Latest Post!

Dendam Cinta Revamp 2

  KUNCI kereta dicampak ke atas meja. Malangnya tergelincir jatuh ke lantai dek kelajuan tahap maksima. Plastik ubat pula diletakkan di ata...

Labu Masak Lemah Putih

My mom's recipe.

Image result for masak lemak labu 
credit photo to resepi nannie cz mine are currently cooking. and i bet i dont have time to snap it cz im super duper hungry. 

Bahan :

1/2 biji labu
500gm santan
3 biji bawang besar
6 biji cili vietnam
1 genggam udang kering
1 batang serai


Cara-cara :

1. Tuang santan dan sedikit air (around 1/2 cawan) dalam periuk. Nyalakan api. Masukkan serbuk maggie (kiub maggie, 1 sudu, garam 1/2 sudu)
2. Masuk labu ( untuk lembutkan dia)
3. Blend cili, bawang dan udang kering kasar.
4. Masukkan terus dalam periuk.
5. Ketuk serai sebatang dan campak masuk dalam periuk.

Ya see, it's about campak aje semua benda. kahkahkah.

6. Potong daun kunyit besar-besar. And campak masuk bila dah menggelegak.
7. Done.

SPLIT 7

Image result for argument tumblr gif ian
Kelibat lelaki yang memakai jaket hitam dari jauh diperhati. Kedua belah tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam poket jaket itu. Maryam hela nafas berat. Berat-berat nafasnya, berat lagi mata nak buka nak oiii! Dah lah pukul 3.30 pagi dia panggil.
            “Apa yang Mikael marahkan sangat sampai awak pula yang keluar?” tegur Maryam dari belakang. Hafez toleh dengan kening terjungkit.
            “Excuse me?”
            “Saya dah tahu semua cerita. Mikael dah cerita semua. Awak cuma other personality yang keluar dari badan dia.” Maryam peluk tubuh.
            Hafez ketawa. “So?”
            “So lepas ni apa pun yang awak cakap, apa pun yang awak buat, itu semua bukan refleks dari Mikael.” Maryam senyum menang.
            “Well, itu tak bermakna apa-apa pun pada aku. As long as aku yang take over body dia, aku boleh buat apa pun yang aku suka.” Balas Hafez dengan senyuman sindir.
            Senyuman Maryam mati. Dia jadi geram pula.
            “Awak nak apa sebenarnya? Nak minta number Meen lagi? Jangan jadi budak-budaklah.” Keluh Maryam.
            “Nope.” Hafez hanya memandang wajah Maryam yang kelihatan sebal.
            “Lagi seronok kacau kau daripada orang lain.” Senyum nakal Hafez membuatkan Maryam sedikit takut.
            “For what? Awak suka Meen..”
            “And Mika suka kau.” Hafez cantas ayat Maryam. Tangannya ditepuk sekali.
            “So, as you know Mika tu domain. Tuan rumah. Aku ni umpama tetamu kekal dia. Aku kena hormatlah kan dengan tuan rumah walaupun aku tak suka. So aku decide untuk suka apa yang dia suka.” Hafez senyum tunjuk gigi.
            Tiba-tiba bunyi keliling lesap. Telinga Maryam seakan dipekakkan. Suara Hafez berdengung-dengung di corong telinga.
            “Apa yang awak mengarut ni?”
            “Aku admit yang Meen tu lagi hot dari kau. Lagi cantik dari kau. Tapi aku pilih kau, instead of Meen.” Hafez peluk tubuh. Di rasa yang personaliti itu sedang berkuasa di dalam segenap inci tubuh Mikael.
            “Whatever.” Maryam malas nak fikir dan dia pantas ingin berlalu dari tempat itu.
            “Hey.” Laju aje lengan Maryam direntap Hafez.
            “Kalau aku nak, aku selalu dapat.” Sengih lelaki itu menampakkan gigi taringnya. Sekali lagi jantung Maryam seakan berhenti berdegup. Lengan Maryam segera ditarik untuk membuntuti langkah Hafez.
            “Lepaslah!” tegas Maryam.
            “No way.” Kata Hafez seakan berbisik sendiri. Senyumnya tiada henti.

JIP yang disewa hanya dihuni oleh dua orang manusia yang seorang itu seperti sudah 50 peratus akalnya hilang.
            “Awak nak bawa saya pergi mana ni? Saya nak tidur tahu tak!” bentak Maryam. Tingkap kereta diturunkan dan Maryam buang pandang ke luar.
            Hafez hanya ketawa. Seronok tengok eye bag Maryam yang sudah melayut bawah mata.
            “Guess what? Kau takkan dapat tidur sampai Subuh.”
            Maryam mengeluh berat. Angin yang menyapa wajahnya sedikit sebanyak membuatkan dia makin hanyut dengan belaian itu dan matanya makin lama makin menutup.
            “Hey!” Hafez menggoncang bahu Maryam membuatkan wanita itu kembali terjaga ke dunia realiti.
            “Tidur? Jangan haraplah.” Hafez sengaja mengusik supaya Maryam tidak tertidur.
            “Saya mengantuklah! Tak boleh ke esok aje kita bercakap?” Maryam membelakangi Hafez dan memeluk tubuh. Dia cuba untuk tidur kali kedua.
            “Hey! Bangun. Bangun! Esok belum tentu aku keluar.” Hafez tetap mengganggu tidur Maryam.
            “Pedulilah awak keluar atau tak. Sekarang ni saya mengantuk, faham tak?”
            “Tak.” Senyum Hafez. Maryam ketap gigi menahan marah yang sudah sampai ke puncak Gunung Everest. Elok-elok Gunung Everest ni takde gunung berapi, terus boleh timbul gunung berapi ni.
            Ah tak peduli. Maryam tutup mata sekali lagi.
            “Jangan tidur!” Hafez menggosok-gosok kepala Maryam hingga selendang wanita itu ke depan dan ke belakang. Hancur!
            “Eiiii!” getus Maryam. Dia mengalah. Dia berpeluk tubuh dan memandang tepat ke hadapan. Perjalanan sedikit menyeramkan apabila melalui jalan yang sepi dan gelap.
            “Kita nak pergi mana ni?” tanya Maryam.
            “Bila sampai nanti, kau akan nampak.” Beritahunya.
            Hilang kata-kata. Tak tahu nak cakap apa dah dengan lelaki ini. Memang degil, tak pernah nak dengar cakap orang!
            Empat puluh lima minit kemudian, mereka tiba di lokasi.
            “Hutan apa ni?” Maryam tidak mahu turun dari kereta.
            “Kau ada phone kan? Guna flashlight dari situ.” Hafez mengeluarkan lampu suluh dari bawah tempat duduk.
            “Takde lebih flashlight ke?” tanya Maryam.
            “This is mine.” Hafez keluar dari perut jip. Maryam mencebik.
            “Tunggu apa lagi? Turunlah.” Hafez mengetuk pintu jip kuat. Maryam tersentak.
            “Awak nak buat apa tengah-tengah hutan macam ni?” tipulah kalau dia tak rasa takut langsung.
            “Out.” Arah Hafez.
            “No way.” Maryam berkeras tidak mahu turun. Hafez tarik nafas dalam dan pintu kereta dibuka dari luar. Maryam terkesima apabila Hafez membuka tali pinggang keledarnya dan menarik lengan Maryam untuk turun dari jip.
            “Lepaslah!” Maryam rentap semula lengannya.
            “Kau susah sangat nak dengar arahan. Kan bagus kalau kau dengar aje arahan aku. Tak payah aku nak cakap berulang kali.” Bebel Hafez.
            “I barely know you! And what’s worst is awak personaliti yang jahat! Macam mana saya nak dengar cakap awak?” tempik Maryam.
            “Jahat?” Hafez terdiam seketika berfikir. Mukanya tidak beriak marah atau kecewa. Bibirnya dimuncung ke depan.
            “Well then. I’ll be the bad guy.” Lengan Maryam terus ditarik untuk mengekorinya meskipun banyak kali Maryam cuba meloloskan diri.
            “Lepaslah!” kaki Maryam tidak mampu untuk ditahan daripada terus melangkah.
            Sejuknya suasana malam mencengkam hingga ke tulang. Maryam akhirnya pasrah dan mengikuti sahaja langkah Hafez apabila dia tak mampu nak melawan.
            Hafez senyum dan terus berjalan. “Kan senang macam ni.” Bibirnya ujar perlahan.
            Mereka memasuki bangunan yang lusuh. Sebelum itu, Hafez ada menghulur beberapa keping not wang kepada si penjaga bangunan. Ada hampir sepuluh orang juga yang turut sama naik ke situ.
            “Tempat apa ni?” tanya Maryam.
            “Gereja.” Hafez melepaskan pegangan dari lengan Maryam yang hampir 15 minit dia pegang.
            Maryam pandang sekeliling. “Naik atas.” Arah Hafez.
            Ada anak tangga di hadapan. Maryam berhati-hati untuk melangkah naik ke atas hingga ke puncak. Suasana subuh yang dingin didatangi dengan cahaya matahari yang baru mahu terbit.
            ‘Tak subuh ke lelaki ni?’ Maryam hanya mampu menyoal dari dalam hati.
            “Rumah Doa Bukit Rhema. Atau orang panggil Gereja Ayam. Dia dipanggil Gereja Ayam sebab bentuk dia macam ayam. And we are on the top of this chicken’s head.” Beritahu Hafez sambil bersandar di simen yang menyerupai mahkota.
            “Tempat yang bagus untuk lepaskan tension.” Tambah Hafez.
            “Instead of gereja, masjid lagi bagus untuk hilangkan tension.” Balas Maryam sinis.
            “Ini bukan pasal agama. This is about history and arts. Few years back, dalam 17 tahun lepas, dia orang stop pembangunan gereja ni sebab tak cukup fund. Epik, kan?”
            “Takde apa yang amaze me pun.” Maryam menyangkal.
            “Oh, c’mon. Tuhan cipta semua benda dengan keunikan dia sendiri. From this top, kau boleh nampak seluruh hutan ni. Amazing kan? Kau ingat manusia boleh cipta benda ni? And now you’re looking at the two most unique things on earth.” Hafez sengih.
            Maryam jungkit kening. “Apa dia yang unik?”
            “Me. My existance.” Hafez seakan bangga dengan dirinya. Bila teringatkan Mikael, Maryam rasa kasihan. Sedaya upaya dia ingin buang personaliti-personaliti yang ada di dalam tubuhnya hanya untuk menjadi dirinya sendiri. Tapi Hafez, lelaki ini terlalu bangga dan seronok menepek dalam badan orang lain.
            “Awak tak rasa bersalah ke buat Mikael macam ni? You made the mess, dia yang kena bersihkan untuk awak. Kalau awak kat tempat dia, awak tak rasa marah ke? Or even, penat?” Maryam tenung dalam-dalam anak mata Hafez.
            Mata lelaki itu terlalu cantik. Mata yang kecil tetapi kelilingnya seakan memakai maskara atas dan bawah! Likat betul warna bulu matanya. Dengan kening tebal dia. Maryam segera memandang ke tempat lain.
            Mulanya muka Hafez tegang. Tetapi ekspresi mukanya pelahan-lahan berubah.
            “Kenapa?” soal Hafez.
            “Kenapa apa?” Maryam lihat dunia.
            “Kau tak boleh tengok tepat muka aku.” Hafez mengambil tempat di hadapan wajah Maryam. Pandangan wanita itu berubah lagi.
            “See! Kau tak boleh tengok muka aku.” Hafez ketawa.
            “Kenapa pula?”
            “I don’t know. Ask yourself. Kau suka aku ke?” teka Hafez.
            Tawa Maryam terhambur.
            “Kalau Mikael, itu tak mustahil. Sebab soft spot dia. Awak? Soft spot pun takde. Oh please.” Maryam ketawa sambil mencari jalan untuk turun semula.
            Lengan Maryam sekali lagi ditarik dan tubuh wanita itu dirapatkan ke dadanya. Maryam terbungkam.
            Mereka berdua membisu. Hanya sengih nakal muncul di bibir Hafez. Maryam cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Hafez.
            “Saya kena balik. Saya dah mengantuk sangat ni.” Maryam terus menuruni anak tangga.  Hafez hanya ketawa kecil dan hanya membuntuti.
            “Kau hutang aku sepuluh ribu rupiah. Don’t forget that.” Hafez memintas jalan Maryam dan terus menonong ke depan.
            “Eh kenapa pula?”
            “Fee masuk sini.” Balas Hafez.
            “Saya tak nak pun datang sini, okay? Awak yang paksa. Charge on you lah.” Bidas Maryam.
            “Whatever, kau still hutang aku.” Hafez langsung tak ambil pusing. Maryam mendengus.

“SEE you when I see you.” Hafez senyum nipis sambil bersandar di pintu jip. Maryam menjeling.
            “Huh.” Maryam buat muka toya. Hafez senyum dan menggeleng sebelum masuk semula ke dalam perut jip.
            “Hey, Yam!” jerit Hafez dari dalam perut jip. Maryam menoleh. ‘Yam? Amboi suka hati mak bapak kau aje tempik nama aku Yam. Kau ingat kau kawan baik aku apa nak panggil-panggil Yam.’
            “Balik bila?” tanya Hafez.
            Maryam mencebik. Tak mahu jawab dan terus melangkah masuk ke dalam hotel. Hafez hanya muncung mulut dan jungkit bahu. ‘Berlagak nak mampus.’
            Jip itu terus berlalu laju membelah laluan jalan raya. Maryam toleh ke luar pintu kaca hotel. Pintu lif masih belum terbuka. Kelibat lelaki itu hanya dipandang tanpa ada apa-apa rasa. Kosong.
            Ting! Pintu lif terbuka. Maryam tidak peduli langsung orang yang baru keluar dari perut lif itu. Dia melangkah masuk apabila lif itu kosong.
            Hidung Maryam kembang kempis menghidu bauan di dalam lif. Cepat-cepat tangannya menahan pintu lif daripada tertutup. Kelibat manusia sudah hilang dari mata kasarnya. Dia kenal bauan itu.
            Jantung Maryam berdegup laju. Tidak mampu untuk diredakan hingga pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.
            “Maryam.” Panggil Aryan.
            “Hm?” Maryam berhenti membelek barang-barang antik di hadapannya.
            “Kau plan nak kahwin bila?”
            “Kahwin? Entah. 23, 24 kot.”
            Aryan sengih. “Dengan siapa?”
            “Entah. Sesiapa ajelah yang nak aku.” Maryam ketawa.
            Sengih Aryan hilang. “Habis aku ni?”
            “Kau nak aku ke?”
            “Nak lah! Tanya lagi.” Aryan menjeling dan mencapai barang antik berbentuk gajah duduk.
            “So aku kahwin dengan kau lah nanti.” Maryam jawab selamba.
            Aryan kembali menyengih. “Kau tunggu aku tau.” Bisik Aryan. Kawan-kawan yang lain sedang sibuk mencari buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia.
            “Berapa lama nak kena tunggu?”
            “Berapa lama kau boleh tunggu?” soalan dibalas dengan soalan.
            “Berapa lama kau nak buat aku menunggu?”
            Aryan senyum. “Aku cuba ASAP.”
            Kedua mereka tersengih-sengih macam kerang busuk.
            “Yang kau orang berdua ni sengih-sengih dah kenapa?” tegur Meen yang perasan akan gelagat mereka berdua.

“AKU TAK tahulah Meen. Tapi aku asyik nampak kelibat Aryan aje kat sini.” Maryam mengadu. Dia tahu Meen aje yang boleh dia luahkan segalanya buat masa ini.
            “Itu sebab kau yang gatal pergi sana. Habis semua benda akan flashback baliklah. Cuba kau pergi tempat lain. Tempat yang tak mengingatkan kau pasal dia. Takkan kau jumpa kelibat dia punya.” Rengus Meen. Kakinya digoyang-goyang. Sengaja tarik perhatian Puss dan Mocoon yang sedang fokus menangkap kakinya.
            Maryam memuncung. Hatinya terasa berat tiba-tiba.
            “Kalau kau rasa susah, berat, asyik teringatkan dia.. kau baliklah sini cepat. At least aku dekat dengan kau kat sini. Boleh temankan kau.” Tambah Meen.
            “Aku ada tiga hari lagi kat sini.” Pintas Maryam.
            “Boleh tak jangan diseksa hati kau tu?” Meen mengeluh.
            “Aku bukan nak seksa hati aku. Aku cuma takut aku lupa dia. Aku takut aku lupa muka dia, luapa kenangan aku dengan dia, lupa apa yang kita orang pernah bualkan. Sumpah, aku tak berniat nak buang tu semua.”
            “Itu maksudnya kau tak move on. C’mon Yam. Dah berapa lama dia pergi? Dekat tujuh tahun tau. Kau kenal dia cuma setahun lebih aje. Perlu ke kau setia dengan dia sampai tujuh lapan tahun?”
            “Kau tak faham, Meen. Dia first love aku. Aku rasa macam aku dah jumpa sebahagian daripada diri aku sendiri. Aku rasa complete bila dia ada. And aku rasa hilang bila dia pergi.” Maryam raup wajah. 
            “Bagi aku a very good reason dia berhenti kolej separuh jalan sedangkan tinggal lagi 1 semester aje lagi. Kenapa dia kena pergi luar negara at the very end?” Meen rasa nak marah.
            Maryam diam sejenak. “Apa yang kau cuba nak sampaikan?”
            “Yam.. benda dah lepas, aku tak nak ungkit. Lagipun dia dah takde.” Meen tahu dia salah untuk bangkitkan semula isu lama.
            “Tak. Tak.. aku tak faham. Apa sebenarnya yang kau nak cakap?” Maryam tak puas hati.
            “Nothing..” Meen hela nafas berat. “Look, kau kena yakin dengan qada dan qadar, okay? Things happened and kau kena move on. Anak-anak kau dah bising dah ni. Aku tak kasi makan lagi pagi tadi.” Omel Meen.
            “Hey! Serius lah kau tak bagi dia orang makan lagi?” Maryam menyinga. Meen tergelak.
            “Aku tak kasi makan nasi lagi. Dry food memang selalu ada. Lagipun kucing kau ni dah gedempol sangatlah. Kau kena kasi dia diet sikit. Esok dengan lusa aku kasi dia orang puasa, okay? Biar kurus sikit. Ini aku nak angkat pun tak larat.” Ketawa Meen.
            “Don’t you dare! Aku bunuh kau karang.”
            “Haha. Orait beb. Chow. I love you. Stay safe.” Ujar Meen.
            “Bagi dia orang makan! I love you too. And hey, thanks.” Maryam senyum nipis.
            “My pleasure.”

KOTA GEDE.
            Maryam mengeluarkan kamera Olympus digital. Bangunan yang kian lusuh dan rapu diambil gambarnya satu-persatu. Ada masanya dia meminta pelancong yang turut berada di situ untuk mengambil fotonya sendiri melalui telefon bimbit.
            Setelah berpuas hati dengan gambar yang diambil, foto itu terus dimasukkan ke dalam laman Instagramnya.
            Kakinya berjalan lagi. Pemakaian tradisional Indonesia sedikit sebanyak menarik minatnya. Kemudiannya dia menulis beberapa perkara di dalam buku kecil yang sentiasa dibawanya ke mana sahaja.
            Telefon Maryam bergetar menandakan ada panggilan masuk. Terus dia menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum.” Sapa Mikael.
            “Waalaikumussalam.”
            “Boleh kita jumpa sekejap?”
            “Saya kat Kota Gede.”
            “Awak tunggu sana. Saya datang.”
            Maryam membelek-belek gambar di dalam kameranya. Kakinya dihayun-hayun lembut. Punggung terasa lenguh dek duduk lama di tebing simen. Panas sudah terasa terik.
            “Hai.” Sapa Mikael.
            “Waalaikumussalam.” Selamba Maryam menjawab. Mikael sengih.
            “Lambatnya.” Kata Maryam.
            “Saya sampai awal tadi. Cari awak aje yang buatkan lambat.” Beritahu Mikael.
            “Call kan boleh?”
            Mikael hanya senyum.
            “Kenapa nak jumpa saya?” Maryam terus ke soalan.
            “Semalam awak keluar dengan Hafez?” Mikael menjawab.
            Maryam terdiam seketika. Dia mengangguk kemudiannya. Mikael mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan menyerahkan telefon itu kepada Maryam.
            Bulat mata Maryam melihat gambar-gambarnya sedang lena tidur di dalam jip. ‘Bila aku tidur? Aku rasa dia tak kasi aku tidur pun!’ Mulut Maryam ternganga sedikit.
            “What’s worst is..” telefon bertukar tangan dan sekali lagi telefon itu diserahkan kepada Maryam.

            Nama Maryam di dalam senarai pemanggil sudah bertukar. Hafez’s Maryam.

SPLIT 6

Image result for boy crying gif tumblr damon  
Maryam membisu. Dia hanya membiar orang di hujung panggilan yang bersuara. Dadanya berombak turun naik. Marahnya masih belum hilang. Sebolehnya dia tidak mahu fikir apa yang lelaki itu lakukan kepadanya. Benci!
            “Maryam.” Mikael panggil lagi bila pertanyaannya tidak berjawab sebentar tadi.
            Maryam hela nafas berat. “Saya dah bagitahu awak hari tu, kalau awak nak nombor Meen, awak usaha sendiri. Saya takkan senang-senang kasi kat awak.” Tegas Maryam.
            “Hey, hey. Calm down. Kenapa ni? Bila masa saya minta nombor Meen pula ni? Anyway, who’s Meen?” Mikael tidak faham.
            “Mikael, jangan buat bodohlah. Saya tak faham la dengan awak ni. Pura-pura baik dengan saya padahal nak dapatkan kawan saya? Saya boleh bagi awak berkawah dengan Meen, tapi cara awak tu tak betul!” bentak Maryam.
            “Maryam, seriously awak salah faham dengan saya ni.” Mikael cuba memujuk.
            Maryam tidak mahu dengar apa-apa lagi lantas talian dimatikan. ‘Buang mood aku aje.’ Kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Hah padan muka kau habis kredit banyak-banyak.

BUNYI kereta hon sana sini kedengaran nyata di telinga Maryam. Baju cotton putih-palazo kelabu cair-cardigan kelabu labuh-selendang satin krim-rantai jam yang labuh hingga ke pankreas.
            Dengan kamera digital Olympus di tangan, kaki melangkah di tepi jalan. Kedai-kedai makan yang berada di tepi jalan menarik sedikit minatnya untuk diambil gambar.
            Sedang matanya fokus mengambil gambar, dari lensa kamera tubuh yang dia kenali itu sekali lagi melintas di hadapan. Maryam mengalihkan kamera dari matanya. Dahi berkerut.
            “Kalau kau sendiri yakin dalam hati kau yang paling dalam tu yang tu dia, aku percaya kau takkan lepaskan peluang untuk jumpa dia balik. Tapi sebab kau sendiri tak yakin. Betul tak? Back to reality, Yam. He’s gone. Like seriously gone. Aku tak faham kenapa dalam banyak-banyak tempat, Jogja juga yang kau nak pijak.”
            Kata-kata Meen seakan berdengung di dalam corong telinga. Maryam ketap gigi. Lebih baik dia kejar lelaki itu. Kalau dia salah pun, dia tahu dia akan berpuas hati.
            Cepat-cepat Maryam mengekori kelibat lelaki yang dia rasakan Aryan itu. Dalam hati penuh berdoa agar lelaki itu memang betul-betul Aryan walaupun jauh di dasar hatinya mengiayakan Aryan sudah tiada.
            Lelaki itu lebih laju melintas jalan raya dan Maryam tidak mampu mengejarnya apabila lampu isyarat bertukar warna hijau. Berduyun-duyun kereta lalu di hadapannya. Mata Maryam masih mencari-cari kelibat itu.
            DUP!... DUP!... Jantungnya daripada pantas terus seakan berhenti. Susuk tubuh Aryan hilang. Bebola mata Maryam kini fokus kepada susuk tubuh lain yang sedang menangis di tepi jalan.

“IBU..” lelaki yang tingginya berukuran 182 cm itu menangis di bahu jalan. Tidak tahu dia di mana. Lampu pejalan kaki bertukar dari merah kepada hijau. Di saat itu semua kereta berhenti dan memberi ruang untuk pejalan kaki. Maryam perlahan-lahan melintas sambil matanya masih tidak lepas daripada susuk tubuh lelaki yang sedang menangis itu.
            “Mikael?” tegur Maryam.
            Mikael tidak mempedulikannya. Tapi masih sibuk menangis.
            “Mikael!” bahu lelaki itu dicuit.
            Terus dia berpaling kepada Maryam dengan mata yang sudah bengkak.
            “Akak, akak kenal tak mak Adam? Nama mak, Sakinah. Adam cari mak tak jumpa.” Dia kembali mengongoi.
            Maryam garu kepala. “Mikael, awak buat apa ni? Tak kelakarlah.” Maryam menggoncang kedua bahu Mikael.
            Bertambah menangis lelaki itu dibuatnya.
            ‘What the hell.’ Maryam ketap gigi. “Ergh!” rengus Maryam.
            “Okay Adam.. Adam dari mana ni?” Maryam mulai rasa ada tidak kena dengan lelaki ini.
            “Tak tahu. Tadi Adam dalam bilik. Adam cari mak tak jumpa. Lepas tu Adam keluar. Adam tak jumpa mak.” Teresak-esak lelaki itu bercerita.
            Telefon bimbit Maryam dikeluarkan dari beg silang kecilnya. Nombor Myna didail.
            “Hello, Myna. Akim ada tak kat sana?” tanya Maryam dengan intonasi suara yang risau.
            “Kenapa ni Yam? You okay ke?”
            “I okay. I nak cakap dengan Akim kejap. Boleh?”
            “Kejap eh.” Telefon bertukar tangan.
            “Hello.” Suara Akim kedengaran.
            “Hello. Akim, you kena cerita kat I, what the hell is wrong with Mikael. Kejap-kejap kata nama dia Hafez, kejap-kejap Adam.” Rengus Maryam.
            “Erk.. kenapa ni? You bukan kat Jogja ke sekarang?” Akim garu kepala.
            “Iya I kat Jogja ni. I jumpa Mikael. Tengah menangis tepi jalan! Searching for his mom, Sakinah!”
            “Astaghfirullahazim. Yam, you boleh tolong dia kejap tak bawa dia balik bilik dia dulu. Kejap lagi I call you balik.” Beritahu Akim.
            “I tak tahu bilik dia kat mana. Dia sendiri tak ingat.”
            “Then, you bawa la dia dulu pergi bilik you.” Akim beri solusi.
            “What?!”

MARYAM peluk tubuh dan bersandar di kerusi sambil matanya tidak lepas memandang Mikael. Lelaki itu dibiarkan tidur di atas katilnya. Nyenyak sekali tidurnya. Dah sedap dapat makanan, terus tertidur. Telefon Maryam sekali lagi berdering.
            “Hello, Akim.”
            “Yam.. err.. Mikael tengah buat apa?”
            “Tidur. Tadi I dah kasi dia makan, now he’s sleeping like a baby!” intonasi Maryam kedengarang geram.
            “I tak tahulah kenapa dia ke sana. Tapi pasal Adam dengan Hafez.. Hmm..” Akim serba salah untuk memberitahu Maryam.
            “Apa dia?” Maryam tidak mahu menunggu.
            “Dia ada DID. Split personality. I kenal dia pun waktu dia mula-mula datang sini. First time I jumpa dia, I jumpa karakter Adam dulu. Maybe sama macam you, I jumpa waktu dia lost and cari ibu dia, Sakinah.” Akim yang bertugas sebagai seorang polis menceritakan sedikit sebanyak pasal Mikael.
            “So, Hafez pun..”
            “Yeah, personaliti dia yang lain. Hafez tu boleh kata kerap juga keluar. Selalunya dia keluar bila Mikael tengah marah.”
            Maryam pandang susuk tubuh Mikael yang masih tidur.
            “Berapa banyak personaliti yang dia ada?”
            “So far 3 yang I tau. Selalunya kalau Mika pergi luar negara, dia akan bawa Isaac sekali. Isaac takde dengan dia ke?”
            “Isaac siapa? Tak nampak pula sesiapa yang dekat dengan dia tadi.”
            “Personal doctor dia. Kejap lagi I Whatsapp you number Isaac. You try tanya dia dulu. Dia yang selalu ada dengan untuk handle Mika.”
            “Alright then. But now? Macam mana ni?” Maryam mengeluh lemah.
            “Nak buat macam mana. For now you kena jaga lah Adam tu dulu. Dia rasa dia 9 or 10 tahun. Budak kecil. So you handle la macam budak kecil.” Akim ketawa kecil di hujung talian.
            “Tak kelakarlah!” Maryam mendengus. Talian terputus. Kredit habis kot, fikir Maryam.
            “Er.. Mikael.” Maryam goncang lengan baju lelaki itu. Masih tidur.
            “Em. Adam.” Suara Maryam sedikit kuat. Adam terjaga.
            Mikael = Adam + Hafez. Orang yang sama. Ish pening lah!
            Lelaki itu pandang keliling. Pelik bila susun atur bilik itu tidak sama dengan apa yang ada di dalam biliknya. Dek kerana terkejut, Mikael terus bangun dari baringnya dan turun dari katil. Nafasnya kencang.
            “Wow.. wow. Rileks, Adam.” Maryam cuba menenangkan Mikael. Lelaki itu kerut dahi.
            “Apa awak buat kat sini?” tanya Mikael.
            “Mikael?” Maryam dah tak tahu siapa yang ada di depannya.
            Mikael raup rambut. Kepalanya ditekan kuat dengan jemarinya.
            “Macam mana saya ada kat sini?”
            “Ha? Saya jumpa awak dekat traffic light. Awak nampak macam lost and menangis aje.” Cerita Maryam.
            Mikael gelabah dan cuba keluar dari bilik Maryam.
            “Hey, kejap!” Maryam memintas.
            “Awak kena jelaskan kat saya, apa yang jadi sebenarnya ni?! Saya berhak tahu!” tegas Maryam.

16 tahun lalu....
Encik Arsyad menaiki anak tangga satu-persatu. Lemah badannya dek penat bekerja. Terpaksa dia ambil separuh hari untuk hari ini. Kakinya berhenti apabila melalui bilik Muazzam. Entah kenapa dia rasa pelik. Hatinya rasa tidak tenang.
            Bunyi-bunyian dari dalam bilik Muazzam mengusik rasa ingin tahu Encik Arsyad. Jarum jam baru pukul 1.30 petang. Sekolah habis 1.50 petang. Awalnya Muazzam balik?
            Tombol pintu dipulas. Matanya membuntang melihat asap berkepul-kepul di dalam bilik. Boleh dikatakan berkabus jugalah isi bilik Muazzam.
            “Apa abang buat ni?!” tempik Encik Arsyad.
            Muazzam yang sedang khayal terkejut dan beberapa saat kemudian dia ketawa. Matanya seakan berat untuk dibuka.
            “Nak?” tanya Muazzam sambil menghulur ganja.
            Tangan encik Arsyad menggigil.
            “Aku bela kau dari kecil sampai besar, bukan suruh jadi orang yang macam ni!” Encik Arsyad meluru masuk ke dalam bilik dan terus memukul belakang badan Muazzam tiada henti.
            “Sakitlah!” Muazzam menjerit kuat.
            Marah Encik Arsyad masih tidak turun. Tangannya terlepas dari nak pukul belakang badan, terkena kepala Muazzam. Kuat hingga remaja itu tersungkur mencium lantai. Hidungnya mulai mengalir darah merah yang panas.
            “Bodohlah!” Muazzam bangun dari lantai dan menolak tubuh Encik Arsyad.
            “Kau tu yang bodoh! Kalau mak kau tahu apa yang kau buat ni, kau fikir betapa kecewanya dia dengan kau!” tengking Encik Arsyad.
            “Kau bukan bapak aku! Tak payah berlagak nak nasihat aku, orang tua tak guna!” Sekali lagi Muazzam menolak kedua belah bahu Encik Arsyad hingga tubuh lelaki tua itu terkebelakang, keluar dari biliknya.
            “Kau jangan biadab, Muaz! Jangan nak ikut perangai setan bapak kau dulu tu! Kau tak ingat ke dia buat apa dengan mak kau hah?!” tinggi suara Encik Arsyad.
            “Kau siapa nak kata bapak aku setan!” dek kerana terlalu marah, kali ketiga Muazzam menolak tubuh Encik Arsyad dan kali ini tolakannya itu terlalu kuat hingga Encik Arsyad tergelincir jatuh dari anak tangga.
            Tubuh tua itu bergolek jatuh hingga ke tingkat bawah. Muazzam tercengang. Hilang rasa khayalnya sekejap.
            Pintu rumah utama ditolak lembut. “Assalamualaikum.” Sapa Mikael.
            Mata Mikael terkunci pada tubuh ayahnya yang sudah terlentang berdekatan dengan tangga.
            “Ayah.. Ayah!” segera Mikael mendekati ayahnya.
            “Ayah!” Mikael memanggil Encik Arsyad berkali-kali.
            “Mika..” Encik Arsyad sempat melihat wajah anak lelakinya itu. Darah yang mengalir dari belakang kepala mengejutkan Mikael.
            “Ayah, jangan tidur. Jangan tidur! Mika panggil ambulans! Ayah jangan tidur!” macam-macam yang bermain di dalam kepala Mikael. Dia tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi kalau ayahnya tiada di sisi. Cukuplah ibunya pergi dahulu. Tolonglah jangan ayah pula yang pergi.
            Segala drama, cerita yang pernah dia tonton di kaca TV bermain di dalam kepalanya. Macam mana kalau pengakhirannya sama? Macam mana kalau ayah mati?
            Dengan tangan terketar-ketar, Mikael mendail nombor kecemasan. Beberapa saat kemudian, talian dimatikan dan dia kembali mendekati tubuh ayahnya. Air mata tak berhenti berlinang.
            “Ayah! Ayah jangan tidur! Mika ada kat sini. Ayah bangun!!!” Mikael menggoncang tubuh Encik Arsyad apabila lelaki itu hampir melelapkan mata.
            Pintu utama terbuka. “Assalamualaikum.” Sapa wanita itu. Matanya terbuntang.
            “Ya Allah! Abang!” Puan Misha melempar tas tangannya dan terus mendekati suaminya.
            “Macam mana boleh jadi macam ni, Mika?” wanita itu turut menangis.
            Mikael berhenti menangis. Dadanya berombak kencang.
            “Kau! Semua punca dari kau kan!” tempik Mikael dengan menunjuk ke arah Muazzam yang terpinga-pinga di tangga.
            “Apahal pula?! Ayah yang terjatuh sendiri. Aku tak sempat nak capai tangan dia.” Beritahu Muazzam dengan suara terketar-ketar.
            “Kau jangan nak menipu, Muaz!”
            “Apa bukti yang kau ada hah?! Apa?!” tengking Muazzam.
            “Sudah! Jangan bergaduh kat sini! Sekarang ni kita kena bawa ayah pergi hospital.” Putus Puan Misha membuatkan Mikael sedikit terkilan.

MARYAM teguk air mineral dari botol berisipadu 1.5 liter itu. Dia menggaru kulit kepala yang terasa gatal.
            “Saya minta maaf, Maryam. Mungkin orang yang sebelum ni awak jumpa tu, bukan saya. Maafkan saya, tak terus-terang dengan awak. Maafkan saya buatkan awak terluka dengan kata-kata atau tindakan Hafez yang biadab tu.. Maafkan saya..”
            “Kenapa minta maaf dengan saya?” Maryam senyum nipis menatap wajah Mikael yang sugul.
            “Saya tak tahu awak fikir apa, tapi tak semua orang sempurna. Setiap orang mesti ada kelemahan dia sendiri. Betul tak? Mungkin ini kelemahan awak yang awak tak nak orang lain tahu. Saya faham itu. Awak tak perlu minta maaf. So sekarang saya dah tahu keadaan awak, takdelah saya nak terus marahkan perangai Hafez tu. By the way, he is rude.” Maryam mencebik mengenangkan apa yang Hafez katakan kepadanya.
            Mikaael ketawa kecil. “Dia banyak susahkan awak?”
            “Bukanlah menyusahkan. Tapi menyakitkan hati. For one second, saya ingat awak baik dengan saya sebab nak dapatkan Meen.” Cerita Maryam.
            “Meen?” Mikael jungkit kening.
            “Yeap. Meen, kawan baik saya tu. Tapi sekarang saya rasa, Hafez yang tertarik dengan Meen.”
            “Hafez tanya pasal Meen?” Mikael kerut dahi.
            “Tanya? No! Dia minta nombor telefon Meen. Desperately.” Maryam ketawa kecil. Kelakar bila mengingatkan betapa bodohnya dia marahkan Mikael waktu itu.
            Mikael terdiam sejenak.
            “Kenapa dia perlu minta dekat awak sedangkan dia boleh dapatkan sendiri?” Mikael jadi tertanya-tanya.
            “Mana saya tahu? Malu, maybe?” Maryam senyum.
            “Hafez tak pernah malu. Tak pernah takut. Dia tak perlu tanya awak kalau dia desperate nak tahu. Sebab dia boleh buat semuanya. Sendiri.” Kata Mikael. Mati senyuman Maryam. Terasa macam darah dipam keluar dari saluran pembuluh darah. Jantungnya seakan berhenti berdegup untuk seketika.
SELESAI makan malam, Maryam dan Mikael berjalan seiringan menuju ke hotel Maryam. Suasana sepi seketika.
            “Tadi saya ada call Akim. Dia kata selalunya kalau awak ke luar negara, awak akan bawa Isaac. Kenapa kali ni awak tak bawa dia sekali?” soalan Maryam memecah hening suasana.
            “Kalau ada kerja luar, yes saya akan minta dia ikut saya. Cuma kali ni saya ingat, saya nak bersendiri. Ambil masa untuk diri sendiri. Ingatkan boleh handle diri sendiri, seems like I failed.” Sengih Mikael. Wajah lelaki itu sudah naik sedikit jambang dan misai yang baru dicukur.
Dari baby face, kini nampak lebih maskulin. Mata lelaki itu tak pernah tenang. Setiap kali Maryam pandang mata lelaki itu, ianya seakan melempar rasa benci dan marah. Mungkin kerana bulu mata bawahnya itu lebat. Tetapi mata itu sungguh menarik perhatian Maryam. Lebih-lebih lagi apabila Hafez yang muncul. Seakan mata itu memang khas untuk Hafez yang berperwatakan garang dan baran. Pandangannya tajam, tapi untuk seketika, Maryam merasakan mata itu mencuit.. ergh. Abaikan perasaan itu!
“Maryam?” Mikael mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Maryam membuatkan wanita itu tersentak dan lamunan terhapus.
“Fikirkan apa?” Mikael ketawa perlahan.
“Takde apa.” Maryam menggeleng dan tersenyum. Selendangnya dibetulkan sedikit.
“So, awak datang sini untuk bercuti ajelah?” Maryam kembali ke dunia realiti.
“Aah. Tak sangka jumpa awak. Jodoh takkan pernah lari, kan?” sengih Mikael.
Maryam senyum janggal. Kaki mereka berhenti apabila telah tiba di hadapan pintu hotel Maryam.
“Awak patut balik sekarang.” Maryam bersuara.
“Masuklah dulu. I’ll be just fine.” Jawab Mikael. Maryam senyum dan menoleh. Kakinya berhenti dari terus menapak.
“Call saya bila-bila awak perlukan saya. Saya boleh jadi kawan awak. Saya boleh tengok-tengokkan awak.” Kata Maryam. Mikael senyum nipis.
“Saya harap bila saya call kali ni, awak jawablah.” Usik Mikael. Maryam ketawa.
“Good night.” Maryam lambai tangan sebelum masuk ke dalam lobi hotel.
“Good night Maryam.” Mikael hanya memerhati gerak langkah Maryam yang hilang apabila pintu lif tertutup.

JARUM jam menunjukkan pukul 3 pagi. Deringan telefon bimbit Maryam membuatkan mimpi wanita itu lenyap tiba-tiba. Dia mencapai telefon bimbit dan menjawabnya dengan suara serak.
            “Hello?” Maryam paksa diri untuk bersuara. 
            “Olla chika.” Suara itu membuatkan darah seakan berlari laju naik ke kepala Maryam hingga dia dapat merasakan kepalanya sedang berdegup-degup.
            Maryam lihat nama si pemanggil. MIKAEL.
            “Hafez?” Maryam bangun dari tidur tertiarapnya.

            “Nice! Kau dah kenal aku. Aku rasa aku dekat Indon la sekarang. And last call dalam call log Mika, is you.” Hafez pandang cermin di hadapannya yang melantunkan wajah dia sendiri.