So lets begin.
I’m in third semester in Diploma which I first time jumpa this guy.. but since sem 1 I dah dengar his name which is my best friend ni kalau balik kelas, bukak je pintu bilik takde benda lain nak cerita. ‘Awak tahu tak hari ni kita kena buli, dorang sorokkan buku kita sebab kita buat akaun laju sangat.’ hahaha. Memories.
My first time jumpa budak ni I was wearing something pink. I rarely duduk satu meja dengan lelaki yang i tak kenal or tak nak kenal. Hahaha. So sementara tunggu class, which in third semester we started to join the class together, I lepaklah dengan this human being sebab my bestfriend. Kesian pulak dia asyik nak beralih meja nak layan i, nak layan her friends lagi.
So yeah. My first time tengok dia ni, dalam kepala i ada satu benda je. ‘Skinny gila.’ skinny like a drug addictor tau tak. I dont have any intention of getting to know deeper pasal dia ni or nak kawan dengan dia. Sebab yeh, I know how universities life works. You get to know each other, help each other and if you silap langkah, DOOMED. You jatuh. Hatii.. Hahahahaha. Takdelah tipu je tu. Adik2 dont be scared to know your surrounding.
Alright. First meeting, done.
Before this, I know pasal lelaki ni cz my friend dari bilik sebelah kept coming to my room to meet my bestfriend and talked about this guy. Crush maybe. Ahahaha. So heh.. I tau la abit about it but doesnt intent to interrupt or amek tahu.
My life was amazing in Bangi. That’s the best moment ever. Oh i wish i can turn back time and appreciate what i have. Heh. But life doesnt work that way honey. You been tru, you learn, and you correct it. Thats the only thing you can do.
During my fourth semester, this guy told my bestfriend that he wanted to join our group yang dah ada 5 girls untuk any assignment purposes, or study. Mula mula i was a bit macam, ala takyah la lelaki. Nanti buat masalah la. Kerja tak siaplah apalah. But she said that he was okay and fine and good and boleh kasi komitmen, kerja siap on time etc.. All the good ceritalah. I hate it at first thou. Sebab i tak suka kerja dengan lelaki. First limited. I tak boleh nak discuss openly buat lawak bodoh or lawak girl stuff dah. And i have this kind of terrible attitude which i reallly reallly reallllllyy enjoy hitting others. Hahahahaa. So i taknaklah lelaki tengok, eh minah ni pakai macam tu macam ni, tapi perangai nauzubillah. Hahahaha. In conclusion, i am terrible. Haha
Then we started our first group assignment, and things go well. And we learn about each other. The best assignment dengan dorang is during my Creative apa tah subjek tu. Where we producing bags, brouch, slippers, anak tekak hahahahaha from DURIAN! And we baked durian muffin and it is lovely! Waktu bulan puasa pulak tu buat. That one during semester 5 i think. He had girlfriend and some of our girls oppose it sebab kaklong dok bising jangan kapel, nak exam ni nanti tak fokus blablabla. Hahaha.
Yeh waktu dia ada girlfriend, i do like him. Because he showed his commitment, responsible ( I know it sounds weird, tapi dia protective), and i pernah ckp to my besfriend that, bestnya kalau i ada boyfriend yang even ada kelas, keluar kelas kejap belikan makanan untuk i, semata. Weh best doh. I macam princess gitu. Ye la sebab sebelum ni i experience having long distance relationship where that guy duduk atas kapal and communication is limited to email only. Without pictures pulak tu. Maksudnya tak boleh hantar gmbr. Text only. Haha. Sadis. So dia rasa macam bestlah kita ada orang yang boleh share something on that time. Aku nak skang, skang jugak aku dapat. Haha.
Back to the process making the durian bags and all. Waktu tu i was so annoyed dengan his stupid jokes, i tepuk.. No, i hempuk belakang badan dia sampai dia hampir tersungkur. Hahaha. I do feel sorry. Sorry sangat. But the thing is, i have my ego where all people hate it and im not easy to say im sorry. My bestfriend knows well. The worst part, is that i kawan dengan my bestfriend ni nearly 10 yrs tau. Boleh kira guna jari kiri sahaja how much i said sorry to her. Boleh kira beb. Thats how ego i am. But shes fine with it. And im kinda sorry for her sebab even i buat salah, i screw up, fucked up, dia jugak yang say sorry. Ill change that. Okay? No more ego.
He kinda mad at me that time. Boleh nampak kat muka dia. Tapi dia gelak. Serius dia gelak. Maybe sebab i kawan dia je kot so dia macam tak kisah. Kot? Hahahahaahah. Or dalam hati dia sebenarnya dah plan nak pancitkan tayar kereta i? Hahahahahahahah. Thats the beauty of having this 5F+A family. I really really love this group so much.
After some time, balik cuti semester, we texted each other. Boleh kata everyday. But zero objective. Hahaha. Mesej bodoh-bodoh je. He types my name and i type his. Hari2. Hahahah i dont know kenapa i layan mesej bengong dia. Haha. Sometimes we exchange recipes. I guess it just the reasons for contacting each other.
He said he really love brownies. And im so bad at baking. Ada one time tu ayah pegi terawih, i tak pegi. Sibuk baking kek coklat kononnya. Then bila ayah ketuk pintu, the oven dah bunyi, ketinggg! Dah masak en. So ayah bukak pintu, i bukak pintu oven. You bayangkan asap hitam berlari-lari ke muka i and all around the house. Ayah cakap i burnt the cake to hell. Hahahahaha. Im so suck buat kek. Tak pernah menjadi.
So waktu tu dah baiklah dengan this guy. I anggap dia adik. Yeh i know, i like him. Tapi i tak bodoh. I respect his relationship and i minimize my contact dengan dia as much as possible. Contoh, kalau nak call dia tanya apa-apa ke, i akan mintak my besfriend yang call kan even guna number i. Duduk semeja pun, i just talked to him bila my bestfriend ada. Hahaha. I beli 2 box of all purpose flour. 2 bars chocolate, and 1 bars white chocolate. And other stuff too. I baked 2 times, failed. Failed yang mmg tak boleh makan kek tu. My mum kata i membazir sbb asyik buang the cake. But hey, tomorrow birthday this little guy. So i redo, and entah lah. Takdelah jadik sangat cz the bicarbonate pun berketul lagi. Kahkhakha. But heh, masa dah suntuk sebab i nak kena packing untuk balik Bangi from Penang. Then i belajar how to squeeze chocolate atas kek. Konon wish birthday. And wallahh. Thats the first cake ive ever made dengan jayanya walaupun tak sedap hahahahahahahahahahahah. And the first person yang dapat kek from me, which i baked it, is him. Not even my mum. Kelakar kan?
And, i deliver to him lepas i touch down bangi. Believe it? Tak kan? Hahahahaah. Tak nyempat2 tu. Takut kek cair. Hahaha. Cairlah angat. I rasa mcam keras batu je. Haha.
I like this guy sebab kalau i mintak dia terangkan any topic, he successfully terangkan to me dgn i fully understand. Bagus dia ni. The last 5th semester, i mula rasa tak selesa dengan dia. Which i know if i biarkan, i know i akan love strucked and ofc i yang akan kecewa kan. He already got gf kot. Cantik pulak tu. So slowly, i started to hate him. Sem 3-5 i kawan bukan main huha huha baik. Akhr sem 5, i bencikan dia. Thats the only way. But my cikgu said, never hate. Nanti dah besar kawen. Hahaha. I’ll tell you the next story.
Latest Post! Check it out!
HAI BLOG
Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni. Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again. Atleast aku tak dapat...
Pages
Friday, May 27, 2016
Friday, May 20, 2016
Oh TGV, I Jatuh Cinta
Kau ingat life ni semua indah ke? Baik belaka? Tak langsung. Kau kalau harapkan cerita yang ada twist dgn climax yang bom kebabom benda tu takde kat sini. Hahahahaha. Ini santai tau. Cerita aku tak seronok langsung. Tapi suwitnya tu ada la. Kau nak tengok betapa gigihnya seorang perempuan?
SEBULAN. Genap sebulan aku putus cinta. Sadis. Aku ingat ni lelaki sehidup dia mati dulu. Tapi sayang. Penat tau aku menanam benih cinta. Hari-hari aku siram dengan baja-baja cinta tak terperi. Sebulan juga aku menangis tak henti-henti. Tak sangka percintaan seminggu berakhir begitu sahaja.
“Cat, kau nak pergi mana?” ah penyibuk ni, pantang betul tengok aku cantik sikit.
“Keluar kejap. Pergi pasar.” jawab aku.
“Amboi bukan main lagi kau dress up.” sindir si tahi lalat Uzma.
“Jumper aje pun. Baju aku tak cuci lagi.” megah jawabku.
Tak lama kemudian, Uzma ketawa terbahak-bahak. “Kau ingat kau kereta? Nak pakai jumper? Itu jump suit, begok!” teguran penuh kepedasan macam megi korea yang acah viral tu. Sedap ke megi tu? Isu halal pun tak habis-habis lagi. Boleh lawan sambal belacan mak-mak Melaka kita tak? Tak pernah rasa ni. Heh.
“Kau tutup gigi besi kau tu sebelum aku sorokkan anak berus gigi kau (berus gigi kecil untuk si pemakai braces). Biar kau jumpa doktor dengan daging melekat-lekat kat celah gigi, sampai bau mulut kau pun boleh buat doktor kau pengsan.” ugut aku. Uzma hanya menggeleng sambil tersenyum.
“Belikan aku susu kotak. Susu dah habis.” pinta Uzma sebelum aku keluar rumah.
“Ah kau. Cepat aje susu habis. Aku beli susu untuk diminum. Bukan untuk ditenyeh kat muka kau. Kau ingat muka kau kenyang ke kena tepek dengan susu?” geram pula aku.
“Tu la kau. Tak reti nak jaga kecantikan semula jadi. Susu tu natural stuff untuk putihkan kulit kau tau. Tu sebab kau kena tinggal. Tak reti jaga muka.” padu betul ayat Uzma.
Aku toleh belakang tengok Uzma yang sedang bersantai di atas sofa.
“Beli sendiri.” dengan muka selamba aku terus keluar rumah. Biadab.
AKU tak sangka pula si Fly fm ni bawa kereta aku sampai ke AEON AU2 tanpa aku sedar. Lama aku duduk di dalam perut kereta. Asalnya tadi nak pergi pasar kan? Tapi dah cantik-cantik ni, takkan nak pergi pasar aje semata? Biar padan muka si Uzma kat rumah sorang-sorang. Aku tak nak kisah. Biadab lagi. Walaupun bercinta seminggu aje, tapi cinta aku suci tau. Berani dia mengotorkan kesucian cinta aku.
Tangan pantas scroll telefon bimbit. Aplikasi TGV dibuka. Ah kasi can la nak lepas tension. Aku baru putus cinta kot! Ish. Senarai filem terpapar di depan mata. Okay. Aku nak tengok ini. Satu movie dah diputuskan untuk ditonton.
Kaki pantas keluar dari perut kereta dengan laju. Jarum jam tangan menunjukkan pukul 11.50 am. Wayang nak start pukul 12.15 pm.
“Cik, saya nak tengok Common War pukul dua belas suku.” laju aku buat pesanan.
“Berapa orang cik?” tak sempat dia nak cakap selamat datang pun. Kihkih.
“Seorang.” jawabku. Lelaki di kaunter sebelah terus pandang ke arah aku. ‘Eh siut. Pandang-pandang pula. Entah apa dia fikir dalam kepala dia sekarang.’ Aku biar tebal muka.
“Common law, 12.15 pm untuk seorang ye cik.” tiket diberi kepada aku setelah selesai pilih tempat duduk dan bayaran.
“Terima kasih.” aku lalu di belakang lelaki yang bagi aku slanted eyes tadi. Sempat aku jeling sampai mata aku pedih ah.
Aku tunggu hall 5 buka. Eh sebenarnya dah 5 minit buka. Heheh. Kaki aku pantas berjalan ke arah seorang lelaki yang ditugaskan untuk periksa tiket.
Saat aku hulur tiket pada lelaki itu, mata aku macam kena paku weh. Eh bukan. Salotape, stapler, gam gajah, gam tembak, gam kasut, gam kayu, dililit dengan dawai dan tali rafia, tak cukup dengan tu, tali kapal sekali lilit pandangan mata aku ke matamu. Waduduuu.
“Cik? Cik?” panggil lelaki itu dengan melambai-lambaikan tangan depan wajahku.
“Hah?”
“Lepaskanlah tiket tu. Saya nak check.” beritahunya lembut. Kalau lelaki bergetar tulang rusuk, aku bergetar-getar jantung. Jangan luruh sekarang, jantung. Jangan.
Perlahan-lahan aku lepaskan tiket untuk dikoyakkan tepinya.
“Hall 5 sebelah sana ye.” senyumannya, Masya Allah. Subhanallah. Allahu Akbar. Kalau aku ada waktu zaman Nabi Yusof, aku tak tau la jantung aku ni berdegup macam mana.
AKU tak tahu hujung pangkal cerita ni macam mana. Yang dalam kepala aku ni mamat tadi aje. Tak sedar diri. Padahal datang sini sebab heartbroken kononnya. Aku cakap telefon bimbit. Nak tengok jam. Lah, baru lima minit ke? Bila boleh keluar ni? Niat nak tengok budak tadi aje.
Aku bersandar di kerusi TGV. Tapi kepala tak habis pikiaq la. Cerita baru mula 20 minit. Resahnya tak tahu lah kenapa gatal sangat. Miang keladi. Aku bangun dari kerusi dan keluar dari pawagam.
Kaki melangkah perlahan-lahan ke arah budak lelaki tadi.
“Err, cik. Toilet kat mana?” tanyaku. Pergh nak ngorat tanya toilet weh!
Lelaki itu kerut dahi. “Sebelah cik aje toiletnya.” dia tunjuk ke arah kananku. Tanda toilet bukan main besar lagi. Eleh sebenarnya bukan tak nampak, bukan tak tahu. Saja butakan mata, bodohkan diri. Hiks.
Lekas-lekas kaki melangkah menuju ke bilik air. Belek-belek tudung, terus keluar balik. Bila dah keluar, kaki berjalan macam siput mengesot. Bukan main lembab. Sempat aku tersenyum bila dia pandang. Ini perempuan miang. Kids, don’t try this at home. You’re better than her.
Hampir dua jam lebih di dalam pawagam. Kaki dah naik kebas. Jemari dah naik beku sebab kesejukan melampau. Keluar aje dari pawagam, mata takde tempat lain nak pandang. Belakang badan pun jadilah asalkan dapat pandang. Bukan main cepat hati kau move on kan, Cat??
Aku berlari ke kaunter lagi. “Saya nak cerita Town Book pukul 3.” aku pantas hulur duit.
Tiket kedua.
Sekali lagi kaki menapak masuk ke dalam pawagam. Adakah sindrom gatal dan gedik ini terhasil dari hormon yang mengeluarkan darah haid?
Tak peduli,
“Pelik ke tengok saya masuk lagi?” aku bertanya.
Dia hanya senyum.
“Nama apa?”
“Hm?” dia pulangkan semula tiket kepadaku.
“Nama.” ulangku.
“Addy.”
“Bukan main nama macam omputih. Nama sebenar apa? Syahidi?” aku ketawa kecil. Tapi dia langsung tak ketawa.
“Memang nama saya Addy.”
Aku muka kelat terus masuk ke dalam hall 3. Ish. Malu pula bila dia tak gelak. Rupa macam pasif semacam aje ni. Nak melawak pun tak boleh.
Kaki pantas mencari tempat duduk.
Tambah lagi hampir dua jam di dalam panggung wayang.
Mata boleh tahan berpinar juga. Kelibat lelaki itu masih kelihatan.
Cepat-cepat aku keluar dan berlari ke kedai buku. Beberapa buku dipilih dan dibeli sebelum berlari semula ke TGV. Tiket ketiga dibeli.
Untuk kali ketiga aku menapak hingga ke hadapan lelaki tadi. Addy namanya.
“Hai again.” sengihku.
Dia hanya tersenyum.
“Saya ada beli barang. Nak letak kat dalam almari boleh?” yes memang aku ada agenda aku sendiri. Yakni lepas habis movie, aku nak ambil barang and minta nombor telefon dia. Kalau dia tak kasi, aku tekad untuk terus berlari ke kereta dan tak datang lagi ke TGV ni. Tapi kalau dia kasi, Alhamdulillah jodoh mungkin. Kakakakakaka.
Tak boleh minta sekarang. Kalau tak nanti malu aku bertimpa-timpa lepas keluar panggung.
Jarum jam menunjukkan pukul 8 malam. Dengan harapan aku menapak keluar dengan senyuman lebar. Tak sabar rasanya.
Laju menapak ke almari yang bertempat di belakang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya.
“Awak. Saya nak ambil barang.” acah feminin lembut dan sopan santun untuk memikat hati sedangkan kebenarannya seorang yang kasar, panas baran dan kelelakian.
Lelaki itu berpaling. Ya Allah punah harapan aku! Hancur berkecai-kecai tinggal kenangan aje.
“Mana lelaki yang ambil tiket siang tadi?” tanyaku. Harap dia masih ada di sini.
“Shift dia dah habis petang tadi. Ni dah malam, saya pula yang ganti. Cik nak ambil barang ye?” lelaki berlesung pipit sebelah pipi aje tu tersenyum. Aku sengih tak ikhlas.
Aku pantas ambil buku dan terus balik ke rumah.
“KAU pergi pasar tani ke pasar malam ni? Dah pukul 9 malam baru sampai rumah. Barang takde pun!” Uzma garu kepala.
“Diamlah. Aku heartbroken lagi.” Aku ambil tempat di sofa berkembar dan terus meniarap.
“Hah, heartbroken apa lagi? Bila pula kau bercinta lagi? Subuh tadi bukan main menangis bagai nak rak.”
“Cinta aku baru nak berputik, Ma. Terus kena cantas!” muka aku serupa cili giling. Lunyai dah.
“Kau ni merepeklah.”
“Aku beli susu. Aku nak tepek kat muka aku malam ni sampai aku putih melepak macam kau.” beritahu aku sambil mengeluarkan setin susu pekat manis dari dalam beg.
“BEGOK! Kau nak tepek apa dengan susu pekat manis, wahai pak pandir oii!” Uzma luku kepala aku. Sakit jugaklah.
“Susu juga. Susu kotak cepat expired. Pakai susu tin la. Bancuh banyak kali pun boleh.” jawabku.
“Kau tepeklah sendiri. Esok muka kau bengkak-bengkak kena gigit semua kau jangan nak menyalak kat katil aku.” Uzma geleng kepala dengan tawa mengilai tak habis.
Aku mencebik. “Susu tin tak boleh ke? Susu juga.”
JARUM JAM menunjukkan pukul 11 malam. Lampu bilik sudah terpadam. Bunyi kipas syiling berpusing membuatkan aku sedikit susah nak tidur. Bila entah tuan rumah ni nak repair kipas ni. Hari tu kata nak buat. Tak buat-buat juga. Aku nak buat sendiri, tak kasi. Mengada.
“Ma.” panggilku. Harap Uzma tak tidur lagi.
“Apa?” kelihatan sedikit cahaya dari katil Uzma.
“Kau tak tidur lagi ke?”
“Takdelah. Aku dah tidur. Ni aku mengigau stalk insta perempuan cantik. Pahal kau?” kan dah kena setepek.
“Ma, macam mana aku nak cari insta si Addy tu eh?”
“Zaman sekarang kan dah maju. Insta, Twitter, Facebook, Google Yahoo semua kau boleh guna.”
Aku terdiam sebentar. Terus telefon dicapai. Macam-macam hashtag aku cari dalam Instagram. #AddyTGV #Addyhensem #AddyTGVAeon #AddyTGVAeonAU2 #Addy #Addykiut #AddyyangsebenarnyaSyahidi #AddysukaCat #AddyCat #AddyILoveYou #Addymanaawak #AddyICariYouNi #AddyIMengantuk #AddyInakTidur #AddyEsokICariYouLagi #AddyITakBolehTidur #AddyINakCariFBYou
Aplikasi Instagram ditutup. Geram pula bila tak dapat cari apa yang dicari. Laman Facebook pula dibuka. Habis digodak semua termasuk Facebook TGV.
“Uzma!!!!!” Uzma yang baru saja beberapa saat melelapkan mata terus terbeliak dek terkejut dengan jeritan aku.
“Kau ni pahal? Dah tengah malam la gila!”
“Aku dah jumpa! Aku dah jumpa dia!!!”
Bersinar mata aku bila nama muka yang dicari-cari. Sengih sampai ke mimpi.
HARI kedua kat TGV.
“Hi, kita jumpa lagi.” Aku menyapa Addy. Dia hanya tersenyum. Eh murah betul dengan senyuman. Kalau jadi boyfriend aku ni, memang aku tak kasi dia kerja ni dah. Dok sengih-sengih kat minah mana entah nanti.
“Tiket cik.” mintanya.
“Hari ni saya tak beli tiket. Saya nak jumpa awak.” aku terus terang.
“Hm?” jelas terpancar rasa pelik di wajah Addy.
“Awak Addy Usman?” tanyaku. Dia bertambah pelik.
“Ye.”
“Awak takde girlfriend kan?” direct.
Dia geleng. Aku senyum.
“Umur awak berapa?”
“17. Baru habis SPM.” PAP! Macam ada satu batu besar gedabak tiga puluh juta kali ganda dari badan aku hempap aku dari atas.
Aku bilang dengan jari. 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26. 9 tahun beza?!!! Aku ingat dia umur lebih kurang aku sebab muka matang!
Maksudnya, waktu aku darjah tiga, dia masih baby???? Waktu aku form 5 dia darjah 2????
Aku sengih kambing. Rasa aura hitam mendung di atas kepala. Longlai aku berjalan menuju ke lot parking. Wajah sugul.
Sampai aje ke pintu kereta, aku terdengar perbualan kereta sebelah.
“Muda-muda awak 10 tahun muda dari saya pun, sebab awak suami saya tetap hormat awak. Awak jangan risaulah abang.” ujar wanita itu kepada si suami. Aku terus celik. Aku berlari pantas ke TGV semula macam Naruto lari. Belum lagi aku keluarkan cakura aku.
Termengah-mengah aku berdiri tegak macam tiang bendera depan Addy.
“Umur tak membezakan apa-apa walaupun saya ni tua 9 tahun dari awak.” aku sengih walaupun sudah letih teramat. Aku lompat tiga anak tangga sekaligus kot. Power tak power.
Addy hanya senyum sambil menunduk.
Lelaki lesung pipit sebelah yang kerja shift malam tu menyiku Addy dari belakang dengan sengihan nakal.
“Dia last kerja hari ni. Dah nak fly Dublin pagi esok.” lelaki lesung pipit itu yang tolong beritahu. Sekali lagi awan gelap berkumpul di atas kepala. Terus aku tertunduk.
Addy ketawa kecil. Eh lembut gila dia ketawa tau. Sopan sangat. Muka dia pun tenang aje.
Tiba-tiba aku rasa macam ada benda di atas kepala aku ke kiri dan kanan. Aku dongak ke atas sebab dia lagi tinggi dari aku. (Anak-anak muda sekarang terlebih makan calcium ke sampai tinggi melangit? Aku pelik betul) Tangannya mengusap kepala aku. Aku terkesima.
“Saya habis belajar In Sya Allah lima ke enam tahun lagi.” beritahunya. Bulat mata aku umpama diberi harapan. Aku keluarkan jari sekali lagi. 26, 27, 28, 29, 30, 31. Aku umur 31 tahun baru kau nak balik?!!!!!
“Lepas tu dalam 2 tahun saya kumpul duit, saya cari awak.” okay itu maksudnya dia suka aku juga kan?? Kan? Tapi 31 tambah 2 = 33 tahun. Aku terkedu. What the heck!
“Kita tunang 2 tahun, lepas tu kita kahwin.”
33 tahun tambah 2 tahun = 35 tahun. Orang lain dah nak timang cucu, aku baru nak timang anak?
Muka aku terus lunyai. Dia ketawa.
“Hey. Umur tak membezakan apa-apa.” ujarnya. Heh. Tak membezakan apa-apa????
Macam nak menangis kat situ juga.
Addy ketawa lagi.
“Nak hantar saya pergi KLIA tak esok?” soalnya.
Aku yang menunduk dengan muka macam dah kena tumbuk lima belas ribu point tiga kali mendongak. Anggukan aku lemah.
“Nama akak apa?” tanyanya.
AKAK?!!!!
Kau tahu? Setiap tahun aku pergi Dublin tiga kali ziarah dia dalam masa 3 tahun. Maksudnya 9 kali aku ke sana. Mak dia yang berkeras nak dia habis belajar, kerja dulu pun sampai dah cair meleleh tengok usaha aku punya nak jaga anak teruna dia. Dapek jugak green light. Teheeee. So harapan la aku nak kawen dalam usia 20-an walaupun dah hujung-hujung 20-an. Hehe.
“Na kalau kahwin dengan D, Na duduk mana?” tanya bakal mak mertua. Orang lain panggil aku Cat. Catrina. Calon mak mertua aku ni sebolehnya nak nama ikut kemelayuan. Anak dia bukan main lagi Addy, D. Heh. Tapi takpe Catrina sayanggg mak. Kakakakaka.
“Na ikut Addy la.” sengih aku.
“Kerja Na?”
“Berhenti ajelah. Kerja kat sana.” Senang betul jawabku. Muka mak dah berubah. Okay dia nak bertukar jadik singa dah.
“Na ada kawan yang boleh tolong Na dapatkan kerja kat sana. Benda dah dalam proses pun mak.” beritahuku dengan sengih hingga ke telinga.
“Hmm.” hujung-hujung mata aje mak mertua aku ni pandang aku.
“Jangan nanti menyusahkan D pula.”
“Takdelah.” geram memang geram. Tapi mak mertua ni. Kau jangan main-main.
KEPAK KEPUNG KEPUNG KEPAK bunyi kompang. Silat bukan main lagi macam ballet. Addy yang di sebelah dari tadi senyum tak henti. Baguslah kau bahagia. Aku pun bahagia. Hahaha. Aku sempat jemput ex’s aku semuanya. Kahkahkah.
Selesai semuanya, kini tiba masa balik ke tanah kedua milik suamiku. Eceh suami. Segan pula nak panggil abang. Terasa awet muda pula. Kakakaka.
Baru seminggu di Dublin, apartment yang kami duduki dah kecoh.
“Asal pula?!” bentak aku.
“Asal pula tak boleh?” Addy sama naik.
“Tak bestlah!” aku tutup radio.
“Bestlah!” Addy tekan semula butang play.
“Ei lagu macam orang tua!” pelik aku bila si Addy ni layan lagu english 80’s. Kau tahu tak lagu 80’s macam mana?
“Dari awak berlagak muda?”
Aku senyap. Mata dikecil. “Amboi abang. Sedap mulut mengata. Ingat tak dosa ke?” perli aku.
“Awak tinggi suara tu ingat tak dosa?” jawab Addy selamba.
“Ambillah radio tu. Ambil-ambil. Telan sekali biar lagu berdendang dalam perut abang.” aku keluar ke balkoni dengan shawl dililit bodoh-bodoh. Buaiyan menjadi tempat untuk aku membuang pandang ke luar. Beberapa minit kemudian, lagu terhenti. Addy berjalan menuju ke balkoni.
“Benda macam ni la yang kita kena hadap kalau kahwin muda. Pemikiran tak matang. Sikit-sikit nak gaduh.” ujar Addy sambil duduk di lantai dengan menongkat tangannya di peha aku.
“Tolong sikit. Awak yang kahwin muda. Saya dah tua.” Aku peluk tubuh.
“Itu la pasal. Itu yang saya pelik. Saya yang tua ke awak yang tua? Tak matang semacam aje budak kecil ni.” Addy dongak ke atas memandang aku.
Aku tersengih. “Awet muda.” jawabku.
Addy ketawa. “Agaknya lah, awak dok panggil saya abang hari-hari, jadikan saya macam lagi tua pula. Start esok panggil saya adiklah.” Addy sengih.
“Luku mau?” Aku kecilkan mata.
“Dah jangan nak tukar topik. Bangun. Belum habis kemas lagi tu.” Addy bangun dari lantai.
“Tak nak lagu oldish lagi.” aku peluk tubuh ketat-ketat.
“Lah tadi suruh telan radio supaya boleh main lagu tu 24/7.”
“Abang jangan saya guna pisau operate abang tu untuk belah perut abang keluarkan radio.”
Addy gelak.
thankyou tgv
Subscribe to:
Posts (Atom)