KUNCI kereta dicampak ke atas meja. Malangnya tergelincir jatuh ke lantai dek kelajuan tahap maksima. Plastik ubat pula diletakkan di atas kabinet. Tudung dicabut lantas dilempar ke sofa.
“Balik-balik
terus mengamuk ni kenapa?” Adilah berkerut dahi melihat perubahan sikap Dyla
sejurus pulang dari kelas.
“Takde
apa,” luah Dyla. Adilah membulat mata. Adilah bukan baru kenal Dyla. Walaupun
dari belakang tubuh Dyla pun dia dapat baca sesuatu. Tapi kenapa dengan hari
ni?
“Aku kenal
kau Dyla. Cuba cerita. Kenapa?”
Gigi diketap
rapat. Keluhan keluar. Air mata cuba ditahan. “Betul. Takde apa.” Lantas
kaki melangkah naik ke biliknya. Dia cuba menyembunyikan benjolan di dahinya. Tubuh
dihumban ke tilam. Mata dipejam rapat. Tidak mahu fikir. Tapi kemalangan tadi
yang acap kali bermain di dalam fikirannya. Tidak sampai beberapa saat, matanya
kembali dibuka.
‘Mana aku
nak cari duit dua ribu? Macam dah pinjam dengan Ah Long!’ Lengan diletakkan ke
atas dahi.
“Au!”
terus tangan diturunkan semula. Teringat pula dia dengan kejadian sebentar
tadi.
Alfan
setia menunggu dia di luar sementara dia masuk ke bilik doktor untuk memeriksa
lebam di kepalanya. Nasib baik cuma lebam. Tidak ada gegaran otak atau retak di
mana-mana. Tapi kenapalah lelaki tu sibuk betul nak bawa dia ke klinik?
Masuk
je mereka ke dalam perut kereta semula, Alfan hambur ketawa seraya menoleh ke
sisi.
“Aku
tak pernah tengok lebam besar macam tu. Kau macam ada dua kepala. Tapi satu
tumbuh kat dahi!” tawa itu kuat betul.
Berkerut
dahi Dyla dibuatnya. Lelaki itu berborak seolah mereka macam dah kawan
bertahun. Sempat nak ketawakan orang. Tapi betullah. Raut wajah lelaki itu ada
sedikit iras dengan Alfan yang pernah dia kenal. Cuma perwatakan mereka jauh
berbeza.
“Dyla, kita
orang nak masak ni. Kau nak join tak?” tanya Saadah dari luar pintu
bilik.
“Kejap lagi
aku turun. Aku nak mandi kejap.”
Saadah
mengangguk dan beredar. Dyla menghela nafas lemah. Telefon bimbitnya dicapai.
Nombor ibu didail.
Belum sempat
dia nak telefon, nama ‘ibu’ tertera dulu di skrin sentuh. Memanggil.
“Assalamualaikum
ibu, akak baru nak call ibu,” sapa Dyla dengan suara lembut.
“Waalaikumussalam.
Dah dua hari akak tak call ibu. Busy sangat ke?”
“Assignment
banyaklah ibu. Kalau akak free pun, pukul dua tiga pagi. Ibu dah tidur.”
“Hm..
Duit ada lagi?” soal Puan Dalila.
“Ha? Kenapa
bu?” Dyla pelik.
“Iyalah. Ibu
takut akak takde duit. Aida pun baru minta duit dengan ibu. Habis dah
duit ibu. Takde langsung simpanan. Gaji ayah lambat lagi,” cerita Puan
Dalila.
Suara Dyla
tersekat di kerongkong. ‘Aku baru nak minta duit, adik aku lagi laju dah
minta.’
“Ada je.
Cukup untuk sebulan.” Tipu sunat takpe kot eh?
“Hm..
Akak berjimatlah guna duit tu tau sampai nanti ayah dapat gaji.”
“Iya bu.”
Mengiakan aje.
“Ibu nak
pergi surau ni. Nanti ibu call lain.”
“Okay bu.
Kirim salam dekat adik dengan ayah.”
“Okay.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,
bu.” Talian dimatikan. Dyla terus terbaring.
“Ahh!” jerit
Dyla. Stres!
“Kenapa?!
Kenapa?!” Adilah dan Saadah berlari-lari dengan senduk di tangan menuju ke
bilik Dyla. Terkejut Dyla dibuatnya.
“Er. Takde
apa. Kau orang dah start masak ke?” bulat mata Dyla melihat Saadah
datang dengan senduk.
Tapi kawan
berdua itu lebih terkejut melihat dahi Dyla.
“Weh
dahi kau kenapa?!” nyaring suara dua manusia itu.
“Langgar Mr.
Bean.” Dyla tersenyum sumbing.
“ADAH, DILAH.” Dyla memulakan bicara.
Nasi di dalam pinggan masih belum diusik. Saadah yang sedang mencedok kuah
hanya mengangkat wajah tanda ‘apa?’
Dyla belum
menceritakan kemalangan yang berlaku tadi. “Kau orang boleh pinjamkan aku duit
tak?” segan Dyla nak tanya. Tapi apa boleh buat? Dia pun takde pilihan.
“Berapa kau
nak? Tapi sebelum tu, kau kena cerita dulu kenapa dengan dahi kau tu. Dah macam
implan bola dah dekat situ,” kata Adilah. Saadah menyuap nasi ke dalam
mulut. Turut sama menunggu cerita dari Dyla.
“Aku nak
pinjam dua ribu.” Rendah suara Dyla. Saadah tersembur nasi ke muka Adilah.
Adilah mengetap gigi sambil mengelap mukanya yang disembur nasi.
“Banyaknya!”
kuat suara Saadah.
“Sebelum kau
dapat jawapan, baik kau minta maaf kat aku. Sembur kat orang tak bagi salam!
Apa punya anak dara kau ni!” bebel Adilah. Dyla tidak ada masa nak ketawa.
“Sorrylah.
Terkejut sangat.” Saadah tersipu.
“Apa kau
buat, Dyla? Sampai dua ribu kau nak pinjam? Kau nak buat pembedahan dahi kau
ke?” Adilah ingin tahu. Sempat juga diusik tentang kisah lebam yang masih
misteri itu.
“Aku
terlanggar kereta orang tadi. Mini Cooper pula. Kau tahu jelah kalau nak
repair kereta mahal berapa harganya.”
“Lah! Kau accident
ke tadi?! Tu sebab ke dahi kau lebam tu? Kenapa kau tak call je
kita orang? Kau tahu kan kita orang takde kelas hari ni.” Laju mulut
Saadah mengomel.
“Teruk ke
kereta orang tu?” soal Adilah.
“Takdelah
kemik teruk sangat. Tapi nampaklah. Itu yang aku terkejut, nak buat sikit pun
bukan main mahal lagi. Kereta aku pun nak kena repair. Haih.”
“Kan boleh claim
insurans?” cadang Saadah.
Dyla pandang
Saadah dan Adilah silih berganti.
“Tiga bulan
dah insurans aku expired.”
“WHAT THE
FISH!” serentak
mereka berdua berkata. Macam mana minah ni boleh berani bawa kereta takde insurans?
Itu roadtax confirm-confirm dah lama mampus!
“Kau kalau
pergi balai ni, memang mampus!” jerit Adilah. Masih terkejut.
“Sebab tu
lah aku tak buat report.” Muka Dyla dah macam muntah basi.
MEJA berdentum-dentum dek
Dyla dok menghentak kepalanya ke atas meja. Tak ada cara lain ke nak
cari duit dengan cepat? Mana aku nak pinjam? Telefon bimbit dicapai Dyla. Dia
mencari nombor Ikram. ‘Nak call ke? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak?’ Dyla
berbelah bahagi.
‘Tak naklah
susahkan Ikram. Sendiri yang cari masalah, menyusahkan orang lain pula.’ Dyla
merengus. Satu hari ni entah berapa kali dia merengus.
Aplikasi
Whatsapp dibuka. Nama Shah dicari. Lelaki itu online.
Dyla : Shah,
orang tak freelah malam ni. Lain kali eh?
Beberapa
minit Dyla menunggu balasan tapi hampa. Mungkin Shah tak kisah pun rancangan
mereka dibatalkan. Tapi untuk Dyla, dia kecewa.
Dyla
merenung sendiri ke dalam cermin. Benjol di dahi sudah kian surut tapi masih
besar. Malu juga kalau nak jumpa Shah macam ni. Dah lama dia sukakan Shah tapi
dia hanya menyimpan kemas sendiri perasaan itu. Sebab dia tak tahu kalau Shah
juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Kan malu kalau tiba-tiba meluah,
tapi rupanya dia bertepuk sebelah tangan?
Telefon Dyla
tercampak dek terkejut. Mengelamun sedap-sedap layan perasaan, tiba-tiba
telefon berbunyi pula.
ENCIK
ALFAN.
Dyla merengus. Apa lagi mamat ni nak? Ke nak claim duit klinik tadi?
“Hello?” jawab Dyla dingin. Malas
nak layan sebenarnya.
“Tadi kita
tak pergi buat report polis pun. Kereta aku ni kau akan bayar macam mana
kalau bukan insurans?”
Dyla telan
liur. “Saya pakai duit sendiri.”
Panggilan
itu sepi sebentar.
“Aku whatsapp
nombor akaun aku kejap lagi, kau terus transfer situ je dua ribu.
Nanti aku nak ambil kereta, kau tak payah nak susahkan diri turun ke bengkel
lagi dah. Kau bayar kat aku je.”
“Transfer
sekarang?”
“Yes.”
Dyla garu
kening. “Sebelum tu, boleh tak kita jumpa kejap?” minta Dyla.
“Jumpa untuk
apa?”
“Saya ada
benda nak kena explain dekat encik dulu.”
“Kenapa pula
aku kena jumpa kau? Aku nak duit kereta aku je.”
“Saya cuma
nak selesaikan masalah ni.”
“Tak perlu
jumpa. Bank in aje duit tu. Selesai masalah.”
“Kalau encik
nak duit encik, encik kena jumpa saya.” Talian dimatikan. Dyla pejam mata.
Mesej dihantar kemudian. Tempat dan masa untuk berjumpa.
Alfan
termenung seketika. Eh, dia yang berhutang dengan aku, aku pula yang kena ugut?
‘Encik,
encik, encik. Tua sangat ke aku ni? Panggillah abang ke. Sejuk sikit hati aku
ni walaupun duit aku melayang kena bayar repair.’
“SO, mana duit aku?” lelaki
di hadapan Dyla itu berperwatakan lain berbanding siang tadi. Alfan ber
menanggalkan kot hitam, dan menyangkutnya di belakang kerusi. Kini dia cuma berkemeja
biru cair dengan lengan baju dilipat ke paras siku. Dia berseluar slack dan
berkasut formal hitam. Dyla cuba mencerna apa yang ada di hadapannya, tapi tak
lumat juga! Mamat ni kerja apa malam-malam?
“Hello?”
Meja diketuk sederhana kuat membuatkan Dyla mengangkat wajah dengan riak muka
terkejut.
“To be
honest, saya takde duit sebanyak tu.” Ibu kata berterus-terang
adalah perkara yang terbaik.
Alfan kaku
sebentar sebelum menarik dekat kerusi yang bertentangan dengan Dyla. Dahi gadis
itu diperhatikan. Sudah surut sedikit benjolnya.
“Habis tu
kalau kereta aku dah siap, macam mana kau nak bayar?”
Dyla mati
kata-kata. Melihatkan Dyla yang hanya diam membeku, Alfan merengus perlahan.
“Esok kita
pergi buat report. Paling-paling insurans kau boleh cover.”
“Kereta
saya.. takde insurans.”
Alfan
terkesima. Lama dia tenung wajah mulus itu. “Apa maksud kau takde
insurans? Semua kereta sepatutnya ada insurans.”
“Dah mati.
Saya tak dapat nak renew lagi.”
Alfan garu
kening kemudiannya.
“Boleh tak,
kalau saya bayar bulan-bulan dekat encik? Mungkin tak banyak, tapi setiap bulan
saya janji akan ada duit yang masuk dalam akaun encik.”
Lama Alfan
mendiamkan diri sebelum dia buka mulut semula. “Boleh. Tapi ingat, I’m not
gonna leave you alone until you pay me back every cents.” Alfan bangkit
dari kerusi tapi kemudian langkahnya terhenti. Dia berpaling. “Berhenti panggil
aku encik.”
“Habis tu
saya nak panggil apa?”
“Anything,
but not encik. Rimas.”
Alfan
kemudiannya keluar dari restoran. Dia tak boleh nak duduk lebih lama di hadapan
gadis itu. Tak betah!
Dyla hembus
nafas lega. Badannya bersandar ke belakang. Air Mirinda di hadapannya diteguk
rakus.
“Oh not
to forget. Don’t ever think to run.” Entah bila masa pula lelaki itu kembali semula.
Dyla hampir tersedak. Terasa pedih tekaknya dek air karbonat itu.
“Kau jangan
terkejut kalau lepas ni aku akan muncul mengejut macam ni selalu. Dan kau
jangan salahkan aku sebab kau sendiri yang decide nak berhutang dengan
aku,” ujar Alfan.
Dyla
terkebil-kebil.
SUDAH seminggu berlalu. Dyla
garu kepala. Memang apa yang dikatakan Alfan minggu lepas betul-betul terjadi.
Dia suka muncul secara mengejut. ‘Tak lama lagi memang kena heart attack
aku ni.’
Dyla ke kafe
untuk makan tengah hari. Macam-macam juadah yang terhidang. Di saat tangannya
hendak mencapai senduk, jarinya tersentuh tangan seseorang yang turut sama
ingin mengambil senduk itu. Dyla menoleh.
“Eh, Shah.”
Lelaki itu
tersenyum. “Nak ambil ni juga ke? Orang tolong ambilkan eh?” laju aje
tangan Shah mencedok kuah ke pinggan Dyla. Dyla tersengih.
“Thank
you.”
“Jom makan
sekali?” ajak Shah. Dyla mengangguk.
“Dekat
seminggu tak nampak. Busy ke?” soal Dyla memecah sunyi.
“Stres
jugalah. Banyak pula nak kena handle aktiviti. Dengan program MPP, exam,
kuiz. Orang ada tournament bola pula minggu depan.”
“Jangan
aktif sangat, nanti letih. Study pun payah nak fokus.”
Shah senyum.
“Risau?”
Jantung Dyla
berdegup laju dari biasa.
“Risaulah.
Awakkan kawan saya.”
“Kawan je?”
Shah menduga. Dyla jadi tak tentu arah. Kau ni dah kenapa nak perangkap aku
dengan soalan macam tu?
“Tak.” Dyla
merenung anak mata Shah. Jemarinya digenggam kuat. Shah menunggu jawapan.
“Kawan
baik.” Lantas bibir Dyla mengukir senyuman plastik. Bibir Shah perlahan-lahan
mengukir senyuman nipis.
“I’m your
bestest friend what ever it takes, tau,” ujar Shah. Dyla sengih seraya menyuap
makanan ke dalam mulut. Apa eh maksud Shah?
“Sorrylah
pasal hari tu tak jadi nak makan sama,” kata Dyla tiba-tiba. Memang sejak
kejadian itu, mereka tak berjumpa. Shah juga tak tahu tentang kemalangan yang
dia alami. Aneh, walaupun dahinya sudah tidak benjol, tapi lebam itu
meninggalkan tanda berwarna kekuningan. Kenapa Shah langsung tak tanya atau
mungkin lelaki itu memang tak perasan?
Di sini je
Dyla sudah boleh buat kesimpulan. Kalau dia, sedikit pun perubahan pada Shah,
dia boleh nampak dengan jelas. Normalkan kalau kita nampak perubahan pada orang
yang kita suka?
“Takpe.
Sebenarnya pun malam tu orang tak dapat nak keluar sebab ada program tiba-tiba.
Orang lupa nak reply mesej awak.”
Dyla sengih
sesaat. Kau tak tahu ke sampai hari ni aku tunggu kau reply mesej aku
yang tu! Ish.
Pinggan Shah
sudah hampir licin dia jamah.
“Hai,” sapa
satu suara. Dyla menoleh perlahan-lahan. Jantung bagai nak tercopot dari
tangkai.
Shah yang
tidak mengenali susuk tubuh itu cuma senyum nipis. Dyla ketap bibir.
“Mind me
to join you guys?” tanya Alfan.
“Tempat lain
banyak lagi,” jawab Dyla. Sebenarnya sudah mulai muak dan rimas dengan
kemunculan Alfan.
“Dyla...”
tegur Shah.
“Duduklah.”
Senyuman Shah ikhlas. Dyla berkerut dahi merenung Shah. Perubahan riak muka
Dyla dapat dibaca Alfan.
“Saya
mengganggu ke?” soal Alfan buat-buat tak bersalah.
“Eh takdelah.
Dyla, orang ada kelas ni. Orang gerak dulu eh. Nanti kita jumpa lagi.”
Segera Shah bangkit dari kerusi bersama pinggan dan cawannya. Alfan hanya
menghantar kelibat Shah dengan ekor matanya. Manakala Dyla sibuk menyorokkan
muka. Tidak mahu bertatapan dengan Alfan.
“Boyfriend?”
tanya Alfan.
“Jangan
sibuklah.” Dyla kemudiannya bangun dari kerusi.
“Bila nak
bayar hutang? Kereta aku dah dua hari keluar bengkel tu.” Lagi-lagi soalan yang
sama.
“Kan saya
dah kata, setiap bulan. Ni baru seminggu.”
“Kan aku dah
kata, aku akan datang mengejut macam ni selalu?”
Dyla kembali
mendaratkan matanya ke arah Alfan. Bencinya membuak-buak.
“Awak memang
takde life eh? Asyik kacau saya ke hulu ke hilir! Tolonglah! Saya kata
saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke
syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” lantang suara Dyla
membuatkan pelajar sekeliling mula memandang ke arah mereka.
“Eh, dia
yang langgar kita, lepas tu tak boleh nak bayar ganti rugi, tapi kita pula yang
nak ditengkingnya. Aku tak claim on the spot pun dah kira baiklah. In
return, aku akan kacau kau hari-hari sampai kau bayar duit aku. Kalau kau
tak ada duit nak bayar lagi, endure the pain. Aku akan jumpa kau setiap
hari, kat mana pun kau ada,” sindir Alfan.
Alfan teguk
air Dyla yang bersisa setengah lagi. Diteguk habis! Melengu Dyla dibuatnya.
Dahlah air Vico mahal!
Hujung mulut
dilap perlahan. “Jumpa esok.” Kenyitan mata Alfan menambah geram Dyla.
JARI telunjuk Dyla
diketuk-ketuk di atas meja belajar. Matanya kembali menatap skrin komputer
riba. Tepu dengan assignment yang menimbun, dia beralih kepada Facebook.
Orang pertama yang dia cari, Shah. Sayangnya takde apa pada ‘dinding’ Facebook
lelaki itu. Memang betul-betul sibuk ni.
Matanya
tiba-tiba tertancap pada dinding Home.
Alfan
just changed his profile picture.
Itu kawan lamanya ketika sekolah dulu. Nama
sama dengan Alfan yang menjengkelkan itu. Memikirkan lelaki itu aje membuatkan
Dyla merengus tanpa sedar.
Tapi Alfan
yang ini.. lama dia tak nampak. Gambar profil yang ditukar pun bukan gambarnya.
Tapi cuma gambar pergunungan Alps. Sudah lama dia tak bertemu dengan lelaki
itu. Entah macam mana rupa dah.
Bezanya
Alfan ini dengan Alfan yang baru dia jumpa minggu lepas. Lelaki yang pernah
menjadi seseorang yang istimewa buat dirinya dan begitu lembut bual bicaranya.
Tak macam anak saudara Encik Anuar tu!
Dyla
meringankan tangan memberi komen pada status lelaki itu.
Dyla : Long time no see!
Seminit
kemudian, komen Dyla dibalas.
Alfan : Hi Dyla. Long time no see.
Sejujurnya
Dyla agak terkejut yang lelaki itu masih mahu membalas komennya.
Dyla : Sihat ke?
Alfan : Alhamdulillah so far. Mind me to
get your number?
Dyla : Saya PM awak.
Selepas
nombor telefonnya dikongsi kepada Alfan, tak lama kemudian itu bunyi Whatsapp
kedengaran. Ikonnya sebuah gitar.
Alfan : Alfan ni.
Dyla : Hi Alfan.
Jawab Dyla
hambar. Dia sebenarnya tak tahu apa yang mahu dibualkan dengan lelaki itu. Agak
musykil juga kalau Alfan nak berinteraksi dengannya semula selepas apa yang
pernah terjadi di antara mereka berdua.
Alfan : Haha. Hi Dyla. Ada mana sekarang?
Dyla : Rumah.
Perbualan
sepi seketika. Dyla muncung bibir. Dia tak mengharapkan pun Alfan untuk
membalas pesanannya sebab dia pun kedengaran hambar membalas mesej lelaki itu.
Alfan : Lama kita tak jumpa kan?
Dyla : Iyalah. Orang tu lepas habis SPM
terus menghilang tak bagi tahu.
Alfan : Yelah. Larilah. Dah kena tinggal,
takkan nak buat muka tak malu nak bagi tahu kita nak pergi bawa hati?
Wajah Dyla
merona merah. Lelaki ni masih ingat lagi ke hal itu? Tapi waktu tu, dua-dua
masih budak.
Dyla : Sorry. Takkan tak move on
lagi kot? Huhu.
Rasa
serba-salah Dyla menepu. Lama menunggu jawapan Alfan, tapi tidak dibalas.
Alfan : Haha. Mestilah dah. Dah
bertahun-tahun. Benda dah terlalu lama. Hehe.
Dyla : Saya baru je jumpa lelaki
nama macam awak.
Alfan : Oh ya ke? Interesting.
Dyla : Tapi mamat tu annoying gila!
Alfan : Apa dia buat kat awak sampai awak tak
suka dia?
Dyla : Dia suka datang mengejut tak bagi
salam. Selalu kacau keamanan hidup saya.
Alfan : Kawan baru awak ke?
Dyla : Ei! Minta simpang. Memang taklah!
Alfan : Kenapa dia selalu datang jumpa awak?
Dyla
berhenti menaip sebentar. Takkan nak cerita benda sebenar? Tak naklah.
Dyla : Saya ada assignment nak kena
siapkan. Later kita Whatsapp lagi.
Alfan : Alright. Kalau jumpa lagi
kawan baru awak yang annoying tu, tolong kirimkan salam.
Dyla : Euw. Tak naklah. Sila tarik
balik salam awak. Nanti dia tahu yang Dyla cerita pasal dia dekat awak.
Alfan : Haha. Alright then.
Dyla : By the way. Saya minta maaf
tau dengan apa yang pernah jadi dulu?
Alfan : It’s okay.
Dyla senyum
nipis. Sekurang-kurangnya dia tahu lelaki itu sudah memaafkannya. Selepas
kejadian yang lepas itu, Dyla tak sempat nak minta maaf pun. Pesanannya melalui
mesej atau Facebook juga tidak dihiraukan.
BEBERAPA TAHUN YANG
LEPAS...
“SORRY.” Dyla
menghulurkan kotak besar kepada Alfan. Alfan memandang Dyla dengan pandangan
suram.
“Kenapa
baru sekarang?” soal Alfan.
“Saya
tak pernah suka dengan awak pun sebenarnya. Letih juga nak berpura-pura
hari-hari.”
“Dah
tu, hari tu kenapa terima?”
“Suka-suka,”
jawab Dyla jujur. Memang betul pun dia terima luahan hati Alfan yang lebih tua
tiga tahun daripadanya disebabkan kawan-kawan. Waktu itu, semua sibuk dok
tayang crush masing-masing dan Dyla tak nak kalah juga.
Alfan
ketap gigi. Berombak juga dadanya. Dahlah sibuk nak fikir untuk SPM tahun ni.
“Kenapa baru sekarang bagi tahu?”
Dyla
langsung tak ada rasa serba-salah. “Sebab sebelum ni memang takde suka orang
lain. Jadi saya okay je dengan awak. Tapi sekarang saya ada suka orang lain.
So, buat apa saya nak teruskan dengan awak?”
“Macam
tu je?” Alfan cuba tahan marahnya.
“Dah
tu nak macam mana lagi?” Dyla mula rasa rimas. Kenapa banyak betul soalan mamat
ni?
Alfan
merengus kasar. Kotak yang diberikan masih tidak bersambut. Lantas Dyla
meninggalkannya di atas rumput sebelum masuk semula ke kelas. Masa rehat sudah
tamat.
“Habis
kat sini je eh? Sorrylah. Good luck untuk SPM awak,” ujar Dyla sebelum beredar.
Dia
buat aku macam sampah je? Tak suka, tapi terima juga. Lepas tu buang aku macam
aku ni bukan manusia, tak berperasaan.
Kotak
yang berada di atas rumput dicapai dan dibuka penutupnya.
Barang
yang pernah diberikan buat Dyla semuanya ada di dalam kotak itu. Baru dia sedar
sesuatu. Baru enam bulan mereka bersama, tapi macam-macam hadiah dia berikan
untuk Dyla. Tapi dia hanya pernah menerima satu barang sahaja dari Dyla.
Syiling lima puluh sen. Itu pun sebab Dyla bayar semula hutang tiket bas yang
tak cukup.
“HAIRUL.” Alfan mendail nombor
setiausahanya. Lelaki itu seperti robot. Patuh apa sahaja arahan yang diterima.
“Ya bos,”
jawabnya hormat meski pun mereka sebaya. Dia pun tak sangka yang dia akan
berkhidmat untuk tuan yang seusia dengannya. Mula-mula memang payah sebab ada
rasa ego nak terima arahan. Tapi lambat-laun, Hairul sedar sendiri yang dia
makan gaji je. Alfan yang dok bayar gaji dia. Jadi lelaki itu
layak untuk dihormati.
Alfan
termenung sebentar. “Tolong cari tahu details Shah tu.”
“Baik bos.”
Alfan
mengetuk meja dengan jarinya. Talian dimatikan. Shah kelihatan istimewa. Dia
ingin tahu, siapa lelaki itu pada mata Dyla?
“Alfan,”
panggil Murni.
“Ya?” Alfan
bangun dari sandarnya di kepala katil dan terus duduk bersila.
“Abang
panggil.”
Alfan diam.
“Kejap lagi Alfan turun.” Murni angguk sekali dan menutup kembali pintu bilik
adik iparnya itu. Alfan bingkas bangun dan menyarung t-shirt tidak
berlengan ke tubuhnya.
Langkahnya
laju menuruni anak tangga.
“Kenapa
bang?”
“Duduk
kejap.” Alif memanggil adiknya supaya duduk sekali dengannya.
“Esok abang
nak perkenalkan kau dengan semua pemegang saham. Tadi kau dah jumpa separuh
waktu dinner. Tapi esok, semua akan ada. Kau dah sedia?”
“Hm.
Insha-Allah.”
“Lagi satu,
arwah ayah ada pesan something kat abang.”
“Apa dia?”
“Arwah minta
abang carikan kau calon isteri.” Alif tenung anak mata adiknya. Alfan ketawa.
“Zaman bila
kita ni? Masih nak kena carikan? Aku boleh cari sendirilah. Apa yang rushing
sangat? Aku belum 30-an pun lagi. Masih muda lagi nak chill.”
“Kau akan
dapat tanggungjawab yang besar. Arwah ayah nak kau ada sense of
responsibility. Bila kau ada isteri, kau akan lebih dedicated dekat family
kau dan tak hanyut dengan dunia sosial.”
Alfan ketawa
besar. “Kau rasa aku ni terlebih sosial ke?”
“Arwah ayah
risau dengan kau. Sejak kau duduk Ireland, kau tak balik-balik. Bertahun-tahun.
Kami yang kena pergi dekat kau.”
Alfan diam
seketika. Sampaikan arwah ayahnya sakit pun, dia minta ayahnya dirawat di
hospital Ireland. Senang dia nak pantau. Sampaikan ayahnya meninggal pun,
dikuburkan di Ireland.
Baru kali
ini dia pulang ke Malaysia demi janji yang pernah dia buat kepada ayahnya.
“Ke kau
memang dah ada calon dari Ireland? Sebab tu kau tak nak balik dari dulu?” usik
abangnya.
Alfan sengih
sesaat sebelum kembali termenung teringatkan hutang yang masih belum dia dapat
kutip daripada Dyla. Bilalah budak tu nak bayar duit aku? Sakit hati pula bila
aku fikir.
“Kalau kau
dah ada calon, bagi tahu je. Abang dengan kak Murni kau ni nanti boleh
pergi jumpa parents dia.”
“Kena cepat
ke?” soal Alfan.
“Kau dengar
tak abang cakap apa tadi? Kau akan uruskan company ayah tau tak lama
lagi.”
“Sepatutnya
bagi aku fokus handle company dulu baru kahwin. Dibuatnya
perkahwinan aku tak okay, kan dan effect company?”
“Kau rasa
aku nak tangguh amanah ayah ke?”
Muncung
Alfan panjang.
“So
baik kau decide sekarang, kau nak cari sendiri atau abang carikan?”
“Kalau kau
carikan, mesti kau carikan aku yang takde gigi.” Alfan menjeling. Alif
berdekah.
“Nasiblah.”
“Ah tak
payah. Biar aku cari sendiri. Tapi actually aku rasa macam aku dah ada
calon.”
“Surprise!
Tak pernah cerita dekat aku pun. Siapa? Sejak bila pula kau kenal orang dekat
sini? Ke dia memang dari Ireland?” Alif jungkit kening sebelah. Dia jadi teruja
nak tahu. Sedangkan Alfan baru beberapa minggu pulang ke sini.
“Nantilah
aku cerita dekat kau.”
“Bila aku
dengan kak Murni boleh pergi jumpa dia?”
“Kau sabar
sikit boleh? Kasi aku settlekan dulu dengan dia.” Alfan capai telefon
bimbit.
“Cepat-cepat
sikit. Aku bagi kau masa sebulan. Boleh?”