"SHAH." Dyla memanggil dari belakang. Shah memandang belakang. Senyuman terukir. Kakinya berhenti melangkah. Kot putih di tubuh dibetulkan sedikit. Sebuah buku tebal berada di dalam pegangan.
"Kenapa, Dyla?"
"Sorry pasal semalam."
"Kenapa dengan semalam?"
"Yelah. Tiba-tiba lelaki tu appear dan buatkan awak pergi."
"Eh. Takde apalah. Memang ada kelas waktu tu."
"Oh ye ke? Hm.. Takpelah."
"Dyla.. Dia siapa?" Shah ingin tahu.
"Dia?" Dyla terkejut. Kenapa tiba-tiba Shah nak ambil tahu? Tak pernah-pernah lelaki tu nak ambil tahu hal peribadinya.
"Bakal isteri." Entah dari planet mana lelaki ni tiba, lengannya diletakkan di atas bahu Dyla dengan sengaja. Gigi tersusun rapi dihadiahkan buat Shah. Shah terkedu sebentar. Dyla kerut dahi. Masih mencerna apa yang dikatakan Alfan. Hairul di belakang tubuh Alfan turut terpana. 'Bila masa pula bos aku ada bakal isteri?'
Shah senyum. "Dyla, Shah masuk kelas dulu." kelibat Shah dipandang kosong. Seketika.. Baru dia sedar. Di saat kakinya melangkah cuba mengejar Shah, terlebih dahulu lengannya dikunci dengan genggaman kuat Alfan.
"Awak kenapa?!" jerit Dyla geram.
"Hey, rileks la. Yang kau marah sangat kenapa?"
"Awak nak apa? Tak boleh ke awak tak kacau saya sehari?" turun naik nafas Dyla.
"Oh. Too bad. Tak boleh. Sebab.."
"Sebab saya tak bayar hutang awak lagi? Awak keep on cakap benda yang sama hari-hari. Tak bosan ke? Awak memang takde life eh? Awak siap ada P.A (Personal Assistant), tak mungkin awak ni orang miskin yang desperate nak duit tu kan? Tak boleh ke awak tolonglah... Sehari aje jangan kacau saya?"
"Tak boleh." jawab Alfan pendek.
Entah kenapa tiba-tiba mulut Dyla menjadi lancang. "Orang kedekut mata duitan macam awak ni, mesti takde siapa yang nak kan? Atau, ada. Tapi selalu kena tinggal. Kekurangan kasih sayang. Sebab tu awak takde benda lain nak buat selain ganggu saya, kan?"
Melihatkan perubahan mimik muka Alfan membuatkan Dyla tersenyum puas. Mesti memang selalu kena tinggal.
Alfan hanya merenung Dyla. Tenungannya macam nak tembus.
"Tenung saya sampai tembus pun, I will never regret what I've said."
"Hairul." panggil Alfan.
"Ya Tuan."
"Siasat siapa Shah. Jangan tinggal sebesar kuman pun information." ujar Alfan dengan sedang matanya menikam anak mata Dyla. Kata-kata Alfan sedikit sebanyak membuatkan Dyla terkejut.
"Apa awak nak buat?" Dyla ingin tahu.
"Memberi kau peluang untuk merasa." jawab Alfan. Dyla tidak faham.
"Apa maksud awak?"
Alfan tidak mempedulikan lantas meninggalkn Dyla yang terpinga-pinga.
SHAH memusingkan pen di jari dalam kitaran bulat. Matanya tidak fokus pada slide show yang terbentang di hadapan matanya. Tiba-tiba lengannya disiku orang sebelah.
"Shah, fokus." bisik Akmal. Shah terkejut namun cepat-cepat dia berlakon seperti biasa sedangkan dalam kepala penuh sarat dengan persoalan.
"Nanti boleh tak kau terangkan kat aku lagi sekali? Aku tak boleh nak fokus lah." Shah melirih pandangan pada Akmal. Akmal menggumam. Selalunya Shah yang paling seronok sekali masuk dalam kelas. Dia yang paling fokus.
"Okay." balas Akmal.
Shah kembali berfikir.
JAM ditangan sudah menunjukkan pukul 3 petang. Dyla masuk ke bilik air untuk membetulkan tudung sebelum masuk ke perut kereta untuk pulang.
"Anak sedara Encik Anuar tu baru balik dari Ireland lah!" bisik-bisik orang sebelah. Dyla tidak ambil peduli.
"Kenapa dia rajin datang kampus hari-hari eh? Lagi satu! Dia bawa bodyguard kot!"
"Entahlah. Tapi aku dengar, dia ada tunang kat sini. Dia jumpa tunang dia kot."
"Dah bertunang ke? Ahh! Aku baru nak try."
"Nak ke dia kat kau? Muka dia ego gila! Mesti dia cari yang setaraf aje."
Dyla cepat-cepat mencuci tangan yang terasa kering. Lantas terus dia keluar dari bilik air itu. Tunang? Pfft.
Kaki Dyla pantas menuju ke kereta. Dia terasa dirinya diekori. Cepat-cepat dia berpusing. Shah terperanjat.
"Shah! Awak ni.. Kenapa jalan macam tu belakang Dyla? Terkejut Dyla tau!" Dyla mengurut dada.
"Hehe. Niat memang nak tegur. Tapi dah Dyla jalan macam kucing nak tangkap mangsa aje, tu yang orang pun senyap-senyap."
"Haha. Kenapa cari Dyla?"
"Hee. Nak tumpang balik hostel, boleh tak?" pinta Shah. Dyla pelik. 'Dia tak bawa motor ke?'
"Oh. Boleh aje." Dyla menyerahkan kunci kereta kepada Shah. "Dengan syarat, awak drive." sambung Dyla. Shah ketawa.
"Kalau orang yang drive, tak menuju terus kat hostel ni. Melencong dulu."
"You're the driver." sengih Dyla.
Mereka berdua masuk bersama ke dalam perut kereta tanpa menyedari ada mata yang memerhati.
KERETA diberhentikan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka. Selain mencari parking di dalam bangunan, mereka berjalan bersama masuk ke dalam.
"Awak dah solat?" tanya Shah.
"Dah waktu kat kampus tadi. Awak?" soalan diberikan semula kepada Shah.
"Dah juga. Ingatkan awak belum solat. Kalau belum, kita singgah solat dulu. Sekarang ni, kita nak makan kat mana?" Shah melilau mencari restoran apa yang sesuai.
"Makan kat mulut." jawab Dyla dengan sengihan.
"Orang makan kat hidung. Terel tak?" Shah sempat melawak.
"Wah! Terelnya! Tunjuk sikit! Kejap lagi kita makan mee eh. Senang sikit awak nak sedut pakai hidung."
"Pandai aje dia menjawab, kan?" kedua-dua mereka ketawa bersama. Dari jauh, ada yang sakit hati.
"McD ajelah." saran Dyla.
"Anything you want, Princess."
Kaki Dyla berhenti melangkah. Terkedu. Shah toleh ke belakang. "Nak pergi ke tak, ni?"
Dyla mengangguk perlahan. Terkejutnya masih tidak hilang. Terasa istimewa.
"TWO Big Mac, medium." Shah berada di kaunter sementara Dyla mencari tempat duduk. Dia memilih tempat yang sedikit tersorok. Tidak mahu bercampur dengan orang lain. Shah juga sedia maklum, Dyla tidak berapa selesa dengan keadaan orang ramai.
Sementara menunggu, Dyla mengeluarkan telefon bimbit untuk memeriksa Whatsappnya. Ada satu mesej yang ditinggalkan Alfan.
Alfan : Where are you?
Dyla : McD. Kenapa?
Alfan : Oh. Lunch?
Dyla : Yup.
Alfan : Sorang?
Dyla : Dengan kawan.
Alfan : Sure ke kawan? Ke bf eh? :D
Dyla : Ahahah. Kawan baiklah.
Alfan : Haha. Anyway.. I'm back to Malaysia.
Dyla : Waaa wait? You're back? Maksudnya?
Alfan : Jyeah. After SPM haritu, I left Malaysia to Denmark. And now I'm here. In M''sia.
Alfan : Jyeah. After SPM haritu, I left Malaysia to Denmark. And now I'm here. In M''sia.
Dyla : Are you serious?
Alfan : Yeah yeah! :D
Dyla : Great. So, sambung belajar kat sini?
Alfan : Nope. Sambung kerja.
Dyla : Wahh! Dah boleh kumpul duit untuk kahwin!
Alfan : Hahah. I'm planning to.
"Dyla." Shah meletakkan dulang ke atas meja makan.
"Hm? Kejap eh." Dyla kembali memandang ke skrin telefon bimbitnya.
Dyla : My lunch is ready. TTYL.
Alfan : Alright. Dying to see you.
Dyla kelu.
Dyla : :) Have fun in Malaysia!
Alfan : I will.
Dyla menukar pandangan ke arah Shah pula. Bibirnya mengukir senyuman.
"Kawan orang dah balik semula ke sini." ceritanya.
"Dia balik dari mana?"
"Denmark."
"Oh. Study sana eh?"
"Yup." Dyla mengoyak sedikit burgernya dan disuap ke dalam mulut.
"Makanlah elok-elok sikit. Under your lips.." Shah menunjukkan sos yang tertumpah di bawah bibir Dyla.
"Oh. Hee." Dyla mengesat sos itu dengan tisu.
"Dyla.." panggil Shah.
"Yup?" Dyla menyedut minuman.
"Are you really getting married?" soalan cepumas Shah. Kepala Dyla didongak ke atas. Nasib baik tak tersedak.
"Of course." jawab Dyla.
"Dengan.." Shah bulat mata.
"I don't know yet. Tapi yes, I'm getting married. Takkan nak hidup membujang sepanjang hidup?"
"No I mean, are you getting married dalam masa terdekat ni?"
"Oh. Takdelah." Dyla ketawa.
"Habis tu, tadi?"
"Dia tu gila. Awak tahu, last week orang pergi Shah Alam. And then, orang terlanggar satu kereta ni. Mini Cooper wak! And of course, salah orang.. So orang yang kena bayar ganti rugi. It's about two thousand something. But I don't have that amount. Orang bayar deposit RM250. And the rest, orang minta bayar ansuran, every month. Tu yang lelaki gila tu asyik datang and claimed for his money." celoteh Dyla.
"Tapi kenapa dia tiba-tiba cakap that you're his future wife?"
"Meroyan tu. Abaikan aje. Orang kekurangan kasih sayang memang macam tu. Tak boleh tengok kebahagiaan orang lain." jeling Dyla. Geram pula.
"So, memang awak bukan nak kahwin dengan dia lah?"
"Ei! Tak nak lah. Awak tengok la dia usung bodyguard dia macam mana. Silap-silap nak masuk bilik air pun dia usung."
Shah ketawa. Lega.
"Kenapa tak cerita benda ni kat orang?" Shah kerut dahi.
"Tak cerita?" 'Aku hantar Whatsapp pun kau tak reply. Nak aku cerita. Aku sekeh kepala kang baru tahu.'
"Huhu. Benda kecil aje pun." sambung Dyla. Padahal dah hentak kepala kat meja entah berapa kali, masih nak kata benda kecil?
"Lain kali benda-benda macam ni cerita kat orang. Jangan Whatsapp aje. Orang kalau busy, mana ada layan semua Whatsapp, mesej ni. Call terus." bebel Shah.
'Augh. Macam nak kata aku aje. Terasa ni! Terasa.'
"Iyolah pakcik. Nanti orang call awak tiap-tiap malam kalau ada masalah. Boleh angkat tak?" gurau Dyla.
"Insya Allah." Shah tersenyum. Dyla diam. 'I'm not even that special girl yang dia perlu angkat telefon setiap malam kalau aku telefon.' Dyla sedar diri.
Selesai menjamah makanan, mereka bersama-sama mengelilingi pusat membeli-belah. Ketawa dan senyuman silih berganti. Alfan dan Hairul pandang dari belakang. Genggaman penumbuk jelas kuat dipandang Hairul.
"Tuan." panggil Hairul.
"Immediately, dapatkan semua details pasal lelaki tu dengan Dyla." arah Alfan.
Hairul hanya mengangguk. Kaki Alfan dibawa menuruni elevator menuju ke tempat parking kereta. Hairul membuntuti.
"THANKS." Ucap Shah. Dyla mengangguk. Senyuman tidak lepas dari bibir. Dia rindu. Rindu keadaan seperti ini. Dah lama tak keluar dengan Shah begini. Yang terakhir kalinya pun waktu semester satu diploma. Ni dah masuk degree.
"Shah." panggil Dyla sebelum Shah ingin keluar dari kereta.
"Yup?"
"Thanks too."
"Not a big deal at all. Ingat, kalau ada apa-apa hal.. Call bagi tahu." pesan Shah.
"Baik tuan!"
Dengan senyuman, Dyla pulang ke rumah sewa. Senyuman tak lekang-lekang! Setibanya di hadapan rumah sewa, Dyla hilang senyuman.
"Lambat balik rumah." tegur Alfan. Pakaiannya masih macam hari tu. Berkemeja putih dan berkod hitam. Berseluar slack, berkasut hitam, bertie biru.
"Awak buat apa kat sini?" Dyla katup pintu kereta dan menekan punat kunci.
"Waiting for you, future wife." sinis sengihan Alfan.
"Gosh! I hate you." Dyla melanggar bahu Alfan dan masuk ke dalam pagar rumah. Pergelangan tangannya sempat direntap kasar.
"Kau ingat aku tak benci kau? Aku akan rampas semua kebahagiaan yang kau ada." keras bicara Alfan.
Dyla merenung dalam anak mata hitam Alfan.
"Awak kenapa?!" Dyla menarik kasar lengannya kembali.
"Rasa ditinggalkan sama sakit dengan meninggalkan. Ingat tu sampai bila-bila." pesan Alfan.
"Awak simpan dendam just sebab saya kata awak kekurangan kasih sayang? Atau sebab awak ditinggalkan?" Dyla seakan mencabar. Tenang Alfan memandang wajah Dyla.
"Till we meet again Dyla." Alfan terus meninggalkan Dyla yang terpinga-pinga. 'Kalau kau adik aku, dah aku cabut rambut kau tu. Aku cucuk-cucuk kau dengan lidi satay. Aku humban-humban kau dalam kolah nenek.' getus hati Dyla.
"Arghh! Spoil kan hari orang aje!" gumam Dyla.
DYLA menghumban tubuh ke atas katil. Telefon dikeluarkan dari poket baju kurung. Whatsapp dibuka. Nak hantar pesanan pada Shah, takut lelaki tu tak balas. Lantas dia membuka profile Alfan. ONLINE!
Dyla : Alfan!
Alfan : Yes? Kenapa ni?
Dyla : I hate your twin.
Alfan : What twin?
Dyla : Lelaki yang Dyla cerita haritu la. Yang sama nama dengan awak.
Alfan : Ohhh. That twin! Kenapa? Apa dia buat? Cecite cecite.
Dyla : He came to my house and warned me about ditinggalkan dan meninggalkan sama sakit.
Alfan : What did you do? Break his heart like you do mine? :D
Dyla : It's not a joke sekarang, okay. Okay fine, last time.. It was my fault. I'm sorry. But this time, orang pun tak kenal dia. And suddenly dia buat macam tu. Gila oh!
Alfan : Dyla rasa, apa yang buatkan dia cakap macam tu kat Dyla?
Dyla : I don't know. Hm.. Maybe tadi pagi mulut orang celupar sikit kot. Hikhok.
Alfan : What did you say?
Dyla : Dia keep on bothering me sampai orang rimas. And I came out dengan cakap dia tu kurang kasih sayang and selalu ditinggalkan.
Alfan : What a big mistake you've made. Apologize la.
Dyla : Me? Apologize? Heaven no! Salah Dyla ke? Dia yang kerap menyibuk dengan Dyla.
Alfan : What makes him keep menyibuk dengan awak?
Dyla : Debt.
Alfan : Dyla berhutang dengan dia?
Dyla : Yup.
Alfan : You said you don't even know him. Tapi macam mana awak mula berhutang dengan dia?
Dyla : I crashed into an accident. Orang tak boleh nak bayar two thousands sekali gedebuk macam tu. What did he expect? Orang ni lombong emas? I'm a student kot! I don't have that kind of money.
Dyla : I crashed into an accident. Orang tak boleh nak bayar two thousands sekali gedebuk macam tu. What did he expect? Orang ni lombong emas? I'm a student kot! I don't have that kind of money.
Alfan : But you promised to pay, aite?
Dyla : Yea yea. But wait.. Macam mana awak tahu?
Alfan : =..=" cliche. Selalu macam tu la. Takkan dia nak stick on you kalau awak tak berjanji? You've made a promise, you've to fulfill it.
Dyla : Ye tahu. Dyla janji dengan dia, every month bila Dyla dapat elaun, Dyla akan bayar. Tapi dia tak menyabar!
Alfan : Dia suka Dyla, maybe?
Dyla : I hate him.
Alfan : Why?
Dyla : Cz I like somebody else. Daaaa~
Alfan : Somebody else?
Jari Dyla kelu. Dangg! Aku tak pernah cerita dengan sesiapa pasal ni. Nak cerita tak kat Alfan?
Alfan : Are you there?
Dyla masih memikir.
Alfan : Kalau tak nak bagi tahu takpe. I don't mind. I'm just trying to help.
Dyla : Hm. Dyla suka dia since form 5.
Alfan : F5? Bukan Dyla ada suka orang lain waktu awak F3?
Dyla : Oh that. Hee. Why did you bringing up the past. Aigoo. Actually waktu tu I do like someone else. Tapi blurghh. Kejap aje.
Alfan : Sampai hati. You break up with me, untuk some other guy yang awak sendiri tak tahu awak suka dia ke tak?
Dyla : Hik. Waktu tu cinta monyetlah.. Sorry lah.
Alfan : After that?
Dyla : Hmm. Orang suka dia sampai sekarang, but no one knows.
Alfan : Budak tu sendiri tak tahu?
Dyla : Yup.
Alfan : Tak nak bagi tahu dia?
Dyla : I'm planning to. Tapi belum lagi.. Nantilah...
Alfan : Dyla. GTG. Nanti kita Whatsapp lagi. Bye :)
Dyla : Oh. Okay. Bye :)
Telefon dicampak ke sisi. Sebelum balik tadi dah singgah masjid untuk solat Asar sekaligus dengan Maghrib. Dyla menghela nafas.
"Aku lepaskan orang sebaik Alfan untuk orang yang aku suka gitu-gitu aje. And I end up liking someone yang aku sendiri tak tahu dia suka aku ke tak. And the worst part is, lagi satu Alfan yang gila-ego-berlagak-sombong-annoying-rasa nak tumbuk sampai benjol kepala asyik datang dari masa ke masa sampai aku naik rimas rasa nak bunuh orang!" bebel Dyla seorang diri.
"Apa yang kau cakap ni?" Adilah di muka pintu bilik dengan segelas susu kotak, kening sebelah terangkat. Dyla terkedu.
"Nothing." Dyla duduk bersila di atas katil.
"Boleh aku masuk?" tanya Adilah.
"Masuk ajelah."
"Nah susu." Adilah menghulur susu.
"Thanks Dilah." dimulakan dengan bismillah, Dyla meneguk susu itu segelas sekaligus.
"Dyla, siapa yang datang tadi? Aku tengok macam Mafia aje. Kau pinjam duit dengan Ah long ke?"
"Eh bukanlah. Hal tu dah settle." Dyla garu kepala.
"Mana kau dapat duit?"
"Aku kautim dengan orang tu lah."
"Habis tu, yang datang depan rumah kita dari petang tadi, siapa?"
Dari petang? Dyla angkat kepala memandang Adilah.
"Serius dari petang?" tanya Dyla tak percaya.
"Haah. Tapi adalah juga dia lesap kejap. Pergi solat kot. Tapi dia datang balik kemudian tu."
"Datang balik??? Daebak." Dyla tidak percaya. Lelaki ni memang gila.
"Kau kenal dia ke? Tadi aku tengok dibalik langsir.. Kau macam bergaduh dengan dia."
"Kau intai aku eh?"
"Yela. Mana nak tahu kau pinjam Ah Long ke, boleh la aku keluar bawa lesung batu nenek aku tu hentam dia."
"Haha. Takde apalah. Lain kali kalau dia datang, kau kata aku takde."
"Okay. Tapi macam mana dia tahu rumah kau?"
Dyla senyum samil jungkit bahu. Dalam kepala sudah terfikir. 'Kalau dia boleh arah-arah si Hairul tu cari info pasal Shah, tak mustahil rumah aku pun dia boleh cari kat mana. Silap-silap, salasilah keluarga aku pun dia boleh list kan. Habis semua tok nenek yang aku tak pernah tahu wujud pun, akan wujud kalau dia cari. Aughh. Creepy!'
"By the way, thanks untuk susu ni." Dyla senyum lagi.
"Takde benda pun. Aku risau betul kat kau ni. Balik-balik rumah aje muka tegang. Since kes kau langgar kereta hari tu lah. Asal balik aje, muka menyinga."
"Jangan risaulah. Aku okay. Nanti aku dah habis bayar hutang dia, takdelah aku balik rumah muka menyinga lagi."
"Janji?" Adilah buat 'pinky promise'. Dyla ketawa.
"Iya. Promise." jari kelingking mereka berdua bersangkut bersama.
"Hoi! Bermanis-manisan berdua aje!!!" Saadah yang baru balik dari kelas terus menerpa Dyla dan Adilah.
"Sampai hati kau orang." Saadah buat muka sebik.
"Jeles." Adilah menjeling.
"Mestilah! Kau orang nak sweet-sweet pun waktu aku takde. Suka pinggirkan aku!" rajuk Saadah.
"Dah-dah! Aku takde masa nak layan rajuk kau. Rajuk kau, kau pujuk sendiri ye. Badan aku dah melekit, aku nak mandi." Dyla tolak Saadah ke tepi. Adilah ketawa.
"Sanggup dikau tolak daku!" drama Saadah.
"Daki nak? Pergi mandilah busuk!" Adilah libas dengan kain tudung Saadah yang baru sahaja dibuka oleh Saadah.
"Sakitlah gila!" jerit Saadah.
Besssttt...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete