Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Tuesday, November 1, 2011

KD 4

“Sabtu ni, aku nak keluar dengan Ann. Apa kata kita buat double date?” soal Amir seraya meneguk fresh orangenya. Haziq tersentap. Namun dia cuba berlagak tenang. Setenang yang mungkin! Tak mungkin dia akan menunjukkan sikap gelabah dan cemburunya di hadapan Amir. Haziq meneguk minumannya. Dia berfikir-fikir. Susah jugak nak ajak budak kecik tu keluar! Kang tak pasal-pasal, keluar lagi sekali suara operator tu! Jari Haziq mengetuk-ngetuk meja.

“Okey. No hal.” Haziq memberi jawapan. Amir tersenyum. Semakin Haziq menyakiti Anna, semakin senang untuk dia memikat Anna.

Bro, aku just nak bagitau kau. Aku tau kau sayang Ann. Tapi aku pun sayang Ann jugak. The first guy win, right? Aku perlu make a move. Tapi Ann pilih aku. Aku mintak maaf la bro. Bukan aku nak rampas dia dari kau.” Ujar Amir seraya membuat muka bersalah.

Haziq hanya mendengar. Bicara Amir tidak diendahkan. Ala, yo’o la tu! Dah terang-terang rampas Ann dari aku, sekarang senang-senang nak mintak maaf? Lelaki perampas!

“Aku bla dulu la. Aku ada hal nak kena settlekan. Nanti kau calling-calling aku bila dah sure time and place. Aku chow dulu.” Haziq terus bangun dari kerusi. Amir hanya membuat jari peace dan meletakkan di dahi. Gaya macam kapten tentera la pulak.

“AISYAH!” panggil Haziq yang dari tadi menanti Aisyah keluar dari rumahnya. Kelas yang bakal bermula jam tiga petang membuatkan Aisyah terpaksa untuk keluar awal dari rumahnya ke kuliah.

“Apa kau buat depan pintu rumah aku ni?” soal Aisyah kasar. Tudung bawal yang menutupi dadanya diperbetulkan.

“Aku nak kau temankan aku hari Sabtu ni.” arah Haziq. Aisyah menjeling. Mamat sakai betul la! Sedap-sedap je nak arah-arahkan aku. Ingat aku ni kuli kau ke hah?

“Wei mangkuk. Cukup sekali aku keluar dengan kau kat party tu. Tu pun dah buat aku seksa separuh badan!” Aisyah terus masuk kembali ke dalam garajnya untuk memanaskan enjin kereta.

Haziq yang sedang menunggu di luar pagar dibiarkan berpanasan di bawah sinaran cahaya matahari yang terik.

“Aisyah Dania!” panggil Haziq lagi. Aisyah terus menutup pintu keretanya. Pintu pagar yang terlapang memudahkan kerja Aisyah. Tak perlu dia turun lagi untuk buka pintu pagar.

Aisyah mengundurkan keretanya. Lantas dia memberhentikan kereta ketika Haziq berada di sebelah keretanya.

“Aku ada kelas. Daa!” Aisyah berkira-kira untuk menutup tingkap, namun dengan cepat disekat Haziq.

“Aku tolong kau dengan Zaf.” Haziq separuh merayu. Aisyah terkesima melihat baby face Haziq. Kalau nak ikutkan, Haziq ni memang lagi hensem dari Zafran. Tapi perangai dia yang tak berapa nak hensem!

“Hari Sabtu.” Putus Aisyah. Haziq hampir tersenyum, namun dijaga imejnya. Bibir yang hampir mengukir senyuman dimachokan kembali.

“Sabtu.” Kata Haziq. Kereta Aisyah terus meluncur laju menuju ke kuliah. Haziq membuka butang lengan kemejanya. Jatuh air muka aku! Ni semua sebab kau, Ann! Sebab kau!

HARI Sabtu yang tiba, bukan sahaja membuatkan Aisyah cuak. Tapi juga Haziq. Sama juga dengan Ann apabila Amir memberitahu tentang double date yang diaturnya. Macam mana dia nak bersemuka dengan Haziq?

Aisyah membuka almari pakaiannya. Takde apa yang boleh dipakainya untuk dinner. Boringnya baju-baju aku! Baru aku tau aku ni hidup zaman batu. Pakaian tak pernahnya up-to-date.

Dengan hanya berkemban, Aisyah menatap dirinya di hadapan cermin panjang. Lawa jugak kalau aku pakai macam ni pergi dinner. Huhu! Sempat dia melayarkan flying kiss buat dirinya sendiri di hadapan cermin.

“Ecah!!!” jerit mamanya. Hampir tersedak Aisyah yang sibuk dok berangan.

“Ye ma!” Aisyah turut membalas-balas jeritan dengan mamanya.

“Bilanya yang awak nak keluar ni? Dah pukul berapa ni? Janji pukul berapa?” mamanya mula risau.

Aik mama ni? orang yang nak keluar, dia pulak yang risau. Mengalahkan tuan empunya badan!

“Kejap!” terus Aisyah mencapai T-shirt labuh berwarna putih hitam berlengan panjang dan sehelai seluar jeans. Dia segera mengelap tubuhnya yang masih basah. Sesudah dia mengenakan pakaian dan tudungnya, dia terus menyarung stoking di kaki. Mukanya dibelek sedikit. Ala Cah! Lawanya kau! Tak payah mekap dah. Cun habis dah ni.

Terus Aisyah menuruni anak tangga dengan laju. Telefon bimbitnya ditinggalkan di atas katil kerana tergesa-gesa. Beg tangannya sempat pulak dia rembat!

“Ma, ayah! Cah pergi dulu. Assalamualaikum.” Aisyah menyalama tangan ayah dan mamanya.

“Nak keluar pergi mana ni?” soal ayahnya yang tidak tahu-menahu tentang rancangannya dengan Haziq. Aisyah telan air liur. Ni kalau bagitau ayah, aku keluar dengan lelaki berdua je, mampus aku kena sembelih separuh mati.

“Keluar makan dengan kawan jap. Kejap je. Nanti Cah balik la.” Aisyah sedaya upaya menutup rahsianya.

“Anak dara keluar malam-malam macam ni, tak elok la. Lain la pergi surau ke, masjid ke.” Sindir ayahnya. Aisyah terkedu.

“Bukan Cah tak buat semua tu. Bila Cah takde kelas, Cah ikut ayah pergi masjid, kan? Malam ni je yang Cah nak keluar.” Gumam Aisyah.

“Keluar jangan sampai lewat-lewat malam.” Pesan ayahnya.

“Yes bos!” Aisyah buat tabik spring. Terus dia menyarung kasutnya. Dia lantas menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi menuju ke tempat yang dijanji Haziq.

“ASSALAMUALAIKUM!” sergah Aisyah dari belakang tubuh Haziq yang mengetuk-ngetuk meja makan dengan kunci keretanya. Lantas Haziq menoleh melihat pakaian Aisyah.

“Kau nak pergi mana pakai baju macam ni?” soal Haziq dengan kening terangkat.

“Kenapa dengan baju ni? Cantik apa.” Aisyah membelek-belek dirinya.

“Cantik apa? Aku nak bawak kau pergi dinner. Bukan pergi jalan-jalan. Carik la baju yang bersesuaian. Dah! Ikut aku.” Haziq lantas menarik lengan Aisyah. Dengan segera Aisyah melepaskan pegangan Haziq dengan kasar.

“Mind your manners.” Aisyah mengorak langkah tanpa mempedulikan Haziq yang terpinga-pinga. Aisyah lantas membuka pintu keretanya dan memboloskan diri di dalam keretanya.

“Kau buat apa ni?” soal Haziq yang berdiri di sisi tingkap kereta Aisyah. Aisyah memandang Haziq yang masih membatu di sisi keretanya. Cermin tingkap yang memang dari tadi diturunkan memudahkan dia untuk mendengar suara Haziq.

“Balik. Kau kan tak suka aku pakai macam ni. Balik je la. Apa susah.”

“Keluar sekarang. Naik kereta aku.”

“Asal pulak?”

“Kita terus pergi dinner.”

“Kereta aku pulak macam mana?”

“Tinggal je kat sini dulu. Nanti balik, singgah la sini amek kereta kau.”

“Kau nak aku tinggalkan baby aku kat sini?? Gila kau! Kalau ada orang kebas baby aku ni macam mana?”

“Kunci la kereta kau, pandai!”

“Uuu.. terimas sebab cakap aku pandai. By the way, baby aku tak biasa kena tinggal tempat asing la.” Aisyah memeluk tubuhnya. Ada ke patut nak tinggalkan kereta aku sendirian? Menangis dia nanti, macam mana?

“Ikut je la cakap aku! Yang kau ni kenapa keras kepala sangat? Susah sangat nak aturkan kau ni tau tak!!” rengus Haziq.

“Excuse me Mr.Haziq. You yang terhegeh-hegeh ajak I dinner, then you nak arah-arahkan I macam I ni orang gaji you pulak. Banyak tak hensem! Nak suruh orang ikut dia, tapi tak reti cakap elok-elok.” Aisyah masih dengan sikap degilnya.

“I need you to get out from your car, now!” tinggi suara Haziq hingga membuatkan beberapa orang yang berada di restoran kecil itu memandang mereka. Aisyah tak senang duduk mendengar intonasi suara Haziq.

“Yang kau nak jerit-jerit kat telinga aku ni kenapa? Ingat aku ni nenek-nenek yang kurang pendengaran ke? Ke kau yang pekak sampai suara sendiri pun kau tak dengar. Sebab tu kau dok jerit-jerit macam ayam kena cabut bulu.” Lancang kata-kata Aisyah.

“Oh, kenapa tak boleh pergi berasingan? Kau dengan kereta kau, aku dengan kereta aku? And, kenapa nak pergi dinner jauh-jauh sedangkan ada kedai makan terbentang depan mata sekarang ni?” tambah Aisyah.

“Just do what I say. Boleh tak kau jangan bagi aku naik angin?” Haziq memandang Aisyah dengan pandangan menikam. Tanpa sempat Aisyah menjawabnya, telefon Haziq berdering terlebih dahulu.

“Aku dah nak sampai. Tunggu kejap.” Jawab Haziq dengan panggilan yang baru diterimanya.

“Sekarang, naik kereta aku.” Haziq membuka pintu kereta Aisyah lantas menarik gadis itu keluar dari kereta. Aisyah yang terpinga-pinga tak dapat melawan kekuatan pegangan Haziq yang kuat. Kunci kereta Aisyah diambil. Lantas tingkap di naikkan dan pintu ditutup kasar. Haziq mengunci kereta Aisyah sebelum masuk ke dalam keretanya.

Aisyah membuka sendiri pintu kereta dan duduk di sebelah Haziq yang sedang menahan geram. Aisyah tak mampu berkata-kata bila Haziq mengancamnya jika dia membuka suara walaupun sedikit, dia tak teragak-agak untuk mencium gadis itu.

“WEH!” Amir melambai-lambaikan tangannya apabila ternampak susuk tubuh Haziq yang berjalan masuk ke dalam hotel lima bintang itu bersama seorang gadis yang berpakaian simple!

Aisyah terkejut.

“Bukan kita makan berdua ke?” soal Aisyah menyaingi langkah Haziq.

“Kau ingat aku gila nak makan berdua dengan kau? Ingat aku suka sangat kat kau? Just malam ni act as my girl.”

Aisyah terkedu.

“Nice dress.” Tegur Amir kepada Aisyah bertujuan untuk menyindir Haziq. Haziq mula terasa malunya. Mesti dia ingat Haziq ni ‘low taste’.

“Thanks.” Jawab Aisyah tanpa sedikit pun perasaan malu. Amir hampir ketawa. Dia tak faham ke sindirian dengan pujian? Amir menahan tawanya. Ann yang melihat gelagat Amir mencubit lembut paha lelaki itu. Terus Amir berdehem kecil.

“Kenalkan la kat aku siapa buah hati kau ni.” Amir merenung Aisyah.

“Saya Aisyah Dania.” Aisyah sendiri memperkenalkan dirinya. Amir terkejut. Betul ke budak ni pilihan Haziq? Setahu dia, Haziq Cuma layan perempuan yang lemah lembut dan pemalu.

“Awak Ann, right?” Aisyah menghulurkan tangannya untuk menyalam Ann. Ann tersenyum lantas menyambut huluran itu.

Haziq hanya mendiamkan diri. Terasa berat kepalanya untuk diangkat supaya memandang wajah Ann.

Ann turut rasa bersalah. Sememangnya dia cemburu dengan Aisyah kerana berjaya merebut hati lelaki yang diam-diam dia cintai.

Makan malam di hotel lima bintang itu sedikit pun tidak menyekat perlakuan Aisyah yang sememangnya lasak.

“Opocot!” pisau Aisyah yang terjatuh ke lantai membuatkan Aisyah melatah. Bukan selalu dia melatah, tapi kenapa malam ni nak melatah jugak?

“Macam mana boleh jatuh?” Haziq membongkokkan badannya dan mencapai pisau Aisyah.

“Daging ni ha! Liat mengalahkan getah skrub!” kata-kata Aisyah membuatkan Ann tersedak. Selambanya budak ni cakap.

“Awak yang tak reti nak potong. Meh sini pinggan.” Haziq terus mencapai pinggan Aisyah dan memotong daging itu menjadi ketulan kecil. Aisyah merenung Ann. Gotcha! Ann memang ada perasaan kat Haziq.

Tengok muka pun dah tau. Kelat mengalahkan kelat jambu batu. Sempat Aisyah memandang Amir yang menunjukkan muka tak puas hati dengan cara Ann merenung Haziq.

Ni mesti cinta tiga segi! Tak pasal-pasal aku pulak yang melengkapkannya untuk menjadi empat segi. Nasib, nasib!

Haziq memulangkan pinggan Aisyah semula. Aisyah menghadiahkan senyuman ikhlas buat lelaki itu. Jantung Haziq berhenti berdegup sebentar. Tangannya hampir terlepas dari memegang pinggan Aisyah.

Tak pernah lagi Aisyah menghadiahkannya senyuman yang cukup menawan. Dia mengaku, Ann tiada tandingannya. Tapi Aisyah.. walaupun dia seorang gadis biasa, tapi pada pandangan Haziq bermula malam itu, ia bertukar. Bertukar sama sekali. Dari seorang gadis biasa, menjadi seorang gadis yang luar biasa!

Dan kini, Ann bukan tandingannya. Haziq tergamam dan hanya mendengar detakan jantungnya yang kian lari dari ton yang sepatutnya.

Dia dapat merasakan darahnya mengalir laju naik ke kepala. Jemarinya dingin sama sekali.

“Aisyah.” Panggil Amir untuk diajak berbual. Lantas Aisyah mengalihkan pandangannya kepada Amir.

Mendengar nama Aisyah disebut, dia hampir sesak nafas. Dalam sekelip mata, hanya sesaat.. hatinya mula beralih arah.

1 comment:

  1. Besttttt nya citer ni diorg sangat kelakar and sweett👍👍👍👍👍❤

    ReplyDelete