kwen dengan org lain selain dr sy!

Adilah ketawa melihat mesej itu. Apa hak kau nak sekat kebahagiaan aku?! dan kali ini, Adilah lebih yakin dengan keputusannya. Daripada diganggu lelaki gila tu, baik aku kahwin.

Berkali-kali mesej Farish diterimanya, tapi satu pun dia tidak membalas. Apabila lelaki itu menelefonnya, dia tidak pula mengangkat. Biar! Senior gila.

***

Hari pernikahannya tiba. Adilah berdebar. Dia sendiri yang mengambil keputusan untuk tidak melihat bakal suaminya. Katanya, lebih suprise kalau jumpa waktu akad nikah kat masjid nanti.

Selasai di touch-up bagai, Adilah tersenyum puas. Semoga semua ini berjalan dengan lancar. Itu doanya. Dia risau kalau Farish hadir di majlis perkahwinannya. Entah apa yang lelaki itu nak, dia pun tak faham. sedangkan dia hanya kenal lelaki itu ketika minggu orientasi!

Adilah masuk ke dalam kereta yang dipandu ayahnya. Telefon bimbit Adilah bergetar. Farish! Adilah membiarkan. Tak ingin lelaki itu mengganggunya. Lantas dia mematikan telefon bimbitnya. Kan lebih mudah begitu!

Sesampainya mereka di dalam masjid, Adilah tercari-cari kelibat lelaki yang memakai baju melayu berwarna putih. Jumpa! Lelaki itu bersongkok. Bersampin berwarna hitam kuning. Wajahnya.. erm.. wajahnya.. biasa sahaja. Namun sedap mata memandang. Adilah tersenyum. Dia terima.

Sewaktu ingin masuk ke dalam masjid, Adilah terkejut dan pucat apabila terlihat Farish sedang memegang kamera DSLRnya dengan berbaju kuning cair seakan putih.

“Ad!” panggil Farish.

“Apa awak buat kat sini?” soal Adilah terkejut. “Saya nak tangkap gambar wedding kawan saya.” Jelas Farish selamba.

“Ni wedding kawan awak?” Adilah tidak percaya. Farish mengangguk. Maksudnya, orang yang aku nak kahwin tu, kawan Farish?!

“Awak ke pengantin perempuan tu?” tanya Farish. Tiada riak terkejut di situ.

“Aah.”

“So, awak nak kahwin dengan kawan saya.. hurm..” Farish terus masuk ke dalam tanpa menunggu kata-kata Adilah. Adilah kian pelik. Sebelum ni beria call bagai nak rak, mesej sampai berpuluh-puluh. Tapi dah ada depan mata, takde pula nak buat drama. Nasib baik la, kan?

Adilah mengambil tempat di atas batal bersegi empat. Adilah sempat memandang bakal suaminya yang sedang bercakap dengan ayahnya. Ayahnya yang akan menjadi wali untuk menikahkannya.

Adilah menunduk sambil tersenyum. Lega akhirnya semua ini berakhir. Farish tidak segila yang difikirkan. Dia mendongak kembali untuk memandang bakal suaminya lagi. Dan kali ini, Firash siap bersongkok dan bersampin putih duduk di atas bantal bersegi empat, menggenggam tangan ayahnya.

“Aku nikah dan aku kahwinkan dikau, Muhammad Fariz Izwan dengan anakku...” ketika lafaz itu kedengaran, kepala Adilah seakan berpusing. Fariz? Ye, sememangnya dia tahu nama bakal suaminya Fariz. Tapi, kenapa Farish yang menyahut akad itu?

Dengan sekali lafaz, Adilah sah menjadi milik Farish selamanya. Adilah menitiskan air mata. Dia masih tidak faham. Ketika Farish ingin menyarungkan cincin pada jari manisnya, Adilah merenung mata lelaki itu. Farish ketawa.

“Nama saya Muhammad Fariz Izwan. Tapi kawan-kawan saya panggil saya Farish sebab saya suka nama Farish dari kecil. Mama saya pun panggil saya Farish. Saya call, mesej awak semua.. sebab saya nak tengok seteguh mana pendirian awak apabila menerima lamaran seseorang. Saya sangka awak akan layan saya. Rupanya tidak. Dan saya bersyukur memiliki isteri seperti awak. Sekeras-kerasnya awak menolak saya untuk seorang lelaki yang awak sendiri tak kenal untuk menjadi suami awak.

Dan pertama kali awak terjatuh atas saya, awaklah wanita pertama yang membuatkan hati saya berdebar. Waktu orientasi, bukan saya sengaja nak malukan awak depan pelajar-pelajar lain, tapi waktu tu saya sedaya upaya letakkan rasa benci saya pada awak sebab saya risau saya akan jatuh hati pada awak. Tapi nak buat macam mana, hati saya tetap tertarik pada awak hinggakan saya minta Aidil jadikan saya facy awak.

Waktu awak tertidur kat Akiem, saya rasa sesuatu. Satu perasaan cemburu yang meluap-luap. Bila saya bawa awak ke bilik rehat, saya tak sampai hati nak kejut awak untuk pergi teruskan orientasi awak. Dan itu membuatkan saya ada alasan untuk mengenali awak dengan lebih rapat bila setiap pagi waktu orientasi kita dapat luangkan masa bersama setengah jam hingga hari yang terakhir. Saya dah berjanji dengan awak, kan saya akan buat awak sukakan saya. Awak juga pernah cakap, awak nak bercinta lepas kahwin. Sebab tu saya tak ganggu awak waktu awak kat kampus.

Saya tahu awak tak yakin dengan saya sebab awak mesti tahu cerita yang saya seorang playboy. Kan? Tapi saya tak macam saya yang dulu. Awak mengubah cara hidup saya. Saya tak merokok for nearly 4 months sebab saya dapat tahu dari Didi yang awak alah dengan asap rokok.

Awak juga tak yakin pada saya, apa yang saya nak bagi awak makan, hidup awak semua, kan? Mesti awak pernah dengar, kalau kita nak buat sesuatu yang Allah suka, Allah akan mudahkan caranya. Kan? Dan saya yakin dengan itu. Adakah explaination cukup untuk menjawab semua soalan yang bermain di kepala awak?” Farish tersenyum. Dengan segera Adilah mendakap tubuh suaminya. Ini ya namanya jodoh?

“Awak pernah kata yang awak akan menjadi gadis yang malang kalau kahwin dengan saya. Tapi saya janji dengan awak, awak akan bahagia hidup dengan saya.” Menitis air mata Adilah. Jangan pernah mempertikaikan apa yang Allah buat untuk kita. Kerana Allah tahu semua. Sebelum, semasa, dan selepas. Dan aku akan bahagia, seperti kata suamiku. Aku pasti, kerana istikharah aku berjawab.

THE END

16 comments:

  1. bestt! syud! rindunyaaaaa!
    ada masa tulis lagi ye! <3
    :D

    ReplyDelete
  2. pendek n ringkas tp ttp ada momentumnye....mantopp...

    ReplyDelete
  3. bez la....ingat lgi kna buli msa orientasi kt kolej....
    gud job la....next3....

    ReplyDelete
  4. miss: hahah ,, insya allah! berusaha nih! ahax..
    kak e-man : trimas kak!!! :)
    cik nina : huhuh ,, kan? ain update sebab rindu time orientasi la ni . hehe

    ReplyDelete
  5. sweet story ^^ totally love to read more n moreee..

    ReplyDelete
  6. sweet sangat, best la cerpen ni. hope, penulis akan terus maju dalam berkarya.

    ReplyDelete
  7. saya kurang mengerti dengan bahasanya.. hehe












    Numpang promo ya jangan lupa juga buat berkunjung ke blog saya:
    obat kista tradisional.
    obat pelangsing herbal
    terimakasih sebelumnya

    ReplyDelete
  8. please, make it a novel.. suka sangat.. sy pn ade buat cerpen jugak..

    ReplyDelete
  9. aduhai ,ada jugak berangan nk macam ni karang bila orientasi .eheh.
    keep it up kak .

    ReplyDelete
  10. best!!! pendek,ringkas,padat, bila part akhir tu rasa terharu and nak menangis pulak.. KALAU JODOH XKEMANA :)

    ReplyDelete
  11. Kak syud buat novel for cerpen ni plis

    ReplyDelete