Semenjak malam itu, kelibat Alfan langsung tidak pernah lalu di hadapan Dyla. Dia sedikit bersyukur lelaki itu tidak lagi menganggunya. Sebulan lebih selepas peristiwa kereta mereka berlanggaran itu, baru hari ini Dyla terasa nyaman.
Soal duit poket yang dia terpaksa korbankan untuk deposit kereta Alfan dipinjam dari Adilah dan Saadah. Cukuplah untuk tiga-tiga makan.
Tapi kini Dyla buntu. Elaun dah masuk. Dia berhutang, dan dia perlu bayar. Masalahnya nombor akaun pun tak tahu! Nak cari, dia takut. Takut kalau waktu ni lelaki tu dah tak kacau. Bila dia mula cari, lelaki tu tak nak pergi jauh pula.
Kelas akan bermula sejam lagi. Telefon Dyla tiba-tiba berbunyi menandakan Whatsapp baru masuk.
Alfan : Dylalalalalala.
Dyla : Dah kenapa?
Alfan : What chu doing?
Alfan : What chu doing?
Dyla : Membaca for the next class. Awak?
Alfan : Working. My dad tak kasi chance langsung nak pergi berseronok.
Dyla : Kerja dengan ayah?
Alfan : Yup yup.
Dyla : Kerja baik-baik.
Alfan : I will. By the way, macam mana yang kes hutang haritu?
Dyla : Oh tu. Orang dah sedia duit. Tapi orang lupa nak minta nombor akaun dia.
Alfan : Awak ada nombor dia tak? Call lah.
Dyla : Actually, dah lama juga dia tak datang kampus. Rasa aman lah sikit. Takut nanti kalau dah mula contact dia, dia asyik datang lagi. Sesak nafas ni!
Alfan : Dah tu? Awak ada jalan lain?
Dyla : Tak tahulah... Haih.
Alfan : Dyla, my dad datang. Whatsapp you later. Bye!
Dyla : TTYL.
Dyla simpan kembali telefon bimbitnya. Dia lega dapat bercerita dengan Alfan. Kenapalah Alfan ni punya perangai tak sama dengan Alfan yang dia langgar tu. 'Sepatutnya aku langgar aje dia. Lenyek-lenyek dia biar tak bangun. Keras atas katil hospital aje. Takdelah kacau aku.'
"Menungkan apa?" sergah Shah dari belakang.
"Hui. Salam mana cik abang oi?" Dyla tarik kerusi di sisi. Tapi Shah memilih untuk duduk di hadapannya.
"Assalamualaikum." Shah sengih. Dyla tolak kembali kerusi. Pipi terasa hangat.
"Waalaikumussalam."
"Takde kelas ke?" tanya Shah. Buku dikeluarkan dari beg.
"Ada. Kejap lagi. Awak dah habis kelas ke?"
"Dah. Ni tunggu kawan. Dia orang kata nak ajak makan ramai-ramai. Tapi seekor pun tak datang lagi." Shah toleh sekeliling.
"Tadi keluar kelas tak sama ke?"
"Tak. Orang keluar awal sikit tadi. Pergi bilik doktor. Nak hantar report."
"Shah." seorang perempuan berkaca mata dengan selendang terlilit di kepala mendekati.
"Mimi dah booked tempat untuk dinner malam ni. Tapi dia suruh kita pergi recheck balik. Takut kalau dia orang tak masukkan dalam list ke." kata Julia.
"Oh ye ke? Tadi kata nak lunch ramai-ramai?" Shah pandang Julia. Gadis itu terus tarik kerusi di sisi Shah. Telinga Dyla berasap.
"Memanglah. Tapi dia orang keluar lambat sikit. Entah apa dia orang nak bincang dengan doc. Dia minta kita dua pergi tengok tempat yang Mimi booked tu. Lepastu kita terus pergi lunch. Nanti dia orang datang la kemudian." jelas Julia.
'That mean, nanti Julia dengan Shah berdua ajelah? Dah lah nak pergi check restoran pun berdua, ni nak tunggu kawan lagi.. Berdua juga? Haih. Panas pula. Musim panas ke sekarang?' monolog Dyla sendirian.
"Hmm. Bolehlah. Tapi orang bawa motor. Nak ke naik motor dengan orang?" soalan Shah membuatkan jantung Dyla berdegup laju. Kedua belah tangan di bawah meja sudah digenggam. 'Mak aihh!! Aku rasa macam duduk tepi bara api. Sampai mata aku pun pandang si Julia ni nak berbara-bara.'
"Boleh ke?" Julia sengih. 'Ah perempuan gatal ni!!!'
"Shah." panggil Dyla. Kepala Shah kembali memandang Dyla.
"Nak pinjam kereta orang tak?" entah kenapa Dyla tiba-tiba cakap begitu. Julia pandang Dyla pelik. Shah tersenyum.
DALAM kelas, Dyla langsung tak fokus. Shah tolak pelawaan Dyla untuk pinjam kereta. 'Dia orang lebih memilih untuk naik motor bersama?!' Entah berapa kali Dyla ketap bibir.
"Weh." Ikram di sisi mengejutkan Dyla dari berangan yang bukan-bukan antara Julia dan Shah.
"Kenapa?" suara Dyla turut rendah.
"Fokus lah. Anuar tu dari tadi dok aim kau."
"Aku fokuslah ni."
"Tapi..." Ikram tak sempat habis kata-kata, Encik Anuar terlebih dahulu menyekat.
"Cerita apa yang seronok sangat tu, Dyla? Ikram?" sinis bunyinya. Naik terus darah ke kepala. Boleh rasa anak rambut ni macam berdiri tegak bak terkena electric shock!
"Er. Saya nak ke toilet." jawab Dyla.
"Nak ke toilet pun bisik-bisik dengan Ikram? Kenapa? Nak suruh dia teman awak pergi toilet ke?" perli. Ada terdengar suara sumbang yang ketawakan dirinya. Dyla menjeling dalam diam. 'Ada juga yang mati kena gantung kat pokok kang.'
"Sorry sir." Dyla perlahan-lahan keluar dari bilik kuliah. Baru dia menghela nafas. 'Suka hati mak bapa tiri bini dia aje malukan aku.'
"Kenapa kalau aku nak suruh Ikram teman? Susahkan kau?" bebel Dyla rendah sendirian.
"Nak pergi toilet kena teman ke?"
Hampir gugur jantung Dyla. Takut dia nak menoleh ke belakang. Ya ampun! Encik Anuar dengar ke apa aku cakap tadi? Dia dengan muka dah macam belacan garu kening yang tidak gatal.
Perlahan-lahan Dyla berpaling. Lagi bertambah ngeri mukanya bila ternampak susuk tubuh lelaki berkot ni!
Hairul tahan gelak melihat muka Dyla yang berganda terkejut. Jadinya berganda muka dia macam belacan.
"Nak aku temankan ke pergi toilet?" muka setegang habis si Alfan ni!
"Tak payah." kasar Dyla menolak. Baru dia hendak melangkah melepasi Alfan, dia berhenti.
"Nak nombor akaun. Saya nak masukkan duit awak." sombong Dyla berkata.
Alfan hanya memandang kosong muka Dyla.
"Hoi! Berangan apa? Orang minta nombor akaun, dia menung pula. Haritu nak sangat duit. Ni orang nak bagi, menung pula." bebel Dyla.
"Hairul, nanti bagi nombor akaun dengan budak ni." Alfan jalan menonong kemudiannya. Dyla menoleh ke belakang. "Berlagak. Ego. Sombong. Tak berkat hidup!" bebel Dyla tanpa dia sedar yang Hairul masih berdiri di hadapannya.
Dyla jadi malu sendiri di hadapan Hairul. Tapi dia berlagak selamba. "Nak nombor akaun!" telefon dihulurkan kepada Hairul.
Sementara Hairul menekan nombor-nombor itu, Dyla menoleh lagi. 'Apa dia buat kat sini? Kalau setakat nak jumpa aku macam tadi tu, baik tak payah. Atau memang rumors yang kata dia ada tunang tu memang betul?'
PULANG aje Dyla ke rumah, orang pertama yang dia cari, Alfan. Bukan Alfan gila tu! Alfan penyayang yang walaupun dia diperli berkali-kali disebabkan cerita lama. Tak kisah. Dia cukup selesa mengadu pada Alfan itu. Dia nak mengadu pada Shah. Tapi lelaki tu selalu sibuk. Entah seronok apa dia berdua dengan Julia naik motor tadi.
Dyla : Alfan.
Alfan : Yes?
Dyla : Dia datang lagiiiii! T_T
Alfan : Alfan ego tu?
Dyla : Yup.
Alfan : Baguslah. Boleh awak bayar hutang awak.
Dyla : Memanglah. I decided untuk pinjam duit dari Ikram. Langsaikan semua hutang. At least kalau berhutang pun, dengan kawan sendiri yang takkan torture me bagi stress macam ni!
Alfan : Hm.. Ikram pun student juga, aite?
Dyla : Yup.
Alfan : Pada pandangan orang, better awak jangan kacau dia. Dia pun nak guna duit untuk belajar. You've to think about it too.
Dyla : Tapi dia orang senang. :( And dia suruh orang cari dia kalau orang susah.
Alfan : Hmm. Berapa yang Dyla perlukan lagi?
Dyla : About 1900 macam tu. Sebab tadi baru bank in seratus.
Alfan : I'll give you that amount you want. Bagi nombor akaun.
Dyla : Hah? Erk..
Alfan : Awak tersepit sekarang aite? You just have me to solve your problem. I can help.
Dyla : Yelah .. Tapi..
Alfan : You're my first love. My ex. And now, you're my besties. I can help.
Dyla : Hm..
Alfan : Believe me. Plus, orang dah bekerja. I've my own wages. Orang tak meminjam on PTPTN or MARA or JPA or Sime Darby.
Dyla : Banyak pula contoh dia -.-" hm.. Tapi orang tak boleh bayar dalam masa yang terdekat amount tu.
Alfan : I don't care la Dyla. Orang nak tolong awak and please let me help.
Dyla : Can you trust me?
Alfan : Always.
Dyla serba salah. Tapi nak buat macam mana. Memang betul kata Alfan. Dia tersepit. Bismillah..
Dyla : Kejap lagi Dyla bagi nombor akaun.
Alfan : Alright :)
USAI Maghrib, Dyla keluar semula untuk membeli barangan keperluan rumah bersama Adilah dan Saadah. Barulah bibir nak senyum dengan lawak bodoh teman serumahnya. Kalau tidak, memang susah nak senyum satu hari ni. Serabut dibuatnya.
Setibanya di hadapan pintu pagar rumah, sebuah kereta putih kelihatan.
Dyla meminta Adilah dan Saadah masuk dahulu. Dia melangkah mendekati Hairul yang berdiri di sebelah kereta putih itu.
"Cik Dyla." Hairul muka tidak beriak.
Dyla mencari kelibat Alfan. Tapi tiada.
"Kenapa?"
"Tuan Alfan nak jumpa dengan Cik."
"Dia takde kaki ke nak datang sini sendiri?" sindir Dyla. Hairul hanya senyap.
Dyla diam berfikir.
"Saya tak nak."
"Tapi Tuan suruh saya paksa Cik macam mana pun."
Dyla memandang Hairul dengan dahi berkerut.
"NAK apa lagi?" Dyla letak kasar beg silangnya ke kerusi sebelah. Alfan memandang atas bawah Dyla. Tak pernah sekali pun dia nampak Dyla pakai T-shirt dengan seluar.
Selepas Hairul berjumpa dengannya demi menyampaikan pesanan Alfan, dia terus masuk ke rumah untuk menukar pakaian walaupun perasaan malas tu mencengkam jiwa. Usai solat Isyak, dia terus turun. Dia takut. Kata-kata Hairul menakutkannya.
"Tapi Tuan suruh saya paksa Cik macam mana pun."
"Dah pergi kursus kahwin?" soal Alfan.
Dyla ketawa sinis. "Untuk apa awak tahu?"
"Well.. Aku nak cari seorang calon buat isteri."
"So? Apa kena mengena dengan saya?"
"I might choose you."
Dyla ketawa lagi. "And for what reason I've to accept your proposal?"
"Hutang." jawab Alfan.
"Sebab hutang, I've to put my life happiness on the line?" Dyla ketawa.
"Jangan cuba nak buat lawak dengan saya boleh tak? Saya tak takut sikit pun. Nak saman saya? Dipersilakan. Lebih rela dari tengok muka awak hari-hari. Oh by the way, in case awak tak check your account.. Saya dah masukkan the balance. Saya dah tak berhutang dengan awak. Takde sebab kenapa saya kena ikut cakap awak, kenapa saya kena takut dengan awak." cabar Dyla. Alfan senyum. Sinis.
"What about Shah?"
Serta merta air muka Dyla berubah.
"See? I got you now." Alfan bangun dari kerusi besarnya.
"Awak nak apa?" Dyla menahan getaran suara.
"Your voice. A bit shaking. Kenapa eh? Sebab aku sebut nama Shah?" Alfan berdiri di belakang tubuh Dyla. Sikit pun Dyla tidak menoleh.
"Simple. Agree to marry me. I'll leave that kid alone." sambung Alfan.
"Kenapa saya kena setuju? Saya takde kaitan dengan dia. Kalau setakat nak ugut saya macam ni, tak payah. Saya ada banyak lagi kerja nak kena buat. Saya balik dulu."
"Hairul. Minta pihak universiti untuk berhentikan budak tu serta merta." Kaki Dyla beku. Dia memandang ke belakang.
"Apa yang awak cuba buat ni?!"
"Kawan? Tak mungkin takde perasaan dekat dia, kan?" Alfan menduga.
"Apa yang awak nak sebenarnya!" jerit Dyla.
"Agree to marry me."
"Awak jangan ingat semua perempuan senang."
"Tapi pelik. Kau memang senang." Alfan menikam anak mata Dyla dengan pandangannya.
Alfan merapati Dyla. Bibirnya didekatkan dengan telinga Dyla. "Macam mana perasaannya ditinggalkan? Kau tak faham. Tapi sakitnya sama dengan meninggalkan orang yang kau sayang. Dalam keterpaksaan." bisik Alfan. Dyla terkedu.
"Think about it, Dyla. Think wisely." suara Alfan tegas.
DYLA picit kepala yang terasa sakit teramat. Bila memikirkannya, air mata menitis. Sanggupkah dia korbankan kebahagiaan dia demi lelaki yang dia sendiri tak tahu apa perasaannya.
Dyla mencapai telefon bimbitnya. Nombor Alfan didail.
"Hello." suara Dyla serak dek menangis.
"Yes? Dah fikir?" Alfan di hujung talian tersenyum.
"Awak ingat, awak boleh berhentikan pelajar sesuka hati? Awak kena ada sebab untuk semua tu. Awak jangan ingat saya boleh termakan benda macam ni lah." suara Dyla keras.
"Kalau takde reason, Hairul can make one. Remember? Aku akan rebut semua kebahagiaan kau. I'll keep my promise, dear."
"Okay fine! You want an apologize? I'll apologize. Saya minta maaf. Minta maaf dengan semua kata-kata saya. I was wrong and you were right! Puas?"
"Apologize? Too late." talian dimatikan Alfan.
"Shit! Shit! Shit!!!" telefon Dyla dicampak ke tepi. Adilah dan Saadah berlari-lari mendapatkan Dyla.
"Dyla! Kenapa? Kenapa?" Adilah terus memeluk Dyla yang sudah menangis bercucuran air mata.
Dyla menangis hingga tenggelam kata-kata. Tersedu-sedan dia dibuatnya. Tangisannya itu tiada henti hinggalah dia tertidur di bahu Adilah. Saadah kerut dahi.
"Kenapa eh?"
Adilah menggeleng tidak tahu.
"ABANG." Alfan turun ke bawah. Murni bersama Alif sedang menjamah makan malam. Suapan Alif terhenti.
"Tadi adik pergi mana?"
"Jumpa kawan."
"Jom makan sekali. Kak Murni masak." pelawa Alif.
"Hm.. Dah makan dah tadi. Lepas abang makan, Alfan nak bincang something dengan abang sikit."
"Bincang ajelah sekarang."
"Takpelah. Makanlah dulu." Alfan melangkah ke ruang tamu pula. Alat kawalan jauh berada di dalam pegangan. Siaran bola ditonton penuh khusyuk.
"Hmm. Ada apa yang nak dibincangkan?" Alif mengambil tempat di sisi.
"Tengok bola dululah, abang. Kejap lagi tak fokus pula game ni." Mata Alfan masih tertacap pada skrin televisyen.
"Murni, tolong tutupkan lampu." minta Alif. Murni hanya menurut. Faham sangat kalau dua adik beradik ni dah duduk sekaligus, tengok bola pula. Mesti suruh tutup lampu. Katanya lebih feel! Macam tengok cerita hantu.
Bunyi bising gol sana sini riuh di dalam rumah. Hinggalah bola tamat.
"So, apa cerita?" Alif mengubah topik selepas seketika mereka masih membahaskan tentang bola walaupun permainan telah tamat.
"Hmm. I'm about to propose someone." Alfan alih pandangan ke sebelah. Bulat mata Alif.
"Baguslah! Tell me everything. Nanti abang tolong siapkan apa yang patut."
"And satu lagi. Alfan ingat nak pindah keluar lah." permintaan Alfan di luar kotak pemikiran abangnya.
"Kenapa? Tak cukup ke rumah ni?"
"Bukan. Tapi Alfan rasa nanti mestilah Alfan nak privacy juga. Ini pun actually dah kacau privacy abang dengan kak Murni."
"Adik baru balik sini sebulan lebih. Takkan nak keluar rumah dah? You've been in Ireland for ages!"
"Ala abang. Alfan ada wife lah nanti. Alfan nak dia selesa. Tengok kak Murni pun, Alfan tahu dia tak selesa. You know, all the things yang abang nak buat terbantut bila ada orang lain dalam rumah." Alfan kembangkan hidung. Alif yang faham, terus menumbuk bahu Alfan. Tawa mereka bersatu.
"Nak pindah mana?" tanya Alif.
"The nearest place to syarikat and to campus."
"Campus?"
"Oh. I'm marrying a student." senyum Alfan kelihatan.
Macam2 taktik Alfan eh.. annoying but at the same time nmpak mcm cool? hehehehe..
ReplyDeletecian kt dyla.... stress plus jeng dyla
ReplyDeletebest la
sambungla:) , x sabar tunggu next week
ReplyDeleterasanyakan yg alfan ni alfan yg masa kat sek dlu kot
ReplyDelete