YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN EBOOK INI,
BOLEH WHATSAPP 017-229 0456.
EBOOK INI MENGANDUNGI 477 MUKA SURAT
HARGA : RM 13
SINOPSIS :
“May God have mercy on my enemies, cause I won't...”
Selepas 10 tahun menjalani hukuman, akhirnya Lean keluar dari penjara. Kesalahannya adalah cubaan membunuh bapa tirinya tanpa seorang pun yang tahu asbab kenapa dia melakukan itu.
‘Aku cuma nak dia mati. Macam mana pun caranya, aku nak dia mati di tangan aku.’
Tapi dendamnya tidak habis di situ. Dia keluar dari penjara dengan hasrat untuk meneruskan misi pembunuhannya. Dengan bantuan Andra, dia bertemu dengan Greg. Lelaki yang akan mengajarnya segala skill untuk dia mempertahankan diri.
“Aku takkan ajar kau selagi kau tak berterus-terang dengan aku. Aku bukanlah baik, tapi aku juga tak jahat. Segala yang aku buat, aku faham hujung pangkal. Aku percaya setiap perbuatan jahat, perlukan hukuman. Kalau bukan melalui undang-undang, ianya boleh jadi dengan cara lain. Betul?”
“Well then, I don’t need your help.” Senang jawapan Lean.
Masing-masing mempunyai masa gelap sendiri. Punyai dendam sendiri.
“Kau tak tidur lagi?” tanya Greg.
“Macam mana aku nak tidur? You’ve been sweating all night, dan badan kau panas menggelegak.” Lean tekap tapak tangannya ke dahi Greg.
Dan mereka juga tak pasti, adakah jatuh cinta relevan saat mereka menjalankan misi dendam mereka.