Alan cabut earphone dari telinga. Kasut
sukan ditanggalkan. Peluh sudah membasahi baju dan seluarnya. Hari cutinya cuba
dimanfaatkan sebaik mungkin dengan bersenam. Kalau sebelum ini bila hari cuti,
dia terpaksa menemani Adeena, tapi kali ini dia bebas untuk melakukan apa yang
dia nak.
Dia
gigit roti bakar kosong dan meneguk susu segar. Bosanlah pula. Usai sarapan
pagi, Alan naik ke bilik. Tinggal berseorangan di rumah dan jauh dari ibu
bapanya memaksa dia untuk berdikari. Semuanya buat sendiri.
Tubuhnya
menjadi segar selepas mandi. Terus dia melontar tubuh ke katil. Buku anatomi
yang duduk di atas bantal ditarik dan dibaca. Dia tak pernah jemu untuk membaca
benda-benda ini. The perk of being a genius kot.
Selepas
setengah jam, dia tutup buku. ‘Nunu buat apa eh weekend ni?’ Cepat-cepat dia
Whatsapp Balqis.
Alan : Kak Bal, home?
Balqis : Hospital.
Alan : Oh. Nunu ajelah kat rumah?
Balqis : Taklah. Dia bagitahu akak tadi dia ada part
time.
Alan : Part time apa?
Balqis : I don’t know.
Tak
cukup ke gaji yang diperuntukan sampai hujung minggu pun Nunu terpaksa buat
kerja sambilan? Terus Alan mencari nama Nunu.
Alan : Where you at?
Nunu : Rooftop.
Alan : What? Where?
Takde
lain yang bermain di kepala Alan. Kalau dah sekali dia nampak Nunu nak bunuh
diri, setiap kali itu jugalah kalau Nunu berada di tempat yang ada kemungkinan
untuk peristiwa itu berulang buatkan dia risau.
Nunu : Tak tahu nama. Kenapa?
Alan : Gimme your location now.
Nunu
garu sedikit kening yang sudah dipekatkan. Nunu malas nak balas panjang-panjang
apabila wajahnya sedang dimekap. Terus lokasi di hantar.
Alan : Tunggu sana and don’t do anything stupid!
Nunu
hanya menjeling mesej itu. Apa mamat ni merepek ni?
“Aina,
dongak sikit and tutup mata. Akak nak letak eye shadow.”
TERMENGAH-MENGAH Alan dibuatnya. Dah la
pagi tadi dah berlari 5 pusingan tasik. Budak kecil ni memang buat dia kecut
perut.
Sampai
aje ke tingkat paling atas yang memaksa dia untuk mendaki beberapa anak tangga,
pintu itu ditolak kasar.
Terpinga-pinga
dia melihat beberapa orang lelaki dan perempuan di situ. Lagi terpana bila dia
melihat Nunu bermekap dan gambarnya sedang diambil.
‘Oh.
Ni ke part time dia?’ Alan ketawa sendiri. Kau betul-betul hampir buat aku
hilang nyawa, Nunu.
Alan
hanya memerhati dari jauh. Sempat dia mengambil gambar Nunu yang sedang ralit memperagakan
pakaian-pakaian itu. Sekejap dia seorang. Sekejap lagi dia beramai-ramai.
Usai
sesi bergambar itu, Nunu dapat menangkap susuk tubuh Alan yang sedang bersandar
di dinding dengan tangan bersilang. ‘Eh dia duduk macam tu, macam dia pula
model dok posing.’
Selesai
menukar pakaian, Nunu mendekati Alan.
“Awak
buat apa kat sini?”
“You
hampir nak kasi I sakit jantung.”
“Kenapa
pula?” berkerut dahi Nunu. Alan jungkit kening sebelah.
“Oh.
Awak ingat saya nak terjun bangunan ke?” teka Nunu.
“Mana
nak tahu. Stress kerja.”
“Boleh
tak awak stop fikir benda macam tu. Saya tak buat dah.” Geram juga Nunu kalau
cakap banyak kali tapi tak dengar.
Alan
hanya tersenyum. “Ni dah sudah?”
“Dah.”
“Jom.”
“Mana?”
“Makanlah.”
“Takpe
saya makan sendiri.” Nunu menolak.
“You
nak bubuh racun dalam makanan you ke apa? Sebab tu tak nak ikut I makan?”
“Jangan
merepek boleh tak?”
“Jom.
I belanja makan.”
Nunu
tak tahu nak buat macam mana lagi dengan mamat ni. Dia macam tengok dalam
cermin. Degilnya itu sama.
ALAMANDA sudah tidak sepadat dulu.
Mungkin disebabkan IOI Mall dibuka berhampiran, semua orang lari ke sana.
Bila
difikirkan apa yang Ajda kata tempoh hari, dia tak sepatutnya menjauhkan diri
dengan Alan. Sebaliknya dia perlu lelaki itu dekat dengannya. Baru senang untuk
dia balas balik apa yang dia dendamkan.
“Nak
makan apa?” tanya Alan.
“Tak
kisah.”
“Kat
sini takde kedai ‘tak kisah’.” Alan loya buruk. Eh menyampah aku aih.
“Makan
ajelah kat mana-mana.”
“Sushi
nak?”
“Okay.”
Tanpa banyak bunyi, Nunu bersetuju. Ah dia bukan jenis memilih makan. Semua
benda dia ngap aje.
Mereka
duduk bertentangan. Wajah Nunu sudah bersih daripada mekap. Habis semua mekap
dia buang dari dalam kereta tadi. Bukan main jenuh dia sental mukanya dengan
make up remover.
“Kenapa
tak biar aje mekap tadi?” soal Alan.
“Eh,
muka saya. Suka hati sayalah nak buang ke, nak biar ke.” Jawapan Nunu buatkan
Alan ketawa.
“Awak
ni memang mudah terhiburkan? Sikit-sikit senyum, sikit-sikit gelak.”
“Well,
laugh is the best medicines.” Alan capai pinggan sushi.
“But
be careful, too much of it orang akan ingat awak psiko, ada mental issue.” Nunu
capai salmon. Saat itu juga matanya disaji dengan benda yang memedihkan.
Zulfathi
duduk di sebelah meja mereka. Tapi lelaki itu sikit pun tidak memandang ke
tempat lain. Hanya wajah wanita di hadapannya ditatap dengan senyuman lebar.
Tekak
Nunu terasa berpasir. Mati terus seleranya. Alan yang sedar akan perubahan riak
muka Nunu turut sama memandang ke meja sebelah.
“Kenal
ke?” tanya Alan.
“Tak.”
Nunu terus suap sushi ke dalam mulutnya.
“Bismillah
mana?”
“Dalam
hati.”
“Kan
I dah cakap hari tu..”
“Stop
talking and start eating.” Kasar ujar Nunu. Alan pandang redup muka Nunu.
Kemudian kepalanya ditoleh ke sebelah sekali lagi.
ALAN hanya mengikuti jejak Nunu yang
dari tadi tidak buka mulut. Kelibat dua orang lelaki dan perempuan dari
restoran Sushi King kini ada di hadapan mereka. Senang kata, sebenarnya Nunu ni
mengekori mereka.
Tanpa
Nunu sedar, dia sudah berdiri di barisan GSC.
“Nak
tengok wayang ke?” Alan bersuara.
Nunu
pandang Alan sekilas. Angguk tidak, geleng pun tidak. ‘Dia masih pakai perfume
yang sama bau dari dulu.’ Gumam Nunu.
Minyak
wangi itu dia yang beri pada Zulfathi sejak mereka mula kenal. Sampai ke sudah,
Zulfathi masih menggunakan haruman yang sama.
Ada
lima kaunter yang dibuka. Zulfathi melangkah ke kaunter ke dua. Kemudiannya
tiba giliran Nunu dan Alan di kaunter yang keempat. Nunu pandang belakangnya.
“Pergilah
dulu.” Senyumnya pada pasangan yang beratur di belakangnya. Alan pandang Nunu.
Gadis itu senyum. Tapi matanya merah.
Selesai
membayar dan menerima tiket, Zulfathi dan wanita itu berlalu pergi. Terus Nunu
mendekati kaunter ke dua.
“Dia
orang tengok cerita apa?” tanya Nunu. Gadis bernama Tina itu terkebil-kebil.
Alan hanya membiarkan Nunu.
“Haunted
House on the Hill.”
“We’ll
take that. Waktu yang sama.” Nunu sikit pun tak tanya pendapat Alan.
“Seat
boleh pilih. Yang biru ada orang.” Tina ulang skrip yang sama.
“Saya
nak seat belakang couple tadi.”
WAYANG akan bermula dalam 30 minit aje
lagi. Alan dan Nunu bergegas ke surau yang berada di dalam tempat bowling.
Usai
solat Zohor, mereka sama-sama masuk ke panggung wayang dengan popcorn dan
secawan besar Pepsi.
Alan
sikit pun tidak buka mulut. Pawagam sudah mulai gelap. Kelibat dua orang itu
baru kelihatan mengambil tempat di hadapan Nunu dan Alan. Mata Nunu bukan pada
skrin, tapi pada dua ekor yang sibuk berbisik-bisik antara satu sama lain itu.
Nunu
sengaja melanggar kerusi depan beberapa kali, membuatkan gadis kecil bernama
Athirah itu mulai tidak selesa.
Tanpa
Nunu sedar, semua perlakuannya diperhatikan Alan yang duduk bersandar menyilang
tangan.
Athirah
melentokkan kepala di bahu Zulfathi. Bila adegan terkejut keluar, Athirah
terjerit kecil dan terus menekap muka di bahu Zulfathi. Nunu ketap gigi.
Sejam pertama, mata Nunu masih pada pasangan
di hadapannya itu. Dada Nunu berombak kencang. Kotak popcorn dipegang. Kali ini
dia bukan hanya memerhati dan memendam.
Hantu
keluar! Dan Nunu terus menggoncang kotak popcorn hingga berterabur di tempat
duduk depan.
“Woi!”
Zulfathi bengang.
Nunu
sengih sendiri dengan senyum sumbing dia.
“Sorry.”
Ujar Alan cepat-cepat sebelum Zulfathi menoleh ke belakang. Nunu pandang Alan
dengan mata terbeliak.
“Sorry
kenapa?” marah Nunu walaupun dia berbisik pada Alan.
“Enough,
Nunu.” Dia geram lihat Nunu begitu. Dia marah. Dia benci. Dia tak suka!
Hahaha Nunu Nunu. 😅
ReplyDelete