Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, March 12, 2018

When We First Met

Image result for when we first met 

Assalamualaikum.

It’s 12/3/2018.

I’ve been logged out from my Facebook like ages and last day I decided to log in back. To see stuffs. And I just notice a DM from Anep. Where he suggested me to see this one good movie. I’m gonna say it’s a really really amazing movie. Titled : When We First Met.

Well at the very first five mins and so, I knew there’s twist yang macam I knew it I knew it. Its cliché I must say. But the good thing about this movie is the message. You can get tons of good movies with cliché timeline but different messages. That’s what exactly what I want. I can see 1001 movies with same plot, same character, same timeline I don’t care as long as they manage to send me different messages.

I’m touched with this one.

To conclude this movie, its about a man who loves his friend at the very first sight but she ended up marrying another friend of hers. Thus, this guy kinda broken hearted and wished that he could turn the time back to where it started to make it all right. So that she can chose him. He did turn the time back few times using the old photo booth machine founded in a bar where he works.  But the outcomes don’t end to what he wants.

He might get the girl but sadly he will lose his best friend.

He gets the girl, but just for pleasure.

He gets the girl, but she doesn’t even feel the same like him.

So what ever he did, she will never like him. And he realized that there’s nothing he can do to change things. Along the way of travelling, he did realize that the one match made from heaven for him is there all along. Many time of travelling, each creating the opportunities for him to realize that but he didn’t. Oh sedih.

This is what dialogues that catch my ears and mind to keep remembering ;

“Fate is a tricky lady.  The more you try to figure it out, the more you get confuse.”

“Mistakes make you who you are today.”

“Things happened randomly, for no reason at all. But it creates opportunity and you learn from the opportunity.”

But, the question is .. “ Can you recognize the next opportunity when it matters the most?”

Truthly, I shed tears seeing this movie. It hurts me bad. But the ‘good’ hurt tho.

I see memories, I see efforts, I see ups and I see downs. But, you know what ever you did if that’s not meant to be, its not gonna happen. On the other side, in any way you deny it but if it’s meant for you, it will happen for you. You just have to be patience, and live. There’s not even 1 second you should waste for something useless.

I can’t really say that I’m totally happy for who I am today cz you know perfect machine breaks too. Inikan pula manusia.

You can have your time for that breakdown. I’m not gonna say its useless cz it is usable. It calms your heart and your mind sometimes.

So so so, Anep thanks for the good movie thou and sorry for the late responds.

You can easily watch the movie from www.fmovies.to

And Ain is off to her next book! Hahaha.

Sunday, March 4, 2018

Goodnews for Dia Troublemaker

Assalamualaikum.


Goodnews I wanna share with you guys. Alhamdulillah, DTM lulus penilaian and insha Allah DTM gonna be published on MARCH 2018. Bulan ni la kan? Hee.

I hope you guys enjoy reading it as much as I enjoyed writing it.

Uh and,

My babies sekalian yang gonna end their single life this year.. I wish you guys all happiest human alive. Your happiness is mine. ilebiuguys.

 

Changes

13/1/2018

Assalamualaikum. Cloudy day as today. Hari ni nak share with you guys a lil thing I’ve been experienced. A serious matter, its gonna be boring.

I’m serious. It’s boring. You can click that X button above if you’re not here for this. Haha.

Okay. Here we go. Pernah tak you rasa apa yang you usahakan tak menjana apa-apa? I don’t care, samada ianya physically or emotionally. Well, I do.

Lately I’ve been trying to make a change in myself. That changes I made bersebab. For people to accept me. Again, FOR PEOPLE TO ACCEPT ME. It was exhausting. I tak happy for the changes I made in the beginning di mana I perlu buang my ego, kurangkan marah.. that is just not me. But then slowly I discover yang sebenarnya it’s good for me.

WHAT’S GOOD FOR ME?

I jadi lemah. I jadi lemah di mana I senang terasa, I’ve been sensitive, cepat menangis, and insecure. Dari situ, I found that it is good for me. Selama ni I keras, I ignore most of the things, most of my feelings, I didn’t even say I love you to my dearest friends. Hahah.

Bila I lemah, I called one of my best friend. I tanya, kenapa I jadi macam ni? Kenapa rasa berat ni tak tertanggung. I’ve been away from Allah. I tak rasa sedih yang I lalui ni mendekatkan I dengan Allah. I mean, I didn’t ask Allah to repair this. I didn’t beg. I solat macam biasa like nothing happened. I didn’t ask Him to heal this pain. Tapi I’ve been dragging these feelings for a while.

She said,

‘I bagi you satu video, you tengok.’ She tagged me dekat FB pada video yang titlenya, BEZA HUKUMAN DAN UJIAN DARI ALLAH.

After habis video I can conclude the differences. Apabila Allah turunkan hukuman kepada kamu, kamu akan berada jauh dari Allah. Masalah yang kamu hadapi itu membuatkan kamu jauh dari Allah. Tapi, kalau Allah turunkan ujian buat kamu, yakinlah bahawa Allah menyayangi kamu. Kerana bila ujian itu turun kepada kamu, maka kamu akan lebih dekat kepadaNya.

Butthurt. Setepek kena.

She said again,

‘Jangan tengok apa yang buatkan you jadi macam ni, tapi tengok kenapa you jadi macam ni. Tengok balik hubungan you dengan Allah, tengok balik hubungan you dengan mak ayah you, dengan kawan-kawan you. Repair itu.’

I found these. Solat bila I rasa I don’t have anything to do dah. Maksudnya, cth kalau zohor mula 1.30pm sampai 4.30pm. In the mean time, I akan siapkan kerja-kerja I sampai settle, baru solat. Kalau kerja habis pukul 4, then 4 la solat.

Second, it’s a family matter I don’t need to discuss it here. Tapi you know your relationship dengan parents.. how was it going.. if you tak repair itu even untuk benda renyah ya rabb, you wont feel at ease.

Third, quran. This is the most yang buatkan I terkilan. Dulu waktu kecil, berlumba nak khatam quran sebab nak mama buat kenduri khatam quran dengan pulut kuningnya. Haha. Sekarang, sentuh bila sedih je. Sentuh bila rasa perlukan je. Sentuh bila ingat je. Dia tak menjadi rutin.

Dari situ, I cuba ubah. If I tak boleh paksa orang untuk terima I. Tapi I boleh buat Allah sayangkan I. di mana Allah tu pegang kunci-kunci hati kita. (macam ceramah bunyiknya hahah) it’s all happened sebab Allah. Lillahitaala. Sepatutnya niat I dari awal bukan untuk manusia terima I, tapi untuk Allah terima I. cmonlah, hidup dah suku abad, dosa dah bertimbun but you still sibuk kejar dunia? You wont be happy kalau Allah tak redha.

You buatlah usahalah macam mana pun, kalau Allah kata LA, maka LA. Ia takkan terjadi sampai bila-bila. Macam you nak pinang anak dara orang, you akan amek hati mak paknya dulu, ye dak? Kalau mak pak setuju, maka anak pun amboi kemain panjang lebaq senyum sampai telinga haaa. Hahaha. It’s the same thing here.

Mula-mula tu yelah, benda kena paksa buat. Memang susah. Tapi lama-lama hati akan ikhlas. Dan you akan jumpa banyak benda yang you sendiri tak jangka hasil daripada apa yang you ubah tu. Alhamdulillah, I cant say yang I tak dapat apa-apa daripada few changes I made. I dapat banyak. Mostly, strength untuk redha, strength untuk ikhlas.

Doa I hari-hari, Allah ikhlaskan aku. Allah, sayang aku. Allah, jangan tinggalkan aku. And menangis like you really mean in. Slowly, I get the strength untuk minta, kalau bukan rezeki yang ni.. kalau bukan rezeki aku yang tu, takpe aku redha. Asalkan Kau jangan tinggalkan aku. Asalkan rezeki aku tu jatuh pada orang yang selayaknya dapat. And I pray hard for those I love much. Untuk Allah jaga, untuk Allah dekatkan dengan Dia. Untuk dia nampak yang Allah itu sentiasa ada untuk dia orang. Allah tu sentiasa tunggu untuk dia orang balik pada Dia.

I never quit usaha actually. Sebab doa itu juga usaha. Usaha untuk tawakal kot. Hahaha. Sometimes hati pun tak tenang. Tapi you kena yakin, Allah buat mcam tu bersebab. Allah itu adil. You akan dapat yang setimpal dengan apa yang you usahakan. Allah lebih tahu, benda itu baik atau buruk untuk you. Allah boleh ambil apa yang you ada sekarang, gantikan dengan benda yang lebih baik atau buruk. Depends on you.

Sometimes Allah holds you back temporarily until the road is safe and clear to continue. Be thankful for the stall.

After all these happened, I can see changes in myself. I was so eager to show everyone hw good I can be. Hw much I’ve changed. Hw deep my ego have sank. But I knw, Allah stall it for something good to happen. I hope for istiqamah.

These are the lil changes I get. I sayang diri  I yang sekarang. More outspoken like, hey iloveyou, hey imissyou, hey you look gorgeous, yang sebelum ni kalau dengan kawan2 baik, ihateyou, idontmissyou, you look fugly. Hahahah. I spend most of my night talking to atyn about life, and half of it about anime. Kbai.

It's convocations day.

Assalamualaikum. This day, is the day I’m gonna remember forever. It’s my bittersweet memories. And this is the day I made my promise.

I bangun awal gilaaa. Sesudah solat Subuh, terus gerak pergi PICC dengan Anep sebab kitorang dah pernah experience convo day dekat picc ni banyak kali. Parking memang susah kalau datang lambat. Abang kakak ktorang pun memang convo kat PICC pun. Haha. Since kereta Anep ni takdo sticker convo (as dia bagi parents dia, and I bagi parents I).. this car is sticker-less. Macam naked car masuk event bahahahahahahahahahahaha. Maigadd. Tapi time tu takde orang jaga parking. Sebab awal gila kott! Orang pun macam tak bangun tidur lagi. Hahaha.

Kenapa pergi sendiri-sendiri? Tak pergi dengan parents. Well, dulu convo dip dah ada experience. Dengan nak pulang jubahnya, settlekan itu ini.. so ktorang tak nak parents ktorang terpaksa tunggu sampai tengah hari untuk ktorang settlekan hal ktorang. Sebab banyak benda gak kau kena buat lepas convo senanya.

1.       Kau kena beratur like 30-45 mins untuk ambil gambar rasmi yang kau dah bayar 180 hinggit! (tu tak masuk cite students yang kurang oksigen kat otak, tak boleh nak fikir orang beratur lama, main suka hati jumping Q. waktu tu students medicine pharmacy tak silap I yang buat macam tu. Dalam hati dah maki kaw-kaw tapi senyum je wehh yang sis boleh buat. Sodehhh. I sampai tanggal kasut sebab lenguh gila dgn kasut tinggi) – sejenis yang tak gheti nak pkai heels@wedges.

2.       Pemulangan jubah. This is where segala mak nenek pin susuk yang kau sepit, kau tanam, kau kambus dan kau sorokkan, kau kena keluarkan. Perempuan memang pin dia, pergh. Boleh buat akupuntur satu badan. Bahahahahahahahah. Punyalah nak jubah tu duduk terletak baik je kat badan. Tak nak topi jatuh, ada la dalam 3 4 pin jugak sis bercucuk tanam. Nasib tak tercucuk flesh sendighii.

3.       Ambil transkrip. – I skip sebab time tu dah tengah hari do. Dah letih.

4.       Pengurangan Mara- sepatutnya boleh buat time tu. Tapi as I said, dah letih gila. Dengan kaki melecet lagi.

5.       And time ni la kau akan jumpa kawan-kawan kau. Hahaha. Waktu pre-convo tk jumpa. Sbb UNIKL ni besar. So bercampur aduk dengan students fakulti lain waktu ambil jubah and rehearsal.

So nak suruh parents tunggu lagi ke? Tanak laaaa! I made mess earlier kot.

Lepas habis dalam dewan, mama called and kata mama ayah tunggu dekat ‘Bawah’ tempat tadi. I ingat mama tunggu dekat tempat yang memula ktorang sampai PICC. Tempat waktu nak sarung jubah tu. So gigihlah turun 4-5 tingkat hingga ke bawah. Plus time mama call tu, orang ramai. Macam dalam konsert so memang suara tak dengar sangat.

Dah sampai bawah, tengok mama ayah takde. So I call balik. Mama kata mana? They were so mad bagitau yang dorang tunggu dalam dewan. As referred ‘bawah’ tu sebab tempat duduk dorang dekat bawah sekali untuk parents punya tempat. Misunderstanding there. But it cause bitterness.
Time tu rush nak naik balik dewan, tapi mama cakap tak payah. Mama ayah turun kat tempat tadi. So I calmly wait. And bila I nampak dia orang.. you know it was heartbreaking for me. Nak menangis, tapi I tahan.

“Adik tak dengar tadi. Adik ingat ma cakap bawah kat sini.” – I explained.
Ayah didn’t look at me at all. AT ALL. *clearing throats jap*
“Ayah dengan mama tunggu dalam dewan sampai orang tutup lampu dewan!”- ayah tetiba cakap. I know he was mad as hell.
And dalam kepala I time tu, kau bayangkan mak ayah kau tunggu kau patiently but you didn’t come. They wait, but you didn’t come. You know the waiting.. hmm. Kepala I crack time tu. Masih try untuk tahan nangis.
“Dahlah. Pergilah pulang baju. Ayah nak balik.” Ayah walk away to exit. Mama pandang I. Dia faham apa I rasa.
“Mama dah cakap dengan ayah. Sebab ramai orang.. so maybe adik tak dengar. Tapi he wont listen. You tau ayah you.” -mama.
“Ma, this is my degree. I said this earlier adik malas nak pergi convo tapi mama ayah force me to. Ayah siap beli lense kamera baru to get a good shot of me atas pentas kot. And he ended up nak balik?” mata I time tu dah merah. Ain, you’re so gonna remember this yr entire life.
“PErgilah cakap dengan ayah.” -mama.
So I pergi dekat ayah yang dah tunggu mama dekat exit.
I wont tell u guys what I said to ayah cz it’s so so so sad for me to remember. But I did minta maaf banyak kali. Banyak kali. Hugs and rayu untuk amek gmbar dengan ayah mama sebelum pulangkan jubah. Cz we didn’t get a chance to have a pic of me wearing jubah deg dgn mama ayah lagi. So I melted a bit. Heheh.

Ambil few shot gambar, and jumpa dengan family Anep, family Era je tak dapat jumpa.. entah mana dia pergii. Kalau tak we would have 3 best friends family picture! Hahah.
After that, I burst in tears. Really-really. I never, I repeat, I NEVER EVER EVER menangis depan ayah. Depan mama pernah, but once.. this year juga. 2017. It’s a very hard year for me. That I cried so hard to her sampai dia terkejut sebab tak pernah tengok anak dia can melt this way. It tooks me 3 hrs to calm myself. Hahaha. She asked me why, but my personal thingy, I tak cerita dengan my parents. Untuk jaga semua pihak. She gave me milo ais. “Sejukkan hati panas you tu.”- mama as always hard core -.- dalam lembut-lembut nak pujuk tu, ada juga perli, ada juga marahnya. Haha.
I anak bongsu of two. I ada abang, and me. Only. Orang selalu anggap I ni anak manja, spoil brat and so on so on. I don’t give a damn about that. Cz I deserve to be as manja as I want with my own parents. Tapi I’m not that kind of manja. Yang suka peluk mak, peluk ayah, cakap I love you, I miss you. No. I malu sendiri untuk buat macam tu. Hahaah. I don’t know why, tapi rasa malu. Haha. Okay back to story.

I peluk ayah and menangis as hard as I can. Minta maaf again and again.
One sentence, just one.. yang buat I sentap and so so so down.
“Ayah kalau mati ni, sebab adik la. Kasi ayah sakit jantung.”
It was a sad day for me. *wipe tears*  again, kau anak.. minta maaf. Minta maaf banyak kali yang kau boleh. Kalau I’m the one yang akan causes ayah heart attack, I rather die first ayah dari sakitkan hati ayah. Yeh.

Nangis sampai sedu-sedu tapi ayah gosok belakang badan. “Dah.. dah.. jangan buat macam ni lagi.” Ayah give up tocer kepala anak dia. Hahah.
And I made my promise. Adik takkan berhenti sampai degree. Master PHd, u name it. I’ll give it to you.

Besar do janji tu, ain. Tapi yeah.. besar lagi shayanggg adk kat ayah. Hahah. That’s my bittersweet memories. Balik dari konvo tu pun gaduh balik dengan ayah sebab tak puas hati cast star wars. Hahahahahahaha.

Selamat masuk 2018 ain. Assignments are waiting, thesis are waiting, classes and stress gonna be yr bestttt friend angat.


Anak-anak ibu, ni untuk atok nenek awak. And fr you guys jugak. Tak payah la pegi sekolah, kita home schooling je k. mihmihmih. Kbai.

Pre-Convo


Assalamualaikum. My blog dah berhabuk same as my keyboard. Yeh well, I’m gonna talk about my pre-convo and convocation day! Yihh.
I’m sure gonna read this bila I’m getting older and remembered all these moments. Okay, journey I for degree start dekat Unikl Business School. Tapi sebelum tu, nak cerita dulu kenapa I pilih UNIKL.
Lepas habis diploma kat KPTM Bangi, dah sedap-sedap berhutang dengan sugar daddy I, yakni MARA.. rasa macam payahhhh sangat nak berpisah dengan this one sugar daddy. Hiks. Waktu kat KPTM, I study under UiTM so papers and books, yuran and exams semua UiTM punya. Dahlah yuran murah, duit sara diri banyak pulak tu. (Thanks MARA, yeh I’m paying you back currently. Jgn risau, this baby you raise aint forget to pay her debt. Mihmih) dibandingkan dengan kawan yang study kat UiTM induk, berhutang dengan PTPTN, (hutang memang sikit, tapi duit sara diri pun sikit so parents kena topup every month whereas, mine tak payah. RM620 tak silap I dapat montly. Takkan tak cukup lagi???!) habis belajar, takde potongan macam MARA untuk bayar balik. So silalah mohon loan dengan MARA kalau MARA still kasi pinjam. Haha.
So habis diploma, I dapat offer ke UiTM BERTAM for my degree under OM (operation management). Tapi I turned that down untuk sambung belajar kat UNiKL Business School (UBIS) sebab dua reason.
1.       Someone
2.       MARA
Bila kawan-kawan I yang lain seronok beronok-ronok nikmati cuti semester UiTM yang bapak panjang gilaaaaa, I kat UBIS sendu hujung katil siapkan dokumen untuk naik sem baru waktu cuti sem yang hanya 2 atau 1 minggu. Sodehhh.
First semester done, dengan yuran bernilai RM6,000 satu semester.. I gagah naik ke semester 2. MARA bayarkan dulu, sebab tu gagah kot. Kalau tak dah bergolek jatuh tangga dah. Kahkah. Mid sem 2, dapat offer sambung lagi yang jauhhh dari Malaysia. Course Finance. Time tu macam, what the hell ain.. finance kot. This is yr truly golden dayyy ever as kau nak gemuk  dalam salji, jadi ranting waktu autumn, kepala kau tumbuh bunga waktu spring dan sunburn bau ayam goreng waktu summer! I think tru a lot and lot lot lot lot. And I turned that down too. With reasons. Ya know I was so naïve that I thought if I let my hands go for what I have right now and go for this finance thingy, I’m gonna lose it forever. But I’m wrong. Kunfayakun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. It’s all in the past ain.
Okay so gagah kaki naik ke sem 3 dan 4. With long and short semesters (this part yang bilamana kawan UiTM kau sedap berguling dalam selimut waktu cuti sem dan kau kena panjat tangga pergi kelas untuk 2 bulan short semester. Dang!!) , I’m done with bachelor of entrepreneurship and management thingy.

Ups and downs, (ade eh?) long and short, bukit dah panjat, laut dah selam, tanah je belum gali. I graduated dengan my two best friends. One, yang I bawa since diploma. One yang I treasured waktu second semester degree. Alhamdulillah sampai sekarang she’s one yang I boleh rely and she’s married! Yeay.
Pre-convo kita orang tak se-gah students lain. Dorang siap hire cameraman untuk photoshoot kot. Berbaring-baring abang cameraman tu nak amek gambar engkorang tetengah panas lit-lit lepas amek jubah konvo.
Kalau bukan sebab si Era sorang ni, memang aku takkan ada gambar pre-convo kot. Hahaha. Nak, tapi malas. Faham tak? malas nak panjat bukit tinggi untuk cari tempat yang cantik, malas nak sarung jubah yang nak kena atur itu ini, pin sana sini. Malas nak iron jubah yang baru dapat lagi. Ngihh. Dah gard ni, semua jadi malas. Bahahah.
So jadi juga atas rengekan budak ni, naik semula ke Taman Saujana apetah kat Putrajaya. Rasa nak tergelak bila Anep park kereta kat bawah. All the memories flushed back and flooded my benak kepala yang dah karat ni. Tetiba mata si rosnurul ain ni bersinar bak permata. Kechingg kechingg!
Kau ingat lagi Anep? Kau bawa aku pergi sini sebab nak picnic dengan tart kau tu. Beli mcd, makan atas bukit kot. Dengan tali kasut masing-masing sebelah putih, sebelah pink. Tak cukup tu, satu bukit tu kau bawa aku pusing semata nak cari pondok tapi semuaaa pondok unavailable. Banyak pula orang buat picnic waktu tu.
Alih-alih duduk bawah pokok rhu sampai dedaun kering dia jatuh atas makanan aku. Cerita panjang-panjang sampai nampak ada husband and wife bawak baby dengan troli kejadah dia tu >.< gigih nya habang hakak panjat bukit dengan menda tu. Hahah.
Lencun do. Okay so time tu I pun tak rajin nak meneroka sekali lagi taman tu macam 3 tahun lepas, kami pun just bergambar kat alley. Berbantukan kamera phone si Era ni. Hahahahah.

Okay done pre-convo. Selesai tu, ktorang balik untuk sejukkan badan dalam IOI Mall Putrajaya dan melayan dua kakak-kakak kesayangan ni yang baru nak masuk umur 24. Hahahahahaha. Happy belated birthday yana sado!


End. IT’S GONNA BE CONVOCATION DAY ON NEXT POST!