Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, June 2, 2013

PRMH 20



Adam menarik lengan Akira supaya mengikutinya dengan tergesa-gesa. Kaki Akira hampir terpelecot dek laju sangat Adam berlari.
            “Kenapa yang nak cepat sangat ni?” soal Akira yang mengah.
            “Cepatlah.” Adam menggesa. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
            Sesampainya mereka di kantin hospital, Akira terkejut kerana keadaan kantin itu seperti sudah disusun atur. Adam terus mencapai gitar yang diletakkan di atas meja.
            Beberapa orang doktor dan jururawat di situ memerhatikan mereka. Sememangnya mereka termasuk sekali dalam perancangan Adam!
            Gitar mula dipetik. Irama kedengaran. Akira termangu. Adam boleh main gitar?
            “Kir suka gitar.” Ujar Akira apabila lalu di hadapan kedai gitar.
            “Tapi Adam tak reti main gitar.” Sedih sungguh muka Adam.
            “Hm? Tak kisahlah. Yang penting, bukan Kir nak kahwin dengan gitar. Kir just cakap yang Kir suka gitar. Jomlah. Laparlah! Nak makan KFC!” Akira terus berlalu meninggalkan Adam yang masih terpaku di hadapan kedai peralatan muzik itu.
Forever can never be long enough for me
To feel like I've had long enough with you
Forget the world now, we won't let them see
But there's one thing left to do

Now that the weight has lifted
Love has surely shifted my way

Marry me
Today and everyday
Marry me
If I ever get the nerve to say "Hello" in this cafe
Say you will
Mm-hmm
Say you will
Mm-hmm
Together can never be close enough for me
To feel like I am close enough to you
You wear white and I'll wear out the words "I love you"
And you're beautiful

Now that the wait is over
And love has finally shown her my way
Marry me
Today and every day
Marry me
If I ever get the nerve to say "Hello" in this cafe
Say you will
Mm-hmm
Say you will
Mm-hmm

Promise me
You'll always be
Happy by my side
I promise to
Sing to you
When all the music dies

And marry me
Today and everyday
Marry me
If I ever get the nerve to say "Hello" in this cafe
Say you will
Mm-hmm
Say you will
Mm-hmm

Marry me
Mm-hmm

            Petikan gitar terhenti. Mata Akira berkaca. Adam bangun dari kerusi dan terus mendekati gadis pilihan hatinya itu.
            “Marry me?” Adam menunjukkan jemarinya. Cincin yang pernah Akira lihat suatu ketika dulu kini terletak cantik di jari kelingking Adam.
            “Kir akan ambil semula cincin ni bila Adam melamar Kir nanti. Insya Allah kita akan jumpa lagi.”Akira menyerahkan cincin kosong yang menjadi tanda mereka berdua bersama.
            Air mata Akira terus jatuh. Bibirnya menggeletar. Betapa aku rindukan cincin itu. Nilainya hanya RM10. Tapi cincin itu pernah tersemat lama di jari manis Akira.
            “Terimalah!” suara-suara di belakang riuh menyuruh Akira menerima lamaran Adam.
            Akira menggeleng. “Sorry Adam..” Akira masih belum boleh menerima. Dia sayang, tapi entah kenapa hatinya terasa seperti dihalang untuk kecapi kebahagiaan.
“I won't give up on us...” Adam memetik gitar lagi. Akira merenung anak mata Adam.
“Adam, kenapa buat macam ni?” Akira tak faham.
“Even if the skies get rough...” sambung Adam. Akira senyap.
“I'm giving you all my love, I'm still looking up.”
“Adam..”
“Please? Just one chance.” Rayu Adam.
“Kir..” Tasha mendekati Akira dari belakang. “Aku minta maaf sebab buatkan kau terpaksa memilih. Tapi kau sekarang tak perlu pilih lagi.” Tasha reda.
“Kir..” panggil Adam. Cincin di jari kelingkingnya dikeluarkan.
“Tolong? Teman saya hingga akhir nafas saya?” ujar Adam sekali lagi. Akira diam. Entah apa yang dia nak jawab. Entahlah.. entahlah...


FAHMI merebahkan kepalanya di atas paha Q. Q pula bersandar di kepala katil. Matanya difokuskan pada televisyen yang terpasang. Itu cerita pasal mata Q. Mata Fahmi? Sibuk dok menelek wajah si Q.
            “Tengok sana!” Q menolak kepala Fahmi sedikit supaya tidak terus-menerus memandangnya.
            “Tak nak.” Fahmi leka bermain rambut Q yang panjang melepasi paras dada.
            “Sana!” sekali lagi Q menolak kepala Fahmi.
            “Ish. Biarlah!” Fahmi tetap tidak mahu menonton televisyen. Matanya jatuh pada rambut Q yang panjang. Tangannya sibuk memintal rambut itu. Bila Q tidak melayani telatahnya, Fahmi bangun dan mengambil telefon bimbit di atas meja.
            Fahmi  : Best sangat ke tengok TV tu? #muncung panjang.
            Q terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Nasib sahaja telefon bimbitnya hanya di sebelahnya. Tak perlu bangun.
            Q         : Lagi seronok dari tengok abang. #=.=”
            Fahmi  : Hey!! Abang hensem okay! #flip hairs.
            Q         : OMG! #pengsan!
            Fahmi  : Nak CPR? #jungkit2 kening.
            Q         : Naah. Terus terjaga.
            Fahmi  : Kalau nak, boleh aje. #muncung2 mwah mwah. Haha.
            Q         : #tolak muka dia jauh2.
            Fahmi  : Tak bau syurga nanti. Ayok!
            Q         : Beratlah kepala abang =.=” pergi baring jauh-jauh. #menghalau!
            Fahmi  : #merah pipi dengan hidung dengan telinga dengan mata! Nak menangis. Sampai hatiii!!!
            “Suka drama, kan?” Q menyelak rambutnya apabila menunduk merenung Fahmi.
            “Kat mana lagi nak habiskan kredit kalau bukan dekat isteri sendiri?”
            “Baik abang simpan untuk call mak dengan ayah.”
            “Mmm.” Fahmi menarik nafas dalam sebelum menhelanya dan menutup mata. Nak tidur!
            “Abang..” Q menggerakkan pahanya sedikit. Fahmi tidak berganjak dengan mata yang masih tertutup.
            “Abang..” panggil Q lagi sekali.
            “Nak tidur.” Jawab Fahmi.
            “Tidurlah kat tepi. Lenguh kaki Q nanti.”
            Fahmi langsung tidak bergerak. Rambut yang lembut menutupi dahinya. Perlahan-lahan Q menyuak rambut Fahmi di hadapan.
            “Ni memang takkan bangun eh?” Q mencuba lagi. Fahmi menggeleng. Sebelah tangan memeluk paha Q. Takut kalau isterinya menarik kasar kaki sendiri.
            “Esok kalau Q tak boleh jalan, abang dukung Q merata-rata!” kata Q.
            “Tak kisah. Awak tu kecil aje. Tiup pun dah boleh melambung. Inikan lagi kalau dukung. Macam kapas!” jawab Fahmi. Q mencebik. Payah nak menang dengan si Fahmi ni. Mata Q terus menacap di kaca televisyen.


KEYLA selesai membersihkan dirinya. Badannya sakit-sakit. Dia terduduk di birai katil kemudiannya. Termenung seketika dibuatnya.
            “Betul juga kata kau. Aku takkan terlepas kalau aku buat kerja macam ni. Peras ugut ayah kau. Golongan macam kau boleh buat apa-apa aje. Duit pada kau orang, takde masalah.”Hadi bangun dari lantai.
            “Aku lepaskan kau.” Putus Hadi. Keyla terpinga-pinga. Aku ajak kahwin, kau tiba-tiba lepaskan aku pula? Kalau aku tahu, dah lama aku ajak kau kahwin. Itu kalau aku tahu..
            “Maaf. Aku gunakan kau untuk dapatkan duit dengan cara mudah. Aku lupa apa yang ayah kau pernah tolong keluarga aku dulu.”Hadi mengeluh. Ini sungguh bukan diri kau, Hadi.
            “Tapi Kay tak tarik offer Kay. Kay boleh bantu.” Keyla membuntuti Hadi.
            “Aku lepaskan kau, jangan serabutkan kepala aku pula.”
            “Saya akan tolong awak. Saya janji.” Kata Keyla. Hadi senyum sinis sebelum keluar dari rumah usang itu. Erk. Tak nak hantarkan aku balik ke? Gosh! Macam mana aku nak balik dengan bau berhari tak mandi ni?! Ish lelaki ni laaaahhh!
            Keyla menghela nafas. Mengeluh sebenarnya. Dengan letihnya, bercampur lapar lagi... bila diingat semula wajah Hadi, dia jadi sayu. Terus dia mendekati dirinya dengan meja solek. Laci ditarik. Sebuah buku nota biasa dikeluarkan. Beberapa keping gambar dikeluarkan darinya.
            Gambar itu ditatap. Keluhan demi keluhan meniti di bibir. Memang manusia menemui jalan buntu eh bila ditimpa kesusahan?
            “Tenung gambar siapa tu?!!!” Akira berlari-lari cuba mendapatkan kepingan gambar dari tangan Keyla. Terus Keyla membaling gambar itu ke dalam laci soleknya dan menutup sebelum menyandar di laci itu. Tidak membenarkan ianya dibuka.
            “Siapa tu?” tanya Akira.
            “Siapa apa? Mana ada siapa-siapa. Awal balik. Malam ni takde oncall?” Keyla bertanya.
            “Yela tu. Mana kau pergi sebelum ni ha? Dengan telefon tak bawa. Susah orang nak contact tau! Aku ingat kau kena culik dah tadi.” GULP! Keyla telan air liur. Kau tak tahu ke, penculik baru lepaskan aku ni? Sebab aku ajak dia kahwin =.=”
            “Aaa.. ada study group.” Jawab Keyla ringkas. Dia kemudiannya menyambung kerja mengelap rambut. Akira pun terlupa tentang soal gambar itu.
            “Hmm. Kay.” Panggil Akira. Langkahnya untuk ke bilik air, mati. Tuala yang masih berada di dalam pegangan digenggam kuat. Bibir bawah digigit kuat.
            “Kenapa?” Keyla menanti kata-kata Akira.
            “Kalau.. kalau kau tinggal seorang kat dalam rumah ni, takpe ke?” Akira memerhatikan riak muka Keyla. Kening Keyla terjungkit sedikit.
            “Maksud kau?”
            “Takdelah. Kalaulah.. aku cakap, kalau... Kalau aku pun kahwin nanti, kau duduk seorang diri, takpe ke?” Akira cuba sebaik mungkin mengatur kata-kata. Dahi Keyla berkerut. Kening bertaut.
            “Kau.. nak kahwin ke?” tanya Keyla. Akira diam sesaat. Matanya merenung tepat anak mata Keyla. Bibir tersenyum.
            “Aku tanya aje. Takkan aku tak nak kahwin. Kan? Kau ni.. ish! Dah lah. Aku nak mandi. Letihlah.” Akira terus menuju masuk ke dalam bilik air. Keyla merenung lantai. Hmm.

KERETA yang dipandu Tasha berhenti tiba-tiba apabila kakinya menekan padel minyak secara mengejut di simpang traffic light yang baru sahaja berwarna hijau. Nasib baik kereta belakang baru nak tambah kelajuan. Berdentum pun tak lah kuat sangat.
            Segera Tasha keluar dari kereta dan bergerak ke hadapan kereta. Seekor anak anjing yang baru dilanggar kakinya oleh kereta hadapan menggeletik kesakitan. Tasha menggigit jari. Dalam hati, dia geram! Dah langgar, tak reti nak bertanggungjawab ke?!
            “Hoi! Yang kau pergi berhenti tiba-tiba tu kenapa?!” Rayyan keluar dari keretanya untuk mendapatkan Tasha. Matanya bulat bila melihat Tasha yang sedang menunduk untuk mengangkat anak anjing yang sedang kesakitan itu.
            “Hey! Haramlah pegang!” jerit Rayyan kuat. Tasha menoleh dengan pandangan mata garang.
            “Perlu ke isu halal haram tu sekarang? Just help me! Dalam kereta saya kat bonet tu ada kotak. Keluarkan barang-barang tu, and bawa kotak tu ke sini.” Arah Tasha. Anak anjing itu diangkat. Sayu hati Tasha melihat kaki anak anjing yang sudah berdarah itu. Suara kecil si anjing berbunyi. Mesti perit.
            Rayyan kelam kabut mengeluarkan isi kotak itu. Beberapa biji kereta di belakang sudah menghon mereka. Tasha langsung tidak mempedulikkannya. Lantas, beberapa biji kereta mengambil keputusan untuk memotong ke kanan. Sempat mereka menurunkan cermin kereta sambil berkata, “Ada otak, gunalah! Jangan berhenti kat traffic light!”
            “Saya menolong anak anjing ni. Satu kesalahan ke? Kalau nak harapkan awak, memang sampai matilah anak anjing ni dibiarkan!” jawab Tasha. Hatinya bertambah-tambah geram. Orang yang bertanya, terus telan air liur dan berlalu. Kalau tidak tahu punca, jangan terus menghakimi orang lain.
            Rayyan cepat-cepat menyerahkan kotak sederhana besar itu kepada Tasha. Anak anjing itu diletakkan ke dalamnya. Rayyan kegelian.
            “Thanks.” Tasha terus mengambil alih memegang kotak itu dan memasukkannya ke sebelah tempat duduk pemandu.
            “Kau kena samak tau, sebab dia dah bleeding tu.” Kata Rayyan.
            “Tahu. Thanks anyway.” Tasha mencapai botol air di bonet yang masih terbuka. Kesan darah di tangan cuci sebelum botol air itu dimasukkan ke dalam plastik yang Tasha minta Rayyan pegang. Rayyan memerhatikan. Dia kegelian. Euw! Terus Tasha menyarung sarung tangan getah yang memang dia bawa ke mana-mana di dalam keretanya. Maklumlah, doktor!
            Tasha masuk semula ke dalam kereta. Rayyan seakan baru tersedar dari mimpi. Kereta aku!
            “Heyy!” Rayyan mengetuk tingkap cermin kereta Tasha. Tasha mengeluh.
            “Kenapa? Saya nak cepat ni. Anjing ni dah menggelupur.” Keluh Tasha.
            “Kereta aku?”
            “Langgar belakang kereta saya kan? Awak la yang salah.” Tasha menaikkan tingkapnya semula.
            “Hey! Tapi kau berhenti mengejut! Salah aku juga ke?” Rayyan tak puas hati.
            “Nak saman saya? Samanlah. Saya tunggu surat saman dari awak.” Jawab Tasha selamba. Terus kereta Tasha bergerak laju menuju ke klinik haiwan. Rayyan tidak melepaskan peluang untuk mengekori kenderaan Tasha.
            ‘Man! Mini Cooper kot! Kau ingat senang aku nak pujuk ayah aku belikan?!’ jerit Rayyan dalam hati.
           

TASHA baru selesai samakkan tangannya yang terkena lumuran darah anak anjing tadi. Rayyan masih tidak mahu melepaskan Tasha. Dia memeluk tubuh merenung pergerakan Tasha dari tadi.
            “Awak nak apa lagi? Cukup baiklah saya tak minta ganti rugi awak langgar bumper saya.” Keluh Tasha.
            “Salah kau. Kau yang berhenti tiba-tiba.”
            “Habis tu? Awak expect saya untuk buat apa? Langgar terus anak anjing tu? Biar dia mati, alang-alang kaki dah luka? Macam tu?”
            “Kereta saya ni mahal tau.” Rayyan tidak puas hati.
            “Habis, nyawa tak mahal? Awak ingat nyawa seekor semut, tak berharga ke?”
            “Alah.. semut.. apalah sangat.” Rayyan menjeling.
            “Semut pun ada keluarga. Macam kita. Macam manusia juga. Payah nak cakap dengan orang yang tak reti nak hargai hidupan!” Tasha terus berlalu ke keretanya. Sanggup dia berhenti di taman semata untuk mencedok tanah dan mensucikan tangannya.
            “Kau kena bayar ganti rugi juga!” desak Rayyan.
            Tasha garu kening yang gatal. Damn! Lelaki ni memang takkan berganjak kan? Aku pun tak nak ada sangkut paut lagi dengan lelaki ni. Terus Tasha mengeluarkan kertas dari pursenya. Pen yang disangkut di leher baju, dikeluarkan. Tudung dibetulkan sedikit.
            “Ni nombor saya. Lepas awak dah check kereta awak semua, mesej bagitahu berapa yang saya kena bayar. Assalamualaikum!” Tasha masuk semula ke dalam kereta. Rayyan merenung kertas putih bertulisan warna biru itu. Bibirnya mengukir senyuman.


“DULU waktu Q kecil kan, Q pernah lari dari rumah.” Cerita Q. Fahmi tersedak air susu yang baru masuk ke kerongkongnya.
            “Hey. Minumlah elok-elok.” Terus Q menggosok belakang badan Fahmi.
            “Macam mana nak minum elok-elok, kalau tukang cerita buat perangai tak elok? Ada pula lari rumah. Kenapa?” rasa ingin tahu, membuak-buak dalam diri Fahmi.
            Q ketawa kecil. “Sebab takut kena rotan dengan mak. Mak garang macam singa.”
            “Sampai lari rumah?”
            “Aah.”
            “Kalau abang marah ni, Q lari rumah tak?” tanya Fahmi.
            “Tak. Q gigit.”
            “Gigitlah.”
            Q merenung anak mata Fahmi sambil mengecilkan kelopak matanya. Ragu-ragu!
            Fahmi beriak selamba. “Tak jadi lah.” Q tarik semula kata-katanya.
            “Ha? Gigitlah! Gigitlah!”
            “Tak naklah. Abang marah, Q masuk bilik, tidur.”
            “Tidur aje kerja. Nanti gemuk, baru tahu.”
            “Perempuan jarang. Lelaki yang selalu gemuk lepas kahwin.” Jelir Q.
            “Eh, abang maintain slim, okay!”
            “Tengoklah nanti.” Q mencucuk pinggang Fahmi. Fahmi mengelak. Ish! Mentang-mentang tahu kelemahan aku kat pinggang!
            “Buatlah! Buatlah lagi! Abang geletek Q sampai tak bernafas kang.” Ugut Fahmi. Q mencebik.
            “Tak baik ugut isteri. Tak bau syurga nanti!” jari telunjuk Q digoyang-goyang.
            “Eh? Apa pula? Syurga terletak kat tapak kaki suami tau.” Fahmi membetulkan.
            “Malaslah cakap dengan abang ni. Mesti kita kalah.” Q bangun dan mencapai tuala yang tersidai di tempat khas. Fahmi segera bangun dari katil dan mengekori. Dia turut sama mencapai tuala.
            Sesampainya di hadapan pintu bilik air, Q baru sedar Fahmi di belakangnya. Dahinya berkerut. Tubuhnya sudah masuk ke dalam bilik air.
            “Abang nak buat apa ni?” tanya Q, bodoh.
            “Apa? Ikut Q lah.” Jawab Fahmi.
            “Ikut ke mana? Q nak mandilah.”
            “Ha.. abang nak mandi jugalah.”
            “Mandilah lepas Q mandi.”
            “Lah.. biarlah. Abang nak masuk sekali! Jimat air.” Fahmi cuba mencelah masuk namun lebih pantas dihalang Q.
            “Hei!” suara Q nyaring.
            “Apa? Tepilah sikit. Abang nak masuk juga.” Fahmi masih berusaha untuk masuk. Pintu bilik air ditolak sedikit supaya Fahmi tidak mudah memboloskan diri ke dalam bilik air.
            “Ish! Tolonglah bagi Q tenang sehari. Ni tak. Asyik nak kacau aje!” rengus Q.
            “Nak juga! Nak juga!” Fahmi menolak daun pintu selamba. Nama pun lelaki. Confirmlah tenaga pun lagi kuat.
            “Ihhh!!!” rengus Q apabila Fahmi dapat masuk ke dalam bilik air. Q terus keluar dari bilik air. Mukanya berkerut. Geram!
            “La.. tadi kata nak mandi?” Fahmi pelik. Aik? Keluar pula?
            “Abang nak mandi, mandilah dulu. Q mandi kemudian.”
            “Laa.. sekali ajelah. Kan senang. Jimat air, jimat masa.”
            “Jangan nak mengada!” Q terus manarik pintu bilik air dan mengatupnya rapat. Kalau tak biarkan aku sendirian satu hari, tak sah!
            Fahmi keluar semula dari bilik air. “Tak jadilah nak mandi.” Fahmi melempar tuala di penyidai baju dan terus baring di atas katil. Jelas kelihatan wajahnya yang sedikit serius. Marah ke? Q garu tengkuk. Sepatutnya aku yang marah. Haih!
            “Marah ke?” tanya Q.
            “Tak.”
            “Kenapa tak nak mandi?”
            “Sebab tak nak.” Jawab Fahmi acuh tak acuh. Berubah betul perangainya.
            “Abang..” Q mendekati katil.
            “Emmm.” Mata Fahmi tidak berganjak dari televisyen. Remote televisyen beberapa kali ditekan untuk menukar siaran. Semuanya cerita tak best!
            “Emm.” Q mencari idea. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? Ahh!
            “Abang! Tolong jadi model Q kejap, boleh tak?” Q menghadiahkan senyuman untuk si suami. Fahmi menoleh ke kanan. Dahinya berkerut.
            “Model? Model apa?”
            “Setuju ajelah.” Gesa Q sambil memegang lengan lelaki itu. Fahmi menjatuhkan pandangan pada lengan yang disentuh Q.
            “Hmm.” Jawab Fahmi. Q terus berlalu ke bagasinya dan mengeluarkan sebuah beg yang dipenuhi dengan peralatan mekap.
            “Tara!!” Q dengan teruja menunjukkan bekas mekapnya. Muka Fahmi berubah terus! What? What? What?!
            “Abang duduk senyap-senyap tau.” Q membuka zip begnya. Fahmi menggeleng dan menjauh.
            “Ala, kejap aje! Kejapppp aje. Please?” Q melentok kepala pada bahu Fahmi. Fahmi menggeleng lagi. Tak mahu!!!
            “Boleh la? Kejap aje. Bukan selalu. Lelaki korea pun mekap juga.” Kata Q.
            “Itu korea. Abang melayu!”
            “Ala, kejap aje. Bukannya mekap ni permanent. Boleh buanglah. Boleh cuci.” Bersungguh-sungguh kata Q.
            “Geli la..” Fahmi mengeleng berkali-kali.
            “Sekali aje.” Q buat muka comel sambil menunjukkan jari telunjuknya. Fahmi mengalah akhirnya setelah beberapa kali dipujuk. Dia duduk bersila kemudiannya.
            Dengan serta merta Q mengeluarkan barang-barang mekapnya.
            “Apa tu?” tanya Fahmi.
“Ni? Foundation.” Beberapa titik foundation disapukan di wajah Fahmi. Walaupun rimas, Fahmi cuba tahan.
            “Apa tu?” Fahmi terkejut melihat besi yang Q pegang.
            “Ni? Tempat nak lentikkan bulu mata.” Q mengetip beberapa kali alat itu. Fahmi naik seram.
            “Macam mana nak guna? Kang kalau terkepit kelopak mata sekali macam mana? Putus la kelopak mata abang!” Fahmi menolak jauh-jauh tangan Q yang memegang alat itu daripada dekat dengannya.
            “Takdelah. Kalau abang tak bergerak, takkan terkepit punya.” Q tarik dagu Fahmi. Nak tak nak, Fahmi hanya menurut. Jantungnya berdegup laju. Takut sahaja besi itu mengetip matanya.
            “Haa! Kan dah cantik tu.” Q berpuas hati.
            “Tunggu! Tunggu! Maskara belum letak.” Mencarilah pula si Q ni maskaranya. Fahmi sudah letih tapi demi isteri tersayang, ditadahkan juga mukanya untuk contengan sang isteri.
            “Sayang, lama lagi ke? Berat muka ni dah macam kena tepek tiga kilo bedak tau!” Fahmi yang elok tadi duduk bersila kini sudah terbaring.
            “Sabarlah.” Maskara dioles ke bulu mata Fahmi selepas Q menarik kembali Fahmi supaya duduk bersila. Fahmi hanya memerhatikan wajah teruja Q dari dekat. Bibirnya mengukir senyuman.
            “Eyeliner!!” pensil panjang dikeluarkan pula.
            “Patutlah perempuan ni kalau nak bersiap makan masa sejam. Macam-macam dia bubuh kat muka. Conteng sana sini. Tengok lelaki.. sen...” mulut Fahmi dicekup Q.
            “Jangan banyak membebel. Tutup mata. Nanti termasuk eyeliner ni dalam mata baru tau!” terus Fahmi menutup matanya.
            “Aaaaa!! Aaaaaaahhh!” jerit Fahmi yang terasa kesakitannya.
            “Kenapa?” Q tak tahu punca.
            “Sakit!” rungut Fahmi.
            “Lah.. mana ada Q tekan kuat-kuat.”
            “Q tarik mata abang ni haa! Sakit!”
            Q tersengih. Nak pakai eyeliner, selalunya memanglah orang tarik ke tepi sikit kelopak mata tu. Supaya eyeliner tu duduk elok-elok! Takdelah garisan dia jadi simpang-siur!
            “Cukuplah. Tak larat la abang.” Fahmi menepis lengan Q yang masih sibuk menconteng mukanya.
            “Kalau letih, meh baring kat paha Q.” Q menepuk-nepuk pahanya. Aiseyman! Orang offer, jangan tolak. Rezeki ni! Cepat-cepat Fahmi berbaring di paha Q. Makin mudah kerja Q dibuatnya. Mata Fahmi tertutup keletihan.
            “Kita bubuh blusher sikit.” Omel Q. Fahmi membiarkan.
            Entah bila masa Fahmi tertidur. Lena pula tu! Membuatkan idea jahat muncul dari benak Q. Eyeliner dikeluarkan semula. Macam-macam dicontengnya di muka Fahmi. Tawa Q ditahan. Terhenjut-henjut bahunya menahan tawa.
            “Abang.” Kejut Q.
            “Em?” Fahmi tersedar dari mimpi indahnya.
            “Dah siap.”
            “Ye ke?” Fahmi bangun dan duduk bersila. Mata masih mamai! Dia kemudiannya turun dari katil menuju ke bilik air. Q menanti. Agaknya apa reaksi dia eh?
            “Qurratu’ain Syafinaz!!!!!!!!!!” jerit Fahmi dari dalam bilik air. Q ketawa terbahak-bahak.

5 comments:

  1. Hahahaha q pedajalkan si fahmi. Cute

    ReplyDelete
  2. alahai Q~~~
    omeyyyyyyy~~~~~
    ske! ske! ske!

    ReplyDelete
  3. Tasha mesi Dgn rayyan

    ReplyDelete
  4. baru pertama kali menapak diblog NAS, tiba2 ternampak nama watak Q, eh.. alamak.. sama macam nama aku lah.. ㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

    XD

    ReplyDelete