Kelibat lelaki yang memakai jaket hitam dari jauh
diperhati. Kedua belah tangan lelaki itu dimasukkan ke dalam poket jaket itu.
Maryam hela nafas berat. Berat-berat nafasnya, berat lagi mata nak buka nak
oiii! Dah lah pukul 3.30 pagi dia panggil.
“Apa
yang Mikael marahkan sangat sampai awak pula yang keluar?” tegur Maryam dari
belakang. Hafez toleh dengan kening terjungkit.
“Excuse
me?”
“Saya
dah tahu semua cerita. Mikael dah cerita semua. Awak cuma other personality
yang keluar dari badan dia.” Maryam peluk tubuh.
Hafez
ketawa. “So?”
“So
lepas ni apa pun yang awak cakap, apa pun yang awak buat, itu semua bukan
refleks dari Mikael.” Maryam senyum menang.
“Well,
itu tak bermakna apa-apa pun pada aku. As long as aku yang take over body dia,
aku boleh buat apa pun yang aku suka.” Balas Hafez dengan senyuman sindir.
Senyuman
Maryam mati. Dia jadi geram pula.
“Awak
nak apa sebenarnya? Nak minta number Meen lagi? Jangan jadi budak-budaklah.” Keluh
Maryam.
“Nope.”
Hafez hanya memandang wajah Maryam yang kelihatan sebal.
“Lagi
seronok kacau kau daripada orang lain.” Senyum nakal Hafez membuatkan Maryam
sedikit takut.
“For
what? Awak suka Meen..”
“And
Mika suka kau.” Hafez cantas ayat Maryam. Tangannya ditepuk sekali.
“So, as
you know Mika tu domain. Tuan rumah. Aku ni umpama tetamu kekal dia. Aku kena
hormatlah kan dengan tuan rumah walaupun aku tak suka. So aku decide untuk suka
apa yang dia suka.” Hafez senyum tunjuk gigi.
Tiba-tiba
bunyi keliling lesap. Telinga Maryam seakan dipekakkan. Suara Hafez berdengung-dengung
di corong telinga.
“Apa
yang awak mengarut ni?”
“Aku
admit yang Meen tu lagi hot dari kau. Lagi cantik dari kau. Tapi aku pilih kau,
instead of Meen.” Hafez peluk tubuh. Di rasa yang personaliti itu sedang
berkuasa di dalam segenap inci tubuh Mikael.
“Whatever.”
Maryam malas nak fikir dan dia pantas ingin berlalu dari tempat itu.
“Hey.”
Laju aje lengan Maryam direntap Hafez.
“Kalau
aku nak, aku selalu dapat.” Sengih lelaki itu menampakkan gigi taringnya.
Sekali lagi jantung Maryam seakan berhenti berdegup. Lengan Maryam segera
ditarik untuk membuntuti langkah Hafez.
“Lepaslah!”
tegas Maryam.
“No
way.” Kata Hafez seakan berbisik sendiri. Senyumnya tiada henti.
JIP yang disewa hanya dihuni oleh dua orang manusia yang
seorang itu seperti sudah 50 peratus akalnya hilang.
“Awak
nak bawa saya pergi mana ni? Saya nak tidur tahu tak!” bentak Maryam. Tingkap
kereta diturunkan dan Maryam buang pandang ke luar.
Hafez
hanya ketawa. Seronok tengok eye bag Maryam yang sudah melayut bawah mata.
“Guess
what? Kau takkan dapat tidur sampai Subuh.”
Maryam
mengeluh berat. Angin yang menyapa wajahnya sedikit sebanyak membuatkan dia
makin hanyut dengan belaian itu dan matanya makin lama makin menutup.
“Hey!”
Hafez menggoncang bahu Maryam membuatkan wanita itu kembali terjaga ke dunia
realiti.
“Tidur?
Jangan haraplah.” Hafez sengaja mengusik supaya Maryam tidak tertidur.
“Saya
mengantuklah! Tak boleh ke esok aje kita bercakap?” Maryam membelakangi Hafez
dan memeluk tubuh. Dia cuba untuk tidur kali kedua.
“Hey!
Bangun. Bangun! Esok belum tentu aku keluar.” Hafez tetap mengganggu tidur
Maryam.
“Pedulilah
awak keluar atau tak. Sekarang ni saya mengantuk, faham tak?”
“Tak.”
Senyum Hafez. Maryam ketap gigi menahan marah yang sudah sampai ke puncak
Gunung Everest. Elok-elok Gunung Everest ni takde gunung berapi, terus boleh
timbul gunung berapi ni.
Ah tak
peduli. Maryam tutup mata sekali lagi.
“Jangan
tidur!” Hafez menggosok-gosok kepala Maryam hingga selendang wanita itu ke
depan dan ke belakang. Hancur!
“Eiiii!”
getus Maryam. Dia mengalah. Dia berpeluk tubuh dan memandang tepat ke hadapan.
Perjalanan sedikit menyeramkan apabila melalui jalan yang sepi dan gelap.
“Kita
nak pergi mana ni?” tanya Maryam.
“Bila
sampai nanti, kau akan nampak.” Beritahunya.
Hilang
kata-kata. Tak tahu nak cakap apa dah dengan lelaki ini. Memang degil, tak
pernah nak dengar cakap orang!
Empat
puluh lima minit kemudian, mereka tiba di lokasi.
“Hutan
apa ni?” Maryam tidak mahu turun dari kereta.
“Kau ada
phone kan? Guna flashlight dari situ.” Hafez mengeluarkan lampu suluh dari
bawah tempat duduk.
“Takde
lebih flashlight ke?” tanya Maryam.
“This is
mine.” Hafez keluar dari perut jip. Maryam mencebik.
“Tunggu
apa lagi? Turunlah.” Hafez mengetuk pintu jip kuat. Maryam tersentak.
“Awak
nak buat apa tengah-tengah hutan macam ni?” tipulah kalau dia tak rasa takut
langsung.
“Out.”
Arah Hafez.
“No
way.” Maryam berkeras tidak mahu turun. Hafez tarik nafas dalam dan pintu
kereta dibuka dari luar. Maryam terkesima apabila Hafez membuka tali pinggang
keledarnya dan menarik lengan Maryam untuk turun dari jip.
“Lepaslah!”
Maryam rentap semula lengannya.
“Kau
susah sangat nak dengar arahan. Kan bagus kalau kau dengar aje arahan aku. Tak
payah aku nak cakap berulang kali.” Bebel Hafez.
“I
barely know you! And what’s worst is awak personaliti yang jahat! Macam mana
saya nak dengar cakap awak?” tempik Maryam.
“Jahat?”
Hafez terdiam seketika berfikir. Mukanya tidak beriak marah atau kecewa.
Bibirnya dimuncung ke depan.
“Well
then. I’ll be the bad guy.” Lengan Maryam terus ditarik untuk mengekorinya
meskipun banyak kali Maryam cuba meloloskan diri.
“Lepaslah!”
kaki Maryam tidak mampu untuk ditahan daripada terus melangkah.
Sejuknya
suasana malam mencengkam hingga ke tulang. Maryam akhirnya pasrah dan mengikuti
sahaja langkah Hafez apabila dia tak mampu nak melawan.
Hafez
senyum dan terus berjalan. “Kan senang macam ni.” Bibirnya ujar perlahan.
Mereka
memasuki bangunan yang lusuh. Sebelum itu, Hafez ada menghulur beberapa keping
not wang kepada si penjaga bangunan. Ada hampir sepuluh orang juga yang turut
sama naik ke situ.
“Tempat
apa ni?” tanya Maryam.
“Gereja.”
Hafez melepaskan pegangan dari lengan Maryam yang hampir 15 minit dia pegang.
Maryam
pandang sekeliling. “Naik atas.” Arah Hafez.
Ada anak
tangga di hadapan. Maryam berhati-hati untuk melangkah naik ke atas hingga ke
puncak. Suasana subuh yang dingin didatangi dengan cahaya matahari yang baru
mahu terbit.
‘Tak
subuh ke lelaki ni?’ Maryam hanya mampu menyoal dari dalam hati.
“Rumah
Doa Bukit Rhema. Atau orang panggil Gereja Ayam. Dia dipanggil Gereja Ayam
sebab bentuk dia macam ayam. And we are on the top of this chicken’s head.”
Beritahu Hafez sambil bersandar di simen yang menyerupai mahkota.
“Tempat
yang bagus untuk lepaskan tension.” Tambah Hafez.
“Instead
of gereja, masjid lagi bagus untuk hilangkan tension.” Balas Maryam sinis.
“Ini
bukan pasal agama. This is about history and arts. Few years back, dalam 17
tahun lepas, dia orang stop pembangunan gereja ni sebab tak cukup fund. Epik,
kan?”
“Takde
apa yang amaze me pun.” Maryam menyangkal.
“Oh,
c’mon. Tuhan cipta semua benda dengan keunikan dia sendiri. From this top, kau
boleh nampak seluruh hutan ni. Amazing kan? Kau ingat manusia boleh cipta benda
ni? And now you’re looking at the two most unique things on earth.” Hafez
sengih.
Maryam
jungkit kening. “Apa dia yang unik?”
“Me. My
existance.” Hafez seakan bangga dengan dirinya. Bila teringatkan Mikael, Maryam
rasa kasihan. Sedaya upaya dia ingin buang personaliti-personaliti yang ada di
dalam tubuhnya hanya untuk menjadi dirinya sendiri. Tapi Hafez, lelaki ini
terlalu bangga dan seronok menepek dalam badan orang lain.
“Awak
tak rasa bersalah ke buat Mikael macam ni? You made the mess, dia yang kena
bersihkan untuk awak. Kalau awak kat tempat dia, awak tak rasa marah ke? Or
even, penat?” Maryam tenung dalam-dalam anak mata Hafez.
Mata
lelaki itu terlalu cantik. Mata yang kecil tetapi kelilingnya seakan memakai
maskara atas dan bawah! Likat betul warna bulu matanya. Dengan kening tebal
dia. Maryam segera memandang ke tempat lain.
Mulanya
muka Hafez tegang. Tetapi ekspresi mukanya pelahan-lahan berubah.
“Kenapa?”
soal Hafez.
“Kenapa
apa?” Maryam lihat dunia.
“Kau tak
boleh tengok tepat muka aku.” Hafez mengambil tempat di hadapan wajah Maryam.
Pandangan wanita itu berubah lagi.
“See!
Kau tak boleh tengok muka aku.” Hafez ketawa.
“Kenapa
pula?”
“I don’t
know. Ask yourself. Kau suka aku ke?” teka Hafez.
Tawa
Maryam terhambur.
“Kalau
Mikael, itu tak mustahil. Sebab soft spot dia. Awak? Soft spot pun takde. Oh
please.” Maryam ketawa sambil mencari jalan untuk turun semula.
Lengan
Maryam sekali lagi ditarik dan tubuh wanita itu dirapatkan ke dadanya. Maryam
terbungkam.
Mereka
berdua membisu. Hanya sengih nakal muncul di bibir Hafez. Maryam cepat-cepat
menjauhkan dirinya dari Hafez.
“Saya
kena balik. Saya dah mengantuk sangat ni.” Maryam terus menuruni anak
tangga. Hafez hanya ketawa kecil dan
hanya membuntuti.
“Kau
hutang aku sepuluh ribu rupiah. Don’t forget that.” Hafez memintas jalan Maryam
dan terus menonong ke depan.
“Eh
kenapa pula?”
“Fee
masuk sini.” Balas Hafez.
“Saya
tak nak pun datang sini, okay? Awak yang paksa. Charge on you lah.” Bidas
Maryam.
“Whatever,
kau still hutang aku.” Hafez langsung tak ambil pusing. Maryam mendengus.
“SEE you when I see you.” Hafez senyum nipis sambil
bersandar di pintu jip. Maryam menjeling.
“Huh.”
Maryam buat muka toya. Hafez senyum dan menggeleng sebelum masuk semula ke
dalam perut jip.
“Hey,
Yam!” jerit Hafez dari dalam perut jip. Maryam menoleh. ‘Yam? Amboi suka hati
mak bapak kau aje tempik nama aku Yam. Kau ingat kau kawan baik aku apa nak
panggil-panggil Yam.’
“Balik
bila?” tanya Hafez.
Maryam
mencebik. Tak mahu jawab dan terus melangkah masuk ke dalam hotel. Hafez hanya
muncung mulut dan jungkit bahu. ‘Berlagak nak mampus.’
Jip itu
terus berlalu laju membelah laluan jalan raya. Maryam toleh ke luar pintu kaca
hotel. Pintu lif masih belum terbuka. Kelibat lelaki itu hanya dipandang tanpa
ada apa-apa rasa. Kosong.
Ting!
Pintu lif terbuka. Maryam tidak peduli langsung orang yang baru keluar dari
perut lif itu. Dia melangkah masuk apabila lif itu kosong.
Hidung
Maryam kembang kempis menghidu bauan di dalam lif. Cepat-cepat tangannya
menahan pintu lif daripada tertutup. Kelibat manusia sudah hilang dari mata
kasarnya. Dia kenal bauan itu.
Jantung
Maryam berdegup laju. Tidak mampu untuk diredakan hingga pintu lif itu tertutup
dengan sendirinya.
“Maryam.”
Panggil Aryan.
“Hm?”
Maryam berhenti membelek barang-barang antik di hadapannya.
“Kau
plan nak kahwin bila?”
“Kahwin?
Entah. 23, 24 kot.”
Aryan
sengih. “Dengan siapa?”
“Entah.
Sesiapa ajelah yang nak aku.” Maryam ketawa.
Sengih
Aryan hilang. “Habis aku ni?”
“Kau nak
aku ke?”
“Nak
lah! Tanya lagi.” Aryan menjeling dan mencapai barang antik berbentuk gajah
duduk.
“So aku
kahwin dengan kau lah nanti.” Maryam jawab selamba.
Aryan
kembali menyengih. “Kau tunggu aku tau.” Bisik Aryan. Kawan-kawan yang lain
sedang sibuk mencari buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia.
“Berapa
lama nak kena tunggu?”
“Berapa
lama kau boleh tunggu?” soalan dibalas dengan soalan.
“Berapa
lama kau nak buat aku menunggu?”
Aryan
senyum. “Aku cuba ASAP.”
Kedua
mereka tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Yang
kau orang berdua ni sengih-sengih dah kenapa?” tegur Meen yang perasan akan
gelagat mereka berdua.
“AKU TAK tahulah Meen. Tapi aku asyik nampak kelibat
Aryan aje kat sini.” Maryam mengadu. Dia tahu Meen aje yang boleh dia luahkan
segalanya buat masa ini.
“Itu
sebab kau yang gatal pergi sana. Habis semua benda akan flashback baliklah. Cuba
kau pergi tempat lain. Tempat yang tak mengingatkan kau pasal dia. Takkan kau
jumpa kelibat dia punya.” Rengus Meen. Kakinya digoyang-goyang. Sengaja tarik
perhatian Puss dan Mocoon yang sedang fokus menangkap kakinya.
Maryam
memuncung. Hatinya terasa berat tiba-tiba.
“Kalau
kau rasa susah, berat, asyik teringatkan dia.. kau baliklah sini cepat. At
least aku dekat dengan kau kat sini. Boleh temankan kau.” Tambah Meen.
“Aku ada
tiga hari lagi kat sini.” Pintas Maryam.
“Boleh
tak jangan diseksa hati kau tu?” Meen mengeluh.
“Aku
bukan nak seksa hati aku. Aku cuma takut aku lupa dia. Aku takut aku lupa muka
dia, luapa kenangan aku dengan dia, lupa apa yang kita orang pernah bualkan.
Sumpah, aku tak berniat nak buang tu semua.”
“Itu
maksudnya kau tak move on. C’mon Yam. Dah berapa lama dia pergi? Dekat tujuh
tahun tau. Kau kenal dia cuma setahun lebih aje. Perlu ke kau setia dengan dia
sampai tujuh lapan tahun?”
“Kau tak
faham, Meen. Dia first love aku. Aku rasa macam aku dah jumpa sebahagian
daripada diri aku sendiri. Aku rasa complete bila dia ada. And aku rasa hilang
bila dia pergi.” Maryam raup wajah.
“Bagi
aku a very good reason dia berhenti kolej separuh jalan sedangkan tinggal lagi
1 semester aje lagi. Kenapa dia kena pergi luar negara at the very end?” Meen
rasa nak marah.
Maryam
diam sejenak. “Apa yang kau cuba nak sampaikan?”
“Yam..
benda dah lepas, aku tak nak ungkit. Lagipun dia dah takde.” Meen tahu dia
salah untuk bangkitkan semula isu lama.
“Tak.
Tak.. aku tak faham. Apa sebenarnya yang kau nak cakap?” Maryam tak puas hati.
“Nothing..”
Meen hela nafas berat. “Look, kau kena yakin dengan qada dan qadar, okay?
Things happened and kau kena move on. Anak-anak kau dah bising dah ni. Aku tak
kasi makan lagi pagi tadi.” Omel Meen.
“Hey!
Serius lah kau tak bagi dia orang makan lagi?” Maryam menyinga. Meen tergelak.
“Aku tak
kasi makan nasi lagi. Dry food memang selalu ada. Lagipun kucing kau ni dah
gedempol sangatlah. Kau kena kasi dia diet sikit. Esok dengan lusa aku kasi dia
orang puasa, okay? Biar kurus sikit. Ini aku nak angkat pun tak larat.” Ketawa
Meen.
“Don’t
you dare! Aku bunuh kau karang.”
“Haha.
Orait beb. Chow. I love you. Stay safe.” Ujar Meen.
“Bagi
dia orang makan! I love you too. And hey, thanks.” Maryam senyum nipis.
“My
pleasure.”
KOTA GEDE.
Maryam
mengeluarkan kamera Olympus digital. Bangunan yang kian lusuh dan rapu diambil
gambarnya satu-persatu. Ada masanya dia meminta pelancong yang turut berada di
situ untuk mengambil fotonya sendiri melalui telefon bimbit.
Setelah
berpuas hati dengan gambar yang diambil, foto itu terus dimasukkan ke dalam
laman Instagramnya.
Kakinya
berjalan lagi. Pemakaian tradisional Indonesia sedikit sebanyak menarik
minatnya. Kemudiannya dia menulis beberapa perkara di dalam buku kecil yang
sentiasa dibawanya ke mana sahaja.
Telefon
Maryam bergetar menandakan ada panggilan masuk. Terus dia menjawab panggilan
itu.
“Assalamualaikum.”
Sapa Mikael.
“Waalaikumussalam.”
“Boleh
kita jumpa sekejap?”
“Saya
kat Kota Gede.”
“Awak
tunggu sana. Saya datang.”
Maryam membelek-belek
gambar di dalam kameranya. Kakinya dihayun-hayun lembut. Punggung terasa lenguh
dek duduk lama di tebing simen. Panas sudah terasa terik.
“Hai.”
Sapa Mikael.
“Waalaikumussalam.”
Selamba Maryam menjawab. Mikael sengih.
“Lambatnya.”
Kata Maryam.
“Saya
sampai awal tadi. Cari awak aje yang buatkan lambat.” Beritahu Mikael.
“Call
kan boleh?”
Mikael
hanya senyum.
“Kenapa
nak jumpa saya?” Maryam terus ke soalan.
“Semalam
awak keluar dengan Hafez?” Mikael menjawab.
Maryam
terdiam seketika. Dia mengangguk kemudiannya. Mikael mengeluarkan telefon
bimbit dari poket seluarnya dan menyerahkan telefon itu kepada Maryam.
Bulat
mata Maryam melihat gambar-gambarnya sedang lena tidur di dalam jip. ‘Bila aku
tidur? Aku rasa dia tak kasi aku tidur pun!’ Mulut Maryam ternganga sedikit.
“What’s
worst is..” telefon bertukar tangan dan sekali lagi telefon itu diserahkan
kepada Maryam.
Nama
Maryam di dalam senarai pemanggil sudah bertukar. Hafez’s Maryam.
Eh eh ehhhh... tetiba rasa lain plak kat Hafez ni :p
ReplyDeleteMikael= nampak matang, hafez=omg, annoyinya! But sweet, adam=yang ni series comel :D
ReplyDeleteteringat pulak kat drama korea Kill Me Heal Me . big fan untuk drama tu.
ReplyDeleteteruja ada penulis novel nak buat cerita mcmm ni. Respect kt Cik penulis ni. hehe
Teruskan... tak sabar nak beli buku dia. hehe :)
Wehhh. Sama wehhhh. Duk tringan kat shin se gi
Delete