Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, December 25, 2014

PT3

Assalamualaikum.

Recent issue yang paling banyak aku tengok kat google, fb, twitter sekarang is PT3. So i looked up to see what is it. kesian kan, baru nak keep up dengan cerita. so sad.

So, it's stated that PT3 is a failure to our children, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang. Mansuhkan PMR, and start with PT3. hm.

So aku tanya seorang adik comel ni. How was it. Dia umpama hantar anak-anak kecik masuk universiti tau. belajar 4 bulan, seminggu study week yang takde past year sebab dorang ni the first generation yang amek PT3, lepas tu sit for exam. benda kalau kerja last minute, memang la haru. kalau start awal, rasanya it will be fine kot. KOT la kan. it's just sad sebab dorang budak. yang kena kejangkan otak, stress kan diri dengan all these kinda things. i feel you kiddo. well not at your age, tapi sekarang. but hey, i'm all grown up now and know well how to handle my stress.

Maybe ada reason kenapa kementerian buat macam tu macam ni. Dari kecik i've been told that UPSR, PMR and SPM is nothing. small the pieces kononnya. sebab result macam tu, A's tak menjamin apa-apa. well, im kinda disagree. kenapa?

Waktu UPSR, kalau result kau gempak, kau boleh masuk asrama yang hebat-hebat and of course cara pengajaran pun will be gebang gila kan? mcm MRSM, SBP. tengok kualiti student dia macam mana. budak sekolah harian pandang budak-budak ni hebat kot. mentality. i know. but hey, they're kids. their mind dont works like ours. So, it's been everyone dreams to enter that kinda school. Cara. yes. cara pembelajaran, pendidikan, surrounding, tak sama. So yes. UPSR counts. untuk kau dapat sekolah yang hebat. eleh jangan cakap lebih eh yang student2 uni ni. korg masuk uni pun memilih nak masuk IPTA je. =..= sanggup tunggu rayuan daripada IPTS kan? kan kan kan? instead of yuran, what else yang korang rasa IPTA is a good IPT? heh. see, you find the GOOD  one.

PMR. waktu ni, result aku cikai seh. haha. well, im an average girl. so result tak gempak, tak jugak teruk mana. bluergh. So, dapat result, dorang cakap benda ni rilek je. takde benda pun. tak jamin pekerjaan. hmm. kau tau tak, certain sekolah, kalau result kau tak capai certain gred, kau tak boleh amek aliran sekian sekian? and kau end up amek aliran yang kau lagi tak minat and and end up kau fail paper kau waktu SPM? hm. PMR leads to what course you'll be able to take untuk SPM. which is, after SPM, kau boleh sambung Diploma kau dari course yang kau pernah amek waktu SPM. tapi dah kalau waktu PMR, sains kau kureng-kureng, tak dapat smbung in aliran science eventhou kau tau kau boleh, PMR ni slack sebab kau main-main cinta monyet.. so kau end up burying your dreams. PMR takde makna eh kalau cemtu? yela, salah la jugak sebab main-main waktu PMR, tapi kata PMR is nothing? tk tentukan cita-cita. heh. nope for me. actually dari UPSR lagi adik-adik ni kena amek berat on their studies. cz these exams will lead you to who youll be.

PT3 ni, banyak budak fail maths and science and kementerian said it was a beginning. tapi permulaan yang baik. aku pun tak nak adik-adik aku jadik bahan ujikaji seh. permulaan yang baik, yes. tapi to those yang fail? is it permulaan yang baik? just like SPM, ada peperiksaan ulang tak silap for paper BM. paper july eh? tak ingat ah. why dont kementerian buat mcm tu. kesian seh budak2. they dont even get to be prepared.

tak boleh nak salahkan students jugak. jangan kata, ada yang boleh je straight A's, kenapa yang lain tak boleh? Allah kasi semua sama. tpi our mind dont work same as others. kalau semua sama, then semua boleh jadik Einstein. isnt? work hard? okay, letak seorang anak orang senang dalam satu kampung yang semua kau kena buat sendiri. makan masa tak untuk dia biasakan diri?
grading? luar ngra tinggi, sini rendah? nak buat cemtu, start dari dorg UPSR kalau nak buat. bagi biasa.

it's a sad beginning thou.

tapi hey. Allah knows what best for you guys. study still boleh sambung. so, do it with high spirit and take down those yang hebat-hebat waktu sekolah. kakaka. #evillaugh. waktu uni, kasi gempak. tak kisah la kos tu macam mana pun. asalkan ada kerja, and kerja yang baik, it's good enough cz interest can be developed.

Dulu kalau nak cerita, mak tanya, "adik dah besar nak jadi apa?" kalau perempuan, jawab "DOKTOR!" kalau laki jawab, "ENGINEER!" heh. kemahen kau punya doktor. end up degree in management and entreprenuership and im proud of it? kenapa? well, easy.

kau nak takkan jadik doktor kalau takde hospital. takkan ada hospital kalau takde arkitek. takkan ada arkitek kalau takde lecturer. takde lecturer kalau takde cikgu. takkan ada cikgu kalau takde anak-anak. takkan ada anak-anak kalau takde ibu bapa. and takkan ada ibu bapa kalau takde Allah.

berangkai isnt? so, everyone needs to do their job to fulfill others needed. so be whatever yang berguna dalam agama and nations and ofcourse to your parents. so this entry is for those yang rasa down dengan PT3.

you might have to change your plan sekarang, but you dont know where your new one will lead you to. it might be a success, tapi tak lari jugak dari failure. but hey, head straight, chin up. nothing's impossible. :D   *nari-nari*

masuk uni nanti, korang tau la cemana studynya. muehehe. sila masuk UBIS, cz we are awesome! kakak. -..- okay. study.


Sunday, August 24, 2014

Dendam Cinta 20

besar tertunduk-tunduk menahan sakit. 'Ada pula nak memancing waktu aku tengah PMS?'
"Akak! Tak nak join?" Aida mengejek. Dyle kerut dahi memandang adiknya yang sedang seronok main dengan air sungai. Alfan di tebing seberang sana memancing.
"Abang! Nak mancing dalam sungai macam ni tak banyak ikanlah." jerit Ira.
Alfan hanya senyum. Dyla mencebik.
"Jomlah mandi sekali, kak!" cadang Ira.
"Takpelah." Dyla melambai-lambai tanda tidak mahu turut serta.
"Asal tak nak mandi?" soalan Alfan yang muncul dari belakang secara tiba-tiba sambil duduk mencangkung di sebelah mengejutkan Dyla.
Secara automatik tangannya naik ke bahu Alfan. Kuat sekali pukulannya.
"Boleh tak kalau nak sergah tu, elok-elok sikit? Bagilah salam ke, apa ke. Ini tidak, kalau saya kena heart attack macam mana? Awak nak tanggung? Tak, kan?" bebel Dyla panjang lebar. Alfan sedikit terkedu.
"Sergah sikit pun nak marah. Dah kenapa?" bidas Alfan.
"Awak kalau tak menyakitkan hati saya sehari, tak sah kan? Awak memang suka sangat eh tengok saya sakit hati?"
"A'ah. Suka sangat!" Alfan senyum hingga ke telinga hingga menampakkan mata yang sepet kecil sekali.
Senyuman 'bahagia' itu menambah sakit hati Dyla. Entah kenapa anginnya satu badan.
"Awak nak tahu apa yang paling menyakitkan hati seorang isteri?" duga Dyla.
"Apa dia?" Alfan ingin tahu.
"Cerai." Dyla serius pandang mata Alfan. Lelaki itu senyap seketika.
"Nak sakitkan hati saya? Nak malukan saya? Ceraikan saya. Senang." Dengan senang hati Dyla mencadangkan.
Alfan mengalih pandangan ke depan semula. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman nakal.
"Kalau aku ceraikan kau, bila lagi aku nak buli kau?" tangan Alfan cepat sahaja menolak belakang tubuh Dyla sampai terjatuh ke dalam air sungai. BEDEBUSHHH!
Dyla mendongak memandang ke arah batu di mana Alfan sedang duduk bertinggung. Dengan jelingan yang tajam, Dyla gigit bibir bawah. Alfan buat muka selamba.
"Konon tak nak join mandi!" jerit Aida yang perasan Dyla sudah basah.
Dyla tahan air mata. Tapi tidak berjaya. Rasanya, dia cukup sensitif hari ini. Mungkin gara-gara PMS. Dengan geram, dia berdiri sambil menggenggam kedua belah jemarinya. Alfan hanya menjeling.
"Akak balik dulu." Dyla pamit pada kedua-dua adiknya.
"Nak balik dah?" Ira pelik.
"Hmm." jawab Dyla pendek.
"Awak nak balik dengan apa?" lengan Dyla direnggut dari belakang hingga membuatkan tubuh gadis itu berpusing menghadap Alfan.
Mata yang merah dengan tudung dan baju yang basah diperhatikan Alfan dari atas ke bawah.
"Kenapa ni?" soal lelaki itu.
"Kenapa? Awak tanya kenapa? Kenapa?!" suara Dyla meninggi hingga air mata kembali menitis.
Alfan diam memerhati.
"Awak faham tak sakit hati tu macam mana? Awak nak saya rasa apa yang awak rasa? Saya rasa, Alfan! Saya rasa! Tapi awak takkan pernah rasa apa yang saya rasa! Awak tahu tak betapa susah saya jaga perasaan, hati saya? Awak tahu tak berapa lama saya tahan semua tu? Awak faham ke, ha?!" terus Dyla menangis. Aida dan Ira terkebil-kebil. Bukannya mereka tak dengar.
Alfan tenung dalam-dalam mata Dyla.
"Hati saya sakit awak tahu tak? Hati saya sakit." Dyla menepuk-nepuk dadanya. Kakinya lemah hingga hampir terjatuh namun sempat disambut Alfan. Tubuh kecil Dyla dipeluk Alfan.
"Akak. Kenapa ni?" Ira naik ke darat mendekati Dyla yang sedang menangis teresak-esak.
"Takde apalah." Alfan senyum tawar. Muka Dyla masih tersembam di dada Alfan.

PETANG yang hambar. Dyla tenung karpet yang berbulu tebal. Selepas pulang dari mandi sungai tadi, Dyla diam seribu bahasa. Aida masih tak faham kenapa kakaknya tiba-tiba jadi begitu. 'Adat berkahwin, biasalah bergaduh.' Fikir Aida. Tidak mahu masuk campur.
Alfan yang baru keluar bilik teragak-agak untuk mendekati Dyla. Puan Dalila dan Encik Hassan ke pasar untuk membeli ikan segar yang baru naik di tepi laut.
Bunyi hon dan deruman kereta dari kenderaan di luar sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Dyla untuk teruskan angan-angannya, untuk teruskan lamunan.
Aida di dalam bilik dengan Ira. Melayan si kecil. Tidak mahu Ira mengganggu Dyla yang sedang masam mencuka.
"Kita balik malam ni." tegur Alfan sambil menggosok-gosok rambut belakang yang hampir dengan batang tengkuknya.
"Awak minta saya hantar awak balik rumah, kemudian boleh balik sini balik, kan?" Dyla langut memandang Alfan. Alfan berfikir sejenak.
"Nak drive balik sini ke?" teka Alfan.
"Awak bagi permission, kan?" soalan dibalas dengan soalan.
Alfan ambil tempat di sofa. Dia diam tidak menjawab soalan. Alat kawalan jauh dicapai. Mata Alfan fokus pada skrin televisyen. Perlahan-lahan Dyla turut sama memandang ke arah yang sama. Petang yang lengang. Sunyi tanpa sebarang bunyi suara manusia. Hanya bunyi kenderaan di luar yang lalu-lalang kedengaran dari luar.

"AKAK balik dulu, bu." Dyla cium tangan dan kedua-dua belah pipi ibunya. Encik Hassan turut sama berdiri berdekatan dengan pintu utama.
"Hati-hati bawa kereta tu." pesan Encik Hassan. Alfan yang baru selesai memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta kembali mendekati bapa mertuanya. Tangan dihulurkan untuk menyalam lelaki itu.
"Insya Allah, yah." Jawab Alfan.
"Nanti dah sampai, call ibu atau ayah." pesan Puan Dalila.
"Ya, ibu." Dyla senyum. Tawar.
"Aku ingat kau duduk sini lama. Baru nak bergaduh dengan kau." Aida masam muka.
"Daripada kau bergaduh dengan aku, baik kau layan adik tu ha. Kurang sikit air liur aku nak kena sembur dekat kau." gurau Dyla.
"Serius ke, kak? Kau nak balik sana balik?" Aida genggam kedua belah tangan Dyla. Entah kenapa tiba-tiba hati terasa sebak.
"Kau jangan lah macam ni, gila! Terharu aku." Air mata yang hampir-hampir menitis diseka dengan belakang tangan.
"Kau jangan gaduh dengan abang lagi tau." Bisik Aida di telinga Dyla, membuatkan Dyla terkedu. Biar mereka berdua sahaja yang tahu.
Dyla paksa diri untuk senyum dan mengangguk.
"Jom." Ajak Alfan.
"Nanti aku call kau." Janji Dyla. Air mata menitis jua tatkala terasa jemari tidak lagi menyentuh kulit adiknya. Hiba.
Duit tak boleh beli kebahagiaan. Siapa kata? Boleh. Kebahagiaan yang dibina sedikit demi sedikit dengan kasih sayang boleh ranap begitu sahaja dengan duit. Masih lagi.. Di mata dunia, bila orang yang pegang duit lebih dari kita, dia berkuasa. Yang tidak punya apa-apa? Ditindas begitu sahaja?

DYLA langsung tidak melelapkan mata. Kepalanya terasa kosong, tapi macam ada aje yang dia fikir hingga lamunannya jauh ke planet Pluto. Dalam kereta, sepi sahaja.
Tepat jam 3.03 minit pagi, mereka sampai ke destinasi. Alfan memarkingkan kereta betul-betul bersebelahan dengan kereta Mini Coopernya. Enjin dimatikan. Dyla keluar dari perut kereta.
"Kunci kereta?" Dyla hulur tangan meminta kunci kereta.
"Buat apa?" Alfan merenggangkan badannya yang terasa letih.
"Awak bagi kebenaran kat saya untuk balik semula ke rumah ibu, kan?" Dyla rampas lembut kunci keretanya. Pintu kereta tempat duduk pemandu dibuka. Anak kunci dimasukkan ke dalam rumahnya. Pulas ke kanan. Deruman enjin kedengaran.
Alfan hanya memerhati.
"Saya balik bulan depan. Take care." Dyla menyalam suaminya. Tangannya yang sejuk membeku seperti ais terasa di tapak tangan Alfan.
Dyla angkat kepala dari mencium tangan, tapi Alfan masih tidak melepaskan pegangan tangan Dyla.
"Lepaskan." Dyla meminta.
Alfan tidak beriak. Muka Dyla diperhatikan sedang berkerut-kerut menahan sakit disebabkan pegangan yang makin lama, makin kuat. Memang dia sengaja memicit tangan Dyla. Geram!
"Lepaslah! Sakit!" Dyla masih dengan muka garangnya.
Alfan mematikan enjin kereta, kunci kereta ditarik keluar. Bagasi dibiarkan di dalam bonet kereta. Disebabkan jemarinya dikunci Alfan, ke mana sahaja lelaki itu pergi, Dyla terpaksa ikut.
"Alfan!" Dyla masih berusaha melepaskan pegangan kejap Alfan. Alfan ke dapur untuk meneguk segelas air kosong. Dyla terpaksa membuntuti dan menunggu hingga tegukan terakhir lelaki itu selesai.
Alfan melangkah naik ke bilik. Terpaksa juga Dyla membuka kaki mendaki anak tangga hingga ke atas. Muka Alfan separuh tegang, separuh tenang. Dyla tidak tahu macam mana nak terangkan.
Alfan tolak pintu bilik dan membuka lampu. Bilik diterangi dengan cahaya pada jam 3 pagi.
Alfan capai tuala. Dyla berkerut. Pegangan Alfan masih kuat. Kakinya hampir longlai ditarik ke sana, ke mari.
T-shirt di tubuh ditolak naik ke atas dengan satu tangan. Dyla kalih ke tempat lain. Tidak mahu melihat. Pegangan tangan dilepaskan sekejap untuk mengeluarkan baju dari tubuhnya. Dyla baru dapat menikmati lengannya sendiri dengan menggosok-gosok lengan yang terasa perit. Tapi hanya untuk sebentar, Alfan menarik kembali pergelangan tangan Dyla. Pegangan kukuh.
"Sakitlah!" sekali lagi Dyla merungut.
Alfan masuk ke bilik mandi. Dia berdiri di hadapan sinki membelek mukanya. Pili air dipulaskan dengan tangan kanan. Dyla hanya memerhati dengan dahi berkerut. Tidak faham dengan lelaki bernama Alfan ini. Air sejuk dikumpulkan dengan sebelah tangan sebelum ditekupkan ke muka.
Wajah Alfan diraup. Tuala di bahu di sangkut ke penyidai.
"Awak nak mandi, awak mandilah. Tak payah la pegang saya." suara Dyla masih tidak puas hati.
Alfan masuk ke dalam bath tab. Dyla telan air liur. 'Gila aku nak masuk sekali? No way!' Jerit isi hati Dyla.
Langsir plastik yang berfungsi sebagai penghadang, ditarik Alfan. Menutupi kawasan bath tab. Dyla di luar kawasan itu.
Bunyi curahan air dari shower kedengaran. Dyla dapat rasa tangan kanannya turut basah. Satu hal nak kena tunggu si Alfan ni habis mandi.
"Macam mana awak nak mandi bersih-bersih ni? Cuba lepaskan tangan saya." Dyla memberi cadangan. Hanya beberapa minit kemudian, bunyi air senyap. Alfan tarik langsir plastik itu. Dyla cepat-cepat tutup mata. Gelap. Tapi tidak terasa yang Alfan ada bergerak. Mata perlahan-lahan dibuka. Alfan masih di dalam bath tab dengan muka tidak beriak, sudah lencun sekaligus dengan seluarnya.
Kemudiannya lelaki itu keluar ari bath tab. Tuala dicapai. Sampai ke pintu, Alfan melepaskan pegangan. Dyla menggosok-gosok tangannya. Terasa sengal.
Alfan keluar dari bilik air dengan keadaan lencun, tuala masih di kepala. Dyla baru nak mengorak langkah untuk keluar dari bilik air, tapi pintu itu terlebih dahulu ditutup dari luar. Dyla kerut dahi. Dia memulas tombol pintu itu. Tapi tidak boleh buka.
"Alfan!!" Dyla mengetuk-ngetuk pintu itu.
"Keluarlah kalau nak tengok aku naked." baru kini Alfan bersuara. Terus Dyla menjauhi pintu bilik air itu.
Alfan menukar baju. Seluar yang sudah lencun dibawa turun ke bawah. Penutup mesin basuh dibuka. Pintu rumah semua dikunci, dimangga. Kunci, disimpan di tempat rahsia. Hanya dia yang tahu.
Dia sempat membuka pintu peti ais. Perut tiba-tiba terasa lapar pula.
Dyla menggigit kuku. 'Dia dah habis tukar baju ke?'
"Alfan?" Dyla cuba memanggil,namun tiada sahutan.
Perlahan-lahan pintu bilik air ditolak. Matanya konon dikatup, tapi ada juga curi-curi lihat. Mencari kelibat Alfan. Tidak kelihatan. Dyla hela nafas lega.
Dyla menuruni anak tangga satu persatu. Matanya masih melilau kiri kanan. Mencari Alfan. Lampu dapur yang menyala diperiksa. Alfan sedang menjamah cereal.
"Tak cakap pun yang awak dah selesai tukar baju!" Dyla tarik kerusi di hadapan Alfan. Lelaki itu masih selamba melantak.
"Kalau tak kasi, kata tak kasi. Tak perlu tarik saya ke hulu ke hilir semata-mata tak kasi saya balik. Saya masih faham bahasa." Dyla baru rasa tenang sekarang. Tiba-tiba nak jadi lembut pula.
"Ada aku kata tak boleh?" Alfan jeling Dyla. Dyla ketap bibir.
"Okay. Saya balik dulu," Dyla bangun dari kerusi. Cepat-cepat lengan Dyla dipegang. Nak tahan senyum, Dyla tak mampu. Senyuman nipis terukir. Dia duduk kembali.
Alfan sambung makan. Tangan Dyla tidak dilepaskan. 

BILA terlelap, Dyla tak pasti. Tapi di mana dia terlelap, itu dia pasti. Badan yang terasa lenguh ditegakkan. Kiri kanan dia menoleh. Alfan tiada di sisi. Cahaya dari tingkap dapur membuatkan matanya terkebil-kebil. Tertidur di meja makan.
'Shoot!' Dyla lari naik ke bilik. Sempat dia memandang jarum jam. Pukul sembilan? Terlajak tidur sampai Subuh pun terbabas.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Dyla berlari masuk ke dalam bilik. Alfan tidak ada. Wuduk segera diambil.

"AWAK kat mana?" tanya Dyla dari corong telefon. Geram pula hati ni. 'Dahlah tinggal aku tidur dekat meja makan, Subuh pun tak tolong kejutkan. Pergi kerja tak bagitahu. Ini, pintu rumah dah kunci dari luar, kunci pun takde, apa kes?'
"Kat ofis la. Kenapa?" Alfan membelek-belek fail yang baru diserahkan kepadanya.
"Yang awak mangga pintu rumah kenapa? Macam mana saya nak keluar?"
"Nak keluar pergi mana? Duduk ajelah dalam rumah."
"Yang awak pergi kunci kenapa? Kunci mana?" Tidak menjawab soalan.
"Aku terbawa ke pejabat." Alasan.
"Kalau ada kebakaran macam mana?!" jerit Dyla. Geram pula dengan si Alfan ni ha.
Alfan senyap. Kepalanya terbayang yang bukan-bukan. Terus talian dimatikan.
"Hello? Hello!" Dyla terkejut bila talian dimatikan. Dyla mengeluh.
"Tuan." Hairul yang baru nak masuk ke bilik Alfan terkejut bila bosnya itu berlari keluar dari pejabat.
"Saya nak balik kejap." beritahu Alfan.
"Tuan ada meeting kejap lagi."
"Anjakkan."
"Tuan!" Hairul garu kening. 'Gila bos aku ni. Nak anjakkan? Orang semua dah sampai.'

DYLA yang sedang menonton televisyen terkejut mendengar bunyi pintu pagar terbuka. Deruman kereta kedengaran. Dia bangun dari pembaringan.
Bunyi yang terhasil dari langgaran besi membuatkan bibirnya tersenyum tiba-tiba. Wajah Alfan kelihatan di muka pintu.
"Awal balik." perli Dyla.
Alfan menjeling. Dyla bukan tahu jantung dia berdegup berapa laju tadi bila memikirkan kemungkinan kebakaran yang berlaku.
"Kau takde kerja nak buat, kan?" tanya Alfan tiba-tiba. Mati senyuman Dyla. Lantas dia menggeleng.
"Jom." Tangan Dyla ditarik keluar rumah.
"Weh-heh-heh-heh!! Tudung dulu!" jerit dia. Alfan melepaskan pegangan.
"Lima minit." Alfan beri tempoh.
Cepat-cepat Dyla naik ke bilik dan menyarung tudung semalam. 'Mana pula lelaki ni nak bawa aku? Dia dah habis kerja ke?'
Macam-macam soalan yang bermain di dalam fikiran Dyla.
Dyla sempat gosok mata yang terasa gatal. "Kita nak pergi mana?" tanya Dyla.
"Ikut aje."
Berbekalkan telefon bimbit dan dompet, Dyla atur langkah hingga ke kereta Alfan. Tidak membangkang apa pun.

KERETA diparking di tapak basement. 'Yang pasti, ini bukan shopping complex, tapi hotel.' Dyla terpinga-pinga bila Alfan keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa. Tidak mengarahkan dia untuk ikut, tidak juga memberitahu untuk duduk senyap di dalam kereta. Dyla ambil keputusan sendiri. Langkah Alfan diekori. Beberapa langkah mereka kemudiannya, Dyla terdengar bunyi yang terhasil dari punat yang ditekan Alfan. Kereta sudah dikunci.
"Kita nak buat apa kat sini?" soal Dyla.
Alfan senyap. Punat lif ditekan. Dindingnya marmar berwarna coklat campur putih. Ada pasu bunga di penjuru bangunan. Banyak juga orang yang tak cukup kain di situ. Dyla gosok belakang tengkuk.
"Tuan." Hairul mendekati. Mukanya resah-gelisah, gundah-gulana!
"Kenapa?" Alfan masih dengan gaya tangan seluk ke dalam poket.
"Tuan pergi mana? Saya dah anjakkan meeting. Tapi ada juga bunyi-bunyi. Dah macam-macam alasan saya bagi. Mereka tunggu lagi setengah jam, kalau Tuan tak sampai, dia orang nak cancel." Cerita Hairul.
"Abang mana?"
"Dia ada juga. Tapi dia pun tak boleh nak yakinkan mereka untuk stay tunggu Tuan."
"Hmm. Kita terus ke bilik meeting." Putus Alfan.
Dyla bulat mata pandang Alfan. "Saya?" Dyla tunjuk diri sendiri. Alfan tarus tarik lengan Dyla supaya mengikutinya.

"MAAF saya terlambat." Alfan masuk ke bilik mesyuarat dengan tenang. Para-para pemegang share ada yang berkerut dahi. Dyla terpaksa berdiri di sebelah Alfan. 'Kalau nak marah dia, kejap lagi aku juga yang kena. Tapi dia pun main aci redah aje. Aku dahlah dengan T-shirt bundle, seluar track, tudung silang aje. Pakai selipar pula tu.'
"Saya ada sebab kenapa lambat. Sebelum tu, saya perkenalkan dulu. Ini isteri saya. My one and only wife." Alfan senyum memandang Dyla. Dyla terketar-ketar.
"Assalamualaikum." salam diberi. Ada yang jawab dengan suara yang kuat, ada yang jawab dalam hati. Dalam hati? Yelah kot. Tak jawab salam, dosa tau.

"Saya terpaksa balik rumah kejap tadi. My wife is pregnant, two weeks. Baru dapat news tadi and I was excited sampai terus balik rumah." Alfan bersuara. Dyla terasa air liurnya tersekat. Di hadapan mereka ini, rata-ratanya boleh jadi pangkat bapa kepada mereka berdua. Masing-masing mengukir senyuman dan bertepuk tangan. Tidak kurang ada yang mengucapkan tahniah. Dyla terasa dunianya berpusing sebelum dia betul-betul rebah ke lantai.


#P/s : Maaf dengan kelewatan update DC. Good news is, manuskrip dah pun siap :D baru hantar and tunggu untuk dinilai :) it might took some time, tapi i'll let you guys know as soon as it's approved. :D thank you for all your support :D 

Thursday, July 17, 2014

Cinta Kontrak Ramadhan I


Sulung - Danish
Kembar :
-Dani
-Darwish
-Adriana
-Adlisya
Bongsu - Dzulkarnain

"Esok nak puasa dah. Malam ni semua niat puasa tau." Airysha mengingatkan. Ada 4 orang putera, 2 orang puteri dalam rumah. Peningnya tak terkata. Boleh botak kepala.
"Kena puasa ke mummy?" tanya si kembar, Dani. Yang paling manja. Bagaikan dialah yang bongsu. Sedangkan kembar. Orang lain tak la manja macam dia.
"Kenalah. Kita kan orang Islam." jawab Danial sang suami.
"Tapi tahun lepas, Dani tak puasa takpe pun." Dani muncung mulut. 
"Itu tahun lepas. Ini tahun baru. Dani belajar puasa." Airysha cuba menerangkan.
"Mummy. Satu hari tak makan kot. Nanti lapar." Darwish mencelah.
"Itu sebabnya kita bersahur. Takdelah lapar sangat."
"Sahur tu tengah malam la mummy. Macam mana Ad dengan Sya nak bangun? Letihlah mummy." Adlisya bagi alasan. Adriana mengangguk-angguk.
Airysha dan Danial berpandangan. Ingat senang nak ajar budak?
"Abang puasa okay aje. Sihat aje." celah Danish yang pandang rendah pada adik-adiknya.
"Abang dah besar. Kita orang kecil lagi." Darwish bela kembar.
"Abang pun mummy dengan daddy ajar waktu umur macam kau orang." 
"Letihlah!" Dani protes.
"Mummy nak ajar kau orang berpuasa supaya nanti bila dah besar, kau orang tak tinggal puasa. Tapi kalau kau orang tak nak mula puasa tahun ni, takpelah. Nampaknya abang Danish ajelah yang dapat collect seringgit setiap hari." Airysha guna taktik.
"Seringgit?" empat kembar berpandangan sesama sendiri. 
"Kalau kau orang puasa penuh sehari, mummy dengan daddy kasi seringgit seorang. Nanti nak raya, dapatlah 30 ringgit sebab kita puasa sebulan bersamaan tiga puluh hari. Tambah dengan duit raya lagi. Banyak, kan?" 
Kechink! Kechink! Mata kembar bertukar bentuk. Ringgit Malaysia. Bersinar.
"Tapi ingat, kalau tak puasa atau curi makan, daddy tak kasi. Okay?" pesan Danial.
"Kita kena puasa esok lah ni?" Adriana pandang kembar. Mereka mulanya berfikir sejenak. 
"Kalau kita kumpul duit sama-sama, nanti kita boleh beli Xbox." Idea terpacul dari Dani.
"Kita orang mana main xbox-xbox ni." Adlisya kerut dahi. Menyampahlah dengan budak lelaki ni. Game aje tahu.
"Ada game barbie." Darwish jungkit-jungkit kening. 
Adlisya dan Adriana berpandangan sesama sendiri.
"Jom puasa!" jerit dua kembar perempuan. 

"Nawaitu sauma shahri ramadhana hazihissanati kulillahi taala." Berlima membaca niat puasa bersama-sama. 
"Ain tak puasa ke mummy?" Adriana tanya.
"Kan mummy dah cakap banyak kali. Jangan panggil Ain. Panggil Dzul (Zul)." keras sedikit suara Airysha.
"Betullah mummy. Dzul-kar-na-in. A-in. Ain." Adriana bela diri.
"Tapi Ain tu nama perempuan, Ad." tegur Airysha.
"Tapi memang nama adik. Kenapa mummy bagi nama adik pelik. D-zul. Bunyi Zul. Tapi ada D. D-zul. Pelik la mummy. Lepastu ada nama Ain. Kenapa mummy tak kasi nama senang-senang macam kita orang aje?" panjang celoteh Adriana. Airysha hela nafas. Dia pandang Danial, minta bantuan.
"Setiap nama ada makna. Tak kisahlah nama macam mana. Asalkan maksudnya baik-baik." Danial tukang jawab. Adriana muncung sedepa.
"Daddy nak pergi terawikh kejap lagi. Abang nak ikut tak?" tanya Danial kepada Danish.
"Nak." Danish angguk.
"Daddy, nak ikut juga!" kedua kembar lelaki kerut dahi. Muka tak puas hati tak diajak.
"Boleh. Tapi dalam masjid, kalau Dani dengan Darwish tak pandai solat lagi, jangan main. Jangan kacau orang. Jangan berlari-lari. Tau." pesan Danial.
"Okay!" setuju.
"Mummy tak pergi?" soal Adlisya.
"Mummy tak pergi hari ni." 
"Tapi kita orang nak pergi." muka Adlisya monyok.
"Esok kita pergi. Okay?" pujuk Airysha.

"DADDY ramainya orang." Dani kepit tangan Danial.
"Sebab terawikh kan berjemaah. Mestilah ramai."
"Jemaah tu apa Daddy?" tanya Darwish.
"Jemaah tu ramai-ramailah. Tu pun kau tak tahu ke?" Danish yang tolong jawab.
"Berlagak." Darwish mencebik. Tapi cakapnya itu rendah suaranya. Hanya Danish yang dengar.
"Tumbuk kang." ugut Danish. Darwish menjeling.
Ei, adik. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni. Kalau daddy takde, dah lama kena habuan kau ni. Nasib baik aku abang yang baik lagi tinggi imannya. Hehehehe.
Setelah selesai mengambil wuduk, Danial mengambil saf baris ketiga dari hadapan. 
"Dani, Darwish dengan abang, duduk tepi dinding ni. Jangan pergi mana-mana." arah Danial. Mereka mengangguk.
Danish hanya mampu mengikut sebanyak empat rakaat sahaja. Manakala Dani dan Darwish bergelak ketawa di tempat duduk mereka. Dok main geletek-geletek. Suara mereka sedikit sebanyak mengganggu para jemaah. Usai rakaat ke empat, Danial beri tenungan garang kepada kembar.
"Kan daddy cakap, duduk senyap-senyap." intonasi Danial keras. Menakutkan kembar. Mereka pandang Danial dengan muka bersalah. 
"Lagi sekali Daddy dengar suara kamu, siap kamu." ugut Danial. Danish jeling adik-adiknya.
"Abang tengok adik." pesan Danial. Danish mengangguk.
Orang mula angkat takbir.
"Dani, jom pergi belakang." Bisik Darwish. 
"Jom." perlahan-lahan mereka bangun dan bergerak ke belakang.
"Nak pergi mana?" tanya Danish.
"Belakang." Jawab Dani.
"Duduk sini! Tak payah ngada-ngada pergi belakang." Danish tarik tangan Darwish.
"Abang!" rengek Darwish.
"Duduk!" tegas Danish. Suara mereka sekali lagi didengari Danial. 
Tanpa melawan, kedua kembar terpaksa ikutkan kata si sulung. Masing-masing mencebik. Dalam hati penuh rasa marah, rasa geram, rasa nak terajang pun ada. Tapi kena ingat, dia adik.
"LEPAS NI daddy bawa abang aje pergi terawikh. Dani dengan Darwish tak payah ikut. Degil sangat. Daddy kata duduk diam-diam, tak mahu dengar." Danial letak songkok di atas meja kaca. Airysha hanya pandang kedua kembar yang jalan menunduk di belakang bapanya.      
"Tapi dy, bosan! Semua orang sembahyang. Kita orang tak reti." Dani bela diri.
"Itu sebabnya bila daddy ajar solat, dengar elok-elok. Bukannya main-main. Masjid bukan tempat untuk awak main lari ke hulu ke hilir. Bukan tempat untuk awak buat bising." tegas Danial. Darwish telan air liur.
"Tapi Darwish nak ikut lagi." perlahan suaranya.
"Nak ikut, behave! Kena hormat orang yang tengah solat." bebelan Danial didengari. Dzulkarnain yang sedang menghisap botol susu hanya membulat mata memandang abang-abangnya yang sedang dimarahi.
"TAK KASAR ke cara abang tegur anak?" tanya Airysha lantas menarik selimut ke paras dada. Danial turut ambil tempat di sisi katil.
"Kalau tak tegur macam tu, nanti dibuatnya lagi."
"Tapi dia orang kan masih kecil." bela Airysha.
"Sebab kecillah kita kena ajar. Awak sendiri pernah merungut waktu first terawikh kita after kahwin. Budak-budak main lari-lari depan awak waktu awak solat. Apa yang awak cakap waktu tu? Mak ayah dia orang lepaskan aje anak-anak macam tu? Tak patut betul. Kalau nak ke masjid, jagalah anak elok-elok. Ini tidak, mak bapa buat pahala, tapi sebab anak, dah dapat seketul makian. That's what you've said, sayang." Danial reflek kata-kata Airysha. Airysha memuncung.
"Maybe belum masa untuk awak ajar dia orang ke masjid kot?" balas Airysha.
"Dah tu, bila nak ajar? Supposely dia orang dah pandai solat. Kita aje yang tak berkeras dengan anak-anak. Manjakan sangat. Sepatutnya yang kembar ni dah boleh kena rotan kalau tak solat." 
Airysha diam. Tak boleh nak bela lagi dah. Sayang anak bukan ditangan-tangankan. Tapi kalau degil, kaki pun boleh naik ni.
"AIR!!!" Empat kembar berpusu masuk ke dalam rumah. Dani yang paling teruk menjerit minta air. Dia terus berlari ke dapur. Airysha sedikit terkejut melihat kelibat Dani yang terus buka peti ais dan menggonggong air sejuk dari dalam botol.
"Hey!" jerit Airysha terkejut dengan perlakuan anak kembarnya.
"Tak boleh mummy. Letih!" Dani teguk lagi air. Surrender. Bendera putih dah berkibar di atas kepala.
"Ni tak puasa lah ni?" Danial masuk ke dapur. Dani menggeleng. Badannya sudah duduk tersandar di peti sejuk.
"Nak jugak!" Adlisya jerit meminta sedikit air.
"Nak minum, minumlah. Tapi ingat, tak dapat seringgit tau. Sia-sia aje Dani puasa sekerat hari." Danial selamba keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Adlisya yang baru hendak meneguk air, terus terhenti perlakuannya. Botol air diserahkan kepada Dani.
"Sya nak beli anak patung. Nanti duit tak cukup." beritahu Adlisya. Airysha senyum kambing. Dani terpinga-pinga. Dia lupakan ganjaran itu! 
Meskipun pada mulanya mereka diajar untuk berpuasa supaya mendapatkan ganjaran, tapi Danial tahu, lambat laun mereka akan membesar dan belajar. Sehingga mereka faham, erti puasa yang sebenar. Kalau di dunia ganjarannya duit. Di sana, ganjarannya pahala. Mereka akan faham. Mendidik anak kecil yang belum tahu apa-apa bukan mudah. Perlukan pendekatan yang mereka faham dulu baru boleh ajar sikit demi sikit.
"PETANG NI daddy nak pergi bazaar. By 5, semua mesti dah siap. Faham?" arahan dari ketua keluarga. Kembar semuanya lesu. Kecuali Dani. Dah dikekahkannya ayam goreng di dapur. Maklumlah, budak tak puasa.
"Abang, tolong mummy kejap." panggil Airysha. 
Danial dan Danish berpandangan sesama sendiri. "Abang mana satu, mummy?" tanya Danish dari ruang tamu.
"Danishlah." Airysha merengus. Payah juga ada dua orang abang dalam rumah ni.
"BANYAKNYA makanan!" Dan buka mata besar-besar. Adriana pegang tangan Danial. Tapi kepalanya pusing ke kiri, ke kanan. Rambang mata.
"Dy, nak tu." Adriana tarik tangan Danial lantas menunjukkan beberapa potong kek di atas meja.
"Ad boleh pilih satu aje makanan tau." beritahu Danial.
"Kalau Ad beli yang ni, Ad tak boleh beli makanan lain. Okay?" tambah Danial. Muka Adriana berkerut. Tak puas hati.
"Kenapa pula? Kita kan dah puasa satu hari. Satu hari tak makan tau, dy. Ad lapar." 
"Ni untuk elakkan daripada membazir. Ad beli banyak-banyak, kalau tak habis, siapa nak makan? Nanti buang aje. Kesian makanan tu. Nanti dia rasa tak dihargai." cerita Danial.
"Ad janji Ad makan semua bagi habis." Adriana buat pinky swear.
"Kita beli satu dulu. Kalau habis, Ad rasa lapar lagi, esok kita datang beli lagi. Okay?" cadang Danial. Adriana muka cemberut. Aku dah lah tengah lapar tahap gorilla nak makan manusia ni, boleh main esok-esok punya deal pulak. Daddy! Geram ni, geram. Grr.
"Yelah.." suara malas anak dara tak cukup umur dah keluar. Danial hanya tersenyum.
"Dani nak tu mummy!" Dani nampak ayam golek. 
"Bukan Dani tak puasa ke?" perli Airysha.
"Tapi Dani nak tu." muka dah masam.
"Bazaar ni untuk orang yang berpuasa aje. Orang yang tak puasa tak boleh beli." bohong Airysha.
Dani toleh belakang. "Yeke daddy?" ingin kepastian. Danial angguk. Muka serius. 
Dani ketap bibir. "Nak ayam." muka hampir menangis.
"Hari ni aje mummy tolong belikan. Kalau Dani tak puasa lagi, tak boleh beli. Okay?" 
"Okay!" muka ceria cepat aje.
EMPAT KEMBAR menunggu di hadapan televisyen. Menunggu azan maghrib berkumandang. Begitu khusyuk mereka menanti. Dan apabila laungan azan kedengaran, riuh satu rumah menjerit keseronokan. Cepat-cepat mereka lari ke meja makan yang sudah terhidang.
"Adik mana mummy?" tanya Adriana.
"Adik tidur."
"Adik tak buka puasa ke?" soalan kedua.
"Adik kecil lagi. Mana reti puasa."
"Kita orang pun kecil juga. Tapi puasa aje." Darwish mencelah.
"Adik tu, berjalan pun tak berapa nak reti. Awak waktu kecil-kecil baya adik, mana ada puasa. Tahun ni yang baru belajar nak puasa."
"Dani nak ayam!" jerit Dani. Tak pedulikan topik yang sedang diperdebatkan.
"Ha kejap!" Danial melarang Dani dari mengambil ketulan ayam. 
"Baca doa makan dulu." beritahu Danial. 
Masing-masing menadah tangan dan doa kedengaran dibacakan Danial.
Setelah diaminkan, Dani cepat-cepat capai ayam goleknya.
"Dani boleh makan. Tapi tak boleh makan dengan kita orang. Dani kena makan jauh-jauh kat sana." Danial tunjuk ruang tamu. Muka Dani berubah seratus peratus.
"Kenapa pula?"
"Sebab meja ni untuk orang yang berpuasa aje. Orang yang kuat tahan nafsu makan aje yang boleh duduk kat meja ni. Dani dah kalah. Sebab Dani dah buka puasa awal tadi." Danial bersuara. 
"Tapi Dani nak makan kat sini." suaranya mengendur. Hampir menangis.
"Kalau esok Dani puasa, baru boleh makan dekat sini. Okay?" Airysha memujuk.
"Tapi Dani nak makan sini..." hiba. 
"Sebab tu daddy suruh tahan daripada makan. Ada habuannya. Tapi Dani tak nak tahan. See?" Danial bersuara lembut. 
"Nak makan kat sini...." air mata sudah bercucuran. Dani memandang Danial untuk minta simpati. Tapi Danial tidak berlembut untuk ini. Akhirnya Dani akur dan membawa pinggannya ke ruang tamu. Dia mengunyah perlahan kepak ayam. Hingus yang hampir keluar dari hidung disedut kembali beberapa kali.
"Kesian Dani." kata Adlisya.
"Kalau kau orang tak puasa, macam tu lah jadinya. Kena makan sorang-sorang."
Danish asyik menoleh melihat adiknya di ruang tamu yang sedang tersedu sedan mengunyah ayam. Lantas Danish angkat pinggan dan bawa ke ruang tamu.
Danial perhatikan gerak anak sulungnya. Pinggan putih itu diletakkan di sebelah Dani.
"Abang teman Dani makan." kata Danish. Dani lap air mata dengan belakang tangan.
"Tapi abang tak nak tengok Disney. Abang nak tengok Cartoon Network." Danish buat perjanjian. Dani mengangguk dengan tubir mata yang masih berair. Alat kawalan jauh bertukar tangan dan siaran pun bertukar.
"Dy, nak tengok TV juga!" Adlisya dan Adriana angkat pinggan ke ruang tamu. Kemudiannya di susuli dengan Darwish.
"Guess it's just you and me having iftar together." kata Danial. Airysha senyum tampak gigi.
"I'm proud of having Danish as abang. Sayang betul dia kat adik dia." 
"Awak tak tengok waktu dia marah adik-adik dia semalam kat masjid. Ada la juga ciri pemimpin. Someone that can be trusted to take care of Sya and Ad in the future."
Airysha senyum lagi.
"Kira kita dating dua la ni?" Airysha jeling Danial. 
"Yup." Danial ketawa. 
"Meh dekat sikit nak suap awak." Danial minta Airysha untuk duduk di sebelahnya. Tanpa bantahan, daripada duduk berhadapan, mereka duduk bersebelahan.
Suapan pertama masuk ke dalam mulut Airysha.
"I guess kita kena plan untuk next baby la." Danial bersuara tiba-tiba. Airysha hampir tersedak.
"Ini pun dah haru. Bising bukan main." Airysha menggeleng. Tidak setuju.
"Anak kan rezeki." 
Airysha beri panahan mata pada Danial. "Belum lagi. Belum. Belum." Airysha masih tidak bersetuju.
"Awak tak setuju pun, kalau nak pregnant, pregnant juga. Kan?" muka Danial dah macam ada rancangan jahat sampai tumbuh ekor, tumbuh tanduk kat kepala. Airysha kecilkan mata.
"Don't get near to me. Malam ni abang tidur dengan kembar." Airysha bangun untuk ambil tempat di hadapan Danial.
"Hey hey." Danial memegang lengan Airysha. 
"Dosa tau.." meleret suara Danial. Airysha pejam mata. Haih. Dia kemudiannya merengus. Gigi diketapkan. Dia tahu dia kalah.

Cinta kontrak Ramadhan ni sampai part III je. Stay tune. And sorry tak dapat nak update DC and PRMH lagi. masih belum dibukukan. tapi, disebabkan few kekangan, belum sempat nak sambung dorg . ehehe. maaf :D