Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, February 6, 2014

Dendam Cinta 13


Persediaan semuanya sudah selesai. Dyla merenung jarinya yang diinaikan. Seboleh-bolehnya dia ingin menyembunyikan perihal nikahnya dengan Alfan dari Shah. Biarlah orang lain tahu statusnya, tapi jangan Shah. Entah.. Kadang-kadang dia masih berharap jodohnya panjang dengan Shah.
"Dyla." Adilah masuk ke bilik Dyla.
Benar apa yang Alfan katakan. Dia uruskan semua. Nikah mereka diadakan di hotel di mana kenduri akan dijalankan. Lebih mudah kata Alfan.
"Dah ready?" tanya Adilah sambil membetulkan tudung Dyla.
"Cantik warna inai kau. Jeles aku. Berseri gila pengantin ni!" puji Saadah yang dari tadi sibuk membetulkan baju jubahnya.
"Dia orang kasi pakai inai apa entah." jawab Dyla.
"Kejap, nak cari seseorang." sambung Dyla. Dia mencapai telefon bimbitnya.
Dyla  : Alfan?
Alfan : Yes dear?
Dyla         : I'm getting married kejap lagi.
Alfan : Nervous?
Dyla   : Hope you're here.
Alfan : I'm here. Orang dah sampai at your kenduri.
Dyla  : You're here? Seriously?
Alfan : Yeap. Bila nak majlis ni? Orang lapar tau.
Dyla  : :') I need you.
Alfan : You're going to get someone yang always gonna be by your side, soon.
Dyla  : Orang tak tahu lah, wak.. I'm scared. Half of me nak lari. Half lagi paksa untuk terima. I don't know.
Alfan : Just believe in Alfan.. I mean, your future husband.
Dyla   : Alfan, help me.
Alfan : What?
Dyla  : I can't do this.
Alfan : Maksudnya?
Dyla  : I need to run. Help me.. Please.. Help me!
Alfan : You know it's not gonna happen kan Dyla?
Dyla  : Akan jadi kalau awak tolong!
Alfan : Think of your parents, Dyla.
Dyla  : Kenapa awak back up Alfan ni? Please.. I need to get out of here!
Alfan : Dyla, sila matang! You all grown up!
Dyla sepi. Tidak tahu nak balas apa.
"Dyla? Jom turun." Adilah sudah tunggu di muka pintu bilik hotel.
"Kejap."
Dyla  : I wish I'm marrying you rather than Alfan egoistic.. I regret that I dumped you.
Alfan kelu. Telefon bimbit digenggam. Bibirnya diketap.
'I wish to be your husband, Dyla. Saya harap dan sentiasa berharap.' bisik Alfan sendiri.

"ALFAN, ready?" Alif yang sudah siap berbaju melayu masuk ke bilik penginapan Alfan. Majlis dijalankan di Johor. Memudahkan kedua orang tua Dyla.
"Dah." Alfan memakai songkoknya. Kaki melangkah keluar dari bilik menuju ke dewan.
"Berdebar?" tanya Alif yang menemani adiknya.
"Tak pernah rasa berdebar macam ni."
"Well, dulu abang pun tiga kali lafaz baru nak lepas." Alif ketawa sendiri. Alfan kerut dahi. Dia mana ada waktu abangnya berkahwin. Dia masih di Ireland ketika itu. Tidak dapat balik kerana sedang menghadapi peperiksaan.
"Teruknya sampai tiga kali!" Alfan turut sama ketawa.
"Well, sekarang mungkin rasa berdebar aje. Tunggu nanti bila dah genggam tangan juru nikah. Rasa nak lari pun ada."
"Itu abang aje yang rasa nak lari. Orang lain mana ada sampai nak lari." Alfan mengusik.
"We don't know yet." Alif sengih.

SEBOLEHNYA Dyla menyembunyikan berita pernikahannya daripada pengetahuan Shah.  Tapi ada yang lebih bijak...
"Shah!" bibir Dyla terbuka sedikit. Matanya bulat. Senyuman Shah menambah perit hatinya.
"Orang kawan awak, kan? Kenapa majlis besar macam ni tak ajak? I want to be next to you and always the one who'll support you.. Even during your wedding day." tulus betul kata-kata Shah.
"Macam mana Shah tahu pasal majlis ni?" jemari Dyla yang merah menyala dengan inai digenggam-genggam. Cuma menyorokkan merah itu. Mata Shah perasan apa yang cuba Dyla sembunyikan. Namun senyuman tetap dihadiahkan.
"Your future husband yang ajak."
'Mulut capoi punya egoistik!' getus hati Dyla.
"Masuklah. Majlis nak mula kejap lagi." tegur Shah. 'Eh, macam dia pula yang nak kahwin.' Tapi kaki ini betul-betul berat untuk melangkah masuk ke dalam masjid.
Lelaki bersongkok hitam, berbaju melayu putih bersampin krim yang sedang bersalaman dengan hadirin mencuri pandangan dirinya. Senyuman sinis meniti.
Bahagianya jadi orang yang berpengaruh. Jadi orang yang ada duit.
"Duit mampu beli kebahagiaan. Sekaligus boleh meragut kebahagiaan orang lain. Lucky me, I have that power and you don't."
Kata-kata Alfan dua bulan lepas betul-betul menjadi kenyataan. Kebahagiaan Dyla kian hilang. Hilang bersama kuasa yang lelaki muda itu miliki. Kebahagiaan yang diragut...
"Dyla, duduklah cepat. Majlis nak mula dah." gesa Puan Dalila.
Dia hanya menurut sedangkan mata memerhati tingkah bakal suami yang kini merasakan kejayaan miliknya.
Selangkah dia mendekati bantal berbentuk segi empat tepat itu, seinci terasa jantungnya ditikam. Orang yang berada di dalam dewan turut menjadi saksi.
"Okay. Semua dah ada.. Bolehlah kita mulakan majlis." bicara tok kadi.
Bebola mata Dyla hanya dialihkan diantara dua lelaki. Shah dan Alfan. Disaat tangan Alfan bersalaman dengan tok kadi, tubir mata Dyla mula terisi dengan air.
Pandangan Dyla kini tidak lepas dari merenung Shah yang menjadi saksi. Kenapa harus Shah? Kenapa kena Shah yang menjadi saksi? Alfan lebih pandai menyakitkan hati.
Air mata akhirnya jatuh ke pipi biarpun belum keluar perkataan sah dari mereka yang terlibat setelah dua kali mencuba. Shah memandang Dyla dengan pandangan redup. Tidak merelakan...
'Ya Allah, bahagiakan aku.' Doa Dyla.
Tapi Shah sedar, dia silap membiarkan Dyla pergi ke dakapan orang lain. Penyesalan yang tiada kesudahan hanya boleh ditebus dengan membiarkan Dyla mendapatkan kebahagiaannya dengan orang lain. Bukan dirinya.
Shah mengangguk ke arah Dyla meminta gadis itu kuat biarpun dia sendiri hampir menitiskan air mata. Melihatkan riak muka Shah, Dyla kelu. Kenapa baru sekarang dia sedar? Kenapa baru sekarang dia tahu perasaan lelaki itu. Hanya tahu perasaannya setelah dia sah menjadi isteri orang.
Dyla menggenggam bantal di bawah dudukannya. Dia mengetap gigi menahan hati yang cuba meronta. Terasa ingin menjerit.
Kertas dihulurkan kepadanya. "Tandatangan." ibu tersenyum.
"Jangan la menangis macam ni. Kahwin aje, masih boleh balik rumah ibu." kata ibu mententeramkan.
'Ibu, bukan itu.. Bukan itu yang akak risaukan. Bukan itu yang akak sedihkan. Perasaan akak, bu. Perasaan akak yang bertahun lamanya tersimpan kemas tanpa ada orang tahu.. Hari ni terkubur macam tu aje. Meskipun akak baru tahu yang hati akak tak bertepuk sebelah tangan.'
Gigil tangannya mencapai pen. Alfan hanya menjadi pemerhati. Bibir diketap. Kepalanya diangkat. Wajah Shah dicari. Namun lelaki itu hanya tersenyum. Menambah luka hatinya.
"Macam mana perasaannya ditinggalkan? Kau tak faham. Tapi sakitnya sama dengan meninggalkan orang yang kau sayang. Dalam keterpaksaan."
Air mata Dyla menitis. Peritnya tidak terkira. Kerana kelancangan mulutnya, dia menerima padah. Tapi apa yang cuba lelaki itu sampaikan? Hanya kerana dendam itu, dia mempertaruhkan kebahagiaan seseorang?
Air mata menitis lagi.
Selesai semuanya, mereka menadah tangan sama-sama mengaminkan doa yang dibaca imam.

"SEMOGA BAHAGIA." ucapan Shah untuknya ketika berdampingan dengan Alfan seringkali bermain dalam kepala. Baju kurung krim masih terlekat di tubuhnya. Sikitpun solekan dan pakaiannya tidak diusik. Dyla duduk di birai katil dengan hanya merenung kosong lantai.
Pintu bilik terbuka tanpa ketukan.
"Dah jadi isteri orang, jangan pula nak teringat lelaki lain." Alfan meletakkan songkok di atas almari solek. Mukanya dibelek kiri kanan di hadapan cermin.
Dyla tidak membalas. Dia terus melayan perasaan. Alfan toleh ke belakang. "Aku cakap dengan tunggul ke?" soal Alfan.
"Apa perasaan awak sekarang?" tanya Dyla dengan pandangan masih merenung lantai.
"Perasaan?" Alfan mula mengorak langkah mendekati katil. Lantas tubuhnya dihumbankan ke katil.
"Seronok. Seronok sangat." Alfan baring dengan kedua belah tangannya menjadi alas kepala. Pandangannya ke syiling.
"Hidup seseorang tu, hanya mainan untuk awak?"
"Hmm. Tak juga. Tapi hidup kau, yes." jawab Alfan. Menitis air mata Dyla. Lantas dia bangkit dari katil.
"Enjoy." kata Dyla sebelum keluar meninggalkan bilik. Alfan hanya menghantar Dyla dengan ekor matanya.

DI DALAM dewan setelah usai majlis tadi, Dyla mencari-cari kelibat Alfan. Tapi tidak jumpa. Alfan balik dulu ke? Dyla masuk ke bilik penginapannya di mana ada Adilah dan Saadah yang sedang mengemas beg pakaian.
Alfan entah layan perasaan menang dia tu dalam bilik dia, apa. Mendengar kata-kata Alfan sebentar tadi di dalam bilik lelaki itu, menyakitkan jiwanya.
"Adah, nampak phone aku tak?" Dyla menggeledah katil yang agak berselerak.
"Ada dalam beg aku ni." Saadah yang menyimpan telefon bimbit Dyla segera mengeluarkan telefon gadis itu.
"Nah, cik puan." usik Saadah. Dyla cebik.
Dyla  : Where are you?
Alfan : Here <3
Dyla  : Jangan main-main. Where are you now?
Alfan : Hahah. Bilik..
Dyla  : Alfan!
Alfan : Hahah. Kenapa?
Dyla  : Awak balik dulu ke?
Alfan : :) sorry..
Dyla  : Sampai hati.. I thought boleh jumpa..
Alfan : You look gorgeous, by the way.
Dyla  : Outside. Inside, I'm miserable.
Alfan : Egoistic Alfan's gonna take care of that miserable.
Dyla  : Heh =.=" dia panggil Shah to be the saksi tadi. Dia tak pernah even once fikirkan hati orang.
Alfan : Bahah. Okay la tu.
Dyla   : He's torturing me sikit-sikit tau tak.
Alfan : Hahah. He loves you.
Dyla         : No he's not.
Alfan : Tengok the way he looks at you pun dah tau.
Dyla  : Tak nampak mata dia waktu akad nikah tadi? Penuh dengan agenda!
Alfan : Hahaha. Itu panahan asrama namanya.
Dyla   : Asrama?
Alfan : Sorry, typo. Asmara!
Dyla  : Haha. Don't try to be funny sekarang. =.="
Alfan : Hey. Saya lelaki. Saya tahulah..
Dyla  : Hmm..
Alfan : Tadi.. You were saying.. Awak lebih rela kahwin dengan saya dibanding dengan your husband, aite?
Dyla  : Don't bring that up after saya dah sah jadi isteri orang. Tadi tak reti nak reply.
Alfan : If I help you untuk lepaskan diri dari your husband, would you be mine?
Dyla terkedu.
Dyla  : No. Lupakan what I've said earlier.
Alfan : Haha. Kidding. Pergi dekat husband la kiddo. Ada pula Whatsapp lelaki lain.
Dyla  : Apa lelaki lain? You're like my abang and my best friend now tau tak.
Alfan : Oh! How terharu me!
Dyla  : Haha.
Alfan : You've been crying a lot kan kiddo?
Dyla  : Pretty much..
Alfan : Try to get along with your husband.
Dyla  : Hmm.
Alfan : Don't you dare hmm me.
Dyla  : Susah la..
Alfan : Apa yang susahnya? Get along aje.
Dyla  : Urgh.. Dia dengan kepala dia.. Payah lah.
Alfan : Haha. Which one yang better? Me or him?
Dyla  : Now what? Awak nak saya compare kan dia dengan awak? My husband and you? Gila. After all, I'm his wife.
Alfan : Back up dia la ni?
Dyla  : Urgh.. Shut up. Orang nak kemas barang.
Alfan : Hahah. Aright kiddo. Love you :*
Jemari Dyla kaku. 'Suka hati ikan kering sambal belacan dia aje nak love you-love you dekat aku siap dengan kiss. Aku dah kahwin baru nak kiss kiss cenggitu. Gila.'
Dyla buang perbualan itu. Tegak pula bulu roma rasanya. 'Lelaki ni jenis suka spesies isteri orang ke apa.' Fikir Dyla.

"MALAM ni kita tidur sini. Esok baru kita balik KL." kata Alfan. Dyla baru sahaja pindah masuk beg pakaiannya ke dalam bilik Alfan. Ibu bapanya sudah pulang ke rumah. Adilah dan Saadah masih di bilik hotel yang sebelum ini mereka bertiga huni. Kononnya pakej percutian.
"Malam ni kau tak boleh tidur dengan kita orang dah. Kau kena balik bilik suami kau. Tingkah bawah aje. Sila tukar bilik ye sayang." Adilah menolak beg roda Dyla ke hadapan pintu.
"Makan dalamlah dengan kau orang ni. Kau halau aku bulat-bulat? Bagilah aku tidur sini malam ni." rayu Dyla.
"Tak boleh- tak boleh. Kau dah berlaki. Jangan nak mengada." giliran Saadah menghalau.
"Malam ni aje? Pleaseeeeee." sekali lagi.
"Nope!" serentak Adilah dan Saadah. Rayuan ditolak mentah-mentah.
"Kau nak aku buat surat rayuan ke baru nak kasi aku tidur sini malam ni?" dahi Dyla berkerut.
"Kau bagi surat ada cop Agong sekalipun, kita orang tak benarkan. Sila ke bilik anda." Si Adilah menolak beg Dyla ke luar bilik. Saadah pula menolak tubuh Dyla keluar. Sebaik sahaja kaki Dyla berdiri di kaki lima hotel, pintu bilik ditutup rapat. Adilah dan Saadah sama-sama gelak.
Dyla tolak begnya ke tepi katil. "Saya datang bilik ni bukan dengan rela eh. Adilah dengan Adah yang halau." beritahu Dyla. Alfan bersandar di kepala katil dengan kaki melunjur. Komputer riba berada di atas paha.
"Hmm." hanya itu yang dijawab Alfan.
Sewaktu Dyla sedang memunggah bagasinya, dia terdengar suara dari dalam komputer riba Alfan. 'Aku macam tahu aje ni bahasa apa.'
Dyla menoleh. "Korea?" soal Dyla. Alfan menjeling.
"Kenapa?" Alfan masih menyombong.
Dyla gigit bibir bawah. Dia kembali menggeledah. Tapi dalam diri, dia ingin tahu.
"Cerita apa?" tanyanya.
"Marry Him If You Dare." jawab Alfan.
"Seriously? Cerita tu tengah ongoing kot." Dyla mula berminat.
"Setiap Isnin dengan Selasa akan keluar. Download ajelah."
"So you do follow k-drama?" apa yang nak dicari Dyla terbantut.
"Few."
Dyla mengangguk. "Dah episod berapa?" Dyla cuba curi tengok.
Alfan menarik komputer ribanya supaya Dyla tidak dapat lihat.
"Sebelas."
'Sebelas?! Aku baru dapat tengok sampai empat! Itu pun 'beruk band' terkemut-kemut asyik nak kena buffer penantian tiada penghujung aje aku rasa.' omel Dyla sendirian.
"Tu download lah?"
"Yup." jawab Alfan malas.
Dyla muncung bibir.
"Jangan muncung bibir tu. Ikat karang jadi macam Woody Woodpecker."
Terus Dyla kemam bibir. 'Nampak aje. Sedangkan mata dok fokus dengan skrin laptop. Hish!'
Dyla tarik tuala dan baju-baju ke dalam bilik air.
"Dalam bilik air dah ada tuala. Tak payah bawa tuala lagi." tegur Alfan.
'Argh dia ni! Kalau tak malukan aku, tak sah!'
"Saya lebih selesa guna tuala sendiri." jawab Dyla untuk tutup malu.
"Ke memang tak tahu dalam bilik air ada tuala?" selambar Alfan bersuara. Mata masih di skrin.
"Okay fine. Memang saya tak tahu. So what?" Dyla cekak pinggang di hadapan pintu bilik air.
"Kan senang mengaku." Alfan letak komputer riba di sebelah dan mula baring mengiring. Letih agaknya duduk melunjur kaki. Dyla mengejek semula apa yang dikatakan Alfan.
"Buruk muka tu buat macam tu." sekali lagi Dyla terkena. 'Urgh! Macam mana dia nampak?'
"Skrin laptop aku pantul bayang-bayang kau." Alfan terlebih dahulu menjawab. Dyla genggam jemari yang merah. 'Aku benci lelaki ni.'
Kaki dihentak kuat sambil masuk ke dalam bilik air. 'Kalau nak lawan dengan lelaki ni, sampai esok pun tak habis.' Hilang aje bayang Dyla ke dalam bilik air, Alfan ketawa. Kelakar.

SELESAI mandi, Dyla memakai baju siap-siap dari dalam bilik air. Rambut yang basah dilap betul-betul. 'Jangan jadi macam dalam drama! Nanti tergoda pula dengan aku waktu rambut aku basah. Heh.' Berangan tak boleh nak tinggi lagi ke?
Keluar sahaja Dyla dari bilik air, matanya terpandang Alfan yang masih di atas katil dengan laptopnya. Melayan k-drama.
Dyla simpan semula baju kotornya ke dalam plastik dan dimasukkan ke dalam bagasi. Dia duduk di atas katil. Dalam bilik hanya dengar suara orang korea yang bercakap dalam bahasa yang Dyla dengan Alfan sendiri tidak faham.
Tiba-tiba bunyi yang datang dari perut Dyla mengatasi suara orang korea di dalam komputer riba. Dyla gigit lidah. Memalukan betul!
Alfan tahan sengih. Dia kemudiannya berhentikan k-dramanya dan bangun dari katil. Menu di atas kabinet kecil dicapai.
"Nak makan apa?" tanya Alfan terus tanpa lapik.
"Hm? Takpelah. Kenyang." Tipu Dyla.
"Kalau kenyang, perut tu takkan menjerit macam tu." Alfan masih membaca menu. Dyla cebik. Dia duduk bersila di atas katil. Tuala masih dilepuk di leher.
"Bagilah menu." suara Dyla.
"Kau tengoklah apa yang nak makan. Order aku benda yang sama. Aku nak mandi." Alfan terus ke bilik air selepas menyerahkan menu. Dyla baca satu persatu. Naik tercekik dibuatnya bila lihat harga di kanan menu.
'Nasi goreng kampung pun satu pinggan sampai tiga puluh ringgit? Nasi dia pakai beras Basmathi ke apa? Dia goreng pakai kuali emas ke?' Dyla garu kening.
Tapi dah itu aje yang paling murah dalam menu. Jadi itu pilihannya. Coke pun satu gelas sampai sebelas ringgit. 'Ini memang betul-betul cekik darah. Ini coke dia pakai cawan emas. Aku beli air gedegang (mesin) dekat kampus boleh dapat sebelas tin coke dengan sebelas ringgit ni. Boleh buat parti dalam kelas kot!'
Dyla membebel sendiri. Dia pandang telefon. Matanya terkelip-kelip. 'Er.. Nak cakap apa eh?'
Dyla angkat ganggang telefon. Jantungnya berdebar-debar. Dia letak kembali.
"Hello, cik. Saya dari bilik 243 nak buat pesanan." Dyla mencuba suara sendirian. Kemudiannya dia angkat semula ganggang telefon. Baru nak tekan nombor, dia letak kembali. Mukanya merah tak semena-mena. 'Malulah pula.'
Lama dia berpeluk tubuh. Nak call ke tak nak? Nak? Tak nak?
Sepuluh minit berlalu...
Alfan keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dipinggang. Dyla terkejut. Matanya dipandang ke skrin televisyen yang dia baru hidupkan sebentar tadi.
"Dah order?" tanya Alfan sambil mengelap rambutnya dengan tuala lain.
Dyla menggeleng. Dahi Alfan berkerut.
"Kenapa?"
"Malu." jawab Dyla.
"Lah. Malu kenapa?"
"Malulah." Dyla tarik bantal dekat ke dada.
"Bukannya dia nampak muka kau pun." Alfan tahan sengih. Dyla geleng kepala.
"Tak nak makanlah." terus dia tarik selimut menutup tubuhnya. Konon nak tidur. Alfan menggeleng sambil ada segaris senyuman di bibir.
Dia lompat ke atas katil hingga membuatkan tubuh Dyla juga terlompat sedikit. Ganggang telefon dicapai. Punat nombor ditekan.
"Hello? Ya.. Saya dari bilik 243 nak buat pesanan." bicara Alfan. Dyla pasang telinga dari dalam selimut.
"Nak makan apa?" Alfan menggerak-gerakkan Dyla. Gadis itu tolak selimut sedikit ke bawah menampakkan mata dah hidungnya.
"Nasi goreng kampung." perlahan suara Dyla.
"Nasi goreng kampung." Ulang Alfan pada operator. "Minum?" tanya Alfan lagi.
"Coke."
"Coke." Alfan mengulang. Selesai itu, ganggang telefon diletak.
"See? Operator tu tak makan orang pun." bebel Alfan. Dyla mencebik. 'Tunjuk powerlah tu?'
Alfan bangun dan mencapai pakaiannya. Dyla terus larikan pandangan ke tempat lain dan memberi peluang pada Alfan untuk pakai baju. 'Bukannya nak pakai dalam bilik air siap-siap.' rengus Dyla.

ENTAH bila masa dia terlelap, Dyla pun tak sedar. Tahu-tahu aje tubuhnya digerak Alfan untuk bangun makan. Dyla memisat mata. Letih dengan kenduri tak habis lagi.
"Nah." Alfan hulur pinggan yang besar dua kali ganda dari mukanya sendiri. 'Patutlah harga dia mahal. Ini bukan setakat nasi goreng kampung. Satay, ayam goreng, sambal udang, papedom, dengan sup cendawan pun ada. No wonderlah tiga puluh ringgit! Tapi coke, aku masih tak puas hati. Satu tin setakat taruk lemon slice nak charge sampai sebelas ringgit, ini aku tak boleh cerna lagi.'
Bila sebelah tangan menyahut pinggan itu, Dyla terbeliak mata. Nasib baik Alfan masih belum melepaskan pegangannya pada pinggan itu. Kalau tidak, rasanya perut ni berkeroncong elok dari irama nasyid terus jadi metal.
"Pinggan ni berat. Pegang dua-dua belah tangan." nasihat Alfan. Dyla ikut arahan.
Mereka berdua bersila di atas katil. Dahlah makan berlapik sebelah tangan. Berat pula tu. Memang tak la nak makan pakai sudu bagai.
Dyla kerling Alfan. Lelaki itu langsung tak gunakan sudu yang disediakan. Elok makan pakai tangan aje. Kain yang disediakan untuk alas pun turut sama disediakan tapi tidak juga digunakan.
"Makan aje pakai tangan." mata Alfan pada skrin televisyen. Dyla bangun dari katil dan mencuci tangan. Dengan lafaz bismillah... Omnomnomnom! Laparrrrr!
Usai menjamah makan malam, mereka berdua letak semula pinggan di atas dulang yang disediakan. Ada bunga orkid di atas kain.
"Dyla." panggil Alfan. Dyla yang sedang mencuci tangan, pandang ke arah bilik yang melihatkan susuk tubuh Alfan.
"Kenapa?"
"Isn't it obvious yang kita makan guna tangan instead of sudu and garfu? And we didn't even use the kain."
"So?" Dyla keluar dari bilik air.
Alfan sengih dengan gigi tersusun cantik. Dia mengambil sudu dan garfunya lantas dicedok ke dalam sisa sup dan sambal yang berbaki.
"Nampak macam dah digunakan, kan?" kata Alfan. Dyla ketawa.
"So tak nampak la kita ni kekampungan kebuluran sangat sampai makan guna tangan? Pandai."
Alfan mengibas-ngibaskan kain yang dilipat elok lantas dilap ke mulut yang sudah bersih. Dia mencalit sedikit sambal ke kain.
"Nampak kotor kan?" Alfan tunjuk kepada Dyla. Gadis itu ketawa lagi.
Alfan lompat ke katil. Ganggang telefon diangkat dan dia meminta orang untuk mengambil bekas pinggan mereka.
"Done." Alfan berbaring. Dyla mengukir senyuman segaris.
Mood lelaki ini susah dijangka... Selalunya dia dingin. Penuh dengan agenda. Sinis. Tapi malam ni, dia kebudak-budakan.

Saturday, February 1, 2014

Dendam Cinta 12

Awal-awal pagi lagi Dyla sudah bersiap untuk ke kelas. Kek dibawa masuk sekali. Tidak mahu Adilah atau Saadah nampak. Nanti banyak pula yang ditanya.
Baru kereta nak keluar dari pintu pagar, Dyla brek mengejut bila ada kereta yang datang dari kiri. 'Kereta aku tak habis kemek lagi, kau nak tambah kemek lagi ke?!' bebel Dyla dalam hati. Tapi dia tak berani keluar dari kereta. 
Alfan yang keluar dari Kompressor. Segera Dyla mengunci keretanya. 'Macam mana pun, apa pun yang jadi, jangan keluar dari kereta, Dyla!'
Cermin tingkap Dyla diketuk. Dyla tidak mempedulikan. 'Abaikan dia!' pandangan Dyla fokus di hadapan. Stereng kereta digenggam kuat.
"Nur Haidyla!" kuat suara Alfan. Ketukan bertubi-tubi mengena cermin kaca itu. Tapi Dyla tetap mengabaikannya. 'Sampai dia putus asa! Biar dia putus asa!' fikir Dyla.
Ketukan berhenti disaat mata Alfan tertacap pada kotak kek yang dibalut cantik bereben di tempat duduk penumpang. Makin geram dibuatnya.
"Kalau kau tak nak keluar dari kereta ni, takpe. Aku tunggu sampai kau keluar." Alfan masuk semula ke dalam keretanya. Dyla kerut dahi. Masing-masing membeku dalam kereta. Menunggu saat siapa yang mengalah dulu.
Lima belas minit mereka begitu hingga Adilah dan Saadah keluar dari rumah. Terkejut dengan itu, Adilah menghampiri kereta Dyla. Cermin tingkap diketuk. Dyla pandang ke kanan. 
Diturunkan cermin tingkap kereta.
"Kenapa kau tak pergi kelas lagi?" soal Adilah.
Alfan yang dari tadi memerhati Dyla terus keluar kereta dan mendekati.
"Adilah! Nanti aku call kau!" cepat-cepat Dyla menaikkan semula tingkap keretanya. Namun langkah Alfan lebih cepat dan memasukkan tangannya ke dalam cermin. 
"Hei gila! Keluarkan tangan!!" jerit Dyla. Cermin makin menghimpit tangan Alfan, tapi lelaki itu tidak sedikit pun berganjak. Segera Dyla menurunkan cermin tingkap semula. 'Karang kalau putus tangan lelaki ni, aku juga yang kena bertanggungjawab.'
"Awak nak apa?" kasar bicara Dyla. Adilah garu kepala. 'Ini tunang ke apa? Kasarnya masing-masing.'
Tempat mengunci pintu ditarik naik. Pintu dibuka. Lengan Dyla ditarik keluar dari kereta. 
"Awak ni gila ke apa?!" Dyla terpinga-pinga bila tubuhnya dipaksa keluar dari perut kereta.
"Aku hantar kau pergi kelas." mendatar suara Alfan. Adilah dan Saadah berpandangan sesama sendiri. 'Aku?'
"Saya boleh bawa kereta sendiri lah!"
"Jangan degil boleh tak?" Alfan menolak tubuh Dyla supaya masuk ke dalam keretanya. Dyla merengus. Tak mahu ditempik macam dalam hari tu. Alfan duduk di tempat pemandu.
"Kalau iya pun, matikan dulu enjin kereta saya. Buku saya pun tertinggal." Dyla toleh ke arah Alfan. Alfan masih dengan muka serius. Dia keluar semula. Kereta Dyla diundur ke belakang semula dan enjin dimatikan. Beg kuliah dicapai. Kek yang berada di tempat duduk dibiarkan.
"Nah." Beg dibaling kasar ke arah Dyla. Gear masuk satu.
"Kejap! Ada kek dalam kereta!" 
"Itu tak penting. Pergi kelas nak belajar, bukan berparti!" Alfan pijak padel minyak dengan kuat hingga tubuh Dyla yang tak sempat memakai tali pinggan keledar ke belakang. Dyla merengus.
Telefon dikeluarkan. 
Dyla : Adah, sebelum pergi kelas, tolong naik bilik aku. Ambil kunci pendua kereta aku dalam laci almari. Buka kereta aku, ada kek kat seat sebelah pemandu. Tolong bawa ke kelas. Nanti aku ambil. Thanks alot. Much love :)
Saadah : Kek? Bila kau buat kek? Okayy. 
Dyla : Adalah. Thanks again.
Aplikasi Whatsapp ditutup semula. 
"Kalau iya pun saya tunang awak, bukan bermaksud awak boleh buat sesuka hati awak pada saya. Sebelum kahwin, saya ada privacy life saya. Cuma sebelum kahwin, saya minta awak hormat kehidupan saya." Dyla cuba mengawal bahasanya.
Alfan diam.
"Saya akur. Saya akan bernikah dengan awak. Saya akan jadi wife awak. Saya akan jadi mainan awak bila awak bosan. Saya akan faham perasaan awak. Tapi itu bila saya jadi isteri awak yang sah nanti. Bukan sekarang. Saya ada kehidupan saya sendiri." meyakinkan lelaki itu bukan mudah.
Alfan diam lagi.
"Awak boleh permainkan hidup saya lepas saya jadi isteri awak. Lukakan saya sampai saya faham, sampai saya menyesal dengan kata-kata saya kat awak. Cuma bukan sekarang."
"Kau ingat aku kahwin dengan kau untuk permainkan hidup kau semata?" baru kini Alfan bersuara.
"Memang itu yang awak dari mula, kan?"
  Alfan kembali sepi hinggalah mereka sampai di kampus Dyla. 
"Tolong?" Dyla cuba sekali lagi. Alfan tidak menjawab.
"Keluar." Dingin suara Alfan. Dyla jeling. Dia tahu dia tak boleh yakinkan lelaki itu untuk berhenti mengganggu.
Pintu dihempas kuat. Dyla melangkah dan tidak berpaling langsung. 'Keras kepala punya lelaki!'
Alfan hanya memerhati. Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Hairul.
"Kejap lagi saya sampai." Alfan menekan padel minyak ke syarikat. 
"SHAH!" Dyla berlari-lari mendapatkan Shah yang baru nak menapak ke makmal. Lelaki itu seperti biasa dengan senyuman menawan berpaling. Tangannya terus ditadah.
"Hadiah?" minta Shah. Dyla ketawa kecil.
"Sorry. Hadiah takde. Kek ada." Kotak kek diletakkan di atas tangan Shah. Muka Shah yang senyum tadi perlahan-lahan pudar. Terkejut dengan pemberian itu.
"Happy birthday. Enjoy." Dyla sengih. Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa peritnya untuk senyum di hadapan lelaki yang dia tahu bukan miliknya ini. Takkan pernah jadi miliknya.
"Thanks. Buat ke beli?" 
"Buatlah. I have no time nak singgah mana-mana after balik kelas, okay." 
"I'll make sure untuk makan semua." 
"Buat. I'll be very appreciate. Makan sampai habis tau. Orang ada kelas ni. Nanti kita jumpa lagi." 
"Okay." Shah pandang belakang tubuh Dyla yang perlahan-lahan meninggalkannya. Kotak kek dibuka di situ. Matanya terkebil-kebil melihat kek itu. Terharu.
"DYLA, kahwin is about risking your life into someone's hands. Kau sure ke? Your youth life, freedom, single title.. Semua tu kau tak boleh nak nikmati lagi dah. Kau serius ke nak kahwin ni?" Adilah memegang erat jemari Dyla. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. 
"Aku dah fikir masak-masak." Mata Dyla fokus pada skrin laptop. K-drama yang menjadi kegemarannya ditatap puas. Dah seminggu lebih asyik berkepit dengan assignment. Baru kali ni boleh nak bermesra dengan K-drama.
"Baru pagi tadi aku tengok kau berkelahi dengan abang Alfan. By the way, dia pakai perkataan aku kot. Belum kahwin dah kasar macam tu." Saadah peluk tubuh di sisi Dyla. Matanya juga sibuk dengan si Lee Jun-ki.
Dyla diam sejenak. Mencari idea untuk menjawab. "Aku akan kahwin dalam masa yang terdekat ni. I'm not gonna ask you guys untuk jadi bridemaids bagai. Tapi aku nak kau orang ada dengan aku sentiasa waktu tu." ujar Dyla. 
"Hmm.. Ini keputusan kau. So kita orang pun tak boleh nak bangkang. Yang penting, kau bahagia." Adilah bangun untuk ke dapur.
'Aku bahagia?'
Hmm..
TERMENUNG seorang diri memandang langit yang sudah hitam kadang-kadang membuatkan fikiran ini kosong. Tenang sebentar. Tutor yang baru disiapkan disimpan semula ke dalam beg. Takut lupa nak bawa esok. 
Dyla menarik wayar pengecas dari telefon bimbitnya. Bateri dah penuh. Dia buka aplikasi Whatsapp. Mencari nama Shah.
Dyla : Shah?
Shah yang online masih tidak membalas. Dyla pasrah. Dia menutup kembali aplikasi itu dan bersandar ke dinding. 'Betul ke apa yang aku putuskan ni?'
Shah : Ye.
Terkejut dengan bunyi Whatsapp, segera Dyla buka. Dia senyum.
Dyla : Sibuk ke?
Shah : Ada exam minggu depan. Study sikit. Kenapa?
Dyla : Takde apa. Rindu dekat pakcik seorang ni haa.
Shah : Hahaha. Ingatkan apa tadi.
Dyla : Rindu orang tak? Hahaha.
Shah : Rindu. Dalam mimpi je. Hahah
Sayu. Entah kenapa kata-kata itu menyakitkan hatinya. Dyla paksa diri untuk tersenyum. 
Dyla : Cehh.. Pergi lah study. Goodluck!
Shah : Rehat kejap. Lepas makan baru sambung study.
Dyla : Belum makan?
Shah : Belum. Ni baru nak pergi makan.
Dyla : Okay. Hati-hati. :) 
Shah : Okay.
Dyla senyum. Mungkin dia ambil keputusan yang betul untuk mengakhiri penantiannya dengan memberi peluang kepada orang lain. Cinta itu boleh diajar, kan? Insya Allah..
Alfan : Kiddo.
Dyla tenung Whatsapp yang baru diterimanya dari Alfan si penyayang. Sekurang-kurangnya lelaki ni tak menyakitkan hatinya walaupun dia pernah menyakiti lelaki itu.
Dyla : Yaww. Kenapa tak tidur lagi?
Alfan : Kinda miss you. Dah lama tak Whatsapp.
Dyla : Haha. Really? Dah lama ke? Rasanya baru aje Whatsapp hari tu..
Alfan : Itu haritu... So cerita! How's your day?
Dyla : Not much. Finally I'm giving up kat Shah. I'm getting married. Soon.
Alfan : Wait. What?! Married?
Dyla : Yup.. Kelakar kan?
Alfan : Dengan siapa? Why so soon?
Dyla : Dengan egoistic Alfan. Why so soon? Entah lah.. Hahah
Alfan : Dyla, you know I'm here when you need me. Kenapa baru cerita?
Dyla : Cz orang baru decide tadi :)
Alfan : What happen? :(
Dyla : In order to protect Shah's status as a student, I'm getting married. And I finally realize, Shah just anggap Dyla as kawan. Not more than that. So, kenapa nak kena tunggu lagi?
Alfan : Dyla, kahwin bukan benda kecil tau.
Dyla : I know. Tapi look at the bright side.. Alfan is using me for his revenge sebab kata-kata Dyla. And Dyla pun gunakan Alfan to get rid of Shah away from my heart. I need to learn how to love. Tu je.
Alfan : Dyla terima sebab nak gunakan that Alfan?
Dyla : Why not? He's willing to help, by the way. 
Alfan : Kalau awak just nak gunakan dia, baik awak kahwin dengan orang. Heh. Can't believe I've been dumped, and you're now getting married to someone else yang awak sendiri tak pernah suka. Better me kot!
Dyla : Hahah. Funny. Jangan lupa gf awak..
Alfan : Baru gf, belum wife.
Dyla : Haha. Nanti orang hantar kad jemputan. Be there! Tau.
Alfan : Hmm. :) I just want you to be happy, Dyla..
Dyla : I am. I will. 
Alfan : No worries, orang mesti akan ada kat wedding awak. Wajib!
Dyla : Hehe.
Alfan : Don't act you're tough enough just to cover up your sadness. 
Dyla : Hahah. Takdelah. I'm okay. :D #grinned
Alfan : Tidurlah..
Dyla : Goodnight :)
Alfan : Goodnight, dear :)
 Bantal ditepuk-tepuk. 'Tidurlah wahai mata. Esok ada kelas pagi. Kau tak perlu risau lagi sampai bila kau kena menunggu. Tak perlu risau dengan siapa kau akan berkahwin. Cuma risaukan satu benda.. Macam mana kau nak belajar mencintai orang lain.'
Selesai membaca doa tidur, Dyla melelapkan mata. 
LAGU di dalam telefon bimbit Alfan bermain. Bibirnya turut terkumat-kamit bernyanyi. Dengan keadaan menelentang di atas rumput padang bola, bola tenis yang berada di dalam genggaman di baling ke atas dan ditangkap. Berulang-ulang kali.
"Hairul.." Alfan bersuara. Hairul yang duduk bersila di sisi hanya mendengar.
"Kenapa Dyla sukakan Shah?" soalnya. 
"Mungkin ada sesuatu yang Shah ada. Kelebihan pada diri dia." jawab Hairul.
"Dan aku takde kelebihan tu?" bila luar daripada waktu bekerja, Alfan menggunakan bahasa tidak formal pada Hairul.
"Kelebihan setiap orang lain-lain.."
"Apa kelebihan aku yang takde pada Shah?"
"Duit, pangkat, kuasa." Hairul jujur.
"Semuanya besar. Tapi Dyla sikit pun tak pandang."
"Dia lebih sukakan hati, mungkin?"
"Macam mana dia boleh sukakan hati seseorang kalau dulu dia pernah melukai hati tu?"
"Manusia berubah.."
"Tapi hati aku tak pernah berubah. Rasa sakit masih terkesan." ada air mata yang mula bertakung.
"Kita boleh belajar untuk menerima apa yang terjadi dan biarkan dia pergi macam mana orang pergi meninggalkan diri kita. Cuba jangan fikir." Hairul peluk kedua kakinya. 
"Lagi aku tak nak fikir, lagi sakit aku rasa. Aku masih tak boleh nak maafkan orang yang tinggalkan diri aku." 
Hairul senyap. 'Itu kalau kau tak boleh buat, memang sampai bila-bila lah kau rasa macam tu, bengong.' nak aje Hairul meluahkan. Tapi tak berani. Walaupun Alfan suruh dia bercakap sebagai kawan bila mereka di luar waktu bekerja, Hairul tetap tidak berani untuk berbahasa kasar dengan tuannya itu.
"Sorrylah minta kau teman aku malam-malam macam ni." Alfan kerling ke sebelah. Hairul senyum.
"Takde apa pun nak buat kat rumah tu."
"Kau takde girlfriend, Hairul?"
"Pernah ada."
"Pernah? Kenapa sekarang takde?" Alfan ingin tahu.
"Dulu saya bekerja dengan keluarga dia. Jadi bodyguard dia. Hanya saya seorang. Kami bercinta tanpa ketahuan keluarga. Sampailah company ayah dia ada krisis dan dia terpaksa terima family arrangement untuk selamatkan semuanya." Hairul termenung sejenak. Alfan diam sekejap.
"Dia dah kahwin?" tanya Alfan.
"Dah. Sebelum dia berkahwin, saya berhenti kerja. Dan hari dia berkahwin, hari saya mula kerja dengan abang tuan."
Alfan terpaku.
"Dia akan ada anak tak lama lagi." Hairul menunduk. Cuba menyembunyikan rasa perit yang dialami.
"Kenapa kau tak fight untuk dia?" Alfan bangun dari pembaringan. Dia duduk bersila di sebelah Hairul.
"Keluarga adalah elemen yang paling penting dalam diri seseorang. Cinta itu nombor dua atau tiga ke bawah. Siapa yang nak tengok keluarga berpecah-belah, hidup susah?" 
Alfan telan air liur. 'Ayah tak pernah fikir pun pasal tu.'
"Kau rasa lelaki tak boleh menangis ke?" Alfan menala ke langit. Hairul angkat kepala yang menampakkan matanya sudah merah.
"Menangis ajelah." sambung Alfan. 
Muka Hairul lantas berubah. Dan air mata mulai mengalir. Alfan bangun dari duduknya. Bahu Hairul ditepuk. Bibir dikemam.
"Stay strong." nasihat Alfan. Dia melangkah menuju ke keretanya dan membiarkan Hairul mengambil masa untuk meluahkan beban yang dirasakan. 
Air matanya juga mengalir bila dia keseorangan dalam kereta sambil memerhati Hairul dari jauh. 'Macam tu lah aku sakit, Dyla.'
PAGI-PAGI lagi Dyla sudah bersiap untuk ke kelas. Penantian yang bertahun lamanya berakhir semalam. Hari ni mulakan hari baru dengan penantian yang baru. Tudung yang sudah disterika diletakkan ke atas kepala.
"Dyla, abang Alfan ada kat luar." beritahu Saadah. Dyla diam. 
"Kejap lagi aku turun." 
Segera Dyla bersiap. Nafas ditarik dalam. Terasa puas apabila melepaskan. Dia mencalit sedikit lipbam ke bibir. Diketap bibir atas dan bawah beberapa kali untuk meratakan pelembap itu.
Kaki Dyla menuruni anak tangga satu persatu. Pintu rumah dibuka. Kasut dipakai. Dyla menghampiri pintu pagar dan membukanya sedikit. Dia mendekati kereta Alfan. Cermin pintu diketuk dua kali untuk menyedarkan Alfan yang memejamkan mata. 
"Kenapa?" tanya Dyla. Tak mahu bergaduh. Letih!
"Aku hantar kau ke kampus." 
"Hm? Takpelah. Saya ada kereta." Dyla menolak secara baik.
"Perlu aku paksa, baru nak ikut ke?"
Dyla toleh ke belakang. 
"Saya tutup pintu pagar kejap." Dyla mengalah. 
"Adilah, aku pergi kelas dengan Alfan tau." beritahu Dyla pada Adilah yang baru keluar nak pergi sidai baju.
"Okay."
Perlahan-lahan Dyla memboloskan diri ke dalam perut kereta. Pagi yang hening bertambah sepi bila kedua mereka tidak bersuara sedikit pun. Dyla sibuk dengan layan perasaan. Alfan entah apa yang berada di dalam fikirannya.
Lagu berirama rancak. Sampailah lagu Yuna berkumandang. Penakut.
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

'Baik aku lepaskan.' bisik Dyla. Pandangan dibuang keluar. Angin pagi yang menampar mukanya membuatkan dia rasa sayu dan air mata semakin mahu keluar.

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan 
'Tapi kau tak pernah ucapkan cinta. Kau hanya memahami, tapi tak selalu ada dengan aku. Bila aku betul-betul perlukan kau, mana kau menghilang? When I need you the most, where are you, Shah?'

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
'Ya aku penakut. Takut untuk mengaku cinta kat kau. Sebab kau cuma anggap aku sahabat di mana title tu takkan pernah berubah, Shah.'
'Saya nak kita jadi sahabat selamanya.' Kata-kata Shah setahun lepas nyata menyakitkan. Hanya sahabat untuk selamanya. 
Air mata menitis. Sedu Dyla tak dapat ditahan. Alfan hanya mendengar sedu-sedan orang di sebelahnya. Bukannya dia tak dengar bait-bait kata lagu itu. Dia dengar. Dia faham.
Dari jalan nak menuju ke kampus, Alfan menukar hala. Dyla sendiri tak sedar. Yang dia tahu, air mata tidak mahu berhenti menitis dan hatinya terasa berat sangat dan hanya boleh lega dengan menangis.
Alfan hanya menadah telinga mendengar bunyi sedu Dyla. Tangan kiri di atas stereng, manakala siku kanan di tepi tingkap sambil tangan menahan rambut yang terbang ditiup angin. Dia sendiri tak pasti apa yang sedang dia lakukan. 
Sepuluh minit kemudian, Dyla berhenti menangis. Dia pula perasan sesuatu. Mereka di atas highway!
"Mana kita nak pergi ni?" Dyla mula gelabah.
"Diam. Nak menangis, teruskan menangis." Alfan masih fokus matanya di atas jalan raya.
"Saya ada kelas."
"Kelas Anuar?"
"Encik Anuar." Dyla membetulkan.
"Nanti aku inform. By the way, dia tahu yang kita are getting married. So, tak payah risau."
"Awak bagitahu dia?!" membuntang mata Dyla.
"He's my uncle." 
"Memanglah. Tapi kita tak confirm lagi pun kan?"
"How can be tak confirm?" Alfan masih selamba.
"Saya belum really decide!"
"You've decided waktu kat kem lagi."
Dyla merengus. "Saya ada kelas lagi lepas kelas Encik Anuar."
"No worries. We'll be back before kelas kau start."
Mini Cooper dipecut laju. Dyla peluk tali pinggang. Kaki diangkat naik ke kerusi. 'Dia ingat ni Ferarri ke apa?'
SUNGAI CONGKAK? Dyla keluar dari perut kereta. Udara sejuk di luar di sedup dalam. Bibirnya mengukir segaris senyuman dan mati bila Alfan kini berdiri di hadapannya.
"What point bawa saya ke sini?" Dyla ke tebing sungai. Tak nak dekat-dekat dengan lelaki egoistik ni.
"Aku yang terasa nak datang sini. Suka hati aku lah." Alfan lipat kaki seluar. Dia mencelupkan kakinya ke dalam air.
"Bahayalah. Awak tak tahu ke kawasan ni banyak kes kencing tikus?" 
"Kau risau?" Alfan sengih sambil menoleh. Dyla peluk tubuh.
"Tak. Tapi saya tak nak menyusahkan diri sendiri nk kena heret awak balik rumah."
"No worries. You won't. Kalau nak kena pun, dia makan masa." Alfan makin ke dalam hingga seluarnya sudah suku basah.
"Awak nak mandi sungai ke pagi-pagi ni?"
"Nak join?" Alfan tepuk air hingga mengena Dyla yang duduk di tebing. Terus gadis itu bangun dari mencangkung dan berdiri jauh dari batang sungai.
"Jomlah balik!" ajak Dyla.
"Kita baru sampai. Enjoy lah kejap."
"Saya takde masa nak enjoy dengan awak." 
Alfan hanya sengih. 
"We're getting married soon, aite?" tanya Alfan. Dyla diam.
"Abang aku akan pergi rumah kau untuk meminang weekend ni." beritahu Alfan. Dyla masih diam.
"Aku settlekan semua for our wedding day." tambah Alfan. Dyla terus ke kereta. Meremang bulu romanya mendengar perkataan kahwin. Separuh dirinya masih belum rela, separuh lagi memaksanya untuk menerima. 


Tapi keputusan semua sudah dibuat. Terima sahaja apa yang bakal mendatang.