“Dia jahat,
Yaa. Hakim jahat!” hingus meleleh tidak dipeduli.
“Mi, kau
dekat hospital la. Janganlah macam ni. Macam mana kau nak treat patient kalau
kau pun macam ni?” Mareeya masih tidak berhenti menggosok belakang tubuh
sahabatnya.
“Aku nak
berhenti! Aku nak berhenti!” jerit Syamimi.
“Kau jangan
nak buat gila la. Perah otak 5-6 tahun macam mayat hidup, lepas tu kau nak give
up profession kau? Cakap tu pakai otak sikit boleh tak? Ei kau boleh dapat
lelaki yang 10 kali ganda lagi hensem, lagi baguslah Mi.”
“Dah
macam-macam aku berkorban untuk dia, Yaa! Sikit pun dia tak hargai aku! Macam
mana aku nak fokus kerja kalau dalam kepala aku asyik teringatkan dia aje?! Aku
menyesal tak dengar cakap kau, Yaa.” bentak Syamimi.
Alam
nyata.
Mareeya
berkelip mata beberapa kali. Lengannya tiba-tiba rasa suam dek diusik Syamimi
di sebelah dengan senyuman manis.
“Mareeya?”
sapa Syamimi mengejutkan Mareeya dari lamunan yang jauh membawa dia lihat masa
hadapan apabila matanya bertentang dengan Hakim sebelum lelaki itu meminta diri
untuk pergi ke bilik air.
“Hm?”
“Kau nampak
apa? Kau rasa Hakim tu okay tak?” Syamimi ingin tahu. 13 tahun berkawan dengan
Mareeya, rahsia Mareeya bukan lagi asing darinya. Malahan kebolehan itulah yang
mereka guna untuk menjalani hidup sejak zaman sekolah.
“Kau kenal
bala ni kat mana?” Mareeya merengus geram. Teringatkan esakan Syamimi yang dia
nampak itu betul-betul membuatkan hatinya sakit. Geram!
‘Bala?’
Syamimi telan air liur.
“Dia tak
okay ke?” soalan dibalas dengan soalan.
“Tinggalkan
dia. Kau dengar cakap aku, tinggalkan dia.” Selamba kata Mareeya sambil
menyedut jus alpukat.
Syamimi terdiam
sejenak. Dia sudah mengenali Hakim 3 tahun. Sejak mula HO lagi. Sepanjang masa
mereka berkenalan, Syamimi tak pernah nampak sedikit pun kekurangan Hakim.
Semua jururawat memujinya. Termasuk juga para doktor di hospital mereka. Solat
tak pernah tinggal. Alunan mengajinya juga mendayu. Mana silapnya?
“Tapi Yaa..”
Mareeya
kerling ke sebelah. Buat kali pertama selepas 12 tahun Syamimi tahu tentang
kebolehannya, gadis itu seakan cuba menyangkal apa yang dia nampak.
“Tapi? Seriously, Mi?”
Syamimi
gigit bibir bawahnya sebelum mata mereka berdua berlaga semula.
“12 tahun
aku hidup kat bawah bayang kau. Semua benda aku tanya kau samada apa yang aku
buat itu betul atau tidak. Memang selama ni kau betul, Yaa. Tapi kali ni, aku
ikut instinct aku. Aku sayang dia, Yaa.”
Ujar Syamimi lembut.
Mareeya
terdiam. Air mata yang tumpah dari tubir mata sahabatnya itu benar-benar
mengguris hatinya.
“Mi.. aku
cakap ni sebab aku tak nak kau menangis sebab dia. Aku tak nak kau jadi bodoh
sebab cinta. Percayakan aku. 13 tahun kau kenal aku. Sedangkan baru tiga tahun
kau kenal dia.” Jemari Syamimi dielus lembut.
Beberapa
saat kemudian, Syamimi tarik semula tangannya. Dia menggeleng.
“Mungkin kalau kali ni kau betul juga, aku just kena belajar untuk rasa apa tu
kecewa. Aku sanggup ambil risiko. Sebab, kau bukan Tuhan, Mareeya.”
Kata-kata
Syamimi membuatkan Mareeya tersentap. Hatinya berat tiba-tiba. Bergenang air
matanya. Dia genggam kuat penumbuknya di bawah meja.
“Memang aku
bukan Tuhan. Aku cuma.. bagitahu apa yang aku nampak.” Mareeya senyum tawar
menahan air mata yang hampir menitis. “Bila-bila kau perlukan aku, aku sentiasa
ada untuk kau.” Mareeya bangun dari kerusinya dan terus ke kaunter bayaran
untuk membayar minumannya.
Syamimi
merengus lemah. Dia tak berniat untuk menyakitkan hati Mareeya. Langsung
tiada..
“SAYANG, cepatlah.”
Panggil Luqman yang sudah jauh ke depan. Kamera di tangan sempat mengambil
gambar Mareeya yang jauh ketinggalan di belakang. Salji yang turun buatkan kaki
Mareeya terasa berat untuk melangkah.
Dengan senyuman, Mareeya hulur
tangannya untuk disambut sang suami.
Mereka berjalan beriringan dan
tangan mereka bertaut sesama sendiri.
“You nak berapa orang anak?” tanya
Mareeya.
“Cukup satu team bola.” Gelak
Luqman.
“You ingat I kilang ke apa?” getus
Mareeya.
Luqman ketawa lagi. “Orang dulu-dulu
boleh aje sampai 14 orang anak.”
“Ada aje jawabnya.”
Luqman tenung Mareeya dalam-dalam.
“I love you. Sangat.”
Alam
nyata.
Mareeya
senyum lebar melihat Luqman di hadapannya yang sedang membelek telefon bimbit.
Itu masa hadapan dia. Dia bahagia. Sangat bahagia. Dia tahu pilihannya tidak
salah.
“Senyum aje
manjang. Bahagia sangat ke tengok muka I?” tanya Luqman yang tahu dirinya
diperhatikan.
“Aah. Sebab
I rasa bahagiaaaaa sangat!” Mareeya tayang gigi putihnya yang tersusun.
Luqman letak
telefon ke atas meja dan matanya beralih arah kepada Mareeya. “You know, I
terkejut gila bila you tiba-tiba ajak I kahwin sedangkan kita tak kenal
langsung waktu tu.” Celoteh Luqman.
Mareeya
hanya tersenyum. Alasannya cuma satu, kerana bila dia lihat ke dalam anak mata
lelaki itu, dia tahu apa yang baik atau buruk yang akan jadi pada dirinya kalau
dia memilih lelaki itu. Senang. Dan apa yang dia nampak, hanya bahagia
sepanjang masa dengan lelaki itu.
“I memang
jenis macam ni. I dapat apa yang I nak.” Sengih Mareeya.
Meskipun
pertunangan mereka baru berusia 3 bulan, tapi Mareeya dan Luqman betul-betul
sekepala dalam pelbagai benda. Hidup lebih mudah pada Mareeya. Sebab dia tahu
apa akan jadi kalau dia pilih jalan A, dan apa akan jadi kalau dia pilih jalan
B. Semua itu dia boleh lihat jika melihat ke dalam anak mata seseorang.
Kebolehan
yang diterima sejak kemalangan 24 tahun lepas betul-betul mengubah hidupnya.
Dia tak pernah takut untuk bangun pagi dan mulakan hari yang baru. Orang kata,
hidup ini penuh dengan kejutan. Tapi tidak pada dia.
“You
percayakan I?” tanya Luqman.
“With all my
heart.” Tawa Mareeya. Luqman senyum kambing.
“I akan
usaha jaga you sebaik mungkin.” Janji Luqman.
“Yes I
tahu.” Sudah tentu dia tahu. Dah dia tenung ke dalam anak mata si Luqman ni ha!
LUTH ILYAS. Lelaki itu melempar baju kemeja yang ditarik
keluar dari tubuh ke arah katil. Tubuhnya terasa letih yang luar biasa. Sudah
dua hari dia tidak dapat tidur yang nyenyak. Kakinya melangkah masuk ke bilik
air dan pili air dipulas. Air sejuk mencurah-curah mengena tubuhnya.
“Ahhhh!”
menggeliat kesegaran dia dibuatnya. Usai mandi, dia tarik tuala putih yang
tersedia berlipat di atas penyidai tuala sebelum melilit tuala itu ke pinggang.
Sebelum keluar dari bilik air, dia membersihkan muka dan mula merenung dirinya
sendiri ke dalam refleks cermin. Dia berdehem sedikit lantas keluar dari situ.
Tubuh
dihenyakkan ke atas katil menelentang dan perlahan-lahan mata itu terkatup.
Mimpi itu datang lagi.
“Abi, abang nak terkencing.”
Beritahu si kecil Luth yang baru berusia 8 tahun itu.
“Hm. Okay. Kejap lagi abi berhenti
dengan R&R. Boleh tahan tak ni?” tanya Encik Isa.
Luth buat muka. Puan Sakinah yang
toleh ke belakang ketawa. Muka tak tahan nak terkucil dah budak ni.
“Abang kencing dalam botol ajelah.”
Cadang Puan Sakinah.
“Eii tak nak.” Rengek Luth. Dilihat
anak teruna itu menggeletis tak tahan.
“Abi berhenti tepi la eh.” Suara
Encik Isa. Lantas Luth mengangguk laju.
Saat kereta itu ambil tempat di bahu
jalan, Luth sudah bersiap sedia untuk berlari keluar. Elok aje berhenti, terus
Luth berlari ke tepi longkang.
“Eh abang, nak umi teman tak?” jerit
Puan Sakinah. Sepi sebentar. Puan Sakinah keluar dari perut kereta dan
mendekati anaknya.
“Umi, nak air!” jerit Luth. Puan
Sakinah menggeleng. Dia kembali ke kereta untuk mencapai botol air mineral
sebelum matanya terbeliak melihat kereta dari belakang yang hilang kawalan
lantas merempuh mereka.
Luth terjaga
dari mimpinya. Peluh merenik ke seluruh tubuh. Jantungnya berdegup laju. Sudah
24 tahun peristiwa itu berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi suara uminya
menjerit memanggil namanya sebelum dirempuh kuat oleh kereta.
Tekak Luth
terasa perit. Dia bangun dari katil seraya menyarung seluar dan baju sebelum
turun ke dapur.
Air mineral
diteguk rakus. Jarum jam menunjukkan pukul 9 pagi. Orang baru nak pergi kerja,
dia pula baru pulang dari hospital setelah tamat tugas. Nombor Intan Maisarah
didail.
“Assalamualaikum,
kak Intan.” Sapa suara Luth.
“Waalaikumussalam.
Luth baru balik hospital ke?” kakak sulungnya itu tersenyum nipis di hujung
talian.
“Haah.” Luth
raup wajah.
“You should
get some sleep la budak.”
“I tried.”
Intan
mengeluh kecil. “Still nightmare?”
“I don’t
think this shit gonna disappear lah kak. I’m tired, tapi.. urgh!” Luth luah
rasa geramnya.
“Maybe sebab
you tak let go kot. Just live your life, Luth.”
“What do you
mean by not letting go? Luth stuck in this job sebab that nightmare.” Luth
ambil tempat di atas meja bar dapur. Kakinya digoyang-goyang gaya budak kecil
main buaiyan.
“No. You
pilih that profession sebab you can’t let it go.”
“Kak..” Luth
geram bila kakaknya tidak bersetuju dengan dia.
“Why don’t
you ambil cuti for few days and pergi makan angin?”
Luth ketawa.
“Mana boleh. Suka hati dia aje.”
“Dah tu?”
“I don’t
know. I just nak dengar suara you cuz you sounds like umi. And, I think I boleh
tidur sekarang. Goodnight kak.” Sengih Luth.
“Good
morning!” Intan turut sama ketawa sebelum talian diputuskan.
Karna Di ERTIGAPOKER Sedang ada HOT PROMO loh!
ReplyDeleteBonus Deposit Member Baru 100.000
Bonus Deposit 5% (klaim 1 kali / hari)
Bonus Referral 15% (berlaku untuk selamanya
Bonus Deposit Go-Pay 10% tanpa batas
Bonus Deposit Pulsa 10.000 minimal deposit 200.000
Rollingan Mingguan 0.5% (setiap hari Kamis
ERTIGA POKER
ERTIGA
POKER ONLINE INDONESIA
POKER ONLINE TERPERCAYA
BANDAR POKER
BANDAR POKER ONLINE
BANDAR POKER TERBESAR
SITUS POKER ONLINE
POKER ONLINE
ceritahiburandewasa
MULUSNYA BODY ATASANKU TANTE SISKA
KENIKMATAN BERCINTA DENGAN ISTRI TETANGGA
CERITA SEX TERBARU JANDA MASIH HOT