Prolog
14/12/2028 – 3.47am
Clara heret kakinya lemah-longlai hingga
ke katil bersaiz queen yang diletakkan di sebelah tingkap apartment.
Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di situ. Matanya membuang pandang ke
luar jendela yang terbuka luas.
Angin
menderu masuk menolak langsir putih seakan bernari-nari. Cahaya bulan memancar
ke wajahnya yang putih bersih. Awan berkepul-kepul, jelas kelihatan.
“Malam
ni takde bintang.” Katanya perlahan.
“Sebab
bulan terlalu terang.” Kata suara di hujung katil. Tubuh lelaki itu
perlahan-lahan keluar dari bucu dinding yang gelap, mendekati Clara.
Tangan
gadis itu dihulur minta disambut. William senyum nipis lantas menyambut jemari
itu dan mengambil tempat di sisi Clara.
“I
sayangkan you. I janji dengan you, even death can’t do us apart.” Kata Clara.
William mengangguk dan mencium jemari halus itu dua kali.
Gaun
pengantin berwarna putih terletak cantik ditubuhnya dengan tiara dan kain net
di kepala Clara.
“I
sayangkan you juga.” Kata lelaki itu.
“I
nak tidur.” Beritahu Clara.
“See
you on the other side.” Ucap William dan perlahan-lahan mata Clara terkatup
rapat.
***
3 tahun sebelum...
“Jangan! Jangan!!” jerit Clara bila
tubuhnya dihimpit seorang lelaki 40-an. Bibirnya sudah mula mengalirkan darah
merah pekat dek ditampar, ditumbuk dan dihempas kuat ke dinding oleh lelaki
itu.
“Kau..!”
bau arak menusuk ke hidung Clara. Ayah tirinya mabuk lagi. Lelaki itu dengan
separa sedar merentap t-shirt Clara. Tapi gadis itu kuat menepis. Dia cuba menolak
tubuh lelaki seberat 70kg itu berkali-kali namun tidak berjaya.
“Diam!
Kau duduk diam-diam! Diam!” tengking David seraya memegang kuat pergelangan
tangan kanan Clara.
“Aku..
Aku..! Aku yang jaga kau lepas mak kau mati! Kau.. kena dengar cakap aku!”
katanya lagi.
Clara
menggeleng. Dia dah tak mampu untuk hidup begini. Sejak maknya mati 2 tahun
lalu, hidupnya terkontang-kanting. Dia terpaksa berhenti sekolah, dan dipaksa
bekerja di kedai serbaneka yang bertempat tidak jauh dari rumahnya. Sebelum maknya
mati juga dia sudah dilayan sebegini. Cumanya, David tidak berani menyentuhnya
ketika Emilia dalam keadaan waras tanpa pengaruh dadah.
Maknya
cuba melindunginya, tapi kadang-kadang dia tewas bila khayal dengan dunianya.
Ketika itulah Clara menjadi mangsa pukul David kalau lelaki itu geram kalah
judi atau mabuk teruk.
Tubuhnya
penuh kesan lebam yang tiada henti. Setiap hari pasti ada aje lebam baru, luka
baru.
David
bertindak lebih ganas dengan cuba mencium leher Clara, sepantas kilat gadis
berusia 18 tahun itu menggigit kuat bahu bapa tirinya hingga berdarah.
“Ahhhhhhh!”
jeritan itu kedengaran hingga ke blok hadapan. David menggenggam penumbuk dan
menumbuk wajah Clara sekali lagi hingga gigi Clara patah sebutir. Tapi itu
tidak melemahkan Clara. Dia nekad untuk lari dari sini.
Kakinya
menendang celah kangkang David bila dia mendapat peluang. Lelaki itu terus
rebah ke tepi katil.
Clara
tidak berfikir dua kali untuk terus lari selepas mengambil beg galasnya dan
beberapa not duit di atas meja yang berdekatan dengan pintu apartment.
“Clara!!!”
jerit David yang cuba untuk bangkit. Bergegas Clara berlari menuruni anak
tangga tanpa lihat ke belakang hingga kakinya membawa dia ke tengah jalan raya
yang lengang.
Tiba-tiba
bunyi hon kuat menampar telinga Clara dan kakinya kaku. Cahaya yang tidak
diketahui dari mana usulnya masuk ke anak mata Clara. Matanya perlahan-lahan
mengecil dan dia tak mampu untuk bergerak lagi.
***
13/12/2028 – 10.34pm
“CLARA, PLEASE!” jerit William. Peluh
sudah meleleh dari dahi ke leher, leher ke dada. William meronta kuat agar
ikatan tangannya di belakang kerusi terungkai.
Clara
mengambil sebuah kerusi kayu dan meletakkannya di hadapan William. Ruang itu
gelap, hanya ada samar cahaya bulan dari luar menyimbah ke dalam bilik menjadikan
ianya sedikit terang.
Dia
mendekati wajah William. Ditenung penuh kasih sayang. Pipi lelaki itu dielus
lembut dari atas hingga ke dagu.
“Lepaskan
I!” William separuh merayu.
“I
miss you.” Berair mata Clara.
“Just..
please. Lepaskan I. Kita bincang elok-elok. Okay?” William cuba raih
kepercayaan.
Clara
kelihatan sugul. Dia ambik tempat di kerusi kayu di hadapan William.
“You
ingat tak waktu I mula-mula datang rumah you?” Clara senyum sendiri.
***
TUBUH Clara menggigil di sofa milik
William. Satu kotak peti rawatan kecemasan diletakkan di atas meja bulat.
William ambil mug yang sudah kosong dari tangan Clara.
“I
cuci luka you dulu, okay?” ujar William.
Clara
mengangguk perlahan. Luka dibibir dikesat lembut dengan tisu basah
perlahan-lahan hingga darah itu hilang.
“Hm.
Dia tak patut buat you macam ni.” Ngomel William sambil tangan laju membuat
kerja.
Clara hanya tersenyum nipis dan
membiarkan wajahnya dirawat William.
“Sejak bila you hidup macam ni?” tanya
William.
“Since mak I kahwin dengan bapa tiri.
Tapi waktu mama masih hidup, bila dia dalam keadaan waras, dia yang selalu
lindungi I dari David.”
“Waras?” William berhenti menyapu ubat.
Mata mereka bertemu.
“Dia penagih dadah. Bila ayah kandung I
tinggalkan kami, kami terpaksa hidup sendiri. So mama terpaksa buat banyak
kerja sekaligus. And I tak tahu macam mana dia boleh tiba-tiba terjebak dengan
dadah.”
“I’m sorry.” Kata William.
“No, it’s okay. Dia still sayangkan I. Still
manjakan I. There were time bila I yang terpaksa jaga dia sebab dia khayal. But
we managed to take care of each other.”
William jadi serba salah. Kasihannya
memuncak-muncak pada Clara. Pertemuan sejam yang lepas kembali membanjiri
mindanya.
“Are you okay?” William keluar dari
kereta dengan keadaan hampir panik. Jantungnya berdegup laju. Hampir nak
langgar orang kot! Siapa yang tak takut?
Clara
mengangguk laju. Dia toleh ke belakang. Takut jika kelibat David menerpa. Dia
sudah berkira-kira hendak lari.
“Kejap.
Boleh I call anyone for you?”
“It’s
okay.” Clara menolak. William sedar ada darah di hujung bibir Clara yang agak
banyak.
“You’re
bleeding!” katanya.
Clara
cuba kesat luka itu dengan belakang tapak tangannya.
“Kita
kena pergi hospital.” Gesa William. Pergelangan tangan Clara disambar.
“Takpe!
I okay! Please.” Rayu Clara minta lengannya dilepaskan.
“Clara!!!”
suara David kedengaran semula. Mata Clara membuntang.
“Sir,
please sir. I kena pergi.” Clara bertegas dan riak wajahnya jelas ketakutan.
Melihatkan itu, William toleh ke arah di mana suara itu datang. David muncul di
kaki lima.
“Masuk
kereta I.” Ajak William dan Clara tidak berfikir dua kali bila David sudah mula
langkah untuk mengejar semula.
Terketar-ketar
tubuh Clara.
“Tadi
tu..”
“Bapa
tiri I. He’s trying to rape me.” Kata Clara tanpa berdalih. Ah memang dia pun
tak suka akan lelaki tu gatal itu.
***
13/12/2028 – 11.17pm
William letih. Jasad seorang gadis jauh di
dalam tab mandi sudah tidak bergerak. Tenggelam dengan air yang penuh di mana
tangan dan kakinya diikat ketat oleh Clara. Warna air bertukar merah bercampur
darah yang masih keluar dari tubuh gadis itu.
Bunyi
desiran daging dibakar, jelas di telinga William. Belakang tubuh Clara
dipandang kosong. Dengan gaun pengantin, dia mengikat apron vintage lagak
seorang isteri mithali.
“Tunggu
sekejap ye. I siapkan dinner kita.” Senyum Clara sambil menyalai daging di atas
kuali. Aroma daging yang diperap itu menusuk ke hidung William. Clara, memang
pandai memasak. Setiap apa yang dia masak, semuanya sedap walaupun kalau dia
kata itu adalah pertama kali memasaknya.
“Ingat
tak waktu kita pergi Santorini? Kita ada makan rib eye steak yang sedap sangat!
Sampai hari ni I teringat-ingat lagi rasa dia. You pun suka, kan?” Clara toleh
ke belakang sejenak, memastikan William tidak ke mana-mana.
“Ini
salah.. Clara.” William tertunduk. Air matanya bergenang.
“I
dah cuba banyak kali resipi ni. I pasti benda you akan dapat rasa daging yang
sama macam dekat Santorini.” Clara senyum sepanjang masa.
“Lepaskan
I.” Rayu William.
“Tunggu
sekejap aje. Dalam 5 minit lagi, dah siap masak. You nak medium atau well
done?” tanya Clara.
“Clara..”
“I
know you suka well done. Tunggu sekejap eh.” Clara capai pinggan putih yang
lebar lagi berat untuk meletakkan daging.
***
ANGIN tepi pantai menderu menampar wajah
mereka. Rambut Clara dipegang dengan sebelah tangan, tak mahu ikut terbang.
Kedua
mereka tersenyum bila makanan terhidang di hadapan.
“Thanks.”
Ujar William kepada pelayan itu.
“Enjoy
your meal.” Kata pelayan itu sebelum berlalu pergi.
“Jangan
potong lagi!” William melarang Clara dari memotong daging di pinggannya. Clara
kerut dahi.
“Kenapa?”
“Tunggu.”
William
memotong daging di pinggannya kepada ketulan kecil sebelum pinggan mereka
bertukar. Lelaki itu senyum nipis.
“Enjoy
your meal, sayang.” William kenyit mata dan Clara ketawa. Tak pernah seumur
hidupnya, dia dilayan seperti ini.
Kepingan
pertama masuk ke dalam mulut Clara. Matanya membulat. “Sedap!” dia teruja.
“Kan?
I’ll feed you with these kind of meal forever and ever.” Kata William.
“Bankraplah
you kalau macam ni.” Gurau Clara.
“Anything
for you.” Janji lelaki itu.
***
13/12/2028-11.38pm
CLARA perlahan-lahan ambil tempat di
hadapan William. Pinggan itu diletakkan di atas pehanya. Tangan kanan memegang
garfu manakala tangan kiri memegang pisau untuk memotongnya.
“Clara,
kita..” William cuba untuk berbincang.
“Nah.”
Garfu yang mencucuk daging disua ke mulut William. Dada lelaki itu berombak
kencang.
“Tak
nak.” Dingin suara William.
“Rasalah.”
Pujuk Clara. Sekali lagi garfu disua. William berpaling ke arah lain.
Memberontak!
“Rasa.”
Kening Clara terjungkit sebelah. Bibirnya yang tadi senyum, sudah pudar. Suara
kian keras.
“Lepaskan
aku.” William sudah tidak mahu berlembut dengan Clara.
“Aku
kata makan!” Clara sua keras, memaksa William untuk membuka mulut tetapi
keengganan lelaki itu dan paksaan Clara membuatkan garfu itu terjatuh ke
lantai.
Bibir
Clara terketar-ketar. Dia menggenggam penumbuk. Dia toleh semula ke arah
William yang jelas tegang.
Clara
bangun dan mencapai garfu baru. Perlahan-lahan dia duduk dan mencucuk semula
kepingan daging yang lain.
“Makan!”
paksanya.
William
geram dan dia meronta di kerusi supaya ikatan terlerai sendiri. ‘Kau tak nak
lepaskan aku? Takpe, biar aku lepaskan diri aku sendiri.’
Melihatkan
itu, nafas Clara turun naik. Garfu itu digenggam kuat. Pinggan diletak ke
lantai dan sebelah tangannya menekup mulut William dan.., CHAPPP! Dia mencucuk
garfu itu ke peha kanan William membuatkan lelaki itu menjerit tapi tidak
berapa kuat dek dihalang Clara.
Bebola
mata Clara memerah dan bergenang.
“Aku
cakap, makan! Makan!!!” bentak Clara. Air mata William meleleh menahan perit di
kaki. Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk laju barulah Clara melepaskan
tekupan. Garfu dibiarkan terpacak di situ.
Gadis
itu mengeluh lemah bila dia terpaksa bangun sekali lagi untuk mengambil garfu
baru.
“Sekarang,
kita makan perlahan-lahan, sampai habis eh?” tiba-tiba Clara berlembut semula
dan senyum kembali ke wajahnya. Terketar-ketar bibir William tapi dia terpaksa
akur.
***
CLARA fokus mengetip kuku William yang
sedang leka menonton televisyen. Terlalu fokus hingga dia sendiri tak tahu apa
jadi dalam cerita itu.
William
tersenyum lembut seraya menggosok kepala Clara dengan sebelah tangannya.
“You
selalu lupa potong kuku. Kuku you cepat panjang.” Kata Clara.
“Takpe.
I kan ada you?”
Clara
ketawa. “What if, I takde?”
William
tarik tangannya. Terkejut Clara dibuatnya. Berkerut dahi William.
“You
nak tinggalkan I?” tanya lelaki itu. Bibir Clara tersenyum.
“Tak.
Takkan.”
***
14/12/2028 – 12.00am
PENGETIP kuku dikeluarkan dari almari di
tepi katil bila William memintannya untuk mengetip kukunya. Dengan senang hati,
Clara menurut.
“Buka
ikatan ni. So that you boleh mudah potong kuku I.” Kata William, memancing.
Dalam kepalanya sudah ada beratus rancangan jika dia terlepas dari Clara.
“It’s
okay. I boleh buat macam ni.” Clara duduk di lantai membelakangi William.
Lelaki itu hampa bila rancangannya tidak menjadi.
Gadis
itu merengus lemah bila melihat kuku William.
“No
one helps you to cut your nails?” tanya Clara. Melihatkan kuku itu terpotong
tidak cantik. Mungkin William hanya mengigitnya memandangkan memang itu habit
lelaki itu. Dia yang terpaksa sentiasa memastikan kuku lelaki itu pendek dan
cantik digilap.
“You
surely can’t leave without me. I’m surely better than anyone.” Sengih Clara.
Perlahan-lahan dia memotong kuku lelaki itu.
“I
can and I am. I’m happier with her, rather than you.” Ujar William. Mencabar
toleransi Clara.
Hati
Clara bagai dihiris-hiris. Dia ketap gigi dan menarik nafas dalam-dalam. Kuku
diketip di tempat yang sama. Sedikit demi sedikit, hingga..
“Aaaaaaahhhh!”
William menjerit kuat bila terasa isinya diketip sekali.
“Clara!
Stop!!!” rayu William bila Clara masih melakukan itu disetiap jemarinya.
Diketip sedikit demi sedikit isi jemari hingga ke tulang.
“Clara!!!!”
jerit lelaki itu lagi. Tapi siapa pun tidak dapat mendengarinya dek ketebalan
dinding dan pintu yang memang direka khas, kalis bunyi.
***
“CLA, sini!” William beri arahan supaya
Clara memandang ke arahnya dan gambar diambil candid. Setiap kali gambar
diambil, lelaki itu tidak mampu untuk ungkapkan kata-kata lain selain cantik,
cantik, dan cantik!
Menjadi
seorang fotografer profesional menjadi kelebihan pada William untuk merakamkan
setiap gambar Clara. Sayang jika wajah polos dan cantik itu tidak diambil.
“Banyaknya
gambar!” Clara teruja melihat gambar-gambarnya di dalam kamera William.
“I
kena pastikan wajah you lagi banyak dari muka-muka model I.” Sengih William.
“Uhhh!!”
Clara tergelak.
“I
ada present untuk you.” Kata William.
“Apa
dia?” Clara seka rambut yang ditiup angin ke belakang telinga.
Kotak
dikeluarkan dari beg silang William dan hadiah itu bertukar tangan. Clara
perlahan-lahan membukanya.
***
14/12/2028- 12.30am
KECHIKKK! Lampu flash dari kamera
menerangi segenap ruang untuk dua saat sebelum ianya perlahan-lahan hilang.
Sekeping kertas keluar dari kamera polaroid milik Clara yang dihadiahkan
William beberapa tahun lepas.
Clara
sengih lebar melihat foto yang keluar itu. Gambar William seorang.
“Cantik
kan?” Clara menunjuk foto itu kepada William tetapi lelaki itu tidak mahu
lihat. Darah yang menitis ke lantai dari peha dan jemarinya masih tidak mahu
berhenti. Dia keletihan menahan sakit. Gadis itu duduk di lantai sambil sebelah
tangan menongkat ke sebelah peha kiri William.
Clara
tenung gambar itu lama penuh rasa memuja. Jemarinya menyentuh lembut itu seakan
dia sekarang mengelus pipi William.
“It’s
fascinating.” Kata Clara.
William
pandang Clara yang masih menunduk dengan penuh rasa benci. Dia sudah
berkira-kira untuk membunuh aje gadis ini jika dia terlepas.
“Macam
mana kita jatuh cinta, dan janji untuk hidup bersama.” Air mata Clara menitis
hingga terkena foto itu.
“Aku
dah tak cintakan kau, Clara! Kau kena terima.” Tinggi suara William.
Clara
menggeleng. “I won’t let you forget me. Sebab kita dah berjanji.” Clara
mendongak ke atas.
“Kau
buat macam ni pun, aku takkan balik dengan kau Clara. Kau buat aku lagi benci
dengan kau!”
“Kenapa?”
suara Clara serak.
“Aku
dah tak cintakan kau, Clara!”
“Macam
mana kau boleh kata kau tak cintakan aku lagi?!” Clara bangun dari duduknya.
Air mata meleleh, tapi riak wajahnya lebih kepada marah.
“It’s
a change of heart! This is life!”
“It’s
not fair!” tengking Clara.
“Life
is not fair, Clara! Kau jatuh, kau bangun dan kau move on!”
Easier said than done
I thought you were the one
Listening to my heart instead of my head
You found another one, but
I am the better one
I won’t let you forget me – Lucid dreams
“No. No! No! No! No!!!” menumbuk wajah
William berkali-kali seakan ada syaitan yang mengawal dirinya. Entah dari mana
kekuatan dia ada. Tumbukan demi tumbukan hingga darah mengalir keluar dari
hidung dan bibir. Sebelah matanya juga bengkak.
***
WAJAH Clara ditenung dalam-dalam secara
rapat. Dielus lembut wajah teman wanitanya itu. Hujung bibir ternaik senyum.
Mata Clara terbuka perlahan-lahan.
“Hey.”
Serak suara itu.
“Hey.”
Balas William.
“Good
morning.” Sapa Clara.
“Good
morning.”
“You
buat apa ni?” tanya Clara. Wajah William terlalu rapat dengannya. Tetapi jemari
lelaki itu masih tidak berhenti mengusap kulit wajah Clara.
“It’s
amazing.”kata William.
“What?”
“Your
skin, your eyes, your nose, your lips, your hair.. you.”
Kulit
Clara beransur-ansur merah.
“Let’s
be together forever.” Cadang William. Lelaki itu ambil jemari Clara dan
mengusap lembut. Clara sedar akan sesuatu di jarinya. Cincin berbatu satu itu
ditenungnya. Sejak bila pula dia ada sarung cincin?
“Let’s
get married.”
Bulat
mata Clara. Terkebil-kebil dia dibuatnya.
“Tapi
kita baru beberapa bulan kenal.”
“Days
or months, I don’t care anymore. I love you more and more!” William terbaring
di sebelah.
Clara
bangun dari baringnya. Dia masih merenung cincin itu. Kemudian dia toleh ke
sebelah.
“You
can’t bail out.” Clara beri amaran.
“I
don’t even plan to.” Pandang William. Serius.
Air
mata Clara menitis. “We will love each other, forever. You can’t un-love me.”
Sengih William. Clara mengangguk laju.
“But
what if you stop loving me?” Clara takut jika itu berlaku.
“It
won’t. I promise.” Janji.
***
14/12/2028 – 1.12am
CLARA seret tubuh Sara dari tab mandi ke
ruang tamu. Tubuh itu terkulai layu dengan basah lencun di hadapan William.
“Sara..
Sara..” panggil William yang masih di kerusi, terikat. Air matanya menitis
perlahan.
“Sara..”
panggilnya lagi. Dia katup mata kuat-kuat.
“No..
no...”
Clara
lihat reaksi wajah William yang meratapi tubuh teman wanitanya. Dia marah.
Kenapa lelaki itu harus kecewa, harus menangis dengan kematian perempuan ini?
Dia
segera mendekati William dan menarik rambut itu ke belakang hingga kepala
lelaki itu terdongak. Air mata masih tidak berhenti mengalir.
“Kau
tak patut menangis untuk dia. Kau patut menangis untuk aku! Aku yang kau
sakiti! Aku yang kau mungkir janji!” jerkah Clara.
William
ketap gigi. Dia telan air liur. “Kau takde beza dengan syaitan! Kau tak layak
dapat kasih sayang manusia! Patut pun bapa tiri kau pukul kau. Kau memang
layak.” Sengih William sengaja menyakitkan hati Clara.
Terpempan
dengan kata-kata itu, Clara capai pisau yang dia letak di sisi Sara.
Dengan
air mata yang meleleh, Clara genggam kuat pisau itu.
“Yeah,
just kill me.” Cabar William. Clara menggeleng.
“Bila
you cakap macam tu, sakit.. it hurts, here.” Dada Sara ditikam walaupun tubuh
itu sudah tidak bernyawa.
“Sara!”
William menangis lagi.
“Bila
you panggil nama dia, it hurts more..here.” hanya beberapa cm dari tikaman
pertama, tikaman kedua mendarat.
“Cla,
please stop.. please..” rayu William.
Gadis
itu angkat wajah dengan mata merah. “Dia tengok you!” mata Sara ditikam!
“Dia
peluk you!” tapak tangan Sara ditoreh-toreh.
“She
kissed you!” bibir Sara turut sama ditoreh tanpa rasa kasihan.
William
memejamkan mata, tidak sanggup untuk melihat tubuh wanita yang dia cintai
diperlakukan begitu.
“Cla..
I’m sorry. Please. Stop.. I’m sorry.” Teresak-esak William.
“Sorry?”
Clara berhenti. Dia bangun perlahan-lahan dengan pisau yang masih menitiskan
darah Sara.
Bibir
William disentuh lembut.
***
KELAKUAN William berbeza dari biasa
semenjak balik dari outstation yang jauh ke Eropah. Lelaki itu sudah tidak lagi
mesra. Tiada usikan, mahupun pujian. Dia selalu sibuk dengan kerjanya. Selalu
tiada di rumah.
Clara
kuis kuku ibu jari kanan dengan kuku ibu jari kiri.
“Are
you okay?” tanya Clara ingin kepastian.
“I’m
fine.” Jawab William acuh tak acuh.
“You
seems.. odd.” Tidak tahu perkataan apa yang sesuai dengan karakter William
sekarang ini.
Telefon
William berdering menandakan ada mesej baru masuk. Selepas aje lelaki itu
membacanya, dia terus mencapai baju tebal dan kunci kereta.
“I
ada kerja. Don’t wait for me.” Pintu berdentum kuat. Clara pelik. Kenapa
tiba-tiba teman lelakinya sedingin ini? Dia ada buat salah ke?
Mula
malam itu, seminggu William tidak pulang. Bila dihubungi, dia sentiasa beri
alasan sibuk. Untuk menghilangkan rasa bosan, Clara mengemas rumah sendirian,
masak masakan kegemaran William saban malam walaupun dia tak tahu bila lelaki
itu akan pulang. Tapi seminggu itu juga, dia hampa.
Clara
tutup api dapur. Mangkuk besar diletakkan ke atas meja yang sudah berlapik
dengan kain tebal. Pinggan dihidangkan. Wain dikeluarkan dari rak. Jarum jam
menunjukkan pukul 10 malam. Matanya redup. Adakah malam ini dia akan hampa
lagi?
Tapi
bila terdengar tapak kaki di hadapan pintu rumah, dia tersenyum girang.
Jantungnya berdebar menanti munculnya wajah William.
Bila
pintu terkuak, wajah William kelihatan tenang, tapi tidak juga tersenyum.
“I
masakkan you makan malam. With wine.” Kata Clara.
“Let’s
just break up.” Ujar William mengejutkan Clara.
***
14/12/2028 – 1.25am
“With this mouth, you kissed her?” tanya
Clara perlahan. William rasa jijik bila wajahnya disentuh clara dengan darah
Sara yang masih meleat ditangan gadis itu.
“Yes.”
Untuk
malam ini aje, entah berapa kali hatinya dirobek dengan kejujuran William.
“This
is.. mine.” Air mata mengalir di pipi Clara. Bibir lelaki itu dikucup lembut
tapi segera ditepis William.
“She
might fall for your face. Thus..” wajah William dikelar segaris dari tulang
pipi hingga ke dagu.
“Ahhhhhh!!!”
Darah
menitik laju mengena t-shirt William.
“F**k
you!” jerit William berperang dengan rasa sakit.
“I
tunggu you. Setiap malam. For you to come back.” Serak suara Clara.
“Tapi
tengok mana you tinggal sekarang?” Clara berpusing di tengah laman ruang tamu
yang agak luas.
“Her
home.” Rumah itu dirujuk ke pada rumah Sara.
“Did
you fall for her money?” tanya Clara, berhenti berpusing.
William
ketap gigi. Sakitnya di peha, di jemari, dan di wajah tidak terkata.
“She’s
dead. Kita boleh ambil duit dia, and start a new life. You, and me. Like we
always wanted.” Senyum Clara.
Pisau
ditangan dicampak ke lantai. Darah yang berlumuran, dikesat ke baju. Dia segera
berlari ke arah William.
“Let’s
start a new life, together.”
“Kau
gila, Clara. Kau gila!”
Clara
terdiam sejenak. Rambutnya menutup wajahnya kiri dan kanan. Deruan nafas
sesekali membuatkan rambutnya melayang-layang.
“Well,”
nafasnya dihela berat sambil menoleh ke kanan.
“I
am mad. Madly in love with you.” Mata mereka bertatapan sekali lagi.
***
BERKALI-kali Clara menarik lengan
William supaya berhenti mengemas pakaiannya. Dia tak mahu lelaki itu
meninggalkannya.
“I
tak boleh hidup tanpa you. You said, I can’t un-love you. And I’m not! Why would
you..” menitis-nitis air mata Clara.
“Cla..
just lupakan I.”
“I
can’t! I promised.”
“I
promised too. But I learnt that love is not something promisable. Out heart
eventually changed. Perlahan-lahan kita berhenti menyayangi. Without reasons.”
“No.”
Clara menggeleng.
“I’m
sorry.”
Sebulan
Clara terlantar di atas katil. Lemah. William tahu yang Clara tak boleh hidup
tanpa dia. Tapi kenapa..?
You left me falling and landing inside
my grave
I know that you want me dead
I take prescriptions to make me feel
okay
I know it’s all in my head
I have these lucid dreams where I can’t
move a thing
Thinking you in my bed
You were my every thing
Thoughts of a wedding ring
Now I’m just better off dead
Clara perlahan-lahan
bangun dari katil. Halusinasinya menginginkan William di sisi. Tidak pernah
sekali pun bayangan William lepas dari matanya. If this is love, I’ll fight for
it.
I’ll do it over again
I didn’t want it to end
--
But I want it to last
--
I was tangled up in your drastic ways
Who knew evil girls have the prettiest
face
“And I’m your evil girl.” Kata Clara
sendiri termenung ke hujung kaki katil.
You game me a heart that was full of
mistakes
I gave you my heart and you made heart
break – Lucid Dreams
***
13/12/2028 – 9.00pm
CLARA berdiri di hadapan pintu apartment Sara. Loceng ditekan. Sara yang
sedang menyiapkan makan malam segera berlari ke pintu. Waktu-waktu begini, William
sudah pulang selalunya.
Tanpa melihat
gerangannya, pintu dibuka tanpa ragu-ragu. Senduk di tangan terlepas ke lantai
bila melihat kelibat Clara yang cantik dengan gaun pengantin paras lutut.
“Apa kau buat kat sini?”
tanya Sara yang serba maklum akan kewujudan Clara.
Broken bones- Kaleo
PLAYED!
The devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
Oh, the devil’s going to make me a free
man
The devil’s going to set me free
Clara melangkah masuk
tanpa diundang. Pintu apartment dikatup rapat. Pisau ditangan Clara ditenung
gerun oleh Sara. Kakinya perlahan-lahan ke belakang. Takut jika diapa-apakan.
“I’m here to take my man
home.” Senyum Clara.
“Will takkan balik dengan
kau. You guys broke up!”
Tapi Clara hanya senyum.
“But we made promises.”
Sara menggeleng. “Please
go!”
I’ve been down, deep Texas Mississippi
state
Hoping things might go my way
For every hard earned dollar I make
There stands a white man just to take it
away
Some might say I talk loud, see if I
care
Unlike them, don’t walk away from my
fear
I’ve busted bones, broken stones, looked
the devil in the eye
I hope he’s going to break these chains,
oh yeah.
Clara maju lagi setapak
demi setapak hingga Sara terperangkap di bar dapur. Menggeletar tubuh wanita
itu. Riak wajah Clara kosong. Dia mencapai botol wine di atas bar dan cuba
membalingnya ke arah Clara, tapi pantas gadis itu mengelak. Langkahnya perlahan
dibandingkan Sara, tapi ia cukup menggerunkan Sara.
Pantas Sara berlari ke
bilik. Kali ini baru Clara laju memintas. Tubuh Sara ditolak kuat hingga
terkebelakang. Tangan kecil Clara menggenggam rambut panjang Sara dan kepalanya
dihantukkan ke dinding sebanyak empat kali tanpa rasa. Dinding yang putih
bertukar merah.
Sara telan air liur
menanggung peritnya kepala. Dia terasa seperti bumi berputar laju. Clara pantas
tarik rambut wanita itu supaya membuntutinya ke bilik air. Air di tab mandi
bertakung penuh.
Bukan itu aje, lilin
kecil menghiasi sisi tab mandi. Kepingan bunga ros timbul di atas permukaan
air. Clara ketap gigi.
Lantas dia menjerlus
kepala Sara ke dalam tab mandi itu. Walaupun tubuh Sara meronta-ronta, tapi
Clara lebih kuat.
The devil’s going to make me a free man
The devil’s going to set me free
Oh, the devil’s going to make me a free
man
The devil’s going to set me free
Jasad Sara perlahan-lahan berhenti
meronta dan akhirnya terkulai layu. Clara terus menolak sebahagian tubuh lain
ke dalam tab mandi. Tercungap-cungap Clara dibuatnya. Bajunya hampir lencun dek
rontaan Sara. Dia menjeling mayat itu sebelum keluar ke ruang tamu menunggu William
pulang.
***
14/12/2028 – 1.56am
Tubuh William perlahan-lahan dipeluk dari belakang. Deruan nafasnya begitu
dekat dengan telinga lelaki itu.
“I datang sini, untuk
bawa you balik.” Clara memberitahu.
“Aku takkan ikut kau.”
“We promised, till death
do us apart.”
“Just kill me now.”
William sudah tidak tahan.
Clara melepaskan pelukan.
“You know, I will make sure
than even death can’t do us apart.” Wajah polos Clara kini betul-betul di
hadapan William. Darah yang mengalir di pipi William dikesat dengan tapak
tangannya.
“I love you. So so .. so
much. See you on the other side.” Senyum Clara sebelum pisau ditusuk tepat ke
dada William.
Mata lelaki itu
membuntang. Nafasnya terasa sesak. Bergenang air matanya.
“I’ll be there, just in a
minute.” Janji Clara. Sekali lagi dada lelaki itu ditikam.
Tidak terkata William. Air
mata Clara mengalir laju. Dahi lelaki itu dikucup lembut sebelum mata lelaki
itu perlahan-lahan terkatup.
***
14/12/2028 – 3.01am
Clara selesai mencuci pinggan mangkuk
yang bersepah di atas bar dapur. Tubuh Sara sudah sejuk di ruang tamu. Dengan segala
kudrat yang masih bersisa, Clara menarik kerusi yang diduduki mayat William ke
bilik. Ikatan dilepaskan. Melihatkan jari William yang luka teruk, Clara
senyum.
“I
tak payah ketip kuku you dah lepas ni.”
Tubuh
William dibawa naik ke katil. Satu besen air dan tuala diletak ke tepi. Darah di
muka yang sudah hampir beku dilap bersih. Jemari William dibalut dengan plaster
sekemas-kemasnya.
Baju
lelaki itu ditukar dan luka turut dibersihkan di peha dan dada. Usai mengemas,
Clara senyum puas hati. Besen dicuci dan kain diperah lantas menyidainya di
sinki.
Melihatkan
William di katil, sekaan sedang tidur nyenyak. Air matanya menitis.
“This is my loyalty.”
“This is my promise.”
“If you can’t keep your promise, I’ll do
what ever to make sure you will.”
Clara telan air liur. Pisau dicapai. Lengannya
dikelar tanpa rasa takut. Darah mencurah-curah keluar. Bibirnya berganti pucat.
Tidak cukup dengan itu, pisau itu dibenamkan pula ke arah hatinya.
Pisau terlepas dari pegangan.
***
14/12/2028 – 3.47am
Clara heret kakinya lemah-longlai hingga
ke katil bersaiz queen yang diletakkan di sebelah tingkap apartment.
Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di situ. Matanya membuang pandang ke
luar jendela yang terbuka luas.
Angin
menderu masuk menolak langsir putih seakan bernari-nari. Cahaya bulan memancar
ke wajahnya yang putih bersih. Awan berkepul-kepul, jelas kelihatan.
“Malam
ni takde bintang.” Katanya perlahan.
I still see your shadows in my room
Can’t take back the love that I gave you
It’s to the point where I love and I
hate you
And I cannot change you so I must
replace you
“Sebab
bulan terlalu terang.” Kata suara di hujung katil. Tubuh lelaki itu
perlahan-lahan keluar dari bucu dinding yang gelap, mendekati Clara.
Darah
yang mengalir laju membanjiri katil dan menutupi warna kulitnya. Tangan gadis
itu dihulur minta disambut. William senyum nipis lantas menyambut jemari itu
dan mengambil tempat di sisi Clara.
“I
sayangkan you. I janji dengan you, even death can’t do us apart.” Kata Clara.
William mengangguk dan mencium jemari halus itu dua kali.
Clara
toleh ke arah jasad di sisi yang sudah kaku.
Gaun
pengantin berwarna putih terletak cantik ditubuhnya dengan tiara dan kain net
di kepala Clara yang baru dipakainya.
“I
sayangkan you juga.” Kata bayang lelaki itu.
“I
nak tidur.” Beritahu Clara.
“See
you on the other side.” Ucap William dan perlahan-lahan mata Clara terkatup
rapat.
End!!!!
We eventually make promises we can’t
even keep. It end up hurting others. Betrayal is cruel, and it already kill
people, inside at the first place. Sorry won’t help to heal the broken hearted.
Thus, two have sacrifice. Or more.
I
hope you enjoy reading my inner me. Everyone have that one monster living deep
inside. This is how I explain my inner emotions.
You
can play these songs while reading,
1.
Lucid Dreams-Juice WRLD,
2.
Broken Bones – Kaleo
3.
My boy – billie Ellish
4.
Inner Demon – Julia Brannan
From writer,
A sinner.