Keyla menghembus nafas berat. Kakinya berhenti di
hadapan pintu rumah agam. ‘Dah lama aku tak balik rumah. Confirm kena fire
dengan umi dulu.’ Nak tak nak, terpaksalah tempuh. Terakhir jumpa pun waktu
kenduri Q haritu. Puas dipujuk supaya Keyla pulang ke rumah sekali-sekala.
Alasannya, sibuk! Sibuk! Dan sibuk!
“Assalamualaikum!”
laung Keyla sambil menekan punat loceng di luar pagar rumah. Sepi.
“Assalamualaikum!!”
jerit Keyla sekali lagi.
“Waalaikumussalam.”
Puan Syarifah keluar dari rumah sambil membetulkan tuala di kepala. Wanita
separuh abad itu tersenyum. Kakinya pantas mendekati pintu pagar. Keyla turut
sama tersenyum.
“Umi!”
jerit Keyla teruja.
“Haaaaa.
Ni apa mimpi tiba-tiba balik rumah ni?” usik Puan Syarifah. Tangannya menekan
punat di remote control supaya pagar dibuka luas.
Monyok
aje muka Keyla. “Balik pun salah, tak balik pun salah. Habis umi nak Kay buat
apa?” terus Keyla menyalam uminya.
“Takdelah.
Haritu kata sibuk sangat. Sampai nak balik rumah pun tak menyempat. Apalah
sangat rumah kamu dengan rumah umi ni.. sekangkang kera aje ha. Tu pun bukan
main payah lagi nak balik.” Bebel Puan Syarifah.
“Mi,
bagilah Kay masuk dulu. Rehatkan kepala yang dah tepu ni. Ini tidak,
tengah-tengah panas rambang ni juga umi nak fire Kay.” Lengan Puan Syarifah
dipeluk Keyla.
“Ha.
Jom masuk. Kejap lagi umi sambung bebel ye?” kata Puan Syarifah. Keyla mencebik
kemudiannya ketawa.
“Abah
mana, mi?” Keyla mengambil tempat di sofa empuk.
“Mana
lagi? Ofis la. Itu kan rumah pertama dia. Rumah ni haa yang jadi rumah kedua
dia.” Rungut Puan Syarifah.
“Bosanlah
tu.” Keyla mencapai remote televisyen.
“Tahu
takpe! Kamu tu bukan reti nak teman umi ni ha. Tak kesian ke kat umi? Anak
seorang. Suami pula lebihkan kerja dibandingkan umi. Duduk ajelah kat rumah ni.
Tak payah menyewa. Rumah ni bukannya jauh sangat dengan kampus kamu tu.” Puan
Syarifah cuba memujuk anak daranya. Muka Keyla kelat. Nak cakap ke tak? Nak?
Tak nak? Ke nak tunggu abah?
“Bukan
Kay tak nak duduk dengan umi. Tapi umi tahulah abah tu. Pantang tok nenek kalau
anak dia balik malam. Kalau Kay duduk rumah sewa, takdelah kena membebel dengan
abah walaupun balik lewat.”
“Oh!
Kiranya ni, kat rumah sewa selalu dok balik lewatlah ni?” membuntang mata Puan
Syarifah.
“Bukan
macam tu, mi. Umi pun tahu, Kay tolong-tolong Q bila takde kelas. Kalau kelas
Kay habis awal, Kay pergi juga kafe. Tolong Q tu. Habis kerja pukul 9. Kalau
Kay duduk rumah, nak balik ke rumah, satu hal lagi. Ambil masa lah umi. Tak
pasal-pasal tiap-tiap hari kena bebel dengan abah.”
“Q
tu tak nak ambil pekerja ke? Asyik nak mengharapkan kamu aje. Entah gaji bagi
ke tak.” Puan Syarifah mula bersangka buruk.
“Ish
umi ni. Tak baik tau cakap macam tu. Sebab tulah Kay kerja dengan Q. Q bayar
gaji sama aje kalau dia nak ambil pekerja lain. Kay yang offer diri nak kerja
dengan dia. Kan Kay pernah kata kat umi, Kay nak ada duit sendiri. Gaji biasa,
kerja dengan orang yang kita kenal pula tu.. kan senang? Lagipun Kay yang
banyak mengelat. Asyik tak pergi kerja aje. Sibuk dengan kelas. Sikit pun Q tak
potong gaji.” Terang Keyla. Puan Syarifah telan air liur. Ish, tak baik pula
aku tuduh budak Q tu.
“Hmm.
Ni kamu dah balik, tunggulah kejap. Makan tengah hari kat sini eh?” soal Puan
Syarifah penuh mengharap.
“Ha?
Kalau Kay nak tidur sini semalaman tak boleh ke?” pertanyaan Keyla membuatkan
Puan Syarifah lagi seronok.
“Eh!
Apa pula tak boleh? Bukan senang anak umi ni nak tidur kat rumah!”
Keyla
senyum. Ada sebab kenapa dia nak tidur di rumah. Dia perlu jumpa dengan
abahnya! Perlu!
FAHMI meletakkan sebelah lengannya ke atas bahu Q
sambil mereka berjalan. Q naik rimas. Mentang-mentang aku pendek, suka hati dia
aje letak lengan atas bahu. Kalau lengan tu ringan macam kapas takpe juga. Ni
tak. Dah macam lori kontena dah ha! Tapi, suami tetap suami, kan? #jungkit
bahu. Q membiarkan lengan Fahmi berada di atas bahunya.
“Kita
nak cari apa ni?” soal Q. Pasar yang dipenuhi dengan orang ramai diredah mereka
berdua.
“Abang
teringin nak makan telur penyu.” Jawab Fahmi. Matanya melilau mencari telur
bulat berwarna putih.
“Euw.
Telur ayam ada, tak cukup ke?”
“Rasa
dia lainlah.”
“Kesian
penyu. Dah la nak pupus. Manusia rakus macam abang ni pula nak menamatkan
cepat-cepat keturunan dia.” Sindir Q. Fahmi telan air liur. Ahhh! Aku
kempunan!!
“Tapi..”
Fahmi cuba membangkang.
“Kalau
macam ayam atau itik tu, takpelah. Bersepah. Ni tidak.. benda yang sikit
dikejar-kejar. Benda yang banyak, langsung tak endah.” Bunyi dah macam
berpantun pula si Q ni.
Fahmi
gigit bibir bawah. Auch! Terasa ke lubuk jantung ha!
“Kita
cari rumpai laut jom. Boleh bawa balik rumah.” Fahmi tukar idea. Q tersengih.
Yeah! Disebabkan aku tak suka makan telur tu, baik aku batalkan niat dia untuk
beli. Karang tak pasal-pasal dia paksa aku untuk rasa juga. Bukan boleh percaya
dia tu. Omel Q sendirian.
AKIRA mencari-cari kelibat Adam. Sudah setengah jam
dia mencari lelaki itu. Tapi tetap tidak jumpa. Telefon tak diangkat, mesej pula
tidak dibalas. Hati Akira risau.
“Doktor
Akira!” jerit seorang pelatih. Akira berpusing.
“Yes?”
“Ada
emergency.” Temengah-mengah Syubahah berkata. Jari telunjuknya menunjukkan ke
suatu arah.
“Apa
jadi?” Akira dengan pantas mengekori langkah Syubahah.
“Langgar
lari. Syu nampak kereta tu dari jauh memang laju. Syu cuba jerit kat Doktor
Adam.. tapi..” air mata Syubahah tidak tertahan. Kaki Akira terhenti
serta-merta dari melangkah. Did she just said, Adam?
“Adam?”
Akira cuba meminta kepastian.
“Doktor
Adam tolong Syu beli air kat seberang. Syu pula tunggu kat seberang sini.
Syu...” Syubahah terus terduduk. Dia mengigit-gigit jemarinya. Mata Akira merah
menahan air mata. Kakinya dihayun pantas ke bilik kecemasan.
“ADAM akan okay.” Akira merenungi anak mata Adam yang
sudah layu tidak bermaya. Adam ingin mengatakan sesuatu, tapi tidak terkeluar.
Hanya jarinya sahaja yang dapat menghulur sebentuk cincin yang baru dikeluarkan
dari poket seluarnya.
Jantung
Akira berdegup laju. Dia mencapai cincin itu. Kepalanya diangguk. ‘Ya Adam, Kir
setuju. Kir setuju! Just please.. don’t
leave me.’ Rayunya dalam hati.
“Doktor
Akira, saya terpaksa keluarkan awak dari bilik bedah ni.” Pinta salah seorang
doktor pakar.
“Tapi..”
“Awak
tak boleh buat. Emosi awak akan terganggu.” Tubuh Akira ditolak lembut hingga
keluar dari bilik bedah. Pintu tertutup rapat. Akira hanya termangu di hadapan
pintu kecemasan itu.
“DOKTOR.” Panggil Hadi apabila ternampak kelibat
Akira yang sedang duduk bersandar di dinding berdekatan bilik kecemasan. Pucat
lesi wajahnya.
“Doktor..”
panggil Hadi lagi. Akira mendongak. Wajahnya tidak bermaya.
“Ibu
saya..” Hadi terus merenggut tangan Akira supaya mengikutinya hingga ke wad
ibunya. Akira yang tidak dapat berfikir secara rasional terus mengikuti. Tanpa
banyak soal atau bantahan. Hatinya seakan mati.
Selesai
memeriksa keadaan Puan Asnah, Akira merengus perlahan.
“Pihak
kami dah tak boleh nak tolong apa-apa. Setakat ini aje yang kami mampu.” Kata
Akira jauh dari katil Puan Asnah.
“Berapa
lama tempohnya?” tanya Encik Kamarul. Dia faham apa yang dimaksudkan Akira.
“Dua
bulan, mungkin.” Jawab Akira.
“Mungkin?
So dalam masa dua bulan tu, awak nak suruh kami tengok aje ibu kami menderita?
Tunggu dia pergi. Macam tu?” Hadi mula naik angin.
“Kami
dah takde jalan lain. Kami tak mampu untuk sembuhkan ibu encik dengan keadaan
dia macam ni.” Terang Akira.
“Doktor
apa awak ni? Sepatutnya awak cari jalan untuk sembuhkan semua orang. Bukan
lepas tangan macam ni!” tinggi nada suara Hadi.
“Kami
manusia encik. Kami bukan Tuhan yang boleh sembuhkan orang dengan sekelip mata.
Hanya ini kemampuan kami. Hidup mati, itu bukan di tangan kami. Kami dah cuba
sedaya upaya. Encik kena faham. Ada yang doktor mampu buat, dan ada yang
tidak.” Akira geram.
“Sebab
dia bukan ibu awak, awak bolehlah cakap macam tu. Awak tak faham perasaan
kami!” Hadi menyinga.
“Hadi,
sabar nak.” Pujuk Encik Kamarul.
“Saya
juga dalam keadaan yang sama macam encik! Bahkan, mungkin dalam setengah jam
atau beberapa minit lepas ni, orang yang saya sayang akan tinggalkan saya untuk
selamanya! Bukan encik seorang yang tengah harungi kesusahan!” Akira tidak
mampu mengawal emosinya. Terus dia terduduk mencangkung merembes keluar semua
air matanya. Tangisannya bukan lagi dalam kawalan. Para jururawat dan pesakit
lain hanya memerhatikan Akira.
Hadi
telan air liur. Mungkin aku terlalu kasar? Fikirnya.
“Cik.”
Panggil Hadi. Akira tidak mahu mendongak. Gila kau?! Doktor menangis dah macam
budak-budak ha.
“Cik..”
Hadi mencangkung di hadapan Akira. “Saya minta maaf berkasar dengan cik. Saya
tak dapat kawal emosi saya.” Hadi serba-salah.
Akira
terus berdiri setelah mengesat air mata dan air hidung yang meleleh keluar. Dia
cuba berlagak tenang.
“Awak
doakan yang terbaik untuk ibu awak. Saya minta maaf tidak dapat membantu awak.
Saya minta diri dulu.” Kaki Akira terus melangkah pergi. Satu hal lagi yang dia
risaukan. Keadaan Adam.
Cincin
di jari manisnya ditenung lama. Manusia tak pernah nak menghargai apa yang ada
di hadapan mata mereka. Tapi bila ianya kian hilang, barulah kita tercari-cari.
“Aku
dah dengar pasal Adam.” Tasha turut sama duduk di kerusi yang tersedia di tepi
dinding. Akira mengerling ke kanannya.
“Nah.”
Tasha menghulur sebotol mineral. Akira menyambutnya. Bibirnya mengukir senyuman
lemah.
“Dia
sayangkan kau. More than everything.” Kata Tasha. Matanya tertumpu di hadapan.
Entah apa yang dipandangnya, dia tak tahu. Yang dia tahu, dia tak boleh
berbalas renungan dengan Akira. Mungkin rasa serba-salah, malu atau marah
bermain dalam fikirannya.
Akira
yang dari tadi memandang sisi muka Tasha beralih arah. Dia turut sama memandang
ke hadapan sebelum menghela keluhan berat.
“That
ring.. aku kenal. Dia pakai setiap masa. Tak pernah tanggalkan. Walaupun cincin
tu kat jari kelingking dia.” Cerita Tasha. Dalam hati, hanya Allah yang tahu.
Setiap kali dia membuka mulut bercerita betapa sayangnya Adam pada Akira,
bagaikan lebih besar koyak dihatinya. Lagi dalam lukanya. Bertambah sakit
jiwanya.
“Tash..”
Akira cuba untuk menghentikan cerita itu.
“Aku
salute kat dia. Dia mampu tahan godaan dari ramai perempuan. Alasan yang dia
selalu beri, I’m engaged. I’m engaged. And I’m engaged.” Sambung Tasha.
“Aku
tahu dia just guna alasan tu supaya takde seorang perempuan pun nak dekat
dengan dia. Dia sendiri bagitahu aku, mungkin sebab dia just anggap aku as
kawan atau adik. Dia tak pernah tahu perasaan aku kat dia macam mana.”
“Tash,
aku..”
“Sebab
tu aku berani simpan harapan kat dia. Dia belajar bersungguh-sungguh, langsung
tak fikir relationship. Aku ingat dia memang tak nak ada relationship sebab nak
tumpukan perhatian pada study dia. Rupanya aku silap. Dia tunggu seseorang.”
“Dia
yang minta putus dengan aku at the first place. Aku terima dengan hati yang
terbuka. Walaupun sakit. Aku cuba jadi professional. Aku tanamkan dalam diri
aku, aku kuat. Aku boleh. Aku boleh hidup tanpa dia. And I succeed. Aku berjaya
tunjuk kat dia, aku mampu berdiri seorang diri. Macam sekarang.” Giliran Akira
bersuara.
“Kenapa
kau terima bila dia kata nak putus?” tanya Tasha.
“Sebab
aku juga rasa apa yang dia rasa. Aku takut kalau dia berubah hati pada orang
lain. Aku tak nak dia tipu aku, katakan aku yang dia paling sayang sedangkan
hati dia sudah ada pada orang lain. Aku juga tak nak sekat kebahagiaan dia.
Kalau dia dah jatuh hati pada orang lain, aku tak nak dia rasa serba-salah
untuk lepaskan aku.” Luah Akira.
“So..
beautiful.” Tasha tersenyum kecil melihat wajah Akira yang meluahkan rasa
hatinya.
“Apa
yang cantik?” soal Akira.
“Your
love.”
“Itu
semua kisah dulu, Tash. Aku sayangkan kau. Walaupun kau pangkat junior pada
aku, aku rasa selamat bila cakap dengan kau. Aku rasa tenang. Aku tak nak
kehilangan rasa tenang, rasa selamat tu just untuk kebahagiaan aku seorang.
Setiap kebahagiaan pasti ada ujian. Aku tak berani nak merisikokan hubungan aku
dengan kau semata-mata untuk mengecap bahagia yang tidak pasti sampai bila
dengan Adam.”
“Lagi
kau cakap macam ni, lagi bertambah malu aku pada kau. Aku yang jadi batu
penghalang kau dengan Adam. Trust me, kau takkan kehilangan rasa selamat dan
tenang tu walaupun kau pilih Adam.” Tasha menggenggam jemari Akira.
“Marry
him.” Pujuk Tasha. Air mata Akira bergenang sebelum mengalir di saat tubuhnya
dipeluk erat oleh Tasha. Akira mengangguk. I will.
“ABAH.” Panggil Keyla apabila suasana sunyik di meja
makan. Hanya terdengar sudu garfu berlaga dengan pinggan.
“Hmm.
Kenapa?” Tengku Sabri merenung anak dara yang sedang makan di hadapanya.
Keyla
serba-salah nak tanya. “Takde apalah, bah. Makanlah dulu.” Keyla terus menyuap
sesudu nasi ke dalam mulut. Puan Asnah pelik. Kenapa pula dengan Keyla ni? Hmm.
“Kalau
nak cakap, cakap aje terus, Kay. Kenapa ni?” Tengku Sabri sedar ada sesuatu
yang ingin dikatakan anaknya itu. Sudu dan garfu diletakkan ke atas pinggan
secara telangkup. Gulp. Abah dah habis makan. Keyla tahu sangat perangai
abahnya. Kalau dah telangkup sudu garfu tu, kira dah habis makanlah tu.
“Aa?
Ala bah. Takde benda serius pun. Kejap lagilah Kay cerita.” Sesudu nasi disuap
lagi ke dalam mulut.
“Kay
tahu kan yang abah tak suka menunggu.” Tegas Tengku Sabri. Keyla melepaskan
keluhan berat. Nak cakap ke?
“Sebenarnya
bah..” Keyla gigit bibir bawah. Aahh! Makin cuak nak cakap ni!
“Sebenarnya
apa?” lembut suara Tengku Sabri.
“Sebenarnya...”
Keyla masih ragu-ragu.
“Sebenarnya...”
masih tidak terkeluar.
“Sebenarnya...”
Keyla tidak berani merenung mata abahnya.
“Sebenarnyaa...”
Meja
diketuk kuat membuatkan Keyla tersentak. “Sebenarnya apa?” keras suara Tengku
Sabri.
“Sebenarnya
saya isteri dia!” Eh? Tu tajuk novel la, Kay. Tengku Sabri berkerut merenung
anak daranya yang berperangai pelik malam ini.
“Ha?”
Puan Syarifah menjungkit kening.
“Eh!
Bukan! Abah.. umi..” suara Keyla seakan merayu.
“Kenapa
dengan anak abah malam ni ha?” Tengku Sabri makin pelik dengan telatah anaknya.
“Kalau
Kay kata, Kay nak kahwin?” terasa macam ada batu besar yang bakal jatuh di
kepala Keyla.
Tengku
Sabri dan Puan Syarifah berpandangan sesama sendiri.
“Kahwin?”
suara Tengku Sabri tinggi. Mungkin kerana terkejut.
“Kay
tanya aje!” cepat-cepat Keyla cover.
“Baguslah
kalau nak kahwin cepat.” Tengku Sabri bersandar di kerusi makannya dan menggaru
belakang telinga yang terasa gatal.
“Ingatkan
nak cakap Kay nak berhenti belajar tadi. Abah pancung kamu karang kalau kamu
kata nak berhenti study.” Sambung Tengku Sabri. Keyla terkejut. Abah tak marah?
“Serius
ke bah?” Keyla rasa macam mimpi.
“Seriuslah.
Q pun dah kahwin. Umur baya-baya kamu ni dah boleh buat bini dah pun. Kalau
lewat sangat nak kahwin pun tak sesuai sangat. Baguslah kalau kamu ada terfikir
nak kahwin awal. Tu dekat ofis abah tu, orang dok tanya kamu bila nak kahwin.
Ada yang nak masuk minang pula tu.” Usik Tengku Sabri.
“Ish.
Kay dah calonlah. Masuk minang apanya.” Bibir Keyla menguntum senyuman. Yes!
Yes!
“Siapa
calonnya?” tanya Puan Syarifah sambil mengupas buah.
“Er..
abah dengan umi kenal dia.” Okay. Bahagian ni yang seram sikit nak cerita.
“Siapa?”
Tengku Sabri mencucuk buah dengan pencungkil gigi.
“Hadi.
Anak Encik Kamarul.” Keyla berterus-terang. Puan Syarifah memandang suaminya.
Dahinya berkerut.
“Encik
Kamarul yang dah..” Puan Syarifah cuba memastikan.
“Aah.
Dah bankrap.” Entah dari mana keberanian
itu hadir. Keyla pun tak pasti.
“Kamu
serius ke ni?” soal Tengku Sabri.
“Serius.
Dah lama Kay tunggu abah kenenkan Kay dengan dia. Tapi abah langsung tak
tanya.”
“Abah
pun tak tahu dia orang kat mana sekarang.” Tengku Sabri menunduk. Sepatutnya
dia ada waktu sahabatnya itu berada di dalam kesusahan. Dia menyesal.
Mementingkan projek dibandingkan kawan, sungguh tak patut!
“Kay
tahu Hadi kat mana.” Walaupun sebenarnya Keyla langsung tidak tahu. “Ada satu
keadaan lagi bah. Kay tak pasti Hadi suka Kay ke tak. Tapi Kay ambil keputusan
untuk cuba masuk minang dia.” Terang Keyla.
“Akila
Insyira!” nama panjang Keyla dipanggil uminya.
“Tak
salah, kan? Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi kita. Takkan Kay tak boleh
buat? Kay cuma nak minta tolong abah sebagai orang tengah, tolong tanyakan.”
Pinta Keyla. Tengku Sabri diam sebentar.
“Kamu
serius ni, Kay? Hadi tu.. dia sekarang..”
“Takde
apa-apa? Kay tahu dia jenis yang berusaha. Kay yakin, kalau ada orang buka
jalan pada dia, dia boleh buat.”
“Maksud
Kay?”
“Abah
sendiri tahu kebolehan dia. Kenapa abah tak nak cuba ambil dia bekerja bawah
abah?”
“Kay..
benda macam ni.. kita tak boleh nak ambil orang kerja dengan kita sesuka hati.”
Tengku Sabri meletakkan lengannya di atas meja makan.
“Abah
tolong dia. Abah bagi dia tempoh beberapa bulan untuk buktikan yang dia boleh
tampung Kay. Dengan kebolehan dia, dia boleh sara Kay. Kay percaya tu.”
“Hmm.” Tengku Sabri kembali
bersandar di kerusinya.
Uwaaaaaa ~ finally !!!!! Setelah berkurun2 akhirnya landing jg. Tqsm ain <3
ReplyDeletebtl3!!!setuju ngan inayah swan...ade jgk akhirnya..
ReplyDeletelama saya tunggu n3 baru akhir ada juga tq.
ReplyDelete