Rayyan mengetuk jari telunjuknya di atas meja makan.
Suasana sepi. Dia mengerling kiri dan kanan. Kedua orang tuanya sedang fokus
menikmati makan pagi. Ketukannya sedikit sebanyak mengganggu pagi itu.
“Cut
it out!” Encik Saiful menegur anak terunanya.
“Abang
nak berhenti study.” Putus Rayyan. Laju sahaja dia berkata.
“What?!”
Puan Hajar membuntang matanya merenung anak teruna sulung itu.
“Kenapa?
Ma, ayah.. abang tak boleh pergi la dengan bidang engineering. Serius, abang
tak minat. Abang suka bidang macam mama. Baju, benang, labuci..” Rayyan sukar
menerangkan betapa minatnya dia dalam dunia fesyen kepada orang tuanya.
“Itu
semua kerja perempuan, abang! Jahit-menjahit ni bukan kerja orang lelaki.”
Bantah Encik Saiful.
“Kunonya
pemikiran ayah. Designer sekarang banyak aje lelaki.” Tegas Rayyan.
“Lelaki
lembut tu?” Encik Saiful tidak puas hati. Rayyan cuba tahan geram.
“Tak
semua orang macam tu, okay? Desire abang pada kain, chiffon, lacoste, tetra
cotton, microfiber, interlock...” dalam kepala Rayyan, dia sudah mulai
membayangkan jenis-jenis kain bertebaran di angkasa.
“Stop
it.” Suara keras milik Encik Saiful kedengaran lantas menghapuskan segala angan
Rayyan.
“Tak
cukup lagi ke apa yang ayah dah bagi kat abang sebelum ni? Kereta abang tu,
dahlah baru dapat, bagi kemek pula. Nasib ayah ni berduit nak baiki. Kalau ayah
kerja jadi designer macam yang abang angankan tu, entah dapat ke tidak nak beli
kereta tu. Entah-entah, duit nak baiki kereta pun takde.”
“Awak
tolong nasihat sikit anak awak ni. Hilang selera saya dibuatnya!” Encik Saiful
terus bangun dari meja makan meninggalkan Rayyan bersama ibunya.
“Abang..”
Puan Hajar cuba memujuk anak sulungnya.
“Ayah
tak pernah nak dengar apa yang abang impikan. Apa yang abang minat, langsung
dia tak nak ambil tahu! Pada dia, kalau dia kerja itu, anak pun kerja benda
yang sama. Habis Raymie dengan Rayqal nanti pun kena masuk bidang yang samalah?
Macam tu?” Rayyan bangun meninggalkan Puan Hajar yang terpinga-pinga.
Mungkin
salahnya memaksa Rayyan selalu ikutnya ke butik. Beberapa kali juga dia cuba
menarik minat Rayyan ketika berada di sekolah menengah untuk cuba belajar
menjahit dan mereka pakaian sepertinya.
Dia
pernah meminta Rayyan untuk menyukai bidang itu kerana tidak mahu Rayyan
memberontak menyatakan ketidakpuashatian Rayyan kerana dipaksa untuk menemani
si ibu. Tak sangka.. Rayyan mulai jatuh cinta dengan bidang itu. Hmm.
NOMBOR telefon bimbit Tasha didail beberapa kali
namun tetap juga tidak berjawab. ‘Takkan dia nak larikan diri dari aku? Tapi
dia bukan tahu nombor telefon aku.’ Fikir Rayyan. Dah lah semalam kena membebel
seharian dengan ayah pasal kereta kemek. Pagi tadi pula bergaduh dengan ayah.
Haih.
Untung sahaja ayah nak tolong hulur ‘kertas’ untuk baiki kereta tu. Kalau
tidak, mana nak cekau duit? Ingat duit biasiswa ada lagi ke dalam bank tu?
Niat
nak bertukar bidang terbantut apabila Encik Saiful tidak mengizinkan. Tambahan
pula, diperlekehkan lagi bidang yang Rayyan minati. Rayyan menghela nafas
berat. Sekali lagi dia mendail nombor telefon bimbit Tasha.
“Hello?”
suara Tasha kedengaran di corong telefon.
“Hello.
Ingat aku lagi?”
“Ha?
Siapa ni?”
“Orang
yang tolong kau selamatkan anak anjing hari tu.”
Apa
dia? Tolong selamatkan? Puih! Tasha menjuling mata.
“Yes.
Nak apa?” Tasha yang sedang memeriksa carta tidak terlalu fokus dengan apa yang
diperkatakan Rayyan.
“Excuse
me, awak cakap apa tadi?” Tasha tidak sengaja tidak mendengari apa yang
dikatakan Rayyan.
“Aku
nak jumpa kau.” Ulang Rayyan.
“For
what?”
“Pasal
kereta tu la.”
“Oh.
Dah hantar pergi repair? Bagi saya nombor akaun awak. Nanti saya bank in duit.”
Kata Tasha.
“Tash!”
Akira memanggil Tasha yang masih berbual di telefon.
“Adam!”
jerit Akira. Tasha kelam-kabut.
“Er..
i got to go. Leave your account number to her.” Telefon Tasha terus diserahkan
kepada seorang jururawat yang lalu di hadapannya.
“Ambil
akaun number dia, nanti awak bagi kat saya.” Telefon bertukar tangan. Kaki
Tasha pantas berlari mengekori langkah Akira yang tergesa-gesa.
Jururawat
yang baru terima arahan itu terpinga-pinga. Telefon dilekap ke telinga.”Hello?”
“Aaa..”
Rayyan tidak tahu nak cakap apa. Lidahnya kelu. Nama perempuan tu apa? Argh!
Damn. Kenapa aku tak tanya awal-awal.
“Doctor
Tasha suruh encik tinggalkan nombor akaun pada saya. Nanti saya sampaikan pada
dia.” Kata jururawat itu.
Doktor?
“Dia
kerja kat hospital mana?” soal Rayyan.
“Serdang.”
“Okay,
thanks!” talian dimatikan. Jururawat itu terpinga-pinga. Lain yang aku minta,
kau pula sibuk tanya soalan kat aku. Haih. Pelik, pelik. Telefon bimbit Tasha
disimpan di dalam kocek baju jururawat itu.
AKIRA menolak daun pintu yang menempatkan Adam. Luka
berbalut ditenung tidak beriak. Macam mana agaknya dia rasa waktu kereta itu
menghampirinya? Macam mana rasanya dilanggar? Macam mana kesakitannya hasil
kulit terkoyak dan darah meleleh keluar?
“Dia
dah sedar ke tadi?” bisik Tasha dekat dengan cuping telinga Akira.
“Tadi
dah sedar. Ni tidur balik kot.” Teka Akira. Akira berdiri tegak di sisi Adam.
Matanya tidak lepas dari Adam yang mata masih rapat terkatup.
“Hmm..
alhamdullilah, semua dah okay sekarang. Tunggu masa nak sembuh aje.” Suara
Tasha memecah hening.
“Hmm.”
Akira tidak berminat untuk bersembang. Apa yang dia lebih risaukan, keadaan
Adam.
“Kir,
aku keluar dulu eh? Kejap lagi ada operation.” Tasha memeluk dan mencium pipi
Akira yang masih berdiri tegak merenung Adam.
“Operation
apa?” soal Akira.
“Appendix.”
“Alright.”
Tasha
berlalu keluar dari bilik yang menempatkan Adam. Dia bersandar di dinding
sebelah seketika. Nafasnya sesak. Sesak kerana dua hal. Satu, keadaan Adam.
Dua, cemburu yang meluap pada Akira dan Adam.
Tasha
terus melangkah cepat. Menyegerakan perjalanannya. Hilangkan rasa benci itu,
Tash. Hilangkan...
PETANG itu, Fahmi dan Q berjalan sekali lagi di
persisiran pantai. Bermain di gigi air. Tangan masing-masing tidak lepas
daripada menggenggam jemari satu sama lain.
“Apa
yang best sangat kat pantai ni?” tanya Fahmi.
“Hm?
Keadaan dia.. air.. pasirnya.. semualah!” Q merenung jauh di lautan.
“Hm.
Abang rasa lagi seronok kalau dapat lempar Q masuk dalam laut.” Usik Fahmi.
Terus laju kepala Q menoleh suaminya dan mata mencerun. Masam mencuka mukanya.
Fahmi lagi seronok nak menyakat.
Fahmi
segera menarik tangannya daripada genggaman Q dan mencempung isterinya itu.
“Yaaa!!!” jerit Q gaya Ji-Hyo menjerit ke arah Gary. Kaki seluar Fahmi yang
sudahpun disentengkan ke paras betis tadi tidak basah bila kakinya menjejak ke
dalam laut.
“Abang!
Abang! Abang!!!” pelukan Q pada leher Fahmi diperketatkan. Mampus kalau kena
lempar tengah laut. Free aje baju basah!
Tawa
Fahmi meledak sebelum menurunkan Q dengan baik semula. Belakang tubuh Fahmi
segera menjadi sasaran tapak tangan comel milik Q.
“Sakitlah!”
Fahmi merungut. Pijau kot kena tampar dengan kelajuan 150km/j kat belakang.
“Main-main
lagi!” geram Q dibuatnya. Air laut di paras buku lali lagi sikit nak mengena
seluar jeannya yang dilipat sedikit.
“Merajuklah
tu.” Fahmi mengekori. Jemari mereka kembali bertaut.
“Minta
maaf, tuan puteri!” gurau Fahmi.
“Ni
bukan tuan puteri. Ni permaisuri.” Balas Q acuh tak acuh. Fahmi tersengih.
“Tengah merajuk pun ada hati lagi nak jadi permaisuri.” Cebik Fahmi.
“Haruslah.”
“Malam
ni jom pergi night market? Esok dah nak balik.” Cadang Fahmi.
“Hmm.
Okay!”
“Sebelum
tu, kita pergi makan dulu. Lapar!” rengek Fahmi. Q tersenyum.
“Jom!”
SUASANA cerah bertukar gelap. Usai solat Maghrib bersama,
mereka kembali keluar dari bilik melangkah bersama ke night market. Dari hujung
ke hujung night market mereka berjalan berpimpin tangan. Adakalanya Q menarik
lengan Fahmi untuk berhenti di gerai-gerai yang menarik minat matanya. Beberapa
kali juga Fahmi terpaksa menarik lengan Q dari menghampiri gerai-gerai itu.
Mana boleh budak kecil ni, ada aje yang nak membelinya. Kalau guna takpe juga.
Ni tidak, barang-barang yang membawa kepada pembaziran sahaja yang diminati.
Muncung
Q panjang.
“Payah
lah keluar dengan abang ni. Itu tak boleh, ini tak boleh.” Rajuk Q.
“Bukan
tak boleh. Apa benda pelik-pelik nak beli? Pistol air nak beli buat apa? Nak
tembak siapa dengan pistol air tu?”
“Tembak
abanglah. Kalau bangun pagi lambat, Q sembur aje kat abang. Padan muka.”
“Berani
nak buat?”
“Apa
pula tidak?”
“Hmm.
Cubalah buat. Tahulah balasannya nanti.” Ugut Fahmi. Melihatkan wajah Fahmi
yang mulai penuh dengan agenda tersendiri membuatkan Q segera menggeleng. Tak
boleh! Tak boleh! Karang tak pasal-pasal, aku yang kena balik.
Kaki
terus menguak langkah hinggalah kali ni Fahmi sendiri yang menarik Q untuk
masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Tangan kanan Fahmi segera mencapai sweater
yang digantung tinggi.
“Ehem.”
Fahmi berdehem sedikit meminta perhatian daripada Q yang melangut melilau
matanya melihat pakaian-pakaian yang tergantung tinggi.
“Hmm?
Kenapa?”
“Okay
tak?” tanya Fahmi dengan senyuman.
“Abang
nak pakai sweater ni?” Sweater berwarna putih susu, dihiasi dengan separuh hati
berwarna merah darah bertulis SUAMI. Di bawahnya ada anak panah menunjuk ke
arah kiri.
“Bukan
abang. Kita.” Sweater di tangan diberi kepada Q, lantas tangannya mencapai lagi
satu sweater yang saiznya lebih kecil berbanding yang asal tadi. Corak yang
sama, Cuma tulisannya lain. ISTERI, dan anak panah menunjuk ke kanan.
“Couple
sweater?” kening Q terjungkit sebelah.
“Ha-ah!”
nampak sangat muka teruja si suami. Q pantas mengangguk tanpa banyak songeh.
“ESOK dah kena balik.” Fahmi menongkat dagu di atas
lutut Q yang yang tegak berdiri manakalanya tangannya ditongkat ke belakang.
“Kenapa?
Tak nak balik?” tanya Q.
“Tak
nak.” Muka Fahmi sebik.
“Habis?
Tak payah kerja?”
“Tak
payah. Kita duduk sini ajelah. Nak?”
“Suka
hati aje dia, kan?” Q mencuit hidung Fahmi lembut. Mata Fahmi terpejam
sebentar. Reaksi normal manusia.
“Penatlah
nak kerja. Lepastu bukan boleh 24 jam kita berkepit.”
“Kerja
berapa jam aje pun.”
“Nak
24 jam!”
Q
hanya mampu tersenyum. Tidak mampu untuk meneruskan kata-kata. Terlalu jatuh
hati dengan lelaki yang ada di hadapannya. Reaksi muka Fahmi jelas resah. Entah
apa yang difikirkannya.
Fahmi
menurunkan kaki Q yang tegak supaya bersila. Lantas kepalanya cepat-cepat
diletakkan di atas paha Q. Syiling bilik ditenung.
“Fikirkan
apa?” tanya Q.
“Hmm?
Abang fikir berapa jam abang boleh tatap muka isteri abang ni dalam sehari.”
Jari mula digawangkan ke angkasa. Jari menjadi kalkulator.
Q
ketawa kecil.
“Kenapa?”
mata Fahmi berubah arah. Tepat merenung wajah Q.
“Hm?
Takde apa.”
“Abang
kerja dengan Q ajelah! Boleh belajar buat kek!” entah dari mana datangnya idea
tak matang itu keluar dari mulut Fahmi.
“Ada
pula! Ish! Jangan merepek.” Dahi Fahmi dikucup lembut. Tersengih dibuatnya si
Fahmi.
“Malasnya
nak balik!!” menggeliat Fahmi.